WANITA DALAM ISLAM (III)

20 Nov

WANITA KURANG AKAL?

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w baginda bersabda:

يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الاِسْتِغْفَارَ فَإِنِّى رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ جَزْلَةٌ وَمَا لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ . قَالَ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَمَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَغْلَبَ لِذِى لُبٍّ مِنْكُنَّ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّينِ قَالَ أَمَّا نُقْصَانُ الْعَقْلِ فَشَهَادَةُ امْرَأَتَيْنِ تَعْدِلُ شَهَادَةَ رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيَالِىَ مَا تُصَلِّى وَتُفْطِرُ فِى رَمَضَانَ فَهَذَا نُقْصَانُ الدِّينِ

Maksudnya: “Wahai sekalian wanita, bersedekahlah dan banyakkan meminta ampun! Maka sesungguhnya aku melihat kamu adalah kebanyakan ahli neraka”. Berkata seorang wanita daripada mereka yang pintar: ‘Kenapakah kami ini kebanyakan ahli neraka wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: “Kamu banyak melaknat dan derhaka pada suami dan aku tidak melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang dapat mengalahkan orang yang berakal pintar selain daripada kamu”.Berkata seorang daripada mereka: ‘wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan kurang akal dan agama itu?’ Jawab baginda: “Kurang akal itu (tandanya) kesaksian dua wanita menyamai seorang lelaki dan kurangnya agama itu kamu tidak solat beberapa malam dan tidak berpuasa Ramadan beberapa hari (kerana haid)”-[Muslim].

Jawapan kepada persoalan ini adalah yang dimaksudkan kurangnya akal wanita itu kerana mereka lebih terikut dan kurang berfikir panjang. Hakikat ini memang diakui oleh semua manusia kecuali yang jahil atau degil sahaja.

Nabi s.a.w malah memuji mereka dengan sifat mereka ini apabila baginda menyatakan bahawa sifat emosional wanita itu dapat mengalahkan lelaki yang pintar yang kurang terpengaruh dengan emosi.

Manakan tidak, seorang lelaki yang berkuasa, berjawatan besar dan berharta akan menjadi resah, gelisah dan tidak tentu arah apabila isterinya menangis atau marah.

Hakikat emosional wanita tidak dapat diragui lagi. Buktinya kajian berikut:

Pada tahun 1956 kajian Gifford menyatakan lelaki lebih yakin dan tabah daripada wanita.

Hutt dalam kajian pada tahun 1972 menyatakan bahawa lelaki lebih memberi perhatian terhadap aspek ekonomi, politik dan mempunyai lebih keupayaan untuk mencipta sesuatu yang baharu.

Pernyataan fakta ilmu psikologi ini menolak semua dakwaan jahat terhadap Islam sekaligus menetapkan mukjizat Islam dan benarnya agama ini daripada Allah s.w.t.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: