Tag Archives: iman

BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR

23 Feb

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

 

TAKRIF AL-QADA’ DAN AL-QADAR:

Al-Qada’ dan al-Qadar merupakan rukun Iman keenam sebagaiman sabda Nabi s.a.w apabila ditanya Jibril a.s berkenaan Iman:

أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره

Maksudnya: “Hendaklah kamu percaya kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat, dan beriman pula dengan Qadar (ketentuan) baik dan buruk”. [al-Bukhari, Muslim].

Kalimah al-Qada’ wal Qadar jika disebut salah satunya tanpa yang satu lagi seperti dalam hadis di atas di mana hanya menggunakan kalimah al-Qadar tanpa al-Qada maka  ia membawa makna yang meliputi keduanya dan jika bersamaan keduanya maka terdapat makna yang berbeza. [Majmuk Fatawa Ibn Usaimin, 2/79&80].

Al-Qadar bermaksud:

“Ketentuan Allah s.w.t terhadap makhlukNya semenjak Azali” [Ibid]

Al-Qada’ pula bermaksud:

“Pelaksanaan Allah s.w.t terhadap ketentuan tersebut” [Ibid].

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

قَالَ كَذَلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَلِنَجْعَلَهُ آيَةً لِلنَّاسِ وَرَحْمَةً مِنَّا وَكَانَ أَمْرًا مَقْضِيًّا

Maksudnya: “ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.” [Maryam: 21].

Allah s.w.t menyatakan pelaksanaan terhadap sesuatu ketentuan yang telah ditetapkan semenjak azali sebagai al-Qada’ dalam ayat ini dan sekaligus menolak bidaah Muktazilah Moden (Hizb-ut-Tahrir) yang mengatakan al-Qada’ tidak  warid dalam naqal.

Adapun berkenaan Qadar adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w:

“كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة وعرشه على الماء”

Maksudnya: “Allah s.w.t telah menulis takdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air”. [Muslim].

HUKUM BERIMAN DENGAN AL-QADA DAN AL-QADAR

Jelas daripada hadis terdahulu bahawa al-Qadar dan al-Qada termasuk rukun Iman yang enam maka mereka yang tidak percaya dengan perkara ini adalah kufur. Ingkar kepada al-Qadar bermakna ingkar kepada Qudrat Allah s.w.t sebagaimana kata Imam Ahmad bin Hanbal r.h:

القدر قدرة الله

Maksudnya: “Qadar itu Kekuasaan Allah”. [Tuhfah al-Saniyyah fi Syarhi al-Haiyyah, syeikh Muhsin al-Abbad].

Berkata Saidina Ibn Abbas r.a:

القدر نظام التوحيد فمن وحد الله وكذب بالقدر فقد نقض تكذيبُه توحيده

Maksudnya: “(Beriman kepada) al-Qadar itu termasuk dalam Tauhid, maka sesiapa yang mentauhidkan Allah tetapi mengingkari Qadar maka pengingkarannya itu membatalkan tauhidnya”. [Ibid].

Beriman kepada al-Qada dan al-Qadar membawa makna seseorang muslim itu hendaklah yakin dan percaya dengan sebenar-benarnya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini sama ada yang baik atau buruk, Iman atau Kufur, Sunnah atau Bidaah, semuanya adalah berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t dan Allah s.w.t jua yang menjadikannya. Firman Allah s.w.t:

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

Maksudnya: “dan Allah jua yang menciptakan kamu dan apa yang kamu lakukan” [al-Saffat: 96].

Sabda Nabi s.a.w:

واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ولو اجتمعواعلى أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك رفعت الأقلام وجفت الصحف

Maksudnya : “dan ketahuilah bahawa jikalau makhluk sekaliannya berhimpun untuk memberi kamu suatu manfaat tidaklah perkara itu bermanfaat bagi kamu melainkan Allah telah menetapkannya untukmu dan jikalau mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu maka tidaklah akan memudaratkan kamu melainkan Allah jua yang telah menetapkannya bagimu, telah diangkat Qalam dan telah seslesi ditulis suhuf (tempat tulisan takdir)”. [al-Tarmizi, Ahmad]

MARTABAT BERIMAN DENGAN QADA DAN QADAR

Terdapat empat martabat yang perlu kita beriman dalam masalah al-Qada dan al-Qadar ini iaitu:

Pertama: Beriman bahawa Allah s.w.t mengetahui semua yang akan berlaku sebelum ianya berlaku sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 30:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Firman Allah s.w.t:

إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya”. [Luqman: 34]

Maka martabat yang pertama ini termasuk dalam beriman dengan sifat Ilmu bagi Allah s.w.t.

Kedua: Tulisan dan catatan Allah s.w.t terhadap ilmuNya akan perkara-perkara tersebut dalam Kitab di sisNya di atas Arasy sebagimana firman Allah s.w.t:

وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ

Maksudnya: “dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata”. [Yasin: 12]

Berkata Ibn Kasir r.h: “Semua perkara yang berlaku telah pun ditulis (sebelum berlakunya) dalam kitab yang dibentang dan ditetapkan dalam Lauh Mahfuz dan maksud Imam Mubin dalam ayat ini adalah Ibu Kitab” [Ibn Kasir, 6/568]

Demikianlah tafsir ayat ini dengan sepakat Mujahid, Qatadah, dan Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam rahimahumullah dan Ibn Jarir al-Tabari r.h tidak menyebutkan sebarang khilaf dalam tafsirannya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة وعرشه على الماء”

Maksudnya: “Allah s.w.t telah menulis takdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air”. [Muslim].

Imam al-Nawawi r.h dalam Syarah Muslim menjelaskan bahawa hadis ini menunjukkan peringkat penulisan Allah s.w.t terhadap takdir yang telah diketahuiNya sebelum itu lagi. [al-Minhaj, 16/203].

Ketiga: Martabat beriman bahawa semua yang berlaku dalam alam ini adalah dengan masyiah (kehendak) Allah s.w.t. Hal ini telah ijmak Ahli Sunnah wal Jamaah dan terkenal dalam akidah mereka dengan ibarat:

ما شاء الله كان وما لم يشأ لم يكن

Maksudnya: “Apa yang Allah s.w.t kehendaki pasti berlaku dan apa yang Allah s.w.t tidak kehendaki pasti tidak akan berlaku”.

Firman Allah s.w.t:

وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلَ الَّذِينَ مِنْ بَعْدِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَلَكِنِ اخْتَلَفُوا فَمِنْهُمْ مَنْ آمَنَ وَمِنْهُمْ مَنْ كَفَرَ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلُوا وَلَكِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ

Maksudnya: “dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya”. [al-Baqarah: 253].

Firman Allah s.w.t:

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Maksudnya: “dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)”. [al-Insan: 30].

Dalam ayat ini, Allah s.w.t menjelaskan bahawa segala kehendak manusia itu bergantung pada kehendak Allah s.w.t. Jika kehendak mereka sesuai dengan kehendak Allah dan diizinkan Allah untuk berlaku maka barulah ia berlaku jika tidak maka sama sekali tidak akan terjadi.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Takwir ayat 29:

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: “dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam”.

Dalam surah Hud ayat 34 Allah s.w.t berfirman menceritakan perkataan RasulNya yang pertama, Nuh a.s.:

 وَلَا يَنْفَعُكُمْ نُصْحِي إِنْ أَرَدْتُ أَنْ أَنْصَحَ لَكُمْ إِنْ كَانَ اللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يُغْوِيَكُمْ هُوَ رَبُّكُمْ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Maksudnya: “dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika Aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadanya kamu akan kembali”.

Ayat ini menunjukkan dengan jelas, baik dan buruk, Iman dan Kufur seseorang, semuanya berlaku dengan kehendak Allah s.w.t.

*Perlu diberi perhatian juga bahawa Iradah dan Masyiah Allah itu terdapat dua jenis:

1- Iradah Kauniah: Iaitulah kehendak Allah s.w.t berkenaan kejadian alam ini seperti adanya baik dan jahat, iman dan kufur, tauhid dan syirik, dan sunnah dan bidaah. Iradah Kauniah mesti terjadi jika Allah s.w.t mengkehendakinya terjadi walaupun tidak semuanya diredai Allah s.w.t seperti kufur, Allah s.w.t mengkehendaki kufur tetapi tidak meredainya.

2- Iradah Syar’iyyah: Kehendak Allah yang berkaitan urusan sayriat seperti kehendak Allah s.w.t supaya hamba-Nya beriman dan mentauhidkanNya. Kehendak ini tidak semestinya berlaku kepada semua makhluk tetapi semua kehendak jenis ini diredai Allah s.w.t.

Keempat: Penciptaan Allah s.w.t terhadap takdir yang ditetapkanNya atau disebut marhalan ‘Penciptaan Perbuatan’ dan inilah yang dimaksudkan dengan Qada’. Maka apa yang Allah s.w.t berkehendak untuk berlaku maka Dia jualah yang menciptanya untuk berlaku. Dalilnya firman Allah s.w.t:

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

Maksudnya: “dan Allah jua yang menciptakan kamu dan apa yang kamu lakukan” [al-Saffat: 96].

Maka apabila seseorang melakukan sesuatu perkara seperti makan maka dia makan adalah dengan kehendak yang Allah jadikan pada dirinya dan berlakunya perbuatan makan itu kerana mendapat izin dan perkenan Allah s.w.t dan perbuatannya makan itu makhluk (ciptaan) Allah s.w.t kerana Allah jua yang mencipta kekuatan (qudrat) pada makhlukNya untuk makan.

JENIS-JENIS QADAR:

Qadar itu terdapat beberapa jenis berdasarkan marhalah penulisannya dan kesemuanya terdapat lima jenis:

Pertama: Takdir Am sebelum penciptaan alam iaitulah yang dijelaskan terdahulu yang tertulis dalam Lauh Mahfuz. Takdir dalam Lauh Mahfuz ini tidak berubah bahkan Lauh Mahfuz adalah Ummul Kitab sebagaimana firman Allah s.w.t:

يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ

Maksudnya: “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu Segala suratan”. [al-Ra’d: 39].

Maka yang tertulis di dalam Lauh Mahfuz ini adalah berdasarkan Ilmu Allah yang azali lagi abadi yang tidak akan berubah.

Kedua: Takdir Rezeki, Ajal, dan amalan manusia sebelum diciptakan mereka sebagaimana dalam hadis debat Adam a.s dengan Musa a.s:

أتلومني على أمر قدره الله علي قبل أن يخلقني بأربعين سنة

Maksudnya: “(berkata Adam) Adakah kamu mencela aku atas urusan yang telah ditakdirkan Allah s.w.t berlaku atasku sebelum Dia mencipta aku dalam jarak 40 tahun?”

Ketiga: Takdir yang di atas juga setelah menjadi janin dan ditiupkan ruh. Ini berdasarkan hadis:

إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما ثم يكون في ذلك علقة مثل ذلك ثم يكون في ذلك مضغة مثل ذلك ثم يرسل الملك فينفخ فيه الروح ويؤمر بأربع كلمات بكتب رزقه وأجله وعمله وشقي أو سعيد فوالذي لا إله غيره إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنة حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل النار فيدخلها وإن أحدكم ليعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخلها

Maksudnya: “Sesungguhnya kejaidn seseorang kamu dikumpulkan dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian dalam tempoh itu ia menjadi segumpal darah kemudian dalam tempoh itu ia menjadi segumpal daging kemudian diutuskan malaikat dan ditiup ruh padanya dan diperintah untuk menulis empat perkara iaitu rezekinya, ajalnya, amalannya, dan kedudukannya sama ada celaka (ahli neraka) atau bahagia (ahli syurga), maka demi Zat yang tiada sembahan yang berhak disembah kecuali dia sesungguhnya seseorang kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga antara dia dan syurga tinggal sehasta sahaja lagi lalu didahului dengan kitab (takdir) maka dia beramal dengan amalan ahli neraka dan memasukinya dan seseorang kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga antara dia dengan neraka jaraknya sehasta sahaja lagi lalu didahului takdir maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu memasukinya”. [al-Bukhari & Muslim].

Keempat: Takdir Tahunan yang ditentukan pada malam Lailatul Qadar berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Qadar ayat 4:

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ

Maksudnya: “pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)”.

Kelima: Takdir Harian berdasarkan firman Allah s.w.t:

يَسْأَلُهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ

Maksudnya: “sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)”. [Al-Rahman: 29]

Maka demikianlah martabat penulisan takdir itu dan empat takdir yang terkemudian semuanya bergantung dan pecahan daripada takdir yang telah ditetapkan dalam Ummul Kitab (Lauh Mahfuz).

TAKDIR DAN USAHA:

Ahli Sunnah wal Jamaah percaya bahawa manusia itu bukanlah perlu menyerah sahaja kepada Allah s.w.t tanpa berbuat apa-apa kerana usaha adalah termasuk dalam takdir Allah s.w.t iaitu Allah s.w.t telah menetapkan dalam Alam ini setiap yang berlaku ada sebabnya, maka atas wujudnya sebablah manusia berusaha. Sabda Nabi s.a.w:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَقَدْ كُتِبَ مَقْعَدُهُ مِنْ الْجَنَّةِ وَمَقْعَدُهُ مِنْ النَّارِ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نَتَّكِلُ فَقَالَ اعْمَلُوا فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ ثُمَّ قَرَأَ { فَأَمَّا مَنْ أَعْطَى وَاتَّقَى وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى إِلَى قَوْلِهِ لِلْعُسْرَى }

Maksudnya: “Tidaklah ada seorang daripada kamu melainkan telah ditetapkan baginya tempat sama ada di syurga atau neraka”. Tanya Sahabat: ‘Wahai Rasulullah, tidak bolehkan jika demikian kami bertawakkal sahaja?’ Jawab baginda: “Berusahalah kerana setiap kamu dimudahkan baginya (berdasar apa yang ditetapkan padanya)”. Lalu Nabi s.a.w membaca : فَأَمَّا مَنْ أَعْطَى وَاتَّقَى وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى hingga firman Allah:  لِلْعُسْرَى

[Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim].

Maksudnya Nabi s.a.w menyatakan bahawa setiap manusia akan dimudahkan untuk berusaha ke arah takdir yang ditetapkan baginya. Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t:

فَأَمَّا مَنْ أَعْطَى وَاتَّقَى (5) وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى (6) فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى (7) وَأَمَّا مَنْ بَخِلَ وَاسْتَغْنَى (8) وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَى (9) فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَى (10)

Maksudnya: “Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya),  serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -serta ia mendustakan perkara yang baik, maka Sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan”. [al-Lail: 5-10]

Oleh itu, tidak ada hujah ke atas Jabariah yang berdalih dengan takdir kerana takdir itu rahsia Allah s.w.t, seseorang itu tidak mengetahui nasibnya kecuali setelah dia berusaha dan mendapat natijah usahanya. Demikian juga Allah s.w.t telah menetapkan bagi manusia itu hasil sekedar apa yang diusahakannya sesuai dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam kitab-Nya dan telah diketahuiNya sejak azali.

Dalam hadis yang lain menyatakan:

قال عمر يا رسول الله أرأيت ما نعمل فيه أمر مبتدع أو مبتدأ أو فيما فرغ منه ؟ فقال فيما قد فرغ منه يا ابن الخطاب وكل ميسر أما من كان من أهل السعادة فإنه يعمل للسعادة وأما من كان من أهل الشقاء فإنه يعمل للشقاء

Maksudnya: “Berkata Umar: Wahai Rasulullah, apakah yang kita lakukan (amalan makhluk) ini perkara yang baharu atau telah pun telah ditetapkan oleh Allah? Jwab Nabi s.a.w: Telah ditetapkan wahai Ibn al-Khattab dan setiap orang itu dimudahkan baginya (berdasarkan takdir yang telah ditetapkan), maka sesiapa yang ditetapkan menjadi ahli saadah (syurga) maka dia akan beramal dengan amalan yang membawanya kepada syurga adapun mereka yang ditetapkan sebagai ahli syaqawah (neraka) maka dia akan beramal dengan amalan yang membawanya ke neraka”. [al-Tarmizi, Ahmad-sahih-].

Maka dengan jawapan Rasulullah s.a.w ini, terungkailah segala kemusykilan dan jelaslah jalan bahawa tiada pertentangan antara usaha dan takdir. Wallahua’lam.

TAKDIR DAN REDA:

Kita diperintahkan reda dalam takdir yang Allah s.w.t redainya dan tidak mencela pelakunya seperti Iman, Islam, dan musibah alam seperti cedera, sakit, kemalangan, dan kematian.

Adapun takdir yang Allah s.w.t mencela pelakunya maka kita dilarang meredainya seperti perbuatan dosa, walaupun ianya berlaku dengan kehendak Allah s.w.t tetapi kehendak kauni dan Allah s.w.t mencela pelakunya maka dalam hal semacam ini kita dilarang meredainya. [Majmuk Fatawa Ibn Taimiah, 8/190-192].

BERIMAN KEPADA KEWUJUDAN JIN

13 Feb

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Dewasa ini banyak sekali cerita-cerita hantu yang diterbitkan dan mempengaruhi masyarakat Islam Malaysia khasnya. Penerbitan filem seumpama ini sebenarnya jika tidak dikawal akan mencemarkan akidah Islam dan menunjukkan imej buruk Islam terhadap kaum kafir.

Sebenarnya percaya kepada kewujudan Jin dan Syaitan atau yang disebut hantu dalam masyarakat kita adalah wajib hukumnya dan termasuk dalam rangka beriman terhadap perkara-perkara ghaib. Firman Allah s.w.t:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.[al-Baqarah: 3].

Oleh itu, tindakan sebahagian orang yang enggan percaya kepada kewujudan jin dan sebagainya amatlah berbahaya kerana ia boleh mencemarkan akidah mereka.

Demikian juga para penerbit filem yang berunsur elemen ini perlu merujuk kepada pihak ulama Ahli Sunnah wal Jamaah terlebih dahulu sebelum membuat sesuatui filem supaya tidak tercemar dengan akidah yang salah.

Dalil Kewujudan Jin:

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nas:

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)

Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia,”Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, – “yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

Imam Ibn Kasir r.h menjelaskan maksud al-Khannas dalam ayat dengan kata beliau:

وهو الشيطان الموكل بالإنسان

Maksudnya: “dia itu adalah syaitan yang diwakilkan kepada manusia (untuk menghasutnya)”. [Ibn Kasir, 8/539].

Firman Allah dalam surah al-Rahman ayat 15:

وَخَلَقَ الْجَانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ

Maksudnya: “dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;”

Dalam surah al-Khafi ayat 5o Allah s.w.t menyatakan:

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

Maksudnya: “dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu”.

Bahkan dalam al-Quran terdapat surah yang dinamakan surah al-Jin iaitu surah yang ke-72 dalam turutan Mushaf. Allah s.w.t menceritakan dalam surah ini bahawa bukanlah semua jin itu syaitan bahkan ada antara mereka yang beriman dan beramal soleh:

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا (1) يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا (2) وَأَنَّهُ تَعَالَى جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا (3)

Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadaNya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.`Dan (ketahuilah Wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak”.

Allah s.w.t juga dalam surah al-Jin ini mencela para dukun dan bomoh dengan firman-Nya:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Maksudnya: “Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”. [al-Jin: 6]

Allah s.w.t juga menetapkan Jin itu tidak dapat dilihat manusia tetapi mereka boleh melihat manusia:

إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” [al-A’raf: 27].

Semua dalil ini jelas menunjukkan kewujudan jin dan mereka adalah makhluk ghaib serta mukallaf seperti manusia juga.

Bolehkah Menangkap Jin?

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ عِفْرِيتًا مِنْ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ {رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي}قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

Maksudnya: Sesungguhnya Ifrit dari kalangan jin telah datang untuk menggodaku semalam agar aku lalai ketika sembahyang. Tetapi Allah telah melindungi aku daripadanya sehingga aku dapat menangkapnya iaitu menjerat lehernya. Aku mempunyai keinginan untuk mengikatnya di salah satu tiang masjid hingga ke waktu pagi supaya kamu semua dapat melihatnya. Kemudian aku menyebutkan kata-kata saudaraku Nabi Sulaiman a.s: {رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي} Tuhanku! Ampunilah aku, berikanlah kepadaku suatu kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh seorang pun selepasku. Maka akhirnya Allah melepasnya secara menolak Ifrit tersebut dalam keadaan rugi, hina dan lemah [al-Bukhari dan Muslim].

Berdasarkan hadis ini kita dapati memang boleh kita menangkap jin jika dia menyerupa dalam bentuk lain secara tabii tetapi secara syarak, perbuatan tersebut dilarang kerana menghormati Nabi Sulaiman a.s.

Diriwayatkan juga bahawa Ifrit itu datang kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk anak kucing maka tidak ada pertentangan antara hadis ini dengan ayat di atas yang menyatakan manusia tidak dapat melihat jin dalam rupa asli mereka.

Apakah Ada Perbezaan Antara Jin dan Syaitan?

Terdapat perbezaan pada Jin dan Syaitan walaupun pada asalnya kalimah Syaitan itu merujuk kepada: ‘Jin yang mengganas dan mengganggu manusia’ atau istilah mudahnya: Jin Kafir atau Jin Muslim yang Fasiq; tetapi digunakan juga kalimah Syaitan pada manusia yang melakukan kejahatan kerana manusia tersebut menjadi pengikut syaitan. Firman Allah s.w.t:

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ

Maksudnya:  “dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin,..[al-An’am:112]

Apakah Pula Itu Hantu?

Hantu adalah Syaitan daripada kalangan jin yang menganggu manusia dengan menakut-nakutkannya. Adapun tanggapan bahawa hantu itu adalah roh manusia yang mati yang tidak tenteram dan seumpamanya adalah karut berdasarkan firman Allah s.w.t:

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (99) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (100)

Maksudnya: “kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) – “Supaya Aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)”. [al-Mukminun: 99 & 100].

Ayat ini menjelaskan bahawa roh orang yang mati itu berada di alam barzakh yang menghalang mereka untuk kembali ke dunia ini.  Demikian juga wujudnya azab dan nikmat kubur yang menafikan sama sekali roh itu akan kembali ke dunia semula.

Bolehkah Jin Merasuk?

Kerasukan jin terhadap manusia adalah sabit dengan firman Allah s.w.t:

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ

Maksudnya: “orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu…” [al-Baqarah: 275]

Ayat ini menunjukkan bahawa berlaku di dunia ini kerasukan jin terhadap manusia [Tafsir al-Alusi, 2/374]. Berkata Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari r.h:

وأن الشيطان يوسوس الإنسان ويشككه ويخبطه خلافا للمعتزلة والجهمية

Maksudnya: “dan sesungguhnya (antara akidah Ahli Sunnah wal Jamaah itu) syaitan mewas-waskan manusia dan memasukkan syak dalam dirinya serta merasuknya bersalahan dengan akidah al-Muktazilah dan al-Jahmiah”. [al-Ibanah, 11].

Penutup:

Ini adalah sebagaian elemen yang perlu diketahui seorang muslim berkenaan beriman dengan kewujudan jin. Kita percaya kewujudan jin itu benar namun kita perlu yakin apa-apa perbuatan memohon pertolongan dan bantuan jin adalah membawa syirik kepada Allah s.w.t. Akidah yang benar dalam masalah jin ini adalah percaya mereka wujud dan percaya pula mereka itu sama dengan kita sebagai makhluk Allah s.w.t yang diberi tugas taklif yakni beribadah dan beriman kepada Allah s.w.t.

BILAKAH DISYARIATKAN ‘HOLY WAR’?

22 Jan

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Istilah ‘Holy War’ sering menggentarkan hati-hati orang kafir apabila mereka mendengar seorang muslim mengucapkannya. Istilah Syarak yang sebenar kepada kalimah ini adalah: Jihad.

Al-Jihad (الجهاد) kalimah arab yang bermksud “Memerangi Musuh” [Lisanul Arab, Bab جهد ], lalu al-Qur’an dan al-Sunnah menggunakan kalimah ini untuk menunjukkan peperangan kaum muslimin melwan kaum kafir dalam rangka menegakkan tauhid. Kalimah Qital (القتال) juga digunakan yang bermaksud perang.

Hukum Jihad

Umat Islam bersepkat hukum berjihad adalah fardu yakni wajib. Kemudian kedudukan fardu itu berubah mengikut keadaan sama ada fardu ‘ain yakni diwajibkan atas setiap individu muslim atau fardu kifayah yakni wajib atas sekelompok kaum muslimin, apabila ada sebahagian mereka melaksanakannya maka kewajipan itu gugur daripada keseluruhan mereka.

Dalilnya adalah firman Allah s.w.t:

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. [al-Taubah: 41]

Dan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 190:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya: “dan berperanglah kamu di jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu serta jangan kamu melampaui batas kerana Allah tidak suka orang yang melampaui batas”.

Zahir daripada ayat-ayat ini, jihad adalah fardu ‘ain tetapi dalam firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 122 Allah menyatakan:

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya: “Tidak patutlah bagi kaum mukminin untuk keluar kesemuanya (berjihad), apabila ada sekelompok mereka keluar berjihad maka hendaklah ada yang menetap (tinggal di Madinah) untuk mempelajari agama dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka pulang nanti mudah-mudahan mereka beringat”.

Ayat ini jelas menunjukkan jihad adalah fardu kifayah dan para ulama telah bersepakat asal hukum jihad itu adalah fardu kifayah.

Terdapat beberapa kondisi yang menukar hukum jihad menjadi fardu ain iaitu [al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, 16/130-132]:

1-     Musuh menyerang ke dalam negeri kaum muslimin maka wajib atas setiap penduduk yang muslim sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda untuk mempertahankan negeri mereka.

2-     Apabila Pemerintah melantik seseorang sebagai askar dan menghantarnya ke medan jihad maka jihad menjadi fardu ain ke atas diri orang tersebut.

3-     Apabila telah berada di medan jihad maka menjadi fardu ain ke atas semua tentera yang hadir dalam medan dan haram mereka berpaling lari kecuali atas maslahah tertentu. Firman Allah s.w.t:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا زَحْفًا فَلَا تُوَلُّوهُمُ الْأَدْبَارَ (15) وَمَنْ يُوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُ إِلَّا مُتَحَرِّفًا لِقِتَالٍ أَوْ مُتَحَيِّزًا إِلَى فِئَةٍ فَقَدْ بَاءَ بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ (16)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu – kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain – maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali”. [al-Anfal: 15&16].

Adakah Jihad hanya Berlaku Apabila Musuh Menyerang?

Ramai dalam kalangan kaum muslimin moden yang jahil termasuk beberapa tokoh pemikir Islam menyangka Jihad hanya berlaku apabila musuh menyerang.

Pendapat ini adalah bidaah dolalah kerana jika kita perhatikan betul-betul hukum jihad di atas, jihad apabila musuh menyerang termasuk dalam kategori fardu ‘ain, maka apakah pula bentuk jihad fardu kifayah?

Dalam memahami hal ini, kita nyatakan bahawa Jihad yang dihukum sebagai fardu kifayah adalah menyerang negara kafir yang tidak mempunyai muhadanah (gencatan senjata) dengan negara Islam walaupun mereka tidak menyerang negara Islam.

Ini kerana para Ulama telah bersepakat Jihad itu difardukan secara berperingkat.[al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, 16/125-126].

 Ketika kaum muslimin di Mekah, mereka masih belum mempunyai negara sendiri maka mereka tidak diwajibkan berjihad. Allah s.w.t berfirman:

فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيل

Maksudnya: “oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu Wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok”. [al-Hijr: 85].

Para Mufassirin (ulama Tafsir) menyatakan ayat ini dan yang seumpamanya adalah mansukh dengan turunnya perintah perang. Ayat ini merupakan ayat Makkiah yakni sebelum berlakunya hijrah. Para ulama juga berdalilkan ayat ini bahawa kaum muslimin yang tidak mempunyai kemampuan tidak diwajibkan perang.

Ibn Jarir al-Tabari r.h menyatakan:

وكان جماعة من أهل التأويل تقول: هذه الآية منسوخة.

Maksudnya: “Adalah kumpulan ahli tafsir menyatakan ayat ini mansukh” [al-Tabari, 17/128]

Kemudian Allah s.w.t menwajibkan perang apabila kaum muslimin diserang dan disakiti melalui firman-Nya:

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

Maksudnya: “diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”. [al-Haj: 39]

Berkata Imam al-Saadi r.h:

كان المسلمون في أول الإسلام ممنوعين من قتال الكفار، ومأمورين بالصبر عليهم، لحكمة إلهية، فلما هاجروا إلى المدينة، وأوذوا، وحصل لهم منعة وقوة، أذن لهم بالقتال

Maksudnya: “Adalah kaum muslimin di awal Islam dilarang berperang dengan kaum kafir dan diperintah bersabar kerana hikmah yang diketahui Allah jua, apabila mereka berhijrah ke Madinah dan disakiti serta mereka pula telah mempunyai kekuatan diizinkan kepada mereka perang” [Tafsir al-Saadi, 1/539]

Kemudian apabila kaum musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah, Allah s.w.t telah memberi izin am untuk memerangi kaum kafir sehingga mereka memeluk Islam:

فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: “kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan ang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.[al-Taubah:5]

Dalam ayat ini Allah s.w.t memerintahkan kaum muslimin memerangi kaum kafir musyrikin apabila tamatnya perjanjian damai dengan mereka walaupun mereka tidak menyerang kaum muslimin sehinggalah mereka memeluk Islam.[Rujuk Tafsir al-Tabari, Ibn Kasir, Aisar al-Tafasir, dan Tafsir al-Saadi].

Atas makna ini juga kita fahami hadis Rasulullah s.a.w :

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan syahadah tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, membayar zakat, apabila mereka melakukannya maka terpelihara darah dan harta mereka daripadaku kecuali dengan hak Islam dan perhitungan mereka kembali pada Allah jua”. [al-Bukhari]

Berdasarkan ayat dan hadis ini, Abu Bakar al-Siddiq radiallahu’anhu wa ardah, dan ijmak para Sahabat memerangi kaum yang enggan membayar zakat walaupun mereka tidak menyerang kaum muslimin, demikian juga dibunuh orang murtad walaupun dia tidak memerangi orang Islamp-nauzubillah min zalik-.

Dalam sebuah hadis lagi Nabi s.a.w bersabda:

بعثت بالسيف حتى يعبد الله لا شريك له وجعل رزقي تحت ظل رمحي

Maksudnya: “Aku diutuskan dengan pedang sehingga Allah disembah tanpa disekutukan bagi-Nya suatupun dan dijadikan rezekiku di bawah tombakku..” [Ahmad,hasan].

Antara dalil disyariatkan memerangi kaum kafir walaupun mereka tidak memerangi kita firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah ayat 29:

قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّى يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَنْ يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ

Maksudnya:  “perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan agama yang benar, Iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar “Jizyah” Dengan keadaan taat dan merendah diri”.

Ayat ini menjelaskan kewajipan memerangi kaum kafir kerana mereka syirik kepada Allah s.w.t dan kufur dengan agama-Nya, bukan kerana mereka memerangi kita.

Para ahli Tafsir menyatakan ayat ini turun berkenaan Ahli Kitab, Yahudi dan Nasrani setelah Fathu Makkah. Sebaik turun ayat ini, Nabi s.a.w terus menyiapkan angkatan tentera untuk memerangi kerajaan Rom di Tabuk.[Tafsir Humad, 1/1265, Ibn Kasir, 4/132].

 Sebagaimana kita lihat, Nabi s.a.w tidak lah menunggu kerajaan Rom menyerang Mekah dan Madinah terlebih dahulu sebelum melancarkan serangan. Demikian juga kita lihat peperangan Khaibar, kaum Yahudi tidak menyerang Madinah tetapi Nabi s.a.w telah memerangi Khaibar sehingga mereka mahu membayar jizyah.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, 5/129-130].

Syeikh As’ad Humad dalam tafsirnya menyatakan:

“dan wajib memerangi Ahli Kitab apabila terdapat empat sifat pada mereka yang menunjukkan mereka benci kepada Islam:

Pertama: Mereka tidak beriman kepada Allah kerana mereka merobohkan dasar tauhid dengan menjadikan paderi mereka pembuat hukum syarak dan ada antara mereka menyembah al-Masih a.s dan Uzair a.s.

Kedua: Tidak beriman dengan hari akhirat kerana mereka menjadikan hari akhirat sebagai kehidupan kerohanian yang mana padanya manusia menjadi seperti Malaikat.

Ketiga: Mereka tidak mengharamkan apa yang Allah dan Rasul-Nya haramkan dan tidak mengikut kewajipan mengharamkan apa yang diharamkan ke atas mereka.

Keempat: Mereka tidak beriman dengan agama yang sebenar (Islam) yang Allah wahyukan kepada para Nabi-Nya tetapi mengikut agama yang direka oleh paderi mereka.” [Tafsir Humad, 1/1265].

Kesimpulan daripada pernyataan syeikh ini, Allah s.w.t memerintahkan kita memerangi mereka bukan kerana mereka memerangi kita sahaja tetapi kerana mereka kufur kepada Allah dan Rasul-Nya dan peperangan dengan mereka hanya berhenti apabila mereka memeluk Islam atau membayar Jizyah kepada Imam (pemerintah) kaum muslimin.

Selain itu, ulama telah bersetuju, Darul Harb  yakni negeri yang wajib diperangi itu adalah:

كُل بُقْعَةٍ تَكُونُ أَحْكَامُ الْكُفْرِ فِيهَا ظَاهِرَةً

Maksudnya: “Setiap ceruk rantau yang padanya hukum hakam kufur jelas nyata” [al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, 20/206].

Maka negeri yang wajib diperangi itu bukan sekadar negeri yang menyerang negara Islam sahaja, bahkan sekadar dia enggan tunduk kepada hukum Islam sama ada memeluk Islam atau membayar jizyah atau tiada gencatan senjata antaranya dan negara Islam dianggap wajib diperangi dan fardu kifayah atas kaum muslimin melaksanakan jihad ini.

Oleh itu, kita dapati Jihad mempunyai dua jenis iaitu:

Pertama: Jihad Difa’ yakni Jihad yang dilancarkan untuk memerangi kaum kafir yang menyerang kaum muslimin.

Kedua: Jihad Tolab yakni jihad yang dilancarkan kepada mereka yang enggan menerima Islam dan enggan pula membayar jizyah. [al-Takliqat al-Asariah ‘ala al-Aqidah al-Tahawiah, 1/46].

Apakah Syarat Jihad?

Syarat untuk mendirikan Jihad ada dua:

Pertama : al-Qudrah

Kedua: al-Imamah

Maksud Qudrah adalah kemampuan berjihad kerana Allah s.w.t tidak mewajibkan jihad ketika kaum muslimin berada di Mekah dalam keadaan mereka lemah. Demikian juga umum firman Allah s.w.t:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..”. [al-Baqarah: 286].

Al-Imamah pula bermaksud adanya pemerintah kaum muslimin yangb mengetuai mereka berjihad. Dalilnya sebelum ijmak ulama firman Allah s.w.t:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلَّا تُقَاتِلُوا قَالُوا وَمَا لَنَا أَلَّا نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِنْ دِيَارِنَا وَأَبْنَائِنَا

Maksudnya: “tidakkah engkau ketahui (Wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?…”. [Al-Baqarah: 246].

Syahid daripada ayat ini pada firman Allah s.w.t berkenaan perkataan Bani Israil:

ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah”

Menunjukkan perlunya ada seorang pemimpin untuk berjihad walaupun jihad itu adalah jihad difa’ kerana firman Allah s.w.t berkenaan ucapan mereka:

وَمَا لَنَا أَلَّا نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِنْ دِيَارِنَا وَأَبْنَائِنَا

Maksudnya: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?…”.

Bahagian ini menunjukkan jihad yang hendak mereka lancarkan dan mereka memerlukan seorang pemimpin untuk itu adalah jihad difa’. Maka, jika jihad difa’ pun memerlukan pemimpin ia lebih aula bagi jihad tolab.

Tidak disyaratkan pemimpin itu mesti seorang yang soleh dan adil bahkan jika fasiq sekalipun kerana kaum muslimin berjihad bersama al-Hajjaj bin Yusuf al-Saqafi yang terkenal dengan kezalimannya, mereka juga berjihad bersama para Khalifah Bani Umayah dan Abbasiah yang kebanyakan mereka itu tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kezaliman. Bahkan kaum muslimin berjihad bersama al-Makmun dan al-Muktasim yang bermazhab Muktazilah.

Tidak disyaratkan pula pemimpin itu khalifah yang disepakati oleh semua kaum muslimin kerana semenjak jatuhnya kerajaan Bani Umayah kaum muslimin tidak lagi mempunyai Khalifah yang satu disepakati kesemua kaum muslimin, bahkan kaum muslimin di Andalus berjihad di bawah kerajaan Bani Umayah Andalus manakala kaum muslimin di Iraq dan kebanyakan kawasan bersama Khalifah Bani Abbasiah dan kaum muslimin di Afrika berjihad bersama Khalifah Murabitun, Muwahhidun, Aghalibah, dan Adarisah. Para Ulama mengiktiraf semua jihad ini sebagai jihad bersama imam.

[Rujuk Perkara ini dalam Syarah Thahawiah, Ibn Abil Izz, dan fatwa Syeikh Abdul Malik Ramadani al-Jazairi H.F di: http://www.islamancient.com/articles,item,392.html?PHPSESSID=e00f046551ff5adfd52507c1cd5e7195 ]

Apakah Islam itu Agama Teroris?

Islam bukan agama teroris atau keganasan kerana Islam berperang bukan kerana hendak mendapatkan kemewahan dunia, tetapi untuk membawa keamanan dan menyebarkan Tauhid. Islam hanya berperang dengan tentera, tidak membunuh mereka yang tidak menyertai peperangan.

Selain itu, Islam sebelum memulakan perang terlebih dahulu mengajak mereka kepada Islam dan memberi pilihan supaya membayar jizyah jika mereka enggan menerima Islam.

Maka Islam berperang bukan kerana dahagakan darah seperti tuduhan para Orientalis atau untuk merosakkan sebuah negeri kerana tentera Mujahidin yang berjihad dilarang merobohkan rumah ibadat, menebang pokok tanpa keperluan dan memusnahkan harta benda yang tidak memberi maslahah kepada jihad.

Selain itu, Islam berperang kerana ingin membanteras jenayah dan jenayah yang paling besar di dalam alam semesta ini adalah syirik kepada Allah s.w.t.

Apakah Jihad Bin Laden itu Jihad Syar’i?

Jihad Bin Laden dan seumpamanya bukanlah jihad syar’i kerana jihad mestilah bersama pemimpin kaum muslimin yang sah bukan pemimpin yang masuk bakul angkat diri sendiri. Demikian juga bukanlah jihad menyerang pelancong-pelancong kafir kerana pelancong itu diberi hukum kafir musta’man (yang diberi jaminan keamanan sementara) bukan kafir harbi.

Demikian juga saya nyatakan jihad Ikhwanul Muslimin dan yang senada dengannya menentang Yahudi di Palestin bukanlah jihad syar’i yang sebenarnya kerana menurut Hasan al-Banna r.h, Jihad menentang Yahudi hanya kerana Yahudi memerangi orang Islam Palestin semata-mata tidak ada sebab lain.[Rujuk al-Ikhwan al-Muslimun, Ahdas Sanaathu al-Tarikh, 1/409, dinakal daripada Aqwal Ruus al-Ikhwan al-Muslimin].

Demikian juga kenyataan Syeikh Ahmad Yasin rahimahullah, pemimpin Hamas yang dibunuh dengan kejam oleh Yahudi Laknatullahi ‘alaihim dalam satu rakaman video menyatakan pertelingkahan Hamas dan Yahudi semata-mata berkenaan tanah, tiada kaitan dengan agama. [Lihat video dalam bahasa arab: http://www.islamancient.com/documents,cat,216.html ].

 Sedangkan sebab utama jihad yang syar’i adalah kerana mereka itu kafir kepada Allah s.w.t sebagaimana yang telah kita jelaskan melalui firman Allah s.w.t yang terdahulu. Dalam sebuah hadis Rasulillah s.a.w dinyatakan:

عَنْ أبِي مُوسَى ، قال: جَاءَ رَجُلٌإِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقال : يَارَسُولَ الله ، مَا الْقِتَالُ فِي الله ؟ فَإِنَّ أحَدَنَا يُقَاتِلُ غَضَبًا ، وُيقَاتِلُ حَمِيَّةً . فَرَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ ، قال : وَمَارَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ إلاَّ أنَّهُ كَانَ قَائِمًا. فَقال : مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ الله هِيَ الْعُلْيَا ، فَهُوَ فِي سَبِيلِ الله عَزَّوَجَلَّ.

Maksudnya: Daripada Abu Musa r.a katanya: ‘Datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah makna berperang di jalan Allah itu? Ada antara kami berperang kerana dia marah, ada yang berperang kerana semangat puak”. Lalu Rasulullah s.a.w mengangkat kepala baginda (melihat lelaki itu). Kata Abu Musa: Ini kerana lelaki itu sedang berdiri (sedang Nabi pula dalam keadaan duduk). Baginda bersabda: “Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah maka itulah berperang di jalan Allah Azza wa Jall”. [al-Bukhari & Muslim].

Oleh itu, kami berharap sangat kepada saudara-saudara kami yang berjihad di Palestin supaya membetulkan niat dan akidah mereka sesuai dengan al-Qur’an dan al-Sunnah supaya mereka diberi pertolongan oleh Allah s.w.t.

Bagaimanakah Jihad Tolab di Zaman Sekarang?

Kaum muslimin semenjak zaman Saidina Usman bin Affan r.a telah diserang secara pemikiran oleh kaum kafir. Serangan yang dikenal dengan al-Ghazwul Fikri ini telah mencapai kemuncaknya apabila berjaya meruntuhkan empayar Usmaniah dan menubuhkan negara-negara bangsa yang dibina atas semangat kepuakan atau Nasionalisme.

Kemudian, pelbagai bentuk pemikiran sesat telah meresap masuk dalam kalangan kaum muslimin. Maka, dalam keadaan sekarang, umat Islam perlu mempertahankan akidah mereka dan akal mereka daripada serangan yang sebegini rupa.

Jihad merupakan perjuangan yang memerlukan pelaksananya bersih akidah dan teguh imannya. Dalam keadaan masyarakat kita dipenuhi dengan khurafat dan bidaah, tidak mungkin kita boleh melawan musuh kerana kita lemah sedangkan syarat jihad memerlukan qudrah atau quwwah yakni kekuatan dan kemampuan.

Kita perlu mengikut sistem yang Allah s.w.t jalankan terhadap kaum salaf iaitu bermula dengan pemurnian dan pengukuhan akidah kemudian barulah mendapat kekuatan jasmani. Rasulullah s.a.w mengambil masa 13 tahun membina kekautan rohani dan akidah terhadap para sahabat sebelum mereka berjaya melaksanakan jihad dan menegakkan negara Islam yang begitu hebat. Maka atas jejak baginda dan para Sahabatnya lah kita akan berjalan dan menyusun strategi insyaAllah.

Kekejaman Yahudi Saudara Kera dan Babi!!

2 Jan

 

Lihatlah betapa kejamnya Yahudi, saudara-saudara kera dan babi. sehingga bila Umat Islam akan sedar?!!

Makyong Oh Makyong!!

29 Nov

Ketika menonton berita Bernama Tv sekitar pukul 2.30 petang hari ini (tarikh blog ini dipost), terdapat satu persoalan menarik disebut pembaca berita tersebut iaitu: “Adakah Makyong bercanggah dengan Islam?”.

Saya terfikir, apakah umat Islam hari ini terlalu jahil sehingga soalan sebodoh ini boleh terpacul keluar daripada lidah mereka?

Apakah mereka tidak tahu bahawa makyong itu penuh dengan tarian, nyanyian, pendedahan aurat dan bercampur baur lelaki dan wanita? atau mereka jahil apakah itu makyong?

Rupa-rupanya, pemberita dan ahli-ahli yang terlibat dalam makyong tersebut [menerusi temuramah dengan mereka yang dibuat oleh Bernama Tv] beranggapan makyong hanya bercanggah dengan Islam apabila terdapat unsur-unsur syirik dan pemujaan..!!

Subhanallah! saya katakan ada dua perkara yang perlu diperhatikan melalui kes ini:

1- Kita perlu bergembira kerana umat Islam melayu hari ini masih ada kesedaran untuk memelihara akidah mereka.

2- Kita perlu amat bimbang kerana fahaman Murjiah makin menjadi-jadi dalam masyarakat.

Ini kerana hanya murjiah sahaja yang beranggapan Iman seseorang tidak akan rosak dengan maksiat selama dia tidak melakukan syirik akbar dan fahaman ini telah ijmak Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan fahaman yang sesat dan menyeleweng.

Memanglah kalau kita terima makyong tidak ada pemujaan misalnya (namun jika dikaji asal usulnya saya percaya makyong ada mudaratnya pada akidah) namun maksiat lain yang berlaku dalam makyong tetap melanggar hukum syarak dan memudaratkan keimanan seseorang..Sedangkan Iman itu adalah lambang akidah..

Tidak dinafikan bahawa syirik adalah dosa besar yang paling besar jadi segala amalan yang boleh membawa kepada syirik akbar (besar) ini perlu dibendung termasuklah segala maksiat pendedahan aurat dan percampuran lelaki dan wanita ini. Jika dua maksiat yang dengan ijmak umat adalah haram ini diremeh-remehkan ianya akan membawa kepada fahaman dua maksiat ini tidak haram dan ini adalah syirik akbar kerana menghalalkan yang haram.

Oleh itu, pihak JAKIM perlu memandang serius salah faham terhadap konsep Iman dan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam kalangan generasi hari ini jangan sampai negara kita bertukar menjadi Negara Islam Murjiah pula!!Wallahua’lam.