HUKUM AHLI FATRAH

8 Oct

Soalan:

أَهل الفترة هل يسمون كفارا أَو مسلمين؟

Maksudnya: “Ahli Fatrah adakah mereka dinamakan sebagai Kafir atau Muslim?”

Jawapan:

كفار لا مسلمين. أَما عذابهم فلا يكون حتى يبعث لهم رسول. وفي قصة المجانين وأَهل الفترات أَنه يبعث لهم عنق من النار.

Maksudnya: “Mereka adalah Kafir bukan Muslim. Adapun berkenaan azab ke atas mereka maka ini tidak akan berlaku (tidak akan diazab) sehingga diutuskan kepada mereka Rasul. Dalam kisah orang gila dan Ahli Fatrah (terdapat) bahawa akan dihantar kepada mereka segumpal Api”.

FATWA: Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al Syeikh rahimahullah, Mantan Mufti Arab Saudi, juz 1, hal 246-247

Komentar:

Maksud Syeikh rahimahullah adalah Ahli Fatrah hukum mereka di dunia secara zahirnya adalah Kafir dan Musyrik maka mereka diinteraksi sebagai kaum Kafir; Tidak disolatkan jenazah mereka, tidak didoakan keampunan dan rahmat untuk mereka dan seumapamanya, namun dalam masa yang sama kita tidak meyakini secara pasti bahawa mereka adalah Ahli Neraka kerana telah tsabit dalam hadis yang sahih bahawa mereka akan diuji di akhirat nanti:

عَنِ الْأَسْوَدِ بْنِ سَرِيعٍ، أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” أَرْبَعَةٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: رَجُلٌ أَصَمُّ لَا يَسْمَعُ شَيْئًا، وَرَجُلٌ أَحْمَقُ، وَرَجُلٌ هَرَمٌ، وَرَجُلٌ مَاتَ فِي فَتْرَةٍ، فَأَمَّا الْأَصَمُّ فَيَقُولُ: رَبِّ، لَقَدْ جَاءَ الْإِسْلَامُ وَمَا أَسْمَعُ شَيْئًا، وَأَمَّا الْأَحْمَقُ فَيَقُولُ: رَبِّ، لَقَدْ جَاءَ الْإِسْلَامُ وَالصِّبْيَانُ يَحْذِفُونِي بِالْبَعْرِ، وَأَمَّا الْهَرَمُ فَيَقُولُ: رَبِّ، لَقَدْ جَاءَ الْإِسْلَامُ وَمَا أَعْقِلُ شَيْئًا، وَأَمَّا الَّذِي مَاتَ فِي الْفَتْرَةِ فَيَقُولُ: رَبِّ، مَا أَتَانِي لَكَ رَسُولٌ، فَيَأْخُذُ مَوَاثِيقَهُمْ لَيُطِيعُنَّهُ، فَيُرْسِلُ إِلَيْهِمْ أَنْ ادْخُلُوا النَّارَ، قَالَ: فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَوْ دَخَلُوهَا لَكَانَتْ عَلَيْهِمْ بَرْدًا

Maksudnya: Daripada al-Aswad bin Sari’ radiallahu ‘anhu bahawa Nabi ALLAH sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Empat golongan pada hari kiamat; Lelaki yang pekak tidak mendengar sesuatu pun, lelaki yang dungu (gila/terencat akal), lelaki yang tua nyanyuk, dan lelaki yang mati pada Fatrah (waktu keputusan Rasul); Adapun lelaki yang pekak akan berkata: “Wahai Tuhanku, telah datang Islam sedangkan aku tidak dapat mendengar sesuatu pun, adapun yang dungu berkata: “Wahai Tuhanku telah datang Islam sedangkan kanak-kanak melempari aku dengan tahi unta”, adapun Tua Nyanyuk berkata: “Wahai Tuhanku telah datang Islam sedangkan aku tidak memahami sesuatu pun”, adapun yang mati pada fatrah akan berkata: “Wahai Tuhanku, tidak datang kepadaku daripadaMu seorang Rasul pun. Maka ALLAH akan mengambil satu perjanjian dengan mereka bahawa mereka akan mentaatiNya, lalu Dia mengutuskan kepada mereka memerintahkan mereka masuk ke dalam neraka. Kata Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Demi Tuhan yang jiwaku berada pada tanganNya jika mereka memasukinya ia adalah sejuk ke atas mereka”. [HR Ahmad, Ibn Hibban dll, disahihkan oleh Ibn Hibban, Imam Ibn al-Qayyim, Syaikh al-Albani dan Syeikh Syu’aib al-Arnauth].

Hadis ini menunjukkan kedudukan mereka yang tidak sampai kepada mereka dakwah maka mereka di akhirat nanti akan diuji oleh ALLAH subhanahu wa ta’ala jika mereka berjaya maka akan terselamat, jika tidak maka akan masuk ke neraka.

Adapun kedudukan mereka di dunia maka dihukum secara zahir iaitu mereka adalah kafir bukan muslimin seperti juga anak-anak kecil orang kafir, orang terencat akal daripada kalangan kaum kafir, mereka ini di dunia adalah kafir jika dia mati tidak disolatkan dan tidak didoakan dengan rahmat namun kedudukan mereka di akhirat diserahkan kepada ALLAH dan Dia jua yang akan menguji mereka nanti.

Kata al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah dalam Tariq al-Hijratain:

هذا فى الجملة والتعيين موكول إلى علم الله [عز وجل] وحكمه هذا فى أحكام الثواب والعقاب. وأما فى أحكام الدنيا [فهى جارية مع ظاهر الأمر فأطفال الكفار ومجانينهم كفار فى أحكام الدنيا] لهم حكم أوليائهم. وبهذا التفصيل يزول الإشكال فى المسألة.

Maksudnya: “Hukuman ini secara keseluruhannya dan penentuannya diserahkan kepada Ilmu ALLAH azza wa jalla dan hukumnya ini adalah berkaitan pahala dan hukuman. Adapun berkaitan hukum di dunia maka ia dijalankan bersama zahir keadaan, maka kanak-kanak kaum kafir dan orang-orang gila mereka adalah kafir pada hukum dunia, mereka mengikut hukum wali mereka. Dengan perincian ini hilanglah kemusykilan dalam masalah ini”. [hal. 413].

Kata Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah:

إذا مات أطفال الكفار وهم لم يبلغوا سن التميز وكان أبواهم كافرين فإن حكمهم حكم الكفار في الدنيا أي لا يغسلون، ولا يكفنون، ولا يصلى عليهم، ولا يدفنون مع المسلمين؛ لأنهم كفار بوالديهم. هذا في الدنيا، أما في الاخرة فالله أعلم بما كانوا عاملين، وأصح الأقوال فيهم أن الله سبحانه وتعالى يختبرهم يوم القيامة بما يشاء من تكليف، فإن امتثلوا أدخلهم الله الجنة، وإن أبوا أدخلهم النار، وهكذا نقول في أهل الفترة، ومن لم تبلغهم الرسالات…

Maksudnya: “Adapun jika mati anak-anak kecil kaum kafir sedangkan mereka belum sampai umur tamyiz dan adalah kedua ibu bapanya kafir maka hukum mereka adalah hukum kaum kafir di dunia yakni mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan, tidak disolatkan dan tidak ditanam bersama kaum muslimin kerana mereka dihukum kafir disebabkan kedua ibu bapa mereka. Ini adalah kedudukan mereka di dunia, adapun di akhirat maka ALLAH jua lebih mengetahui akan apa yang mereka lakukan dan pendapat yang paling sahih bahawa ALLAH subhanahu wa ta’ala menguji mereka di hari kiamat dengan apa yang Dia kehendaki daripada taklif, jika mereka menurutinya maka mereka akan ALLAH masukkan ke dalam syurga, jika mereka enggan akan dimasukkan ke dalam neraka, demikian juga kita katakan berkenaan Ahli Fatrah dan mereka yang tidak sampai kepada mereka risalah …” [jil 17 hal 443].

Penjelasan yang sama juga telah dijelaskan oleh Imam Ibn Baz rahimahullah [rujuk: https://mashoori.wordpress.com/2012/10/03/mati-dalam-keadaan-syirik-namun-jahil-ianya-syirik-fatwa-ibn-baz-rh/ ]

Setelah difahami masalah ini maka terjawab berkenaan kedudukan Ibu dan Ayah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Larangan ALLAH subhanahu wa ta’ala kepada baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam daripada baginda mendoakan keampunan dan rahmat untuk ibu baginda adalah kerana dia mati dalam keadaan syirik adapun kedudukannya di akhirat maka ALLAH jua maha mengetahui Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sendri tidak menjazamkan kedudukan ibu baginda di akhirat; Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:

“إِنِّي سَأَلْتُ رَبِّي، عَزَّ وَجَلَّ، فِي الِاسْتِغْفَارِ لِأُمِّي، فَلَمْ يَأْذَنْ لِي، فَدَمِعَتْ عَيْنَايَ رَحْمَةً لَهَا مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya aku memohon kepada Tuhanku azza wa jalla untuk aku memohon keampunan bagi pihak ibuku maka Dia tidak mengizinkan maka mengalir air mataku kerana kasihan kepadanya akan dimasukkan ke adalam neraka …” [HR Ahmad, sahih].

Adapun kedudukan Ayah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam maka dijawab bahawa ALLAH ta’ala telah mengkhabarkan kepada baginda kesudahan nasib ayah baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam di akhirat nanti di mana apabila diuji dia akan gagal lalu dimasukkan ke dalam neraka.

Sabda Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam:

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya ayahku dan ayah kamu berada dalam neraka”. [HR Muslim dalam Sahih beliau].

Demikian juga sebahagian Ulama’ di antaranya al-Imam al-Nawawi rahimahullah dalam Syarah Muslim dan Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi menguatkan taujih bahawa Ibu dan Ayah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bukan daripada Ahli Fatrah kerana telah sampai kepada mereka dakwah Ibrahim ‘alaihis salam yakni dakwah Ibrahim masih ada saki baki terutama berkenaan tauhid dan diketahui kaum Arab Musyrikin ketika itu. Adapun Ahli Fatrah adalah mereka yang langsung tidak mengetahui akan adanya mana-mana dakwah Nabi atau Rasul.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: