TATACARA MANDI WAJIB

20 Nov

عَنْ عَائِشَةَ رَضي الله عَنْهَا قَالتْ: كان رَسولُ الله صلى الله عليه وسلم إذا اغْتَسَلَ مِنَ الجَنَابَةِ غَسَل يَدَيْهِ، ثُمَ تَوَضَّأ وضُوءهُ للصلاةِ، ثم يُخَلِّلُ بيَدْيَهِ شَعْره حَتَّى إِذَا ظَنَّ أنَّهُ قَدْ أرْوَى بَشَرَتَهُ أفَاضَ عَلَيْهِ الماءَ ثَلاثَ مَرَاتٍ ، ثُم غَسل سَائِرَ جَسَدِهِ. وقالت: كُنْت أغْتَسل أنَا وَرَسُول الله صلى الله عليه وسلم مِنْ إِنَاء وَاحِدٍ ، نَغْتَرِف مِنْهُ جَمِيعاً.

Maksudnya: Daripada Aisyah R.Ha katanya: Adalah Rasulullah S.A.W apabila mandi jenabah baginda membasuh dua tapak tangannya kemudian mengambil wudhu seperti untuk solat kemuidan baginda menyelat rambut baginda dengan dua tangannya sehingga baginda rasa telah basah kulit kepalanya baginda menuang air sebanyak 3 kali kemudian membasuh seluruh jasad baginda. Berkata Aisyah lagi: Aku dan Rasulullah mandi bersama dari bekas yang sama dan kami menceduk air darinya bersama.

عَنْ مَيْمُونَةَ بنْتِ الْحَارثِ زَوْج النبي صلى الله عليه وسلم أنَّهَا قَالَتْ: وَضَعْتُ لِرَسُولِ الله صلى الله عليه وسلم وَضُوءَ الجَنَابَة فأَكفَأ بِيِمِينِهِ علَى يساره مَرًّتيْنِ أوْ ثَلاثَا، ثم غَسَلَ فرْجَهُ، ثُمٌ ضَرَبَ يدَهُ بِالأرْضِ أوْ ا اْلحَائِطِ مرًّتينَ أوْ ثَلاثَاً ثمَّ مَضْمَضَ وَاَسْتَنْشَقَ، ثُمَّ غَسَلَ وجْهَهُ وَذِراعَيْهِ، ثمَّ أفَاضَ عَلى رَأسهِ الْمَاءَ، ثمَّ غَسَلَ سَائرَ جَسَدِهِ، ثُمَّ تَنَحَّى فَغَسَل رِجْليْهِ فأتيتهُ بِخِرْقَةٍ فَلَمْ يُرِدْها، فَجَعَل يَنْفُضُ الْمَاءَ بِيَدَيْهِ.

Daripada Maimunah bintu al-Haris Isteri Rasulillah S.A.W katanya: Aku pernah membawa air kepada Rasulullah s.a.w untuk mandi hadas. Baginda memulakannya dengan membasuh dua tapak tangan sebanyak dua atau tiga kali. Kemudian baginda memasukkan tangan ke dalam bekas berisi air, lalu mecedokkan air tersebut ke atas kemaluan serta membasuhnya dengan tangan kiri. Setelah itu baginda menggosokkan tangan kiri ke tanah dengan kuat, lalu berwuduk sebagaimana yang biasa dilakukan untuk mendirikan sembahyang. Kemudian baginda menuangkan air yang dicedok dengan dua telapak tangan ke kepala sebanyak tiga kali. Seterusnya baginda membasuh seluruh tubuh, lalu beralih dari tempat tersebut dan membasuh kedua kaki, kemudian aku mengambilkan sapu tangan untuk baginda, tetapi baginda menolaknya“.

 

Masalah:

Dalam kedua hadis ini diterangkan dua cara Rasulullah S.A.W melaksanakan mandi wajib. Namun, hadis kedua lebih terpeinci daripada hadis pertama. Dalam kedua-dua hadis ini dijelaskan baginda mengambil wudhu’ sebelum meulakan mandi. Maka, wudhu’ ini adalah termasuk perbuatan mandi maka anggota yang dibasuh semasa wudhu’ terangkat padanya hadas kecil dan besar sekaligus.

Baginda mengambil wudhu’ secara sempurna kemudian terakhir sekali baginda sekali lagi membasuh kaki.

Dalam hadis Aisyah R.Ha jelas menunjukkan baginda mandi bersama dengannya.

Hadis Maimunah R.Ha menjelaskan harusnya mengelap air kesan daripada mandi hadas dan diiktibarkan juga wudhu’ (harus mengelap air dari basuhan wudhu’).

Apabila selesai mandi wajib maka tidak perlu mengulang wudhu’ untuk solat dan sebagainya kecuali berlaku perkara yang membatalkan wudhu’ setelah mandi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: