Tag Archives: asyairah

SIFAT ALLAH TA’ALA ADALAH HAKIKAT BUKAN MAJAZ

13 Okt

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI.

(B.A DAKWAH & USULUDDIN, UNI. ISLAM MADINAH, ARAB SAUDI)

Ahlus Sunnah wal Jamaah yang beriman dengan ALLAH ta’ala sesuai dengan metodologi yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang kemudian disampaikan oleh para Sahabat –radiallahu ‘anhum- dan diwariskan generasi ke generasi oleh Ulama’ as-Salaf daripada Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in; mereka beriman bahawa ALLAH ta’ala mempunyai sifat-sifat kemuliaan dan kesempurnaan yang hakiki seperti yang ALLAH sendiri khabarkan dalam al-Quran dan disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam al-Sunnah.

Mereka beriman bahawa sifat-sifat ini benar dan wujud pada ALLAH ta’ala dan zat ALLAH bersifat dengan sifat-sifat ini, namun mereka beriktiqad bahawa kaifiat dan bentuk sifat ini tidaklah sama dengan kaifiat dan bentuk sifat makhluk walaupun terdapat perkongsian pada penamaan ‘am sifat-sifat ini antara ALLAH dengan makhluk.

Hal ini dapat dibuktikan dengan dalil ‘aqli yang sahih; kita dapat melihat manusia berkongsi mempunyai ((wajah)) namun wajah setiap insan tidak sama walaupun berkongsi beberapa khususiah seperti; ada kening, dagu, pipi, hidung, mulut, dan “muhdats” (makhluk) namun tidak dijumpai wajah manusia dengan manusia yang lain sama 100% bahkan antara kembar seiras sekalipun tidaklah sama 100%.  Jika terdapat perbezaan yang begini besar dan ketara antara wajah sesama manusia yang berkongsi khususiah, maka tentu sekali antara wajah manusia dan haiwan terdapat perbezaan dan tentu sekali jika wajah sesama makhluk berbeza-beza, perbezaan antara wajah makhluk dengan wajah al-Khaliq jalla wa ‘ala lebih utama dan pasti.

Tidak ada orang yang beraqal mengatakan mengisbatkan perkongsian pada penamaan ‘am sesuatu sifat membawa kepada “tasybih” (yakni: Tamtsil) seperti contoh: “Zaid mempunyai wajah, Unta juga mempunyai wajah” tidak ada orang beraqal dalam ‘alam ini yang berkata orang yang berkata sebegini telah men-tasybih-kan Zaid dengan Unta atau men-tasybih-kan Unta dengan Zaid. Tasybih akan berlaku jika seseorang berkata: “Wajah Zaid seperti Unta; mempunyai bulu, mulutnya panjang, matanya di sisi…” inilah Tasybih yakni menafikan adanya kadar perbezaan antara dua sifat.

Adapun menetapkan kadar ‘am antara dua benda wujud maka ini tidak tergambar pada aqal yang waras ianya tasybih bahkan tidak dapat tidak setiap benda yang wujud mesti berkongsi pada penamaan ‘am seperti: “Wujud”. Diketahui bahawa makhluk “wujud” demikian juga al-Khaliq tabaraka wa ta’ala Wujud, tidak ada orang ber’aqal waras akan berkata: “jika kamu berkata Tuhan wujud, makhluk juga wujud, ini adalah (Tasybih)!!”. Bahkan diketahui walaupun terdapat perkongsian pada penamaan ‘am wujud, di sana ada juga kadar perbezaan antara dua jenis wujud; Wujud al-Khaliq yang diistilahkan Ahli Falsafah sebagai “Wujud yang Wajib” manakala wujud makhluk adalah: “Wujud yang Mumkin (harus)”.

Apabila difahami kaedah yang sedia jelas dan terang pada ‘aqal ini, diketahui secara daruri juga bahawa menetapkan bagi ALLAH ta’ala sifat-sifat kesempurnaan secara hakiki tidaklah melazimkan sama sekali menyamakan ALLAH ta’ala dengan makhluk bahkan sifat-sifat ALLAH dan makhluk itu terdapat perbezaan antara keduanya dengan perbezaan yang sangat besar di mana sifat ALLAH adalah maha sempurna sedangkan sifat makhluk maha kekurangan.

Tidak ada dalam kalangan Umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam yang ingkar akan sifat-sifat ALLAH ta’ala sehinggalah munculnya seorang Syaitan Akbar bernama: al-Jahm bin Safwan Abu Muhriz al-Rasibi (dibunuh oleh kerajaan Bani Umayyah pada tahun 128 H) yang menzahirkan ‘aqidah Ta’til dan ingkar sifat-sifat ALLAH ta’ala. Kepada al-Jahm inilah disandarkan Firqah al-Jahmiah yang telah dihukum Ulama’ as-Salaf sebagai “Kafir” dan terkeluar daripada Islam.

Kata al-Imam al-Zahabi –rahimahullah-:

فكان الناس في عافية وسلامة فطرة حتى نبغ جهم فتكلم في الباري تعالى وفي صفاته بخلاف ما أتت به الرسل وأنزلت به الكتب، نسأل الله السلامة في الدين.

Maksudnya: “adalah manusia berada dalam keadaan yang sangat ‘afiat dan sejahtera fitrah mereka sehinggalah muncul Jahm lalu dia berbicara berkenaan al-Bari ta’ala dalam sifat-sifatNya dengan perbicaraan yang menyalahi apa yang dibawa oleh para Rasul dan apa yang diturunkan dengannya Kitab-kitab, kita bermohon kepada ALLAH kesejahteraan dalam agama”. [Tarikh al-Islam, 3/389].

‘Aqidah ta’til ini al-Jahm mengambilnya daripada Ja’ad bin Dirham (dibunuh oleh kerajaan Bani Umayyah pada pada tahun 124 H) di mana Ja’ad adalah orang pertama yang menzahirkan ‘aqidah (al-Quran adalah makhluk) dan ingkar ALLAH berbicara dengan Musa ‘alaihis salam juga ingkar sifat al-Khullah lalu menafikan Ibrahim ‘alaihis salam adalah “Khalil ALLAH”.

Al-Ja’ad berguru dengan seorang Yahudi bernama: Bayan bin Sam’an dan Bayan bin Sam’an ini berguru dengan Talut anak saudara perempuan kepada Labid bin al-A’som –ahli sihir yang menyihir baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam- dan Talut ini berguru dengan bapa saudaranya; Labid bin al-A’som –laknatullahi ‘alaih-.

Inilah apa yang disebut para Ulama’ sebagai ((Sanad Kejahatan)) yakni Sanad ‘aqidah Ta’til (menafikan sifat ALLAH) yang berasal daripada Yahudi Kafir Ahli Sihir yang telah menyihir Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tidak hairan ada sekelompok Ahli Kalam yang cuba untuk membersihkan “nama baik” Labid bin al-A’sam dengan mengingkari kisah penyihiran ke atas baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. [rujuk: al-Bidayah wan Nihayah, Ibn Katsir, 13/147, Tahqiq: al-Turki].

Maka jelas bahawa ‘aqidah mengingkari sifat-sifat ALLAH ta’ala adalah ‘aqidah baharu tidak dikenali di zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam hatta dalam kalangan Musyrikin ada pengingkar sifat-sifat ALLAH ta’ala. ‘Aqidah ini muncul pada kurun kedua hijrah bersumberkan bisikan jahat daripada luar (Yahudi) dan para Ulama’ Salaf telah mengingkari ‘Aqidah ini dan kedua-dua pelopornya; al-Ja’ad dan al-Jahm telah dihukum bunuh.

Imam Abdullah bin Idris –rahimahullah- [w.192 H, daripada peringkat pertengahan Tabi’ Tabi’in] apabila ditanya berkenaan mereka yang berkata al-Quran Makhluk maka jawab beliau: “Mereka ini bukan Ahli Tauhid, mereka ini kaum Zindiq … barangsiapa berkata seperti ini maka atasnya Laknat ALLAH, janganlah kamu duduk bersama mereka dan jangan kamu menikahi mereka”.

Kata Imam Wahb bin Jarir –rahimahullah- [w.206 H, daripada peringkat Tabi’ Tabiin kecil] berkata: “al-Jahmiah adalah kaum Zindiq, sesungguhnya mereka hendak berkata bahawa ALLAH tidak ber-istiwa’ di atas ‘Arasy”.

Berkata Imam Sa’id bin ‘Amir –rahimahullah- [w. 208 H]: “al-Jahmiah lebih keji daripada Yahudi dan Nasrani, Yahudi dan Nasrani dan seluruh Ahli Agama telah bersepakat bahawa ALLAH berada di atas ‘Arasy, sedangkan mereka (Jahmiah) berkata: Tiada di atas ‘Arasy itu suatu pun”.

Berkata Imam Sallam bin Abi Muti’ –rahimahullah- [w.164 H, daripada pembesar Tabi’ Tabiin]: “al-Jahmiah adalah kaum Kafir”.

Berkata Imam al-Firyabi; Muhammad bin Yusuf –rahimahullah- [w.212 H]: “Barangsiapa yang berkata: bahawa ALLAH tidak berada di atas ‘Arasy-Nya maka dia Kafir, barangsiapa menyangka bahawa ALLAH tidak berbicara dengan Musa maka dia Kafir”.

[Rujuk: Khalqu Af’al al-‘Ibad, Muhammad bin Ismail, al-Bukhari]

Berkata al-Imam Ibn al-Qayyim –rahimahullah- [w.751 H]:

ولقد تقلد كفرهم خمسون في # عشر من العلماء في البلدان

واللالكائي الإمام حكاه عنــــ # ـهم بل حكاه قبله الطبرانـــــــــي

Maksudnya: “500 orang Ulama’ daripada serata negeri telah mengkafirkan mereka, Imam al-Lalakaie telah menghikayatkan perkara ini daripada para Ulama’ demikian sebelum beliau Imam al-Tabarani”. [Qasidah Nuniah].

Oleh itu, jelas kepada kita bahawa ‘aqidah ((Ta’til)) ini adalah Bid’ah dalam Islam dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kita daripada mengikut perkara-perkara Bid’ah sebagaimana dalam hadis yang sahih daripada al-‘Irbadh bin Sariyah –radiallahu ‘anh bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَسَتَرَوْنَ مِنْ بَعْدِي اخْتِلَافًا شَدِيدًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Maksudnya: “dan kamu akan mendapati selepasku akan ada perbezaan pendapat yang sangat kuat, maka hendaklah kamu mengikut Sunnah aku dan Sunnah para Khalifah yang matang lagi mendapat petunjuk, gigitlah ia dengan geraham kamu serta jauhilah perkara-perkara baharu kerana setiap perkara bid’ah itu adalah sesat” [HR Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad].

Para Ulama’ as-Salaf telah mengingkari bid’ah ini bahkan menghukum kufur mereka yang beraqidah dengannya, ini menunjukkan bahawa Ta’til bukanlah bid’ah yang ringan bahkan ianya adalah ((kekufuran)).

Adapun Ahlus Sunnah wal Jamaah yang melazimi methode as-Salaf as-Soleh –radiallahu ‘anhum-, mereka beriman dengan sifat-sifat ALLAH ta’ala sesuai dengan kehendak ALLAH ta’ala dan sesuai dengan penjelasan yang diberikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu:

  • Beriman dengan semua sifat yang tsabit dalam al-Quran dan as-Sunnah yang Sahih mengikut zahirnya.
  • Menafikan segala sifat kekurangan dan ‘aib daripada ALLAH ta’ala.
  • Mendiamkan diri daripada bercakap dalam masalah sifat tanpa sandaran dalil yang sahih daripada Naqal.

Adapun ((Zahir Nas)) menurut Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah maksud yang jelas dalam bahasa ‘Arab yang difahami sesuai dengan qarinah-qarinah Nas dan tidak ada dalam al-Quran mahupun Hadis Nabawi zahir nas yang membawa waham Tasybih atau Tamsil, bahkan Zahir Nas adalah hak dan Tauhid kerana ALLAH ta’ala menyatakan dalam al-Quran; Kitab al-Quran adalah Kitab Hidayah dan penjelasannya adalah “Mubin” (sangat jelas dan terang).

Firman ALLAH ta’ala:

قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ

Maksudnya: “Telah datang kepada kamu daripada ALLAH cahaya dan kitab yang sangat jelas” [al-Maidah: 15]

الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَقُرْآنٍ مُبِينٍ

Maksudnya: “Alif.Laam.Ra. itulah ayat-ayat al-Kitab dan Quran yang jelas” [al-Hijr: 1]

بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ

Maksudnya: “dengan bahasa arab yang jelas” [as-Syu’ara’: 195]

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمْ بُرْهَانٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُبِينًا

Maksudnya: “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu “Burhan” (bukti yang sangat jelas) daripada Tuhan kamu dan Kami telah turunkan kepada kamu cahaya yang jelas”. [al-Nisaa’: 174]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pula telah menyatakan kepada kita bahawa baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam telah meninggalkan kita di atas manhaj dan landasan yang jelas dan terang, tiada keraguan padanya, tidak tergelincir daripada manhaj yang baginda tinggalkan ini kecuali pasti orang itu celaka dan musnah:

قَدْ تَرَكْتُكُمْ عَلَى الْبَيْضَاءِ، لَيْلُهَا كَنَهَارِهَا، لَا يَزِيغُ عَنْهَا بَعْدِي إِلَّا هَالِكٌ

Maksudnya: “Aku telah tinggalkan kamu di atas landasan yang terang, malamnya bagaikan siangnya, tidak tergelincir daripadanya selepas aku melainkan dia pasti celaka”. [HR Ibn Majah].

إنه لم يكن نبي قبلي إلا كان حقا عليه أن يدل أمته على خير ما يعلمه لهم، وينذرهم شر ما يعلمه لهم

Maksudnya: “Sesungguhnya tidak pernah ada Nabi sebelum aku melainkan menjadi tanggungjawab atasnya untuk menunjukkan umatnya akan setiap kebaikan yang dia ketahui dan mencegah mereka akan setiap kejahatan uang dia ketahui” [HR Muslim]

عن سلمان، قال: قيل له: قد علمكم نبيكم صلى الله عليه وسلم كل شيء حتى الخراءة قال: فقال: أجل «لقد نهانا أن نستقبل القبلة لغائط، أو بول، أو أن نستنجي باليمين، أو أن نستنجي بأقل من ثلاثة أحجار، أو أن نستنجي برجيع أو بعظم»

Maksudnya: Daripada Salman –radiallahu ‘anh- kata beliau: Telah dikatakan kepada beliau (oleh seorang musyrikin dengan tujuan mengejek): “Sesungguhnya Nabi kamu –sallallahu ‘alaihi wa sallam- telah mengajarkan kepada kamu semua perkara sehinggalah berak (membuang air besar)”. Maka jawab beliau –radiallahu ‘anh-: Ya, sesungguhnya baginda telah melarang kami daripada menghadap kiblat ketika membuang air besar atau kencing, melarang kami beristinja’ dengan tangan kanan atau beristinja’ dengan kurang daripada 3 biji batu atau beristinja’ dengan najis haiwan atau tulang belulang”. [HR Muslim].

Subhanallah! Maha Suci ALLAH daripada kekurangan dalam menjelaskan agama-Nya, demikian Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan sekecil-kecil perkara maka tidak mungkin ada isu yang paling besar bahkan tunjang dakwah para Rasul sekaliannya iaitu: Tauhid, terdapat kekurangan petunjuk dan hidayah dalam al-Quran dan Sunnah sehingga berhajat kepada ‘aqal seorang Yahudi yang telah melakukan sihir ke atas Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Al-Imam Nu’aim bin Hammad al-Khuza’ie –rahimahullah- [w. 228 H] berkata:

من شبه الله بخلقه فقد كفر، ومن جحد ما وصف الله به نفسه فقد كفر

Maksudnya: “Barangsiapa menyamakan ALLAH dengan makhluk-Nya maka dia telah kafir, barangsiapa mengingkari apa yang ALLAH telah sifatkan dengannya diri-Nya maka dia telah kafir”.

Lalu al-Imam Ibn Katsir –rahimahullah- [w. 774 H] menyambung:

وليس فيما وصف الله به نفسه ولا رسوله تشبيه، فمن أثبت لله تعالى ما وردت به الآيات الصريحة والأخبار الصحيحة، على الوجه الذي يليق بجلال الله تعالى، ونفى عن الله تعالى النقائص، فقد سلك سبيل الهدى

Maksudnya: “dan tiada pada apa yang ALLAH sifatkan dengannya diri-Nya itu tasybih dan tidak juga apa yang Rasul-Nya sifatkan akan Dia ada padanya Tasybih, maka barangsiapa yang menetapkan bagi ALLAH ta’ala apa yang datang dengannya ayat-ayat yang “jelas” dan khabar-khabar yang sahih sesuai dengan wajah yang layak bagi kebesaran ALLAH ta’ala dan menafikan daripada ALLAH ta’ala segala kekurangan maka dia telah menempuh jalan hidayah”. [Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/762, Dar Kunuz Ishbilia]

Ini menjelaskan prinsip yang sabit dan terang pada ‘aqal bahawa menetapkan sifat mengikut kesesuaian mausuf (zat) tidak membawa kepada ((tasybih)) seperti jika seseorang berkata: “tangan Zaid” dan “tangan ‘Amru” maka tidak ada seorang pun yang beraqal dalam ‘alam ini akan berkata si fulan ini telah mentasybihkan Zaid dengan ‘Amru dan sebaliknya. Bahkan setiap penamaan ‘am apabila disandarkan kepada mausuf atau mudof ilaih ia akan mempunyai khususiah sesuai dengan keadaan mausuf atau mudof ilaih tadi.

Misal ‘Aqli menjelaskan lagi masalah ini adalah: “Penglihatan” adalah sifat dan satu penamaan ‘am yang berkongsi padanya pelbagai zat yang melihat, namun apabila penglihatan ini disandarkan kepada zat tertentu maka ia akan mengambil khususiah tersendiri seperti: “Penglihatan Rusa”, “Penglihatan Zaid”, “Penglihatan Orang Tua” dan seterusnya, setiap penglihatan ini mempunyai kadar perbezaan mengikut keadaan mausufnya maka penglihatan Rusa tidak sama seperti penglihatan Zaid dan sebaliknya dan penglihatan Zaid yang masih muda tidak sama dengan penglihatan orang tua yang rabun.

Demikian hebatnya perbezaan antara sifat “penglihatan” berdasarkan perbezaan mausufnya sedangkan ini antara sesama makhluk, maka tentu sekali apabila ia disandarkan kepada ALLAH zat yang maha sempurna, ia tidak akan menyerupai sifat penglihatan makhluk sama sekali walaupun makna ‘am “lihat” ada pada setiap jenis penglihatan iaitu:  “mencapai setiap benda yang boleh dilihat dengan penglihatan”.

Misal lain juga adalah “Tangan”, penamaan ‘am tangan dimaklumi secara fitrah oleh setiap yang ber’aqal tidak berhajat kepada Takrif bahkan mentakrifkan benda yang maklum secara daruri hanya membawa kepada “ghumudh” (ketidak jelasan) namun apabila kalimah “Tangan” disandarkan kepada mausuf yang tertentu seperti: “Tangan Zaid”, “Tangan Orang Utan”, “Tangan ‘Amru”, …dan seterusnya, maka diketahui setiap tangan ini berbeza dan mempunyai kaifiat dan khususiah yang sesuai dengan zat yang bersifat dengannya walaupun semuanya berkongsi pada penamaan ‘am tangan.

Penamaan ‘am atau Lafaz Mutlak tidak wujud di dunia yang nyata, yang wujud di dunia yang nyata adalah Lafaz Muqayyad atau Penamaan Khas yang di-qaid-kan dengan mausuf atau mudof ilaih tertentu, yakni: Tidak ada dalam wujud yang nyata ini zat tanpa sifat atau sifat tanpa zat, kewujudan zat tanpa sifat hanya gambaran yang tergambar oleh ‘aqal sahaja. Tidak mungkin kita akan jumpa dalam ‘alam nyata ini “Tangan” yang tidak disandarkan kepada sesiapa, tanpa sifat, tanpa khususiah bahkan tidak dapat tidak mesti ada mausuf atau zatnya.

Demikian juga tidak mungkin dalam ‘alam nyata ini kita akan dapati ada zat tanpa sifat bahkan zat tanpa sifat adalah ((ma’dum)) –tidak wujud- seperti seseorang mendakwa di rumahnya ada seekor kucing; lalu ditanya kepadanya: adakah kucing kamu itu bulunya lebat? Dijawab: ia tiada bulu sama sekali. “Adakah ekornya panjang atau pendek?” dijawab: ia tiada ekor, demikianlah sehingga semua sifat-sifat kucing apabila ditanya dia menjawab: tiada sama sekali. Lalu dikata kepadanya: “jika begitu kamu tiada kucing, kucing kamu itu tidak wujud, hanya khayalan kamu sahaja”. Hanya orang tiada ‘aqal sahaja yang akan menjawab: “saya ada kucing yang hanya ada zat tanpa sifat!!”.

Maka, menetapkan wujudnya perkongsian pada penamaan ‘am antara sifat ALLAH dan sifat Makhluk adalah perkara daruri pada ‘Aqal dan secara daruri pada ‘aqal juga ia tidak melazimkan Tasybih, namun penamaan ‘am adalah sesuatu yang dicapai oleh ‘aqal secara umum untuk memahami maknanya sahaja, adapun pada hakikat di dunia nyata, setiap sifat wujud dengan mausufnya yang tersendiri, tidak mungkin ada sifat tanpa zat dan zat tanpa sifat.

Jika sudah difahami akan perkara ini, maka kita ketahui setiap ayat-ayat sifat dalam al-Quran datang dengan “qaid” dan disandarkan kepada ALLAH ta’ala seperti firman ALLAH ta’ala:

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ

Maksudnya: “Dia berkata: Wahai Iblis apakah yang menghalang kamu daripada sujud kepada apa yang Aku telah ciptakan dengan dua tangan-Ku? Adakah kamu sombong atau daripada golongan yang meninggi diri?!!” [ ص: 75]

Kalimah ((Yad)) –tangan- dalam ayat ini jelas disandarkan kepada ALLAH ta’ala, maka zahir ayat ini jelas menyatakan tangan yang disandarkan kepada ALLAH ta’ala maka tentu sekali zahirnya sifat yang layak dengan zat ALLAH ta’ala. Maka bagaimana ‘aqal yang sihat boleh menyangka ayat ini ada “Tasybih”?? Tidak ada orang yang menyangka ayat ini ada Tasybih melainkan dalam hatinya sudah ada penyakit Tasybih Zat ALLAH dengan zat Makhluk. –na’uzubillah min zalik-.

Namun, dalam masa yang sama, ‘aqal kita juga faham maksud ((al-Yad)) kerana di sana ada penamaan ‘am bagi kalimah ((al-Yad)) –tangan- namun apabila al-Yad disandarkan kepada mausuf; ALLAH ta’ala maka ‘aqal juga faham Tangan di sini tidak sama khususiah dan kaifiatnya dengan Yad –tangan- yang disandarkan pada makhluk seperti mana ‘aqal faham perkataan: Tangan Zaid dan Tangan Orang Utan.

Apabila ALLAH ta’ala berkata dalam al-Quran:

وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

Maksudnya: “dan adalah ALLAH itu sentiasa mendengar dan melihat” [al-Nisaa’: 134]

‘Aqal memahami zahir ayat ini jelas sifat mendengar dan melihat di sini disandarkan kepada ALLAH ta’ala maka ada “Qadar Fariq” –kadar pemisah- yang membezakan kaifiat dan  khususiah pendengaran dan penglihatan yang disandarkan kepada ALLAH dengan pengdengaran dan penglihatan dalam ayat berikut:

إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan Insan daripada “nutfah” yang bercampur (mani lelaki dan mani wanita) lalu Kami uji dia maka kami jadikan dia mendengar dan melihat”. [al-Insan: 2]

Pendengaran dan Penglihatan dalam ayat ini disandarkan kepada insan yang makhluk namun ‘aqal tahu dan faham “Qadar Musytarak” –kadar yang dikongsi- antara dua penglihatan dan pendengaran ini pada penamaan ‘am seperti mana ‘aqal faham pernyataan: “Zaid mendengar, Burung mendengar”, dan “Zaid melihat, Burung melihat”. Tidak ada ‘aqal waras memahami pernyataan ini men-tasybih-kan Zaid dengan Burung.

Lalu, di celah mana hendak dikatakan adanya Tasybih pada zahir nas al-Quran dan al-Sunnah? Hanya mereka yang rosak fitrahnya, kurang waras aqalnya sahaja yang akan menyangka ada Tasybih.

Memahami kaedah ini sekaligus memadamkan syubhat “Takwil” yakni: Tahrif di sisi Ahli Kalam sama ada Takwil Mufassal mahupun Takwil Mujmal ((Tafwidh)) kerana Ahli Kalam bersepakat untuk mengalihkan maksud nas-nas Sifat daripada makna zahir bahkan mengalihkannya daripada makna ‘am yang musytarak pada Kulli (bukan pada “Kull”) kemudian mereka mempunyai pilihan sama ada untuk menetapkan makna baharu bagi nas ataupun tidak.

Misalnya kalimah “Tangan” dalam ayat terdahulu, Ahli Kalam bersepakat bahawa kalimah “Tangan” dalam ayat ini bukan bermaksud Tangan yang difahami ‘Aqal pada penamaan ‘am tetapi ia sesuatu yang lain. Namun apakah sesuatu yang lain ini? Maka Ahli Takwil akan menjawab: maknanya “Qudrah” atau “Nikmat” adapun Ahli Tafwidh akan menjawab: “ALLAH jua yang mengetahui maksud sebenarnya, yang pasti ia bukan tangan seperti yang difahamai ‘aqal pada penamaan ‘am”.

Oleh itu, Tafwidh di sisi Ahli Kalam bukanlah “Isbat” seperti yang dikehendaki oleh as-Salaf, adapun as-Salaf mereka menetapkan makna ‘am (penamaan ‘am) yang menjadi kadar perkongsian setiap maujud untuk membolehkan ‘aqal memahami makna sesuatu dan dalam masa yang sama mereka menetapkan adanya “Qadar Fariq” –yang menjadi pembeza dan pemisah antara kaifiat sifat ALLAH dengan kaifiat sifat makhluk yang menghalang berlakunya Tasybih.

Imam Mufassirin ‘Ikrimah –rahimahullah- [w. 104 H, Maula Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma]  ketika mentafsirkan ayat:

 بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ

Maksudnya: “Bahkan kedua-dua tangan-Nya terbuka luas” [al-Maidah: 64]

Kata beliau-rahimahullah-:

يعني: اليدين

Maksudnya: “Yakni: dua tangan”

Nafi’ bin ‘Umar al-Jumahi –rahimahullah- bertanya kepada Imam Ibn Abi Mulaikah –rahimahullah- [w. 117 H, Tabi’in] berkenaan “Tangan ALLAH”; satu atau dua? Jawab beliau: “bahkan dua”.

‘Asim al-Jahdari –rahimahullah- [w.128 H, ulama’ tafsir yang masyhur] ketika mentafsirkan ayat 75 surah ص yang terdahulu berkata:

قال: ((بيديه))

Kata beliau: “dengan dua tangan-Nya”

[Rujuk: Radd al-Darimi ‘ala Bisyr al-Marisi, m.s 38, tahqiq: Muhammad Hamid al-Faqi].

Nas-nas Wahyu juga amat banyak menetapkan bahawa sifat ALLAH adalah haqiqi seperti:

Daripada Abu Yunus Salim bin Jubair Maula Abi Hurairah kata beliau:

سمعت أبا هريرة يقرأ هذه الآية {إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها} [النساء: 58] إلى قوله تعالى {سميعا بصيرا} [النساء: 58] قال: «رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يضع إبهامه على أذنه، والتي تليها على عينه»، قال أبو هريرة: «رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقرؤها ويضع إصبعيه»

Maksudnya: “Aku mendengar Abu Hurairah membaca ayat ini: إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها sehingga firman-Nya ta’ala:  سميعا بصيرا  [al-Nisaa: 58] kata beliau: “Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam meletakkan ibu jari baginda atas telinga baginda dan jari yang seterusnya atas mata baginda”. Kata Abu Hurairah lagi: “Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat ini sambil meletakkan dua jari baginda (yakni ibu jari pada telingan dan jari telunjuk pada mata)”. [HR Abu Daud]

قال ابن يونس: قال المقرئ: يعني: إن الله سميع بصير، يعني أن لله سمعا وبصرا قال أبو داود: «وهذا رد على الجهمية»

Maksudnya: “Kata Ibn Yunus (yakni salah seorang rawi hadis), berkata al-Muqri’ (salah seorang rawi juga): yakni: Bahawa ALLAH itu sesungguhnya Maha Mendengar lagi Maha Melihat, yakni: bahawa sesungguhnya bagi ALLAH itu pendengaran dan penglihatan”. Kata Abu Daud: “dan ini adalah bantahan atas Jahmiah”.

Tindakan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan ke arah mata dan telinga baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika membaca ayat sifat melihat dan mendengar adalah untuk menyatakan bahawa ia adalah pendengaran dan penglihatan yang hakiki bukan majazi, bahkan ia bermaksud penglihatan dan pendengaran yang kamu semua fahami maksudnya secara ‘am.

عن عبد الله رضي الله عنه، قال: جاء حبر من اليهود، فقال: إنه إذا كان يوم القيامة جعل الله السموات على إصبع، والأرضين على إصبع، والماء والثرى على إصبع، والخلائق على إصبع، ثم يهزهن، ثم يقول: أنا الملك أنا الملك، «فلقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يضحك حتى بدت نواجذه تعجبا وتصديقا لقوله، ثم قال النبي صلى الله عليه وسلم»: {وما قدروا الله حق قدره} إلى قوله {يشركون} [الزمر: 67]

Maksudnya: Daripada Abdullah (Ibn Mas’ud) –radiallahu ‘anh- kata beliau: Telah datang seorang Ulama’ Yahudi (kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam) seraya berkata: “Sesungguhnya apabila berlaku hari kiamat ALLAH akan meletakkan langit-langit di atas satu jari, Bumi-bumi di atas satu jari, Air dan Tanah di atas satu jari, dan seluruh makhluk yang lain di atas satu jari kemudian Dia akan menggoncangkan semuanya kemudian Dia berkata: “Aku adalah al-Malik, Aku adalah al-Malik”. (kata Ibn Mas’ud) “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ketawa sehingga tampak gusi baginda kerana kagum dan membenarkan perkataan dia kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca: وما قدروا الله حق قدره sehingga   يشركون [al-Zumar: 67] [HR al-Bukhari & Muslim]

Dalam riwayat al-Tirmizi daripada Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma; Yahudi itu mengisyaratkan kepada jari-jarinya demikian juga perawi hadis Muhammad bin as-Salt ketika meriwayatkannya mengisyaratkan dengan jari-jarinya.

Ini merupakan pengakuan dan pengiktirafan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa ALLAH memiliki jari-jari yang hakiki yang dimaklumi pada ‘aqal makna jari itu secara penamaan ‘am namun jelas di sana ada perbezaan besar antara jari ALLAH dengan jari makhluk, di mana jari ALLAH; ALLAH meletakkan makhluk-makhlukNya di atas jari-jariNya yang maha suci lagi maha mulia lalu menggoncangkan mereka.  Hadis ini menunjukkan di sana ada Kadar ‘am pada makna sifat yang musytarak maknanya dan ada kadar pemisah yang membezakan lalu menghalang berlaku Tasybih.

عن عبيد الله بن مقسم، أنه نظر إلى عبد الله بن عمر كيف يحكي رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ” يأخذ الله عز وجل سماواته وأرضيه بيديه، فيقول: أنا الله – ويقبض أصابعه ويبسطها – أنا الملك ” حتى نظرت إلى المنبر يتحرك من أسفل شيء منه، حتى إني لأقول: أساقط هو برسول الله صلى الله عليه وسلم؟

Maksudnya: Daripada ‘Ubaidullah bin Miqsam bahawa beliau melihat Abdullah bin ‘Umar –radiallahu ‘anhuma- bagaimana beliau menghikayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “ALLAH ‘azza wa jalla akan mengambil langit-langitNya dan bumi-bumiNya dengan dua tangan-Nya lalu berkata: “Akulah ALLAH –sambil baginda menggenggam jari-jari baginda dan melepaskannya- Akulah al-Malik”; sehingga aku melihat kepada minbar bergerak-gerak daripada bawahnya sehingga aku berkata: “adakah ia akan jatuh bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam?” [HR al-Bukhari & Muslim, lafaz bagi Muslim].

Tindakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menggenggam dan membuka jari-jari baginda semasa meriwayatkan perbuatan ALLAH ta’ala menggenggam langit dan bumi adalah untuk menetapkan makna sifat genggam iaitu seperti yang kamu maklum secara penamaan ‘amnya, genggaman yang hakiki namun di sana ada “Qadar Fariq”; genggaman ALLAH meliputi langit dan bumi seluruhnya.

عن أبي سعيد الخدري، قال النبي صلى الله عليه وسلم: «تكون الأرض يوم القيامة خبزة واحدة، يتكفؤها الجبار بيده كما يكفأ أحدكم خبزته في السفر، نزلا لأهل الجنة» فأتى رجل من اليهود فقال: بارك الرحمن عليك يا أبا القاسم، ألا أخبرك بنزل أهل الجنة يوم القيامة؟ قال: «بلى» قال: تكون الأرض خبزة واحدة، كما قال النبي صلى الله عليه وسلم، فنظر النبي صلى الله عليه وسلم إلينا ثم ضحك حتى بدت نواجذه، ثم قال: ألا أخبرك بإدامهم؟ قال: إدامهم بالام ونون، قالوا: وما هذا؟ قال: ثور ونون، يأكل من زائدة كبدهما سبعون ألفا

Maksudnya: Daripada Abu Sa’id al-Khudri –radiallahu ‘anh- Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Bumi pada hari kiamat nanti menjadi sekeping roti, al-Jabbar akan membolak balikkannya dengan tangan-Nya seperti mana seseorang kamu membolak balikkan rotinya sewaktu safar, ia disediakan sebagai hidangan untuk Ahli Syurga”. Lalu kemudian itu datang seorang Yahudi seraya berkata: “Semoga kamu diberkati al-Rahman wahai Abul Qasim (yakni: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam), mahukah kamu aku memberitahu berkenaan hidangan untuk Ahli Syurga di hari kiamat? Jawab baginda: “Silakan” kata lelaki itu: “Bumi akan menjadi sekeping roti..” sama seperti yang diceritakan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam melihat kepada kami kemudian ketawa sehingga tampak gusi baginda . Kemudian lelaki Yahudi itu berkata: “Apakah mahu aku berita kepada kamu berkenaan kuah cicah mereka? Katanya: “kuah cicah mereka adalah Balam dan Nun”. Kata para Sahabat: “apakah ini? (yakni Balam)” katanya: “Lembu liar dan ikan nun, akan makan seramai 70,000 orang daripada “zaidah” hati keduanya (yakni: bahagian pada hati Nun dan Lembu dan ia adalah bahagian yang paling sedap)”. [HR al-Bukhari & Muslim].

Dalam hadis ini Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menetapkan bagi ALLAH tangan yang dengan-Nya ALLAH akan mencanai, membolak balikkan bumi menjadi sekeping roti besar untuk dijadikan makanan Ahli Syurga kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan ia sama seperti kamu mencanai dan membolak-balikkan roti kamu di atas “sufrah” atau sewaktu safar. Ia bukanlah Tasybih tetapi penguat makna sifat ini bahawa ia hakiki seperti yang kamu maklum maknanya walaupun jelas perbezaan sifat yang ada pada ALLAH dengan yang ada pada makhluk; Tangan dan ulian makhluk tidak mungkin boleh menguli bumi dan menukar bumi menjadi roti.

Semua nas-nas sarih dalam Sunnah Nabawiah yang Sahihah ini menafikan bahawa makna zahir sifat “tidak dikehendaki” bahkan ia bukan dengan makna yang makruf diketahui ‘aqal melalui penamaan ‘am al-Kulli bahkan jelas nas-nas ini menetapkan makna ‘am al-kulli atau disebut qadar musytarak atau penamaan ‘am bagi sifat dan dalam masa yang sama menetapkan kadar pemisah yang menafikan tasybih atau lebih tepatnya; Tamtsil.

Kata Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim –rahimahullah-:

فهذا الكشف والبيان والإيضاح لا مزيد عليه تقرير لثبوت هذه الصفة، ونفي الإجمال والاحتمال عنها.

Maksudnya: “Maka pendedahan dan penjelasan ini tidak lebih sekadar untuk menetapkan sabitnya sifat ini dan menafikan kesamaran dan sangkaan daripadanya” [Mukhtasar as-Sawa’iq, 4/1428]

Tidak ada lagi ruang dan celah bagi para pentakwil sama ada Muawwilah mahupun Mufawwidah mendakwa nas-nas sifat tidak datang dengan makna yang difahami melalui penamaan ‘am , bahkan nas-nas jelas menyatakan makna sifat sesuai dengan zahir bahasa arab yang difahami oleh ‘aqal melalui penamaan ‘am.

Pada penutup risalah ini, ditegaskan sekali lagi bahawa menetapkan makna sifat dan kadar perkongsian pada penamaan ‘am tidaklah melazimkan Tasybih, adapun yang dinamakan Tasybih di sisi as-Salaf adalah ((Tamtsil)) yakni menyamakan dua perkara pada khususiah dan kaifiatnya dan ini adalah perkara daruri yang difahami mana-mana ‘aqal yang sejahtera.

Imam al-Tirmizi –rahimahullah- membawakan pernyataan berikut:

وقال إسحاق بن إبراهيم:”إنما يكون التشبيه إذا قال: يد كيد، أو مثل يد، أو سمع كسمع، أو مثل سمع، فإذا قال: سمع كسمع، أو مثل سمع، فهذا التشبيه، وأما إذا قال كما قال الله تعالى يد، وسمع، وبصر، ولا يقول كيف، ولا يقول مثل سمع، ولا كسمع، فهذا لا يكون تشبيها، وهو كما قال الله تعالى في كتابه: {ليس كمثله شيء وهو السميع البصير}

Maksudnya: “dan berkata Ishaq bin Ibrahim (yakni: Ibn Rahawaih): “Sesungguhnya yang berlaku Tasybih itu jika dia berkata: “Tangan seperti tangan” atau “seumpama tangan” atau “pendengaran seperti pendengaran” atau “seumpama pendengaran”, jika dia berkata: “pendengaran seperti pendengaran atau seumpama pendengaran maka inilah Tasybih, adapun jika dia berkata seperti ALLAH berkata: “Tangan, pendengaran, penglihatan dan tidak memberikan kaifiat dan tidak berkata seumpama pendengaran dan tidak juga seperti pendengaran, maka ini tidak menjadi Tasybih dan ia seperti firman ALLAH ta’ala dalam kitab-Nya (maksudnya): “Tiada suatupun yang menyerupainya dan Dialah as-Sami’ (yang maha mendengar) lagi al-Basir (maha melihat)”. [Jami’ al-Tirmizi, hadis no. 662].

Imam Ishaq bin Rahawaih –rahimahullah- dalam pernyataan ini menjelaskan bahawa syubhat al-Jahmiah adalah mereka menyangka dengan menetapkan penamaan ‘am atau lafaz mutlak menjadi Tasybih sedangkan ini adalah sangkaan yang salah, adapun tasybih adalah menetapkan مثل yakni penyerupaan pada khususiah dan kaifiat.

Wallahua’lam bis Sawab.

Madinah Nabawiah, Arab Saudi

8 Zulhijjah 1434 Hijrah. 

Advertisements

JADUAL PERBEZAAN AKIDAH AL-ASYA’IRAH & AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH

20 Feb

Bil

TAJUK

ASWJ

AL-ASYA’IRAH

RUJUKAN

1

MANHAJ

TALAQQI

 

(Akal & Naqal)

1- Aqal yang waras tidak akan berlawan dengan Naqal yang Sahih

2- Apabila berlaku pertembungan antara Wahyu dan Aqal, ianya hanyalah pertembungan yang relative (nisbi) bukan hakiki dan puncanya adalah kelemahan akal kerana Wahyu tidak datang dengan perkara yang mustahil pada akal tetapi dengan perkara yang menghairankan akal.

3- Atas dasar itu hendaklah didahulukan wahyu dalam keadaan berlakunya pertembungan ini.

 

Jika bertembung di antara Akal dan Naqal maka hendaklah didahulukan AKAL; adapun Naqal dilihat:

 

Jika Mutawatir = Ditakwil/ Ditafwid

Jika Ahad = Ditolak

Asas al-Taqdis oleh Fakhr al-Razi (1/130)

2

MANHAJ TALAQQI

(Hadis Ahad)

Hadis Ahad yang Sahih adalah Hujjah dalam hukum ‘Amali dan ‘Ilmi.

Hadis Ahad memberikan faedah Ilmu Yakini Nazari jika ia tsabit dengan qarinah-qarinahnya.

Tidak boleh menjadikan Hadis Ahad sebagai dalil dalam masalah-masalah Akidah kerana ia Zanni. Asas al-Taqdis, 1/127

3

MANHAJ TALAQQI
(Dilalah Wahyu vs Dilalah Akal)

Dilalah Wahyu memberikan keyakinan dan Ilmu dan jika ia kelihatan seolah-olah berlawanan dengan akal maka akal diketepikan. Dilalah Wahyu adalah Zanni (sangkaan) manakala Dilalah Akal adalah Qath’ie (Pasti) maka didahulukan Akal atas Wahyu Abkarul Afkar, Saifuddin al-Amidi, 1/280

4

AL-ULUHIYAH

 

(Makna Kalimah Tauhid)

“Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali ALLAH”.

al-Ilah maknanya adalah: al-Ma’bud yakni yang dijadikan untuknya Ibadat dengan penuh tunduk, patuh, cinta, takut, dan harap.

Al-Ilah adalah: al-Qadir ‘ala ikhtira’: yakni: Yang Maha Berkuasa untuk mencipta.Maka Makna Kalimah Tauhid adalah: “Tiada Tuhan yang berkuasa untuk mencipta kecuali ALLAH”. Usuluddin, Abdul Qahir al-Baghdadi, m.s 123

 

Syarh Asma-ullah al-Husna, al-Qusyairi, m.s. 65-66

5

AL-ASMA’ WAS SIFAT

Ahlus Sunnah wal Jamaah mengikut apa yang telah diijmakkan para Ulama’ Salaf iaitu mereka beriman dengan sifat-sifat dan nama-nama ALLAH yang tsabit dalam al-Qur’an dan al-Sunnah serta tidak menjadikan Qiyas Aqal sebagai ukuran dalam memahaminya bahkan mereka beriman sesuai dengan zahir nas dan menyerahkan makna hakikat dan kaifiat sifat-sifat itu kepada ALLAH tanpa Ta’til dan Tanpa Tahrif. Mereka meletakkan Aqal sebagai kayu ukur dalam menetapkan al-Asma’ was Sifat bagi ALLAH. Nas-nas yang tsabit dalam al-Quran dan al-Sunnah jika Mutawatir hendaklah ditakwilkan maknanya yang zahir kepada makna yang marjuh atau ditafwidkan maknanya, jika ia hadis Ahad maka ditolak nas itu dan didahulukan akal. Syarah al-Baijuri atas Jauhirah al-Tauhid, m.s 156-159, Tahqiq: Ali Jum’ah, Dar Al-Salam & Syarah al-Ghaznawi atas al-Tahwiah, m.s 83-84 & Lihat juga: Bahrul Kalam oleh Maimun al-Nasafi.

 

6

AL-ASMA’ WAS SIFAT

(SIFAT KALAM ALLAH & AL-QURAN)

Ahlus Sunnah wal Jamaah beriman bahawa:
“ALLAH itu berkata-kata dengan cara yang Dia kehendaki, dengan siapa yang Dia kehendaki, bila masa yang Dia kehendaki, dan dengan apa yang Dia kehendaki, dan Kalam itu adalah Sifat-Nya dan Perbuatan-Nya, Jenisnya Qadim Azali namun Perincian kalam itu adalah Baharu, dan ALLAH berkata-kata dengan suara dan huruf yang layak bagiNya tidak menyamai kaifiat kalamNya dengan kalam makhlukNya.
Al-Quran adalah kalam ALLAH yang haqiqi huruf dan maknanya”.
Menurut mereka, ALLAH bersifat dengan Sifat Kalam (berkata-kata) namun perkataan ALLAH ini adalah KALAM NAFSI, tanpa huruf dan suara, Qadim sebagaimana Qadimnya ALLAH, berdiri dengan zat ALLAH, tidak terpisah daripadaNya, tidak berjuzu’ dan tidak berbahagian, ianya satu sahaja, dan tidak pula arab atau ibrani atau suryani (tidak berbahasa). Adapun al-Qur’an di sisi mereka; Huruf yang berbahasa Arab itu adalah Makhluk dan merupakan ibarat kepada Kalam ALLAH[1], adapun al-Qur’an yang bukan makhluk itu adalah Kalam ALLAH yang Nafsi yang ada dalam Zat ALLAH.

Bagi mereka, Al-Qur’an yang berbahasa Arab, Taurat yang berbahasa Ibrani, dan Zabur yang berbahasa Suryani itu adalah Kalam ALLAH yang sama tetapi ibarat sahaja berbeza, maka jika AL-Qur’an dibaca dengan bahasa Ibrani misalnya maka jadilah ianya Taurat.

 

Rujuk: Syarh al-Baijuri atas Jauhirah al-Tauhid, m.s 129-131, Dar al-Salam, Al-Musamarah Syarh al-Musayarah m.s 69 – 84, Syarah al-Tahawiah oleh Al-Ghaznawi, m.s 74-77.

7

IMAN

Kata al-Imam al-Syafii r.h:

وَكَانَ الْإِجْمَاعُ مِنَ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ مِنْ بَعْدِهِمْ مِمَّنْ أَدْرَكْنَاهُمْ أَنَّ الْإِيمَانَ قَوْلٌ وَعَمَلٌ وَنِيَّةٌ، لَا يُجْزِئُ وَاحِدٌ مِنَ الثَّلَاثَةِ بِالْآخَرِ

Maksudnya: “dan adalah Ijmak daripada para Sahabat, Tabiin, dan mereka yang selepas itu yang kami temui bahawa Iman itu; Qaul (perkataan), Amalan, dan Niat, tidak cukup satu daripada tiga ini tanpa yang selebihnya” [Syarah Usul Iktiqad al-Lalikaie, 5/956].

 

Kata Fakhr al-Razi dalam Kitabnya, Ma’alim Usuluddin (m.s 133):

الْإِيمَان عبارَة عَن الِاعْتِقَاد وَالْقَوْل سَبَب لظُهُوره والأعمال خَارِجَة عَن مُسَمّى الْإِيمَان

Maksudnya: “Al-Iman itu adalah ibarat berkenaan Iktiqad, sedangkan perkataan (menuturkan Syahadah) adalah sebab bagi zahirnya dan amalan pula terkeluar daripada penaman Iman”.

*maka al-Asya’irah dalam masalah Iman berakidah dengan akidah Murjiah.

Rujuk: Ma’alim Usuluddin (m.s 133)

8

AL-QADA’ WAL QADAR

(PERBUATAN MAKHLUK)

Makhluk mempunyai kehendak dan kudrat tetapi kehendak dan kudrat makhluk ini mengikut dan tunduk kepada kehendak ALLAH dan kuasaNya.
ALLAH mencipta dengan sebab dan tanpa sebab, dan Dia menjadikan bagi sebab itu kudrat dan kesan.
Kata al-Razi:

“Abul Hasan al-Asy’ari berpendapat bahawa Tiada kesan bagi kekuasaan hamba dalam perkara yang dia lakukan sama sekali bahkan kudrat dan apa yang dilakukan itu adalah berlaku dengan kudrat ALLAH Ta’ala”.

 

Rujuk: Muhassilul Afkar (m.s 194)


[1] Al-Asya’irah menggunakan kalimah ‘Ibarat sedangkan Al-Kullabiah menggunakan kalimah Hikayat dan kedua-duanya dengan maksud yang sama iaitu: Al-Quran yang ada dalam mushaf adalah Kalam ALLAH yg majazi makhluk.

ALLAH MENCIPTAKAN ADAM a.s MENURUT RUPA-NYA?

16 Dis

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

UNIVERSITI ISLAM MADINAH NABAWIAH

Di antara pintu masuk Syaitan untuk menghalang manusia dari mengikuti kebenaran dan menyelewengkan mereka dari jalan al-Haqq adalah dengan menuduh Ahlus Sunnah wal Jamaah atau yang mereka namakan sebagai “Wahhabi” berakidah Taysbih yakni menyamakan ALLAH s.w.t dengan makhluk.

Antara dalih yang mereka gunakan adalah Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w di mana baginda bersabda:

خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ

Maksudnya: “ALLAH mencipta Adam menurut rupa-Nya” [HR al-Bukhari].

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ فَإِنَّ اللَّهَ خَلَقَ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ

Maksudnya: “Jika seseorang kamu memukul maka hendaklah dia menjauhi wajah kerana sesungguhnya ALLAH mencipta Adam menurut rupa-Nya” [HR Abdullah bin Ahmad dlm al-Sunnah].

Sabda Rasulullah s.a.w:

لَا تُقَبِّحُوا الْوَجْهَ فَإِنَّ اللَّهَ خَلَقَ آدَمَ عَلَى صُورَةِ الرَّحْمَنِ

Maksudnya: “Janganlah kamu menghina wajah (seseorang) kerana sesungguhnya ALLAH telah menciptakan Adam menurut rupa al-Rahman”. [HR Abdullah bin Ahmad dlm al-Sunnah, Ibn Battah dalam al-Ibanah al-Kubra, al-Tabrani dalam al-Mukjam al-Kabir, Ibn Abi ‘Asim dlm al-Sunnah, dll].

Prinsip Salafus Soleh berkenaan Hadis ini:

Ahlus Sunnah wal Jamaah beriman dengan hadis ini dan mereka tidak membantah apa yang sahih dan tsabit daripada Rasulullah s.a.w. Keimanan Ahlus Sunnah wal Jamaah berkenaan hadis ini adalah sama seperti mana keimanan mereka dengan sifat-sifat ALLAH yang lain iaitu: Menetapkan Sifat sesuai dengan zahirnya tanpa melakukan takwil dan tidak pula melakukan Tasybih dan Tamtsil.

Kata Imam al-Ajurri r.h:

هَذِهِ مِنَ السُّنَنِ الَّتِي يَجِبُ عَلَى الْمُسْلِمِينَ الْإِيمَانُ بِهَا , وَلَا يُقَالُ فِيهَا: كَيْفَ؟ وَلِمَ؟ بَلْ تُسْتَقْبَلُ بِالتَّسْلِيمِ وَالتَّصْدِيقِ , وَتَرْكِ النَّظَرِ , كَمَا قَالَ مَنْ تَقَدَّمَ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: “Ini adalah daripada Sunnah-sunnah yang wajib atas kaum muslimin beriman dengannya dan tidak dikatakan padanya: Bagaimana? Dan Kenapa? Bahkan diterima dengan penuh penyerahan dan pembenaran dan meninggalkan perbuatan mencari-cari (kaifiatnya) seperti mana yang dikatakan oleh orang-orang terdahulu daripada Imam-imam kaum muslimin”. [al-Syari’ah, m.s 285]

Kata Imam Ibn Battah r.h:

وَكُلُّ مَا جَاءَ مِنْ هَذِهِ الْأَحَادِيثِ، وَصَحَّتْ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَفَرْضٌ عَلَى الْمُسْلِمِينَ قَبُولُهَا، وَالتَّصْدِيقُ بِهَا، وَالتَّسْلِيمُ لَهَا، وَتَرْكُ الِاعْتِرَاضِ عَلَيْهَا، وَوَاجِبٌ عَلَى مَنْ قَبِلَهَا، وَصَدَّقَ بِهَا أَنْ لَا يَضْرِبَ لَهَا الْمَقَايِيسَ، وَلَا يَتَحَمَّلَ لَهَا الْمَعَانِيَ وَالتَّفَاسِيرَ لَكِنْ تَمُرُّ عَلَى مَا جَاءَتْ وَلَا يُقَالُ فِيهَا: لِمَ؟ وَلَا كَيْفَ؟ إِيمَانًا بِهَا وَتَصْدِيقًا، وَنَقِفُ مِنْ لَفْظِهَا وَرِوَايَتِهَا حَيْثُ وَقَفَ أَئِمَّتُنَا وَشُيُوخُنَا، وَنَنْتَهِي مِنْهَا حَيْثُ انْتَهَى بِنَا

Maksudnya: “dan setiap yang datang daripada hadis-hadis dan sahih daripada Rasulullah s.a.w maka wajib atas kaum muslimin menerimananya dan membenarkannya dan menyerah diri kepadanya serta meninggalkan perbuatan membantahinya, demikian wajib pula bagi yang telah menerimanya dan membenarkannya untuk dia tidak melakukan qiyas (penyamaan) baginya dan tidak membawanya dengan makna-makna dan tafsiran-tafsiran (yang menyeleweng) tetapi hendaklah dibiarkan seperti mana ia datang (sesuai dengan zahirnya) dan tidak dikatakan: Kenapa? Dan Bagaimana? Sebagai tanda keimanan dengannya dan membenarkannya dan kita berhenti pada melafazkannya dan meriwayatkannya di mana para Imam-imam kita dan guru-guru kita berhenti padanya…” [Al-Ibanah al-Kubra, 7/244].

Daripada pernyataan para Ulama-ulama besar Islam ini, kita dapati bahawa bukanlah Wahhabi yang merekayasa akidah bahawa ALLAH mencipta Adam dalam rupa-Nya tetapi ianya akidah yang telah diimani dan diyakini para Ulama Salaf daripada Sahabat, Tabiin, Tabi’ Tabiin dan mereka yang berada di atas jalan Ulama Salaf ini.

Ulama’ Salaf Menolak Takwilan Terhadap Hadis ini:

Imam Ahmad r.h telah mengingkari mereka yang mentakwilkan hadis ini dengan makna ALLAH mencipta Adam dalam rupa Adam atau dalam rupa Tanah atau rupa orang yang dipukul.

Ditanya kepada Imam Ahmad bin Habal r.h berkenaan orang yang mentafsirkan hadis ini dengan makna ALLAH mencipta Adam dalam rupa tanah; lantas kata Imam:

“Ini adalah perkataan orang-orang Jahmiah” [Aqidah al-Rasikhin fil ‘Ilmi, juz 2, 666-667].

Demikian juga daripada Abu Talib al-Mishkani r.h kata beliau:

“Aku mendengar Abu Abdullah (Imam Ahmad) berkata: “Barangsiapa yang berkata: Sesungguhnya ALLAH mencipta Adam dalam rupa Adam, maka dia adalah seorang Jahmiah. Atas rupa apakah Adam itu sebelum dia diciptakan?” [ibid, m.s 667]

Kata Abdullah bin Ahmad:

“Seorang lelaki berkata kepada Ayahku (Imam Ahmad): Sesungguhnya seorang lelaki berkata kepadaku: ALLAH mencipta Adam menurut rupa-Nya yakni maksudnya rupa lelaki itu (yang dipukul) maka jawab beliau (Imam Ahmad): “Dusta! Ini adalah perkataan orang Jahmiah”. [ibid, m.s 668].

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h:

هذا الحديث لم يكن بين السلف من القرون الثلاثة نزاع في أن الضمير عائد إلى الله فإنه مستفيض من طرق متعددة عن عدد من الصحابة وسياق الأحاديث كلها يدل على ذلك

Maksudnya: “Hadis ini tidak ada percanggahan dalam kalangan Salaf daripada kurun yang tiga bahawa damir padanya merujuk kepada ALLAH, sesungguhnya ia telah datang dengan banyak jalan daripada beberapa Sahabat demikian juga susunan hadis-hadis semuanya menunjukkan perkara itu…” [Bayan Talbis Jahmiah, 6/373]

Zahir Hadis Tiada Padanya Tamtsil:

Hadis ALLAH menciptakan Adam dalam rupa-Nya s.w.t tidaklah membawa maksud Tamtsil (menyamakan) antara makhluk dengan Khaliq kerana pernyataan: sesuatu itu menurut rupa sesuatu; tidak bermaksud ia menyerupainya dari semua bentuk.

Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

أَوَّلُ زُمْرَةٍ تَلِجُ الجَنَّةَ صُورَتُهُمْ عَلَى صُورَةِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ

Maksudnya: “Awal golongan yang memasuki syurga, rupa mereka itu menurut seperti rupa bulan purnama …” [HR al-Bukhari & Muslim].

Lafaz: “rupa mereka seperti rupa bulan purnama” tidak bermaksud rupa Ahli Syurga itu seratus peratus seperti bulan, tiada mata, tiada hidung, dan lainnya, tetapi yang dimaksudkan dari segi kecerahan, keindahan, bersinar-sinar dan berseri-seri.

Maka difahami daripada ini, hadis: ALLAH mencipta Adam menurut rupa Al-Rahman; tidaklah bermaksud menyamakan Adam a.s dan mentamsilkan Adam a.s dengan ALLAH ta’ala. Bahkan ALLAH mencipta Adam a.s menurut rupa-Nya s.w.t namun ALLAH dan Adam tiada persamaan dan tamstil sama sekali. [rujuk: Syarah Hadis 40, Ibn Utsaimin, m.s 45-46]

Hadis : “Aku melihat Tuhanku dalam bentuk seorang pemuda amrad, rambutnya sangat kerinting dan lebat di dalam taman yang hijau.”

14 Okt

Oleh: Panel Kajian Ilmiah Laman Web Dorar.net

Terjemahan: Sohibul Fadilah Ustaz Idris bin Sulaiman

Sesetengah golongan bidaah menuduh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah sebagai Mujassim (mengatakan bahawa Allah bertubuh badan) kerana beliau mensahihkan Hadis:

” رَأَيْتُ رَبِّي فِي صُورَةِ شَابٍ أَمْرَدٍ لَهُ وَفْرَةُ جَعْدٍ قَطَطٍ في رَوْضَةٍ خَضْرَاء “

(Aku melihat Tuhanku dalam bentuk seorang pemuda amrad

(yang tidak bermisai dan tidak berjanggut), rambutnya sangat kerinting

dan lebat di dalam taman yang hijau)

Bagi menjawab tuduhan ini, saya katakan:

Hadis ini diriwayatkan melalui dua jalur dengan lafaz-lafaz yang berbeza.

Jalur Riwayat yang Pertama: Daripada riwayat Qatadah, daripada Ikrimah, daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhuma secara marfu’.

Antara lafaznya:

” أَنَّ مُحَمَّداً رَأى رَبَّهُ فِي صُورَةِ شَابٍ أَمْرَدٍ مِنْ دُونِهِ سِتْرٌ مِنْ لُؤْلُؤٍ، قَدَمَيْهِ ، أوْ قَالَ: رِجْلَيْهِ فِي خَضِرَةٍ “

(Bahawasanya Muhammad melihat Tuhannya dalam bentuk seorang lelaki tidak bermisai dan tidak berjanggut, dia dikelilingi mutiara dan kedua kakinya di atas rumput)

” رَأَيْتُ رَبِّي جَعْداً أَمْرَدٍ عَلَيْهِ حُلَّةٌ خَضْرَاءٍ “

(Aku melihat Tuhanku berambut kerinting, tidak bermisai, tidak berjanggut dan berpakaian cantik berwarna hijau)

” رَأيْتُ رَبِّي فِي صُورَةِ شَابٍّ أمْرَدٍ جَعْدٍ عَلَيْهِ حُلَّةٌ خَضْرَاءٌ “

(Aku melihat Tuhanku dalam bentuk seorang pemuda yang tidak bermisai, tidak berjanggut, berambut kerinting dan berpakaian cantik berwarna hijau)

Hadis ini daripada jalur riwayat ini disahihkan oleh sebahagian ulama antara mereka:

  1. Imam Ahmad (المنتخب من علل الخلال , hlm. 282 dan ابطال التأويلات لأبي يعلى , 1/139).
  2. Abu Zur’ah Al-Razi (إبطال التأويلات لأبي يعلى  , 1/144 ) .
  3. Al-Tabarani (إبطال التأويلات لأبي يعلى  , 1/143 ) .
  4. Abu Al-Hasan bin Basyar ( إبطال التأويلات  , 1/142-143, 222) .
  5. Abu Ya’la (إبطال التأويلات  , 1/142-143, 222) .
  6. Ibnu Sadaqah (إبطال التأويلات , 1/144 ) .
  7. Ibnu Taimiyah ( بيان تلبيس الجهمية , 7/290,356 ) .

Sebahagian ulama yang lain mendaifkannya seperti Ibnu Al-Jauzi (العلل المتناهية , 1/36) dan Imam Al-Zahabi yang mengingkarinya (سير أعلام النبلاء  , 10/113 ). Al-Subki dalam   ( طبقات الشافعية الكبرى  , 2/312 ) berkata “Ia maudu’ (Palsu) dan satu pendustaan terhadap Rasulullah sallalahu alaihi wasallam. “

Jalur Riwayat yang Kedua: Daripada Hadis Marwan bin Uthman, daripada Ammarah bin Amir, daripada Al-Tufail isteri Ubai bin Kaab secara marfu’.

Antara lafaznya:

  ” رَأَيْتُ رَبِّي فِي المَنَامِ فِي صُورَةِ شَابٍّ مُوَقَّرٍ فِي خَضِرٍ، عَلَيْهِ نَعْلانِ مِنْ ذَهَبٍ، وَعَلَى وَجْهِهِ فِراشٌ مِنْ ذَهَبٍ “

(Aku melihat Tuhanku dalam mimpi dalam bentuk seorang pemuda yang dihormati, berpakaian kehijauan, berselipar emas dan atas mukanya selimut daripada emas).

” يُذْكَرُ أنَّهُ رَأى رَبَّهُ عِزَّ وَجَلَّ فِي المِنَامِ فِي صُورَةِ شَابٍّ مُوفَرٍ فِي خَضِرٍ عَلى فِرَاشٍ مِنْ ذَهَبٍ فِي رِجْلَيْهِ نَعْلانِ مِنْ ذَهَبٍ “

(Disebutkan bahawa beliau melihat Tuhannya dalam mimpi dalam bentuk seorang pemuda yang dihormati, berpakaian kehijauan, sedang duduk di atas selimut emas dan berselipar emas).

” أنَّهُ رَأى رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي النَّوْمِ فِي صُورَةِ شَابٍّ ذِي وَفْرَةٍ، قَدَمَاهُ فِي الخَضِرَةِ، عَلَيْهِ نَعْلانِ مِنْ ذَهَبٍ ، عَلَى وَجْهِهِ فِراشٌ مِنْ ذَهَبٍ “

(Bahawasanya beliau melihat Tuhannya dalam tidur dalam bentuk seorang pemuda yang berisi, kedua kakinya atas rumput yang hijau, berselipar emas dan atas mukanya selimut emas)

Hadis ini disahihkan oleh Al-Hassan bin Basyar dan Abu Ya’la dalam                                 ( طبقات الحنابلة لأبي يعلى  , 2/59 ).

Sebahagian ulama yang lain mendaifkannya serta mengingkarinya seperti:

  1. Imam Ahmad ( المنتخب من علل الخلال لابن قدامة  , hlm. 284 ).
  2. Yahya bin Ma’in ( تاريخ بغداد للخطيب  , 13/311 ) .
  3. Al-Nasa’I ( العلل المتناهية لابن الجوزي  , 1/30 ) .
  4. Ibnu Hibban ( الثقات  , 5/245 ) .
  5. Al-Subki ( طبقات الشافعية الكبرى  , 2/312 ) .
  6. Ibnu Hajar (تهذيب التهذيب  , 10/86 ) .
  7. Al-Sayuti ( اللآلي المصنوعة  , 1/30) .
  8. Al-Syaukani ( الفوائد المجموعة  , hlm. 447) .

Semua para ulama yang mensahihkan hadis ini menetapkan bahawa ia adalah ‘rukyah’ mimpi dan bukan apa yang dilihat dengan mata kepala. Oleh itu, hadis ini tidak menimbulkan sebarang kemusykilan yang boleh digunakan oleh golongan hawa nafsu terhadap Ahli Sunnah.

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam ‘Bayaan Talbiis Al-Jahmiyah’ (7/229) “Kesemuanya (riwayat-riwayat Hadis) menunjukkan bahawa ia adalah suatu ‘rukyah’ mimpi yang berlaku ketika Baginda di Madinah kecuali hadis Ikrimah daripada Ibnu Abbas. Dan para ulama telah menjadikan asal kedua-dua hadis itu (iaitu hadis daripada riwayat Ibnu Abbas dan Umm Al-Tufail) sebagai satu.”

Kata beliau lagi (Bayaan Talbis Al-Jahmiyah, 7/194), “Dan Imam Ahmad yang meriwayatkan hadis ini berterus-terang mengatakan bahawa ia adalah suatu ‘rukyah’ mimpi.”

Terdapat juga penegasan beliau bahawa Allah tidak boleh dilihat di dunia dengan mata kepala dalam kitab beliau ‘Minhaaj Al-Sunnah’ (2/313) yang mana ketika beliau menyanggah golongan Mujassimah (yang mengatakan bahawa Allah bertubuh badan) beliau berkata,”Mereka telah menghimpunkan apa yang dinafikan oleh Allah dan RasulNya sehingga mengatakan bahawa Allah boleh dilihat di dunia dengan mata kepala.”

Kata beliau dalam ‘Al-Wasiyyah Al-Kubra’ (hlm. 77), “Semua mereka yang mengatakan bahawa mereka telah melihat Tuhannya dengan mata kepalanya telah melakukan suatu kesilapan menurut ijmak para ulamak.”

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah tidak bersendirian dalam menafikan ketiadaan kemusykilan dalam hadis ini kerana ia adalah ‘rukyah’ mimpi. Terdapat para ulama lain yang turut berpendapat begitu. Antara mereka adalah:

1-      Berkata Imam Al-Zahabi dalam ‘Miizan Al-I’tidal’ (1/594), “Apa yang dilihat ini adalah ‘rukyah’ mimpi sekiranya (riwayat adalah) sahih.”

2-      Berkata Imam Al-Sayuuti dalam ‘Al-La’ali Al-Masnuu’ah’ (1/34), “Hadis ini sekiranya ditafsirkan sebagai suatu ‘rukyah’ mimpi maka tiada kemusykilan dalamnya.”

3-      Al-Ajluuni dalam ‘Kasyf Al-Khafaa’ (1/437) telah menukil kata-kata Al-Sayuuti di atas tanpa menafikannya.

4-      Al-Mu’allami dalam ‘Al-Tankiil’ (1/253) berkata, “Terdapat antara jalur-jalur riwayat Hadis ini yang menunjukkan bahawa ia adalah ‘rukyah’ mimpi malah antaranya secara jelas menetapkannya begitu. Sekiranya begitu, maka tertolaklah sanggahan yang ada terhadapnya secara total.”

Berkata Imam Al-Darimi dalam ‘Al-Naqdh A’la Al-Marisi‘ (2/738) tentang hadis ‘Tuhanku datang kepadaku dalam sebaik-baik keadaan’, “Apa yang dimaksudakan adalah dalam ‘rukyah’ mimpi dan Allah boleh dilihat dalam mimpi dalam apa jua keadaan dan bentuk.”

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam ‘Bayaan Talbis Al-Jahmiyah’ (1/325-328):

“Perkataan ‘rukyah’ (penglihatan) walaupun pada asalnya ia sepadan (dengan hakikat sesuatu itu- penterjemah) tetapi ada kalanya ia tidak sepadan. Sepertimana firmanNya:

أَفَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا

(Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia melihatnya baik) (Fatir, 8).

FirmanNya:

يَرَوْنَهُمْ مِثْلَيْهِمْ رَأْيَ الْعَيْنِ

(Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata mereka – dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri) (Aali Imran, 13).

Boleh jadi sesuatu sangkaan atau bayangan itu menepati (hakikat sesuatu itu) daripada satu sudut walaupun pada realitinya ia tidak menepati hakikat sesuatu itu sepenuhnya. Sepertimana apa yang dilihat oleh manusia dalam mimpi mereka. Barangkali ketika jaga mereka melihat apa yang dilihat dalam mimpi sama ada sesuatu gambaran, perbuatan ataupun kata-kata. Ia adalah ibarat gambaran buat hakikat sesuatu itu. Sepertimana Nabi Yusuf melihat bintang-bintang, Matahari dan Bulan sujud kepadanya. Tidak syak bahawa ia adalah suatu yang digambarkannya sedangkan hakikatnya ia adalah perbuatan kedua ibubapa dan adik-beradiknya sujud kepadanya. Berkata Nabi Yusuf:

يَا أَبَتِ هَذَا تَأْوِيلُ رُؤْيَايَ مِنْ قَبْلُ قَدْ جَعَلَهَا رَبِّي حَقًّا

(“Wahai ayahku! Inilah Dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar) (Yosuf, 100).

 

Begitu juga dengan ‘rukyah’ mimpi si Raja yang ditafsirkan oleh Nabi Yusuf. Si Raja telah bermimpi melihat tangkai tumbuhan dan lembu walhal hakikat tafsirnya adalah kesuburan dan kemarau. Apa yang dilihatnya dalam mimpi itu adalah benar sepertimana yang tergambar buatnya. Dengan erti kata lain apa yang dilihat dalam mimpi itu ada tafsirannya. Tafsirannya sesuai dengan apa yang dilihat dalam mimpi itu dan terdapat beberapa persamaan (antara apa yang dilihat dalam mimpi serta penafsirannya) daripada beberapa sudut. Sesungguhnya penafsiran mimpi kembali kepada qias, pengamatan, penyamaan dan kesesuaian. Maka sesiapa yang beranggapan bahawa apa yang tergambar dalam fikiran serta apa yang dikhayalkan dalam mimpi akan menepati realiti sesuatu itu di alam nyata sepadan dengan apa yang dilihat dengan mata kepala, dia telah silap. Sepertimana mereka yang beranggapan bahawa Matahari itu sendiri yang ada di langit serta bulan dan bintang telah keluar dari tempatnya untuk datang dan sujud kepada Nabi Yosuf dan memang terdapat tujuh lembu gemuk yang telah memakan tujuh lembu yang kurus. Jelas tanggapan ini adalah batil.

Atas dasar ini, boleh jadi seseorang itu bermimpi melihat tuhannya serta berbicara denganNya. Mimpi yang sebegini memang benar boleh berlaku. Tetapi orang itu tidak boleh beranggapan bahawa hakikat Allah adalah sepertimana yang dilihatnya dalam mimpinya itu. Ini kerana apa yang terbayang dalam mimpi tidak semestinya menyamai hakikat sesuatu itu. Tetapi apa yang digambarkan dalam mimpi perlu sesuai dan menepati dengan kepercayaannya terhadap tuhannya.

Sesuai dengan keimanan dan kepercayaannya, itulah yang tergambar buatnya dalam mimpinya. Sesetengah para ulama berkata, ‘sekiranya seseorang itu melihat tuhannya dalam suatu bentuk, bentuk itulah yang akan menjadi ‘hijab’ (pemisah) antara orang itu dan Allah.

Orang-orang soleh akan terus-menerus melihat Allah dalam tidur mereka serta berbicara denganNya. Saya beranggapan bahawa tidak akan ada yang mengingkari hal ini. Ini kerana ia adalah suatu yang tidak mungkin dapat dinafikan memandangkan suatu mimpi itu datang kepada seseorang tanpa pilihannya. Hal ini diakui oleh semua orang.

Para ulama Usuluddin daripada kalangan sahabat-sahabat kita dan selain mereka telah menyebutkan tentang golongan Muktazilah dan selain mereka yang mengingkari kemampuan melihat Allah. Walhal nukilan tentang mereka yang bermimpi melihat Allah dalam mimpi adalah mutawatir. Tetapi barangkali mereka beranggapan bahawa seseorang itu tidak boleh mempercayai bahawa dia melihat Allah dalam mimpinya. Makanya, mereka menganggap bahawa mimpi yang sebegini adalah karut semata-mata. Penafian mereka ini terhadap kebenaran ‘rukyah’ mimpi melihat Allah jelas suatu yang melampau. Kumpulan Jahmiah juga berpendapat sebegini. Pendapat ini adalah batil dan menyelisihi apa yang telah dipersetujui oleh Generasi Salaf serta ulama mereka. Malah, ia menyelisihi apa yang telah dipersetujui oleh semua mereka yang berakal daripada kalangan anak Adam.

Sesungguhnya ‘rukyah’ mimpi melihat Allah ketika tidur tidaklah menjadi kekurangan mahupun kecacatan terhadap Allah subhanahu wata’ala. Cuma ia bergantung kepada keadaan si orang yang bermimpi itu daripada sudut sejauh mana keimanan dan istiqamahnya.

Adapun kata-kata sebahagian orang bahwa apa jua yang terlintas dalam fikiran atau khayalan, maka Allah bersifat sebaliknya dan tidaklah bersifat sebegitu. Kata-kata ini ada benarnya. Kita tidak boleh beranggapan bahawa apa yang dikhayalkan oleh seseorang ketika mimpi atau jaga tentang bentuk Allah, maka Allah sememang bersifat begitu. Hakikat Allah tidak sebegitu. Malah bentuk jin dan malaikat pun tidak akan dapat dibayangkan oleh manusia mengikut bentuknya yang sebenar. Barangkali apa yang dibayangkan itu ada kesesuaian dan kesamaannya tetapi Allah ta’ala adalah Maha Agong dan Maha Besar.” Tamat kata-kata beliau.

Maka perbuatan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mensahihkan hadis “Aku melihat Tuhanku dalam bentuk seorang pemuda yang tidak bermisai dan tidak berjanggut…” tidak bererti bahawa beliau mempercayai bahawa hakikat Allah adalah dalam bentuk seorang pemuda amrad yang tidak bermisai dan tidak berjanggut. Tetapi seperti mana kata beliau, Kita tidak boleh beranggapan bahawa apa yang dikhayalkan oleh seseorang ketika mimpi atau jaga tentang bentuk Allah, maka Allah sememang bersifat begitu. Hakikat Allah tidak sebegitu. Malah bentuk jin dan malaikat pun tidak akan dapat dibayangkan oleh manusia mengikut bentuknya yang sebenar.”

Bagaimana mungkin kita boleh mengatakan bahawa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah beranggapan bahawa Allah berbentuk seorang pemuda amrad? Maha suci Allah daripada itu. Beliau jauh sekali daripada beranggapan begitu. Ini kerana beliau hanya mensifatkan Allah seperti mana yang Allah sifatkan buat diriNya atau yang disifatkan oleh Rasulullah sallalahu alaihi wasallam.

Penjelasan dan sanggahan beliau terhadap golongan ‘Mujassimah’ (yang menganggap bahawa Allah bertubuh badan) banyak sekali.

Antaranya kata-kata beliau dalam ‘Minhaaj Al-Sunnah’ (2/313):

“Mereka yang menetapkan sifa-sifat Allah (daripada golongan Mujassimah) telah menghimpunkan (sifat-sifat)  yang telah dinafikan sendiri oleh Allah dan RasulNya. Mereka sehingga berkata: Allah boleh dilihat di dunia dengan mata kepala, berjabat tangan, memeluk, turun ke bumi, datang pada waktu siang hari Arafah dengan menaiki unta untuk memeluk jemaah Haji yang berjalan dan berjabat tangan dengan mereka yang berkenderaan. Ada antara mereka yang berkata: Allah boleh menyesal, menangis dan bersedih. Ada yang lain pula berkata: Allah berdarah daging. Inilah antara ungkapan mereka yang jelas menyamakan sifat Tuhan Pencipta yang Maha Agong dengan sifat manusia. Walhal Allah subhanahu wata’ala bebas daripada sifat-sifat yang khas buat makluknya. Sesungguhnya segala sifat yang khas buat makhluk adalah sifat yang serba kurang. Allah bebas dariapada segala kekurangan. Hanya kesempurnaan sahaja yang layak buatNya. Tidak ada yang menyamaiNya dalam kesempurnaan ini. Allah secara mutlaknya bebas daripada sebarang kekurangan dan bebas daripada sebarang tandingan.” Tamat kata-kata beliau.

Apakah seseorang yang menolak golongan Mujassimah dengan kata-kata yang sebegini boleh dianggap tergolongan dalam golongan Mujassimah juga? “Maha suci Engkau (Ya Allah) sungguh ini adalah satu dusta yang besar. ” (Al-Nur, 16). 

TAFWID: ANTARA MAKNA DAN KAIFIAT (II)

29 Mei

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Syubhat-syubhat Mufawwidah:

Syubhat-syubhat di sini maksudnya adalah hujah atau dalil yang digunakan oleh kaum Asyairah dan sekutu mereka Maturidiah dan sesiapa daripada Ahlin Bidaah yang mengikut mereka untuk menegakkan akidah batil mereka sama ada daripada Naqal (Wahyu) mahupun Aqal.

Jika suatu dalil Naqli atau Aqli digunakan untuk menegakkan akidah yang sahih dengan cara yang sahih maka ianya dinamakan hujah adapun jika digunakan untuk menegakkan benang yang basah dinamakan sebagai syubhat kerana mereka yang menggunakan dalil ini berada dalam keadaan samar-samar dan pemahaman mereka terhadap dalil-dalil itu dalam keadaan keliru dan mabuk.

Seorang Asyairah apabila dia membaca perkataan Ulama Salaf dengan timbangan dan manhajnya yang bidaah, pemahamannya terhadap nas-nas itu akan mejadi kabur seumpama seorang yang memerhati alam sekitar melalui tingkapnya yang berdebu kerana dia tidak memahami kaedah seorang salafi memahami perkataan ulama salaf.

Mungkin al-Asyairah akan berkata: “Jika begitu, sama lah juga dengan kamu memahami perkataan al-Asyairah dengan kaca mata Salafiah atau wahabi sehingga kamu tidak faham maksud sebenar kami”. Jawapan kita adalah: “Manhaj Salafi adalah manhaj yang jernih dan cerah, seseorang yang meneliti manhaj bidaah melalui manhaj salafi sama seperti seorang yang melihat kuman melalui mikroskop, walaupun dia tidak dicemari oleh kuman itu namun dia tahu bahaya kuman itu dan cara untuk membunuh kuman itu atau seperti seorang doktor yang merawat pesakit, walaupun dia tidak merasai kesakitan si pesakit namun dia tahu punca dan cara merawatnya”.

Maka dalam perbahasan seterusnya kita akan melihat apakah dalil-dalil yang digunakan kaum Mutakallimin untuk menegakkan akidah mereka yang batil berkenaan tafwid ini. Hujah mereka secara dasarnya terkumpul pada Manqul dan Ma’sur.

Kaum Mufawwidah meletakkan hujah mereka pertamanya kepada dalil Manqul iaitu Surah Ali Imran ayat ke-7 dan dalil Ma’sur iaitulah perkataan Ulama Salafi yang pada sangkaan mereka yang kabur adalah tafwid makna.

Syubhat Pertama: Surah Ali Imran Ayat ke-7

Firman Allah Taala:

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: “Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada Dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya Dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.”  [Ali Imran: 7]

Ahli Bidaah memahami nas ini menjadi dalil kepada Tafwid dan Takwil sekaligus di mana menurut mereka nas-nas sifat adalah mutasyabihat pada maknanya yang tidak diketahui takwilnya melainkan Allah. Bagi kaum Mufawwidah mereka berpegang dengan waqaf pada ayat: وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ   (dan tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah) maka menurut mereka makna nas-nas sifat ini hanya diketahui oleh Allah Taala sahaja dan makna zahir nas-nas ini mesti ditakwilkan (jangan difahami seperti zahirnya). Adapun yang mentakwil (yakni takwil tafsili) berpegang dengan waqaf pada ayat: وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ    (dan orang-orang yang kukuh ilmunya) maka menurut mereka Allah dan mereka yang rasikh (kukuh) ilmunya mengetahui makna nas-nas ini lalu ditakwil Tangan dengan makna Qudrat, Istiwa’ dengan Istaula, dan sebagainya. [Permata Ilmu Tauhid, m.s 203 & 204].

Daripada ayat ini, kaum Mufawwidah membuat tiga kaedah mereka yang batil:

1-       Nas-nas Sifat adalah daripada mutasyabihat yang tidak diketahui maknanya kecuali Allah Taala.

2-       Ayat Muhkamat adalah ayat yang zahirnya dikehendaki sebagai maksud ayat tersebut sedangkan mutasyabihat adalah lafaz yang tidak diketahui dengan bahasa arab.

3-       Takwil dalam ayat ini bermaksud memalingkang makna zahir kepada makna yang lain yang hanya diketahui oleh Allah (takwil ijmali).

Hasil daripada kaedah ini, kaum Mufawwidah berpendapat segala nas-nas sifat yang pada akal mereka adalah mutasyabihat hendaklah dipalingkan daripada makna zahirnya kerana ia tidak dapat difahami daripada bahasa arab namun maknanya yang sebenar juga tidak diketahui kecuali Allah, maka ditafwidkan kepada Allah Taala sahaja. [Mazhab Ahli al-Tafwid, 46].

Jawapan:

Dalam menjawab syubhat mereka ini, Syeikh Ahmad al-Qadi menyatakan kita perlu menilai kembali pandangan mereka dalam masalah berikut:

1-       Maksud sebenar ayat muhkamat dan mutasyabihat

2-       Maksud sebenar takwil dan zahir. [Mazhab Ahli Al-Tafwid, 46].

Maksud Sebenar Mutasyabihat dan Muhkamat:

Perlu diketahui bahawa semua ayat al-Quran adalah muhkam dan semuanya adalah mutasyabih sebagaimana firman Allah Taala:

الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ

Maksudnya: “Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatNya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.” [Hud: 1]

Maksud Muhkam dalam ayat ini adalah sebagaimana kata Imam Ibn Kasir r.h:

هي محكمة في لفظها، مفصلة في معناها، فهو كامل صورة ومعنى

Maksudnya: “Ia tersusun lafaznya, terperinci maknanya, maka kesemuanya itu sempurna pada bentuk dan maknanya”. [Tafsir al-Quran al-Azim, 4/303].

Maka kesemua makna lafaz dalam al-Quran adalah dimaklumi tidak ada kesamaran dalam lafaz dan maknanya, bahkan ianya jelas melebihi mentari yang tiada silau padanya. Tafsiran ini adalah pilihan Ibn Jarir al-Tabari, Mujahid, dan Qatadah ridwanullahi alaihim ajmain.

Qatadah r.h berkata:

أحكمها الله من الباطل، ثم فَصَّلها، بيَّنها.

Maksudnya: “Allah telah menyekatnya daripada dimasuki perkara batil kemudian ditafsilkan yakni dijelaskan”. [Tafsir al-Tabari, 15/227]

Demikian juga maksud ‘Fussilat’ dalam ayat ini adalah ‘Fussirat’ yakni ditafsirkan maknanya sebagaimana kata Imam Mujahid r.h:

عن مجاهد في قول الله:(ثم فصلت) ، قال: فُسِّرت .

Maksudnya: “Daripada Mujahid berkenaan maksud firman Allah : ثم فصلت   kata beliau: Ditafsirkan”. [al-Tabari, 15/277].

Maka semua ayat al-Quran itu adalah Muhkam, tidak dicemari dengan perkara batil, teratur lafaznya, tiada kekeliruan dan jelas maknanya, tiada kesamaran. Demikian al-Quran itu disifatkan dengan al-Hakim (Hikmah) sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Yunus ayat 1:

الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ

Maksudnya: “Alif, Laam Raa’ ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.”

Al-Quran juga semuanya mutasyabih yakni saling kuat menguatkan antara satu sama lain sebagaimana firman Allah Taala:

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا

Maksudnya:  “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya)…” [al-Zumar: 23].

Berkata Ibn Jarir al-Tabari r.h dalam menjelaskan makna mutasyabih dalam ayat ini:

يشبه بعضه بعضا، لا اختلاف فيه، ولا تضادّ.

Maksudnya: “Saling menyerupai antara satu dengan yang lain yakni tiada percanggahan padanya dan tiada pertentangan”. [Tafsir al-Tabari. 21/229].

Muhakam dan Mutasyabih dengan makna ini dinamakan sebagai Muhkam dan Mutasyabih Am yang meliputi semua ayat al-Quran. Demikian juga semua ayat al-Quran adalah diturunkan untuk ditadabbur yakni diperhati dan difahami maknanya sebagaimana firman Allah Taala:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” [Sad: 29]

Berkata al-Allamah Muhammad al-Amin al-Syanqiti al-Maliki r.h:

وقد ذكر جل وعلا ، في هذه الآية الكريمة ، أنه أنزل هذا الكتاب ، معظماً نفسه جل وعلا ، بصيغة الجمع ، وأنه كتاب مبارك وأن من حكم إنزاله ، أن يتدبر الناس آياته ، أي يتفهموها ويتعقلوها ويمعنوا النظر فيها ، حتى يفهموا ما فيها من أنواع الهدى ، وأن يتذكر أولوا الألباب ، أي يتعظ أصحاب العقول السليمة ، من شوائب الاختلال .

Maksudnya: “dan Allah Jalla wa ‘Ala telah menyebut dalam  ayat yang mulia ini bahawa Dia menurunkan kitab ini (al-Quran) dengan membesarkan diriNya Jalla wa Ala dengan menggunakan lafaz jamak dan seseungguhnya kitab ini adalah yang diberkati dan antara hikmah diturunkan kitab ini supaya mansuia mentadabbur ayatnya yakni memahaminya, memikirkannya, dan memerhatikan dengan fokus padanya sehingga mereka faham apa yang ada padanya daripada pelbagai jenis hidayah dan supaya Ulul Albab mengingat yakni mengambil iktibar oleh kaum yang memiliki akal yang sejahtera daripada pencemaran”. [Adwaul Bayan, 6/344].

Berkata al-Tabari r.h dalam menjelaskan makna ‘supaya kamu bertadabbur’ :

ليتدبَّروا حُجَج الله التي فيه، وما شرع فيه من شرائعه، فيتعظوا ويعملوا به.

Maksudnya: “Supaya kamu bertadabbur hujah-hujah Allah yang ada dalamnya dan syariat-syariat dalamnya lalu kamu mengambil iktibar dan beramal dengannya”. [Tafsir al-Tabari, 21/190].

Dalam surah Yusuf ayat 1 dan 2 Allah Taala berfirman:

الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ (1) إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ (2)

Maksudnya: “Alif, Laam, Raa’. ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.”

Dalam menjelaskan makna al-Quran sebagai Kitab yang Mubin (jelas dan terang) berkata Imamul Mufassirin Ibn Jarir al-Tabari r.h:

معناه: هذه آيات الكتاب المبين ، لمن تلاه وتدبَّر ما فيه من حلاله وحرامه ونهيه وسائر ما حواه من صنوف معانيه ; لأن الله جل ثناؤه أخبر أنه”مبين” ، ولم يخصَّ إبانته عن بعض ما فيه دون جميعه ، فذلك على جميعه ، إذ كان جميعه مبينًا عمَّا فيه .

Maksudnya: “Maknanya: Inilah ayat-ayat al-Kitab yang jelas bagi sesiapa yang membacanya dan mentadabbur apa yang ada dalamnya daripada halal, haram, larangan, dan semua jenis maknanya kerana Allah Jalla Sanauh memberitahu ianya “Mubin” (jelas) dan tidak mengkhususkan kejelasannya dalam sebahagian perkara tanpa keseluruhannya maka kejelasan makan al-Quran itu meliputi keseluruhannya kerana semua isinya menjelaskan apa yang terkandung dalamnya”. [Tafsir al-Tabari, 15/550].

Berkata pula Imam Ibn Kasir r.h dalam menjelaskan maksud “al-Mubin”:

الواضح الجلي، الذي يفصح عن الأشياء المبهمة ويفسرها ويبينها

Maksudnya: “Yang jelas, terang, yang menjelaskan tentang semua perkara yang tidak jelas, mentafsirkannya dan menerangkannya”. [Ibn Kasir, 4/365].

Berkenaan dengan ayat yang kedua, Imam al-Mufassirin Ibn Jarir al-Tabari menyatakan:

إنا أنزلنا هذا الكتاب المبين، قرآنًا عربيًّا على العرب ، لأن لسانهم وكلامهم عربي ، فأنزلنا هذا الكتاب بلسانهم ليعقلوه ويفقهوا منه

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan Kitab ini yang jelas sebagai Quran (Bacaan) dalam bahasa Arab kepada orang Arab kerana bahasa dan percakapan mereka dalam Arab, maka Kami turunkan Kitab ini dengan bahasa mereka supaya mereka memahami dan jelas dengan maksudnya”. [Tafsir al-Tabari, 15/551].

Berkata Imam al-Baghawi r.h:

أنزلناه بلغتكم، لكي تعلموا معانيه، وتفهموا ما فيه

Maksudnya: “Kami (Allah) turunkannya (al-Quran) dalam bahasa kamu (orang Arab) supaya kamu memahami makna-maknanya dan kamu faham apa yang terkandung dalamnya”. [Tafsir al-Baghawi, 4/209].

Maka semua ayat dalam al-Quran diturunkan untuk difahami maka tiada satu lafaz pun yang tidak bermakna  atau tidak beerti dalam al-Quran, sesiapa yang mengatakan ada dalam al-Quran terdapat ayat atau lafaz yang sia-sia, yang tidak dapat difahami, maka dia telah menisbahkan kepada Allah Taala sifat aib kerana al-Quran adalah Kalam Allah dan Kalam Allah tidak sama dengan dengan kalam makhluk.

Sekarang telah jelas kepada kita bahawa al-Qur’an itu Muhkam yakni tidak akan dapat dicerobohi kebenarannya oleh tangan-tangan kaum batil dan Mufassal yakni jelas maknanya, Mubin yakni terang dan jelas maknanya, diturunkan untuk difahami dan dihayati ajarannya, mustahil terdapat dalam al-Quran kalimah atau lafaz yang tidak boleh difahami.

Adapun dalam ayat ke-7 surah Ali Imran, ayat ini menceritakan berkenaan Muhkam dan Mutasyabih Khusus dan para Ulama mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara ini. Imam Ibn Jarir al-Tabari r.h menjelaskan:

وأما”المحكمات”، فإنهن اللواتي قد أحكمن بالبيان والتفصيل، وأثبتت حججهن وأدلتهن على ما جُعلن أدلة عليه من حلال وحرام، ووعد ووعيد، وثواب وعقاب، وأمر وزجر، وخبر ومثل، وعظة وعِبر، وما أشبه ذلك.

Maksudnya: “Adapun maksud ‘Muhkamat’ maka ianya adalah ayat-ayat yang telah dijelaskan dengan keterangan, penjelasan, dan perincian. Ditetapkan hujah-hujah dan dalil-dalilnya atas perkara yang dijadikannya sebagai dalil daripada halal, haram, janji, ancaman, pahala, dosa, perintah, larangan, khabar, misal, peringatan, pengajaran, dan seumpama yang demikian itu”. [Tafsir al-Tabari, 6/170].

Adapun mengenai mutasyabihat beliau berkata:

وأما قوله:”متشابهات”، فإن معناه: متشابهات في التلاوة، مختلفات في المعنى، كما قال جل ثناؤه:( وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ) [سورة البقرة: 25]، يعني في المنظر، مختلفًا في المطعم  وكما قال مخبرًا عمن أخبر عنه من بني إسرائيل أنه قال:( إِنَّ الْبَقَرَ تَشَابَهَ عَلَيْنَا ) [سورة البقرة: 70]، يعنون بذلك: تشابه علينا في الصفة، وإن اختلفت أنواعه.

Maksudnya: “Adapun firmanNya:  :”متشابهات”   maka maknanya: Sama dalam tilawah (bacaan) tetapi berbeza makna seperti firmanNya Jalla Sanauh (maksudnya): “..dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya)…” [al-Baqarah: 25] yakni maksudnya sama pada pandangan (bentuk) tetapi berbeza pada rasa dan seperti mana Dia menyatakan berkenaan perkataan Bani Israil (maksudnya): “Sesungguhnya lembu itu tersamar pada kami” [al-Baqarah: 70] yang dimaksudkan sama pada sifat walaupun berbeza jenisnya”. [Tafsir al-Tabari, 6/173].

Hasil penjelasan Imam al-Tabari r.h ini, ayat-ayat mutasyabihat bukanlah ayat yang tidak diketahui maknanya bahkan maknanya maklum seperti khabar Allah Taala tentang syurga yang di dalamnya terdapat buah-buahan antaranya delima. Maksudnya kita fahami, iaitu delima namun rasa delima di dunia tidak akan sama dengan delima di syurga, demikian juga arak dunia tidak sama dengan arak akhirat, susu syurga tidak sama dengan susu akhirat. Semua benda ini sama pada makna tetapi berbeza pada hakikat, rupanya sama tetapi hakikat dan rasanya berlainan.

Cuba kita lihat firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 25 secara penuh:

وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya: “dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”

Ahli Syurga apabila diberikan kepada mereka segala jenis makanan yang pernha diberitakan kepada mereka dalam al-Quran ketika di dunia, mereka segera mengenalinya kerana bentuk buah-buahan dan minuman itu sama bentuknya namun rasanya berbeza. Apabila Allah Taala menyatakan dalam al-Qur’an di akhirat akan ada Syurga (Jannah) maka difahami makna Jannah adalah taman, ada di sana al-Nar (neraka) difahami maknanya api, ada di akhirat nanti al-Mizan (Timbangan Amal) kita faham maksudnya alat untuk menimbang, namun bagaimana hakikatnya perkara-perkara ini, bagaimana bentuk sebenarnya, tidaklah diketahui dan tidak sama dengan apa yang ada di dunia kerana apa yang ada di akhirat jauh lebih hebat dari dunia.

Inilah yang para Ulama nyatakan sebagai Isytirak Kulli (persamaan kulli) yakni pada dasarnya maksudnya sama tetapi hakikatnya berbeza, sifatnya berbeza, yakni pada juziyyat dan perincian benda tersebut tidak sama. Sama seperti contoh yang kita nyatakan dahulu, apabila kita menyatakan burung mempunyai sayap, malaikat juga mempunyai sayap, kedua-dua makhluk ini mempunyai sayap yang membolehkan mereka terbang namun tidak sama sifat dan bentuk sayap burung dan sayap malaikat namun kedua-dua sayap ini adalah hakikat dan wujud.

Berdasarkan pemahaman yang diberikan Imam al-Mufassirin ini mungkin kita boleh masukkan ayat-ayat sifat sebagai mutasyabihat namun berdasarkan takrif ini juga secara otomatik membatalkan akidah Tafwid 100% kerana mutasyabihat bukanlah sesuatu yang tidak difahami maknanya tetapi adalah yang tersembunyi kaifiatnya maka benarlah perkataan Ulama Salaf: “al-Istiwa’ itu maklum, kaifiatnya majhul…”, kerana maknanya maklum tetapi hakikat sebenar bagaimana bentuknya Istiwa’ Allah Taala itu hanya Allah Taala jua yang mengetahuinya.

Setelah difahami maksud Muhkam dan Mutasyabih maka jelaslah pada kita maksud Allah Taala bahawa Mutasybih ini hanya diketahui oleh Allah Taala akan maknanya yang sebenar yakni hakikat perkara tersebut kerana maksud takwil dalam al-Quran adalah: “Berlakunya perkara yang diberitakan atau hakikat perkara yang diberitakan”.

Apabila Allah Taala memberitakan berkenaan hari kiamat, kita fahami kiamat adalah hari dimusnahkan alam dan dibagkitkan semula makhluk setelah mati, namun bilakah berlakunya kiamat? Bagaimana rupa sebenar kiamat itu? Maka inilah takwilnya yang hanya diketahui oleh Allah Taala. Ini berdasarkan firman Allah Taala:

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا تَأْوِيلَهُ يَوْمَ يَأْتِي تَأْوِيلُهُ يَقُولُ الَّذِينَ نَسُوهُ مِنْ قَبْلُ قَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ فَهَلْ لَنَا مِنْ شُفَعَاءَ فَيَشْفَعُوا لَنَا أَوْ نُرَدُّ فَنَعْمَلَ غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ قَدْ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ

Maksudnya: “tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (Apa yang telah dijanjikan oleh Allah di Dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan Dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: “Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka Adakah untuk Kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi Kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?” Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.”  [al-A’raf: 53].

Imam Ibn Kasir r.h menjelaskan maksud datangnya takwil pada hari tersebut (kiamat):

ما وُعِدَ من العذاب والنكال والجنة والنار

Maksudnya: “Apa yang dijanjikan daripada azab, balasan, syurga, dan neraka”. [Ibn Kasir, 3/425].

Al-Rabii berkata: “Tidak putus-putus datangnya takwilnya daripada berlakunya hisab (perhitungan amal) sehingga masuknya Ahli Syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka maka sempurnalah takwilnya” [Ibid]

Dalam hadis dijelaskan juga maksud takwil:

عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت : كان النبي صلى الله عليه و سلم يكثر أن يقول في ركوعه وسجوده ( سبحانك اللهم ربنا وبحمدك اللهم اغفر لي ) . يتأول القرآن

Maksudnya: “Daripada Aisyah r.a bahawa beliau berkata: Adalah Nabi s.a.w banyak membaca ketika rukuk dan sujudnya: سبحانك اللهم ربنا وبحمدك اللهم اغفر لي   (Maha Suci Kamu Ya Allah Tuhan kami dengan kepujianMu, Ya Allah ampunkanlah aku), baginda mentakwil al-Quran”. [al-Bukhari & Muslim].

Maksudnya di sini adalah Nabi s.a.w mengikut perintah Allah Taala dalam surah al-Nasr:

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maksudnya: “maka Ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” [al-Nasr: 3].

Ibn Jarir r.h meriwayatkan:

عن ابن عباس أما قوله:”وما يعلم تأويله إلا الله”، يعني تأويله يوم القيامة =”إلا الله”.

Maksudnya: “Daripada Ibn Abbas r.a adapun berkenaan firmanNya (maksud): “dan tiadalah yang mengetahui takwilnya melainkan Allah”, maksud takwilnya adalah hari kiamat (tiada yang mengetahuinya) melainkan Allah jua”. [Tafsir al-Tabari, 6/ 199].

Yakni tiadalah yang mengetahui masa berlakunya kiamat, adapun makna hari kiamat itu jelas pada bahasa, tiada kesamaran padanya. Maka difahami maksud takwil adalah berlakunya perkara ghaib yang diberitakan itu, dan hakikat sesuatu perkara ghaib itu. Hasil daripada penjelasan ini difahami ayat-ayat berkenaan sifat-sifat Allah Taala adalah mutasyabihat yakni makulum maknanya, majhul kaifiatnya.

Atas dasar pemahaman inilah, jumhur salaf meletakkan waqaf pada firman Allah:

وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ

Maksudnya: “dan tiadalah yang mengetahui takwilnya melainkan Allah”.

Perlu dijelaskan pula bahawa maksud Takwil itu sendiri terdapat dua makna yang sahih yang digunakan Ulama Salaf iaitu:

Pertama: “Hakikat sesuatu perkara” seperti yang kita jelaskan dalam ayat ini.

Kedua: Takwil dengan maksud tafsir dan tafsir itu menurut bahasa adalah: Menjelaskan, menerangkan sesuatu perkara. Pada Istilah Ulama pula tafsir itu adalah: “Ilmu yang membicarakan berkenaan dengan cara-cara menturkan lafaz al-Quran, madlul-madlulnya (petunjuk dan kandungan), hukum-hakamnya secara persendirian dan susunan dan makna-maknanya dalam bentuk susunan ayat dan kesempurnaan maknanya”. [Mabahis fi Ulum al-Quran, Manna’ al-Qattan, m.s 335].

Adapun Tafsir dan Takwil di sisi Jahmiah adalah: “Mengubah maknanya daripada makna yang jelas kepada makna yang kurang jelas kerana qarinah”. Ini dapat dilihat dalam Kitab Imam al-Darimi r.h dalam mebantah Bisyr al-Murisi al-Jahmi di mana Bisyr akan menggunakan lafaz tafsir untuk menunjukkan kepada takwilnya yang salah dalam ayat-ayat sifat. Makna ini kemudian diambil oleh al-Asyairah dan al-maturidiah namun mereka mengkhususkan Takwil dengan makna ini dan mengekalkan makna Tafsir dengan makna yang ditetapkan para ulama.

Imam Ibn Kasir r.h mempunyai tarjih berbeza mengenai maksud Muhkamat dan Mutasyabihat berkenaan ayat ke-7 surah Ali Imran ini. Beliau menyatakan Muhkamat itu sebagai ayat-ayat yang jelas maknanya, tiada kesamaran kepada sesiapa pun yang mendengarnya atau bahasa yang lebih mudah ayat yang tidak mengandungi makna selain makna yang nas (satu makna  sahaja). Adapun mutasyabihat menurut beliau adalah makna yang mengandungi lebih dari satu sehingga tersamar pada pendengarnya dan makna tersebut akan jelas apabila dikembalikan kepada ayat-ayat yang muhkam. [Rujuk: Tafsir Ibn Kasir, 2/ 6 & 7].

Pendapat Ibn Kasir r.h ini merupakan pendapat yang dipilih oleh guru beliau yang sangat beliau cintai dan kagumi sehingga beliau berwasiat supaya jenazahnya disemadikan bersebelahan kubur gurunya itu, iaitulah Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h dan syeikhul Islam menjelaskan pendapat ini juga merupakan pilihan Imam Ahmad bin Hanbal r.h. [al-Iklil minal Mutasyabih wal Takwil, Majmuk Fatawa Ibn Taimiah, 13/ 274-275].

Berdasarkan takrif ini pula, ayat-ayat Sifat bukanlah mutasyabihat kerana ayat-ayat sifat tidak mengandungi makna yang lebih daripada satu sehingga orang arab akan terkeliru dengan maknanya, sebab itu apabila Allah Taala menyatakan bahawa dua tanganNya terbuka, tidak pernah ada orang Arab bertanya: tangan yang terbuka ini apakah nikmatNya atau kekuasaanNya yang terbuka? Demikian tiadak pernah ada sahabat yang bertanya Nabi s.a.w berkenaan ayat-ayat sifat kerana mereka memahami maknanya.

Maka ayat-ayat sifat dalam takrif yang kedua ini adalah Muhkamat, adapun mutasyabihat adalah seumpama firman Allah Taala:

وَاللَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ

Maksudnya:  “dan malam, apabila ia hampir habis” [al-Takwir: 17]

Kalimah As’as membawa maksud berlalu dan datang, maka apakah maksud ayat ini menunjukkan awal malam (maghrib) atau akhir malam (sahur)? Namun apabila dilihat kepada ayat yang muhkam iaitu ayat ke-18:

وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ

Maksudnya: “dan siang, apabila ia mulai terang”.

Maka jelaslah maksudnya adalah malam apabila ia berakhir kerana dengan berakhir malam baharulah datangnya siang.[ rujuk Tafsir al-Tabari].

Demikian juga ayat-ayat yang digunakan oleh Kaum Khawarij untuk mengkafirkan sesiapa sahaj yang tidak menegakkan hukum Allah Taala:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya: “…dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.” [al-Maidah: 44].

Mereka lupa bahawa di sana ada juga Allah Taala menyatakan:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya: “…dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka merekalah orang-orang yang zalim”. [al-Maidah: 45

Dan Allah menayatakan juga:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya: “…dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka dia adalah orang-orang yang fasiq”. [al-Maidah: 47].

Apabila dikembalikan kepada ayat yang muhkam ini, maka ayat 44 tadi jelas menyatakan berkenaan mereka yang tidak mahu menegakkan hukum Allah dan menafikan kewajipannya pula kerana inilah yang jelas jika kita merujuk kepada asbab nuzulnya sekalipun.

Maka, mutasyabihat dalam jenis ini difahami dan diketahui oleh orang-orang yang rasikh (kukuh) dalam ilmu seperti Ibn Abbas r.a, Ibn Masud r.a, dan anak-anak murid mereka seperti Mujahid, Qatadah, Said bin Jubair, dan lain-lain lagi ulama tafsir. Atas pemahaman yang demikian ini, takwil dalam ayat ini ditafsirkan sebagai tafsir makna ayat bukan hakikat sesuatu perkara ghaib dan waqaf pada tafsiran yang seperti ini berlaku pada ayat:

وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ

Maksudnya: “dan orang-orang yang kukuh dalam ilmu mereka”.

[lihat: Tafsir Ibn Kasir, 2/ 11-12]

Oleh itu, pemahaman kaum Bidaah berkenaan ayat ini tidak menepati mana-mana tafsiran Ulama Salaf terhadap ayat ini, sama ada yang dirajihkan oleh Imam al-Tabari r.h mahupun yang dirajihkan Imam Ibn Kasir r.h. Segala perbezaan pendapat salaf dalam menentukan makna mutasyabih dan muhkam dalam ayat ini sebenarnya pada kajian kami tidaklah lari antara dua pendapat yang ditarjihkan oleh dua Imam besar dalam bidang tafsir ini. Wallahua’lam.

Demikianlah difahami daripada perkataan Ibn Abbas r.a yang masyhur dalam bab Tafsir:

التفسيرُ على أربعةِ أوجهٍ: وجهٌ تعرفه العربُ من كلامها، وتفسير لاَ يُعذر أحدٌ بجهالته، وتفسير يعلمه العلماء، وتفسير لاَ يعلمه إلا الله تعالى ذكره.

Maksudnya: “Tafsir itu ada empat wajah (bentuk): Tafsir yang diketahui Arab daripada perkataannya (yang biasa didengar), tafsir yang tidak dimaafkan sesiapa pun daripada kejahilannya berkenaan tafsir tersebut, tafsir yang diketahui ulama, dan tafsir yang tidak diketahui melainkan Allah Taala zikruh”. [Tafsir al-Tabari, 1/75].

Imam Ibn Jarir al-Tabari r.h menyatakan tafsir itu terdapat martabat yang tiga:

Pertama: Takwil  yang dapat diketahui melalui perkhabaran Rasulullah s.a.w seperti halal dan haram, wajib dan sunat.

Kedua: Takwil yang tidak diketahui melainkan Allah jua iaitulah waktu berlakunya kiamat, waktu keluarnya dajjal dan hakikat perkara ghaib.

Ketiga: Takwil yang diketahui oleh mereka yang fasih dalam bahasa Arab iaitulah tafsir yang ada kaitan dengan I’rab, sifat-sifat, dan nama-nama yang tiada kesamaran padanya.

Adapun berkenaan takwil atau tafsir yang tidak diberi maaf kepada sesiapaun yang jahil akannya adalah pemberitahuan Ibn Abbas r.a bahawa di sana ada tafsir yang tidak patut tidak diketahui oleh orang awam sekalipun iaitulah yang berkaitan dengan halal haram, wajib, dan sunat serta seumpamanya. [Rujuk: Tafsir al-Tabari, 1/74-76].

Jadi, pendapat yang mengatakan adanya ayat atau lafaz yang hanya diketahui maknanya yang zahir hanya Allah Taala adalah batil kerana Takwil yang disembunyikan Allah itu bukan dari segi makna lafaznya tetapi hakikatnya seperti masa yang sebenar berlakunya kiamat, hakikat sebenar bentuk al-Mizan, al-Sirat, dan lain-lainnya bukan makna al-Mizan (Timbangan), makna al-Sirat (jembatan) dan lainnya.

Syubhat Kedua: Asar Para Salafiyyin

Dalil kedua yang dijadikan hujah oleh para Mufawwidin dalam menegakkan benang basah mereka adalah Asar dan Riwayat daripada Salafiyyin yang kononnya pada sangkaan mereka menjadi dalil untuk mereka sebenarnya jika dilihat dari sekilas pandang mata seorang salafi adalah hujah Allah atas mereka.

Lafaz-lafaz Ulama Salafi yang menjadi syubhat kepada kaum bidaah ini terkumpul pada lafaz-lafaz berikut:

1-       إمرار النص (Membiarkan nas)

2-       نفي المعنى (Menafikan Makna)

3-       نفي التفسير (Menafikan Tafsir)

4-       السكوت (Mendiamkan Diri)

5-       التفويض (Tafwid)

Berikut kita akan bincangkan secara terpinci setiap lafaz ini dan melihat maksud sebenarnya:

Pertama: إمرار النص

Al-Lalikaie r.h membawa riwayat berikut:

أخبرنا عبد الرحمن بن أحمد القزويني ، قال : ثنا محمد بن أحمد بن منصور القطان ، قال : ثنا عبد الرحمن بن أبي حاتم ، قال : ثنا إسماعيل بن أبي الحارث ، قال : ثنا الهيثم بن خارجة ، قال : سمعت الوليد بن مسلم ، يقول : سألت الأوزاعي وسفيان الثوري ، ومالك بن أنس ، والليث بن سعد عن هذه الأحاديث التي فيها الرؤية ، فقالوا : « أمروها بلا كيف »

Maksudnya: “Memberitahu kepada kami Abdul Rahman al-Qazwini katanya: Menceritakan kepada kami Muhammad bin Ahmad bin Mansur al-Qattan katanya: Meriwayatkan kepada kami Abdul Rahman bin Hatim katanya: Meriwayatkan kepada kami Ismail bin Abil Haris katanya: Meriwayatkan kepada kami al-Haisam bin Kharijah katanya: Aku mendengar al-Walid bin Muslim berkata: ‘Aku bertanya al-Auzai, Sufyan al-Sauri, Malik bin Anas, dan al-Lais bin Saad berkenaan hadis-hadis ini yang menceritakan tentang rukyah (melihat Allah), jawab mereka: “Jalankan ia /Biarkan ia tanpa memberikan kaifiat”. [Syarah Usul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, al-Lalikaie, 2/400].

Dalam lafaz yang lain:

أمروها كما جاءت بلا كيف

Maksudnya: “Biarkan ia sebagaimana ia datang tanpa diberi kaifiat”. [Ibid, 2/469].

Dalam riwayat al-Daruqutni r.h:

أمضها بلا كيف

Maksudnya: “Jalankannya tanpa kaifiat”. [al-Sifat, al-Daruqutni, 1/61].

Dalam riwayat Abu Bakar al-Khallal:

نمرها كما جاءت

Maksudnya: “Kita biarkan sebagaimana ia datang”. [al-Sunnah, Abu Bakar al-Khallal, 1/337].

Kesemua lafaz riwayat ini tidak menyatakan ‘Iqrar’ hanya menyatakan ‘Imrar’. Maka pada sangkaan mereka inilah para Salafiyyin mentafwidkan makna, hanya beriman dengan lafaz tanpa makna.

Imam al-Daruqutni r.h meriwayatkan:

حدثنا محمد بن مخلد ، ثنا أبو العباس إسحاق بن يعقوب قال : سمعت أحمد بن الدورقي ، يقول : حدثني أحمد بن نصر ، رحمه الله قال : سمعت سفيان بن عيينة وأنا في منزله بعد العتمة ، فجعلت ألح عليه في المسألة فقال : « دعني أتنفس » فقلت له يا أبا محمد إني أريد أن أسألك عن شيء فقال : « لا تسأل » فقلت : لابد من أن أسألك ، إذا لم أسألك فمن أسأل ؟ فقال : « هات سل » فقلت : كيف حديث عبيدة ، عن عبد الله عن النبي صلى الله عليه وسلم : « إن الله عز وجل يحمل السموات على إصبع ، والأرضين على إصبع » ، وحديث « إن قلوب بني آدم بين إصبعين من أصابع الرحمن » ، وحديث « إن الله عز وجل يعجب ويضحك ممن يذكره في الآفاق » ، فقال سفيان : هي كما جاءت نقر بها ونحدث بها بلا كيف «

Maksudnya: “Meriwayatkan kepada kami Muhammad bin Mukhallad, meriwayatkan kepada Abul Abbas Ishaq bin Yaakub, katanya: Aku mendengar Ahmad bin al-Daruqi katanya meriwayatkan kepada kami Ahmad bin Nasr r.h katanya: Aku mendengar Sufyan bin Uyainah sedangkan aku berada di rumahnya selepas waktu isya’ maka aku memujuknya untuk bertanya soalan lalu dia berkata: Biarkan aku sekejap mengambil nafas. Lalu aku berkata: Wahai Abu Muhammad sesungguhnya aku hendak bertanya tentang sesuatu. Maka katanya: tidak perlulah. Maka aku berkata: Aku mesti bertanya jika aku tidak bertanya kepada kamu kepada siapalah lagi aku hendak bertanya? Jawab beliau: Tanyalah jika begitu. Aku berkata: Bagaimana (hendak kita fahami) hadis Ubaidah daripada Abdullah daripada Nabi s.a.w: Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla meletak langit atas satu jariNya dan bumi atas satu jariNya, hadis: Sesungguhnya hati-hati manusia berada antara dua jari daripada jari-jari al-Rahman, dan hadis: Sesungguhnya Allah ketawa dan takjub dengan orang yang mengingatinya di khalayak ramai?. Maka jawab Sufyan: Semuanya sebagaimana ia datang, kita beriqrar dengannya dan kita meriwayatkannya tanpa memberi kaifiat”. [al-Sifat, 1/57].

Kesemua lafaz ini sebenarnya sama sekali tidak menunjukkan tafwid makna bahkan menunjukkan mereka semua menetapkan makna zahir yang layak bagi Allah Taala. Jawapan-jawapan ini diberikan ketika mana munculnya mazhab Muktazilah dan Jahmiah yang mengubah makna zahir kepada makna yang sesuai pada akal mereka. Jadi para Ulama Salaf mengingkarinya lalu mereka menyatakan yang wajib adalah kita kekalkan makna zahirnya maka mereka menyebut di belakangnya: “tanpa memberi kaifiat”, supaya mereka yang menetapkan sifat dengan makna zahir tidak terjebak ke dalam kekufuran musyabbihah dan mumassilah.

Perlu diingat bahawa setiap lafaz al-Quran datang dengan makna dan ini diakui oleh kaum Bidaah Mufawwidah dan Mutaawilah sendiri kerana itu mereka berkata:

وَكُلُّ نَصٍّ أَوْهَمَ التَّشْبِيْهَا * أَوِّلْهُ أَوْ فَوِّضْ وَرُمْ تَنْزِيْهَا

Maksudnya: “Dan tiap-tiap nas yang memberi sangka akan keserupaan, maka takwilkanlah dia atau serahkan (kepada Allah) dan maksudkankanlah untuk mensucikan”.

Dan perlu diingat, maksud tafwid sendiri di sisi mereka: “mengalihkan makna zahir kepada makna yang marjuh yang hanya diketahui oleh Allah”. Jika kita mentafwid, ini bertentangan dengan kaedah Imrar yang dinyatakan para Ulama Salafi ini.

Demikian juga, jika mereka tidak menetapkan makna tidak perlulah mereka menafikan kaifiat lagi kerana maknanya sudah tidak difahami. Pantas jawapan yang diberikan bukanlah begini tetapi seperti yang disebut oleh kaum Mufawwidah: “Hanya Allah jua yang mengetahui maknanya”.

Demikian juga telah sabit daripada para Ulama Salaf yang sama yang mengatakan: “Kami menjalankannya sebagaimana ia datang”, mereka juga yang mentafsirkan makna Istiwa dengan ‘ala wa irtafa’a (meninggi) di atas Arasy. Misalnya Imam Ahmad bin Hanbal r.h sendiri berkata:

فقال يوسف بن موسى القطان شيخ أبي بكر الخلال قيل لأبي عبد الله الله فوق السماء السابعة على عرشه بائن من خلقه وقدرته وعلمه بكل مكان قال نعم هو على عرشه ولا يخلو شيء من علمه

Maksudnya: “Maka berkata Yusuf bin Musa al-Qattan Guru Abu Bakar al-Khallal: ditanya kepada Abu Abdillah (Imam Ahmad): “Allah itu berada di atas (fauqa) langit yang ketujuh di atas arasyNya terpisah daripada makhlukNya sedangkan kudrat dan ilmuNya meliputi semua tempat?” Jawab beliau: Ya, Dia berada di atas ArasyNya dan IlmuNya tidak lekang daripada suatu pun”. [al-Uluww, no.474, m.s 176].

Adakah orang yang menafikan makna sifat akan bercakap begini? Tidak sama sekali bahkan Mufawwidah hanya akan berkata: “Istiwa’ yang tidak kita ketahui”. [Permata Ilmu Tauhid, m.s 205].

Lebih jelas bahawa maksud ‘Imrar’ dalam perkataan Salaf bukanlah menafikan makna bahkan menetapkan makna, riwayat al-Walid bin Muslim di atas semuanya berkenaan dengan melihat Allah Taala di akhirat, apakah melihat Allah Taala tidak difahami maknanya? Subhanallah, ini telah ijmak bahawa maksud melihat Allah Taala adalah melihat Allah Taala, tidak majhul padanya makna.

Cuba pula lihat perkataan Imam Ahlis Sunnah wal Jamaah, Ahmad bin Hanbal r.h:

« سألت أبي رحمه الله عن قوم ، يقولون : لما كلم الله عز وجل موسى لم يتكلم بصوت فقال أبي : » بلى إن ربك عز وجل تكلم بصوت هذه الأحاديث نرويها كما جاءت «

Maksudnya: “Aku (Abdullah bin Ahmad r.h) bertanya bapaku r.h (Ahmad bin Hanbal r.h) tentang satu kaum yang berkata: Ketika Allah Azza wa Jalla berkata-kata dengan Musa, Dia bercakap tanpa suara. Maka kata bapaku: Bahkan sesungguhnya Tuhanmu Azza wa Jalla berkata-kata dengan suara, semua hadis-hadis ini kami riwayatkan sebagaimana ia datang”. [al-Sunnah, Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, m.s 494].

Nah, jelas sekali lafaz Imam Ahmad r.h yang terdahulu: نمرها كما جاءت sama sekali tidak menafikan makna sifat kerana nada dan makna yang sama beliau gunakan untuk menetapkan sifat Kalam yang maklum maknanya pada Allah Taala. Dengan demikian jelas bagaikan mentari yang tiada silau padanya bahawa lafaz Imrar sama sekali tidak menunjukkan kepada Tajhil atau Tafwid makna.

Kedua: نفي المعنى

Terdapat perkataan Imam Ahmad bin Hanbal r.h yang menjadi slogan kaum Mufawwidah mengatakan ini bukti yang akidah salaf adalah Tafwid makna bukan sekadar tafwid kaifiat.

Al-Khallal r.h meriwayatkan dengan sanadnya daripada Hanbal r.h katanya:

سألت أبا عبد الله عن الأحاديث التي تروى إن الله تبارك وتعالى ينزل كل ليلة إلى السمآء الدنيا و أن الله يرى وإن الله يضع قدمه وما أشبهه فقال أبو عبد الله نؤمن بها ونصدق بها ولا كيف ولا معنى ولا نرد منها شيئا ونعلم أن ما جاء به الرسول حق إذا كانت بأسانيد صحاح ولا نرد على رسول الله قوله ولا يوصف الله تعالى بأكثر مما وصف به نفسه أو وصفه به رسوله بلا حد ولا غاية ليس كمثله شيء وهو السميع البصير الشورى 11 ولا يبلغ الواصفون صفته وصفاته منه ولا نتعدى القرآن والحديث فنقول كما قال ونصفه كما وصف نفسه ولا نتعدى ذلك نؤمن بالقرآن كله محكمه ومتشابهه ولا نزيل عنه صفة من صفاته لشناعة شنعث

Maksudnya: “Aku bertanya kepada Abu Abdillah berkenaan hadis-hadis yang diriwayatkan: Sesungguhnya Allah turun setiap malam ke langit dunia, Allah dilihat, dan Allah meletakkan tapak kakinya dan seumpamanya? Maka jawab Abu Abdillah (Imam Ahmad): Kami beriman dengannya dan membenarkannya tanpa membicarakan kaifiat dan makna dan kami tidak menolak suatu pun  daripadanya dan kita tahu bahawa apa yang datang daripada Rasul adalah benar jika sanadnya sahih dan kita tidak akan membantah Rasulullah dalam perkataan baginda dan tidaklah disifatkan Allah melebihi daripada apa yang Dia sendiri sifatkan pada diriNya atau yang RasulNya sifatkan tanpa diberikan batasan (kaifiat) dan penghujung , “Tiada suatu pun menyamaiNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” [Maksud Surah al-Syura: 11], dan tidaklah dapat dicapai oleh mereka yang memhami sifat akan sifat-sifatNya dan sifat-sifatNya itu daripadaNya dan kita tidak akan melampaui al-Quran dan al-Hadis maka kami katakan seperti Dia katakan dan kami sifatkan dia seperti mana Dia sifatkan diriNya dan kita beriman dengan al-Quran seluruhnya Muhkam dan MutasyabihNya dan tidaklah kita hilangkan satu sifat daripada sifat-sifatNya kerana kekeliruan yang ditimbulkan”. [Zammut Takwil, Ibn Qudamah, m.s 22].

Zahid al-Kausari- Semoga Allah membalas kejahatannya- menjadikan perkataan Imam Ahmad r.h yang jelas menetapkan makna bagi Sifat Allah ini sebagai dalil Tafwid Makna! Bukankah soalan Hanbal kepada Imam Ahmad ini meliputi masalah melihat Allah di akhirat (lihat bergaris) dan maknanya maklum dengan ittifaq Ahli Sunnah wal Jamaah, al-Asyairah, dan Al-Maturidiah. Maka jika perkataan Imam Ahmad bin Hanbal ini dibawa kepada makna mentafwidkan makna, ini akan meletakkan hadis bahawa Allah dilihat adalah tidak difahami dan tidak diketahui maknanya.

Demikian juga, Imam Ahmad bin Hanbal menetapkan kita beriman dan membenarkannya maka Iman dan Tasdiq tidak akan berlaku pada benda yang majhul maknanya, tidak difahami. Mengimani suatu perkara tanpa memahaminya adalah perkara sia-sia dan maha suci Allah daripada memerintahkan sesuatu yang sia-sia.

Demikian pada penghujungnya perkataan beliau: dan tidaklah kita hilangkan satu sifat daripada sifat-sifatNya kerana kekeliruan yang ditimbulkan”.

Ini jelas menunjukkan kita tidak akan menghilangkan sifat daripada Allah Taala, mentakwil sifat sama ada secara ijmali atau tafsili akan menghilangkan sifatNya Taala. [Mazhab Ahli al-Tafwid, m.s 75].

Menafikan makna dalam perkataan Ahmad bin Hanbal r.h ini bukanlah bermakna menafikan makna zahirnya kerana jelas Imam Ahmad bin Hanbal sendiri menetapkan makna Kalam bagi Allah, makna Istiwa’, makna melihat Allah dan sebagaimana yang telah kami jelaskan banyak kali sebelum.

Dalam Aqidah Ahmad bin Hanbal dinyatakan:

ومذهب أبي عبد الله أحمد بن حنبل رضي الله عنه أن لله عز و جل وجها لا كالصور المصورة والأعيان المخططة بل وجهة وصفه بقوله كل شيء هالك إلا وجهه ومن غير معناه فقد ألحد عنه وذلك عنده وجه في الحقيقة دون المجاز

Maksudnya: “dan mazhab Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal r.a bahawa sesungguhnya bagi Allah Azza wa Jaklla itu wajah yang tidak sama dengan bentuk-bentuk (makhluk) dan benda-benda yang dilukis bahkan wajahNya adalah sifatNya dengan firmanNya (maksud): “semua benda akan musnah kecuali wajahNya”, dan sesiapa yang mengubah maknanya maka dia telah melakukan ilhad dan di sisi beliau wajah di sini adalah hakikat bukan majaz”. [Aqidah Ahmad bin Hanbal Riwayat al-Khallal, m.s 103].

Apakah akidah sebegini adalah akidah Tafwid sehingga boleh kita mengatakan Ahmad bin Hanbal beraqidah Tafwid makna? Sama sekali tidak demi Allah, bahkan beliau dengan jelas menetapkan sifat bagi Allah sesuai dengan makna zahirnya dan menafikan persamaan kaifiat sifat Allah dengan kaifiat sifat makhluk.

Penafian makna dalam ucapan Ulama Salaf adalah menafikan makna yang batil yang direka-reka oleh kaum Jahmiah dengan takwilan mereka yang batil, kerana kaum Jahmiah apabila mereka mentakwil mereka akan menyebut maknanya begini, tafsirnya begini, maka inilah yang sebenarnya dinafikan oleh Imam  Ahmad r.h dan lainnya daripada Salaf. [Mazhab Ahli al-Tafwid, 76].

Demikian juga terdapat kaum salaf yang menafikan makna yang dikehendaki dengan kaifiatnya sekali seperti perkataan sebahagian mereka sebagaimana yang diriwayatkan Imam al-Khattabi r.h daripada Abu Ubaid r.h:

نحن نروي هذه الأحاديث ولا نريغ لها المعاني

Maksudnya: “Kami meriwayatkan hadis-hadis ini dan kami tidak mencari-cari maknanya”. [Ibid]

Maksud Abu Ubaid r.h di sini adalah makna-makna yang batil yang direka-reka oleh kaum bidaah bukanlah menafikan makna zahirnya kerana Imam al-Khattabi r.h berkata:

فأما ما سألت عنه من الكلام في الصفات وما جاء منها في الكتاب والسنن الصحيحة فإن مذهب السلف إثباتها وإجراؤها على ظاهرها ونفي الكيفية والتشبيه عنها وكذا نقل الإتفاق عن السلف في هذا الحافظ أبو بكر الخطيب ثم الحافظ أبو القاسم التيمي الأصبهاني وغيرهم

Maksudnya: “Adapun apa yang kamu tanya berkenaan perbicaraan berkenaan sifat-sifat Allah dan apa yang datang dalam al-Kitab dan hadis-hadis sahih maka sesungguhnya mazhab Salaf menetapkannya dan menjalankannya atas makna zahirnya beserta menafikan kaifiat dan tasybih demikianlah kesepakatan (ijmak) daripada salaf yang diriwayatkan al-Hafiz Abu Bakar al-Khatib kemudian Al-Hafiz Abul Qasim al-Taimi al-Asbahani dan selain mereka”. [al-Uluww lil Aliyyil Ghaffar, m.s 236].

Al-Abbas al-Duri r.h berkata:

سمعت أبا عبيد وذكر الباب الذي يروى فيه حديث الرؤية والكرسي و موضع القدمين وضحك ربنا وحديث أين كان ربنا فقال هذه أحاديث صحاح حملها أصحاب الحديث والفقهاء بعضهم عن بعض وهي عندنا حق لا نشك فيها ولكن إذا قيل لنا كيف وضع قدمه وكيف يضحك قلنا لا نفسر هذا ولا سمعنا أحدا يفسره

Maksudnya: “Aku mendengar Abu Ubaid menyebut bab yang diriwayatkan padanya hadis melihat Allah, al-Kursi adalah tempat meletak dua tapak kaki Allah, ketawa Tuhan kita, dan hadis Di mana Tuhan kita berada, maka beliau berkata: Hadis-hadis ini sahih dan dibawa oleh para Ashabul Hadis dan Fuqaha’  antara sesama mereka dan pada kami tiada keraguan padanya tetapi apabila ditanya bagaimana Dia meletakkan dua tapak kakiNya? Bagaimana Dia ketawa? Kami tidak akan menafsirkannya dan kami tidak pernah mendengar sesiapa pun menafsirkannya”. [al-Uluww lil Aliyyil Ghaffar, m.s 173].

Jelas di sini bahawa Abu Ubadi r.h menetapkan makna sifat sesuai dengan zahirnya, maka perkataan beliau yang jelas ini menfasirkan perkataan beliau yang mujmal yang lalu bahawa makna yang dinafikan adalah makna yang batil.

Demikian juga ‘Makna’ yang dinafikan adalah kaifiat kerana terdapat kaum bidaah yang sengaja menggunakan kalimah makna sedangkan maksud soalannya adalah ‘kaifiat’ sifat maka kaum salaf menafikannya sebagaimana dalam riwayat berikut:

روى يزيد بن هارون في مجلسه حديث إسماعيل بن أبي خالد عن قيس بن أبي حازم عن جرير بن عبد الله رضي الله عنه في الرؤية وقول الرسول صلى الله عليه وسلم: إنكم تنظرون إلى ربكم كما تنظرون إلى القمر ليلة البدر فقال رجل في مجلسه: يا أبا خالد، ما معنى هذا الحديث؟ فضب وحرد وقال: ما أشبهك بصبيغ وأحوجك إلى مثل ما فصل به، ويلك من يدري كيف هذا؟ ومن يجوز له أن يجاوز هذا القول الذي جاء به الحديث أو يتكلم فيه شيء من تلقاء نفسه إلا من سفه نفسه واستخف في دينه إذا سمعتم الحديث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فاتبعوه ولا تبتدعوا فيه فإنكم إن اتبعتموه ولم تماروا فيه سلمتم وإن لم تفعلوا هلكتم

Maksudnya: “Yazid bin Harun meriwayatkan dalam majlis ilmu beliau hadis Ismail bin Abu Khalid daripada Qais bin Abu Hazim daripada Jarir bin Abdullah r.a berkenaan melihat Allah dan sabda Rasul s.a.w: Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan kamu seperti mana kamu melihat bulan di malam mengambang. Maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Khalid (gelaran Yazid), apakah makna hadis ini? Maka Yazid menjadi marah dan berkata: Engkau ini seperti Sabigh dan perlu dihukum sepertinya celakah kamu, siapa yang dapat tahu bagaimana kah ini? Dan siapa pula yang mampu melebihi riwayat ini yang datang pada hadis atau memperkatakan sesuai dengan pandangan sendiri kecuali mereka yang memperbodohkan diri atau meremehkan agamanya, apabila kamu mendengar hadis daripada Rasulullah s.a.w maka ikutilah dia dan janganlah kamu berbuat bidaah padanya kerana sesugguhnya apabila kamu mengikutnya dan tidak menyeleweng kamu akan selamat, jika tidak kamu akan musnah”. [al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah, 1/193].

Berkata Ibn Qudamah r.h:

ومذهب السلف رحمة الله عليهم الإيمان بصفات الله تعالى وأسمائه التي وصف بها نفسه في آياته وتنزيله أو على لسان رسوله من غير زيادة عليها ولا نقص منها ولا تجاوز لها ولا تفسير ولا تأويل لها بما يخالف ظاهرها ولا تشبيه بصفات المخلوقين ولا سمات المحدثين بل أمروها كما جاءت وردوا علمها إلى قائلها ومعناها إلى المتكلم بها

Maksudnya: “dan mazhab al-Salaf rahmatullahi alaihim beriman dengan sifat-sifat Allah Taala dan nama-namanya yang Dia sifatkan dengannya diriNya dalam ayat-ayatNya atau atas lidah RasulNya tanpa menambah atau menguranginya dan tidak akan melebihinya dan tiada tafsir dan takwil baginya yang menyalahi zahirnya dan tiada tasybih dengan sifat-sifat makhluk bahkan jalankannya sebagaimana yang ia datang dan kembalikan ilmun dan maknanya kepada penuturnya”. [Zammut Takwil, m.s 11].

Ada antara Mufawwidah yang menyangka ini adalah dalil mazhab salaf adalah mufawwidah, Maha Suci Allah, lihat betul-betul kenyataan Ibn Qudamah ini, bukankah dia berkata: dan tiada tafsir dan takwil baginya yang menyalahi zahirnya, adapun jika tafwid, maka menurut mereka setiap lafaz nas sifat mempunyai tafsiran yang menyalahi zahirnya namun apakah makna yang menyalahi zahirnya itu hanya Allah yang mengetahuinya.

Adapun maksud mengembalikan makna kepada Pengucapnya Taala, adalah makna yang sebenar yakni kaifiat sifat dan hakikat sebenar bentuk sifat itu, sama la seperti perkataan ulama salaf yang lain: Tanpa Kaif.

Ketiga: نفي التفسير

Telah datang dalam ucapan para salaf berkenaan menafikan tafsir dalam nas-nas sifat, namun perlu kita fahami di sini, ketika munculnya ajaran Jahmiah, mereka menamakan takwilan jahat mereka terhadap nas-nas sifat sebagai tafsir sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam al-Darimi r.h dalam  Radd beliau ke atas al-Murisi [Rujuk Naqdu al-Darimi ‘ala al-Murisi al-Jahmi, juz 1].

Demikian juga perkataan Imam Ahmad bin Hanbal r.h:

قال الأثرم قلت لأبي عبد الله حدث محدث وأنا عنده بحديث يضع الرحمن فيها قدمه وعنده غلام فأقبل على الغلام فقال إن لهذا تفسيرا  فقال أبو عبد الله أنظر إليه كما تقول الجهمية سواء

Maksudnya: “Berkata al-Asram: Aku berkata kepada Abu Abdullah (Imam Ahmad): Seorang periwayat hadis telah meriwayatkan dan aku berada di sisinya tentang hadis: Al-Rahman meletakkan padanya (Jahannam) tapak kakiNya, di situ juga ada seorang budak lalu berkata si budak itu: hadis ini ada tafsirnya. Maka berkata Abu Abdullah: Lihatlah perkataan budak ini sama seperti perkataan Jahmiah”. [al-Uluww, 177, Ibtal al-Takwilat, Abu Ya’la, m.s 75].

Demikian juga mereka maksudkan tafsir sebagai mentafsir kaifiat sebagaimana dalam perkataan Abu Ubaid yang telah sebutnya:

سمعت أبا عبيد وذكر الباب الذي يروى فيه حديث الرؤية والكرسي و موضع القدمين وضحك ربنا وحديث أين كان ربنا فقال هذه أحاديث صحاح حملها أصحاب الحديث والفقهاء بعضهم عن بعض وهي عندنا حق لا نشك فيها ولكن إذا قيل لنا كيف وضع قدمه وكيف يضحك قلنا لا نفسر هذا ولا سمعنا أحدا يفسره

Maksudnya: “Aku mendengar Abu Ubaid menyebut bab yang diriwayatkan padanya hadis melihat Allah, al-Kursi adalah tempat meletak dua tapak kaki Allah, ketawa Tuhan kita, dan hadis Di mana Tuhan kita berada, maka beliau berkata: Hadis-hadis ini sahih dan dibawa oleh para Ashabul Hadis dan Fuqaha’  antara sesama mereka dan pada kami tiada keraguan padanya tetapi apabila ditanya bagaimana Dia meletakkan dua tapak kakiNya? Bagaimana Dia ketawa? Kami tidak akan menafsirkannya dan kami tidak pernah mendengar sesiapa pun menafsirkannya”. [al-Uluww lil Aliyyil Ghaffar, m.s 173].

Telah tetap juga daripada salaf mereka tidak ingkar akan tafsir yang sesuai dengan makna zahir seperti kata Sufian bin Uyainah r.h:

كل شيء وصف الله به نفسه في القرآن فقراءته تفسيره لا كيف ولا مثل

Maksudnya: “Semua yang Allah sifatkan pada diriNya dalam al-Quran maka bacaannya adalah tafsirannya tanpa kaif dan misal”. [al-Sifat, al-Daruqutni, m.s 55].

Maka segala penafian tafsir yang datang dalam perkataan salaf adalah menafikan tafsiran yang batil seperti perkataan Muhammad bin al-Hasan, Sahib Abu Hanifah r.h:

اتفق الفقهاء كلهم من الشرق إلى الغرب على الإيمان بالقرآن والأحاديث التي جاء بها الثقات عن رسول الله في صفة الرب عز و جل من غير تفسير ولا وصف ولا تشبيه فمن فسر شيئا من ذلك فقد خرج مما كان عليه النبي وفارق الجماعة فإنهم لم يصفوا ولم يفسروا ولكن آمنوا بما في الكتاب والسنة ثم سكتوا فمن قال بقول جهم فقد فارق الجماعة لأنه وصفه بصفة لا شيء

Maksudnya: “Telah sepakat  Fuqaha seluruhnya sama ada di timur mahupun barat untuk beriman dengan al-Quran dan al-Hadis yang datang daripada siqah daripada Rasulullah berkenaan sifat Tuhan Azza wa Jalla tanpa tafsir, tanpa menyifatkan, dan tanpa tasybih, maka sesiapa yang mentafsirkan sesuatu daripadanya maka telah terkeluar daripada jalan Nabi dan menyelisihi al-Jamaah kerana mereka tidak menyifatkan (memberi kaifiat) dan mentafsirkan tetapi beriman dengan apa yang ada dalam al-Kitab dan al-Sunnah kemudian mendiamkan diri maka sesiapa yang berkata seperti Jaham dia telah keluar dari Jamaah kerana dia menyifatkan Tuhan dengan bukan sesuatu (‘Adam/ Tidak wujud)”. [Zammut Takwil, m.s 14].

Jelas sebenarnya perkataan beliau ini menafikan tafsiran Jaham yakni Jahmiah dan sifat yang Jahmiah sandarkan kepada Allah Taala yang membawa kepada Tuhan itu tidak wujud. Maka tafsiran yang dinafikan adalah tafsiran yang menyalahi zahirnya dan tafwid makna termasuk tafsiran yang menyalahi zahir kerana menurut kaedah tafwid hendaklah dialihkan makna zahir kepada makna marjuh yang tidak diketahui melainkan Allah Taala.

Demikian lagi menafikan tafsir juga telah warid dalam perkataan salaf dalam masalah keimanan lain yang disepakati maklum maknanya seperti perkataan Ali al-Madini r.h:

وهذه الأحاديث التي جاءت : » ثلاث من كن فيه فهو منافق « جاءت على التغليظ ، نرويها كما جاءت ، ولا نفسرها ، مثل : » لا ترجعوا بعدي كفارا يضرب بعضكم رقاب بعض « ، ومثل : » إذا التقى المسلمان بسيفيهما فالقاتل والمقتول في النار « ، ومثل : » سباب المسلم فسوق ، وقتاله كفر « ، ومثل : » من قال لأخيه يا كافر فقد باء بها أحدهما « ، ومثل : » كفر بالله تبرء من نسب وإن دق « ، ونحو هذه الأحاديث مما ذكرناه ومما لم نذكره في هذه الأحاديث مما صح وحفظ ، فإنه يسلم له وإن لم يعلم تفسيره فلا يتكلم فيه ولا يجادل فيه ولا يتكلم فيه ما لم يبلغ لنا منه ولا نفسر الأحاديث إلا على ما جاءت ، ولا نردها .

Maksudnya: “dan hadis-hadis yang datang: “tiga perkara yang sesiapa ada padanya maka dia munafiq”, telah datang hadis ini sebagai peringatan keras, kami meriwayatkannya seperti mana ia datang dan tidak mentafsirkannya seperti: “Janganlah kamu kembali selepas kewafatanku menjadi kafir, saling berbunuhan”, dan misal: “Apabila bertemu dua muslim dengan pedang mereka maka yang membunuh dan yang dibunuh masuk ke neraka”, dan seperi: “Mencela muslim adalah fasiq, dan membunuhnya adalah kufur”, dan seperti: “Sesiapa berkata kepada saudaranya wahai kafir maka salah seorang mereka akan ditimpa dengan hukuman itu”, dan seperti: “Telah kufur pada Allah sesiapa yang menafikan nasab walaupun yang jauh”, dan seumpama hadis-hadis yang kami sebutkan dan apa yang kami tidak sebutkan tetapi telah sahih dan dihafaz, maka diserahkan kepadanya walaupun tidak diketahui tafsirnya dan janganlah seseorang berbicara padanya dan berdebat dengannya dan janganlah bercakap dengan sesuatu yang tidak kami ketahui akannya (daripada tafsiran) dan kami tidak mentafsirkan hadis-hadis ini kecuali sebagaimana ia datang dan kami tidak menolaknya”. [Syarah Usul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, 1/313].

Jelas maksud tafsir yang dinafikan adalah tafsiran yang menyeleweng seperti tafsiran Khawarij, Waiidiah, dan Muktazilah yang mengkafirkan kaum muslimin kerana semata-mata dosa besar, dan pada akhir perkataan beliau, beliau menetapkan tafsiran yang sahih. Maka demikianlah difahami perkataan salaf  berkenaan penafian tafsir dalam masalah sifat bukanlah menafikan makna zahir tetapi menafikan takwilan yang fasid sama ada secara Tafwid atau Takwil.

Selain itu, telah banyak dalil yang kami sebutkan Ulama salaf mentafsirkan makna Istiwa’ dengan ‘Ala, Istaqarra, dan Irtafa’a, demikian tafsiran al-Yadan (Dua tangan) kata Ibn Abbas r.a: “Dua tangan adalah dua tangan”, demikian juga al-Lalikaie menyatakan Ibn Abbas r.a ketika mentafsirkan makna:

بِأَعْيُنِنَا

Maksudnya: “dengan mata-mata Kami”.

Beliau mengisyaratkan kepada matanya menunjukkan maksud mata adalah mata yang difahami bahasa. [Syarah Usul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, 2/172].

Keempat:  السكوت

Asar-asar salaf juga menyatakan kewajipan berdiam diri terhadap nas-nas sifat, namun apakah makna berdiam diri ini? Adakah berdiam diri maknanya mendiamkan dari memahami maknanya sehingga berlawanan dengan firman Allah Taala:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” [Sad: 29].

Ayat ini menyuruh kita mentadabbur dan memahami makna-makna al-Quran sebagaimana yang kami sebutkan sebelum ini.

Cuba kita perhatikan ucapan-ucapan Ulama Salafi dalam masalah ini dan memahaminya sesuai dengan kaedah-kaedah mereka sendiri:

Ucapan Abu Ubaid r.h daripada Abbas al-Duri:

سمعت أبا عبيد القاسم بن سلام ، وذكر عنده هذه الأحاديث : « ضحك ربنا عز وجل من قنوط عباده ، وقرب غيره ، والكرسي موضع القدمين ، وأن جهنم لتمتلئ فيضع ربك قدمه فيها ، وأشباه هذه الأحاديث ؟ فقال أبو عبيد : » هذه الأحاديث عندنا حق يرويها الثقات بعضهم عن بعض إلا أنا إذا سئلنا عن تفسيرها قلنا : ما أدركنا أحدا يفسر منها شيئا ونحن لا نفسر منها شيئا نصدق بها ونسكت

Maksudnya: “Aku mendengar Abu Ubaid al-Qasim bin Salam disebut padanya hadis-hadis ini: “Tuhan kita Azza wa Jalla ketawa dengan sikap putus asa hamba-hambaNya sedangkan perubahan nasib malangnya amat hampir”, “dan kursi itu tempat Dua Tapak KakiNya”, “dan sesungguhnya Jahannam itu akan penuh dan Tuhan kamu akan meletakkan kakiNya padanya”, dan seumpama hadis-hadis ini? Maka jwab Abu Ubaid: “Hadis-hadis ini di sisi kami benar diriwayatkan oleh kaum siqah antara mereka kecuali apabila ditanya kepada kami berkenaan tafsirnya maka kami katakan: Tiada seorang pun yang kami ketahui mentafsirkannya dan kami tidak akan mentafsirkannya kami membenarkannya dan kami mendiamkan diri”. [Syarah Usul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, 2/467].

Kaum Mufawwidah yang menjadikan perkataan Abu Ubaid ini sebagai syubhat mereka amat malang di dunia dan akhirat kerana telah kami sebutkan perkataan Abu Ubaid ini sebagaimana yang diriwayatkan al-Zahabi r.h dengan sanad beliau sebagai berikut:

Al-Abbas al-Duri r.h berkata:

سمعت أبا عبيد وذكر الباب الذي يروى فيه حديث الرؤية والكرسي و موضع القدمين وضحك ربنا وحديث أين كان ربنا فقال هذه أحاديث صحاح حملها أصحاب الحديث والفقهاء بعضهم عن بعض وهي عندنا حق لا نشك فيها ولكن إذا قيل لنا كيف وضع قدمه وكيف يضحك قلنا لا نفسر هذا ولا سمعنا أحدا يفسره

Maksudnya: “Aku mendengar Abu Ubaid menyebut bab yang diriwayatkan padanya hadis melihat Allah, al-Kursi adalah tempat meletak dua tapak kaki Allah, ketawa Tuhan kita, dan hadis Di mana Tuhan kita berada, maka beliau berkata: Hadis-hadis ini sahih dan dibawa oleh para Ashabul Hadis dan Fuqaha’  antara sesama mereka dan pada kami tiada keraguan padanya tetapi apabila ditanya bagaimana Dia meletakkan dua tapak kakiNya? Bagaimana Dia ketawa? Kami tidak akan menafsirkannya dan kami tidak pernah mendengar sesiapa pun menafsirkannya”. [al-Uluww lil Aliyyil Ghaffar, m.s 173].

Jelas di sini adalah yang perlu kita diamkan adalah perbicaraan berkenaan kaifiat sifat bukan makna sifat. Oleh sebab ini al-Lalikaie r.h selepas mendatangkan riwayat Abu Ubaid ini beliau mendatangkan perkataan Imam Rabiah r.h:

وسئل ربيعة بن أبي عبد الرحمن عن قوله الرحمن على العرش استوى  فقال : الاستواء معقول ، والكيف مجهول

Maksudnya: “dan ditanya Rabiah bin Abu Abdul Rahman berkenaan firman Allah (maksudnya): “Al-Rahman yang bersemayam (meninggi) di atas Arasy”, maka jawab beliau: Istiwa’ itu ma’qul (difahami), dan kaifiatnya majhul (tidak diketahui)”.

Kalimah معقول  tidak akan digunakan kecuali pada perkara yang difahami maknanya sahaja, dan ucapan ini adalah ucapan yang sama diungkapkan Imam Malik bin Anas r.h sebagaimana telah lalu sebutnya.

Asyhab r.h meriwayatkan:

سمعت مالك بن أنس يقول: إياكم والبدع. فقيل: يا أبا عبد الله، وما البدع؟ قال: أهل البدع الذين يتكلمون في أسماء الله وصفاته وكلامه وعلمه وقدرته ولا يسكتون عما سكت عنه الصحابة والتابعون لهم بإحسان.

Maksudnya: “Aku mendengar Malik bin Anas berkata: Hati-hatilah kamu daripada bidaah. Maka ditanya: Wahai Abu Abdullah, apakah bidaah (yang kamu maksudkan)? Jawab beliau: Ahli Bidaah iaitulah yang bercakap berkenaan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya dan kalamNya dan ilmuNya dan QudratNya dan tidak pula mendiamkan diri daripada apa yang para Sahabat dan Tabiin (yang mengikut Sahabat) dengan baik diamkan”. [al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah, 1/140].

Sungguh geli hati dengan kaum Mufawwidah yang menjadikan perkataan Imam Malik ini sebagai dalil Tafwid kerana jelas yang diperintahkan supaya kita diamkan diri di sini adalah perkara yang tidak pernah dibicarakan para Ulama Salaf seperti kaifiat sifat  dan hakikat perkara-perkara ghaib dan jangan membuat pendapat-pendapat baharu yang menyalahi mazhab Salaf.

Imam al-Barbahari r.h menyatakan berkenaan masalah al-Qadar:

ونهى الرب جل اسمه الأنبياء عن الكلام في القدر ونهى النبي صلى الله عليه و سلم عن الخصومة في القدر وكرهه أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم والتابعون وكرهه العلماء وأهل الورع ونهوا عن الجدال في القدر فعليك بالتسليم والإقرار والإيمان واعتقاد ما قال رسول الله صلى الله عليه و سلم في جملة الأشياء واسكت عما سوى ذلك

Maksudnya: “dan Tuhan Jalla Ismuh telah melarang para Nabi daripada berbahas mengenai al-Qadar dan Nabi s.a.w juga telah melarang berdebat berkenaan Qadar dan membencinya juga para Sahabat Rasulullah s.a.w dan Tabiin, demikian juga para Ulama dan Ahli Wara’ membenci perbahasan berkenaan Qadar maka hendaklah kamu menyerah dan berikrar dan beriman serta berakidah sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam keseluruhan perkara dan diamkan diri daripada selain itu”. [Syarhus Sunnah, m.s 36].

Qadar maklum maknanya, takdir, qada dan qadar, namun hakikatnya, kaifiatnya adalah majhul dann janganlah kita mencari-cari bagaimana takdir kita kerana itu adalah rahsia Allah Taala, inilah yang dilarang para Ulama Salaf dan kita wajib mendiamkan diri dari membicarakan perkara ini. Demikian juga daripada mengadakan mazhab baharu yang menyalahi salaf seperti mengatakan perkara buruk itu diluar daripada takdir Allah Taala-Maha Suci Allah daripada bidaah ini-, maka perkara inilah yang diperintahkan supaya kita mendiamkan diri.

Kelima: التفويض

Syubhat yang paling utama dalam ucapan ulama salaf berkenaan Sifat Allah adalah kalimah Tafwid sendiri, sehingga mereka membawa perktaan-perkataan yang mengandungi tafwid ini dan diwar-warkan serta menafikan makna yang jelas daripada ucapan Ulama Salaf dalam menetapkan makna sifat.

Kata Imam al-Barbahari r.h:

وكل ما سمعت من الآثار شيئا مما لم يبلغه عقلك نحو قول رسول الله صلى الله عليه و سلم قلوب العباد بين أصبعين من أصابح الرحمن عز و جل وقوله إن الله ينزل إلى السماء الدنيا وينزل يوم عرفة وينزل يوم القيامة وإن جهنم لا يزال يطرح فيها حتى يضع عليها قدمه جل ثناؤه وقول الله تعالى للعبد إن مشيت إلي هرولت إليك وقوله خلق الله آدم على صورته وقول رسول الله صلى الله عليه و سلم رأيت ربي في أحسن صورة وأشباه هذه الأحاديث فعليك بالتسليم والتصديق والتفويض والرضا ولا تفسر شيئا من هذه بهواك فإن الإيمان بهذا واجب فمن فسر شيئا من هذا بهواه ورده فهو جهمي ومن زعم أنه يرى ربه في دار الدنيا فهو كافر بالله عز و جل

Maksudnya: “Semua yang kamu dengar daripada asar yang tidak sampai kepada akal kamu seperti perkataan Rasulullah s.a.w: Hati para hamba berada di antara dua jari daripada jari-jari Al-Rahman Azza wa Jalla, dan perkataan baginda: Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia dan turun pada hari Arafah dan turun pada hari miamat dan jahannam itu akan terus dihumban dalamnya isinya sehingga Allah meletakkan tapak kakiNya atasnya Jalla Sanauh, dan perkataan Allah kepada hambaNya: Jika kamu datang kepadaKu berjalan Aku datang kepadamu berlari-lari anak, dan sabda Nabi: Allah mencipta Adam dalam bentukNya dan kata Rasulullah s.a.w: Aku melihat Tuhanku dalam seelok-elok rupa, dan seumpamanya daripada hadis-hadis maka wajib atasmu menyerah (patuh) dan membenarkan dan tafwid dan reda dan janganlah kamu mentafsirkan sesuatu pun daripadanya dengan hawa nafsumu kerana beriman dengan semua ini adalah wajib sesiapa yang mentafsirkannya dengan hawa nafsunya dan menolaknya maka dia adalah Jahmi dan sesiapa yang menyangka bahawa dia melihat Tuhannya di dunia maka dia kafir dengan Allah Azza wa Jalla”. [Syarhus Sunnah, m.s 31-32].

Cuba perhatikan tempat yang digaris daripada perkataan Imam ini jelas menunjukkan makna yang perlu ditafwid adalah kaifiat sifat Allah Taala. Kenyataan ini perlu difahami dengan kenytaan Imam Rabiah dan Imam Malik kerana al-Barbahari menyatakan perkara yang tidak masuk di akal sedangkan makna Istiwa’ menurut Salaf Ma’qul demikianlah digunakan kepada semua sifat-sifat yang lain.

Demikian juga perkataan Abu Ubaid yang telah lalu sebutnya bahawa yang tidak boleh ditafsir dan tidak difahami adalah kaifiat sifat bukan makna zahir sifat itu sendiri. Apabila perkataan yang mujmal ini dikembalikan kepada perkataan Salaf yang jelas maka dengan mudah difahami, adapaun kaum mufawwidah yang suka beriman dengan sebahagian dan kufur dengan sebahagian maka berlakulah kesesatan yang keji.

Imam al-Barbahari r.h juga dalam kenyataan di atas bukan sekadar menyuruh kita tafwid bahkan hendaklah beriman dan membenarkan terlebih dahulu barulah ditafwid, di mana susunan perkataan beliau ini menimbulkan perasaan yang jelas bahawa yang ditafwid adalah kaifiat sifat bukan makna zahirnya.

Perlu dijelaskan juga bahawa makna tafwid di sisi Salaf tidak sama dengan fahaman di sisi kaum Asyairah dan Mufawwidah Makna kerana munurut salaf tafwid adalah menyerahkan bulat-bulat makna kaifiat sesuatu sifat dan hakikat perkara ghaib kepada Allah Taala adapun di sisi Asyairah sebagaimana yang telah maklum adalah sejenis takwil yang bermaksud mengubah makna zahir kepada makna marjuh.

Berkata Imam Ibn Qudamah r.h:

فيلزم حينئذ أن يكون الراسخون مخالفين للزائغين في ترك اتباع المتشابه مفوضين إلى الله تعالى بقولهم آمنا به كل من عند ربنا تاركين لابتغاء تأويله

Maksudnya: “Maka lazimlah ketika ini orang-orang yang rasikh itu menyalahi  kaum yang zaigh (yang condong mengikut mutasyabihat) dalam meninggalkan mengikut mutasyabihat dengan menyerahkan (tafwid) kepada Allah Taala melalui perkataan mereka: ‘Kami beriman dengannya semuanya daripada Tuhan kami meninggalkan mencari takwilnya…” [Zammut Takwil, m.s 38].

Perkataan Ibn Qudamah ini perlu difahami juga dengan penjelasan Salaf yang lebih jelas iaitu yang ditafwid adalah kaifiat sifat kerana telah kita jelaskan Ulama Salaf yang memilih untuk waqaf pada firman Allah: وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ   memahami makna mutasyabihat adalah hakikat dan kaifiat perkara ghaib bukan makna zahir perkara tersebut. Atas sangkaan baik bahawa Ibn Qudamah r.h adalah seorang Hanbali yang sangat memahami akidah Ahmad bin Hanbal dan lainnya daripada Ulama Salaf, adalah wajar kita fahami maksud beliau berkenaan tafwid adalah tafwid kaifiat sifat.

Ibn Qudamah r.h juga menjelaskan dalam menjawab syubhat bahawa salaf mengubah makna zahir Maiyyah (bersama) Allah dengan makhluk adalah bersama dengan ilmuNya:

قد ثبت بكتاب الله والمتواتر عن رسول الله وإجماع السلف أن الله تعالى في السماء على عرشه

Maksudnya: “telah sabit dengan Kitab Allah dan riwayat Mutawatir daripada Rasulullah dan Ijmak Salaf bahawa Allah Taala berada di langit di atas ArasyNya”. [Zammut Takwil, m.s 45-46].

Ibn Qudamah menyatakan maksud bersamanya Allah dengan makhlukNya difahami secara zahir sebagai bersama dengan ilmuNya bukan zatNya kerana telah sabit zat Allah berada di atas Arasy. Nah, adakah orang yang mufawwidah akan berkata begini? Sama sekali tidak, jadi tetaplah bahawa Ibn Qudamah mentafwid kaifiat bukan makna zahir.

Adapun berkenaan perkataan beliau dalam Lum’atul I’tiqad:

وكل ما جاء في القرآن أو صح عن المصطفى عليه السلام من صفات الرحمن وجب الإيمان به ، وتلقيه بالتسليم والقبول ، وترك التعرض له بالرد والتأويل والتشبيه والتمثيل . وما أشكل من ذلك وجب إثباته لفظا ، وترك التعرض لمعناه ونرد علمه إلى قائله ، ونجعل عهدته على ناقله اتباعا لطريق الراسخين في العلم الذين أثنى الله عليهم في كتابه المبين بقوله سبحانه وتعالى : { وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا } [ آل عمران : 7 ] ، وقال في ذم مبتغي التأويل لمتشابه تنزيله { فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ } [ آل عمران : 7 ] ، فجعل ابتغاء التأويل علامة على الزيغ ، وقرنه بابتغاء الفتنة في الذم ، ثم حجبهم عما أملوه ، وقطع أطماعهم عما قصدوه ، بقوله سبحانه : { وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ } .

Maksudnya: “dan semua yang datang dalam al-Quran atau sahih daripada al-Mustafa alaihissalam daripada sifat-sifat al-Rahman wajib beriman dengannya dan diterima  serta meninggalkan bantahan ke atasnya daripada penolakan, takwil, tasybih, dan tamsil. Dan apa yang musykil daripada itu wajib diisbatkan lafaznya dan janganlah dibantah maknanya dan kita kembalikan ilmunya kepada Penuturnya dan letakkan ikatannya dengan penyampainya kerana mengikut jalan orang-orang yang rasikh dalam ilmu yang telah dipuji Allah dalam kitabNya yang jelas dengan firmanNya s.w.t (maksudnya): “dan orang-orang yangb rasikh dalam ilmu berkata kami beriman dengannya semuanya datang daripada Tuhan kami” [Ali Imran: 7]. Dan Dia berfirman mencela mereka yang mencari takwil dalam perkara mutasyabihat ( maksudnya): “adapun mereka yang mempunyai kecenderungan dalam hati mereka maka mereka mengikuti mutasyabihat daripadanya mencari fitnah dan takwilnya sedangkan tiadalah yang mengetahui takwilnya kecuali Allah” [Ali Imran: 7], maka Dia jadikan alamat penyelewengan itu mncari-cari takwil dan disertakan dengan mencari-cari fitnah sebagai celaan kemudian Dia menutup cita-cita mereka dan memutuskan ketamakan mereka dengan firmanNya (maksud): “dan tiada yang tahu takwilnya melainkan Allah”. [Lum’atul I’tiqad, Ibn Qudamah al-Maqdisi, m.s 2].

Perbahasan beliau pada mulanya jelas menyatakan bahawa segala sifat yang sahih dalam al-Quran dan Hadis hendaklah diterima dan tidak ditolak sama ada secara takwil atau tasybih atau tamsil, jelas di sini beliau menetapkan makna zahir. Namun persoalan kedua di sini berkenaan nas-nas yang musykil, maka nas-nas yang berlakunya padanya isykal hendaklah ditetapkan lafaznya dan berdiam diri terhadap maknanya sehingga jelas perkara tersebut di sisi Ahli Ilmu.

Secara realitinya tidak ada ayat atau lafaz yang musykil pada al-Quran dan al-Hadis tetapi berlaku pada pemahaman sebahagian orang sahaja seperti Saidina Umar bin al-Khattab r.a ketika membaca firman Allah Taala:

وَفَاكِهَةً وَأَبًّا

Maksudnya: “ dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput,” [Abasa: 31].

Beliau berkata:

قد عرفنا الفاكهة. فما الأبّ؟ قال: لعمرك يا بن الخطاب إن هذا لهو التكلف

Maksudnya: “Kami telah tahu apakah itu ‘Fakihah’ (buah-buahan) tetapi apakah makna al-Abb? Kata beliau lagi: La’umruka wahai Umar, ini adalah penyusahan diri”. [al-Tabari, 24/229].

Maksud al-Abb menjadi musykil kepada Umar r.a kerana istilah ini jarang digunakan arab namun tidak bermakna tiada siapa yang tahu langsung akan maknanya bahkan Ibn Abbas r.a selakau Turjuman al-Quran (Penterjemah al-Quran) berkata:

الأبّ: نبت الأرض مما تأكله الدوابّ، ولا يأكله الناس.

Maksudnya: “al-Abb adalah tumbuhan bumi yang dimakan oleh haiwan melata tetapi tidak dimakan oleh manusia (yakni rumput rampai)”. [al-Tabari, 24/230].

Maka jelas di sini, makna yang ditafwid daripada sifat Allah Taala adalah kepada mereka yang tidak mengerti bahasa arab misalnya maka hendaklah dia menyerahkan kepada Ahli Tafsir Ahlis Sunnah wal Jamaah untuk menafsirkannya. Ini juga sesuai dengan perkataan Imam Ahmad bin Hanbal r.h:

ومن السنة اللازمة التي من ترك منها خصلة  لم يقلها ويؤمن بها لم يكن من أهلها : الإيمان بالقدر خيره وشره ، والتصديق بالأحاديث فيه ، والإيمان بها لا يقال لم ولا كيف ، إنما هو التصديق بها والإيمان بها ، ومن لم يعرف تفسير الحديث ويبلغه عقله فقد كفي ذلك وأحكم له ، فعليه الإيمان به والتسليم له ، مثل حديث الصادق والمصدوق ، وما كان مثله في القدر ، ومثل أحاديث الرؤية كلها ، وإن نبت عن الأسماع واستوحش منها المستمع فإنما عليه الإيمان بها ، وأن لا يرد منها جزءا واحدا وغيرها من الأحاديث المأثورات عن الثقات

Maksudnya: “dan daripada sunnah yang mesti yang jika ditinggalkan salah satu daripadanya tidak dinamakan seseorang itu mukmin dan bukan ahli iman: beriman dengan al-Qadar baik dan buruknya dan membenarkan hadis-hadis yang datang berkenaannya dan beriman dengannya tanpa dikatakan kenapa dan bagaimana, sesungguhnya ia adalah membernarkan dan iman (percaya) dengannya, dan sesiapa yang tidak memahami tafsir hadis dan dia telah sampai kepada pengetahuannya berkenaan hadis itu maka cukuplah baginya dan aku jatuhkan padanya hukum (daripada Iman dan Islam) maka wajib atasnya beriman dan menyerah seperti hadis al-Sadiq al-Masduq (iaitulah hadis: Sesungguhnya Allah menghimpun kejadian seseorang kamu dalam perut ibunya selama 40 hari….) dan yang seumpamanya berkenaan takdir dan seperti hadis rukyah (melihat Allah) dan jika datang pada pendengaran tetapi menimbulkan kepelikan pada pendengarnya maka wajib juga atasnya iman dan jangan ditolak walaupun satu juzuk daripadanya , hadis-hadis yang ma’sur daripada kaum siqah”. [Syarah Usul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, 1/311].

Jelas daripada perkataan Imam Ahmad ini, bukanlah menafikan makna tetapi kepada mereka yang musykil tidak memahami makna kerana kekurangan ilmu dirinya sendiri maka hendaklah diserahkan kepada Allah Taala akan ilmu berkenaannya dan hendaklah dia merujuk kepada yang ahli.

Maka Tafwid Makna bukan suatu kaedah untuk beriman dengan Naman-nama dan Sifat-sifat Allah Taala di sisi salaf kecuali kepada perseorangan tertentu berkaitan nas tertentu yang dia musykil kerana kelemahan ilmu yang ada pada dirinya untuk waktu tertentu sehingga dia belajar. Bahkan Tafwid makna di sini bukanlah seperti maksud Asyairah yang mengubah makna zahir kepada makna marjuh tetapi mendiamkan diri sama sekali sebagaimana tindakan saidina Umar r.a berkenaan makna ‘Abba’. [Rujuk: Mazhab Ahli al-Tafwid, m.s 95].

Dalil-dalil Sokongan:

Setelah kami jelaskan dengan panjang lebar berkenaan dalil-dalil yang jelas dan kukuh insya-Allah bahawa akidah Tafwid Makna bukanlah akidah salaf yang sebenar bahkan ianya adalah akidah bidaah yang tidak berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah, di sini kami akan datangkan beberapa dalil sokongan lagi menunjukkan yang mazhab Salaf benar-benar beriman dengan makna sifat sesuai dengan zahirnya tanpa tasybih dan takyif.

Pertama: Tuduhan Jahmiah Ahli Sunnah wal Jamaah Musyabbihah

Telah masyhur bahawa al-Jahmiah –Laknatullahi alaihim- menuduh Ulama Salaf sebagai Musyabbihah, berkata Imam al-Barbahari r.h:

وإذا سمعت الرجل يقول فلان مشبه أو فلان يتكلم بالتشبيه فاعلم أنه جهمي

Maksudnya: “dan apabila kamu mendengar seseorang berkata (kepada Ahli Sunnah wal Jamaah): dia itu musyabbih atau dia itu berakidah tasybih maka ketahuilah dia itu jahmi”. [Syarhus Sunnah, m.s 52]

Maka alamat seseorang itu Jahmiah menurut Ulama Salaf adalah menggelarkan Ahlis Sunnah wal Jamaah sebagai Jahmiah dan tuduhan Jahmiah ini walaupun tohmahan yang keji namun setiap keburukan itu disebaliknya ada kebaikan kepada Ahlis Sunnah wal Jamaah iaitulah menjadi bukti pula kepada kaum Mufawwidah yang menuduh Salaf sebagai mufawwidin bahawa mereka tidaklah sedemikian bahkan mereka menetapkan makna sifat sesuai dengan zahirnya.

Masakan jika Salaf itu Mufawwidah tidak menetapkan makna kepada Sifat bahkan mengalihkan maknanya kepada makna lain yang tidak diketahui, mereka dituduh sebagai Musyabbihah? Hanya orang yang menetapkan makna sifat sahaja akan dituduh sebagai Musyabbihah oleh kaum Jahmiah walaupun sebenarnya Salaf itu tidak pernah sama sekali mentasybih sifat Allah dengan sifat makhluk.

Ulama Salaf tegar dengan kaedah mereka:

أمروها بلا كيف

Maksudnya: “Biarkan ia tanpa diberi kaifiat”. [Tuhfatul Ahwazi, 3/267]

Imam al-Mubarakfuri r.h berkata dalam mensyarahakan perkataan Salaf di atas:

بصيغة الأمر من الامرار أي أجردها على ظاهرها ولا تعرضوا لها بتأويل ولا تحريف بل فوضوا الكيف إلى الله سبحانه وتعالى

Maksudnya: “dengan bentuk perintah berasal daripada al-Imrar yakni kekalkan ia atas zahirnya dan jangalah kamu mentakwil dan mentahrif  (mengubah makna zahir) bahkan serahkan kaifiatnya kepada Allah s.w.t”. [Ibid]

Imam al-Tarmizi r.h berkata:

وأما الجهمية فأنكرت هذه الروايات وقالوا هذا تشبيه وقد ذكر الله عز و جل في غير موضع من كتابه اليد والسمع والبصر فتأولت الجهمية هذه الآيات ففسروها على غير ما فسر أهل العلم وقالوا إن الله لم يخلق آدم بيده وقالوا إن معنى اليد ههنا القوة وقال إسحق بن إبراهيم إنما يكون التشبيه إذا قال يد كيد أو مثل يد أو سمع كسمع أو مثل سمع فإذا قال سمع كسمع أو مثل سمع فهذا التشبيه وأما إذا قال كما قال الله تعالى يد وسمع وبصر ولا يقول كيف ولا يقول مثل سمع ولا كسمع فهذا لا يكون تشبيها

Maksudnya: “dan adapun al-Jahmiah mereka ingkar akan riwayat-riwayat ini (sifat-sifat Allah Taala) dan berkata: Ini Tasybih, sedangkan Allah Azza wa Jalla telah menyatakan di banyak tempat dalam KitabNya berkenaan (sifat) tangan, mendengar, dan melihat lalu al-Jahmiah mentakwilkan ayat-ayat ini dan mentafsirkannya dengan tafsiran yang menyalahi tafsiran Ahli Ilmu dan mereka berkata: Allah tidak mencipta Adam dengan TanganNya dan berkata makna tangan adalah kekuatan dan berkata Ishaq bin Ibrahim: Sesungguhnya yang dikatakan taysbih itu adalah dia berkata tangan seperti tangan (makhluk) atau seumpama tangan makhluk atau mendengar seperti mendengar makhluk atau seumpama mendengar makhluk, maka jika dia berkata seperti ini inilah tasybih adapun jika dia berkata bagi Allah tangan, pendengaran, dan penglihatan tetapi tidak diberikan kaifiat dan tidak berkata seperti mendengar makhluk maka ini bukanlah tasybih”. [Sunan al-Tarmizi, 3/50, cet. Dar Ihya’ al-Turas al-Arabi].

Jelas dalam kenyataan Imam al-Tarmizi ini bahawa Jahmiah menuduh Salaf Musyabbihah kerana mereka menetapkan makna zahir. Demikian juga Ulama Salaf mentafsir sifat sesuai dengan zahirnya tanpa tasybih dan takyif menunjukkan bahawa makna sifat difahami.

Kedua: Persaksian Beberapa Ulama Kalam Bahawa Salaf Tidak Tafwid

Tidak semua kaum al-Asyairah menuduh kaum Salaf sebagai Mufawwid bahkan ada antara mereka mengakui bahawa kaum salaf beriman dengan makna zahir. Antara Ulama al-Asyairah ini adalah al-Qadi Abu Bakar Ibn al-Arabi al-Maliki, beliau menyatakan dalam kitab beliau ‘Aridatul Ahwazi Syarah Sunan al-Tarmizi:

ومذهب مالك رحمه الله أن كل حديث منها معلوم المعنى ولذلك قال للذي سأله الاستواء معلوم والكيفية مجهولة…

Maksudnya: “dan mazhab Malik r.h bahawa semua hadis daripadanya (berkenaan sifat-sifat Allah) maklum maknanya kerana itu beliau berkata kepada orang yang bertanya kepada beliau: Istiwa’ itu maklum dan kaifiatnya majhul…” [Aridatul Ahwazi, 3/166, cet. Darul Kutub al-Ilmiah, Beirut-Lubnan].

Imam  al-Qurtubi al-Maliki r.h berkata:

وقد كان السلف الأوّل رضي الله عنهم لا يقولون بنفي الجهة ولا ينطقون بذلك ، بل نطقوا هم والكافّة بإثباتها لله تعالى كما نطق كتابه وأخبرت رسله . ولم ينكر أحد من السلف الصالح أنه استوى على عرشه حقيقة . وخص العرش بذلك لأنه أعظم مخلوقاته ، وإنما جهلوا كيفية الاستواء فإنه لا تعلم حقيقته . قال مالك رحمه الله : الاستواء معلوم يعني في اللغة والكَيْف مجهول ، والسؤال عن هذا بدعة . وكذا قالت أم سلمة رضي الله عنها . وهذا القدر كافٍ ، ومن أراد زيادة عليه فليقف عليه في موضعه من كتب العلماء . والاستواء في كلام العرب هو العلوّ والاستقرار .

Maksudnya: “dan adalah kaum Salaf yang terdahulu radiallahu’anhum tidak pernah menyatakan berkenaan penafian jihat (arah) dan mereka tidak pula mengucapkannya bahkan mereka semuanya bersepakat menetapkannya (Istiwa’) bagi Allah Taala seperti mana yang ditetapkan oleh KitabNya dan diberitahu para RasulNya. Dan tidak ada seorang pun daripada Ulama Salaf Soleh mengingkari bahawa Allah Taala itu bersemayam secara hakiki di atas arasyNya dan dikhususkan dengan arasy kerana ia adalah makhluk Allah yang paling besar tetapi mereka hanya tidak mengetahui kaifiat Istiwa maka tidak diketahui hakikatnya. Berkata Malik r.h: Istiwa itu maklum yakni pada bahasa dan kaifiatnya majhul, dan bertanya tentang ini (kaifiat) adalah bidaah. Demikian juga pernaytaan Ummu Salamah r.a. Cukuplah sekadar ini dan mereka yang hendak perbahasan yang lebih maka lihatlah di tempatnya dalam kitab-kitab Ulama. Dan Istiwa dalam bahasa Arab itu Meninggi dan Menetap”. [Tafsir al-Qurtubi, 1/2130-2131].

Jelas pernaytaan dua Imam besar yang dinisbahkan kepada Mazhab al-Asyairah oleh kaum al-Asyairah ini mengiktiraf bahawa akidah salaf bukanlah tafwid tetapi Isbat makna sesuai dengan zahirnya pada bahasa. Kami tidaklah menafikan akidah al-Qurtubi dan Ibn al-Arabi sendiri dalam masalah sifat terdapat kegelinciran-semoga Allah mengampuni dan merahmati mereka dengan rahmatNya yang luas- namun mereka ini termasuk kaum yang insaf dan menerangkan kebenaran yang sebenar-benarnya berkenaan akidah salaf.

Ketiga: Celaan Salaf kepada Kaum Takwil

Akidah Takwil Tafsili dan Takwil Ijmali (Tafwid Makna) adalah ibarat dua ranting dari dahan yang sama atau adik beradik kandung seibu sebapa. Oleh sebab itu, mereka yang menerima Tafwid Makna tidak akan menolak Takwil Tafsili, berikut penjelasan seorang al-Asyairah yang sangat taksub, Imam al-Subki r.h:

ثم أقول للأشاعرة قولان مشهوران في إثبات الصفات هل تمر على ظاهرها مع اعتقاد التنزيه أو تؤول والقول بالإمرار مع اعتقاد التنزيه هو المعزو إلى السلف وهو اختيار الإمام في الرسالة النظامية وفي مواضع من كلامه فرجوعه معناه الرجوع عن التأويل إلى التفويض ولا إنكار في هذا ولا في مقابلة فإنها مسألة اجتهادية أعني مسألة التأويل أو التفويض مع اعتقاد التنزيه

Maksudnya: “Kemudian aku berkata: Bagi al-Asyairah dua pendapat yang masyhur dalam menetapkan sifat adakah dibiarkan zahirnya dengan iktiqad tanzih (tafwid makna) atau ditakwil dan pendapat Imrar (mebiarkan) dengan tanzih adalah yang disandarkan kepada Salaf dan inilah pilihan Imam dalam Risalah Nizamiah (Imam al-Haramain) dan dalam beberapa tempat perkataan beliau, maka rujuk beliau dari takwil kepada tafwid tidaklah boleh diinkarkan kerana ianya masalah ijtihad yakni sama ada untuk mentakwil atau mentafwid dengan diiktiqad tanzih”. [Tabaqat al-Syafiiah al-Kubra, 5/121].

Maka disisi al-Asyairah masalah Takwil Ijmali (Tafwid) atau Takwil Tafsili adalah perkara Ijtihad, tidak perlu ingkar mengingkari. Ini memang logik kerana Tafwid dan Takwil sama-sama bermaksud mengalihkan lafaz dari makna zahirnya.

Namun telah sabit kaum salaf mengingkari Takwil dan membidaahkan mereka yang mentakwil sifat dan memasukkan mereka sebagai kaum Jahmiah, maka tetaplah pada akal bahawa kaum Salaf tidak mengubah makna zahir. Perkara ini jelas seperti perkataan Imam al-Tarmizi yang telah kita sebutkan terdahulu.

Imam al-Baghawi r.h pula berkata:

وأولت المعتزلة الاستواء بالاستيلاء

Maksudnya: “dan telah mentakwil al-Muktazilah al-Istiwa dengan al-Istila’…” [Tafsir al-Baghawi, 3/235].

Mantiq yang dapat kita lakukan adalah: “Semua yang mentakwil adalah Muktazilah, Muktazilah adalah sesat, natijahnya: Semua yang mentakwil adalah sesat”.

Jika kaum Salaf berakidah Tafwid sebagaimana yang difahami al-Asyairah, maka tidaklah perlu mereka bersusah payah menyesatkan kaum yang mentakwil kerana pada dasarnya mereka juga mentakwil tetapi jelas mereka tidaklah demikian bahkan mereka memahami sesuai dengan makna zahir tanpa tasybih dan takyif.

Keempat: Perbezaan Istilah

Telah kita jelaskan beberapa kali dalam risalah ini, terdapat perbezaan istilah atau lafaz yang digunakan antara mufawwidah dengan Salaf dalam menetapkan sifat. Sebagai tanbih kepada mereka yang terlepas pandanga kami nyatakan di sini perbezaan tersebut:

Kaum Salaf apabila mereka dalam menetapkan sifat akan menyatakan: “Biarkan ia tanpa diberi kaifiat”, “Istiwa’ itu maklum, kaifiatnya majhul”, dan “Biarkan ia sebagaimana yang datang”.

Kaum Mufawwidah akan menyebut: “Istiwa’ yang tidak diketahui, tangan yang tidak diketahui, mata yang tidak diketahui, dan sebagainya semuanya dengan tidak diketahui yakni maknanya dan tidak akan menafikan kaifiat kerana perkara yang tidak maklum maknanya tidak perlu dinafikan kaifiatnya.

Perbezaan istilah ini jelas menunjukkan bahawa Akidah Salaf bukanlah akidah Tafwid bahkan Akidah Isbat Makna Tafwid Kaifiat. Wallahua’lam.

TAFWID: ANTARA MAKNA DAN KAIFIAT (I)

29 Mei

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Antara Tauhid yang perlu diimani dan diamalkan oleh seorang mukmin muslim adalah Tauhid al-Asma’ wal Sifat yakni mengesakan Allah Taala dalam Nama-namaNya yang Maha Elok dan Sifat-sifatNya yang Maha Sempurna. Namun, setelah munculnya aliran pemikiran yang menyeleweng dalam kalangan kaum muslimin seperti al-Jahmiah, al-Muktazilah, al-Kullabiah, al-Asyairah, dan al-Maturidiah yang kesemua mereka ini berkiblat kepada hawa nafsu dalam memahami nas-nas al-Quran dan al-Hadis umat Islam telah terpecah kepada beberapa golongan dalam masalah Sifat-sifat Allah Taala.

Antara golongan yang termasyhur dalam masalah ini adalah kaum Mutaawwilah yakni mereka yang melakukan takwil tafsili dengan mengubah makan sifat-sifat Allah Taala kepada makna yang sesuai dengan hawa nafsu mereka dan terdapat pula kaum yang disebut sebagai Mufawwidah yakni mereka melakukan takwil Ijmali dengan menyatakan bahawa sifat-sifat Allah Taala ini makna yang zahirnya tidak dikehendaki bahkan hanya Allah jua yang mengetahui maknanya.

Kedua-dua kaum ini merupakan pecahan daripada al-Asyairah dan al-Maturidiah yang diiktiraf di rata-rata negara Islam dewasa ini sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah (yakni secara batil dan tertipu), namun akidah Tafwid yang dicetuskan oleh mereka tidaklah mendapat sambutan hangat daripada pengikut aliran ini sendiri.

Namun, apa yang menjadi tragedi adalah disandarkan akidah Tafwid ini sebagai akidah yang diikuti oleh al-Salaf al-Soleh ridwanullahi alaihim ajmain. Ini merupakan musibah yang dahsyat dan fitnag yang jelek kepada kaum Salaf yang termasuk dalam kalangan mereka itu Rasulullah s.a.w dan para Sahabat baginda ridwanullahi alaihim ajmain. Oleh itu, menjadi satu kesedaran tanggungjawab untuk saya menjelaskan kekeliruan yang amat kabur ini supaya kita tidak tertipu dan terjebak ke dalam najis Ilmu Kalam ini.

Takrif Tafwid:

Kalimah Tafwid (تفويض) adalah masdar kepada kalimah ‘Fawwada’, ‘Yufawwidu’ (فوَّض، يفوِّض) seperti dalam perkataan arab: فوَّضت الأمر إليك ertinya: “Aku menyerahkan urusan ini kepada kamu”. Allah Taala berfirman menceritakan perkataan Ahli keluarga Firaun yang beriman:

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ

Maksudnya: “dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku)…” [al-Mu’min/Ghafir: 44].

Imam al-Mufassirin Ibn Jarir al-Tabari r.h menyatakan tafsir ayat ini sebagai berikut:

وأسلم أمري إلى الله، وأجعله إليه وأتوكل عليه، فإنه الكافي من توكل عليه.

Maksudnya: “dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah, meletakkannya pada kehendakNya, dan bertawakkal kepadaNya, kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mencukupi bagi sesiapa yang bertawakkal kepadaNya”. [Tafsir al-Tabari, 21/394].

Maka Tafwid daripada segi bahasa adalah ‘menyerahkan’ demikian dinamakan jawatan Perdana Menteri dalam syarak sebagai Wizarah al-Tafwid kerana ketua negara (sama ada Raja, Presiden, dan lainnay) akan menyerahkan segala urusan pentadbiran kepadanya untuk dilaksanakan bagi pihak Ketua Negara tersebut. [Rujuk: al-Mawardi, al-Ahkam al-Sultaniah, Bab Kedua: Perlantikan Kementerian, m.s 36].

Adapun Tafwid dalam masalah nas-nas Sifat Allah Taala bermksud: “Mengubah lafaz daripada zahirnya tetapi tidak menetapkan makna yang dikehdendaki bahkan menyerahkan makna lafaz itu kepada Ilmu Allah dengan berkata: ‘Allah lebih mengetahui akan maksudnya’”. [Mazhab Ahli al-Tafwid fi Nusus al-Sifat , Dr. Ahmad bin Abdul Rahman al-Qadi, m.s 18, cet. Ke-2 , Tab’ah Muktasarah, 2003 M].

Dalam Nazam Akidah Asyairah yang terkenal, Jauhirah al-Tauhid, Ibrahim al-Laqqoni berkata:

وَكُلُّ نَصٍّ أَوْهَمَ التَّشْبِيْهَا * أَوِّلْهُ أَوْ فَوِّضْ وَرُمْ تَنْزِيْهَا

Maksudnya: “Dan tiap-tiap nas yang memberi sangka akan keserupaan, maka takwilkanlah dia atau serahkan (kepada Allah) dan maksudkankanlah untuk mensucikan”.

[Rujuk: Permata Ilmu Tauhid (terjemhan Syarah Jauhirah al-Tauhid lil Bajuri), m.s 202, Pustaka Jiwa Kuala Lumpur, 2000].

Al-Bajuri ketika mensyarahkan bait ini berkata:

“Perkataan Musannif dengan  أَوْ فَوِّضْ maksudnya: Bahawa sesudah takwil Ijmali yakni memalingkan lafaz daripada zahirnya serahkanlah makna yang dikehendaki dari nas yang memberi persangkaan itu kepada Allah Taala sebagaiman dia adalah mazhab salaf…” [Ibid, m.s 203].

Jelas dalam perkataan al-Bajuri ini, maksud Tafwid adalah memalingkan nas daripada makna yang zahir  tetapi berbeza dengan takwil, kita tidak menyatakan apakah makna sebenar nas itu, maka tafwid dinamakan juga Takwil Ijmali.

Berkata al-Bajuri:

“Perkataan Musannif dengan   وَرُمْ تَنْزِيْهَا ertinya: Dan bermaksudlah untuk mensucikan Allah Taala dari apa-apa yang tidak layak dengannya beserta menyerahkan ilmu perihal maknanya yang dikehendaki. Maka nampaklah apa yang telah ditetapkan adanya kesepakatan dari ulama salaf dan khalaf atas takwil Ijmali kerana mereka memalingkan nas yang memberi persangkaan zahirnya yang mustahil atas Allah Taala. Akan tetapi mereka berselisih pendapat sesudah yang demikian itu dalam hal menentukan makna yang dikehendaki dari nas tersebut atau tidak menentukannya”. [Ibid, 203].

Maka jelas daripada kenyataan ini maksud Tafwid di sisi kaum al-Asyairah dan konco-konco mereka adalah takwil tetapi secara ijmali yakni meyakini bahawa lafaz-lafaz sifat itu tidaklah mengandungi makna yang difahami secara zahir tetapi makna lafaz itu adalah hanya Allah jua yang mengetahuinya. Maka apabila terdapat ayat yang menyatakan Allah Taala beristiwa’ (bersemayam) di atas Arasyh maka menurut fahaman Tafwid maksud Istiwa’ adalah majhul (tidak diketahui) sedang menurut kaum yang takwil tafsili mereka berkata Istiwa’ bermakna Istila’ (menguasai). [Ibid: 205].

Sifat-sifat yang ditakwil sama ada secara Ijmali atau Tafsili ini di sisi mereka bukanlah semua sifat tetapi sifat yang mereka namakan sebagai sifat-sifat mutasyabihat atau sam’iyyat seperti Wajah, Tangan, Mata, Kaki, Turun, Istiwa, dan seumpamanya. Adapun sifat-sifat Wujud, Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhu Taala lil Hawadis, Qiyamuhu bi Nafsih, Wahdaniah, Qudrah, Iradah, Ilmu, Hayat, dan Kalam maka ini tidak ditafwid atau ditakwil bahkan dijelaskan. [Mazhab Ahli al-Tafwid fi Nusus al-Sifat, m.s 18].

Asas Pembentukan Akidah Tafwid:

Jika diperhatikan daripada kenyataan Ulama al-Asyairah di atas, asas manhaj Tafwid mempunyai dua rukun. Rukun yang pertama dikongsi padanya dengan manhaj Takwil (yakni Takwil Tafsili iaitu:

Pertama: Ayat-ayat dan hadis-hadis Sifat yang mutasyabihat ini (menurut sangkaan mereka) adalah nas yang membawa kepada penyerupaan Tuhan dengan makhluk. Maka tidak ada zahir pada nas ini kecuali tasybih dan taswir dengan apa yang ada pada makhluk.

Kedua: Makna nas-nas ini tidak diketahui oleh makhluk bahkan disembunyi oleh Allah Taala akan maknanya dan tidak mungkin dapat kita tentukan makna yang sebenar. [Ibid, 19, dan al-Sawiq al-Mursalah, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, m.s 423].

Hasil daripada penjelasan ini, menurut kaum Mufawwidah, nas-nas sifat adalah umpama rumuz (bahasa isyarat dan simbol), tidak difahami apakah maknanya tetapi yang mengetahui maknanya hanyalah yang mencipta rumuz itu atau mereka yang diberitakan berkenaannya. Manhaj Tafwid dengan ini menyandarkan kejahilan kepada para Ulama Salaf ridwanullahi alaihim ajmain di mana mereka ini tidak mengetahui dan tidak memahami makna-makna nas ini seumpama kita tidak faham bahasa ayam dan itik. Oleh itu, Imam Ibn Qayyim menamakan mereka ini sebagai Ahli Tajhil (Kaum yang menjahilkan Salaf). [al-Sawaiq al-Mursalah, 422-423].

Sebab Munculnya Mazhab Tafwid:

Syeikh Ahmad al-Qadi Hafizahullah menyatakan terdapat lima sebab yang membawa kepada wujudnya mazhab Tafwid dan penisbatannya kepada Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah al-Salafiah:

1-       Kefahaman yang salah berkenaan mazhab Salaf.

2-       Kemasukan unsur-unsur akal yang batil terutama Ilmu Kalam dan Falsafah Aristotle.

3-       Takut orang-orang awam yang jahil terjebak dalam tasybih (ini terdapat unsur penaruh sufi di mana mereka membahagikan manusia kepada awam dan khawas).

4-       Jahil dan sangkaan bahawa mazhab tafwid adalah mazhab yang sahih.

5-       Cubaan untuk keluar daripada pertelingkahan dan mencari titik kesamaan pada sangkaan mereka. (Hal ini berlaku kepada Hasan al-Banna r.h apabila cuba hendak menyatukan Salafi dan kaum bidaah dalam partinya al-Ikhwan). [Mazhab Ahli al-Tafwid, m.s 41 dan rujuk juga muka surat sebelumnya].

Kefahaman yang salah berkenaan manhaj salaf berlaku apabila terdapat kalangan kaum al-Asyairah yang cuba hendak memahami akidah Salaf namun mereka melihatnya daripada kaca mata manhaj kalam mereka yang batil. Demikian juga mereka ini mengikut mutasyabihat daripada perkataan Ulama Salaf seperti yang akan kita bentangkan dalam perbahasan menolak syubhat mereka.

Mutasyabihat dalam perkataan salaf tidak dapat dinafikan kewujudannya kerana mutasyabihat berlaku dalam Kalam Allah Taala yang bukan makhluk maka lebih utama berlaku dalam kalam makhluk yang daif. Demikian Ahli Kalam mereka terlalu mengikut mutasyabihat dalam al-Quran dan Hadis maka amat mudah untuk mereka terjebak dalam mengikut mutasyabihat dalam perkataan salaf.

Manhaj Tafwid merupakan manhaj yang marjuh di sisi Ulama al-Asyairah bahkan yang rajih menurut mereka adalah manhaj Takwil Tafsili namun kerana hendak menjaga hati sekutu dan rakan separti seperti yang berlaku kepada Hasan al-Banna r.h, maka manhaj Tafwid ini telah dihidupkan semual dan diulang-ulang oleh pemimpin mereka selepas beliau seperti Fathi Yakan dalam Maza Yakni Intimai lil Islam.

Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dalam Masalah Sifat.

Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan bagi Allah Taala sifat-sifat yang sabit dalam al-Quran dan al-Sunnah tanpa menyamakan dengan makhluk dan tidak juga mentakwilnya. Mereka memahami nas-nas sifat sesuai dengan makna zahirnya tanpa melakukan takwil sama ada ijmali (tafwid) atau tafsili.

Dasar yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah adalah firman Allah Taala:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya: “tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” [al-Syura: 11].

Dalam ayat ini Allah Taala menetapkan bahawa diriNya tidak menyamai dengan sesuatu pun daripada makhluk dan pada akhir ayat ini Allah Taala menetapkan bagi zatNya sifat mendengar dan melihat. Maka al-Quran dalam masalah sifat Allah Taala mengambil jalan pertengahan antara manhaj Mu’attilah dan Nufat yang menafikan bagi Allah Taala sifat dan Manhaj Musyabbihah dan Mumassilah yang menyamakan antara Allah dan makhluk atau makhluk dengan Allah Taala.

Imam Nuaim bin Hammad r.h berkata:

من شبه الله بشيء من خلقه فقد كفر،ومن أنكر ما وصف الله به نفسه فقد كفر، وليس فيما وصف الله به نفسه ولا رسوله تشبيه

Maksudnya: “Sesiapa yang menyamakan Allah dengan sesuatu daripada makhlukNya maka dia telah kafir, dan sesiapa yang mengingkari suatu sifat yang Allah sifatkan kepada diriNya maka dia telah kafir, dan tidak ada dalam perkara yang Allah dan RasulNya sifatkan kepada diriNya itu tasybih (penyamaan dengan makhluk)”. [Syarah al-Tahawaih, Ibn Abil Izz  al-Hanafi, m.s 117 & 118, cet. Darul Salam].

Pernyataan Guru Imam al-Bukhari r.h ini jelas menunjukkan bahawa antara iktiqad salaf juga mereka sama sekali tidak pernah melihat atau berpandangan ayat-ayat dan nas-nas sifat merupakan nas yang mengandungi tasybih pada zahirnya.

Dalam Taqrib Tadmuriah dinyatakan:

الأصل الأول في الصفات وهو : أن يوصف الله بما وصف به نفسه وبما وصفته به رسله إثباتا بلا تمثيل، وتنزيها بلا تعطيل كما جمع الله تعالى بينهما في قوله: { لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ }

Maksudnya: “Asal pertama dalam masalah Sifat adalah: Hendaklah disifatkan Allah dengan apa yang Dia sifatkan kepada diriNya dan dengan apa yang RasulNya sifatkan kepada diriNya, penetapan yang tidak mengandungi padanya tamsil (penyamaan dengan makhkluk), penyucian yang tidak pula membawa kepada ta’til (menafikan sifat) seperti mana Allah Taala telah menghimpunkan antara keduanya dalam firmanNya:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya: “tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” [al-Syura: 11].” [Taqrib al-Tadmuriah li Ibn Taimiah, Allamah Ibn Usaimin, Majmuk Fatawa wa Rasil Ibn Usaimin, 4/112].

Maka Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan bagi Allah Taala itu sifat bukan lafaz sifat, dua perkara ini berbeza sama sekali kerana Sifat itu menurut bahasa arab: Isim (kata nama) yang menunjukkan kepada makna atau zat (Syarah Ibn Aqil, 3/140).

Demikian juga perkataan (Kalam) Allah dan Rasul itu merupakan kalam yang suci dan sempurna maka hendaklah mengandungi makna. Takrif kalam sendiri dalam kalangan ulama nahu adalah: Lafaz yang memberi faedah yakni membawa makna yang berfaedah, adapun kalam yang tidak memberi faedah maka ia adalah kalam yang tidak suci dan keadaan ini ternafi pada wahyu sama ada al-Quran atau al-Sunnah.

Demikian juga telah sabit dalam bahasa Sifat itu adalah daripada jenis isim, dan isim itu sesuatu yang menunjuk kepada makna dengan dirinya sendiri tanpa diikat dengan zaman. Jika kita mengatakan  bahawa lafaz-lafaz ini tidak membawa apa-apa makna atau makna yang tidak difahami maka ini menetapkan sifat sia-sia kepada Allah Taala dan tindakan ini adalah kufur yang jelas-nauzubillah min zalik-.

Berkata Imam Abu Usman Ismail al-Sabuni r.h:

وكذلك يقولون في جميع الصفات التي نزل بذكرها القرآن، ووردت بها الأخبار الصحاح من السمع والبصر والعين والوجه والعلم والقوة والقدرة، والعزة والعظمة والإرادة، والمشيئة والقول والكلام، والرضا والسخط والحياة، واليقظة والفرح والضحك وغرها من غير تشبيه لشيء من ذلك بصفات المربوبين المخلوقين، بل ينتهون فيها إلى ما قاله الله تعالى، وقاله رسوله صلى الله عليه وآله وسلم من غير زيادة عليه ولا إضافة إليه، ولا تكييف له ولا تشبيه، ولا تحريف ولا تبديل ولا تغيير، ولا إزالة للفظ الخبر عما تعرفه العرب، وتضعه عليه بتأويل منكر، ويجرونه على الظاهر، ويكلون علمه إلى الله تعالى، ويقرون بأن تأويله لا يعلمه إلا الله، كما أخبر الله عن الراسخين في العلم أنهم يقولونه في قوله تعالى: (والراسخون في العلم يقولون: آمنا به، كل من عند ربنا. وما يذكر إلا أولو الألباب).

Maksudnya: “dan demikian juga mereka beriman dengan semua sifat yang turun padanya al-Quran membicarakan berkenaannya dan datang khabar yang sahih  seperti mendengar, melihat, mata, wajah, ilmu, kekuatan, kudrat, kemuliaan, kebesaran, kehendak, masyiah, perkataan dan berkata-kata, reda, marah, hidup, jaga (tidur tidur), gembira, ketawa, dan selainnya tanpa menyamakan dengan sesuatupun daripada sifat itu dengan makhluk bahkan mereka berhenti setakat apa yang Allah katakan dan RasulNya sallallahu alaihi wa ala Aalihi wa sallam katakan tanpa menambah, menyandarkannya kepada sesuatu, memberi kaifiat, menyerupakan, mengubah, mengganti, dan merubah, dan tidak juga menghilangkan lafaz khabar daripada apa yang diketahui (maknanya) di sisi orang Arab dengan memberikan takwil yang munkar bahkan mereka melalukan atas zahirnya dan menyandarkan ilmunya kepada Allah dan mengakui bahawa hakikat sebenar (kaifiat) tidak diketahui siapa pun kecuali Allah seperti mana diberitakan Allah berkenaan orang-orang yang kukuh dalam ilmu mereka berkata seperti dalam firman Allah Taala (maksudnya): “dan orang-orang Yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya Dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” dan tiadalah Yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang Yang berfikiran”. [Ali Imran: 7]”. [Akidah al-Salaf Ashabul Hadis, Abu Usman Al-Sabuni, m.s 3].

 

Pernyataan beliau ini jelas bahawa Ulama Salaf memahami makna sifat sesuai dengan khitab yang Allah Taala gunakan yang bahasa Arab yang Mubin (fasih), mereka tidak melakukan takwil sama ada ijmali mahupun tafsili. Maka dakwaan kaum al-Asyairah dan al-Maturidiah bahawa kaum Salaf melakukan takwil ijmali adalah tidak benar sama sekali.

Imam Ibn Abdil Barr r.h menyatakan setelah mendatangkan hadis-hadis berkenaan sifat Allah Taala seperti Istiwa (bersemayam) dan nuzul (turun) dan perkataan salaf berkenaannya:

أهل السنة مجمعون على الإقرار بالصفات الواردة كلها في القرآن والسنة والإيمان بها وحملها على الحقيقة لا على المجاز إلا أنهم لا يكيفون شيئا من ذلك ولا يحدون فيه صفة محصورة وأما أهل البدع والجهمية والمعتزلة كلها والخوارج فكلهم ينكرها ولا يحمل شيئا منها على الحقيقة ويزعمون أن من أقر بها مشبه وهم عند من أثبتها نافون للمعبود والحق فيما قاله القائلون بما نطق به كتاب الله وسنة رسوله وهم أئمة الجماعة والحمد لله

Maksudnya: “Ahli Sunnah bersepakat untuk berikrar dengan sifat-sifat yang warid semuanya dalam al-Quran dan al-Sunnah dan beriman dengannya dan membawanya kepada makna hakiki bukan majazi tetapi mereka tidak memberikan kaifiat suatupun daripada sifat itu, tidak menghadkan dalam bentuk tertentu, adapun Ahli Bidaah, al-Jahmiah, dan al-Muktazilah semuanya dan al-Khawarij, kesemua mereka mengingkarinya dan tidak membawanya kepada makna hakiki dan menyangka sesiapa yang berikrar dengannya adalah musyabbihah sedangkan mereka ini di sisi kaum yang menetapkanny (Ahli Sunnah) adalah kaum yang menafikan Tuhan dan yang benar itu berada bersama mereka yang berpendapat sesuai dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya iaitulah Imam-imam al-Jamaah wal Hamudlillah”. [al-Tamhid lima fi al-Muwatta’ minal Ma’ani wal Asanid, 7/145].

Jelas daripada perkataan Ibn Abdil Barr ini bahawa kaum salaf memahami nas-nas sifat dengan makanany yang hakiki bukan makna majazi maka mereka dengan itu menetapkan makna bagi nas-nas ini bukan lafaz semata-mata.

Demikian juga setelah menyebutkan ayat-ayat berkenaan Istiwa’ (bersemayam) Allah Taala di atas ArasyNya beliau berkata:

وهذه الآيات كلها واضحات في إبطال قول المعتزلة وأما ادعاؤهم المجاز في الاستواء وقولهم في تأويل استوى استولى فلا معنى له لأنه غير ظاهر في اللغة ومعنى الاستيلاء في اللغة المغالبة والله لا يغالبه ولا يعلوه أحد وهو الواحد الصمد ومن حق الكلام أن يحمل على حقيقته حتى تتفق الأمة أنه أريد به المجاز إذ لا سبيل إلى اتباع ما أنزل إلينا من ربنا إلا على ذلك وإنما يوجه كلام الله عز وجل إلى الأشهر والأظهر من وجوهه ما لم يمنع من ذلك ما يجب له التسليم ولو ساغ ادعاء المجاز لكل مدع ما ثبت شيء من العبارات وجل الله عز وجل عن أن يخاطب إلا بما تفهمه العرب في معهود مخاطباتها مما يصح معناه عند السامعين والاستواء معلوم في اللغة ومفهوم وهو العلو والارتفاع على الشيء والاستقرار والتمكن فيه قال أبو عبيدة في قوله تعالى: {اسْتَوَى} قال علا قال وتقول العرب استويت فوق الدابة واستويت فوق البيت وقال غيره استوى أي انتهى شبابه واستقر فلم يكن في شبابه مزيد

Maksudnya: “Semua ayat-ayat ini jelas dalam membatalkan pendapat Muktazilah, adapun dakwaan mereka berkenaan majaz dalam istiwa’ dan perkataan mereka takwil istawa’ dengan istaula (menguasai) maka tiada makna baginya kerana makna ini tidak zahir pada bahasa dan makan al-Istila’ dalam bahasa adalah ‘mughalabah’(merebut dan merampas) sedangkan Allah Taala tidaklah direbut dan dikuasai sesiapa pun (yakni takwilan ini membawa kepada makna Allah merampas Arasyh daripada orang lain), sedang Dia lah yang Maha Esa lagi Maha Menjadi Tumpuan dan di antara hak kalam itu dibawa kepada makna hakiki sehinggalah umat bersepakat bahawa maknanya majaz kerana tiada cara bagi kita untuk mengikut perintah yang diturunkan kepada kita kecuali dengan cara ini (membawa asal kalam kepada hakikat) dan sesungguhnya dibawa kalam Allah itu kepada makna yang paling masyhur dan paling zahir selama tidak ada penghalang daripada itu, yang mewajibkan kita menyerah kepadaNya. Jika boleh sesiapa sahaja sesuka hati mendakwa majaz maka tiadalah ibarat yang kekal pada maknanya lagi dan maha luhur Allah Azza wa Jalla daripada Dia bercakap kecuali dengan apa yang difahami orang Arab yang telah terbiasa dalam percakapan mereka yang difahami maknanya pada pendengarnya, dan Istiwa itu maklum pada bahasa lagi difahami iaitulah al-Uluw dan al-Irtifa’ (Meninggi) atas sesuatu dan menetap padanya. Berkata Abu Ubaidah dalam mentafsirkan firman Allah Taala:  اسْتَوَى  kata beliau: maksudnya ‘Ala (meninggi) , berkata orang arab: ‘aku beristiwa di atas tunggangan dan aku beristiwa di atas rumah. Berkata selain beliau: istawa yakni berhenti keremajaannya dan tetap maka tidak bertambah lagi umur remajanya”. [Ibid, 7/131].

Jelas dalam penjelasan beliau ini kaum salaf tidaklah mentafwid makna sama sekali bahkan mereka memahami makna nas sifat dengan jelas namun mereka tidak menyamakan cara (kaifiat sifat tersebut) dengan kaifiat sifat makhluk. Jika mereka tidak memahami makna nas-nas sifat mana mungkin mereka mentafsirkan istiwa’ dengan Uluww dan Irtifa’ (meninggi)?. Demikianlah batilnya dakwaan al-Asyairah terhadap salaf.

Imam al-Zahabi r.h berkata:

فَالحَقّ أَنْ يَقُوْلَ:إِنَّهُ سمِيْع بَصِيْر، مُرِيْدٌ متكلّم، حَيٌّ عَلِيْم، كُلّ شَيْء هَالك إِلاَّ وَجهَهُ، خلق آدَمَ بِيَدِهِ، وَكلَّم مُوْسَى تَكليماً، وَاتَّخَذَ إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلاً، وَأَمثَال ذَلِكَ، فَنُمِرُّه عَلَى مَا جَاءَ، وَنَفهَمُ مِنْهُ دلاَلَةَ الخِطَابِ كَمَا يَليق بِهِ تَعَالَى، وَلاَ نَقُوْلُ:لَهُ تَأْويلٌ يُخَالِفُ ذَلِكَ.

Maksudnya: “Maka yang benarnya hendaklah dia berkata: Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar, melihat, berkehendak, berkata-kata, hidup, mengetahui, semua benda akan musnah kecuali wajahNya, Dia mencipta Adam dengan tanganNya, bercakap dengan Musa dengan sebenar-benar percakapan, dan mengambil Ibarahim sebagai Khalil (kekasih) dan seumpama demikian, kita jalankan sebagaimana ia datang dan kita fahami daripadanya dilalah al-Khitab seperti yang layak bagiNya Taala dan kita tidak berkata: Baginya takwil yang menyalahi lafaz itu”. [Siyar A’lam al-Nubalaa, 19/499].

Pernyataan al-Zahabi ini terang bagaikan mentari bahawa nas-nas sifat tidak ada baginya makna melainkan apa yang difahami daripada dilalah khitab yang difahami Arab, tidak boleh kita berkata baginya ada takwil yang lain selain dilalah Khitab. Perkataan al-Zahabi ini menafikan dua akidah batil iaitu Tafwid yang menyatakan makna zahir nas tidak dikehendaki bahkan baginya takwil yang diketahui Allah sahaja, dan menolak juga Takwil (Tafsili) yang berkata maksud nas adalah begini dan begitu atau tafsirannya begini dan begitu.

Namun kaum Mufawwidah berpegang dengan mutasyabihat perkataan Imam al-Zahabi yang menunjukan seolah tafwid makna dan melupakan perkataan beliau yang jelas dan muhkam ini sebagaimana kita akan terangkan nanti.

Antara dalil kaum salaf menetapkan makna tetapi mentafwidkan kaifiat sifat kepada Ilmu Allah Taala adalah perkataan mereka yang masyhur ketika ditanya: Bagaimana Allah itu beristiwa’?

Jawab mereka:

استواؤه معقول وكيفيته مجهولة وسؤالك عن هذا بدعة وأراك رجل سوء

Maksudnya: “IstiwaNya adalah ma’qul (difahami akal maknanya) dan kaifiatnya majhul (tidak diketahui) dan soalan kamu ini bidaah dan aku berpendapat kamu ini seorang lelaki yang teruk”. [al-Tamhid lima fil Muwatta’ minal Ma’ani wal Asanid, Ibn Abdil Barr, 7/138].

Ucapan ini diucapkan oleh Imam Malik bin Anas r.h, Imam Ahli Madinah ketika seorang lelaki bertanya beliau bagaimana Allah bersemayam. Jika makna sifat ini tidak diketahui sama sekali sebagaimana dakwaan al-Asyairah maka jawapan yang sepatut diberi adalah sebagaimana kata kaum Mufawwidah dalam kitab mereka: “Istiwa’ yang tidak kita mengetahuinya”. [Permata Ilmu Tauhid (terjemahan Syarah al-Bajuri atas Jauhirah al-Tauhid), m.s 205].  Lihatlah perbezaan jawapan yang diberi oleh Imam Malik dengan jawapan kaum Mufawwidah, maka jelas menunjukkan bahawa kaum Salaf mengetahui makna nas-nas sifat namun yang dijahili adalah kaifiatnya oleh kerana itu mereka menafikan kaifiat bukan makna. Jika makna nas ini majhul maka tidak perlu sama sekali menafikan kaifiat seperti perkataan mufawwidah yang kita nyatakan itu.

Imam Ibn Qutaibah al-Dainuri r.h ketika menjawab syubaht takwil sifat al-Yad (tangan) pada hak Allah Taala berkata:

فإن قال لنا: ما اليدان ههنا قلنا هما اليدان اللتان تعرف الناس كذلك قال ابن عباس في هذه الآية: اليدان اليدان وقال النبي صلى الله عليه وسلم: كلتا يديه يمين فهل يجوز لأحد أن يجعل اليدين ههنا نعمة أو نعمتين وقال: لما خلقت بيدي [ص: 75] فنحن نقول كما قال الله تعالى وكما قال رسوله ولا نتجاهل ولا يحملنا ما نحن فيه من نفي التشبيه على أن ننكر ما وصف به نفسه ولكنا لا نقول كيف اليدان ولئن سئلنا نقتصر على جملة ما قال ونمسك عما لم يقل.

Maksudnya: “Jika bertanya dia kepada kita: Apakah maksud dua tangan di sini (yakni dalam ayat 64 surah al-Maidah) kita katakan: maksud adalah dua tangan yang diketahui manusia akan maknanya demikianlah berkata Ibn Abbas berkenaan ayat ini: Dua tangan maksudnya Dua tangan dan bersabda Nabi s.a.w: Kedua tanganNya adalah kanan. Maka adakah boleh bagi seseorang untuk mantafsir makna dua tangan di sini sebagai nikmat atau dua nikmat. Berfirman Allah (maksudnya): kepada apa yang Aku cipta dengan dua tanganKu [Sad: 75] Maka kita berkata seperti mana Allah Taala kata dan RasulNya kata dan kita tidak akan menjahilkan (maknanya) dan tidaklah pula kerana kita menafikan persamaan (antara Allah dan makhluk) menyebabkan kita mengingkari apa yang Allah telah sifatkan kepada diriNya tetapi kita tidak akan berkata: Bagaimana dua tangan itu? Dan jika kita ditanya kita hanya cukup menjawab dengan perkataan yang Dia telah katakan dan kami berhenti (menahan diri) daripada apa yang tidak dikatakanNya”. [al-Ikhtilaf fil Lafz wal Raddu ‘alal Jahmiah wal Musyabbihah, Ibn Qutaibah al-Dainuri, m.s 41-42, cet. Dar al-Rayah].

Demikian jelas sekali perkataan seorang Imam yang mulia ini yang telah disepakati para Ulama akan kemuliaan dan kesahihan akidahnya. Adapun tuduhan bahawa beliau ini musyabbihah hanyalah dilontarkan oleh mereka yang tidak memahami akidah salaf sahaja dan Imam al-Zahabi r.h dengan keras membantah sesiapa sahaja yang mempertikaikan Ibn Qutaibah al-Dainuri, bahkan al-Silafi r.h mengecam al-Hakim kerana mendustakan Ibn Qutaibah dan berkata: Ibn Qutaibah daripada orang yang siqah dan Ahli Sunnah. [Siyar, 13/299].

Dalil yang jelas juga datang daripada seorang lagi Ulama Lughah yang digelar oleh al-Zahabi sebagai Sahib al-Sunnah yang merupakan gelaran kepada Imam-imam Ahli Sunnah wal Jamaah [Siyar, 10/687] menunjukkan bahawa kaum salaf beriman dengan lafaz dan makna sifat Allah:

وأنبأنا الأزهري أنبأنا محمد بن العباس أنبأنا نفطويه حدثنا داود بن علي قال كان عند ابن الأعرابي فأتاه رجل فقال يا أبا عبد الله ما معنى قوله تعالى الرحمن على العرش استوى قال هو على عرشه كما أخبر فقال الرجل ليس كذاك إنما معناه إستولى فقال اسكت ما يدريك ما هذا العرب لا تقول للرجل إستولى على الشيء حتى يكون له فيه مضاد فأيهما غلب قيل إستولى والله تعالى لا مضاد له وهو على عرشه كما أخبر

Maksudnya: “dan meriwayatkan kepada kami (al-Zahabi) al-Azhari (katanya) memberitakan kepada kami Muhammad bin al-Abbas (katanya) meriwayatkan kepada kami Naftuwaih (katanya) memberitakan kepada kami Daud bin Ali kata beliau: Adalah di sisi Ibn al-A’rabi lalu datang seorang lelaki berkata: Wahai Abu Abdillah apakah makna firmanNya (maksudnya): al-Rahman yang bersemayam (beristiwa) di atas Arasy. Kata Ibn al-A’rabi: Dia berada di atas ArasyNya seperti mana yang dia beritakan. Maka berkata lelaki itu: Bukan begitu maksudnya tetapi maknanya adalah Istaula (menguasai) maka berkata Ibn al-A’rabi: Diamlah! Apa yang mendapatkan engkau berkata begini, ini bukan bahasa Arab, tidak dikatakan kepada seseorang: Dia berIstaula atas sesuatu kecuali baginya lawan maka sesiapa yang berjaya menawan benda tersebut maka dikatakan padanya: Dia beristaula atasnya (menguasai secara rampas) sedangkan Allah tiada lawan bagiNya dan Dia berada di atas ArasyNya seperti mana yang Dia beritakan”. [al-Uluww lil Aliyyil Ghaffar, al-Zahabi, no. 490, m.s 180].

Lihatlah perbezaan antara soalan yang diajukan kepada Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah apabila ditanya: ‘Bagaimana Allah beristiwa?’ dengan apabila ditanya: ‘Apakah maksud Istiwa?’. Mereka tidak ingkar kepada orang yang bertanya maksud istiwa’ bahkan mereka menjawab sesuai dengan makna bahasa arab kerana seperti kata Imam Malik r.h Istiwa itu maklum yakni maknanya.

Lihat pula Imam Ahmad bin Hanbal r.h mentafsirkan maksud Istiwa:

فقال يوسف بن موسى القطان شيخ أبي بكر الخلال قيل لأبي عبد الله الله فوق السماء السابعة على عرشه بائن من خلقه وقدرته وعلمه بكل مكان قال نعم هو على عرشه ولا يخلو شيء من علمه

Maksudnya: “Maka berkata Yusuf bin Musa al-Qattan Guru Abu Bakar al-Khallal: ditanya kepada Abu Abdillah (Imam Ahmad): “Allah itu berada di atas (fauqa) langit yang ketujuh di atas arasyNya terpisah daripada makhlukNya sedangkan kudrat dan ilmuNya meliputi semua tempat?” Jawab beliau: Ya, Dia berada di atas ArasyNya dan IlmuNya tidak lekang daripada suatu pun”. [al-Uluww, no.474, m.s 176].

Seorang sahabat yang mulia, Abdullah bin Rawahah r.a bersyair:

شهدت بأن وعد الله حق … وأن النار مثوى الكافرينا

 وأن العرش فوق الماء طاف … وفوق العرش رب العالمينا

Maksudnya: “Aku bersaksi bahawa sesungguhnya janji Allah itu benar dan neraka itu tempat kembalinya orang-orang kafir, dan sesungguhnya Arasy berada di atas air ia bertawaf dan di atas Arasy (fauqal Arsy) berada Tuhan sekalian alam”. [al-Uluww, no. 83, m.s 49].

Telah sabit banyak sekali perkataan salaf sama ada daripada Sahabat, Tabiin mahupun Tabi Tabiin menggunakan kalimah ‘Fauqal Arsy’ menggantikan ‘Istawa ‘alal Arsy’, maka jika makna nas ini tidak diketahui mana mungkin mereka akan mengubah lafaznya, jika benar salaf hanya beriman dengan lafaz tanpa makna mana mungkin mereka akan mengubah apa-apa lafaz yang warid kerana mereka tidak tahu apakah maknanya istiwa itu. Jelas para salaf mentafsirkan Istawa ‘ala dengan makna Fauqa yakni ‘Ala wa Irtafa’a (meninggi/ di atas).

Kalimah ‘Bain’ (terpisah) daripada makhlukNya menunjukkan bahawa Allah Taala bersemayam di atas Arasy dengan zatNya kerana jika ‘berada di atas Arasy’ itu majaz seperti perkataan manusia: ‘Kedudukan raja lebih tinggi daripada menteri’, maka ini bukan sahaja khusus bagi Arasy bahkan semua makhluk itu rendah kedudukannya daripada Allah dan Allah lebih tinggi daripada mereka. Namun, yang dimaksudkan di sini adalah Allah berada di atas ArasyNya dengan zatNya kerana itu mereka menyebut: IlmuNya meliputi semua tempat.

Imam al-Muzanni al-Syafii r.h berkata:

ولا كان ربنا ناقصا فيزيد جلت صفاته عن شبه المخلوقين عال على عرشه بائن عن خلقه

Maksudnya: “dan tidaklah Tuhan kita itu kurang lalu bertambah maha luhurlah Sifat-sifatNya daripada menyamai makhluk, Dia meninggi di atas ArasyNya terpisah daripada makhlukNya”. [al-Uluww,no. 495, m.s 185].

Jika kaum salaf tidak memahami makna nas sifat masakan mereka mentafsir istawa dengan ‘Ala dan jika meninggi Allah itu hanya nisbi bukan hakiki masakan disebut ‘bain’ yakni terpisah daripada makhlukNya. Para Ulama Salaf menyebut kalimah ini untuk menolak Jahmiah yang berakidah Allah berada di semua tempat dengan zatNya, maka difahami apabila Salaf menyatakan Allah Taala berada di atas Arasy terpisah daripada makhlukNya adalah dikehendaki yang berada di atas Arasy Zat Allah Taala jika tidak tiadalah faedah pada kalam mereka ini.

Riwayat daripada Abdullah bin Jaafar al-Razi r.h berikut menjelaskan hal ini:

قال محمد بن يحيى الذهلي أخبرني صالح بن الضريس قال جعل عبد الله يضرب رأس قرابة له يرى برأي جهم فرأيته يضرب بالنعل على رأسه ويقول لا حتى تقول الرحمن على العرش استوى بائن من خلقه

Maksudnya: “Berkata Muhammad bin Yahya al-Zahli: telah memberiathu kepadaku Soleh bin al-Doris katanya: Adalah Abdullah memukul kepada seorang ahli kerabatnya yang berfahaman Jahmiah maka aku lihat dia memukulnya dengan selipar di kepala lelaki itu dan berkata: Aku tidak akan berhenti sehingga kau berkata: al-Rahman berada di atas Arasy terpisah daripada makhlukNya”. [al-Uluww, no.441, m.s 161].

Ali bin al-Hasan bin Syaqiq r.h berkata:

قلت لابن المبارك كيف نعرف ربنا قال في السماء السابعة على عرشه ولا نقول كما تقول الجهمية انه ههنا وههنا

Maksudnya: “Aku bertanya kepada Ibn al-Mubarak: Bagaimana kita mengenal Tuhan kita? Jawab beliau: Dia berada di atas langit ke tujuh di atas ArasyNya dan tidak kita berkata seperti Jahmiah bahawa Dia berada di sini dan sini”. [Isbat Sifatil Uluw, Ibn Qudamah al-Maqdisi, m.s 117 & 118].

Jelas bahawa yang dimaksudkan berada meninggi di atas Arasy itu adalah meninggi zat Allah Taala di atas Arasy bukan sekadar tinggi kebesarannya seperti pendapat Mutaawwilah (kaum yang mentakwil secara tafsil) atau Ketinggian yang tidak diketahui sebagaimana kata Mufawwidah (kaum yang mentakwil secara ijmal). Secara langsung ini menunjukkan para Ulama Salaf memahami makna nas sifat dan mereka beriman dengan zahirnya yang memang zahir nas itu tidak pernah sama sekali membawa makna tasybih atau tamsil dengan makhlukNya Taala.

Imam Ibn Jarir al-Tabari r.h, Syeikhul Mufassirin wal Muarrikhin dalam tafsir beliau dengan jelas menetapkan makna bagi sifat Allah Taala antaranya sifat al-Istiwa’ :

وقوله( الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى ) يقول تعالى ذكره: الرحمن على عرشه ارتفع وعلا.

Maksudnya: “dan firmanNya:  ( الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى )  (maksudnya: al-Rahman yang bersemayam di atas Arasy), Allah Taala menyatakan bahawa: Dialah al-Rahman yang berada di atas Arasy meninggi di atasnya”. [Tafsir al-Tabari, 18/270].

Imam Ibn Jarir r.h dalam kitab beliau khusus dalam ilmu akidah, al-Tabsir fi Ma’alim al-Din (bukan al-Tabsir fi al-Din karangan al-Razi al-Asy’ari) berkata:

فنثبت كل هذه المعاني  التي ذكرنا أنها جاءت بها الأخبار والكتاب والتنزيل على ما يعقل من حقيقة الإثبات وننفي عنه التشبيه فنقول: يسمع جل ثناؤه الأصوات لا بخرق في أذن ولا جارحة كجوارح بني آدم. وكذلك يبصر الأشخاص ببصر لا يشبه أبصار بني آدم التي هي جوارح لهم. وله يدان ويمين وأصابع وليست جارحة ولكن يدان مبسوطتان بالنعم على الخلق لا مقبوضتان عن الخير. ووجه لا كجوارح الخلق من دم ولحم. ونقول يضحك إلى من شاء من خلقه ولا نقول ذلك كشر عن أسنان. ويهبط كل ليلة إلى سماء الدنيا.

Maksudnya: “Maka kami sabitkan (tetapkan) semua makna-makna yang kami sebutkan yang telah datang padanya akan khabar, al-Kitab, dan al-Tanzil (al-Quran) atas apa yang difahami daripada hakikat isbat dan kami nafikan sebarang tasybih maka kami katakan: ‘Dia mendengar –Jalla Sana uh- segala suara tanpa lubang telinga dan anggota seperti anggota mansia. Demikian juga Dia melihat dengan penglihatan yang tidak sama dengan penglihatan mansuia yang merupakan anggota mereka dan bagiNya dua tangan, tangan kanan, jari-jari yang bukan anggota tetapi dua tangan yang terbuka dengan nikmat-nikmat kepada makhlukNya bukan tertutup daripada kebaikan. BaginNya wajah yang tidak sama dengan anggota makhluk yang terdiri daripada darah dan daging dan kami beriktiqad bahawa Dia ketawa kepada sesiapa yang Dia kehendaki daripada makhlukNya dan kami tidak mengatakan ianya dengan terbuka gigi dan Dia turun ke langit dunia setiap malam”. [al-Tabsir fi Ma’alim al-Din, m.s 142, cet. Dar al-Asimah].

Apa yang kami petik ini jelas menunjukkan bahawa Ibn Jarir r.h menetapkan makna sehingga beliau menamakan sifat-sifat dengan ‘ma’ani’ (makna-makna) kerana seperti yang kami jelaskan sifat itu adalah isim yang menunjukkan kepada makna atau hakikat. Demikian kita lihat beliau menafikan kaifiat sifat dan persamaan dengan makhluk. Jika beliau hanya beriman dengan lafaz tanpa makna maka tidak perlulah beliau bersusah payah menafikan kaifiat sifat dan menolak tasybih demikian rupa, cukuplah sekadar beliau berkata: ‘Bagi Allah wajah, tangan, dan jari-jari yang tidak kita ketahuinya’. [Rujuk Pertama Ilmu Tauhid, m.s 211].

Demikian juga jika kita hanya perlu beriman dengan lafaz sahaja tanpa makna maka tidak boleh kita mengubah lafaznya seperti tindakan Ibn Jarir r.h yang mengubah lafaz nuzul (yanzilu) kepada hubut (yahbitu), ini menunjukkan makna yanzilu (turun) diketahui maknanya oleh sebab itu beliau mentafsirkan makna Yanzilu (turun) dengan perkataan seertinya Yahbitu (turun).

Perkataan Ulama Salaf ridwanullah alaihim ajmain apabila ditanya berkenaan masalah-masalah nas-nas sifat  dan lainnya daripada perkara Iman dan akidah mereka menjawab:

  أمروها كما جاءت بلا كيف

Maksudnya: “Jalankannya seperti mana ia datang tanpa memberikan kaifiat”. [Syarah Usul al-I’tiqad Ahli al-Sunnah wal Jamaah, al-Lalikaie, 2/469].

Jelas daripada perkataan Ulama Salaf ini, nas-nas sifat tidak diubah daripada asalnya sama ada secara takwil tafsili mahupun takwil ijmali (yakni tafwid). Perlu difahami bahawa setiap ayat al-Quran itu datang secara bermakna, tidak ada ayat al-Quran yang asalnya tiada makna kerana jika tiada makna maka tidaklah dinamakannya sebagai ‘Kalam’. Maka apabila ulama salaf berkata biarkan ia sebagaimana ia datang maksudnya fahamilah ia sebagaimana ia datang dengan maknanya yang zahir.

Perintah ini juga membawa kepada makna kita tidak boleh mengubah makna nas-nas itu, jika kita mentafwid maknanya maka kita telah mengubah makna nas itu kerana tafwid itu maksudnya di sisi al-Asyairah: “Mengubah makna zahir tanpa menentukan makna tertentu”. Jadi dengan tafwid kita telah lari daripada asal keadaan nas itu datang maka ternafilah akidah tafwid daripada salaf. Demikian juga penafian kaifiat menunjukkan ditetapkan bagi nas ini makna kerana jika tiada makna tiadalah faedah menafikan kaifiat lagi, cukuplah dikatakan: “Allah lebih mengetahui akan maknanya” sebagaimana perkataan sebahagian  mufassirin terhadap huruf-huruf hijaiyah pembuka surah.

Ulama Salaf tidak pernah membezakan antara sifat mendengar, melihat, qudrah, iradat, wajah, tangan, istiwa’, nuzul dan lainnya dalam kaedah beriman iaitu hendaklah dijalankan sebagaimana ia datang tanpa diberi kaifiat. Maka jelas semua makna sifat ini maklum maknanya, sebagaimana makna sama’ (mendengar) maklum (diketahui) maka demikian juga makna Wajah, jika makna melihat itu diketahui maka demikian juga makna tangan dan tangan kanan, maklum, namun semua sifat ini majhul dari segi kaifiatnya.

Lihat perkataan Imam al-Baghawi r.h ini:

ويد الله صفة من [صفاته] كالسمع، والبصر والوجه، وقال جل ذكره: “لما خلقت بيدي”(ص، 75)، وقال النبي صلى الله عليه وسلم: “كلتا يديه يمين”  والله أعلم بصفاته، فعلى العباد فيها الإيمان والتسليم.

Maksudnya: “dan tangan Allah adalah satu sifat daripada sifat-sifatNya seperti mendengar, melihat, dan wajah. Allah Jalla Zikruh berfirman (maksudnya): “kepada apa yang Aku ciptakan dengan dua tanganKu” [Sad: 75], dan Nabi s.a.w bersabda (maksudnya): “Kedua-dua tanganNya adalah kanan”, dan Allah jua lebihn mengetahui berkenaan sifat-sifatNya maka atas para hamba beriman dan menyerah”. [Tafsir al-Baghawi, 3/77].

Jelas huruf ‘kaf’ tasybih digunakan menyamakan kedudukan kaedah iman dengan sifat wajah dan tangan dengan sifat mendengar dan melihat, maka apa masalahnya jika al-Asyairah boleh menerima makna al-Sama’ dengan mendengar sebagaimana maknanya yang zahir mereka terima juga wajah dan tangan dengan maknanya yang zahir?.  Mungkin si Asy’ari al-Mudill (yang menyesatkan) ini akan berkata: Sifat Mendengar dan Melihat adalah sifat yang sabit dengan akal dan naqal sementara sifat wajah, tangan, dan lain-lain adalah sifat khabariah yang sabit dengan naqal sahaja. Baik mari kita lihat kenyataan Ulama Salaf adakah betul perbezaan ini:

ولله تعالى ذكره أسماء وصفات جاء بها كتابه وأخبر بها نبيه صلى الله عليه وسلم أمته لا يسع أحدا من خلق الله قامت عليه الحجة بأن القرآن نزل به وصح عنده قول رسول الله صلى الله عليه وسلم فيما روي عنه به الخبر منه خلافه، فإن خالف ذلك بعد ثبوت الحجة عليه به من جهة الخبر على ما بينت فيما لا سبيل إلى إدراك حقيقة علمه إلا حسا فمعذور به الجهل به الجاهل لأن علم ذلك لا يدرك بالعقل ولا بالروية والفكرة. وذلك نحو إخبار الله تعالى ذكره إيانا أنه سميع بصير وأن له يدين لقوله (بل يداه مبسوطتان) وأن له يمينا لقوله (والسموت مطويت بيمينه) وأن له وجها لقوله (كل شيء هالك إلا وجهه) ….إلخ

Maksudnya: “dan bagi Allah Taala Zikruh nama-nama dan sifat-sifat yang datang dengannya KitabNya dan diberitahu NabiNya s.a.w kepada umat baginda yang tidak boleh bagi sesiapa pun daripada makhluk Allah yang telah tegak padanya hujah bahawa al-Quran turun menyatakannya dan sahih daripada hadis Rasulullah s.a.w berkenaan khabarnya untuk menyalahinya, jika dia menyalahinya juga setelah didirikan hujah daripada khabar (naqal) seperti yang telah aku jelaskan dalam perkara yang tidak jalan untuk mengetahuinya kecuali secara hissi maka dia diberi uzur atas kejahilannya kerana ilmu berkenaan perkara seperti ini tidak dapat diketahui dengan fikiran. Perkara ini adalah seumpama pemberitahuan Allah Taala Zikruh kepada kita bahawa Dia maha mendengar, melihat, dan sesungguh bagiNya dua tangan sebagaimana firmanNya (maksud): “bahkan dua tanganNya terbuka”, dan bagiNya tangan kanan sebagaimana firmanNya (maksud): “dan langit-langit digulung dengan tangan kananNya”, dan bagiNya wajah sebagaimana firmanNya (maksud): “semua benda akan musnah kecuali wajahNya”…” [al-Tabsir fi Ma’alim al-Din, Imam al-Tabari, m.s 133-134].

Nah, jelas di sini Imam al-Tabari r.h menyatakan bahawa sifat-sifat Allah Taala mendengar, melihat, dua tangan, tangan kanan, wajah, dan lain-lain adalah hanya sabit melalui khabar (naqli) bukan aqli sebagaimana dakwaan Ahli Kalam selama ini. Maka jika sifat Sama’ dan Basar itu maklum maknanya maka demikian juga sifat Yad, Wajah, Istiwa’ dan lain-lain maklum maknanya, majhul kaifiatnya, demikianlah kaedah ulama salaf: Perbicaraan pada sebahagian sifat merangkumi semua sifat.

 

Kesimpulan Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam Sifat-sifat Allah Taala:

Telah jelas daripada kenyataan-kenaytaan ulama salaf di atas dan banyak lagi kenyataan mereka boleh didapati dalam kitab-kitab seperti Syarah Usul I’tiqad Ahli Sunnah wal Jamaah oleh al-Lalikaie, Isbat Sifat al-Uluww oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Uluww lil Aliyyil Ghaffar oleh Imam al-Zahabi, al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah oleh al-Asbahani, al-Ibanah al-Shugra oleh Ibn Battah al-Akbari, al-Tauhid wa Isbat Sifat al-Rabb oleh Ibn Khuzaimah, dan banyak lagi, semuanya menetapkan sifat-sifat Allah tanpa membezakan antara satu sifat dengan sifat yang lain.

Dapatlah disimpulkan kaedah beriman dengan al-Asma’ wal Sifat di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah adalah menerima dan beriman dengan semua sifat-sifat dan nama-nama Allah Taala yang sabit dalam al-Quran dan al-Hadis sesuai dengan makna zahirnya tanpa memberikan kaifiat, tanpa menyerupakan dengan makhkluk, tanpa melakukan tamsil yang tidak layak bagi Allah Taala, dan tanpa mengosongkan sifat-sifat itu daripada maknanya yang asli.

Menurut Ulama Salaf juga, makna zahir nas-nas sifat sama sekali tidak membawa kepada tasybih sama sekali sebagaimana perkataan Syeikh Nuaim bin Hammad r.h: “dan tidak ada dalam sifat yang Allah dan RasulNya sifatkan kepada zatNya itu tasybih (penyerupaan dengan makhluk)”. Ini berbeza dengan perkataan kaum al-Asyairah sebagaimana perkataan al-Laqqoni: “Semua nas yang memberi waham kepada tasybih maka takwilkan ia atau tafwid dan niatkanlah untuk menyeucikan (Tuhan)”. Maka al-Asyairah membina akidah mereka sama ada takwil ijmali (tafwid) atau tafsili atas dasar mereka menyangka nas-nas ini ada unsur tasybih berbeza dengan salaf al-Soleh, secara otomatis dua aliran ini tidak sama bahkan dua jalan yang berbeza seperti berbezanya Iblis dengan malaikat.

Apakah Maksud Zahir Nas Tidak Ada Tasybih?:

Imam al-Allamah Ibn Usaimin r.h menjelaskan hal ini dalam kitab beliau, al-Qawaid al-Musla sebagai berikut:

“Zahir nas-nas itu adalah apa yang segera difahami daripada makna dan ianya berbeza bersesuaian dengan siyaq ayat (gaya bahasa dan susunan ayat), dan apa yang disandarkan kepadanya daripada kalam”. [al-Qawaid al-Musla, Majmuk Fatawa wa Rasail Ibn Usaimin, 3/298].

Contohnya apabila kita menyebut perkataan ‘Buku’, maka segera difahami bahawa ianya merujuk kepada tempat untuk menulis. Tetapi apabila kita menyebut buku tulis dan buku teks maka kita segera faham yang dikehendaki dengan buku tulis adalah alat digunakan untuk kita menulis padanya, adapun buku teks adalah buku untuk dibaca dan dijadikan rujukan apa yang terkandung dan sedia tertulis padanya, namun kedua-dua benda ini (buku teksa dan buku tulis) adalah buku yang hakiki bukan satunya hakiki dan satu lagi majazi.

Bila kita menyebut perkataan ‘sayap’ segera difahami sifat yang dengannya membolehkan suatu zat terbang. Namun bila kita menyebut sayap burung, sayap kapal terbang, dan sayap malaikat, ketiga-tiga sayap ini adalah sifat yang membolehkan zat yang mempunyainya terbang namun berbeza dari segi kaifiat dan bentuk namun ketiga-tiganya adalah sayap hakiki.

Demikian apabila kita menyebut ‘tangan’ segera difahami ianya sifat yang wujud dengannya berlaku perbuatan memegang, menggenggam, dan mengambil dan memberi. Bila disebut tangan Allah dan tangan Zaid, segera difahami pada kita tangan Allah itu sifat yang dengannya Allah memberi, mengambil, menggulung langit dan memegang alam ini yang tidak diketahui bagaimana bentuknya, adapun tangan Zaid adalah sifat dengannya dia mengambil, memberi, memegang, memnggulung kertas, kain, dan sebagainya dan ianya merupakan anggota badannya berdaging dan berdarah. Namun, kedua-dua ini adalah tangan hakiki, bukan satu majazi dan satu hakiki.

Demikian juga apabila disebut ‘mendengar’, sifat yang dengannya dapat mendengar segala suara dan bunyi. Apabila kita menyatakan Allah mendengar, mansuia juga mendengar, Allah dan manusia sama-sama mendengar suara dan bunyi namun pada Allah, pendengaranNya adalah yang maha sempurna tidak dibatasi suatu pun dan tidak berlaku kekeliruan sedikit pun berbeza dengan pendengaran manusia yang terbatas dan memerlukan alat bahkan perbezaan yang sangat ketara, pendengaran Allah adalah sedia dengan sendirinya bukan dicipta daripada tiada tetapi pendengaran manusia itu Allah yang ciptakan pada mereka.

Demikianlah dikatakan kepada semua sifat-sifat yang Allah nyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah yang sahih berkenaan diriNya dan semua sifat ini secara  otomatis bagi mereka yang mempunyai jiwa yang bersih, akal yang sihat dan akidah yang sahih tidak akan sama kaifiatnya dengan makhluk walaupun berkongsi pada nama dan makna, tidak perlu kepada qias dan rumuz mantiq Yunani untuk mereka mengetahuinya. Wallahua’lam.

Imam al-Zahabi r.h pula mempunyai penjelasan yang mungkin lebih mudah difahami bagi mereka yang tidak mendalami Ilmu Bahasa dan ilmu alat lain:

قَدْ صَارَ الظَّاهِرُ اليَوْم ظَاهِرَيْنِ:أَحَدُهُمَا حقّ، وَالثَّانِي بَاطِل، فَالحَقّ أَنْ يَقُوْلَ:إِنَّهُ سمِيْع بَصِيْر، مُرِيْدٌ متكلّم، حَيٌّ عَلِيْم، كُلّ شَيْء هَالك إِلاَّ وَجهَهُ، خلق آدَمَ بِيَدِهِ، وَكلَّم مُوْسَى تَكليماً، وَاتَّخَذَ إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلاً، وَأَمثَال ذَلِكَ، فَنُمِرُّه عَلَى مَا جَاءَ، وَنَفهَمُ مِنْهُ دلاَلَةَ الخِطَابِ كَمَا يَليق بِهِ تَعَالَى، وَلاَ نَقُوْلُ:لَهُ تَأْويلٌ يُخَالِفُ ذَلِكَ.

وَالظَّاهِرُ الآخر وَهُوَ البَاطِل، وَالضَّلاَل:أَنْ تَعتَقِدَ قيَاس الغَائِب عَلَى الشَّاهد، وَتُمَثِّلَ البَارِئ بِخلقه، تَعَالَى الله عَنْ ذَلِكَ، بَلْ صفَاتُهُ كَذَاته، فَلاَ عِدْلَ لَهُ، وَلاَ ضِدَّ لَهُ، وَلاَ نَظيرَ لَهُ، وَلاَ مِثْل لَهُ، وَلاَ شبيهَ لَهُ، وَلَيْسَ كَمثله شَيْء، لاَ فِي ذَاته، وَلاَ فِي صفَاته، وَهَذَا أَمرٌ يَسْتَوِي فِيْهِ الفَقِيْهُ وَالعَامِيُّ – وَاللهُ أَعْلَمُ – .

Maksudnya: “Maksud zahir pada hari ini (yakni setelah kemunculan kaum bidaah seperti Muktazilah, Asyairah, dan Jahmiah) telah menjadi dua jenis zahir: Satunya benar dan satu lagi batil. Maka yang benar itu adalah kita berkata: sesungguhnya Dia maha mendengar, melihat, berkehendak, berkata-kata, hidup, mengetrahui, semuanya akan musnah kecuali wajahNya, Dia mencipat Adam dengan tanganNya, Dia bercakap dengan Musa dengan sebenar-benar perkataan, Dia mengambil Ibrahim sebagai kekasih, dan seumpama demikian, maka kita biarkan sebagaimana ia datang dan kita fahaminya daripada dilalah khitab (yakni sesuai dengan bahasa arab) sebagaimana yang layak dengan Allah Taala dan kita tidak berkata: Ia mempunyai takwil yang menyalahi maksud zahir itu. Zahir yang kedua adalah batil dan sesat iaitu engkau percaya dengan persamaan yang ghaib dengan yang nampak dan engkau misalkan al-Bari Taala dengan makhlukNya, Maha Tinggi Allah daripada semua itu, bahkan sifatNya sama seperti zatNya yakni tiada bagiNya persamaan, lawan, perumpamaan, misal, keserupaan, dan tiada suatu pun yang menyamaiNya sama ada pada zatNya atau sifatNya, dan perkara ini difahami secara saksama oleh orang awam dan seorang faqih (alim)-wallahu a’lam-“. [Siyar A’lam al-Nubalaa, 19/499].

Jelas daripada kenyataan al-Zahabi r.h ini, akidah salaf adalah memahami makna sifat sesuai dengan khitab yang ditunjukkan al-Quran yakni bahasa arab dengan menafikan persamaan kaifiat sifat Allah dengan makhluk. Demikian juga salaf tidak pernah memahami bahawa nas sifat itu mempunyai takwil yang menyalahi zahirnya (lihat tempat bergaris), ini menafikan akidah Tafwid dan Takwil kerana mereka yang mentafwid perlu berkeyakinan bahawa zahir nas sifat tidaklah dikehendaki bahkan baginya takwil. Cuma berbeza dengan kaum takwil, kaum tafwid menyatakan maksud daripada takwil itu hanya diketahui Allah namun kaum takwil menentukan maksudnya seperti maksud al-Yad (tangan) adalah Qudrah (kuasa). Maka perkataan al-Zahabi r.h ini menafikan sama sekali akidah salaf adalah Tafwid mahupun takwil. Wallahua’la wa a’lam.

WASIAT IMAM AL-SYAFII RAHIMAHULLAH

5 Mac

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Ini adalah wasiat Imam al-Syafii rahimahullah kepada Umat Islam supaya berpegang teguh dengan Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah. Wasiat ini diriwayatkan oleh Imam al-Sayuti rahimahullah dalam kitab beliau. Al-Amru bil Ittiba’ wan Nahyu ‘anil Ibtida’:

عن أبي منصور محمد بن علي بن صباح البلدني، قال: هذه وصية الإمام الشافعي رضي الله عنه أوصى بها إلى أصحابه: أن يشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمداً عبده ورسوله، لا نفرق بين أحد من رسله، وأن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له، وبذلك أمرت وأنا أول المسلمين، وأن الله يبعث من في القبور، وأن الجنة حق والنار حق، وأن عذاب النار حق، وأن الحساب حق والميزان والصراط حق، والله عز وجل يجزي العباد بأعمالهم، عليه أحيا وعليه أموت، وعليه أبعث إن شاء الله تعالى، وأن القرآن كلام الله غير مخلوق، وأن الله تعالى يُرى في الآخرة ينظر إليه المؤمنون عياناً جهاراً ويسمعون كلامه، وأنه فوق عرشه، وأن القدر خيره وشره من الله عز وجل لا يكون إلا ما أراد الله وقضاه وقدره، وأن خير الناس بعد رسول الله) : أبو بكر، وعمر، وعثمان، وعلي، رضي الله عنهم. وأتولاهم، وأستغفر لهم، ولأهل الجمل وصفين القاتلين والمقتولين، وجميع أصحاب النبي (، والسمع لأولي الأمر ما داموا يصلون والموالاة لهم، ولا يخرج عليهم بالسيف والخلافة في قريش، وأن كل ما أسكر كثيرة فقليله حرام، والمتعة حرام، وأوصي بتقوى الله عز وجل ولزوم السنة والآثار عن رسول الله ( وأصحابه وترك البدع والأهواء واجتنابها؛ فاتقوا الله ما استطعتم، وعليكم بالجمعة والجماعة ولزوم السنة والإيمان والتفقه في الدين، من حضرني منكم فليلقني لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمداً عبده ورسوله، وتعاهدوا الأظفار والشارب، وإذا احتضرت فإن كانت عندي حائض فلتقم، وأن تطيبوا وتدهنوا.

Maksudnya: Daripada Abu Mansur Muhammad bin Ali bin Sobah al-Baldani katanya: “Ini adalah wasiat Imam al-Syafii radiallahuanhu kepada sahabat-sahabat beliau iaitulah: ‘Hedaklah bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang sebenarnya melainkan Allah sahaja yang tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya, kita tidak membezakan (dalam Iman) antara seorang Rasul dengan lainnya, dan sesungguhnya solatku, nusuk (ibadah)ku, hidupku, dan matiku hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam yang tiada sekutu bagiNya , demikianlah aku diperintahkan (oleh Allah) dan akulah orang pertama yang menyerah diri, dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupakan semula) ahli kubur, dan syurga itu benar, neraka itu benar, dan hisab itu benar, dan Mizan (Timbangan Amal) itu benar, al-Sirat (Jambatan yang merentang atas neraka menuju syurga) itu benar, dan Allah Taala akan membalas perbuatan hamba-hambaNya, atas pengakuan inilah aku hidup dan mati, dan atasnya juga aku akan dibangkitkan nanti, dan (bersaksi juga) bahawa al-Qur’an itu Kalam Allah bukan Makhluk, dan Allah itu akan dilihat di akhirat di mana orang-orang yang beriman akan melihatNya dengan terang dan jelas serta mendengar Dia berkata-kata, dan Dia berada di atas ArasyNya, dan sesungguhnya Qadar baik dan buruk itu daripada Allah Azza wa Jalla tidak berlaku (dalam alam ini) melainkan apa yang dikehendaki Allah dan dilaksanakanNya dan ditentukanNya, dan sesungguhnya sebaik-baik manusia selepas Rasulullah s.a.w adalah Abu Bakar kemudian Umar kemudian Usman kemudian Ali –reda Allah ke atas semua mereka- dan aku member kesetiaan kepada mereka dan berdoa keampunan untuk mereka dan untuk (Sahabat) yang terlibat dalam peperangan Jamal dan Siffin sama ada yang memulakan perang atau yang diperangi, demikian juga semua Sahabat Nabi, dan (aku beriktikad) dengar dan taat kepada pemimpin selama mereka bersolat dan member kesetiaan kepada mereka dan tidak boleh menentang mereka dengan pedang (memberontak) dan Khilafah itu (asalnya) milik Quraish dan apa yang memabukkan apabila diminum dengan banyak maka sedikitnya juga haram dan (nikah) mutaah itu haram dan aku berwasiat (supaya) bertakwa kepada Allah dan mengikut al-Sunnah dan Asar Rasulullah s.a.w dalam agama serta meninggalkan bidaah dan hawa nafsu serta menjauhinya, bertakwalah kamu kepada Allah sekadar mampu kamu. Dan wajib atas kamu (solat) Jumaat dan Jemaah, mengikut sunnah, Iman, dan memahami (belajar) ilmu agama, sesiapa yang datang kepadaku (dalam keadaan aku nazak) maka hendaklah dia mentalkinkan aku dengan ucapan ‘Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan RasulNya, dan jagalah kuku dan misai kamu (yakni pendekkan) dan apabila aku dalam keadaan nazak sedangkan di sisi ku ada wanita haid maka hendaklah dia bangun (beredar), dan hendaklah kamu (yakni sahabat-sahabatnya) memakai minyak wangi dan memakai minyak (mungkin maksudnya minyak rambut)”.

 

Faedah daripada Wasiat ini:

Ø  Imam al-Syafii rahimahullah adalah bermanhaj Ahli Sunnah wal Jamaah

Ø  Beliau beriman sesuai dengan Manhaj Salafi

Ø  Beliau Tidak mentakwilkan Sifat seperti Asyairah, Maturidiah, dan lain-lain Ahli Bidaah

Ø  Imam al-Syafii rahimahullah juga bukan Syiah atau Rafidah bahkan beliau mencintai semua sahabat Nabi dan mengharamkan nikah Mutaah.

Ø  Tidak ada sunnah yang remeh walaupun berkaitan sunan fitrah seperti mengerat kuku, memotong misai, dan mengemas rambut. Semua perintah Nabi s.a.w adalah penting dan perlu dijaga.

Ø  Pemerintah terus sah selama dia menunaikan solat dan muslim walaupun fasiq.

Ø  Allah s.w.t bersemayam di atas Arasyh yang berada atas daripada Sidratul Muntaha di langit.

Ø  Al-Qur’an adalah Kalam (Perkataan) Allah s.w.t dengan sebenarnya.

Ø  Awal Wajib atas mukallaf adalah Dua Kalimah Syahadah.

Ø  Melihat Allah s.w.t di akhirat itu pasti bagi kaum yang beriman dan demikian juga semua manusia akan bercakap dengan Allah dan Allah bercakap dengannya dan dia mendengar suara Allah s.w.t bercakap.

Ø  Arak dan semua minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak diminum adalah haram hukumnya. Demikian juga sama ada dibuat daripada anggur atau lainnya.

Ø  Semua yang berlaku dalam alam ini sama ada baik atau buruk adalah berlaku dengan qada dan qadar Allah s.w.t dan ciptaanNya.

Ø  Wajib mengikut Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah yakni Manhaj Salafi.