SIAPAKAH IBN AL-‘ARABI AL-SUFI?

1 Dec

Dalam dunia Ilmu Tariqat Sufi, nama Syeikh Muhyiddin bin al-Arabi atau dikenali sebagai Ibn Arabi atau Ibn al-Arabi sangat terkenal dah dia sangat diagungkan mana-mana pengikut Tasawwuf.

Mereka menganggapnya sebagai seorang Wali Allah yang hebat dan disebut sebagai al-Syeikh al-Akbar (Syeikh Besar) dan Khatamul Auliya’ (Penutup Sekalian Wali).

Namun, siapakah sebenarnya dia di sisi Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah? Apakah pandangan ulama Jarh wa Ta’dil terhadap dirinya?

PANDANGAN IMAM AL-HAFIZ AL-ZAHABI R.H.

Imam al-Zahabi r.h menyebut dalam kitab beliau yang terkenal ‘Siyar A’lam al-Nubala’  bahawa nama syeikh ini adalah:

العَلاَّمَةُ، صَاحِبُ التَّوَالِيفِ الكَثِيْرَةِ، مُحْيِي الدِّيْنِ، أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بنُ عَلِيِّ بنِ مُحَمَّدِ بنِ أَحْمَدَ

الطَّائِيُّ، الحَاتِمِيُّ، المُرْسِيُّ، ابْنُ العَرَبِيّ

 Maksudnya: “Seorang yang alim, mempunyai tulisan karya yang banyak, Muhyiddin Abu Bakar Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad al-Tai al-Hatimi al-Mursi Ibn al-Arabi”.

Kemudian selang beberapa perenggan Imam al-Zahabi menyatakan kedudukan lelaki ini dalam syariat:

وَمِنْ أَرْدَإِ تَوَالِيفِهِ كِتَابُ (الفُصُوْصِ)، فَإِنْ كَانَ لاَ كُفْرَ فِيْهِ، فَمَا فِي الدُّنْيَا كُفْر

Maksudnya: “dan antara tulisannya yang paling teruk adalah kitab (al-Fusus), maka jika kitab ini tidak boleh dihukum kufur maka tiada lagi kekufuran dalam dunia ini..”

Lihat betapa teruknya lelaki ini sehingga Imam al-Zahabi r.h menghukumkan dia telah mencapai tahap kekufuran yang lebih tinggi daripada Iblis, nauzubillah min zalik!!

Imam al-Zahabi juga mendatangkan riwayat daripada Imam Izzuddin bin Abdul Salam r.h di mana beliau berkata:

هُوَ شَيْخُ سُوءٍ مَقْبُوْحٌ كَذَّابٌ

Maksudnya: “dia adalah syeikh yang teruk, keji lagi pendusta”

Lihat bagaimana seorang ulama besar mazhab Syafii menghukum Ibn Arabi atau Ibn al-‘Arabi ini sebagai keji dan pendusta.

AL-ZARKALI R.H.

Imam al-Zarkali r.h dalam kitab beliau ‘al-A’lam’ menyatakan:

وأنكر عليه أهل الديار المصرية (شطحات) صدرت عنه، فعمل بعضهم على إراقة دمه

Maksudnya: “dan penduduk Mesir telah mengingkarinya kerana ‘satahat’ (latahan sufi) yang muncul daripadanya maka sebahagian mereka (ulama Mesir) berusaha untuk menjatuhkan hukuman mati ke atasnya”.

IMAM IBN KASIR R.H.

Ibn Kasir r.h dalam kitab beliau ‘al-Bidayah wa al-Nihayah’ menyatakan:

وله كتابه المسمى بفصوص الحكم فيه أشياء كثيرة ظاهرها كفر صريح

Maksudnya: “dan dia mempunyai kitab bernama ‘Fusus al-Hikam’ yang terkandung dalamnya beberapa perkara kebanyakannya kufur yang jelas pada zahirnya”.

Jadi dengan jelas, ulama besar seperti al-Zahabi dan Ibn Kasir rahimahumallah menghukum Ibn Arabi sekurang-kurangnya sebagai majruh (cedera) pada aqidahnya. Maka, orang seperti ini tidak sepatutnya dijadikan qudwah ikutan. Ramai lagi ulama dan pemuka-pemuka agama yang boleh kita contohi dan ikuti, bahkan para Sahabat Rasulullah s.a.w lebih layak untuk kita kaji dan teladani ilmu dan amalan mereka berbanding orang kebelakangan seperti Ibn Arabi ini. Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: