KEPIMPINAN WANITA DALAM ISLAM

28 Jun

SOALAN: Adakah boleh bagi sekumpulan wanita muslimat yang mempunyai pendidikan yang tinggi daripada lelaki untuk menjadi pemimpin kepada lelaki? Selain daripada Imam di dalam solat, apakah lagi halangan-halangan yang menghalang wanita memegang jawatan kepimpinan dan kenapa?

JAWAPAN: Al-Sunnah, Maqasid al-Syari’ah, Ijmak, dan Realiti telah menunjukkan bahawa wanita tidak boleh memegang jawatan kepimpinan dan kehakiman; ini berdasarkan umum Hadis Abu Bakrah (ra) bahawa Nabi s.a.w apabila sampai kepada baginda berita kaum Farsi melantik pemerintah mereka seorang wanita baginda berkata: لن يفلح قوم ولوا أمرهم امرأة (Maksudnya: “Tidak akan berjaya sama sekali kaum yang melantik wanita sebagai pemimpin mereka” – Al-Bukhari, Al-Tarmizi, dll).

Setiap kalimah (kaum) dan (wanita) dalam hadis ini adalah ‘nakirah’ dalam bentuk nafi maka ia memberi faedah keumuman hukum dan (dalam pengambilan hukum) yang diambil kira adalah keumuman lafaz bukan khususnya sebab seperti yang telah diketahui dalam ilmu Usul (Usul Fiqh).

Ini kerana wanita itu keadaannya terdapat kekurangan pada akalnya, lemah pemikirannya, dan kuat emosinya yang akan mempengaruhi fikirannya[1].

Demikian juga kepimpinan itu memerlukan penjawatnya mengambil tahu berkenaan keadaan rakyat, menguruskan urusan-urusannya yang am yang memerlukan kepada pengislahan, maka dia perlu bermusafir ke wilayah-wilayahnya, bercampur dengan orang ramai, memerlukan untuk memimpin tentera dalam jihad kadang kala, memerlukan untuk bersemuka dengan musuh untuk melaksanakan perjanjian, perlu untuk mengikat baiat dengan individu-individu umat dan kelompok-kelompoknya, lelaki dan wanita semasa aman dan perang, dan seumpamanya yang tidak sesuai dengan keadaan wanita dan tidak sesuai dengan hukum hakam yang telah disyariatkan untuk menjaga kehormatannya (wanita) dan menjaganya daripada tindakan yang dibenci (oleh syarak).

Demikian juga perkara ini (larangan wanita menjadi pemimpin dan hakim) disaksikan oleh Ijmak di zaman para Khalifah al-Rasyidin dan Imam-imam kurun yang tiga yang disaksikan untuk mereka dengan kebaikan, Ijmak secara amali telah berlaku di mana tidak pernah (di zaman ini) diserahkan jawatan kepimpinan dan kehakiman kepada wanita sedangkan dalam kalangan mereka terdapat wanita-wanita yang terpelajar dalam ilmu agama yang menjadi rujukan dalam ilmu-ilmu al-Quran, Hadis, dan hukum-hakam bahkan wanita-wanita di zaman itu tidak menuntut sama sekali untuk mendapatkan jawatan dalam kepimpinan dan apa-apa yang berkaitan dengannya dalam kepimpinan am[2].

Demikian juga disaksikan perkara ini dengan percubaan yang telah berlaku di zaman terdahulu sebelum umat ini walaupun ianya sesuatu yang jarang berlaku dan wujudnya keperluan terhadapnya, di mana Balqis menjadi raja bagi negeri Yemen di mana dia menjadi lemah dan gementar apabila sampai kepadanya surat Nabi Sulaiman a.s walaupun kaumnya sudah menerangkan bahawa mereka adalah kaum yang kuat dan mereka bersedia untuk berperang dengan sesiapa sahaja yang berani menggugat mereka dan menyerang Negara mereka demi mempertahankannya (Balqis) dan kerajaannya, namun dia (Balqis) tidak dapat menghilangkan ketakutan dan kegerunan yang melanda jiwanya takut akan kehilangan kerajaannya, takut hilangnya keagungan dan kemuliaannya, menjadi pengecut untuk berperang dan menjaga kerajaannya dengan senjata bahkan memilih untu menghantar hadiah kepada Sulaiman, dengan harapan Sulaiman (as) akan reda dengannya dan tidak menyerang negaranya yang akan membawa keamanan dan keselamatan kepada kerajaannya.

Namun, Nabi Sulaiman (as) adalah seorang lelaki Islah dan Hidayah yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan, tidak terpedaya dengan harta bahkan dia berkata seperti mana yang ALLAH ceritakan di dalam al-Quran:

بَلْ أَنْتُمْ بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ

Maksudnya: “Bahkan kamu dengan hadiah-hadiah kamu ini kamu berasa bangga”. [al-Naml: 36].

Kemudian Sulaiman (as) memerintahkan supaya dibawa Singgahsana Balqis maka ianya dibawa, apabila dikatakan kepadanya (Balqis): “Beginikah Singgahsana kamu?”. Dia menjawab: “Seolah-olahnya ianya adalah ia[3].

Dan dikatakan kepadanya:

ادْخُلِي الصَّرْحَ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَنْ سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُمَرَّدٌ مِنْ قَوَارِيرَ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: “(setelah itu) dikatakan kepadanya: “Dipersilakan masuk ke dalam istana ini.” maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: “Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca”. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: “Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (Sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam “. [Al-Naml: 44]

Maka kamu dapat melihat keadaan Balqis yang dilanda kerisauan dan ketakutan apabila menerima ugutan dan ancaman daripada Sulaiman serta arahan supaya menyerah diri dan dia (Balqis) menjadi pengecut untuk bersemuka dengan Sulaiman di Medan Perang, sedangkan kaumnya sudah pun menegaskan bahawa mereka memiliki kekuatan dan keupayaan yang teguh (untuk berperang) sedangkan sifat raja itu meninggi diri dan amat mengawal dan pantang dicabar pada kerajaannya.

Sebaliknya dia beralih kepada cara tipu daya dengan harta seperti halnya orang-orang yang lemah mudah-mudahan dia dan kerajaannya selamat.

Ditambah lagi dengan kekaguman dan kejutan yang diterimanya sehingga dia menjadi ragu-ragu akan takhtanya sendiri, serta kekaguman yang terlampau terhadap kerajaan Sulaiman telah menguasai dirinya seperti mana hal  wanita-wanita yang lain yang mudah terpengaruh dengan perkara luaran kerana kuatnya emosi mereka maka dia pun tunduk dan patuh kepada Sulaiman dan dakwah baginda serta menyerah diri kepada ALLAH Tuhan sekalian Alam bersama dengan Sulaiman[4].

وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم

Lajnah Tetap Untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi

Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz – Ketua

Abdul Razak Afifi – Timb Ketua

Abdullah bin Ghudian – Anggota

Fatwa No: 11780 Soalan ke-7 &8.


[1] Hadis Sahih dikeluarkan Imam Muslim.

[2] Wanita di zaman Salafus Soleh lebih ‘alim dan lebih sempurna ilmu dan Iman mereka daripada wanita di zaman kini, Ummul Mukminin para Isteri Rasulullah s.a.w, tidak ada seorang pun daripada mereka memegang jawatan kepimpinan umat walaupun mereka adalah rujukan utama dalam ilmu-ilmu Islam.

[3] Lihatlah bagaimana Balqis tidak dapat mengecam Takhtanya sendiri pun maka bagaimana hendak diharapkan mereka yang begini sifatnya untuk memimpin Negara di medan perang.

[4] Menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman a.s amat memahami naluri dan fitrah wanita lalu baginda menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berdakwah kepada Balqis. Maka para daie dalam berdakwah hendaklah menggunakan sebaik mungkin apa yang disebut hari ini sebagai: Psikologi Dakwah.

3 Respons to “KEPIMPINAN WANITA DALAM ISLAM”

  1. wanitadalamislam September 20, 2011 at 2:26 pm #

    Salaam,

    Saya mahu berkongsi artikel “Wanita dalam Islam dan wanita dalam tradisi Judaeo-Kristin: Mitos dan Kenyataan” di http://wanitadalamislam.wordpress.com/

  2. Abu Aliyah Adi Oktober 2, 2011 at 9:40 pm #

    Assalamu’alaykum ustaz,

    Bagaimana pula golongan yang berhujjah dgn kepimpinan ‘Aishah radhiyallahu’anha di dalam perang Jamal? Apakah ada para ulama’ salaf yg berhujjah dgnnya?

    Barakallahu feek.

  3. mashoori Oktober 14, 2011 at 6:28 am #

    Wa’alaikumussalam.

    Apa yg berlaku dlm peristiwa Jamal tidak boleh dijadikan Hujjah Syar’iyyah kerana Ummul Mukminin A’isyah r.ha tersilap dalam tindakan beliau dan beliau bukanlah keluar untuk berperang tetapi dgn niat mendamaikan kaum muslimin dan membuat Islah namun berlaku fitnah dan kekeliruan yg ditimbulkan kaum munafiqin dan beliau r.ha telah pun menyatakan kekesalan atas tindakannya itu. semoga ALLAH meredai semua Sahabat dan Ahli Bait Rasulullah s.a.w.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: