SYEIKH WAHBAH AL-ZUHAILI HAFIZAHULLAH DAN PENDIRIANNYA TERHADAP SYEIKHUL ISLAM MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB RAHIMAHULLAH

29 Dec

Tertarik dengan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1430 Hijrah yang dianugerahkan kepada Syeikh Wahbah al-Zuhaili Hafizahullah wa Hadah, seorang ulama Syria yang terkenal dengan kitab beliau al-Fiqahul Islami wa Adillatuh (Fiqh Islam dan Dalil-dalilnya), penulis ingat menarik perhatian pembaca berkenaan pandangan Tokoh Maal Hijrah ini terhadap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah yang sering dituduh sebagai pengasas ajaran sesat wahabi oleh kebanyakan kaum jahil.

Sedar atau tidak, Syeikh Wahbah mempunyai karya khas berkenaan Syeikh Muhammad yang berjudul Mujaddid al-Din fil Qarn al-Sani ‘Asyar (Mujaddin Islam dalam Kurun ke-12 Hijrah).

Jika mendengar tajuknya pun kita sudah mendapat gambaran jelas apakah pandangan Syeikh Wahbah terhadap Syeikh Muhammad. Gelaran Mujaddid yang diberikan kepada Syeikh Muhammad merupakan pengiktirafan besar terhadap Syeikh dan dakwah beliau.

Sabda Rasulullah s.a.w :

 إِنَّ اللهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِئَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi Umat ini di setiap awal seratus tahun seseorang yang akan mempebaharui urusan agamanya”. [Abu Daud, Sahih].

Maksud memperbaharui agama atau Tajdid adalah ‘Ihya’ al-Sunnah’ yakni menghidupkan kembali sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w yang telah ditinggalkan. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Azim Abadi rahimahullah dalam menjelaskan hadis ini :

أي يبين السنة من البدعة ويكثر العلم وينصر أهله ويكسر أهل البدعة ويذلهم

Maksudnya : “Yakni (mujaddid itu) akan menjelaskan Sunnah daripada Bidaah dan menyebarkan ilmu serta membantu ahli ilmu serta mematahkan Ahli Bidaah dan menghinakan mereka”. [Aunul Makbud, 11/260]

Sudah tentu Syeikh Wahbah menyifatkan Syeikh Muhammad sebagai Mujaddid dengan memahami hakikat ini dan jelas menunjukkan bahawa dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah dakwah Sunnah bukan ajaran sesat.

Sekarang kita lihat perkataan Syeikh Wahbah dalam mukaddimah kitabnya tersebut :

  ومما لا شك فيـه، إنصـافاً للحقيقة، لا إرضاء أحد، وعملاً بآي القرآن العظيم: {ولا تبخسوا الناس أشيائهم} كان من أجرأ أصوات الحق، وأكبر دعاة الإصلاح، والبناء والجهاد لإعادة تماسك الشخصية المسلمة وإعادتها لمنهج السلف الصالح: دعــوة الشيخ محمد بن عبدالوهاب في القرن الثاني عشر الهجري (الثامن عشر الميلادي) لتجديد الحياة المسلمة، بعد ما شابها في أوســاط العــامة من خلافات، وأوهــام، وبــدع، وانحرافـات، فكان ابن عبدالوهاب بحق، زعيم النهضة الدينية الإصلاحية المنتظر، الذي أظهر موازين العقيدة الشرعية الناصعة، وأبان حقيقة الوحدانية والوحدة والتوحيد الخالص لله عز وجل، وأن العبادة هي التوحيد،

Maksudnya : “dan tidak syak lagi, atas dasar kesedaran terhadap perkara hak bukan untuk mendapat keredaan sesiapa daripada makhluk serta dalam usaha beramal terhadap firman Allah dalam al-Qur’an al-Azim (maksudnya) : “dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. ia berkata: dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya” [al-A’raf : 85] antara suara yang paling berani menegakkan kebenaran, pendakwah Islah, pembangunan Umat, dan Jihad yang paling besar, dalam usaha mengembalikan identiti muslim serta mengembalikan umat kepada Manhaj al-Salaf al-Soleh adalah dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab semasa kurun ke-12 hijrah (kurun ke-18 Masihi) untuk mengembalikan kehidupan Islami setelah dicemari dalam kalangan awam daripada perkara-perkara menyalahi syarak, sangkaan-sangkaan yang salah, bidaah-bidaah, dan penyelewengan-penyelewengan. Ibn Abdul Wahab sesungguhnya pemimpin kebangkitan pembaharuan yang dinanti-nantikan yang telah menerangkan timbangan syariat yang jelas, menjelaskan hakikat Tauhid yang murni kepada Allah Azza wa Jall..” [al-Mujaddid fil Qarni al-Sani Asyar, Penghujung Mukaddimah Kitab].

Syeikh juga menjelaskan antara sebab-sebab sebahagian kaum jahil menyerang dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah dengan kata beliau : ويلاحظ أن هذه الحروب التي شنت على جماعة هذا المصلح والأوصاف التي أطلقت عليهم، كانت ذات هدف سياسي لا ديني، ومن أجل مصالح اقتصادية ولتحقيق نفوذ وسيطرة العثمانيين، ودفاعاً عن مصالح شخصية سياسية ومادية، وليس عن الإسلام أو المسلمين، ولا غيرة على الدين، ولا نصرة للدين

Maksudnya : “dan perlu diperhatikan bahawa peperangan-peperangan yang dilancarkan ke atas Jemaah pendakwah Islah ini dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka adalah kerana tujuan politik semata-mata bukan agama, kerana menjaga kepentingan-kepentingan ekonomi dan merealisasikan kekuasaan Usmaniah serta mempertahankan kepentingan-kepentingan peribada, polittik, dan material, bukan kerana mempertahan Islam dan umatnya serta bukan juga kerana agama dan mempertahankannya…” [al-Mujaddid fil Qarni al-Sani Asyar, Fasal I].

Oleh itu, penulis melihat amat perlu pihak-pihak yang menyekat perkembangan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di negara ini mempertimbangkan semula tindakan mereka serta bertaubat kepada Allah s.w.t kerana telah menuduh Syeikh Muhammad dengan tuduhan-tuduhan dusta dan tidak berasas.

Mereka yang ingin mendapatkan kitab Syeikh Wahbah ini (dalam bahasa Arab) boleh dimuat turun di :

http://saaid.net/book/open.php?cat=7&book=1436

 

Mulahazah :

Penulis juga disamping menyedari kedudukan besar Syeikh Wahbah dan jasa beliau dalam mempertahankan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, pendapat Syeikh Wahbah bahawa persembahan tarian dan nyanyian yang bercampur lelaki dan wanita semasa sambutan Maal Hijrah adalah baik dan tidak menyalahi syariat,  kurang wajar kerana perkara seperti ini boleh membawa kepada fitnah.

Lebih-lebih lagi perkara ini tidak berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat sedangkan masyarakat di zaman itu lebih maju ketamadunan mereka dan lebih mulia dan kuat keimanan mereka. Wallahua’lam.

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: