FATWA SYEIKH SOLEH AL-FAUZAN HAFIZAHULLAH BERKENAAN UZUR KERANA JAHIL

28 Dec

SOALAN 13 :

Apakah hukum orang yang berdoa kepada selain Allah sedangkan dia hidup dalam kalangan orang muslimin dan telah sampai kepadanya al-Qur’an, apakah dia ini seorang muslim yang terkeliru dengan syirik atau seorang musyrik yang sebenar?

JAWAPAN :

Sesiapa yang sampai kepadanya al-Qur’an dan al-Sunnah dengan kadar yang dapat difahaminya jika dia berusaha untuk memahaminya kemudian dia tidak beramal dengannya dan tidak menerimanya maka hujah telah pun ditegakkan padanya dan tidak diberi keuzuran padanya kerana jahil kerana telah tegak hujah. Allah s.w.t berfirman :

وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَذَا الْقُرْآنُ لِأُنْذِرَكُمْ بِهِ وَمَنْ بَلَغَ

Maksudnya : “dan diwahyukan kepadaKu Al-Quran ini, supaya Aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa Yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu”. [al-An’am : 19]

Sama ada dia tinggal bersama kaum muslimin atau bukan muslimin . Maka setiap orang yang telah sampai kepadanya al-Qur’an dalam bentuk yang dapat difahaminya jika dia mahu memahaminya (dengan belajar dan seumpamanya) kemudian dia enggan beramal dengannya maka dia bukanlah muslim dan tidak diberi keuzuran kerana kejahilannya.

                                    [Asilah wa Ajwibah fi Masail al-Iman wal Kufr oleh Syeikh al-Fauzan]

SOALAN 14 :

Adakah disyaratkan dalam menegakkan hujah itu memahami hujah dengan fahaman yang jelas dan terang atau cukup sekadar menegak dan menerangkannya? Kami berharap dapat diperjelaskan dengan dalilnya.

JAWAPAN :

Soalan ini telah kami jelaskan dalam soalan sebelumnya (soalan ke-13 di atas) bahawa sesungguhnya apabila sampai kepadanya al-Qur’an atau al-Sunnah dalam bentuk yang dapat difahaminya jika dia kehendaki..yakni sampai hujah itu dalam bahasa yang dapat difahaminya kemudian dia tidak mempedulikannya dan tidak beramal dengannya maka dia tidak diberi uzur akan kejahilannya kerana dia seorang yang cuai.

[Asilah wa Ajwibah fi Masail al-Iman wal Kufr oleh Syeikh al-Fauzan]

189 – Terdapat sebahagian kaum muslimin yang terjebak dalam perkara-perkara syirik atau mengucapkan perkataan-perkataan syirik kerana jahil bahawa perkara ini menyalahi Manhaj Islam, maka adakah mereka diberi keuzuran (kemaafan) kerana kejahilan ini? Serta apakah yang wajib ke atas penuntut ilmu dan para ulama terhadap manusia dalam perkara-perkara aqidah?.

Jawapan : Sesiapa yang melakukan perkara syirik atau mengucapkan ucapan syirik  sedangkan dia hidup dalam kalangan masyarakat muslim dan dia mampu bertanya kepada ulama serta membaca al-Qur’an dan hadis-hadis nabawai dan mendengar perkataan (ceramah) para ahli ilmu maka dia tidak diberi keuzuran dalam perkara (syirik) yang dia lakukan kerana telah sampai kepadanya dakwah dan hujah.

Adapun mereka yang jauh daripada negeri Islam dan hidup dalam negeri Jahiliah atau dalam masyarakat yang tidak mengenal langsung akan Islam walau sedikit  maka dia diberi uzur kerana kejahilannya kerana belum datang hujah padanya. Tetapi apabila sampai dakwah kepadanya dan jelas kesalahannya wajib atasnya bertaubat kepada Allah Taala.

Pada hari ini, perkembangan media dan alat telekomunikasi dan dekatnya negara-negara kerana pengangkutan yang pantas, tiada lagi orang yang tidak sampai kepadanya dakwah kecuali terlalu sedikit sangat. Ini kerana berikutan perkara ini berkembang dan tersebar juga pemahaman di negara-negara membangun dengan kadar yang menyampaikan hujah. Namun, yang menjadi kemusykilan adalah berlakunya syirik besar dalam kalangan mereka yang hidup di tengah-tengah negara-negara Islam dan terdapat padanya ulama namun mereka tidak menerima dakwah kepada tauhid bahkan menjauhkan diri dan orang lain daripada dakwah serta menuduh para pendakwah Tauhid dengan tuduhan yang sangat keji dan ini merupakan musibah yang sangat hebat.

Maka yang wajib atas para ulama adalah dengan berdakwah kepada Tauhid yang dibawa oleh para Rasul alaihim al-solatu was salam dan memberi peringatan akan perkara yang bertentangan dengan Tauhid iaitu syirik dan menjelaskan dan menjelaskan perkara-perkara syirik besar yang dilakukan oleh masyarakat dan menjelaskan sebab-sebab berlakunya sehingga tertegak hujah dan Allah jualah yang memberi hidayah ke jalan yang benar.

Adapun jika para ulama mendiamkan diri dan membiarkan keadaan atau lebih mengutamakan perkara-perkara sampingan dalam dakwah mereka serta meninggalkan perkara asas seperti yang dilakukan kumpulan-kumpulan dakwah hari ini, tindakan mereka tidak membawa kebaikan sedikit pun dan tidak dianggap sebagai dakwah Islam.

                                                [al-Muntaqa min Fatawa Syeikh Soleh al-Fauzan, jil 2]

 

Terjemahan oleh : Muhammad Asrie bin Sobri, Kuliah Usuluddin wad Dakwah, MEDIU.

Satu Respons to “FATWA SYEIKH SOLEH AL-FAUZAN HAFIZAHULLAH BERKENAAN UZUR KERANA JAHIL”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: