NIQAB : ANUGERAH ALLAH YANG DIZALIMI

25 Jun

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Allah Taala berfirman:

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Maksudnya: “orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” [al-Baqarah: 120].

Tindakan kerajaan Kafir yang zalim lagi kejam, Perancis melarang Umat Islam wanita memakai Niqab atau penutup muka yang dikenali sebagai ‘Purdah’ merupakan realiti dan tafsiran hidup terhadap firman Allah Taala di atas. Demikianlah kaum kafir tidak pernah diam dan tidak akan berhenti menzalimi dan menghina agama Islam dan umatnya sehinggalah mereka berjaya memesongkan akidah kaum muslimin.

Saya bersegera menulis artikel ini dengan harapan mendahului salakan anjing-anjing Oreintalis yang akan menyalak tanda sokongan terhadap tindakan Sarkozy –Alaihi minallahi ma Yastahiq- ini kerana perkara ini pernah berlaku sebelum ini ketika mana pendahulu Sarkozy mengharamkan pemakaian tudung dan disambut dengan salakan sokongan oleh anjing belaan al-Azhar al-Syarif yang dipakaikan jubah Ulama.

Umat Islam hari ini mudah terkeliru dengan dakyah-dakyah barat kerana kaum kafir pada hari ini lebih maju berbanding dahulu kerana mereka bukan sahaja akan disokong oleh ahli-ahli politik penyembah demokrasi dan sekularisme bahkan anjing-anjing berserban dan berjubah yang menggelar diri mereka Ulama (sedangkan mereka Ular dalam semak).

Allah Taala telah menyamakan kaum yang menggelar diri mereka Ulama namun  menjadi penyesat umat dengan anjing yang menjulur lidah sebagaimana dalam firmanNya:

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ (175) وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (176)

Maksudnya: “dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.” [al-A’raf: 175-176].

Ayat ini menceritakan kisah Bal’am bin Ba’ir atau Bal’am bin Abir, seorang alim daripada yang mustajab doanya telah berpaling tadah daripada ajaran Rasulnya iaitu Nabi Musa a.s ketika itu dan menyokong kaum kafir yang hendak memerangi Musa a.s dan menyekat baginda dan kaum baginda memasuki Tanah Yang dijanjikan (Palestin) setelah berakhirnya tempoh sesat 40 tahun. Akhirnya dia dijadikan hina umpama anjing oleh Allah Taala, menjadi ahli neraka dan lidahnya terjulur bagaikan anjing.-Nauzubillah min zalik-.

Maka saya menyeru kepada mereka yang telah diberikan Allah Taala kemuliaan dengan kedudukan sebagai Mufti, Alim Ulama, Ahli Fatwa, dan lainnya supaya tetaplah di atas prinsip dan berpegang teguhlah dengan agama Allah Taala dalam apa jua keadaan melanda. Umat Islam dewasa ini amat memerlukan keikhlasan anda dan ketelusan lidah anda bukan putar belit dan fatwa yang berselirat dengan helah dan syubhat.

Kembali kepada isu Niqab atau Purdah, ketahuilah wahai Saudara-saudariku se-Islam, sesungguhnya memakai purdah atau niqab adalah tuntutan syariat Islam kepada seorang wanita muslimah mukminah dan para Ulama Islam tidak pernah berbeza pendapat dalam masalah ini.

Pemakaian Niqab atau Purdah bukanlah satu penghinaan atau pengurungan bahkan merupakan kemuliaan dan keistimewaan yang Allah Taala anugerahkan kepada para wanita. Saya tidak akan mendatangkan logik yang susah atau qias mantik yang panjing, cukuplah jika saudara dan saudari sekalian perhatikan buah-buahan yang sedang mekar masak, lazat dipandang dan menarik perhatian burung dan haiwan lain memakannya, apakah yang akan dibuat oleh tuan kebun yang memeiliki buah itu?

Jawapan yang pantas tuan-tuan dan puan-puan, tentu sekali akan dibalutnya, dibungkus dengan rapi. Demikian juga apabila tuan-tuan dan puan-puan mengeluarkan wang daripada ATM, wang yang menarik mata pencuri dan perompak, apakah tindakan pantas yang akan dilakukan? Wah, bagus anda semua, jawapan yang tepat: Kita simpan cepat-cepat dalam dompet atau beg galas, kita tutup wang tersebut jangan sampai dilihat orang lain.

Nah, sekarang, apakah dengan membalut buah tadi atau menyimpan wang dalam dompet kita tidak sayang kepada buah atau wang tadi? Kita hendak merendah-rendahkan nilai buah dan wang tadi? Sungguh sama sekali tidak, bahkan kita menyembunyikan keduanya kerana keduanya sangat berharga pada kita sehingga kita tidak sanggup orang lain melihatnya dan mencederakannya.

Demikianlah pandangan Islam terhadap wanita, mereka adalah maruah, mereka adalah pembentuk generasi mendatang, dan tunjang keluarga yang setiap lelaki yang berjaya tidak dapat tidak berdiri di belakangnya seorang wanita yang hebat. Maka Islam memerintahkan mereka menutup tubuh mereka, terutama wajah yang menjadi himpunan kecantikan wanita yang sentiasa menarik perhatian burung-burung bernama lelaki untuk mematuknya.

Semua manusia sama ada muslim, nasrani, yahudi, hindu dan lainnya mengakui lelaki yang paling hebat dan berpengaruh di dunia ini adalah Muhammad bin Abdullah s.a.w. Tahukah tuan-tuan dan puan-puan, semua isteri-isteri baginda yang menyokong baginda sepanjang perjuangan baginda adalah semuanya wanita berpurdah? Demikian juga anak-anak gadis baginda dan isteri-isteri para Sahabat baginda yang merupakan pembantu setia dalam perjuangan adalah mereka yang berpurdah.

Maka dakwaan liar si anjing Sarkozy dan mereka yang menyalak bersamanya adalah dakwaan batil bahawa Purdah adalah penghinaan dan menyekat kebebasan. Dakwaan anjing-anjing kafir ini berlawanan dengan akal yang sejahtera dan realiti yang nyata. Lihatlah wanita-wanita kafir yang berjalan mededahkan tubuh dan wajah, mereka semua tidak terlepas menjadi tatapan nafsu sang lelaki sama ada kita perasan atau tidak.

Demikian juga wanita-wanita muslimah yang terperangkang dalam jerangkap samar Iblis ini, semuanya menjadi korban nafsu dan syahwat dan jika tidak paling kurang akan menjadi santapan neraka di akhirat nanti, nauzubillah min zalik.

Sabda Nabi s.a.w:

المرأةُ عورة ، فَإِذا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشيطانُ

Maksudnya: “Wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar (dari rumah) maka syaitan akan menghiasanya”. [al-Tarmizi dan Ibn Khuzaimah, hadis Hasan Gharib].

Ini adalah hakikat yang diberitakan oleh Rasulullah s.a.w yang diterima daripada Allah Taala dan perlu diingat Allah Taala adalah pencipta Alam ini termasuklah lelaki dan wanita. Maka Dia Maha Mengetahui apakah jenis pakaian yang perlu dipakai oleh lelaki dan apakah pula jenis pakaian yang perlu dipakai oleh wanita.

Alangkah malang makhluk yang bernama manusia, apabila Allah memberinya nafas dia ambil, Allah berinya makanan dia makan, diberi minuman dia minum, namun apabila Allah Taala memberinya pakaian yang memang sesuai dengan kejadian yang Allah ciptakan dia, dia menolak dan mendakwa dia lebih tahu mana yang sesuai.

Islam apabila membezakan sesuatu hukum antara lelaki dan wanita bukanlah kerana Islam memandang wanita itu hina atau makhluk yang rendah darjatnya namun Islam memandang daripada sudut kejadian masing-masing yang telah Allah Taala ciptakan. Firman Allah Taala:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya: “kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” [al-Nisaa: 34]

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah Taala telah menciptakan lelaki dengan beberapa kelebihan berbanding wanita demikian juga wanita diciptakan tidak sama dengan lelaki, dan lelaki itu diberi tanggungjawab berbeza dengan wanita maka setiap hukum yang berbeza antara lelaki dan wanita bukanlah kerana Islam hendak merendahkan wanita tetapi dalam rangka berlaku adil terhadap masing-masing jantina.

Firman Allah Taala:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: “ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…” [al-Baqarah: 286].

Oleh itu, janganlah cepat kita menuduh Islam agama yang suci murni ini dengan tohmahan dan fitnah yang tidak berasaskan sedangkan kita sendiri tidak memahami perkara yang kita tohmah dan fitnah itu. Amat buruklah mereka yang menerima dan menggunakan nikmat Allah kemudian menolak perintah dan larangNya.

Kaum Muslimin, muslimat dan bangsa manusia sekalian, Islam mensyariatkan dan memerintahkan wanita-wanitanya menutup wajah mereka atas prinsip yang kami terangkan ini bukan kerana hendak menrendah atau menghina wanita apatah lagi memenjarakan mereka, sama sekali tidak.

Setelah jelas bahawa perintah berpurdah bukanlah satu penghinaan maka perlu kami jelaskan di sini hukum sebenar berkenaan hukum berpurdah bagi muslimah kerana terdapat beberapa kaum anjing berjubah ulama yang mendakwa kononnya purdah adalah bidaah tidak ada dasarnya daripada Islam.

Ketahuilah bahawa berpurdah itu adalah Sunnah sabit dalam hadis-hadis yang sahih dan disepakati para Ulama Muslimin semenjak zaman Salaf Soleh lagi. Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h berkata:

“Hendaklah diketahui bahawa menutup wajah dan tapak tangan adalah berasal daripada sunnah dan telah diamalkan semenjak zaman baginda Nabi s.a.w seperti mana yang diisyaratkan baginda dalam sabdanya:

لا تنتقب المرأة المحرمة ولا تلبس القفازين

Maksudnya: “Janganlah wanita yang berihram memakai Niqab (purdah) dan janganlah memakai sarung tangan”. [Sahih]” [Jilbab al-Marah al-Muslimah, m.s 104, cet. Pertama al-Maktabah al-Islamiah].

Hadis yang didatangkan oleh Syeikh ini dikeluarkan oleh al-Bukhari hadis no. 1741 dan berkata Imam Ibn Taimiah r.h:

“Ini menunjukkan bahawa pemakaian purdah dan sarung tangan adalah dikenali (diamalkan) para wanita yang tidak berihram (di zaman Nabi s.a.w) dan ini menunjukkan mereka menutup wajah dan tapak tangan mereka”. [Ibid].

Daripada Aisyah r.a:

كان الركبان يمرون بنا ونحن مع رسول الله صلى الله عليه وسلم محرمات فإذا حاذوا بنا أسدلت إحدانا جلبابها من رأسها على وجهها فإذا جاوزونا كشفناه

Maksudnya: “Adalah penunggang-penunggang melalui kami sedangkan kami bersama dengan Rasulullah s.a.w dalam keadaan Ihram, apabila mereka melintasi kami maka setiap kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) akan melabuhkan jilbabnya daripada kepalanya ke atas wajahnya apabila mereka telah berlalu kami pun membukanya kembali”. [Ahmad dan dinilai Hasan li Ghairih oleh Syeikh al-Albani].

عن أسماء قالت : كنا نغطي وجوهنا من الرجال و كنا نمتشط قبل ذلك

Maksudnya: “Daripada Asma’ r.a kata beliau: ‘Adalah kami menutup wajah kami daripada lelaki dan kami menyikat rambut sebelum itu (Ihram)”. [Ibn Khuzaimah dan al-Hakim, hadis Sahih].

Para Ulama menyatakan, walaupun Nabi s.a.w melarang wanita berniqab (memakai purdah) dalam Ihram, namun mereka dibenarkan untuk menutup wajah dengan kain yang tidak bersentuh dengan kulit wajah mereka sama seperti lelaki berihram dilarang menutup kepala dengan serban atau kepiah tetapi boleh menutup dengan bumbung atau payung.

Ini menunjukkan menutup wajah dan tapak tangan dalam kalangan wanita Salaf al-Soleh adalah makruf dan diamalkan dan mereka berniqab di luar ihram. Ini jelas dalam hadis berikut:

عن صفية بنت شيبة عن عائشة أنها كانت تطوف بالبيت وهي منتقبة

Maksudnya: “Daripada Safiyyah binti Syaibah daripada Aisyah r.a adalah beliau bertawaf dalam keadaan memakai niqab (purdah)”. [Musannaf Abdul Razak].

Ini menunjukkan setelah bertahallul, para wanita muslimah akan memakai kembali niqab mereka dan sekaligus menunjukkan disyariatkan pemakaian niqab ini. Pemakaian Niqab ini berterusan dari generasi ke generasi sehinggalah datangnya penjajahan barat lalu dicabutnya Niqab melalui tangan Muhammad Abduh dan muridnya Qasim Amin serta kuncu-kuncu mereka yang bersubahat dengan kaum Iblis –alaihim minallahi ma yastahiq-.

Firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Ahzab: 59].

Saidina Ibn Abbas r.a berkata dalam mentafsirkan ayat ini:

“Allah Taala memerintahkan para wanita mukminah apabila mereka keluar daripada rumah mereka untuk sesuatu keperluan hendaklah mereka menutup wajah mereka daripada kepala dengan jilbab dan hanya menampakkan sebelah mata (untuk melihat)”. [Ibn Kasir, 6/ 481-482].

Dalam riwayat yang lain menyatakan cara menutup wajah adalah dengan melilitkan jilbab sehingga menutup dahi dan bahagian wajah dan menampakkan dua mata sahaja.[Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah al-Zuhaili, 22/109].

Oleh itu, dakwaan bahawa memakai purdah atau burqa atau apa sahaja yang menutup wajah wanita sebagai amalan bidaah adalah dakwaan bidaah yang menyesatkan serta pengingkaran terhadap syariat Islam yang mulia-nauzubillah min zalik- namun para Ulama Islam hanya berbeza pendapat apakah menutup wajah ini suatu perintah wajib atau mandub sahaja.

Perbezaan pendapat ini pula berlaku ketika aman daripada fitnah dan maksud fitnah di sini keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kemungkaran seperti tersebarnya lelaki-lelaki fasiq seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w sehingga turunnya perintah menutup wajah dalam ayat 59 surah al-Ahzab di atas. [al-Baghawi, 6/376].

Mazhab al-Hanafiah dan al-Malikiah secara umumnya berpendapat tidak wajib wanita menutup wajah dan kedua tapak tangannya sama ada dalam solat atau di luarnya kecuali dalam keadaan fitnah seperti di hadapan lelaki kafir atau lelaki muslim yang kaki maksiat. Jika dalam keadaan fitnah seperti ini maka wajiblah dia menutup wajah dan dua tapak tangannya.

Mazhab al-Syafiiah dan al-Hanabilah berpendapat wajah wanita wajib ditutup demikian juga dua tapak tangannya diluar solat yakni di hadapan lelaki ajnabi kerana fitnah adalah benda zanni dan tidak sama padanya setiap manusia dan keadaan. Maka wajah wanita itu sendiri merupakan illah untuk diwajibkan tutup. [Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 1/654-664, al-Fiqh ‘alal Mazahib al-Arba’ah, 1/198].

Hasil pemerhatian pendapat para Ulama Mazhab ini, kita dapati kaum muslimat yang berada di Perancis menurut kesepakatan mazhab-mazhab yang muktabar wajib memakai penutup wajah sama ada niqab atau burqa atau lainnya kerana mereka berada dalam suasana fitnah, dikelilingi lelaki kafir dan fasiq di merata ceruk negeri.

Sebagai penutup, saya menyeru kepada semua kaum muslimin dan muslimat di negara ini khasnya dan di seluruh dunia amnya supaya mencabar tindakan kejam rejim Nasrani Perancis ini dengan menggandakan usaha dakwah kepada pemakaian niqab dan menutupa aurat serta menggerakkan jentera untuk memerangi habis-habisan budaya ‘bertudung tetapi telanjang’ yang semakin menular dalam masyarakt Islam hari ini. Wallahua’lam.

16 Respons to “NIQAB : ANUGERAH ALLAH YANG DIZALIMI”

  1. siti Julai 7, 2009 at 8:36 pm #

    salam.saya ingin bertanya..sebelum ini sy pernah terdengar kata2 seorang ustaz mengatakan bahawa pemakaian purdah yang berlaku pada zaman rasullullah s.a.w adalah disebabkan keadaan persekitaran contohnya padang pasir dinegara arb..boleh jelaskan…dia memberikan hujjah berpandukan hadis dan al quran tapi sy kurang ingat.bolehkan ustaz menerangkan tentang kata2 ustaz ini..terima kasih!!..

  2. mashoori Julai 8, 2009 at 12:32 am #

    Salam.Saya ragu2 bahawa pernyataan sebegini dikemukan seorang yang berglar ‘ustaz’ kerana percakapan sebegini adalah kosong daripada ilmu yang benar. Perintah menutup wajah diperintahkan Allah Taala dalam surah al-Ahzab ayat ke-59 :
    يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
    Maksudnya: Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
    Berkata Saidina Ibn Abbas r.hma dalam mentafsirkan ayat ini: “Allah Taala memerintahkan para wanita kaum mukminin apabila mereka keluar daripada rumah mereka untuk sesuatu keperluan untuk menutup wajah mereka dari atas kepala dengan jilbab dan menampakkan sebelah mata (untuk melihat)”. [Tafsir al-Tabari, 20/324].
    Berkata Allamah Abdul Rahman al-Saadi r.h berkenaan makna Jilbab dalam ayat ini: “iaitulah pakaian yang dipakai di atas pakaian daripada selubung. tudung, selendang dan seumpamanya yakni yang dapat mereka menutup dengannya wajah mereka dan dada mereka”. [Tafsir al-Saadi, m.s 671].
    Syeikh Wahbah al-Zuhaili hafizahullah menyatakan maksud melabuhkan jilbab dalam ayat ini adalah dengan menutup wajah mereka dan menampakkan sebelah mata untuk melihat atau mengikatnya menutup dahi kemudian dililitkan menutup bahagian wajah yang selebihnya dan dibiarkan dua mata terbuka. [Tafsir al-Munir, 22/109].
    Jelas bahawa ayat ini merupakan perintah untuk berpurdah. Maka untuk menjawab persoalan sebenar di sini perlu kita lihat kenapa ayat ini diturunkan (sebab perintah ini diperintahkan oleh Allah Taala).
    Imam al-Qurtubi r.h menyatakan adalah wanita sebelum turunnya ayat ini mereka keluar untuk menunaikan hajat lalu diganggu oleh kaum fasiq (lelaki-lelaki jahat) kerana menyangka mereka ini adalah hamba sahaya maka mereka menjerit dan mengadu kepada Nabi s.a.w lalu turunlah ayat ini. [Tafsir al-Qurtubi, 14/243].
    Imam Mujahid r.h berkata: “Hendaklah mereka berjilbab maka dengan itu dikenali bahawa mereka ini wanita nmerdeheka (bukan hamba sahaya) maka dengan itu mereka tidak diganggu oleh lelaki fasiq dengan perkataan dan perbuatan keji”. [Tafsir Tabari, 20/325]
    Daripada Abi Malik kata beliau: “Adalah wanita-wanita Nabi s.a.w keluar di waktu malam untuk hajat mereka lalu ada kaum munafiq mengganggu mereka. Apabila ditanya kepada kaum munafiq ini berkenaannya mereka mengatakan mereka hanya mengganggu hamba sahaya maka mereka (yakni wanita merdeheka) diperintahkan dengannya (jilbab) supaya berbeza dengan sahaya”. [al-Durrul Mansur, 8/208]
    Dalam ini sendiri Allah Taala telah menjelaskan kenapa diperintahkan jilbab ini (menutup wajah) iaitu:
    ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ
    Maksudnya: Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu
    Maka perintah ini bukan kerana hendak menutup muka daripada pasir atau sebagainya kerana perintah ini turun di Madinah dan diketahui Madinah adalah sebuah negeri yang subur bukan lah tanah gersang padang pasir bahkan ianya untuk menjaga wanita-wanita ini daripada diganggu oleh kaum fasiq dan kafir dan Allah Taala dalam ayat selepas (ayat 60 dan 61 surah al-Ahzab) menjanjikan balasan buruk dan laknat kepada kaum munafiq dan fasiq ini jika mereka terus mengganggu wanita Islam setelah mereka memakai Jilbab.
    Oleh itu, hasil perbahasan ini membawa kita kepada natijah yang perintah menutup wajah kepada wanita adalah untuk menjaga kehormatan mereka bukan untuk mengelakkan pasir, habuk, dan sampah debu tetapi untuk mengelak gangguan sampah masyarakat yang suka membuat onar di bumi Allah ini. Wallahua’lam.

  3. muslimah Ogos 11, 2009 at 11:19 am #

    assalammualaikum….

    ana nak tnya… enta tau x maksud syariah dr segi istilah??? adakah niqab tergolong dalam syariat?????

    wallahualam

  4. muslimah Ogos 11, 2009 at 11:20 am #

    maaf… bkn syariah… tp syariat

  5. mashoori Ogos 11, 2009 at 12:38 pm #

    Waalaikumussalam.
    sebelum menjawab soalan, penanya ini keliru, syariah dan syariat adalah perkara yang sama cuma orang melayu mewaqafkan kalimah شريعة dengan ta’ sedangkan yang fasih pada bahasa adalah mewaqafkan dengan ha’ sebagaimana yang masyhur dalam bahasa arab.

    Syariah adalah Undang-undang Allah Taala yang diturunkan kepada RasulNya untuk mengatur kehidupan manusia dalam rangka mencapai kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Takrif Syariah@Syariat ini boleh dirujuk di dalam kitab-kitab Tarikh Tasyri’ al-Islami.

    Apabila sudah jelas takrif syariat ini maka niqab termasuk syariat (Syariah) kerana ianya perintah Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w. sebagaimana yang telah dijelaskan dalam artikel ini. Wallahua’lam.

  6. NurIslamy Ogos 12, 2009 at 5:55 pm #

    salam.

    saya ada membaca tentang niqab ini daripada laman web Dr. Maza. Dalam artikelnya yang bertajuk “purdah dalam pandangan jumhur ulama” beliau mengatakan bahawa hukum kewajipan memakai purdah adalah lemah. oleh itu, minta penjelasan ustaz tentang hali ini.

  7. mashoori Ogos 12, 2009 at 8:18 pm #

    Salam,
    Sebenarnya ramai manusia terutama golongan pelajar agama (kecuali yang diberi rahmat oleh Allah) telah tertipu dengan dakyah-dakyah kaum nasrani yang sejak dahulu berusaha menanamkan sifat benci kepada purdah. Amat malang sekali kaum yang bergelar ulama di zaman kini seumpama al-Qardawi dan yang mengikutnya seperti Dr.Maza telah tertipu dengan dakyah Muhammad Abduh yang tercatat jelas dalam sejarah sebagai orang pertama yang mengisytiharkan hijab adalah tidak wajib.
    Jika saudara teliti kitab-kitab para Ulama yang muktabar seumpama kitab-kitab Fiqh Hanafiah, Malikiah, Syafiiah, dan Hanabilah semuanya bersetuju (ijmak) bahawa pemakaian niqab adalah masyru’ (disyariatkan) walaupun mereka berbeza antara hukumnya sunat atau wajib yang telah saya jelaskan dalam artikel ini.
    Kita juga boleh merujuk kepada kitab Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h Hijab al-Mar’ah al-Muslimah yang telah mendatangkan dalil-dalil yang jelas bahawa niqab merupakan sunnah islamiah dan syariat yang suci kepada kaum wanita mukminah.
    Prinsip yang benar dalam agama adalah mengikut dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan al-Sunnah sesuai dengan Manhaj Salaf Soleh, walaupun Dr.MAZA ada pandangan yang berbeza, namun pendapat beliau tertolak dengan dalil-dalil yang sahih yang banyak ini. Siapalah Dr.Maza jika hendak dibandingkan dengan Ulama-ulama Muktabar yang lebih pandai dan bijak daripada beliau bahkan lebih bersemangat membela Islam daripada beliau. Maka janganlah kita menjadi pentaklid sebaliknya ikutlah jalan yang lurus yang telah dijamin akan membawa keselamatan oleh Rasulullah s.a.w.

  8. azman Oktober 8, 2009 at 11:43 am #

    salam ,tnya sikit knp bila wanita tawaf di mekah tidak boleh pakai purdah,masa tu org laki bercampur dng wanita masing2
    boleh lihat wajah.klau pakai purdah kena byr dam,betul ke ana musykil…tolong jelaskan

  9. ar-Rantawi Oktober 11, 2009 at 12:19 pm #

    assalamu`alaika ya ustaz…

    …apakah hujjah yang kuat sebenarnya oleh Tantawi sehingga mengharamkan pemakaian purdah dan apakah jawapan daripada hujjah apa yang diharamkan itu…

    berikut adalah petikan akhbar dlm utusan online

    ……pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.
    Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir….

    Juga kenyataan tentang Nik Aziz yang turut akan melaksanakan pengharaman ini di Kelantan…

    Ustaz apakah jawapan utk kenyataan ini sekiranya ia timbul…

  10. mashoori Disember 3, 2009 at 12:37 pm #

    Waalaikumussalam.
    Maaf atas kelewatan.

    Hijab disyariatkan untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan. ini jelas dalam ayat al-Quran surah al-Ahzab ayat 59. oleh itu, pendapat2 sebegini tidak perlu dilayan kerana mereka yang mengeluarkan kenyataan ini adalah agen2 yahudi yang memakai jubah ulama untuk menyesatkan umat dari dalam..wallahua’lam.

  11. mashoori Disember 3, 2009 at 12:43 pm #

    salam. wanita yang berihram dilarang memaki penutup muka yang bersentuh dengan kulit wajahnya tetapi dia disuruh menutup dengan khimar atau jilbab yang dilabuhkan dari atas kepala sebagaimana yang dilakukan oleh isteri2 Rasulullah s.a.w. wallahua’lam.

  12. srikandi April 30, 2010 at 12:10 pm #

    salam.saya cuma ingin mengatakan yg saya sudah bersedia untuk memakai purdah tapi masalahnya,suami saya belum mendapat hidayah untuk membenarkan saya memakainya.ini adalah kerana menurutnya dalam islam menutup keseluruhan badan kecuali muka dan tangan sudah menepati syarak.apa harus saya lakukan utk meyakinkan beliau.

  13. siti balqis Mei 9, 2010 at 1:11 am #

    salam ya ustaz…..

    ana sudah baca artikel di ats,tp ana keliru apakah berniqab e2 wajib @ sunnah nabi yg dituntut??…

    ana juga ada mendgr ceramah ustaz fathul bari ttg sunnah memakai niqab-hadis shahih….ana x dpt tangkap hadisnya tp,ulasannya,apabila saidatina Aisyah bertawaf,beliau akn berniqab,iaitu apabila lalunya lelaki ajnabi,beliau akn tutup dgn niqab,kemudian apabila lelaki ajnabi e2 sudah berlalu,maka beliau membuka niqab itu semula….

    apa ulasan ustaz??

  14. mashoori Mei 17, 2010 at 12:53 am #

    wkslm wrt.

    Pendapat yang rajih pada ana adalah menutup wajah wanita itu wajib namun di sana ada ulama yg berpendapat ianya sunnah dlm keadaan aman daripada fitnah seperti sewaktu solat berjemaah di masjid atau sewaktu ibadah haji.
    perbuatan Aisyah r.ha itu menunjukkan niqab itu wajib kerana jika di waktu Ihram yang dilarang bagi wanita memakai niqab sekalipun jika ada orang lelaki ajnabi melaluinya diperintahkan mereka menutup wajah dengan kain yang tidak dibuat mengikut bentuk wajah maka lebih aula di luar ihram wajah wanita itu aurat dan wajib ditutup.
    demikian juga tiada khilaf pada ulama, wajah isteri2 Rasulullah s.a.w adalah aurat,. wallahua’lam.

  15. mashoori Mei 17, 2010 at 12:57 am #

    wkslm wrt.
    Barakallahu fik wa Ahsanallhu ilaik. tahniah ya ukhti atas kesediaan yang sgt besar maknanya ini. semoga Allah memudahkan urusan anda dlm mencapai keredaanNya ameen.

    Berkenaan suami saudari, maka bawalah berbincang dgn beliau dan berikan rujukan kpd beliau berkenaan masalah ini.
    demikian juga anda boleh menggunakan psikologi utk menundukkan beliau dgn cara seperti katakan kpdnya bahawa anda sgt menyayanginya dan tidak selesa jika wajah anda yg merupakan tempat berhimpun segala kecantikan wanita dipandang lelaki lain.
    demikian juga jelaskan kpdanya bahawa niqab adalah salah satu cara yg diajar oleh Allah taala utk wanita menyelamatkan diri daripada keganasan lelaki fasiq yg mana mereka itu banyak sekali di zaman kini.

    demikian juga banyakkan doa supaya Allah membuka hati suami puan utk membenarkan puan berniqab. insya-Allah, Allah memudahkan hamba2Nya yang ingin mencari keredaanNya.

  16. Qari Oktober 1, 2010 at 1:09 am #

    Salam, Mohn ambik sbgai rjukan,

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 47 other followers

%d bloggers like this: