FATWA IMAM IBN BAZ –RH- BERKENAAN OSAMA BIN LADEN DAN SEMISALNYA

7 Jul

TERJEMAHAN: MUHAMMAD ASRIE AL-MADANI

 

“Adapun apa yang dilakukan sekarang oleh Muhammad al-Mas’ari[1], Saad al-Faqih[2], dan yang seumpama dengan mereka daripada para penyebar seruan-seruan yang rosak dan sesat maka ini tidak syak lagi adalah perbuatan yang sangat buruk dan mereka adalah penyeru kepada perbuatan yang sangat buruk dan kerosakan yang besar dan wajib menjauhi sebaran-sebaran mereka dan menghapuskannya serta tidak boleh bekerjasama dengan mereka dalam apa perkara yang menyeru kepada kerosakan, kejahatan, kebatilan, dan fitnah (kekecohan); kerana Allah Taala memerintahkan supaya kita bekerjasama dalam perkara kebaikan dan ketakwaan bukan dalam kerosakan, kejahatan, menyebarkan kedustaan, dan seruan-seruan yang batil yang menyebabkan perpecahan dan merosakkan keamanan dan lainnya.

 

Segala edaran-edaran (risalah dan lainnya-pent-) yang dikeluarkan oleh al-Faqih atau daripada al-Mas’ari atau selain keduanya daripada penyeru-penyeru ke arah kebatilan dan kejahatan dan perpecahan wajib dihapuskan dan tidak boleh memberi perhatian (mengambil faedah-pent-) daripadanya dan wajib juga menasihati mereka dan menunjukkan mereka kepada jalan kebenaran dan menjauhkan mereka daripada kebatilan.

 

Tidak boleh bagi sesiapa pun membantu mereka dalam kejahatan ini dan wajib dinasihatkan dan hendaklah mereka kembali kepada kebenaran serta meninggalkan kebatilan ini dan nasihatku kepada al-Mas’ari, al-Faqih, dan Ibn Laden serta semua yang mengikut langkah mereka supaya meninggalkan jalan yang tidak betul ini serta hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan menjauhi azabNya dan kemurkaanNya serta hendaklah mereka kembali kepada kebenaran dan bertaubat kepada Allah atas apa yang telah mereka lakukan dan Allah itu telah menjanjikan kepada hamba-hambaNya yang bertubat bahawa taubat mereka akan diterima dan Dia akan berbuat ihsan kepada mereka seperti mana yang Dia berfirman:

وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

 

Maksudnya: Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. [al-Zumar: 45].

Dan firmanNya:

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 

Maksudnya:  dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [al-Nur:31]”.

 

Sumber:

Al-Faidah min Fatawa al-Ulama’ fi Mudda’ie al-Islahi wa Tanzim al-Qa’idah, m.s 20-21, Edaran al-Lajnah al-Daimah lil Ifta’ wal Buhus al-‘Ilmiah Kerajaan Arab Saudi.

 


[1] Dia adalah Muhammad bin Abdullah al-Mas’ari al-Dausari, bermukim di London dan melancarkan gerakan untuk menggulingkan kerajaan Arab Saudi-semoga Allah memeliharanya-.

[2] Saad al-Faqih penentang kerajaan Saudi berasal daripada Iraq. Bermukim di negeri kafir Britain juga dan mempunyai pertubuhan di sana mendapat sokongan kerajaan Kafir Britain.  Mendapat idea menentang Kerajaan daripada Bin Laden  dan kekecewaan kekalahan Iraq dlm pencerobohannya ke atas Kuwait.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: