NIKMAT AGUNG: MELIHAT ALLAH

13 Mei

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Allah Taala berfirman:

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ (22) إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ (23)

Maksudnya: “pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; melihat kepada Tuhannya”. [al-Qiyamah: 22-23].

Sabda Nabi s.a.w:

عَنْ قَيْسِ بْنِ أَبِي حَازِمٍ ، قَالَ : قَالَ لِي جَرِيرُ بْنُ عَبْدِ اللهِ: كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، إِذْ نَظَرَ إِلَى الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ، فَقَالَ : أَمَا إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ ، عَزَّ وَجَلَّ ، كَمَا تَرَوْنَ هَذَا ، لاَ تُضَامُّونَ ، أَوْ لاَ تُضَاهُونَ (شَكَّ إِسْمَاعِيلُ) فِي رُؤْيَتِهِ ، فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ ، وَقَبْلَ غُرُوبِهَا ، فَافْعَلُوا ، ثُمَّ قَالَ : وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا.

Maksudnya: Daripada Qais bin Abu Hazim katanya: Berkata kepadaku Jarir bin Abdullah r.a: Adalah kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w tiba-tiba baginda memandang kepada bulan mengambang lalu bersabda: “Adapun sesungguhnya kamu pasti akan melihat Tuhan kamu Azza wa Jalla seperti mana kamu melihat ini yakni kamu tidak akan tersilau atau terkeliru (syak perawi Ismail) dalam melihatNya, maka jika kamu mampu menjaga solat sebelum terbit dan tenggelam matahri maka lakukanlah”, kemudian baginda membaca: وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا [dan bertasbihlah kamu kepada Tuhanmu dengan memujiNya sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya]. [al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, Ahmad].

Sabda Nabi s.a.w:

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّهُ قَالَ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: إِنِّى قَدْ حَدَّثْتُكُمْ عَنِ الدَّجَّالِ حَتَّى خَشِيتُ أَنْ لاَ تَعْقِلُوا إِنَّ مَسِيحَ الدَّجَّالِ رَجُلٌ قَصِيرٌ أَفْحَجُ جَعْدٌ أَعْوَرُ مَطْمُوسُ الْعَيْنِ لَيْسَ بِنَاتِئَةٍ وَلاَ حَجْرَاءَ فَإِنْ أَلْبَسَ عَلَيْكُمْ قَالَ يَزِيدُ رَبَّكُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَإِنَّكُمْ لَنْ تَرَوْنَ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَتَّى تَمُوتُوا قَالَ يَزِيدُ تَرَوْا رَبَّكُمْ حَتَّى تَمُوتُوا.

Maksudnya: Daripada Ubadah bin al-Samit r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku telah menceritakan kepada kamu mengenai Dajjal tapi aku takut kamu tidak ingat, sesungguhnya Masih Dajjal itu seorang lelaki yang pendek, jalannya mengengkang, rambutnya pendek, buta sebelah matanya, tidak tersembul dan tidak pula terlalu ternggelam, jika masih samar-samar kepada kamu (kata Yazid: yakni berkenaan Tuhan kamu) ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu Tabaraka wa Taala tidaklah buta sebelah mataNya dan sesungguhnya kamu tidak akan dapat melihat Tuhan kamu sehingga kamu mati [Kata Yazid: yakni hanya apabila kamu mati barulah kamu dapat melihat Tuhanmu].” [Abu Daud, Ahmad, al-Nasai dalam Sunan al-Kubra].

 

Ayat dan hadis-hadis di atas merupakan dalil yang qat’i (pasti dan sahih) bahawa orang yang beriman akan melihat Allah Taala di akhirat nanti. Ahli Sunnah wal Jamaah beriman dengan yakin bahawa di akhirat kaum mukminin dan mukminah akan melihat Allah Taala dengan mata mereka tanpa sebarang penghalang.

Berkata Imam Abul Hasan al-Asy’ari r.h:

ويقولون أن الله سبحانه يرى بالأبصار يوم القيامة كما يرى القمر ليلة البدر يراه المؤمنون ولا يراه الكافرون لأنهم عن الله محجوبون قال الله عز وجل: ” كلا إنهم عن ربهم يومئذ لمحجوبون ” وأن موسى عليه السلام سأل الله سبحانه الرؤية في الدنيا وأن الله سبحانه تجلى للجبل فجعله دكاً فأعلمه بذلك أنه لا يراه في الدنيا بل يراه في الآخرة.

Maksudnya: “dan mereka (Ahli Sunnah wal Jamaah) sesungguhnya Allah Subhanah akan dilihat dengan penglihatan pada hari kiamat seperti mana dilihatnya bulan mengambang, kaum mukmin akan melihatNya sedangkan orang kafir tidak dapat melihatNya kerana mereka itu terhalang daripada melihat Allah sepertimana firman Allah Azza wa Jalla:

كلا إنهم عن ربهم يومئذ لمحجوبون

Maksudnya: “ jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari  Tuhannya.” [al-Muthaffifin: 15]

Dan sesungguhnya Musa a.s memohon kepada Allah untuk melihatNya di dunia dan Allah Subhanah telah menampakkan ZatNya kepada bukit lalu menyebabkan bukit itu berkecai maka dengan itu Allah memberitahu bahawa Dia tidak boleh dilihat di dunia bahkan dilihat di akhirat kelak”. [Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musollin, 1/72].

Beliau menyatakan juga dalam Risalah ila Ahli Sughar:

“dan mereka (Ahli Sunnah wal Jamaah) telah berijmak bahawa kaum beriman akan melihat Allah Azza wa Jalla pada hari kiamat dengan mata mereka..” [Risalah ila Ahli Sughar, 134, cet. Universiti Islam al-Madinah].

Imam Abu Bakar al-Ismaili r.h berkata:

ويعتقدون جواز الرؤية من العباد المتقين لله عز وجل في القيامة، دون الدنيا، ووجوبها لمن جعل الله ذلك ثوابًا له في الآخرة، كما قال : { وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ }{ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ } وقال في الكفار : { كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ } فلو كان المؤمنون كلهم والكافرون كلهم لا يرونه، كانوا جميعا عنه محجوبين، وذلك من غير اعتقاد التجسيم  في الله عز وجل ولا التحديد له، ولكن يرونه جل وعز بأعينهم على ما يشاء هو بلا كيف .

Maksudnya: “dan mereka (Ahli Sunnah wal Jamaah) beriktikad bolehnya melihat Allah bagi hamba-hambaNya yang bertakwa kepada Allah Azza wa Jalla di hari kiamat bukan di dunia dan wajib melihatnya bagi mereka yang Allah telah jadikan melihatNya sebagai ganjaran amalannya di akhirat seperti mana firman Allah Taala:

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ (22) إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ (23)

Maksudnya: “pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; melihat kepada Tuhannya”. [al-Qiyamah: 22-23].

Dan Allah berfirman pula berkenaan kaum kafir:

 

كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ

Maksudnya: “ jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari  Tuhannya.” [al-Muthaffifin: 15]

Jika yang beriman dan yang kafir sama-sama tidak melihat Allah maka mereka semua terhalang daripada Allah (dan ini menyalahi dua ayat ini), dan adalah melihat Allah itu tanpa menyamakan Allah dengan makhluk dan tanpa menghadkan Allah tetapi mereka melihatNya Azza wa Jalla dengan mata-mata mereka seperti mana cara yang dikehendaki Allah tanpa kita menetapkan cara tertentu”. [Iktiqad Aimmatul Hadis, m.s 14].

Melihat Allah Taala bagi orang yang beriman setelah mereka memasuki Syurga merupakan nikmat teragung dan tambahan daripada Allah Taala atas nikmat yang ada. Telah sabit dalam hadis sahih Muslim sebagai berikut:

عَنْ صُهَيْبٍ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « إِذَا دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ – قَالَ – يَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى تُرِيدُونَ شَيْئًا أَزِيدُكُمْ فَيَقُولُونَ أَلَمْ تُبَيِّضْ وُجُوهَنَا أَلَمْ تُدْخِلْنَا الْجَنَّةَ وَتُنَجِّنَا مِنَ النَّارِ – قَالَ – فَيَكْشِفُ الْحِجَابَ فَمَا أُعْطُوا شَيْئًا أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ عَزَّ وَجَلَّ »

Maksudnya: Daripada Suhaib daripada Nabi s.a.w sabda baginda: “Apabila Ahli Syurga telah memasuki syurga Allah Tabaraka wa Taala akan berkata: ‘Kamu mengkehendaki sesuati supaya Aku tambahkan lagi?’ lalu mereka menjawab: ‘Bukankah Kamu telah memutihkan wajah kami? Bukankah Kamu telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami daripada neraka?! –kata baginda- : Maka Allah menyingkap tabir dan tidaklah diberi nikmat yang lebih mereka cintai selain daripada melihat kepada Tuhan mereka Azza wa Jalla”.

Dalam jalan riwayat yang lain terdapat tambahan:

ثُمَّ تَلاَ هَذِهِ الآيَةَ (لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَى وَزِيَادَةٌ)

Maksudnya: “Kemudian baginda membaca ayat ini:

لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَى وَزِيَادَةٌ

Maksudnya: “bagi mereka yang berbuat baik akan diberi kebaikan dan tambahan”.[Yunus: 26].

Demikianlah telah jelas dan nyata bahawa kaum beriman akan melihat Allah Taala dalam syurga nanti. Adapun melihat Allah di dunia ini adalah sesuatu yang diluar kemampuan makhluk sebagaimana firman Allah Taala:

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu”. Allah berfirman: “Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke Gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu”, setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesarannya) kepada Gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan Gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. setelah ia sedar semula, berkatalah ia: “Maha suci Engkau (Wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)”. [al-A’raf: 143].

Ayat ini memberikan faedah bahawa:

Allah s.w.t boleh dilihat tetapi makhluk tidak mampu melihatnya kerana kelemahan mereka sendiri, dan melihat Allah Taala itu hanya berlaku di akhirat. Ini berikutan mustahil seorang Nabi dan Rasul meminta sesuatu yang tidak layak kepada Allah dan Allah diamkan sahaj tanpa menegur.

Demikian juga Allah Taala menyatakan bahawa jika gunung itu dapat bertahan maka Musa a.s akan dapat melihatNya menunjukkan bahawa Allah Taala adalah dapat dilihat tetapi makhluk di dunia yang lemah untuk melihatNya. Namun, hukum ini akan berubah di akhirat nanti kerana tidaklah sama keadaan dunia dan akhirat.

Maka dengan ini tersingkaplah kebatilan akidah Muktazilah, Syiah Imamiah, Khawarij, Jahmiah dan seumpama mereka yang mengingkari bahawa kaum mukmin tidak dapat melihat Allah Taala di akhirat.

Tinggal dua persoalan di sini berkenaan melihat Allah Taala iaitu adakah Nabi Muhammad s.a.w melihat Allah Taala pada malam mikraj? Adakah boleh melihat Allah Taala dalam mimpi?

Adakah Nabi s.a.w Melihat Allah Taala pada Malam Mikraj?

Jawapannya adalah Nabi s.a.w tidak melihat Allah Taala tetapi hanya melihat cahaya hijab Allah Taala. Ini sebagaimana sabit dalam hadis sahih:

عَنْ أَبِى ذَرٍّ قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- هَلْ رَأَيْتَ رَبَّكَ قَالَ « نُورٌ أَنَّى أَرَاهُ ».

Maksudnya: Daripada Abu Zarr r.a katanya: “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: ‘Adakah kamu melihat Tuhanmu (yakni pada malam Mikraj)?’ Jawab baginda: “Cahaya (menjadi hijabNya) bagaimana aku dapat melihatNya?!”. [Muslim].

 

Adakah Boleh Melihat Allah dalam Mimpi?

Harus melihat Allah Taala dalam mimpi bagi Rasulullah s.a.w sebagaimana yang sabit dalam hadis al-Tarmizi:

عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال احتبس عنا رسول الله صلى الله عليه و سلم ذات غداة عن صلاة الصبح حتى كدنا نتراءى عين الشمس فخرج سريعا فثوب بالصلاة فصلى رسول الله صلى الله عليه و سلم وتجوز في صلاته فلما سلم دعا بصوته قال لنا على مصافكم كما أنتم ثم انفتل إلينا ثم قال أما إني سأحدثكم ما حبسني عنكم الغداة إني قمت من الليل فتوضأت وصليت ما قدر لي فنعست في صلاتي حتى استثقلت فإذا أنا بربي تبارك وتعالى في أحسن صورة فقال يا محمد قلت لبيك رب قال فيم يختصم الملأ الأعلى ؟ قلت لا أدري قالها ثلاثا قال فرأيته وضع كفه بين كتفي حتى وجدت برد أنامله بين ثديي فتجلى لي كل شيء وعرفت فقال يا محمد قلت لبيك رب قال فيم يختصم الملأ الأعلى ؟ قلت في الكفارات قال ما هن ؟ قالت مشي الأقدام إلى الحسنات والجلوس في المساجد بعد الصلوات وإسباغ الوضوء حين الكريهات قال فيم قلت إطعام الطعام ولين الكلام والصلاة بالليل والناس نيام قال سل قلت اللهم إني أسألك فعل الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وأنت تغفر لي وترحمني وإذا أردت فتنة قوم فتوفني غير مفتون أسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقرب إلى حبك قال رسول الله صلى الله عليه و سلم إنها حق فادرسوها ثم تعلموها

Maksudnya: Daripada Muaz bin Jabal r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah terlewat pada suatu pagi daripada solat Subuh sehingga kami hampir sahaj ternampak matahari sudah hendak terbit lalu baginda keluar dengan segera dan Rasulullah s.a.w bersegera memulakan solat dan memanjangkan solat baginda. Setelah selesai memberi salam baginda berkata: “Kekal kalian di saf masing-masing”. Kemudian baginda berpaling menghadap kami dan berkata: “Aku hendak menceritakan kepada kamu kenapa aku terlewat pada subuh tadi, pada malam tadi aku bangun bersolat malam, aku berwuduk dan solat sekadar kemampuanku lalu aku berasa mengantuk sehingga mataku menjadi berat (terlena) tiba-tiba aku dapati Tuhanku Tabaraka wa Taala ada bersamaku dalam rupa yang sangat elok lalu Dia berfirman: “Wahai Muhammad!” Aku berkata: “Labbaik (Aku menyahut seruanMu dengan penuh hormat) wahai Tuhanku”. Allah berkata: “Apakah perkara yang sedang diperselisihkan oleh pembesar Malaikat?” Kataku: “Berkenaan Kaffarat (penghapus dosa)”. Kata Allah: “Apakah kaffarat itu?” Kata mereka (para Malaikat) ianya adalah perjalanan kaki kepada kebaikan, duduk (iktikaf) dalam masjid selepas solat, dan menyempurnakan wuduk ketika berlaku hadas”. Kata Allah: “Apa lagi?” Jawabku: “Menjamu makan, lemah lembut dalam perkataan, dan bersolat malam ketika waktu manusia sepatutnya tidur”. Kata Allah: “Mintalah (berdoalah)”. Aku berdoa: “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kelakuan yang baik-baik dan meninggalkan kemungkaran dan mencintai orang-orang miskin dan Engkau jua yang Maha Mengampunkan aku dan merahmati aku dan apabila Engkau hendak menurunkan fitnah kepada suatu kaum, maka wafatkanlah aku tanpa terkena fitnah itu, aku bermohon kepadaMu kecintaan terhadapMu dan cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan mencintai amalan yang mendekatkan kepada kecintaanMu”. Kata Rasulullah s.a.w: “ Sesungguhnya peristiwa ini adalah benar maka pelajarilah ia dan ajarkanlah kepada orang lain”.[al-Tarmizi, Ahmad-disahihkan oleh al-Bukhari, al-Tarmizi, dan al-Albani].

Demikian juga harus melihat Allah Taala di dalam mimpi bagi selain baginda dengan ittifaq Ahli Sunnah wal Jamaah. Namun hendaklah yang dilihat dalam mimpi itu sesuatu yang tidak menyamai makhluk dan tidak dapat digambarkan. Bahkan setiap mukmin itu akan melihat Allah Taala dalam sesuai dengan Iman dan amal soleh yang dilakukan. [Majmuk Fatawa Ibn Taimiah, 2/337 dan 3/390].

Adapun dakwaan kaum Sufi pada hari ini bahawa mereka melihat Allah Taala terang-terangan dalam keadaan sedar  merupakan dakwaan yang batil dengan sepakat Ahli Sunnah wal Jamaah [Ibid].

Imam Ibn Baz r.h menyatakan seseorang itu mampu melihat Allah Taala dalam mimpi tetapi bukanlah yang dilihatnya itu hakikat zat Allah Taala kerana Allah Taala itu tidak menyerupai sesuatu bahkan apa yang dilihatnya adalah sesuai dengan iman dan amalan yang bermimpi dan dia mungkin bermimpi mendengar Allah Taala berkata-kata dengannya sahaja tanpa melihat sesuatu sama sekali. [Majmuk Fatawa Ibn Baz, 6/368].

Apabila datang seorang mendakwa dia melihat Allah Taala dalam mimpi lalu mendakwa Allah Taala memerintahkannya dengan sesuatu maka hendaklah diukur jika perintah atau suruhan yang diperoleh itu sesuai dengan syarak dan warid dalam al-Quran dan al-Sunnah sesuai dengan Manhaj al-Salaf al-Soleh maka ianya benar, jika tidak maka ianya hanyalah mainan syaitan.

Apabila ada seseorang mendakwa dia melihat Allah Taala dalam mimpi juga hendaklah kita perhatikan akidahnya terlebih dahulu dan kita ukur perintah yang didengarnya dalam mimpinya itu sesuai atau tidak dengan Manhaj Salafiah. Adapun jika dia berkata dia melihat Allah Taala terang-terangan dengan matanya maka dia adalah pendusta tanpa syak lagi. Wallahua’lam.

2 Respons to “NIKMAT AGUNG: MELIHAT ALLAH”

  1. Allah Slaves Mei 20, 2009 at 7:52 am #

    Assalamu’alaikum ya akhi,

    may i know what is your scholar background?do you have any ilmu to translate al-qur’an?i come into a blog,and he said that seeing,communicate,being friend with are halal based on Al-Qur’an because he said jin are not belong into gaib,here is the web : http://dickyzainal.multiply.com/journal/item/18

    wassalamu’alaikum wr wb,

  2. mashoori Mei 29, 2009 at 9:01 pm #

    Waalaikumussalam wrt
    about my background you can see it at About in my blog.
    Regarding you question about jins, this has connection to the Islamic Creed and one should not mak any ‘Tafsir’ to al-Quran outside from waht has been stated by our scholars such as Imam Ibn Jarir al-Tabari and Imam Ibn Kasir. So i suggest to you to read my artikel about jins in this blog (mashoori.wordpress.com) you can find it in akidah section. Tq. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 47 other followers

%d bloggers like this: