Arkib | Khutbah RSS feed for this section

TANGGUNGJAWAB MUKMIN TERHADAP GAZA

8 Jan

الحمد لله الذي هزم الأحزاب وحـده ونصر عبده وأعز جنده، وأشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله، اللهم صل وسلم وبارك على خاتم النبيين والمرسلين خليل الله محمد وعلى آل بيته الطاهرين وأصحابه الأخيارين، أمـا بعد،

أيها المؤمنون رحمكم الله، أوصيكم ونفسي بتقوى الله عز وجل وطاعته واتباع سنة نبيه.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Saya berpesan kepada diri sendiri dan tuan-tuan sekalian supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan mentaati-Nya mudahp-mudahan kita berjaya di dunia dan akhirat.

Hadirin Jumaat sekalian,

Mimbar Jumaat kali ini ingin menyeru hadirin sekalian untuk menginsafi diri dan mengambil iktibar akan apa yang berlaku di Gaza, Palestin.

Kaum Yahudi Laknatullahi ‘alaihim sedang menyembelih dan membunuh saudara-saudara kita di sana. Mereka menceroboih bumi suci al-Quds al-Syarif dan menumpahkan darah kaum muslimin yang suci, mereka kini menyerang Gaza, tempat lahirnya Imam al-Syafii rahimahullah, mereka mengebom Asqalan tempat lahirnya al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah, dan mereka membunuh insan yang tidak berdosa tanpa belas kasihan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Allah s.w.t berfirman berkenaan Yahudi ini dalam kitab-Nya yang mulia :

إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الَّذِينَ كَفَرُوا فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (55) الَّذِينَ عَاهَدْتَ مِنْهُمْ ثُمَّ يَنْقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّةٍ وَهُمْ لَا يَتَّقُونَ (56)

Maksudnya : “Sesungguhnya Sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (Hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya). sebab itu mereka tidak (mahu) beriman. (Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia Dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu)”. Surah al-Anfal, ayat 55 dan 56.

Ayat ini Allah turunkan berikutan pengkhiatan Yahudi Bani Quraizah di Madinah terhadap Rasulullah s.a.w  yang akhirnya mereka dihalau keluar dari bumi Madinah oleh baginda.

Allah s.w.t juga menjelaskan keganasan Yahudi dengan firman-Nya :

وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَقَفَّيْنَا مِنْ بَعْدِهِ بِالرُّسُلِ وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَى أَنْفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ

Maksudnya : “dan Sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya Dengan Ruhul-Qudus (Jibril). maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) Yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?”-[Surah al-Baqarah ayat ke-87].

Jelas menunjukkan bahawa mereka yakni Yahudi bukan sahaja membunuh insan biasa, bahkan mereka juga telah membuinuh para Nabi dan Rasul, makhluk yang paling mulia di dalam alam ini. Maka, adakah kita masih lagi berpendapat Yahudi akan berasa kesal atas tindakan mereka di Palestin? Sama sekali tidak.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Minbar ingin menyeru kaum muslimin sekalian supaya bersama-sama dengan saudara-saudara kita di Gaza, merasai kesakitan mereka dan menghayati perjuangan mereka dalam menjaga agama Allah s.w.t. Dalam usaha kita menyekat keganasan Yahudi di Palestin marilah bersama-sama kita menadah tangan dalam setiap solat fardu kita, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya, dan Solat Jumaat berdoa qunut nazilah sehingga Allah s.w.t menghentikan kekejaman bangsa kera dan babi itu.

Telah sabit dalam sunnah Nabi s.a.w apabila berlaku sesuatu serangan kafir ke atas kaum muslimin baginda dan para Sahabat akan berdoa qunut Nazilah sebagaimana dalam hadis yang sahih daripada Anas bin Malik r.a katanya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berqunut selama sebulan mendoakan (kecelakaan) atas Bani Ri’il dan Zakwan” [Riwayat al-Bukhari & Muslim].

Demikian juga daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w mendoakan supaya Allah menyelematkan sahabat-sahabt baginda, al-Walid bin al-Walid r.a, Salamah bin Hisyam r.a, dan Ayyash bin Abi Rabiah r.a serta mendoakan supaya Allah menurunkan azab ke atas Bani Mudor selepas rukuk dalam solat baginda. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dalam sahihnya.

Hadirin Jumaat sekalian,

Minbar juga mengajak kaum muslimin sekalian supaya bersama-sama kerajaan menyumbangkan bantuan kepada kaum muslimin di Gaza serta berdiri teguh di belakang kepimpinan kaum muslimin yang ada sehingga mereka berjaya menekan pihak Yahudi menghentikan serangan ke atas Gaza. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w :

الْخَيْلُ مَعْقُودٌ فِي نَوَاصِيهَا الْخَيْرُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ الْأَجْرُ وَالْمَغْنَمُ

Maksudnya : “Kuda itu diikat pada dahinya kebaikan sehingga hari kiamat, diberi padanya pahala dan ghanimah”-[al-Bukhari].

Para ulama menyatakan maksud hadis ini adalah jihad itu terus berlaku sama ada bersama pemimpin yang adil mahupun pemimpin yang fasiq. Bahkan Nabi s.a.w bersabda:

وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ

Maksudnya : “dan sesungguhnya Allah akan menguatkan agama ini dengan seorang lelaki yang sangat fasiq”-[al-Bukhari dan Muslim].

Kita juga berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberi bantuan-Nya kepada pemimpin-pemimpin kaum muslimin terutama di Tanah Arab sehingga mereka berjaya menekan pihak Yahudi menghentikan serangan mereka.

Hadirin Jumaat sekalian,

Minbar juga menyeru kaum muslimin supaya menyokong usaha memboikot barangan Yahudi dan sekutunya Amerika Syarikat sekadar mampu kita. Minbar juga ingin mengingatkan janganlah sekadar memboikot barangan tetapi segala pemikiran dan cara hidup Yahudi kita ambil.

Nabi s.a.w bersabda :

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya : “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kalangan mereka”. –[Ahmad dan Abu Daud].

Amat sedih jika kita memboikot roti buatan Yahudi tetapi kita tidak memboikot sistem ekonomi Kapitaslis dan Sosialis yang juga berakar dari Yahudi, kita memboikot sebatang pensil buatan Yahudi tetapi kita menggunakan undang-undang yang ditulis oleh Yahudi dan kita memboikot setin minuman buatan Yahudi tetapi kita tidak memboikot sistem politik Yahudi seperti pemikiran Liberal dan Demokrasi.

Hendaklah kaum muslimin kembali kepada manhaj salaf soleh dalam mengambil akidah dan syariat mereka serta menjauhi rekaan-rekaan baharu dalam agam ini yang tidak pernah wujud di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dalam urusan akidah, ibadah, dan akhlak.

وأقول قولي هذا واستغفر الله لي ولكم وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.

KRISIS EKONOMI DUNIA DALAM TIMBANGAN SYARIAT

16 Nov

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Mimbar Jumaat menyeru hadirin sekalian supaya bertakwa kepada Allah s.w.t dan menjauhi segala perkara yang mengundang kemurkaan-Nya.

Hadirin sekalian,

Khutbah hari ini akan memperkatakan berkenaan “Krisis Ekonomi Dunia pada Pandangan Islam”.

Seperti yang diketahui, pada bulan September yang lepas, telah bermula satu lagi krisis ekonomi dan kali ini menyerang sebuah negara yang ramai orang tidak menyangka ia akan dilanda krisis ekonomi iaitulah Amerika Syarikat.

Kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat berpunca daripada sistem ekonomi mereka yang menyanggah hukum Allah s.w.t.

Sistem ekonomi Amerika yang berasaskan sistem Kapitalisme iaitulah fahaman yang beranggapan manusia bebas menjalankan aktiviti ekonomi tanpa sebarang batasan termasuklah menagmbil riba dan mengenakan cukai yang tinggi . Sistem Kapitalis juga membuka ruang kepada manusia untuk memonopoli ekonomi dan memanipulasi kewangan sesebuah negara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Maurice Allais, seorang pemenang anugerah Nobel untuk bidang ekonomi dalam kajian beliau membuat kesimpulan yang sangat mengejutkan dunia Kapitalis apabila dia mendapati kadar ‘interest’ atau bunga yang sesuai untuk menjamin kestabilan ekonomi adalah 0% yang bermaksud ekonomi bebas riba. Demikian juga dalam kajiannya, dia mendapati kadar cukai yang sesuai adalah 2.5% iaitu menyamai nilai zakat dalam Islam.

Demikian juga keputusan yang dicapai baru-baru ini oleh negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat untuk mengawal aktiviti kewangan membenarkan sistem ekonomi Islam yang berdiri di tengah-tengah antara Kapitalisme yang memberikan kebebasan penuh kepada individu dan Sosialisme yang terlalu mengongkong ekonomi individu sehingga membawa kepada sistem diktator.

Keutuhan sistem perbankan Islam di tengah-tengah kemelesetan ekonomi sekarang dan impak yang kecil terhadap institusi kewangan itu menunjukkan bahawa masalah kemelesetan ekonomi ini berpunca daripada sistem yang tidak berlandaskan syariah Islamiah.

Sidang Jumaat sekalian,

Oleh itu, penyelesaian masalah ini adalah dengan:

Pertama: Menghapuskan Riba sesuai dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 276:

Maksudnya: Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

Kedua: Mengamalkan al-Qardul Hasan yakni memberi pinjaman tanpa riba dan memberi peluang kepada yang tidak berkemampuan untuk membayar hutang dengan baik sesuai dengan firman Allah s.w.t:

Maksudnya: dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) Bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

Kaedah memberikan cuti bagi peminjam untuk membayar balik pinjaman mereka pada waktu tertentu seperti musim persekolahan seperti yang dilaksanakan Bank Islam amat wajar dengan kaedah ini.

Ketiga: Menjauhi Amalan Hidup Berhutang sesuai dengan hadis Nabi s.a.w daripada Aisyah r.a kata beliau: “Adalah Rasulullah s.a.w berlindung (kepada Allah) daripada belenggu hutang”.[Riwayat al-Humaidi]. Demikian lagi mereka yang berhutang kerana perlu, apabila mampu membayarnya hendaklah bersegera membayar sesuai sabda Nabi s.a.w: “Sengaja melengahkan pemabayaran hutang bagi orang kaya (yang mampu membayarnya) adalah kezaliman”[Ahmad, Ibn Majah, at-Tarmizi].

Keempat: Mengelakkan Pembaziran. Ini kerana diakui antara punca kemelesetan ekonomi adalah kadar inflasi yang tinggi yang tentunya berpunca daripada pembaziran dan perbelanjaan kepada perkara yang tidak perlu. Pembaziran adalah dosa yang sangat besar dalam Islam sebagaiman Firman Allah s.w.t dalam surah al-Isra’ ayat ke-27:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Kaum Mukminin yang dirahmati Allah,

Inilah sebahagian langkah-langkah yang perlu dalam mengatasi dan mengelak kemelut ekonomi yang dahsyat. Dalam kata yang ringkas dan padat apa yang perlu kita lakukan adalah kembali kepada sistem ekonomi Islam yang sesuai dengan manhaj al-Salaf al-Soleh dan menjauhi segala bentuk sistem pemikiran dan ekonomi yang menyimpang. Apa yang berlaku hari ini boleh diibarat sebagai ‘Tsunami Ekonomi’ yang menajdi peringatan daripada Allah kepada hamba-hambaNya utuk kembali kepada ajaranNya.