WANITA DALAM ISLAM (II)

20 Nov

WANITA DAN PUSAKA

Musuh-musuh Allah juga selalu melaung-laungkan bahawa Islam tidak adil terhadap wanita dalam pemberian harta pusaka. Dalil mereka adalah firman Allah s.w.t:

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ

Maksudnya:  Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.-[al-Nisaa:11]

Namun, mereka lupa bahawa dalam Islam yang menentukan hak pewarisan adalah Allah s.w.t sendiri tanpa campur tangan manusia. Jadi tentulah pembahagian ini yang paling adil dalam alam sarwajagat ini.

Demikian juga, adakah semua wanita mendapat 1 bahagian berbanding lelaki dalam pewarisan? Jawapannya tidak kerana terdapat keadaan di mana wanita mendapat lebih daripada lelaki dan terdapat keadaan wanita mendapat pewarisan sepenuhnya tanpa lelaki. Terkejut? Hanya mereka yang tidak menelaah ilmu faraidh Islam sahaja yang terkejut mendengar fakta ini.

BUKTI!!

Allah berfirman:

وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ

Maksudnya: dan bagi kedua ibu bapanya (si mati) setiap seorang mereka mendapat 1/6 daripada peninggalan pusaka jika (si mati) mempunyai anak-[al-Nisaa’ ayat 11]

Dalam kes ini, lelaki dan wanita mengambil bahagian yang sama tanpa berbeza sedikit pun.

وَإِنْ كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلَالَةً أَوِ امْرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ

Maksudnya: dan jika si mati Yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, Yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. kalau pula mereka (saudara-saudara Yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki Dengan perempuan)…[al-Nisaa:12].

Dalam kes ini juga wanita dan lelaki mendapat bahagian yang sama. Maka tidak semua kes pusaka wanita mendapat kurang daripada lelaki.

Juga dalam kes misalnya seorang yang mati meninggalkan seorang anak perempuan sahaja kemudian terdapat Zawul Arham maka anak perempuan akan menghabisi pusaka dengan cara fardh iaitu dia mendapat 1/2 harta kemudian akan diraddkan pula 1/2 lagi. Maka walaupun terdapat zawul Arham lelaki tetapi mereka tidak mendapat harta pusaka.

Jika seorang mati meninggalkan: Isteri, anak perempuan, ibu, 2 saudara perempuan seibu, dan saudara lelaki kandung maka asal masalah 24 dan isteri mengambil 3 bahagian, ibu 4 bahagian, dan saudara kandung mendapat 5 bahagian. Adapun saudara perempuan seibu terdinding. Anak perempuan pula menjadi ‘asibah yakni menghabiskan baki harta. Jelas anak perempuan mengambiul lebih daripada pak ciknya iaitu seorang lelaki.

Maka, penentuan dalam kes ‘asabah apabila anak lelaki dan perempuan berkumpul sebagai waris dengan ketentuan lelaki mendapat 2 bahagian dan wanita 1 bahagian bukan kerana wanita itu lebih hina daripada lelaki tetapi kerana masalahah tertentu.

Lelaki memerlukan harta lebih daripada perempuan kerana lelaki diwajibkan Allah untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Adapun wanita mereka tidak perlu risau kerana mereka masih mendapat nafkah daripada suami dan jika dia belum berkahwin, walinya iaitu saudara-saudara lelakinya yang mendapat 2 bahagian melebihi bahagiannya tadi telah diwajibkan Allah untuk memeliharanya dan memberinya nafkah.

Maka di manakah kezaliman dalam keadaan ini? Bahkan jika disamakan pembahagian ini maka berlakulah kezaliman pada pihak lelaki kerana wanita dan lelaki mendapat sama rata tetapi mereka masih wajib menjaga adik perempuan mereka dan memberinya nafkah selama dia belum bersuami misalnya.

Dinasihatkan kepada mereka yang menyeru supaya disamakan pembahagian pusaka dan menuduh Islam tidak adil, adalah lebih baik mereka membetulkan agama Yahudi yang langsung tidak memberi puasaka kepada wanita melainkan tiada waris lelaki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: