Amrad: Hukum Allah Yang dipinggirkan

15 Dec

الحمد لله رب العالمين الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على رحمة للعالمين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آلــــــــــه وصحبه وسلم  أما بعد،

Musuh-musuh Islam amat tidak kenal akan erti penat dan lelah dalam merosakkan Islam dan Umatnya. Mereka  gagal mereosakkan Agama Allah yang mulia ini namun dapat menyelewengkan umatnya daripada jalan Allah yang lurus. Islam amat teliti dan undang-undangnya amat sempurna maksum lagi terpelihara. Musuh-musuh Islam cuba menyelewengkan umat Islam dengan menaikkan nafsu jahat dalam diri setiap manusia. Amat sedih apabila kita selalu dengar masalah homoseksual dalam  kalangan anak remaja kita. Asrama lelaki menjadi antara tempat utama jenayah ini berlaku. Lebih sedih apabila kita dengar berlakunya jenayah ini di sekolah-sekolah agama. Ini menimbulkan fitnah  lagi terhadap agama Allah yang mulia ini. Kenapa ia berlaku? Apakah Islam  tiada jalan penyelesaiannya?

 

Apa sebenarnya?

Risalah kali ini timbul daripada pemerhatian keadaan kehidupan remaja kita yang gagal mematuhi peraturan hidup beragama yang sempurna. Batas-batas aurat tidak dijaga, pandangan tidak ditundukkan. Islam bukan sahaja menyatakan wanita sahaja yang menjadi penaik nafsu bahkan lelaki juga. Kajian  barat yang dusta dan  keji  menyatakan bahawa punca homoseksual adalah genetik telah lama dinafikan oleh Islam  apabila Islam meletakkan hukum Khas berkenaan Amrad atau Murdan dalam bahasa ‘Arab.

 

Apa itu Amrad?

Amrad dalam  bahasa arab adalah yang bersih pipinya daripada bulu (tiada janggut) bagi manusia dan dahan yang tiada daun bagi tumbuhan.  Amrad  bermaksud remaja yang belum  tumbuh janggutnya walaupun telah  nampak bibit misainya.

Istilah Fiqh menyatakan bahawa  remaja lelaki yang telah baligh dan belum tumbuh janggut walaupun  misainya sudah  sudah  mula kelihatan. Remaja bermakna seorang itu sudah baligh dan belum  mencapai 30 tahun. Adapun jika setelah umur itu dia masih belum tumbuh janggut maka dinamakan Ajrad.

 

 Hukum Amrad:

1.Hukum  Melihat Amrad dan Bersendirian dengannya:

Amrad yang mempunyai wajah yang cantik atau  biasa diistilahkan sebagai ‘hensem’ dan boleh  menarik perhatian yang melihatnya maka ulama’ bersepakat haram melihatnya dengan syahwat dan  makna syahwat ialah  bersenang atau merasa lazat melihatnya. Hukum  ini berlaku  atas wanita dan lelaki iaitu tidak boleh melihat amrad dengan  cara lazat atau syahwat. (melihat apa pun dengan syahwat adalah  haram  dengan  ijma’ dan  sesiapa yang menghalalkannya adalah kufur,wal’iyazubillah).

Adapun apabila bukan dengan syahwat tetapi disyaki atau ditakuti timbul syahwat seperti seorang yang belum berkahwin atau  amrad  melihat pada amrad  maka  ini diharamkan jugak. Ada sesetengah ulama’ berkata ia makruh  namun apa pun  jua ulama’ bersetuju melihat amrad dengan tanpa syahwat tapi ditakuti timbul syahwat maka adalah dilarang  syara’.

Seperti mana diharamkan melihat – yang dimaksudkan lihat di sini adalah  istidamah an-nazar atau  menilik atau merenung  dengan sengaja, adapun melihat secara biasa dan sekejap maka itu diharuskan  tanpa syahwat-  maka diharamkan  jugak berkhalwat dengan amrad sama ada lelaki mahupun perempuan bahkan tidak boleh berkhalwat antara amrad dengan amrad walaupun ramai dan  lelaki dengan amrad walaupun ramai. Berkata ulama’ Syafi’iyyah dalam Bughyatul Mustarsyidin:

لا تحل خلوة رجل بمرد يحرم نظرهم مطلقاً بل ولا أمرد بمثله وهو متجه،

Maksudnya: dan tidak  halal  berkhalwat  lelaki dengan  beberapa amrad  dan  haram  melihat  mereka secara mutlak  dan  tidak  boleh berkhalwat  amrad dengan  amrad dalam keadaan  berhadap-hadapan.

 

2.Berjabat Tangan dengan  Amrad

Berjabat tangan dan  menyentuh amrad dengan syahwat sudah maklum  akan haramnya. Adapun jika bukan dengan berlazat namun disyaki  berlaku  timbul  syahwat  maka  dimakruhkan  berjabat tangan dan menyentuhnya.

 

3.Imamah Amrad

Makruh bagi amrad menjadi Imam Solat dan  menghadiri Jamaah adalah tidak wajib atasnya.

 

4.Beberapa perkara yang perlu diraikan  ketika  berurusan dengan  Amrad:

Dalam Mausuah Fiqh Kuwait dinyatakan sebagai berikut:

التّعامل مع الأمرد الصّبيح من غير المحارم ينبغي أن يكون مع شيءٍ من الحذر غالباً ولو في مقام تعليمهم وتأديبهم لما فيه من الآفات .  وعند الحاجة إلى معاملة الأمرد للتّعليم أو نحوه ينبغي الاقتصار على قدر الحاجة ، وبشرط السّلامة وحفظ قلبه وجوارحه عند التّعامل معهم ، وحملهم على الجدّ والتّأدّب ومجانبة الانبساط معهم .  والأصل : أنّ كلّ ما كان سبباً للفتنة فإنّه لا يجوز ، حيث يجب سدّ الذّريعة إلى الفساد إذا لم يعارضها مصلحة .

Maksudnya: Berurusan dengan amrad yang cantik tanpa mahram hendaklah dilakukan  secara berhati-hati walaupun dalam urusan mengajar dan mendidik mereka kerana kemusnahan yang boleh berlaku. Dan ketika berhajat berurusan dengan amrad untuk mengajar dan sebagainya hendaklah dilakukan sekadar keperluan sahaja dengan syarat selamat dan terpelihara hatinya dan anggotanya ketika berurusan. Dan melakukannya dengan beradab dan tidak bermudah-mudah dengan mereka(amrad). Dan asal adalah: Semua yang menjadi sebab kepada fitnah adalah tidak boleh kerana wajib menutup pintu-pintu kerosakan jika tidak ada maslahah.-Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah,jil 6.-

 

Kesimpulan:

Fitnah amrad amatlah bahaya atas lelaki dan wanita, Kisah Yusuf A.S. menjadi saksi bagaimana fitnah amrad pada wanita manakala kisah kaum Luth A.S. menjadi bukti bahawanya amrad jika tidak diperlakukan menurut hukum Allah menjadi fitnah atas kaum lelaki.Semoga Allah melindungi kita daripada azab-Nya dan mendekaktkan kita pada syariat-Nya..Amin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: