Archive | Oktober, 2012

HUKUM AHLI FATRAH

8 Oct

Soalan:

أَهل الفترة هل يسمون كفارا أَو مسلمين؟

Maksudnya: “Ahli Fatrah adakah mereka dinamakan sebagai Kafir atau Muslim?”

Jawapan:

كفار لا مسلمين. أَما عذابهم فلا يكون حتى يبعث لهم رسول. وفي قصة المجانين وأَهل الفترات أَنه يبعث لهم عنق من النار.

Maksudnya: “Mereka adalah Kafir bukan Muslim. Adapun berkenaan azab ke atas mereka maka ini tidak akan berlaku (tidak akan diazab) sehingga diutuskan kepada mereka Rasul. Dalam kisah orang gila dan Ahli Fatrah (terdapat) bahawa akan dihantar kepada mereka segumpal Api”.

FATWA: Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al Syeikh rahimahullah, Mantan Mufti Arab Saudi, juz 1, hal 246-247

Komentar:

Maksud Syeikh rahimahullah adalah Ahli Fatrah hukum mereka di dunia secara zahirnya adalah Kafir dan Musyrik maka mereka diinteraksi sebagai kaum Kafir; Tidak disolatkan jenazah mereka, tidak didoakan keampunan dan rahmat untuk mereka dan seumapamanya, namun dalam masa yang sama kita tidak meyakini secara pasti bahawa mereka adalah Ahli Neraka kerana telah tsabit dalam hadis yang sahih bahawa mereka akan diuji di akhirat nanti:

عَنِ الْأَسْوَدِ بْنِ سَرِيعٍ، أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” أَرْبَعَةٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: رَجُلٌ أَصَمُّ لَا يَسْمَعُ شَيْئًا، وَرَجُلٌ أَحْمَقُ، وَرَجُلٌ هَرَمٌ، وَرَجُلٌ مَاتَ فِي فَتْرَةٍ، فَأَمَّا الْأَصَمُّ فَيَقُولُ: رَبِّ، لَقَدْ جَاءَ الْإِسْلَامُ وَمَا أَسْمَعُ شَيْئًا، وَأَمَّا الْأَحْمَقُ فَيَقُولُ: رَبِّ، لَقَدْ جَاءَ الْإِسْلَامُ وَالصِّبْيَانُ يَحْذِفُونِي بِالْبَعْرِ، وَأَمَّا الْهَرَمُ فَيَقُولُ: رَبِّ، لَقَدْ جَاءَ الْإِسْلَامُ وَمَا أَعْقِلُ شَيْئًا، وَأَمَّا الَّذِي مَاتَ فِي الْفَتْرَةِ فَيَقُولُ: رَبِّ، مَا أَتَانِي لَكَ رَسُولٌ، فَيَأْخُذُ مَوَاثِيقَهُمْ لَيُطِيعُنَّهُ، فَيُرْسِلُ إِلَيْهِمْ أَنْ ادْخُلُوا النَّارَ، قَالَ: فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَوْ دَخَلُوهَا لَكَانَتْ عَلَيْهِمْ بَرْدًا

Maksudnya: Daripada al-Aswad bin Sari’ radiallahu ‘anhu bahawa Nabi ALLAH sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Empat golongan pada hari kiamat; Lelaki yang pekak tidak mendengar sesuatu pun, lelaki yang dungu (gila/terencat akal), lelaki yang tua nyanyuk, dan lelaki yang mati pada Fatrah (waktu keputusan Rasul); Adapun lelaki yang pekak akan berkata: “Wahai Tuhanku, telah datang Islam sedangkan aku tidak dapat mendengar sesuatu pun, adapun yang dungu berkata: “Wahai Tuhanku telah datang Islam sedangkan kanak-kanak melempari aku dengan tahi unta”, adapun Tua Nyanyuk berkata: “Wahai Tuhanku telah datang Islam sedangkan aku tidak memahami sesuatu pun”, adapun yang mati pada fatrah akan berkata: “Wahai Tuhanku, tidak datang kepadaku daripadaMu seorang Rasul pun. Maka ALLAH akan mengambil satu perjanjian dengan mereka bahawa mereka akan mentaatiNya, lalu Dia mengutuskan kepada mereka memerintahkan mereka masuk ke dalam neraka. Kata Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Demi Tuhan yang jiwaku berada pada tanganNya jika mereka memasukinya ia adalah sejuk ke atas mereka”. [HR Ahmad, Ibn Hibban dll, disahihkan oleh Ibn Hibban, Imam Ibn al-Qayyim, Syaikh al-Albani dan Syeikh Syu’aib al-Arnauth].

Hadis ini menunjukkan kedudukan mereka yang tidak sampai kepada mereka dakwah maka mereka di akhirat nanti akan diuji oleh ALLAH subhanahu wa ta’ala jika mereka berjaya maka akan terselamat, jika tidak maka akan masuk ke neraka.

Adapun kedudukan mereka di dunia maka dihukum secara zahir iaitu mereka adalah kafir bukan muslimin seperti juga anak-anak kecil orang kafir, orang terencat akal daripada kalangan kaum kafir, mereka ini di dunia adalah kafir jika dia mati tidak disolatkan dan tidak didoakan dengan rahmat namun kedudukan mereka di akhirat diserahkan kepada ALLAH dan Dia jua yang akan menguji mereka nanti.

Kata al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah dalam Tariq al-Hijratain:

هذا فى الجملة والتعيين موكول إلى علم الله [عز وجل] وحكمه هذا فى أحكام الثواب والعقاب. وأما فى أحكام الدنيا [فهى جارية مع ظاهر الأمر فأطفال الكفار ومجانينهم كفار فى أحكام الدنيا] لهم حكم أوليائهم. وبهذا التفصيل يزول الإشكال فى المسألة.

Maksudnya: “Hukuman ini secara keseluruhannya dan penentuannya diserahkan kepada Ilmu ALLAH azza wa jalla dan hukumnya ini adalah berkaitan pahala dan hukuman. Adapun berkaitan hukum di dunia maka ia dijalankan bersama zahir keadaan, maka kanak-kanak kaum kafir dan orang-orang gila mereka adalah kafir pada hukum dunia, mereka mengikut hukum wali mereka. Dengan perincian ini hilanglah kemusykilan dalam masalah ini”. [hal. 413].

Kata Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah:

إذا مات أطفال الكفار وهم لم يبلغوا سن التميز وكان أبواهم كافرين فإن حكمهم حكم الكفار في الدنيا أي لا يغسلون، ولا يكفنون، ولا يصلى عليهم، ولا يدفنون مع المسلمين؛ لأنهم كفار بوالديهم. هذا في الدنيا، أما في الاخرة فالله أعلم بما كانوا عاملين، وأصح الأقوال فيهم أن الله سبحانه وتعالى يختبرهم يوم القيامة بما يشاء من تكليف، فإن امتثلوا أدخلهم الله الجنة، وإن أبوا أدخلهم النار، وهكذا نقول في أهل الفترة، ومن لم تبلغهم الرسالات…

Maksudnya: “Adapun jika mati anak-anak kecil kaum kafir sedangkan mereka belum sampai umur tamyiz dan adalah kedua ibu bapanya kafir maka hukum mereka adalah hukum kaum kafir di dunia yakni mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan, tidak disolatkan dan tidak ditanam bersama kaum muslimin kerana mereka dihukum kafir disebabkan kedua ibu bapa mereka. Ini adalah kedudukan mereka di dunia, adapun di akhirat maka ALLAH jua lebih mengetahui akan apa yang mereka lakukan dan pendapat yang paling sahih bahawa ALLAH subhanahu wa ta’ala menguji mereka di hari kiamat dengan apa yang Dia kehendaki daripada taklif, jika mereka menurutinya maka mereka akan ALLAH masukkan ke dalam syurga, jika mereka enggan akan dimasukkan ke dalam neraka, demikian juga kita katakan berkenaan Ahli Fatrah dan mereka yang tidak sampai kepada mereka risalah …” [jil 17 hal 443].

Penjelasan yang sama juga telah dijelaskan oleh Imam Ibn Baz rahimahullah [rujuk: https://mashoori.wordpress.com/2012/10/03/mati-dalam-keadaan-syirik-namun-jahil-ianya-syirik-fatwa-ibn-baz-rh/ ]

Setelah difahami masalah ini maka terjawab berkenaan kedudukan Ibu dan Ayah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Larangan ALLAH subhanahu wa ta’ala kepada baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam daripada baginda mendoakan keampunan dan rahmat untuk ibu baginda adalah kerana dia mati dalam keadaan syirik adapun kedudukannya di akhirat maka ALLAH jua maha mengetahui Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sendri tidak menjazamkan kedudukan ibu baginda di akhirat; Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:

“إِنِّي سَأَلْتُ رَبِّي، عَزَّ وَجَلَّ، فِي الِاسْتِغْفَارِ لِأُمِّي، فَلَمْ يَأْذَنْ لِي، فَدَمِعَتْ عَيْنَايَ رَحْمَةً لَهَا مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya aku memohon kepada Tuhanku azza wa jalla untuk aku memohon keampunan bagi pihak ibuku maka Dia tidak mengizinkan maka mengalir air mataku kerana kasihan kepadanya akan dimasukkan ke adalam neraka …” [HR Ahmad, sahih].

Adapun kedudukan Ayah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam maka dijawab bahawa ALLAH ta’ala telah mengkhabarkan kepada baginda kesudahan nasib ayah baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam di akhirat nanti di mana apabila diuji dia akan gagal lalu dimasukkan ke dalam neraka.

Sabda Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam:

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya ayahku dan ayah kamu berada dalam neraka”. [HR Muslim dalam Sahih beliau].

Demikian juga sebahagian Ulama’ di antaranya al-Imam al-Nawawi rahimahullah dalam Syarah Muslim dan Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi menguatkan taujih bahawa Ibu dan Ayah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bukan daripada Ahli Fatrah kerana telah sampai kepada mereka dakwah Ibrahim ‘alaihis salam yakni dakwah Ibrahim masih ada saki baki terutama berkenaan tauhid dan diketahui kaum Arab Musyrikin ketika itu. Adapun Ahli Fatrah adalah mereka yang langsung tidak mengetahui akan adanya mana-mana dakwah Nabi atau Rasul.

MATI DALAM KEADAAN SYIRIK NAMUN JAHIL IANYA SYIRIK: FATWA IBN BAZ RH.

3 Oct

SOALAN:

ما حكم من مات على الشرك وهو لا يعلم أنه من الشرك؟

Maksudnya: “Apakah hukum orang yang mati dalam keadaan syirik sedangkan dia tidak bahawa perbuatannya itu syirik?”

JAWAPAN:

من مات على الشرك فهو على خطر عظيم لقول الله سبحانه: {وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ}

Maksudnya: “Barangsiapa yang mati di atas Syirik maka dia berada dalam bahaya yang besar kerana firman ALLAH subhanah (maksudnya): “dan jikalau mereka melakukan Syirik akan gugurlah daripada mereka segala apa yang mereka kerjakan (daripada amalan soleh)”. [al-An’am: 88]

وقال تعالى: {مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ}

Maksudnya: “Dan firman ALLAH Ta’ala: “Tidak patut bagi kaum Musyrikin itu untuk mengimarahkan Masjid-masjid ALLAH sedangkan mereka menyaksikan diri mereka berada atas kekufuran mereka itulah orang-orang yang terhapus amalan mereka dan kekal di dalam neraka”. [al-Taubah: 17].

وقال تعالى: {وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا}

Maksudnya: “dan Firman ALLAH Ta’ala: “dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikannya terbuang sebagai debu yang berterbangan.” [al-Furqan: 23].

وقال سبحانه: {إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ}

Maksudnya: “dan firmanNya subhanah: “Sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan dosa Syirik terhadapNya namun Dia mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki”. [al-Nisaa: 48]

فهذا وعيدهم ومصيرهم كسائر الكفرة الكفر الأكبر، وحكمهم في الدنيا أنهم لا يغسلون ولا يصلى عليهم ولا يدفنون في مقابر المسلمين

Maksudnya: “Maka ini adalah ancaman terhadap mereka dan tempat kembali mereka adalah seperti kaum kafir yang lain yang melakukan Kufur Akbar, sedangkan hukum mereka di dunia bahawa mereka tidak dimandikan, tidak disolatkan, tidak ditanam di perkuburan kaum muslimin”.

أما إن كان أحد منهم لم تبلغه الدعوة- أعني القرآن والسنة- فهذا أمره إلى الله سبحانه يوم القيامة كسائر أهل الفترة، والأرجح عند أهل العلم في ذلك في حكمهم أنهم يمتحنون يوم القيامة، فمن أجاب دخل الجنة ومن عصى دخل النار.

Maksudnya: “Adapun jika ada antara mereka itu tidak sampai kepadanya Dakwah yakni tidak sampai kepadanya al-Quran dan al-Sunnah maka urusannya diserahkan kepada ALLAH subhanah pada hari kiamat seperti Ahli Fatrah yang lain, dan yang terkuat di sisi Ahli Ilmu bahawa hukum mereka bahawa mereka itu akan diuji pada hari kiamat, barangsiapa yang menyahut ujian itu akan masuk ke syurga sedangkan sesiapa yang ingkar akan masuk neraka”.

وقد بسط الكلام في ذلك العلامة ابن القيم رحمه الله في آخر كتابه ” في طريق الهجرتين “. حيث قال: ” (المذهب الثامن) أنهم يمتحنون في عرصات القيامة ويرسل إليهم هناك رسول الله وإلى كل من لم تبلغه الدعوه فمن أطاع الرسول دخل الجنة ومن عصاه أدخله النار، وعلى هذا فيكون بعضهم في الجنة وبعضهم في النار، وبهذا يتألف شمل الأدلة كلها “.

Maksudnya: “dan al-‘Allamah Ibn al-Qayyim r.h telah membahaskan secara panjang lebar berkenaannya di akhir kitab beliau “Tariq al-Hijratain” di mana kata beliau: “Mazhab yang ke-8: bahawa mereka itu diuji di hari kiamat dan diutuskan di sana kepada mereka Rasulullah dan kepada semua yang tidak sampai kepadanya dakwah maka barangsiapa yang mentaati Rasul akan masuk ke syurga adapun yang ingkar akan dimasukkan ke neraka, maka atas pendapat ini sebahagian mereka (Ahli Fatrah) akan masuk ke syurga dan sebahagian yang lain masuk ke neraka, dengan ini terhimpunlah semua dalil”.

أما إن كان أحد منهم عنده جهل فيما وقع فيه من الشرك فأمره إلى الله جل وعلا، والحكم على الظاهر، فمن كان ظاهره الشرك حكمه حكم المشركين وأمره إلى الله جل وعلا الذي يعلم كل شيء سبحانه وتعالى.

Maksudnya: “Adapun jika seseorang daripada mereka itu terdapat padanya kejahilan dalam apa yang dia terjebak melakukannya daripada Syirik maka urusannya diserahkan kepada ALLAH jalla wa ‘ala, namun hukum (di dunia) berdasarkan zahir, maka barangsiapa yang zahirnya Syirik maka hukumnya hukum Musyrikin sedangkan urusannya (di akhirat) diserahkan kepada ALLAH jalla wa ‘ala yang mengetahui semua perkara subhanahu wa ta’ala”.

FATWA SAMAHAH AL-SYEIKH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ, MANTAN MUFTI ‘AM KERAJAAN ARAB SAUDI, jil 9, hal. 40 & 41

TIDAK ADA UZUR KERANA JAHIL DALAM MASALAH USUL IMAN

2 Oct

SOALAN:

هنا شخص عبد غير الله أو دعا غير الله أو ذبح لشيخ كما يحدث في مصر، فهل يعذر بجهله أم لا يعذر بجهل؟ وإذا كان لا عذر بجهل فما الرد على قصة ذات أنواط؟ أفتونا مأجورين.

Maksudnya: “di sini adalah individu yang menyembah selain ALLAH atau menyeru selain ALLAH atau menyembelih kerana Syaikh seperti yang berlaku di Mesir, maka adakah diberi uzur kerana jahil atau pun tidak diberi uzur kerana jahil? Jika tidak diberi uzur kerana jahil apakah jawapan balas atas Kisah Zat al-Anwat? Fatwakan kepada kami semoga kamu diberi ganjaran oleh ALLAH”.

JAWAPAN:

لا يعذر المكلف بعبادته غير الله أو تقربه بالذبائح لغير الله أو نذره لغير الله ونحو ذلك من العبادات التي هي من اختصاص الله إلا إذا كان في بلاد غير إسلامية ولم تبلغه الدعوة؛ فيعذر لعدم البلاغ لا لمجرد الجهل

Maksudnya: “Tidak diberi keuzuran kepada Mukallaf dalam perbuatannya menyembah selain ALLAH atau dengan taqarrubnya menyembelih sembelihan untuk selain ALLAH atau nazarnya kepada selain ALLAH dan seumapama perkara ini daripada ibadat-ibadat yang menjadi kekhususan untuk ALLAH melainkan jika dia berada di negeri bukan Islam sedangkan tidak sampai padanya dakwah; maka dia diberi uzur kerana tidak sampai dakwah bukan kerana semata-mata jahil”.

لما رواه مسلم عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: «والذي نفس محمد بيده لا يسمع بي أحد من هذه الأمة يهودي ولا نصراني ثم يموت ولم يؤمن بالذي أرسلت به إلا كان من أصحاب النار »

Maksudnya: “Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: “Demi Dia yang jiwa Muhammad berada pada tanganNya tidaklah ada seorang pun daripada umat ini sama ada Yahudi atau Nasrani yang mendengar berkenaanku (berkenaan perutusan baginda sebagai Rasul) kemudian dia mati dalam keadaan tidak beriman dengan apa yang aku diutuskan dengannya melainkan dia termasuk Ahli Neraka”.

فلم يعذر النبي صلى الله عليه وسلم من سمع به، ومن يعيش في بلاد إسلامية قد سمع بالرسول صلى الله عليه وسلم فلا يعذر في أصول الإيمان بجهله.

Maksudnya: “Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak member uzur bagi sesiapa yang mendengar berkenaan baginda, sedangkan orang yang tinggal di negeri Islam itu sudah pasti mendengar berkenaan Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam maka tidak diberi uzur dalam masalah usul-usul Iman kerana kejahilannya”.

أما من طلبوا من النبي صلى الله عليه وسلم أن يجعل لهم ذات أنواط يعلقون بها أسلحتهم، فهؤلاء كانوا حديثي عهد بكفر، وقد طلبوا فقط ولم يفعلوا؛ فكان ما حصل منهم مخالفا للشرع، وقد أنكره عليهم النبي صلى الله عليه وسلم فلم يفعلوه.

Maksudnya: “Adapun mereka yang memohon Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membuat untuk mereka Zat al-Anwat supaya mereka boleh menggantung padanya senjata mereka (dengan tujuan ambil berkat) maka mereka ini adalah orang-orang yang masih baharu meninggalkan kekufuran (baharu memeluk Islam pada Fathu Makkah) dan mereka sekadar meminta sahaja dan mereka tidak melakukannya; maka apa yang berlaku daripada mereka itu menyalahi syarak dan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengingkari permintaan mereka lalu mereka tidak melakukannya”.

وبالله التوفيق. وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم.

Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi

Ketua: Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Timbalan Ketua: Abdul Razzaq ‘Afifi

Anggota: Abdullah bin Ghudyan, Abdullah bin Qu’ud

FATWA NO. 4144