Tag Archives: Khawarij

MENASIHATI PEMERINTAH SECARA SEMBUNYI: KHUSUS UNTUK ‘AIB PERIBADI?

21 Nov

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Antara alasan yang sering dijadikan sebagai dalih oleh sesetengah golongan Haraki dewasa ini dalam isu menasihati pemerintah secara sirr (sembunyi) adalah mereka mengkhususkan perintah ini kepada ‘aib peribadi pemerintah atau maksiat peribadi yang tiada kaitan dengan maslahat rakyat pada sangkaan mereka.

Adapun kesalahan-kesalahan pemerintah yang berkaitan dengan siyasah dan pentadbiran Negara maka menurut mereka perlulah diwar-warkan dan dihebohkan serta dicerca pemerintah itu secara terbuka.

Namun, adakah pendapat seperti ini benar dan selari dengan nas-nas yang memerintahkan supaya menasihati pemerintah secara sembunyi atau bersesuaian dengan kefahaman Ulama’ Kibar (besar) Ahlus Sunnah wal Jamaah? Maka berikut kami akan bentangkan hadis-hadis yang memerintahkan supaya menasihati pemerintah secara sembunyi dan pendapat para Ulama’ Ahlus Sunnah wal Jamaah berkenaannya.

Hadis ‘Iyadh bin Ghanm radiallahu ‘anhu:

Hadis ini secara penuhnya adalah:

من طريق عبد الله بن أحمد، عن أبيه: حدثنا أبو المغيرة، حدثنا صفوان، عن شريح بن عبيد، عن جبير بن نفير، قال: جلد عياض ابن غنم صاحب دار حين فتحت فأغلظ له هشام بن حكيم القول، حتى غضب عياض، فمكث ليال ثم جاء هشام فاعتذر إليه. وقال له هشام: ألم تسمع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: «إِنَّ مِنْ أَشَدِّ النَّاسِ عَذَابًا أَشَدَّهُمْ لِلنَّاسِ عَذَابًا فى الدُّنْيَا؟» فقال له عياض: قد سمعنا ما سمعت ورأينا ما رأيت، أو لم تسمع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: «مَنْ أَرادَ أَنْ يَنْصَحَ لِذى سُلْطَانٍ عَامٍّ فَلا يُبْدِ لَهُ علانية، وَلَكِنْ لِيَخْلُ به، فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ، وَإِلا كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِى عَلَيْهِ» . وإنك يا هشام لأنت الجرئ إذ تجترئ على سلطان الله، فهلا خشيت أن يقتلك السلطان، فتكون قتيل سلطان الله؟

Maksudnya: Daripada jalan Abdullah bin Ahmad daripada ayahnya (Imam Ahmad) kata beliau: telah mengkhabarkan kepada kami Abul Mughirah kata beliau: telah mengkhabarkan kepada kami Safwan daripada Syuraih bin ‘Ubaid daripada Jubair bin Nufair kata beliau: ‘Iyadh bin Ghanm telah menyebat Gabenor Dara ketika mana ia dibuka lalu Hisyam bin Hakim telah memarahi beliau dengan ucapan yang kasar sehingga menyebabkan ‘Iyadh menjadi marah. Lalu setelah beberapa malam datanglah Hisyam kepada beliau untuk memohon maaf lalu berkata kepada beliau Hisyam: ‘Tidakkah kamu mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling berat azabnya (di akhirat) adalah orang yang paling berat seksaannya terhadap manusia yang lain di dunia”? Maka berkata kepada beliau ‘Iyadh: Kami telah mendengar apa yang kamu dengar dan kami juga telah melihat apa yang kamu lihat, namun tidakkah engkau pula mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa yang hendak menasihati orang yang mempunyai kekuasaan am (pemerintah) maka janganlah dia lakukan secara terang-terangan tetapi hendaklah dia bersendiri dengannya, jika dia menerima nasihat itu maka itulah yang dikehendaki, namun jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. Sesungguhnya kamu wahai Hisyam amatlah berani (dalam melakukan kesalahan) kerana kamu berani melawan Sultan (penguasa) yang dilantik ALLAH maka apakah tidak kamu takut menjadi orang yang dibunuh oleh penguasa yang dilantik ALLAH?”.

[Hadis ini dikeluarkan Imam Ahmad dalam Musnad, al-Tabrani dalam Mukjam al-Syamiyyin, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dll dan sanadnya tidak kurang dari Hasan li ghairih bahkan sanad yang dibawa Ibn Katsir melalui Ibn Atsir ini adalah Sahih li zatih. Rujuk: Jami’ al-Sunan wal Masanid oleh Ibn Katsir, Majma’ al-Zawaid oleh al-Haitsami dan Zilalul Jannah oleh Al-Albani].

Merujuk kepada Sebab didatangkan hadis ini jelas ia berpunca daripada Hisyam bin Hakim radiallahu ‘anhuma menegur ‘Iyadh bin Ghanm radiallahu ‘anh berkenaan tindakan siyasah beliau yang pada pandangan Hisyam berlawanan dengan Syarak iaitu ‘Iyadh telah menghukum Gabenor Dara secara melampau pada pandangan Hisyam. Maka ini adalah kefahaman Sahabat radiallahu ‘anhum bahawa teguran kepada pemerintah secara sembunyi adalah meliputi tindakan zalim atau kesalahan yang dilakukannya berkaitan Siyasah dan pentadbiran.

Hadis Said bin Jumhan:

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ، حَدَّثَنَا الْحَشْرَجُ بْنُ نُبَاتَةَ الْعَبْسِيُّ كُوفِيٌّ، حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ جُمْهَانَ قَالَ: أَتَيْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى وَهُوَ مَحْجُوبُ الْبَصَرِ، فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ، قَالَ لِي: مَنْ أَنْتَ؟ فَقُلْتُ: أَنَا سَعِيدُ بْنُ جُمْهَانَ، قَالَ: فَمَا فَعَلَ وَالِدُكَ؟ قَالَ: قُلْتُ: قَتَلَتْهُ الْأَزَارِقَةُ، قَالَ: لَعَنَ اللَّهُ الْأَزَارِقَةَ، لَعَنَ اللَّهُ الْأَزَارِقَةَ، حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «أَنَّهُمْ كِلَابُ النَّارِ» ، قَالَ: قُلْتُ: الْأَزَارِقَةُ وَحْدَهُمْ أَمِ الْخَوَارِجُ كُلُّهَا؟ قَالَ: «بَلِ الْخَوَارِجُ كُلُّهَا» . قَالَ: قُلْتُ: فَإِنَّ السُّلْطَانَ يَظْلِمُ النَّاسَ، وَيَفْعَلُ بِهِمْ، قَالَ: فَتَنَاوَلَ يَدِي فَغَمَزَهَا بِيَدِهِ غَمْزَةً شَدِيدَةً، ثُمَّ قَالَ: «وَيْحَكَ يَا ابْنَ جُمْهَانَ عَلَيْكَ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ، عَلَيْكَ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ إِنْ كَانَ السُّلْطَانُ يَسْمَعُ مِنْكَ، فَأْتِهِ فِي بَيْتِهِ، فَأَخْبِرْهُ بِمَا تَعْلَمُ، فَإِنْ قَبِلَ مِنْكَ، وَإِلَّا فَدَعْهُ، فَإِنَّكَ لَسْتَ بِأَعْلَمَ مِنْهُ»

Maksudnya: Telah mengkahabarkan kepada kami Abu al-Nadr (Hasyim bin al-Qasim) kata beliau: telah mengkhabarkan kepada kami: Hasyraj bin Nubatah al-‘Absi al-Kufi kata beliau: telah mengkhabarkan kepada aku: Sa’id bin Jumhan kata beliau: Aku datang berjumpa dengan Abdullah bin Abi Aufa radiallahu ‘anhuma sedangkan beliau telah pun buta maka aku memberi salam kepadanya lalu kata beliau: ‘Siapakah kamu?’ Maka aku menjawab: Sa’id bin Jumhan. Kata beliau: Apa khabar ayahmu? Kata Sa’id: Aku berkata: Dia telah dibunuh oleh al-Azariqah (firqah daripada al-Khawarij) kata beliau: “Laknat ALLAH atas al-Azariqah, Laknat ALLAH atas al-Azariqah, telah mengkhabarkan kepada kami Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa mereka itu adalah: Anjing-anjing neraka. Kata Sa’id: Aku berkata: al-Azariqah sahaja atau Khawarij keseluruhannya? Kata beliau: Bahkan al-Khawarij keseluruhannya. Kata Sa’id: Aku berkata: Sesungguhnya pemerintah menzalimi manusia dan melakukan kepada mereka begitu begini.  Lalu seraya beliau menarik tanganku dengan tarikan yang kuat kemudian berkata: “Alangkah kasihan kepada kamu wahai Ibn Jumhan, hendaklah kamu berpegang dengan as-Sawad al-A’zam, hendaklah kamu bersama dengan as-Sawad al-A’zam (yakni Jamaah kaum Muslimin bersama pemerintah mereka), jika Pemerintah mendengar cakapmu maka pergilah kepadanya di tempat tinggalnya lalu beritahu kepada dia apa yang kamu tahu maka jika dia menerima daripada kamu maka itu yang baik, jika tidak maka biarkan dia kerana sesungguhnya kamu tidaklah lebih mengetahui daripada dia”. [Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan semua perawinya adalah tsiqah dan sahih].

Dalam hadis ini, Sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sangat mulia dan masyhur di mana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah berdoa untuk Abu Aufa r.a:

اللَّهُمَّ صل على آل أبي أوفى

Maksudnya: “Ya ALLAH, berselawatlah (pujilah) ke atas keluarga Abi Aufa” [HR al-Bukhari & Muslim].

Abdullah bin Abi Aufa r.huma adalah anak kepada Abu Aufa dan salah seorang Ahli Bai’at al-Ridwan dan lihat bagaimana beliau memahami perlunya menegur pemerintah secara sir (sembunyi) dalam perkara yang dilihat mereka salah dalam isu-isu pentadbiran. Ini kerana apabila Sa’id bin Jumhan berkata bahawa pemerintah menzalimi manusia dan melakukan perkara-perkara yang tidak wajar, ini menunjukkan kritikan atas siyasah pemerintah dan tatacara pentadbirannya bukan kesalahan atau ‘aib peribadi.

Lalu segera Abdullah ibn Abi Aufa menarik tangan Ibn Jumhan dan menasihati beliau supaya menasihati pemerintah secara tertutup dan bersendirian antara mereka berdua sahaja. Kemudian kata Ibn Abi Aufa: jika dia (pemerintah) tidak menerima teguran maka biarkan kerana kamu tidak lebih tahu daripada dia; kata-kata ini jika dikhususkan kepada maksiat dan ‘aib peribadi maka tidak akan sesuai kerana maksiat semua kaum muslimin mengetahui ianya salah, namun ini jelas menunjukkan kepada urusan pentadbiran dan siyasah yang mungkin pada pandangan rakyat tampak salah namun pada sisi yang lain ada maslahah yang pemerintah lebih ketahui.

Hadis Usaman bin Zaid radiallahu ‘anhuma:

Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Wail Syaqiq:

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ، قَالَ: قِيلَ لَهُ: أَلَا تَدْخُلُ عَلَى عُثْمَانَ فَتُكَلِّمَهُ؟ فَقَالَ: أَتَرَوْنَ أَنِّي لَا أُكَلِّمُهُ إِلَّا أُسْمِعُكُمْ؟ وَاللهِ لَقَدْ كَلَّمْتُهُ فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ، مَا دُونَ أَنْ أَفْتَتِحَ أَمْرًا لَا أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ فَتَحَهُ

Maksudnya: Daripada Usamah bin Zaid dikatakan kepada beliau: “Apakah kamu tidak mahu berjumpa Usman dan bercakap kepadanya (menasihatinya)?” maka jawab beliau: “Apakah kamu berpendapat bahawa aku mesti bercakap menasihati beliau melainkan aku perlu mendengarkannya kepada kamu? Demi ALLAH, aku telah menasihatinya dalam keadaan antara aku dan beliau tanpa aku membuka perkara yang aku tidak suka aku menjadi orang pertama membukanya…”

Berkata al-Imam al-Nawawi rahimahullah berkenaan hadis ini dan maksud urusan yang tidak disukai untuk beliau menjadi orang pertama membukanya:

يعني المجاهرة بالإنكار على الأمراء في الملأ كما جرى لقتلة عثمان رضي الله عنه وفيه الأدب مع الأمراء واللطف بهم ووعظهم سرا وتبليغهم ما يقول الناس فيهم لينكفوا عنه وهذا كله اذا أمكن ذلك فإن لم يمكن الوعظ سرا والإنكار فليفعله علانية لئلا يضيع أصل الحق

Maksudnya: “Yakni mengingkari pemerintah secara terang-terangan di khalayak ramai seperti mana yang dilakukan oleh para pembunuh Usman radiallahu ‘anhu dan pada hadis ini terdapat Adab bersama pemimpin dan berlemah lembut dengan mereka dan menasihati mereka secara sembunyi dan menyampaikan kepada mereka apa yang manusia bercakap berkenaan mereka supaya mereka berhenti dari melakukannya (jika ia sesuatu yang buruk) dan ini semua jika mampu dilakukan demikian, jika tidak mampu sama sekali menasihati secara sembunyi maka lakukanlah secara terang-terangan supaya tidak lupa asal kebenaran”. [Syarah al-Nawawi, 18/118].

Daripada hadis ini dan penjelasan al-Nawawi rahimahullah kita dapati bahawa asal dalam menasihati pemerintah adalah secara sembunyi dan tidak dinasihati ia secara terbuka kecuali dalam kondisi yang tidak memungkinkan dinasihati secara demikian seperti perlakuan yang memerlukan teguran segera seperti yang berlaku pada lelaki yang menegur Marwan bin al-Hakam rahimahullah semasa beliau hendak berkhutbah sebelum solat ‘eid kerana hal sebegini memerlukan pembetulan segera.

Demikian juga diketahui bahawa kelompok yang pertama mengingkari pemerintah secara terbuka adalah para pembunuh Usman radiallahu ‘anhu dan ia bid’ah yang dicipta Abdullah bin Saba’ al-Yahudi –’alaihi minallahi ma yastahiq- dan maklum pula teguran mereka secara terbuka terhadap Usman bin ‘Affan radiallahu ‘anh adalah berkaitan isu pentadbiran dan siyasah Negara bukan ‘aib-aib peribadi dan di manakah mungkin aka nada ‘aib peribadi pada diri Usman radiallahu ‘anhu dan Usamah bin Zaid r.huma telah ingkar tindakan mereka ini.

Menunjukkan juga bahawa Usamah r.a menasihati Usman r.a secara sir dalam urusan pentadbiran dan apa yang dicakap oleh orang ramai berkenaan siyasah beliau. Inilah dia kefahaman Sahabat radiallahu ‘anhum dalam menasihati pemerintah secara sir iaitu mencakupi semua jenis kesalahan pemerintah sama ada maksiat peribadi atau kesalahan yang berkaitan siyasah dan pentadbiran Negara.

Berkata Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkenaan hadis ini:

قَالَ الْمُهَلَّبُ أَرَادُوا مِنْ أُسَامَةَ أَنْ يُكَلِّمَ عُثْمَانَ وَكَانَ مِنْ خَاصَّتِهِ وَمِمَّنْ يَخِفُّ عَلَيْهِ فِي شَأْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُقْبَةَ لِأَنَّهُ كَانَ ظَهَرَ عَلَيْهِ رِيحُ نَبِيذٍ وَشُهِرَ أَمْرُهُ وَكَانَ أَخَا عُثْمَانَ لِأُمِّهِ وَكَانَ يَسْتَعْمِلُهُ فَقَالَ أُسَامَةُ قَدْ كَلَّمْتُهُ سِرًّا دُونَ أَنْ أُفْتَحَ بَابًا أَيْ بَابَ الْإِنْكَارِ عَلَى الْأَئِمَّةِ عَلَانِيَةً خَشْيَةَ أَنْ تَفْتَرِقَ الْكَلِمَةُ ثُمَّ عَرَّفَهُمْ أَنَّهُ لَا يُدَاهِنُ أَحَدًا وَلَوْ كَانَ أَمِيرًا بَلْ يَنْصَحُ لَهُ فِي السِّرِّ جَهْدَهُ

Maksudnya: “Berkata al-Muhallab: Mereka hendak daripada Usamah supaya bercakap kepada Usman dan adalah beliau daripada orang yang rapat dengan Usman dan orang yang ringan dengan beliau berkenaan al-Walid bin ‘Uqbah kerana telah dikesan pada beliau bau nabiz (arak) dan telah tersebar berkenaan beliau (bahawa dia meminum arak) dan adalah beliau (al-Walid) saudara se-ibu dengan Usman dan Usman melantiknya sebagai Gabenor maka berkata Usamah aku telah bercakap kepadanya secara sir tanpa aku membukan pintu yakni pintu mengingkari pemerintah secara terang-terangan kerana aku takut akan berpecah kesatuan kaum muslimin kemudian dia menjelaskan kepada mereka bahawa dia tidak bermudahanah dengan sesiapa pun walaupun seorang pemerintah bahkan beliau menasihatinya secara sembunyi semampunya”. [al-Fath, 13/52].

Jelas daripada penjelasan ini bahawa urusan yang Usamah radiallahu ‘anhu enggan menasihati Usman radiallahu ‘anhu secara jelas adalah urusan siyasah berkaitan kelakuan gabenor Usman radiallahu ‘anhu dan melibatkan pentadbiran bukan ‘aib peribadi Usman radiallahu ‘anhu dan tidak mungkin beliau mempunyai ‘aib atau maksiat peribadi –nauzubillah min zalik-.

Demikian menunjukkan betapa as-Salaf as-Soleh tidak pernah menasihati pemerintah melainkan secara sir dan sembunyi untuk menjaga kesatuan umat dan tidak mengapi-apikan rakyat melawan pemerintah mereka. Tidak dikenali perkara ini melainkan daripada pengikut Abdullah bin Saba’ al-Yahudi yang tercela itu.

Diperhatikan juga tidak ada istinbat daripada Imam al-Nawawi mahupun Ibn Hajar rahmatullahi ‘alaihima yang membezakan nasihat secara sir kepada pemerintah ini berkenaan urusan tertentu tanpa urusan tertentu.

Juga Ibn Hajar rahimahullah menaqal daripada al-Qadi ‘Iyadh rahimahullah:

وَقَالَ عِيَاضٌ مُرَادُ أُسَامَةَ أَنَّهُ لَا يَفْتَحُ بَابَ الْمُجَاهَرَةِ بِالنَّكِيرِ عَلَى الْإِمَامِ لِمَا يَخْشَى مِنْ عَاقِبَةِ ذَلِكَ بَلْ يَتَلَطَّفُ بِهِ وَيَنْصَحُهُ سِرًّا فَذَلِكَ أَجْدَرُ بِالْقَبُولِ

Maksudnya: “dan berkata ‘Iyadh: dikehendaki oleh Usamah bahawa beliau tidak membuka pintu untuk mengingkari pemerintah secara terang-terangan kerana ditakuti kesan buruk perlakuan itu bahkan dia berlunak dengannya dan menasihatinya secara sembunyi kerana itu lebih sesuai untuk diterima”. [ibid]

Dilihat juga al-Qadi ‘Iyadh tidak membezakan antara urusan peribadi dengan urusan pentadbiran bahkan dinyatakan maksud menasihati pemerintah secara sir adalah kerana mengelak kesan negatif nasihat secara terbuka dan nasihat sir itu lebih kuat untuk diterima dan sebab ini wujud sama ada untuk urusan peribadi mahupun untuk urusan pentadbiran dan siyasah.

Semoga dengan penjelasan singkat dan ringkas ini membuka minda dan hati kaum muslimin untuk melihat kebatilan dakwaan palsu para ilmuan yang terkesan akidah mereka dengan pemikiran barat dan tersingkap kegelapan syubhat dengan cahaya kebenaran berpandukan kepada kefahaman as-Salaf as-Soleh.

Jelas juga bahawa kaum Haraki dan Anak-anak Orientalis ini adalah kaum yang dusta dan batil yang suka memutar belit fakta dan membina amalan mereka atas auta bukan fakta bahkan mereka amat berani sehingga tanpa segan silu berdusta atas nama ALLAH dan Rasul serta memutar belit ayat-ayat ALLAH dan Sunnah Rasulullah untuk membenarkan kebatilan mereka.

Hendaklah kelompok dan individu seperti ini dijauhi dan jangan diambil ilmu daripadanya kerana mereka ini membawa kesesatan dan syubhat yang memesongkan kita daripada Agama ALLAH yang suci bahkan wajib atas setiap kaum Muslimin melazimi al-Quran dan as-Sunnah atas kefahaman as-Salaf as-Soleh bukan kefahaman selain mereka. Wallahul Muwaffiq.

6 Muharram 1434 Hijrah/ 20 November 2012 Masihi

Madinah Nabawiah al-Muasyarrafah al-Munawwarah, Arab Saudi.

Advertisements

TIDAK ADA UZUR KERANA JAHIL DALAM MASALAH USUL IMAN

2 Okt

SOALAN:

هنا شخص عبد غير الله أو دعا غير الله أو ذبح لشيخ كما يحدث في مصر، فهل يعذر بجهله أم لا يعذر بجهل؟ وإذا كان لا عذر بجهل فما الرد على قصة ذات أنواط؟ أفتونا مأجورين.

Maksudnya: “di sini adalah individu yang menyembah selain ALLAH atau menyeru selain ALLAH atau menyembelih kerana Syaikh seperti yang berlaku di Mesir, maka adakah diberi uzur kerana jahil atau pun tidak diberi uzur kerana jahil? Jika tidak diberi uzur kerana jahil apakah jawapan balas atas Kisah Zat al-Anwat? Fatwakan kepada kami semoga kamu diberi ganjaran oleh ALLAH”.

JAWAPAN:

لا يعذر المكلف بعبادته غير الله أو تقربه بالذبائح لغير الله أو نذره لغير الله ونحو ذلك من العبادات التي هي من اختصاص الله إلا إذا كان في بلاد غير إسلامية ولم تبلغه الدعوة؛ فيعذر لعدم البلاغ لا لمجرد الجهل

Maksudnya: “Tidak diberi keuzuran kepada Mukallaf dalam perbuatannya menyembah selain ALLAH atau dengan taqarrubnya menyembelih sembelihan untuk selain ALLAH atau nazarnya kepada selain ALLAH dan seumapama perkara ini daripada ibadat-ibadat yang menjadi kekhususan untuk ALLAH melainkan jika dia berada di negeri bukan Islam sedangkan tidak sampai padanya dakwah; maka dia diberi uzur kerana tidak sampai dakwah bukan kerana semata-mata jahil”.

لما رواه مسلم عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: «والذي نفس محمد بيده لا يسمع بي أحد من هذه الأمة يهودي ولا نصراني ثم يموت ولم يؤمن بالذي أرسلت به إلا كان من أصحاب النار »

Maksudnya: “Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: “Demi Dia yang jiwa Muhammad berada pada tanganNya tidaklah ada seorang pun daripada umat ini sama ada Yahudi atau Nasrani yang mendengar berkenaanku (berkenaan perutusan baginda sebagai Rasul) kemudian dia mati dalam keadaan tidak beriman dengan apa yang aku diutuskan dengannya melainkan dia termasuk Ahli Neraka”.

فلم يعذر النبي صلى الله عليه وسلم من سمع به، ومن يعيش في بلاد إسلامية قد سمع بالرسول صلى الله عليه وسلم فلا يعذر في أصول الإيمان بجهله.

Maksudnya: “Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak member uzur bagi sesiapa yang mendengar berkenaan baginda, sedangkan orang yang tinggal di negeri Islam itu sudah pasti mendengar berkenaan Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam maka tidak diberi uzur dalam masalah usul-usul Iman kerana kejahilannya”.

أما من طلبوا من النبي صلى الله عليه وسلم أن يجعل لهم ذات أنواط يعلقون بها أسلحتهم، فهؤلاء كانوا حديثي عهد بكفر، وقد طلبوا فقط ولم يفعلوا؛ فكان ما حصل منهم مخالفا للشرع، وقد أنكره عليهم النبي صلى الله عليه وسلم فلم يفعلوه.

Maksudnya: “Adapun mereka yang memohon Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membuat untuk mereka Zat al-Anwat supaya mereka boleh menggantung padanya senjata mereka (dengan tujuan ambil berkat) maka mereka ini adalah orang-orang yang masih baharu meninggalkan kekufuran (baharu memeluk Islam pada Fathu Makkah) dan mereka sekadar meminta sahaja dan mereka tidak melakukannya; maka apa yang berlaku daripada mereka itu menyalahi syarak dan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengingkari permintaan mereka lalu mereka tidak melakukannya”.

وبالله التوفيق. وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم.

Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi

Ketua: Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Timbalan Ketua: Abdul Razzaq ‘Afifi

Anggota: Abdullah bin Ghudyan, Abdullah bin Qu’ud

FATWA NO. 4144

KEWAJIPAN MENTAUHIDKAN ALLAH DALAM KETAATAN

11 Jan

Oleh: Muhammad Asrie bin Sobri

Universiti Islam Madinah Nabawiah, Arab Saudi

Ucapan Syahadah yang diucapkan seorang muslim mengandungi ikrar dan pengakuan terhadap ketunggalan ALLAH s.w.t sebagai ILAH yakni yang berhak disembah dan ditaati dengan sepenuh kecintaan, pengharapan, ketakutan, ketundukan, dan kepatuhan.

Demikian pula Syahadah bahawa Muhammad adalah Rasul ALLAH membawa maksud segala hukum hakam dan Syariat daripada ALLAH s.w.t adalah apa yang disampaikan dan diajarkan oleh Muhammad Rasul (Utusan) ALLAH s.w.t, tiada yang berhak diikuti dan ditaati secara mutlak dalam kalangan makhluk kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda adalah Utusan daripada ALLAH yang tidak bercakap melainkan dengan wahyu daripada ALLAH.

Kelaziman dan di antara kandungan Tauhid al-Uluhiah (mengesakan ALLAH dalam Ibadat) adalah mentaati ALLAH s.w.t dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun daripada makhluk-Nya dalam ketaatan dan tidak mengambil selain ALLAH s.w.t sebagai pembuat hukum dan undang-undang.

Dalil kewajipan mentauhidkan ALLAH s.w.t dalam Tasyri’ (membuat hukum) adalah banyak sekali daripada al-Quran dan al-Sunnah di antaranya:

Dalil Pertama:

Firman ALLAH s.w.t dalam Surah Ali Imran ayat ke-32:

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Rasul): Taatlah kamu kepada ALLAH dan Rasul-Nya, maka barangsiapa yang berpaling (enggan mentaati ALLAH dan Rasul-Nya) maka sesungguhnya ALLAH tidak mencintai orang-orang yang kafir”.

Kata Imam Abdul Rahman bin Nasir al-Sa’di r.h [w.1376 H] dalam Tafsir beliau:

“Ini adalah perintah ALLAH kepada para hamba-Nya dengan perintah yang paling umum iaitulah supaya mentaati (mematuhi)-Nya dan Rasul-Nya yang mana termasuk dalamnya Iman dan Tauhid dan apa yang merupakan cabang-cabangnya daripada amalan-amalan dan perkataan-perkataan yang zahir dan batin bahkan termasuk (dalam erti kata) mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya adalah menjauhi apa yang dilarang kerana menjauhi perkara yang dilarang sebagai satu kepatuhan kepada perintah ALLAH merupakan ketaatan kepada-Nya maka barangsiapa yang mentaati ALLAH dan RasulNya maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. [Maka barangsiapa yang berpaling] yakni: berpaling daripada mentaati ALLAH dan Rasul-Nya maka tiada lagi di sana untuk dirujuk keadaannya melainkan sebagai suatu kekufuran dan mentaati Syaitan yang derhaka.” [Taisir al-Karim al-Mannan, m.s 128].

Dalil Kedua:

Firman ALLAH s.w.t dalam Surah al-Nisaa’ ayat ke-59:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah (patuhlah) kepada ALLAH dan patuhlah kepada Rasul serta orang-orang yang berkuasa dalam kalangan kamu, jika kamu berselisih pandangan dalam suatu perkara maka kembalikanlah kepada ALLAH dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman dengan ALLAH dan Hari Akhirat demikian itu adalah sebaik-baik penyelesaian”.

Para Mufassirun (Ulama’ Tafsir al-Quran) menyatakan dalam ayat ini ALLAH mengulang perintah: (Taatlah) pada Rasul tetapi tidak pada Ulil Amri (pemerintah dan ulama’) kerana ketaatan kepada Pemerintah dan Ulama’ tidaklah mutlak tetapi bersyarat iaitu selagi mana perintah mereka tidak berlawanan dengan perintah ALLAH dan Rasul, adapun ketaatan kepada Rasul adalah mutlak kerana baginda tidak memerintahkan sesuatu melainkan ianya adalah Wahyu daripada ALLAH sebagaimana ALLAH berfirman:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4)

Maksudnya: “Dan tidaklah dia (Rasulullah s.a.w) berkata-kata berdasarkan hawa nafsu tetapi ia adalah Wahyu yang diwahyukan kepadanya”. [Al-Najm: 3-4].

Sabda Rasulullah s.a.w :

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ الطَّاعَةُ، فِيمَا أَحَبَّ أَوْ كَرِهَ، إِلَّا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ، فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ

Maksudnya: “Wajib atas setiap muslim itu mentaati (pemerintah) dalam perkara yang dia sukai dan yang dibenci melainkan jika dia diperintahkan untuk melakukan maksiat maka jika dia diperintahkan dengan kemaksiatan maka tidak boleh dia dengar dan tidak boleh dia taati (dalam perkara maksiat itu)”. [HR Ashab al-Sunan dan Ahmad].

Dalil Ketiga:

Firman ALLAH s.w.t dalam Surah al-Ahzab ayat ke-36:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

Maksudnya: “dan tidaklah patut bagi seorang mukmin dan tidak pula bagi seorang mukminah jika ALLAH dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu keputusan lalu mereka mempunyai pilihan (selain dari hukum ALLAH dan Rasul) dalam urusan mereka, barangsiapa yang menderhaka kepada ALLAH dan Rasul-Nya maka dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.

Kata al-Hafiz Ibn Katsir r.h [w.774 H] dalam Tafsir beliau:

“Maka ayat ini adalah umum dalam semua urusan, iaitu apabila ALLAH dan RasulNya telah memutuskan suatu hukum maka tiada lagi hak bagi sesiapa pun menyelisihinya dan tiada lagi pilihan lain, tiada lagi pendapat  dan perkataan (selainnya)”. [Tafsir al-Quran al-Azim, 6/423]

Demikian juga terdapat ayat-ayat yang mencela perbuatan mengambil hukum dan menjadikan hukum makhluk mendahului hukum ALLAH dan Rasul-Nya serta ALLAH menamakan mereka yang melakukan perkara ini sebagai Syirik:

Pertama: Firman ALLAH dalam Surah al-Nisaa’ ayat 60-61:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا (60) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا (61)

Maksudnya: “Apakah kamu tidak melihat kepada mereka yang menyangka mereka itu beriman dengan apa yang diturunkan kepada kamu (wahai Rasul) dan apa yang diturunkan sebelum kamu lalu mereka hendak berhukum kepada para Thaghut sedangkan mereka diperintahkan supaya kufur dengannya, dan syaitan mengekehendaki untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh. Dan apabila diseru kepada mereka datanglah kemari (berhukum) dengan apa yang ALLAH telah turunkan kepada Rasul maka engkau melihat kaum Munafiq itu berpaling daripada engkau dengan sepenuh palingan”.

Kata Al-Hafiz Ibn Katsir r.h:

“Ini adalah pengingkaran ALLAH Azza wa jalla atas mereka yang mendakwa beriman dengan apa yang ALLAH turunkan kepada Rasul-Nya dan kepada Nabi-nabi terdahulu lalu mereka hendak berhukum dalam menyelesaikan pertelingkahan mereka kepada selain Kitab ALLAH dan Sunnah Rasul-Nya …”

Kemudian beliau menyatakan Sebab Turunnya ayat berkenaan kaum munafiqin yang hendak berhukum kepada Ka’ab al-Asyraf (ketua Yahudi) dan enggan berhukum kepada Rasulullah s.a.w atau hendak berhukum kepada hukum Jahiliah. Lalu kata beliau:

“dan ini lebih umum daripada itu semua, sesungguhnya ia adalah celaan kepada sesiapa sahaja yang berpaling daripada Al-Kitab dan al-Sunnah kepada selain keduanya daripada kebatilan dan itulah (hukum-hakam selain daripada al-Quran dan al-Sunnah) yang dimaksudkan sebagai Thaghut dalam ayat ini”. [2/346]

Kedua: Firman ALLAH Ta’ala dalam surah al-Taubah ayat ke-31:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Maksudnya: “Mereka mengambil Ulama-Ulama’ mereka dan Ahli Ibadat mereka sebagai Tuhan-tuhan selain ALLAH demikian juga mereka menjadikan al-Masih anak Maryam (sebagai Tuhan selain ALLAH) sedangkan mereka tidak diperintahkan melainkan hanya untuk beribadat kepada Ilah (sembahan) yang satu, Tiada sembahan yang berhak disembah selain Dia Maha Suci Dia daripada apa yang mereka sekutukan”.

Perbuatan kaum Yahudi dan Nasrani menyembah Ulama-ulama mereka dan Ahli Ibadat ditafsirkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis berikut:

عن عدي بن حاتم قال: أتيت رسولَ الله صلى الله عليه وسلم وفي عُنُقي صليبٌ من ذهب، فقال: يا عديّ، اطرح هذا الوثنَ من عنقك! قال: فطرحته، وانتهيت إليه وهو يقرأ في “سورة براءة”، فقرأ هذه الآية: (اتخذوا أحبارهم ورُهبانهم أربابًا من دون الله) ، قال قلت: يا رسول الله، إنا لسنا نعبدُهم! فقال: أليس يحرِّمون ما أحلَّ الله فتحرِّمونه، ويحلُّون ما حرَّم الله فتحلُّونه؟ قال: قلت: بلى! قال: فتلك عبادتهم

Maksudnya: Daripada ‘Adi bin Hatim r.a kata beliau: “Aku datang kepada Rasulullah s.a.w (untuk memeluk Islam) sedangkan di leherku ada Salib daripada emas seraya baginda bersabda: “Wahai ‘Adi, buanglah berhala ini daripada lehermu”. Kata Adi: Maka aku membuangnya.  Aku mendekat kepada baginda sedangkan baginda membaca Surah al-Bara-ah lalu baginda membaca ayat ini [Ayat ke-31]. Kata ‘Adi: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami tidak lah menyembah mereka”. Lantas kata baginda: “Bukankah mereka mengharamkan apa yang ALLAH halalkan lalu kamu turut mengharamkannya, mereka menghalalkan apa yang ALLAH haramkan lalu kamu turut menghalalkannya?” Kata ‘Adi: Jawabku: Bahkan (demikianlah yang kami lakukan). Sabda baginda s.a.w: “Itulah bentuk peribadatan terhadap mereka”. [HR al-Tarmizi, al-Tabrani, dll].

Telah sepakat pula Ulama’ Tafsir keseluruhannya bahawa yang dimaksudkan dengan peribadatan terhadap Ulama’ dan Ahli Ibadat dalam ayat ini adalah perbuatan memberikan mereka hak Tasyri’ dalam menghalalkan dan mengharamkan dan mentaati mereka dalam perkara maksiat. [Rujuk: Tafsir Ibn Abi Hatim, 6/1784].

Kata Saidina Abdullah bin Abbas r.huma:

إِنَّهُمُ اتَّبَعُوهُمْ فِيمَا حَلَّلُوا وَحَرَّمُوا

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka mengikut mereka (Ulama’ dan Ahli Ibadat) dalam apa sahaja yang mereka halalkan dan haramkan”. [Tafsir al-Quran al-Azim, Ibn Katsir, 4/135].

Demikian juga tsabit riwayat daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a apabila ditanya berkenaan ayat ini beliau berkata:

“Adapun mereka sesungguhnya tidaklah berpuasa untuk mereka dan tidak pula solat untuk mereka tetapi adalah mereka itu apabila mereka (para Ulama’) menghalalkan kepada mereka sesuatu lalu mereka menghalalkannya, dan jika mereka mengharamkannya atas mereka sesuatu maka mereka mengharamkannya, maka itulah dia yang dikatakan menjadikan mereka sebagai sembahan”. [Al-Tabari, 14/211]

Ketiga: Firman ALLAH s.w.t dalam surah alFurqan ayat ke-43:

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

Maksudnya: “Apakah kamu tidak melihat orang yang menjadikan sembahannya adalah hawa nafsunya, apakah kamu (wahai Rasul) boleh menjadi pengawalnya (daripada bertindak bodoh seperti itu)?”

ALLAH s.w.t mencela mereka yang menjadikan akal dan hawa nafsu sebagai penentu agamanya dan dalam membuat hukum tanpa merujuk kepada Kitab ALLAH dan Sunnah RAsulullah s.a.w. Kata Imam Ibn Katsir r.h:

أَيْ: مَهْمَا اسْتَحْسَنَ مِنْ شَيْءٍ وَرَآهُ حَسَنًا فِي هَوَى نَفْسِهِ، كَانَ دينَه ومذهبَه

Maksudnya: “Yakni: Apa sahaja yang dia rasakan baik dan Nampak elok pada hawa nafsunya maka itulah yang menjadi agama dan mazhab pegangannya”. [6/113]

Ayat-ayat celaan ini menunjukkan bahawa perbuatan menjadikan selain ALLAH dan Rasul s.a.w sebagai pembuat hukum dan mengikut hukum selain daripada apa yang ALLAH dan Rasul-Nya sudah tetapkan adalah Maksiat dan boleh membawa pelakunya kepada Syirik.

Namun, keadaan Umat Islam hari ini menzahirkan bahawa mereka semakin jauh daripada hukum ALLAH dan Rasul-Nya, mereka menjadikan makhluk-makhluk sebagai sumber hukum dan meninggalkan Wahyu ALLAH di belakang dan hal ini dapat kita lihat dalam beberapa fenomena berikut:

Pertama: Taklid Buta dan Fanatik Mazhab

Sikap Taklid Buta dan Fanatik Mazhab walaupun mazhabnya itu berlawanan dengan nas wahyu yang sahih lagi sarih jelas menepati cirri-ciri kaum Yahudi dan Nasrani yang ALLAH cela dalam ayat ke-31 Surah al-Taubah (al-Bara-ah), mereka menghalalkan apa yang ALLAH dan RasulNya haramkan kerana ada qaul atau mazhab Ulama’ tertentu, mereka mensyariatkan amalan-amalan yang bukan Syariat kerana Ulama’ sekian, ‘Alim sekian, tok guru sekian berkata ianya harus atau sunat atau wajib atau lainnya.

Para Ulama’ kaum Muslimin telah bersepakat bahawa Taklid secara membuta tuli dan Taksub kepada pendapat Mazhab yang jelas berlawanan dengan dalil adalah tercela dan haram sebagaimana kata Imam al-Syafii r.h:

أَجْمَعَ الْمُسْلِمُونَ عَلَى أَنَّ مَنْ اسْتَبَانَتْ لَهُ سُنَّةُ رَسُولِ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – لَمْ يَكُنْ لَهُ أَنْ يَدَعَهَا لِقَوْلِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ

Maksudnya: “Kaum Muslimin telah bersepakat bahawa wajib atas sesiapa yang jelas baginya Sunnah Rasulullah s.a.w maka tidak boleh baginya untuk meninggalkannya kerana perkataan sesiapa pun daripada manusia lain”. [I’lam al-Muwaqqi’ien, Ibn al-Qayyim, 1/6].

Adapun perkataan Ulama’ : “Tidak ada pengingkaran dalam Masalah ijtihad” maka ini adalah khusus dalam masalah-masalah yang dibina atas ijtihad yang tiada padanya nas yang muktamad lagi sahih dan jelas, adapun apabila telah jelas dalil maka wajib mengikut dalil dan haram mengikut pendapat Ulama’.

Kata Imam al-Auz’ie r.h [w.157 H]:

مَنْ أَخَذَ بِنَوَادِرِ الْعُلَمَاءِ خَرَجَ مِنَ الْإِسْلَامِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengambil pendapat-pendapat Ulama’ yang nadir (janggal) maka dia telah terkeluar daripada Islam”. [Atsar dikeluarkan oleh: Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, no.20918].

قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: ” وَيْلٌ لِلْأَتْبَاعِ مِنْ زَلَّةِ الْعَالِمِ، قِيلَ: وَكَيْفَ ذَلِكَ؟ قَالَ: يَقُولُ الْعَالِمُ الشَّيْءَ بِرَأْيِهِ فَيَلْقَى مَنْ هُوَ أَعْلَمُ مِنْهُ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُ فَيُخْبِرُهُ وَيرْجِعُ، وَيَقْضِي الْأَتْبَاعُ بِمَا حَكَمَ “

Maksudnya: Berkata Ibn ‘Abbas r.huma: “Kecelakaanlah bagi para pengikut dek kerana kesilapan orang ‘alim”. Dikatakan kepada beliau: “Bagaimanakah itu (boleh berlaku)?” Kata beliau: “Seorang ‘alim berpendapat dalam suatu masalah dengan pandangan (ijtihad)nya lalu dia bertemu dengan orang yang lebih berilmu daripadanya dengan (Sunnah) Rasulullah s.a.w lalu dia memberitahu kepada (alim itu) lalu dia (alim itu) kembali menarik pendapatnya (yang menyelisihi Sunnah) tetapi para pengikut terus berhukum dengan hukum yang terdahulu (yang menyelisihi Sunnah)”. [Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, no.836].

عَنْ زِيَادِ بْنِ جُبَيْرٍ، قَالَ: قَالَ عُمَرُ: «هَلْ تَدْرِي مَا يَهْدِمُ الإِسْلامَ؟» قُلْتُ: لَا، قَالَ: «يَهْدِمُهُ زَلَّةُ الْعَالِمِ، وَجِدَالُ الْمُنَافِقِ بِالْكِتَابِ، وَحُكْمُ الأَئِمَّةِ الْمُضِلِّينَ»

Maksudnya: Daripada Ziyad bin Jubair r.h kata beliau: Berkata Umar r.a: “Adakah kamu tahu apakah yang akan merosakkan Islam?” Kataku: Tidak. Kata beliau: “Akan merosakkannya kegelinciran ‘alim, Jidal (perdebatan) kaum Munafiq dengan (menjadikan dalilnya) adalah al-Kitab (al-Quran), dan hukum yang dikeluarkan oleh Imam-imam (tokoh-tokoh ikutan) yang menyesatkan”. [Syarhus Sunnah, al-Baghawi, 1/317].

Maka pada dewasa ini, kita dapat menyaksikan berapa ramai Umat Islam yang terus taksub dan fanatik dengan Akidah al-Asya’irah sedangkan Akidah itu sendiri telah diakui berlawanan dengan pegangan Imam yang mereka sangka mereka ikuti iaitu: Imam Abul Hasan al-Asy’ari r.h, bahkan tokoh-tokoh terkemudian al-Asya’irah sendiri ramai yang menyatakan penyesalan mereka dan menarik balik fatwa-fatwa mereka yang berlawanan dengan al-Quran dan al-Sunnah tetapi pengikut-pengikut masih lagi fanatic dan mempertahankannya.

Demikian juga mereka yang taksub dengan mazhab-mazhab Fiqh yang terus berusaha mencari dan mereka-reka dalih untuk membenarkan mazhab mereka walaupun jelas terdapat nas yang menyalahi pendapat Imam mereka.

Tindakan pengikut ini adalah sebenarnya menjadikan Ulama’-ulama’ mereka sebagai sembahan selain ALLAH s.w.t dan lebih teruk di akhirat nanti para ikutan mereka ini akan berlepas diri di hadapan ALLAH s.w.t daripada dakwaan mereka sebagaimana ALLAH s.w.t berfirman:

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ

Maksudnya: “Ketika mana mereka yang diikut berlepas diri daripada mereka yang mengikut dan mereka telah melihat azab dan terputuslah antara mereka kasih sayang”. [al-Baqarah: 166].

Kedua: Mendahulukan Akal atas Wahyu.

Akal adalah makhluk yang ALLAH ciptakan dan setiap makhluk itu sifat zatnya adalah “faqir” memerlukan bimbingan, hidayah, dan taufiq daripada ALLAH s.w.t sedangkan hidayah dan taufiq ALLAH itu diketahui melalui Kalam-Nya iaitu al-Qur’an dan apa yang Dia wahyukan kepada Rasulullah s.a.w melalui Al-Sunnah.

Maka perbuatan mendahulukan akal dan mengikut apa yang disangka akal sebagai baik tanpa menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai kayu ukurnya adalah jelas termasuk dalam amalan mereka yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ILAH yang ALLAH cela dalam Surah al-Furqan ayat ke-43.

Perbuatan mendahulukan pandangan akal atas Wahyu adalah perbuatan Iblis –laknat ALLAH ke atasnya tidak henti-henti- apabila dia berkata:

قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

Maksudnya: “Berkata Iblis: Aku lebih baik daripadanya (Adam) Engkau ciptakan aku daripada api sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah”. [Sod: 76]

Sedangkan ini hanyalah sangkaan yang salah dan Qiyas yang Fasad, ALLAH mencipta apa yang Dia kehendaki dan Dia memilih apa yang Dia kehendaki maka Dia afdalkan Adam yang dicipta dari Tanah daripada Iblis yang dicipta daripada Api.

Kata Saidina Sahl bin Hanif r.a:

اتَّهِمُوا الرَّأْيَ، فَلَقَدْ رَأَيْتُنِي يَوْمَ أَبِي جَنْدَلٍ وَلَوْ أَسْتَطِيعُ أَنْ أَرُدَّ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمْرَهُ لَرَدَدْتُ، وَاللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ

Maksudnya: “Tohmahlah pendapat akal, aku telah melihat keadaan diriku pada hari Abu Jandal (hari perjanjian Hudaibiah) jika aku mampun untuk menolak keputusan Rasulullah s.a.w sudah tentu aku tolak sedangkan ALLAH dan RasulNya lebih mengetahui…” [HR al-Bukhari].

Demikian juga diriwayatkan ucapan yang sama daripada Umar bin al-Khattab r.a di mana para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim amat terkejut dengan keputusan Rasulullah s.a.w untuk tidak menyelamatkan Abu Jandal r.a dan mengembalikan kepada Ayahnya Suhail dan dengan isi perjanjian Hudaibiah yang kelihatan pada luarannya membawa kerugian Umat Islam, namun ALLAH s.w.t menamakan apa yang berlaku sebgai Al-Fathul Mubin (Kemenangan Yang Nyata):

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا

Maksudnya: “Sesungguhnya KAMI telah memberikan kepada kamu (wahai Rasul) akan kemenangan yang nyata”. [al-Fath: 1].

Maksud pembukaan yang nyata ini adalah Perjanjian Hudaibiah [Rujuk: Tafsir al-Tabari]. Dan ternyata hasil perjanjian Hudaibiah ini merupakan kemenangan yang besar bagi Islam dan Umatnya yang berakhir dengan pembukaan Makkah dan tersebarnya Islam di luar daripada Jazirah Arab.

Kata Saidina Ali r.a:

لَوْ كَانَ الدِّينُ بِالرَّأْيِ لَكَانَ أَسْفَلُ الْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلَاهُ، وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى ظَاهِرِ خُفَّيْهِ

Maksudnya: “Jika agama ini dibina berdasarkan pandangan akal maka tentulah bahagian bawah khuf lebih utama untuk disapu daripada atasnya, namun aku melihat Rasulullah s.a.w menyapu bahagian atas kedua khuf baginda”. [HR Abu Daud].

Kata ‘Allamah Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah r.h [w.751 H]:

ومن اعترض على الكتاب والسنة بنوع تأويل من قياس أو ذوق أو عقل أو حال ففيه شبه من الخوارج أتباع ذي الخويصرة

Maksudnya: “dan barangsiapa yang menentang al-Kitab dan al-Sunnah dengan apa-apa jenis Takwil sama ada Qiyas atau Zauq (perasaan-perasaan hati), Akal, atau keadaan maka padanya terdapat kesamaan dengan Khawarij pengikut Zul Khuwaisirah”. [Al-Sawa’iq al-Mursalah, 1/308].

Menjadi suatu kewajipan atas seorang Mukmin dan Mukminah untuk mendahulukan wahyu atas pandangan-pandangan akal dan hawa nafsunya, emosi dan perasaan jiwanya, bahkan mendahului kemaslahatan peribadi dan keadaan semasa.

Namun, dewasa ini lebih banyak Umat Islam yang mendahulukan pandangan akal dan ijtihad peribadi, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal atas dasar Maslahat, Maqasid, Tajribah (cubaan) dan lainnya.

Sesuatu perkara jika pada pandangan akal atau atas cubaan ia membawa manfaat dan ada kemaslahatan tidak bermakna bahawa Syarak membenar dan mengizinkannya, mengetahui sesuatu perkara itu baik atau buruk memang banyak caranya dengan fikir, pandang, rasa, dan kaji tetapi untuk mengetahui sama ada benda itu boleh atau tidak pada Syarak maka hanya ada dua sahaja kayu ukurnya: Al-Quran dan Al-Sunnah yang Sahihah.

Sesuatu perkara jika ada maslahah dan kebaikan maka tidak semestinya syarak akan membenarkannya kerana tidak semua maslahah diambil kira, di sana ada Maslahah yang Mulghah (Tidak diambil kira) oleh Syarak sebagaimana firman ALLAH berkenaan dengan Arak dan Judi:

فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

Maksudnya: “Pada keduanya (Arak dan Judi) itu terdapat keburukan yang besar dan terdapat juga manfaat-manfaat bagi manusia namun keburukan keduanya itu lebih besar dari kemanfaatan keduanya”. [Al-Baqarah: 219].

Demikian juga ada sesetengah perkara yang pada sangkaan manusia logik pada akal sebenarnya hanyalah Khayalan yang Tidak mungkin wujud, dan ada perkara yang pada sangkaan akal sesetengah manusia tidak logic tetapi sebenarnya akalnya yang rosak berlawanan dengan fitrah dan akal lain yang sihat.

Ketiga: Demokrasi dan Sistem-sistem Kufur

Dunia Islam hari ini sering diasak untuk melaksanakan Demokrasi dan Umat Islam hari ini sanggup bermandi darah untuk memperjuangkan Demokrasi tanpa mereka sedari Demokrasi adalah Syirik Akbar (Besar) yang menjadikan orang yang beriktiqad dengannya terkeluar daripada Islam –nauzubillah min zalik-.

Jauhar atau inti pati Demokrasi adalah: “Pemerintahan dari Rakyat, untuk Rakyat, oleh Rakyat” berlawanan dengan kehendak Islam di mana Negara Islam adalah: “Dari ALLAH untuk ALLAH kerana ALLAH dengan hukum ALLAH”.

مَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِهِ إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. [Yusuf: 40]

Demokrasi atau apa yang disebut sekarang sebagai: “Kuasa Rakyat” adalah kekufuran yang sama melanda kaum Yahudi dan Nasrani apabila mereka menjadikan suara majority sebagai asas dalam semua perkara termasuk dalam pembentukan akidah mereka di perhimpunan-perhimpunan Gereja (al-Majami’ al-Maskoniah).

Dengan Kuasa Rakyat dan Kehendak Rakyat, kaum Kafir Nasrani dan Yahudi menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal sebagaimana kita dapat saksikan di USA, UK, Rusia, dan lainnya.

Hari ini Umat Islam mengikut jejak langkah Umat sebelum mereka ini dan melaungkan slogan kufur yang sama dengan Umat-umat sebelum mereka yang telah dihukum musnah dan celaka oleh ALLAH di dunia dan akhirat –nauzubillah min zalik-.

Demikian juga sistem-sistem kufur lainnya seperti Kapitalis, Sosialis, Sekularisme, Liberalisme, yang semuanya berpaksi kepada mempertuhankan hawa nafsu dan menghalalkan apa yang ALLAH haramkan dan mengharamkan apa yang ALLAH halalkan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بَاعًا بِبَاعٍ، وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، وَشِبْرًا بِشِبْرٍ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَدَخَلْتُمْ فِيهِ» ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ، وَالنَّصَارَى؟ قَالَ: «فَمَنْ إِذًا»

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Kamu akan mengikut jejak langkah orang sebelum kamu sedepa demi sedepa, sehasta demi sehasta, dan sejengkal demi sejengkal, sehingga jika mereka masuk lubang biawak sekalipun maka kamu akan masuk ke dalamnya”. Mereka (para Sahabat) berkata: “wahai Rasulullah, adakah tuan maksudkan (dengan orang sebelum kamu) adalah Yahudi dan Nasrani?” Jawab baginda: “Jika bukan itu siapa lagi?” [HR Al-Bukhari, Ibn Majah, Ahmad dll, lafaz dlm Ibn Majah].

Hadis di atas merupakan khabar yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w akan apa yang dilakukan Umat baginda di akhir zaman dan tujuan baginda mengkhabarkan perkara ini yang tentunya baginda peroleh menerusi wahyu daripada ALLAH yang Maha Mengetahui supaya kita berhati-hati jangan sampai terjebak dengan perlakuan sebahagian kaum Fasiq yang meniru gaya hidup kaum kafir.

Hukum Mereka Yang Taat kepada Makhluk dalam Perkara yang Menyelisihi Syarak:

Para Ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah telah merincikan masalah mereka yang mentaati makhluk dalam perkara maksiat sebagai berikut:

1- Mentaati perintah yang maksiat dalam menghalal dan mengharamkan dengan iktiqad bahawa yang diikutinya itu memang mempunyai hak Tasyri’ serta reda dengan hukum mereka itu mendahulukannya atas hukum ALLAH dan Rasul-Nya, maka ini adalah Syirik Akbar menjadikan pelakunya Murtad –nauzubillah min zalik-.

2- Mentaati perintah yang maksiat kerana hawa nafsu namun masih beriktiqad bahawa hak tasyri’ adalah milik ALLAH sahaja dan hukum ALLAH adalah yang benar. Maka hukumnya adalah Mukmin yang Berdosa (Fasiq Milli).

3- Mentaati perintah yang maksiat atas sangkaan bahawa itu adalah benar dan itulah hukum ALLAH (yakni Jahil). Maka jenis yang ketiga ini tidak lepas daripada dua keadaan:

i- Dia mampu belajar dan mencari kebenaran atau dijelaskan kepadanya kebenaran tetapi dia ingkar mendengarnya maka dia berdosa dan sama seperti jenis yang kedua.

ii- Tidak mampu belajar atau tiada yang mampu mengajarkannya, maka ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani kepada hamba-hambaNya, Dia tidak membebankan mereka melebihi dari kemampuan mereka, maka jenis ini diberi keuzuran.

Wallahul Muwaffiq.

17 Safar 1433 H, Madinah Nabawiah, Arab Saudi.

BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH

1 Jul

WAJIB berhukum dengan (hukum) al-Kitab (Al-Quran) dan al-Sunnah dalam semua perselisihan (yang berlaku), bukan dalam sebahagian sahaja tidak dalam sebahagian yang lain, maka wajib berhukum dengannya dalam urusan Akidah, dan ini adalah yang paling penting sekali, dalam perselisihan berkaitan dengan Hak-hak antara manusia, dalam perselisihan berkaitan Manhaj dan Mazhab, dan perselisihan Fiqh.

ALLAH berfirman:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ

Maksudnya: “Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah kepada ALLAH dan Rasul..” [al-Nisaa: 59].

Adapun mereka yang hendak mengambil satu sisi sahaja (dalam berhukum dengan hukum ALLAH) dan meninggalkan apa yang lebih penting daripadanya maka ini bukanlah berhukum dengan Kitab ALLAH (dengan ertikata yang sebenar), maka demikianlah apa yang diperkatakan oleh penyeru kepada (Tauhid) al-Hakimiah pada hari ini bahawa mereka mengkehendaki berhukum dengan Syariat dalam perselisihan hak-hak tetapi mereka tidak pula berhukum dengannya dalam persoalan Akidah, mereka berkata: “Manusia itu bebas dalam persoalan Akidah”. Cukuplah dia berkata: “Aku Muslim”, (tidak ada masalah) sama ada dia Rafidi atau Jahmi atau Muktazili atau lainnya, “Kita bersatu atas apa yang kita sepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang kita selisihi”.

Inilah kaedah yang mereka letakkan dan mereka  namakan sebagai ‘Kaedah Emas’ yang pada hakikat sebenarnya adalah: Berhukum dengan al-Kitab dalam sebahagian perkara tetapi meninggalkannya dalam perkara yang lebih penting kerana berhukum dengan Syariat dalam persoalan Akidah lebih besar daripada berhukum dengannya dalam masalah pertelingkahan Hak.

Maka berhukum dengannya (Syariat) dalam persoalan Akidah, meruntuhkan Syirik dan Kubur-kubur yang menjadi sembahan dan masyhad-masyhad Syirik, dan memerangi orang-orang musyrikin sehingga mereka beriman dengan ALLAH dan Rasul-Nya ini lebih penting.

Maka mereka yang mengambil sisi Hakimiah sahaja dan mengabaikan sisi Akidah, mengabaikan persoalan Manhaj dan Mazhab yang memecahbelahkan manusia pada hari ini dan mengabaikan masalah perselisihan dalam Fiqh (dalam berhukum dengan Syariat) lalu berkata: Pendapat para Fuqaha’ semuanya sama sahaja, kita ambil sahaja yang mana satu pun (tidak ada masalah) tanpa melihat kepada sandarannya, ini adalah perkataan yang BATIL kerana yang wajib kita mengambil pendapat yang tegak padanya dalil, maka hendaklah dihukum dengan Kitab ALLAH setiap perselisihan dalam masalah Akidah dan ini yang paling penting sekali, pertelingkahan dalam hak-hak, pertelingkahan dalam Manhaj, dan pertelingkahan dalam Fiqh.

Firman ALLAH:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ

Maksudnya: “maka jika kamu berselisih dalam suatu perkara ..”

Ini adalah umum (dalam segenap hal).

Firman ALLAH:

وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللهِ

Maksudnya: “dan apa yang kamu selisihkan berkenaannya daripada sesuatu maka hukumnya adalah (dikembalikan) kepada ALLAH ..” [al-Syura: 10].

Perintah ini juga Umum (meliputi semua hal).

Mereka yang mengambil aspek Hakimiah (sebagai matlamat perjuangan) menggantikan Tauhid adalah SALAH, di mana mereka mengambil satu sisi lalu meninggalkan apa yang lebih penting iaitulah Akidah, demikian juga meninggalkan apa yang seumpama dengannya atau lebih penting daripadanya iaitulah persoalan berkaitan Manhaj-manhaj yang telah memecah belahkan manusia, setiap kelompok ada manhajnya tersendiri, setiap kelompok ada mazhabnya sendiri, kenapa kita tidak kembali kepada Al-Kitab dan al-Sunnah lalu kita mengambil manhaj dan mazhab yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah lalu kita ikuti?!

Kesimpulannya, berhukum dengan al-Kitab dan al-Sunnah perlu dilakukan dalam semua perkara bukan dalam sebahagian meninggalkan sebahagian yang lain, barangsiapa yang tidak berhukum dengan syariat dalam semua perkara maka dia beriman dengan sebahagian Kitab tetapi kufur dengan sebahagian yang lain sama ada dia kehendaki atau tidak (untuk termasuk dalam golongan ini).

Firman ALLAH:

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ

Maksudnya: “Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain”. [Al-Baqarah: 85].

Sumber: I’anatul Mustafid Syarah Kitab al-Tauhid, Ma’ali al-Syeikh Soleh al-Fauzan, 2/135.

DEMONSTRASI DAN AKIDAH

10 Mei

Dalam hadis yang sahih dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahih beliau, Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya):

“Akan dibentangkan kepada hati pelbagai fitnah seperti mana tikar (dibentangkan kepada penganyamnya) satu persatu”.

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Akan berlaku fitnah-fitnah (ujian-ujian dan bencana) di mana orang yang duduk daripadanya lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri pula lebih baik daripada berjalan dan yang berjalan pula lebih baik daripada yang bergegas di dalamnya, barangsiapa yang cuba menjeguknya akan terjebak ke dalamnya dan barangsiapa yang mempunyai tempat berlindung maka hendaklah dia berlindung dengannya”. [Al-Bukhari dan Muslim].

Rasulullah s.a.w selaku penyampai wahyu yang semua ucapan baginda adalah diselia kawal oleh wahyu tidak berdusta sama sekali, sekarang apa yang baginda s.a.w nyatakan dalam hadis-hadis baginda lama dahulu, kini kita sedang menyaksikannya.

Dunia Umat Islam dilanda dengan fitnah yang bertali arus, pemberontakan dan demonstrasi, rusuhan dan tunjuk perasaan, pembunuhan dan penjajahan, kemuculan kaum Ruwaibidoh yang petah berucap tetapi penuh putar belit dan pendustaan, dan pelbagai lagi ujian yang menggoncang hati dan menggugat Iman yang hanya mampu diselamatkan dengan perisai wahyu, al-Quran dan al-Sunnah.

Benar lah kata para Ulama Salaf ridwanullahi ‘alaihim:

“Sunnah itu seumpama Bahtera Nuh, barangsiapa yang menaikinya selamat dan barangsiapa yang ingkar akan tenggelam”.

Di tengah-tengah Taufan Fitnah melanda Umat, hanya mereka yang menaiki Bahtera Nuh yang merupakan Sunnah Muhammadiah s.a.w sahaja yang akan terselamat insya-ALLAH.

Dalam Hadis yang popular dan sahih yang dikeluarkan oleh Imam Abu Daud dan lainnya, direkodkan Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang hidup selepas aku akan melihat perselisihan yang banyak maka hendaklah kamu berpegang tegug dengan Sunnah ku dan Sunnah para Khalifah yang mendapat petunjuk yang membawa kepada kebenaran, gigitlah ia dengan gigi geraham kamu”.

Kata Saidina Mu’az bin Jabal r.a:

“Sesungguhnya di belakang kamu (zaman selepas Sahabat) akan berlaku fitnah-fitnah di mana harta akan bertimbun-timbun, al-Quran akan tersebar sehingga diambil (ilmunya) oleh orang Mukmin, Munafiq, lelaki, wanita, kanak-kanak, orang-orang tua, hamba, dan merdeheka. Maka hampir sahaja mereka berkata: “Kenapakah orang tidak mahu mengikut aku sedangkan aku telah membacakan kepada mereka al-Quran? Mereka tidak akan mengikut aku sehinggalah aku merekacipta kepada mereka sesuatu yang baharu”. Maka jauhilah kamu akan perkara baharu yang mereka cipta kerana ianya adalah kesesatan”. [Abu Daud].

Nah, kata-kata seorang Sahabat yang bertutur dengan cahaya Wahyu ini tepat sekali berlaku di zaman kita, semua orang mendakwa ‘alim dan mampu mendedangkan al-Quran dengan baik, namun sejauh manakah mereka benar-benar Ahli Al-Quran? Hanya ALLAH jua yang mengetahui perkara yang tersembunyi.

Oleh itu, ketahuilah wahai kaum Muslimin, keselamatan kamu hanya berada dengan al-Kitab dan al-Sunnah walaupun kamu melihat apa yang disuruh al-Kitab dan al-Sunnah itu berlawanan dengan realiti yang berlaku disekeliling kamu.

Jangan sama sekali kamu bantah Wahyu yang Maksum dengan akal mahupun realiti yang diwar-warkan sekarang sebagai “Fiqhul Waqi'”, kerana Waqi’ bisa sahaja menipu kamu dan melakukan silap mata terhadap kamu.

Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa Api yang kamu akan lihat sebagai realiti dibawa Dajjal nanti sebenarnya Syurga dan Syurga yang dibawa Dajjal yang kamu akan sangka itu realiti di hadapan mata kamu sebenarnya adalah Neraka, maka beruntunglah ketika itu mereka yang mendahulukan Sunnah atas Realiti dan amat rugi dan celakanya mereka yang medahulukan “Fiqhul Waqi'” yang Fatamorgana itu.

Wahai Hamba ALLAH sekalian, jika kamu sudah boleh memahami mukaddimah yang kami sediakan di atas maka ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bahawa di akhir zaman ini akan wujud banyak penguasa dan pemerintah yang zalim dan memakan harta rakyat secara batil, pemerintah yang tidak mengikut sunnah baginda dan membelakangkan hukum ALLAH, namun Rasulullah s.a.w juga melarang kamu memberontak kepada mereka sebagaimana baginda melarang kamu mentaati mereka dalam melakukan maksiat (dilarang bersekongkol).

Antaranya daripada Wail bin Hujr r.a bahawa beliau berkata: “Aku mendengar seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Apakah perintah tuan jika ada dalam kalangan kami nanti para pemerintah yang meminta hak mereka tetapi menghalang hak kami?” Maka Rasulullah s.a.w menjawab: “Dengar dan Taatlah kerana mereka akan menanggung apa yang mereka tanggung dan demikian juga kamu akan menanggung apa yang kamu dipertanggungjawabkan atasnya”. [al-Tarmizi].

Daripada ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie r.a kata beliau: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik kamu dan sebaik-baik pemerintah kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, sedangkan seburuk-buruk kalangan kamu dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah orang yang kamu benci akannya dan dia benci pula akan kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka juga mengutuk kamu”; Ditanya kepada baginda: “Apakah tidak boleh sahaja kami mencabut mereka (menggulingkan mereka)?” Maka Jawab baginda: “Tidak boleh selama mana mereka mendirikan solat yang lima, barangsiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin kemudian dia melihat pemimpinnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH maka hendaklah dia membenci maksiat kepada ALLAH yang dilakukan itu tetapi jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan”. [Muslim, Ahmad, Ibn Hibban dll dan lafaz adalah untuk Ibn Hibban].

Daripada Ummu Salamah r.ha Isteri Rasulullah s.a.w bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada nanti para pemerintah yang mana ada tindakan mereka kamu setujui dan ada yang kamu ingkari, maka barangsiapa yang dapat mengenal pasti (antara yang baik dan buruk perbuatan mereka) maka dia akan terlepas (dari maksiat), barangsiapa yang mengingkarinya akan selamat, tetapi mereka yang reda dan mengikut (maka dia binasa)”. Kata Sahabat: Apakah tidak wajar kami memerangi mereka? Jawab baginda s.a.w: “Tidak boleh, selama mereka mendirikan solat”. [Muslim, Abu Daud, & al-Tarmizi].

Nah, jelas wahai para Hamba ALLAH, hadis-hadis ini menceritakan perkara yang akan berlaku selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w dan ianya meliputi zaman kita hari ini sebagaimana jelas dalam hadis ini dan Rasulullah s.a.w telah pun memberikan panduan kepada kita supaya jangan memberontak kepada pemerintah-pemerintah yang zalim ini.

Ketahuilah bahawa mentaati perintah Rasulullah s.a.w dan beriktiqad bahawa petunjuk baginda adalah petunjuk yang paling sempurna dan nasihat baginda adalah nasihat yang paling utama serta hukum baginda adalah hukuman yang teradil dan terbaik merupakan tuntutan utama syahadah: Muhammad Rasulullah; sebagaimana ALLAH Ta’ala berfirman:

Mafhumnya: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”. [Al-Nisaa: 65].

ALLAH Azza wa Jalla dalam al-Quran apabila memerintahkan Taat kepada-Nya maka Dia akan men-‘atafkan perintah ini dengan “waw” ‘ataf supaya mentaati Rasulullah s.a.w dan ini menunjukkan bahawa Taat kepada Rasulullah s.a.w adalah sama hukum dan kedudukannya dengan Taat kepada ALLAH.

Ini sudah jelas kepada kita bahawa memberontak kepada pemimpin yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w dengan apa cara sekalipun sama ada dengan perbuatan mahupun perkataan sebagaimana yang dijelaskan para Ulama, mencacatkan akidah dan Iman kita terhadap Rasulullah s.a.w dan Mutabaah kita terhadap Sunnah baginda.

Walaupun pada pandangan kita yang lemah dan menipu ini mengatakan bahawa memberontak kepada pemerintah itu ada faedahnya namun selaku seorang yang beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya hendaklah kita yakini bahawa apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w itu lebih benar, lebih baik, dan lebih berkesan dalam menyelesaikan masalah.

Walaupun manusia semuanya terjebak dalam tindakan demonstrasi dan rusuhan terhadap pemerintah, kita perlulah beringat bahawa kita diperintahkan mengikut al-Quran dan al-Sunnah bukan apa yang dilakukan orang ramai kerana ALLAH berfirman:

Mafhumnya: Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. [al-An’am: 116].

ALLAH Tuhan sekalian ‘alam sendiri telah memberitahu kepada kita bahawa manusia itu majoritinya adalah mengikut sangkaan dan dusta semata-mata kerana sifat manusia itu dengan nafsu yang ada pada dirinya jika tidak di kawal pandu oleh wahyu akan menyondol segala syahwat dan kebatilan dan bergelumang dengannya.

Para penyeru demokrasi dan tunjuk perasaan akan membawakan pelbagai slogan yang mengenakkan telinga, menyedapkan lisan, dan menyejukkan jiwa namun hakikatnya tidak lebih seumpama syurga Dajjal yang hakikatnya adalah azab yang pedih dan perkara ini telah pun ALLAH ingatkan kepada kita dalam firman-Nya dalam surah al-Baqarah:

Mafhumnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.” [al-Baqarah: 11].

Para perosak ini tidak akan mengaku apa yang mereka usahakan itu adalah kerosakan atas muka bumi, sebaliknya mereka akan mengangkat slogan-slogan “Islah” dan “Pembaikan”, bahkan ayat-ayat ALLAH akan diputar belitkan untuk menarik sokongan dan membenarkan kemungkaran mereka itu.

Oleh itu, janganlah kita mudah percaya dan lekas terpedaya kerana ia akan menjerumuskan kita ke jurang celaka, keselamatan hanya ada pada Wahyu dan Agama, selain itu semuanya dusta dan fatamorgana.

Ketahui juga wahai para Hamba ALLAH, Rasulullah s.a.w telah meletakkan taat kepada pemerintah itu sebaris dengan taat kepadanya dan taat kepada baginda adalah Taat kepada ALLAH sebagaimana sabda baginda s.a.w:

“Barangsiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati ALLAH, dan barangsiapa yang menderhakai aku maka dia menderhakai ALLAH, barangsiapa yang mentaati pemerintah maka dia telah mentaati aku dan barangsiapa yang menderhaka kepada pemerintah maka dia telah menderhaka kepada aku” [Muslim].

Begitu terang Sunnah baginda s.a.w, malamnya bagaikan siang, maka di manakah lagi tempatnya yang layak bagi dakwaan “Demonstrasi Tiada Kaitan dengan Akidah” selain Tong Sampah?!!

Demikian juga para hamba ALLAH sekalian, para Ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah telah meletakkan ciri-ciri bahkan salah satu Prinsip Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah mentaati pemerintah dalam makruf, mencegah kemungkaran mereka dan Tidak Memberontak jika mereka zalim dan fasiq tetapi hendaklah kita mendoakan supaya ALLAH memperbaiki keadaan mereka dan memberikan mereka hidayah.

Kata Imam al-Barbahari r.h [w.329 H] di dalam karangannya yang sangat berharga: (Syarhus Sunnah):

“Barangsiapa yang memberontak kepada pemerintah kaum muslimin maka dia adalah seorang ‘Khawarij’, memecahkan kesatuan kaum muslimin, dan menyalahi atsar serta matinya adalah mati jahiliah”.

Kata beliau juga:

“dan Tidak Halal memerangi Sultan (pemerintah) dan memberontak kepadanya walaupun mereka itu zalim…”

Kata beliau juga:

“Jika kamu melihat seseorang mendoakan kecelakaan untuk pemerintah maka ketahuilah bahawa dia seorang Ahli Bidaah, sedangkan jika engkau melihat seseorang mendoakan kebaikan untuk pemerintah maka ketahuilah dia seorang Ahli Sunnah –insyaAllah-“.

Perhatikan wahai Hamba ALLAH, Imam al-Barbahari menjazamkan bahawa mereka yang mendoakan keburukan kepada pemerintah sebagai Ahli Bidaah dan dia tidak menyebut: ‘Insya-ALLAH’ tetapi mereka yang mendoakan kebaikan untuk pemerintah, beliau mentakliqkannya dengan masyiah (insya-ALLAH), perhatikan perkara ini sebaik-baiknya dan jika kamu dapat memahaminya kamu akan faham betapa bahayanya memberontak kepada pemerintah terhadap akidah kamu.

Kita semua mengetahui bahawa mereka yang keluar menunjuk perasaan hari ini adalah dengan tujuan menjatuhkan pemerintah mereka, aksi-aksi mencemuh pemerintah, mengutuk, melaknat dan seumpamanya adalah syiar rasmi dan lazim bagi aktiviti demonstrasi ini, maka masih adakah kewarasan yang mengatakan bahawa tindakan ini tidak menjejaskan akidah? Demi Ketinggin ALLAH atas ‘Arasy-Nya, ini adalah kegilaan yang tiada lagi kewarasan selepasnya.

Benar kata ‘Allamah Abdul Muhsin al-‘Abbad –hafizahullah- ketika beliau menyatakan: Jika demonstrasi ini tidak ada apa-apa keburukan kecuali boleh menghalang lalu lintas, sudah cukup untuk kita fatwakan ianya haram, ini selari dengan sabda Rasulullah s.a.w:

Mafhumnya: “Iman itu mempunyai 70 lebih atau 60 lebih cabang, yang paling utama adalah ucapan: La Ilaha Illallah dan serendah-rendahnya adalah membuang kerosakan di jalan, dan malu itu sebahagian daripada Iman”. [Muslim].

Maka mafhum mukhalafah daripada hadis ini, jika membuang perkara yang menghalang lalu lintas adalah cabang daripada cabang-cabang Iman maka mengganggu lalu lintas adalah salah satu cabang kekufuran dan ini ini sudah jelas keharamannya.

Orang yang berakal jika dia melihat demonstrasi yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya, Yemen, dan lain-lain lagi jelas kepada mereka kerosakan yang berlaku akibat tindakan bodoh ini bahkan lebih ketara sekarang di Libya apabila para pemberontak yang kononnya hendak membebaskan Libya dari kezaliman Mu’ammar dengan terang-terang bersekongkol dengan United States of America dan sekutu-kutu Ahzab musuh-musuh ALLAH dan Rasul  menumpahkan darah kaum muslimin di Libya.

Di Tunisia pula, setelah beberapa bulan berlalu, Revolusi Jasmine yang mereka banggakan yang dimulakan dengan tindak bunuh diri yang merupakan dosa besar yang ALLAH ancam pelakunya dengan kekal dalam neraka itu tidak membuahkan sebarang hasil melainkan keadaan semakin parah apabila masuk campur America dalam menentukan kerajaan baharu semakin ketara.

Di Mesir apa kurangnya? Kaum munafiqin semakin bermaharajalela di pentas politiknya dan para penjenayah Akidah semakin berani menunjukkan taring-taring beracun mereka dan siap saga untuk mencengkam takhta pemerintah Mesir dengan kuku-kuku berbisa mereka itu yang akan menyaksikan agama ALLAH terus dihina di bumi Mesir, penyembahan kubur terus subur dan lain-lainnya.

Apatah lagi mereka yang mengikuti perkembangan di Medan Tahrir yang merupakan Medan Syaitan yang menyaksikan para Wanita Liberal memijak Hijab (lalu dinamakan Medan Tahrir bersempena dengan peristiwa itu yakni –Pembebasan Wanita daripada Hijab) suatu ketika dahulu, jelas kelihatan para jantan dan betina bercampur baur di medan yang dilaknat itu dan mereka sama sekali tidak menuntut penegakan Syariat ALLAH bahkan apa yang mereka pentingkan adalah maslahah Duniawi mereka.

Maka kami tidak tahu apakah yang mengaburi mata sesetengah “Cendiakawan” dan “Cedik Pandai” sehingga menyatakan sokongan terhadap aktiviti tidak bermoral ini dan menamakannya sebagai “Jihad di Jalan ALLAH”, -nauzubillah min zalik- Ini semua tidak lebih: “Jihad di Jalan Syaitan”.

Benarlah kata Saidina Mu’az bin Jabal r.a:

“dan aku memberi ingat akan kamu untuk berhati-hati akan kegelinciran seorang Cerdik Pandai kerana sesungguhnya Syaitan itu kadang-kadang bertutur dengan kesesatannya melalui lisan seorang Cerdik Pandai” [Abu Daud].

Lebih menghairankan kita, mereka yang menyatakan sokongan terhadap aktiviti tunjuk perasaan yang penuh dengan kesalahan-kesalahan syariat ini adalah mereka yang selama ini amat gah dengan seruan: “Fiqh al-Waqi’ ” (Fekah Realiti), namun ke mana hilangnya realiti mereka ketika mereka mengharuskan tindakan-tindakan maksiat ini? Ke mana hilangnya pertimbangan Rasional dan Fiqh Awlawiyat (keutamaan) yang mereka gahkan selama ini??!! Atau sebenarnya apa yang mereka laungkan tidak lebih sekadar ketukan-ketukan tin kosong untuk menarik perhatian semata-mata?!! Hanya kepada ALLAH jua diadukan segala permasalahan.

Akhir bicara, kami menyeru kepada sekalian kaum muslimin yang sampai kepadanya seruan kami ini untuk mempertimbangkan setiap amalan dan perkataan dengan Wahyu yang Suci; al-Quran dan al-Sunnah dan berpegang teguh dengan apa yang diikuti oleh para Ulama Salaf al-Soleh –reda ALLAH atas mereka sekaliannya- kerana hanya dengan itu sahaja kita mampu memperoleh keredaan ALLAH di dunia mahupun di akhirat. Wallahua’lam bis sawab.

Disediakan oleh:

Muhammad Asrie bin Sobri al-Madani

Kuliah Dakwah & Usuluddin, Uni. Islam Madinah

TAKFIR:ANTARA YANG TERCELA DAN TERPUJI

2 Ogo

OLEH: MUHAMMAD ASRIE AL-MADANI

Isu takfir (menghukum seseorang muslim sebagai kafir) merupakan isu yang ‘evergreen’ dan sentiasa menjadi bualan panas bahkan kita tidak menafikan bahawa ini merupakan salah satu isu yang terpenting dalam Akidah Islamiah kerana ia ada kaitan rapat dengan Usuluddin.

Masalah Takfir boleh dikatakan antara landasan terawal sebahagian Umat Islam tergelincir daripadanya lalu terjebak dalam kesalahan yang fatal dalam memahaminya. Kemunculan Khawarij di zaman Khilafah Ali bin Abi Talib r.a memanaskan isu pengkafiran terhadap kaum muslimin yang melakukan dosa-dosa besar.

Perbahasan panas ini berterusan dengan kemunculan Muktazilah yang membawa konsep Manzilah bainal Manzilatain (Antara dua tempat), seorang muslim yang melakukan dosa-dosa besar tidak mukmin dan tidak kafir tetapi dia berada di tengah-tengah dan di akhirat dia kekal dalam neraka.

Apabila muncul gerakan dakwah pimpinan Syeikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahab al-Tamimi r.h pada kurun ke-12 hijrah, isu takfir menjadi panas kembali dan gerakan dakwah Syeikhul Islam Muhammad al-Tamimi r.h ini digelar sebagai pergerakan ‘Wahabiah’ dan ciri-ciri utama mereka adalah ‘mengkafirkan’ kaum muslimin dan mereka adalah Khawarij abad ini.

Tuduhan sebegini muncul akibat kejahilan sebahagian Umat Islam kerana jauhnya mereka daripada ilmu berkenaan Akidah Tauhid yang berkaitan dengan makna Syahadah dan syarat-syarat kalimah Syahadah dan perkara yang membatalkannya.

Demikian juga kejahilan berkenaan apa yang telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam al-Quran dan apa yang diputuskan oleh Rasulullah s.a.w dalam Sunnah baginda serta apa yang telah disepakati seluruh kaum muslimin terdahulu bahawa seseorang muslim itu tidak selamanya kekal muslim dengan sekali mengucap sahaja walaupun dia melakukan perkara yang membatalkan kalimah syahadah yang diucapkannya itu.

Jenis-jenis Takfir:

Oleh itu, perlu difahami bahawa bukan semua orang yang mengkafirkan kaum muslimin tertentu itu dihukum sebagai Khawarij kerana mereka yang mengkafirkan seseorang muslim atau kelompok muslim tertentu terbahagi kepada 5 (lima) jenis manusia:

Pertama: Mereka yang mengkafirkan kaum muslimin tertentu secara salah namun mereka melakukannya kerana takwil dan ijtihad namun mereka tersalah dalam ijtihad itu seperti yang berlaku kepada Saidina Umar bin al-Khattab r.a ketika mana dia mengkafirkan Saidina Hatib bin Abi Balta’ah r.a dalam peristiwa Hudaibiah di mana Umar r.a berkata: “Wahai Rasulullah, biarkan aku penggal sahaja leheri si munafiq ini” yakni Hatib bin Abi Balta’ah r.a lalu Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dia telah menyaksikan (menyertai) peperangan Badar, dan apa yang dapat memebuat kamu tahu mudah-mudahan Allah telah meninjau kepada Ahli Badar lalu Dia berkata: Buatlah apa sahaja yang kamu mahu kerana Aku telah mengampunkan kamu”.

Mereka ini, yang mengkafirkan secara takwil dan dia pula memang seorang Ahli Ijtihad maka tiada dosa baginya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

إذا حكم الحاكم فاجتهد ثم أصاب فله أجران وإذا حكم فاجتهد ثم أخطأ فله أجر

Ertinya: “Apabila seorang hakim berijtihad kemudian dia benar maka baginya dua pahala dan jika dia berhukum lalu berijtihad kemudian dia tersalah maka baginya satu pahala”. [Muttafaq ‘Alaih].

Allah Taala juga telah berfirman mengajar doa kepada kaum mukminin dalam akhir surah al-Baqarah ayat ke 286:

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Kau menghukum kami jika kami terlupa atau tersalah”.

Allah berkata setelah turunnya ayat ini: “Aku telah melakukannya”. [Riwayat Muslim].

Kedua: Mereka yang mengkafirkan sebahagian kaum muslimin berdasarkan dalil yang sahih daripada al-Quran dan al-Sunnah serta melazimi kaedah-kaedah yang ditetapkan dalam manhaj Salafus Soleh sebagaimana

Rasulullah s.a.w dan para Sahabat mengkafirkan munafiqin sedangkan kaum munafiqin itu sepanjang hayat mereka sentiasa basah lidah mereka dengan syahadah dan menghadiri solat bersama Rasulullah s.a.w namun Allah berfirman:

وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ

Maksudnya: “dan janganlah kamu mensolatkan atas mereka yang mati daripada mereka selama-lamanya dan jangan kamu berdiri di kuburannya kerana sesungguhnya mereka itu telah kafir dengan Allah dan RasulNya dan mereka mati dalam keadaan fasiq (yakni fasiq akbar –Kufur-)”. [al-Taubah: 84].

Demikian juga ijmak Ulama Salaf daripada Sahabat ridwanullahi ‘alaihim untuk memerangi mereka yang enggan membayar zakat walaupun mereka itu mengaku dengan dua kalimah Syahadah dan mendirikan solat.

Demikian juga para Salafus Soleh telah ijmak bahawa Musailamah al-Kazzab dan mereka yang mengikutnya adalah kafir dan halal darah walaupun mereka itu masih mengaku dengan dua kalimah syahadah dan mempercayai Muhammad bin Abdullah adalah Rasul (utusan) Allah.

Allah Taala berfirman:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ

Maksudnya: “dan Kami telah mengutuskan kepada setiap umat seorang Rasul supaya menyeru mereka: Hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jauhilah taghut; maka ada antara mereka yang diberi hidayah oleh Allah dan ada antara mereka yang telah ditetapkan padanya kesesatan”. [al-Nahl: 36]

Mereka yang mensyirikkan Allah Taala dan mendekati taghut jelas merupakan golongan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala mereka itu berada dalam kesesatan dan kekufuran maka:

أَفَنَجْعَلُ الْمُسْلِمِينَ كَالْمُجْرِمِينَ

Maksudnya: “Apakah patut Kami samakan mereka yang menyerah diri (beriman) dengan mereka yang melakukan dosa (kufur)?!” [al-Qalam: 35].

Ketiga: Mereka yang mengkafirkan orang-orang yang beriman kerana bencikan keimanan mereka dan tauhid mereka kepada Allah Taala. Maka mereka ini adalah sebenarnya yang kufur dan musyrik; firman Allah Taala:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya: “mereka yang menyiksa kaum mukminin dan mukminat kemudian tidak bertaubat maka bagi mereka itu azab Jahannam dan bagi merekalah azab yang membakar”. [al-Buruj: 10].

Mereka yang melakukan tindakan seperti ini tidak ubahnya seperti Abu Jahal dan Abu Lahab yang melemparkan tuduhan sesat, menyeleweng, sabi’, dan lain-lain lagi kepada Rasulullah s.a.w dan para Sahabat baginda.

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa yang memanggil saudaranya: Wahai Kafir! Maka ianya akan terkena pada salah seorang antara mereka”. [al-Bukhari & Muslim].

Keempat: Mereka yang mengkafirkan kaum muslimin yang lain atas dasar hawa nafsu dan tassub kepada mazhab. Perselisihan dalam masalah-masalah Ijtihadiah tidak seharusnya membawa kepada takfir dan tabdi’ kerana boleh jadi dalam suatu masalah nas itu jelas pada satu pihak tetapi tersembunyi pada pihak yang lain.

Telah masyhur dan mutawatir berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan para Sahabat dan Salafus Soleh ridwanullahi ‘alaihim dalam masalah ijtihadi seperti masalah adakah datuk menghalang saudara daripada mendapat warisan atau tidak, adakah menyentuh wanita itu membatalkan wuduk atau tidak, adakah qunut dalam subuh atau tidak.

Tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang menyesatkan atau mengkafirkan pihak lawan yang berbeza pendapat dengan mereka bahkan mereka berbeza pendapat dengan penuh hormat dan etika ilmiah.

Maka mereka yang melakukan perkara seperti ini perlulah bertaubat kepada Allah Taala dengan segera kerana apa yang dilakukannya itu adalah kesalahan yang ketara dan kezaliman terhadap saudaranya se-muslim.

Kelima: Mereka yang mengkafirkan kaum muslimin yang lain kerana dosa-dosa yang dilakukan mereka seperti berzina, minum arak, mencuri, membunuh dan lainnya daripada dosa-dosa besar sedangkan mereka ini tidaklah beriktiqad halalnya segala perbuatan ini, namun melakukannya kerana hasutan syaitan dan tolakan nafsu semata-mata.

Maka mereka yang mengkafirkan kaum muslimin atas dasar sebeginilah yang dinamakan sebagai al-Khawarij dan al-Haruriah. Mereka ini adalah sesat dan ahli bidaah serta telah tsabit dalam hadis-hadis yang sahih menghina dan mencela mereka bahkan galakkan untuk memerangi mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إن من ضئضئ هذا أو في عقب هذا قوم يقرؤون القرآن لا يجاوز حناجرهم يمرقون من الدين مروق السهم من الومية يقتلون أهل الإسلام ويدعون أهل الأوثان لئن أنا أدركتهم لأقتلنهم قتل عاد

Maksudnya: “Sesungguhnya daripada keturunan lelaki ini (zul khuwaisirah) akan ada kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka, mereka terkeluar daripada agama seperti mana meluncur keluarnya anak panah dari busurnya, mereka memerangi Ahli Islam dan membiarkan Ahli Berhala, jika aku menemui mereka ini akan aku bunuh mereka sebagaimana dibunuhnya (dimusnahkan) kaum ‘Aad”. [al-Bukhari & Muslim].

Oleh itu, perlu kita nilai terlebih dahulu jika mendengar seseorang menyatakan fulan bin fulan atau fulanah bintu fulan atau kumpulan sekian atau perbuatan demikian atau perkataan sekian adalah kufur, dari jenis yang manakah si penutur ini sebelum kita menuduhnya sebagai Khawarij, Haruri, Terroris, dan sebagainya.

Kedudukan Seseorang Selepas Mengucap:

Perlu juga kita ketahui bahawa seseorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, seorang muslim, bukanlah bermakna dia kekal muslim begitu sahaja kerana syahadah itu ada rukun dan syarat-syaratnya demikian juga ada padanya pembatal-pembatal syahadah.

Jika seseorang itu mengucap dua kalimah Syahadah kemudian dia tidak melaksanakan tuntutan dan syarat-syarat kalimah itu atau melakukan perkara-perkara yang membatalkannya maka seperti rukun-rukun Islam yang lain seperti solat, puasa, zakat, dan haji; syahadah ini akan batal dan pelakunya dihukum kafir setelah iman –nauzubillah min zalik-.

Dalilnya adalah firman Allah Taala:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ (66)

Maksudnya: “Jika kamu bertanya kepada mereka maka pasti mereka akan berkata: Sesungguhnya kami hanyalah bergurau dan bermain-main sahaja; katakanlah: Adakah dengan Allah, ayat-ayatNya, dan RasulNya kamu berolok-olok?. Janganlah kamu meminta uzur lagi kerana kamu telah kafir selepas iman kamu, jika Kami mengampunkan sebahagian daripada kamu maka Kami akan azab juga sebahagian yang lain kerana mereka itu orang-orang yang berdosa”. [al-Taubah: 65-66].

Firman Allah Taala:

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang kufur dengan Allah setelah imannya melainkan orang yang dipaksa sedangkan hatinya tenang dengan iman tetapi mereka yang lapang dadanya dengan kekufuran (setelah iman) maka atas mereka itulah kemurkaan Allah dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat”. [al-Nahl: 106].

Kedua-dua ayat ini jelas menerangkan kepada kita bahawa seorang yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah boleh menjadi kufur semula jika dia melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan tuntutan syahadah itu.

Ulama Islam juga telah ijmak dari timur ke barat bahawa seseorang muslim yang melakukan perkara-perkara yang dihukum syirik atau kufur maka dia boleh terkeluar daripada Islam dan semua mazhab imam-imam yang muktabar tidak sunyi kitab mereka daripada Bab Riddah (Hukuman Orang yang murtad).

Allah Taala berfirman:

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya: “dan barangsiapa yang berpaling tadah daripada agamanya (Islam) lalu dia mati dalam keadaan kafir maka mereka itulah yang gugur segala amalan mereka di dunia dan akhirat dan mereka itulah penghuni neraka yang kekal di dalamnya”. [al-Baqarah: 217].

Maka, jelas sekali bahawa tidaklah semua orang yang mengkafirkan seseorang muslim atau suatu kelompok muslim itu adalah Khawarij dan Haruriah kerana memang ada golongan yang berhak dihukum kafir setelah Imannya-nauzubillah min zalik-.

Takfir Mutlak dan Mu’ayyan:

Perkara yang seterusnya perlu difahami dalam masalah takfir ini adalah; menghukum sesuatu perbuatan atau perkataan sebagai kufur atau syirik bahkan bidaah dan maksiat juga tidaklah bermakna serta merta menghukum pelakunya sebagai kafir dan murtad, atau ahli maksiat atau mubtadi’.

Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h:

فإن نصوص الوعيد، التي في الكتاب والسنة، ونصوص الأئمة بالتكفير، والتفسيق ونحو ذلك لا يستلزم ثبوت موجبها في حق المعين، إلا إذا وجدت الشروط وانتفت الموانع، لا فرق في ذلك بين الأصول، والفروع

Maksudnya: “Maka sesungguhnya nas-nas ancaman yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah, dan nas-nas para Imam dalam takfir dan tafsiq (menghukum fasiq) dan seumpamanya tidaklah melazimkan tsabit pada individu tertentu melainkan terdapat syarat-syaratnya dan ternafi segala halangan-halangannya, tiada beza dalam perkara ini sama ada dalam sola usul ataupun furuk”. [Majmuk Fatawa, jil 10, m.s 372].

Kata beliau lagi:

وحقيقة الأمر في ذلك : أن القول قد يكون كفراً، فيطلق القول بتكفير صاحبه، ويقال من قال كذا فهو كافر، لكن الشخص المعين الذي قاله لا يحكم بكفره، حتى تقوم عليه الحجة التي يكفر تاركها

Maksudnya: “dan hakikat perkara ini: bahawa sesuatu ucapan itu boleh jadi ianya kufur maka diitlakkan hukum kafir kepada pengucapnya maka dikatakan: Sesiap yang berkata demikian maka dia kafir. Tetapi individu tertentu yang menyebutnya tidaklah dihukum kafir sehingga tegak atasnya hujah yang menyebabkan kafirnya orang yang meninggalkannya”. [Majmuk Fatawa, jil 23, m.s 345].

Syeikh Sulaiman bin Suhaim r.h dalam radd beliau atas fitnah yang dilemparkan kepada dakwah Salafiah yang digelar Wahhabi berkata:

الوهابية لا يكفرون إلا من كفره الله ورسوله، وقامت عليه الحجة التي يكفر تاركها

Maksudnya: “al-Wahhabiah tidaklah mengkafirkan sesiapa kecuali mereka yang telah dikafirkan oleh Allah dan RasulNya dan telah tegak atasnya hujah yang menjadikan orang yang berpaling daripadanya kafir”. [al-Dhiya’ al-Shariq, m.s 653].

Berkata Syeikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahab r.h:

وأما التكفير : فأنا أكفر من عرف دين الرسول، ثم بعد ما عرفه سبه، ونهى الناس عنه، وعادى من فعله، فهذا : هو الذي أكفر، وأكثر الأمة ولله الحمد ليسوا كذلك

Maksudnya: “adapun berkenaan takfir: maka aku mengkafirkan orang yang telah mengenal agama Rasul, kemudian selepas itu dia mencelanya dan melarang manusia daripadanya, memusuhi mereka yang melaksanakannya, maka inilah orang yang aku kafirkan dan kebanyakan umat bukan lah demikian, segala puji bagi Allah”. [al-Durar al-Saniah, jil 1, ms 73].

Berkata Syeikh Abdul Latif Alu Syeikh r.h berkenaan akidah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab r.h:

وانه لا يكفر إلا بما أجمع المسلمون على تكفير فاعله، من الشرك الأكبر والكفر بآيات الله ورسله أو بشيء منها بعد قيام الحجة وبلوغها المعتبر

Maksudnya: “dan sesungguhnya beliau (Muhammad bin Abdul Wahab) tidak mengkafirkan kecuali dengan apa yang telah disepakati oleh kaum muslimin untuk mengkafirkan pelakunya daripada syirik akbar dan kufur dengan ayat-ayat Allah dan Rasul-rasulNya atau sesuatu daripadanya setelah tegak dan sampainya hujah yang muktabar”. [al-Durar al-Saniah].

Maka jelas dalam pernyataan-pernyataan ini, Ahlus Sunnah wal Jamaah tidaklah mengkafirkan seseorang muslim melainkan dengan nas-nas yang jelas bahawa perbuatan itu atau ucapan itu kufur dan setelah pelakunya itu dipastikan menepati syarat-syarat takfir dan ternafi daripadanya halangan-halangan yang menghalangnya dihukum kafir.

Syarat-Syarat Takfir:

Syarat-syarat Takfir itu adalah dia melakukan perkara kufur itu dengan sengaja dan tahu ianya adalah kufur.

Halangan-halangan yang perlu dipastikan seseorang itu tiada akannya sewaktu dia melafazkan kalimah kufur atau melakukan perbuatan kufur adalah: Takwil yang ada padanya wajah dalam bahasa, Terlepas cakap, terpaksa dan terancam dengan paksaan dan ancaman yang memudaratkan nyawa, dan jahil dengan syarat dia tidak cuai dalam mencari ilmu dan tidak pula berpaling daripada kebenaran apabila ianya datang.

Disyaratkan juga orang yang jahil itu dalam perkara yang bukan dimaklumi secara darurat dalam agama seperti solat lima waktu jika seseorang mengatakan ianya tidak wajib dengan alasan jahil sedangkan dia tinggal dalam negara Islam, lahir sebagai muslim maka tidak ada uzur baginya bahkan dihukum kafir serta merta.

Masalah ini telah kami terangkan dalam dua artikel sebelum ini yang boleh dirujuk di:

Pertama: https://mashoori.wordpress.com/2008/12/28/urusan-tauhidtiada-uzur-padanya/

Kedua: https://mashoori.wordpress.com/2008/12/28/fatwa-syeikh-soleh-al-fauzan-hafizahullah-berkenaan-uzur-kerana-jahil/

Antara dalil yang menunjukkan tidak semua mereka yang melakukan perkara kufur dihukum kafir adalah hadis yang dikeluarkan dalam Sahihain seorang lelaki yang hendak mati berkata kepada ahlinya: “Jika aku telah mati maka bakar mayat ku dan tebarkannya ke dalam laut kerana jika Allah berjaya mendapatkan aku Dia pasti akan mengazabku dengan azab yang tidak pernah Dia azabkan sesiapa pun sebelumku”. Kemudian apabila dia telah mati, keluarganya melakukan hal yang sedemikian dan Allah maha berkuasa menghidupkannya semula di barzakh lalu Allah bertanya kenapa dia melakukan perkara itu, maka dia menjawab: Kerana takut padaMu. Allah kemudiannya mengampunkannya.

Allah mengampunkan lelaki ini walaupun dia sebenarnya syak pada kekuasaan Allah dan ianya kufur dengan sepakat kaum muslimin namun kerana dia melakukannya atas dasar ketakutannya yang amat sangat pada Allah, dan kejahilannya maka Allah mengampunkannya.

Demikian juga hadis seorang lelaki yang kehilangan unta di padang pasir bersama bekalannya, dalam keadaan dia pasti dia akan mati kelaparan tiba-tiba untanya ditemui kembali, oleh kerana kegembiraan yang teramat sangat dia tergelincir lisan menyebut: Ya Allah, Engkaulah hambaku dan Akulah TuhanMu.

Imam-imam Dakwah dan Takfir:

Atas dasar ini, apabila kita menemui kalam Ulama Dakwah yang menyebut perbuatan si fulan adalah syirik, perkataan sedemikian kufur dan seumpamanya bukanlah bermaksud sama sekali secara automatis mereka mengkafirkan setiap muslim yang melakukan perbuatan itu atau mengucapkan ucapan tersebut.

Kata Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab r.h:

لا نكفر من عبد الصنم، الذي على عبد القادر ؛ والصنم الذي على قبر أحمد البدوي، وأمثالهما، لأجل جهلهم، وعدم من ينبههم

Maksudnya: “Kami tidak mengkafirkan mereka yang menyembah berhala yang berada di atas (kubur) Abdul Qadir dan berhala di atas kubur Ahmad Badwi dan seumpama keduanya kerana kejahilan mereka dan tiada orang yang memberi peringatan kepada mereka”. [Al-Durar al-Saniah, 1/104].

Namun, perlu diingat juga, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab r.h dan para Ulama Dakwah tidak akan teragak-agak untuk mengkafirkan mereka yang telah jelas kekufurannya dan terlaksana padanya syarat-syarat takfir.

Oleh itu, telah warid beberapa orang yang Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menghukum mereka kafir dan memerangi mereka seperti Syamsan, Taj, Ibn Suhaim, dan beberapa lagi para penyeru syirik dan Ahli Sihir.

Bahkan dalam sejarah Islam sebelum dakwah Syeikhul Islam Muhammad lagi telah tercatat beberapa tokoh yang dianggap Ulama oleh sebahagian orang awam kemudian jelas hal mereka kepada Ulama Umat lalu difatwakan kekafiran mereka dan dihukum mati seperti al-Hallaj.

Ahli Sunnah vs Khawarij serta Murjiah:

Maka, selain kita perlu berhati-hati terhadap sebahagian golongan yang bersikap ghuluw dalam menjatuhkan hukum kufur kepada muslim seperti Khawarij dan Haruriah kita juga perlu menjauhi dengan dakyah sekumpulan lagi manusia yang bertasamuh dan bertoleransi dalam semua urusan sehingga tiada lagi manusia bernama kufur di ‘alam ini.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h:

“Bertentangan dengan golongan yang mengkafirkan secara batil ini terdapat pula kaum yang tidak mengenal akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagaimana yang sepatutnya, atau mereka mengetahui sebahagiannya tetapi jahil akan sebahagian yang lain dan apa yang mereka tahu itu boleh jadi mereka sembunyikannya dan tidak mendedahkannya kepada orang lain dan mereka tidak mencegah daripada bidaah-bidaah yang menyelisihi al-Kitab dan al-Sunnah serta tidak mencela Ahli Bidaah dan menghukum mereka, bahkan boleh jadi mereka mencela dakwah kepada Sunnah dan Usuluddin secara mutlak serta tidak membezakan antara apa yang dinyatakan oleh al-Quran, al-Sunnah, dan Ijmak dengan apa direka oleh Ahli Bidaah dan Firqah, atau pun mereka ini membenarkan semua pihak dengan mazhab-mazhab mereka yang pelbagai seumpama para Ulama membenarkan perbezaan dalam perkara-perkara ijtihad yang ada padanya ruang berbeza pendapat. Jalan ini merupakan yang biasanya banyak terdapat pada kebanyakan Murjiah, sebahagian Fuqaha’, Ahli Tasawuf, dan Ahli Falsafah…” [Majmuk Fatawa, jil 12, m.s 467, Risalah al-Kailaniah][1].

Ketahuilah, Ahlus Sunnah wal Jamaah itu adalah kaum pertengahan dalam  setiap isu umat termasuklah dalam isu Takfir ini, mereka itu umpama susu yang mengalir di antara najis darah Khawarij yang mengkafirkan secara semberono dan najis tinja Murjiah yang langsung tidak mahu mengkafirkan.

Tabdi’ Mengambil Kaedah Takfir:

Segala apa yang kami terangkan berkaitan takfir ini berlaku juga dalam isu Tabdi’ (membidaahkan), Tadhlil (menyesatkan), dan Tafsiq (memfasiqkan), semuanya berkongsi kaedah yang sama dan pendirian manusia berkenaannya juga sama dengan isu Takfir ini, ada yang melampau dalam membidaahkan orang dan ada juga yang cuai sehingga tidak mahu membidaahkan sesiapa walaupun jelas si fulan itu seorang penyeru kepada bidaah.

Ulama Salafus Soleh sebagaimana tidak teragak-agak menghukum kafir mereka yang murtad-nauzubi wajhillahi min zalik- mereka juga tidak teragak-agak menghukum bidaah individu tertentu yang telah tsabit pada haknya hukum-hakam bidaah.

Demikian juga para Ulama Salaf apabila menghukum sesuatu perbuatan dan perkataan sebagai bidaah tidak bermakna mereka secara langsung menghukum semua pelakunya sebagai mubtadi’ dan sesat bahkan perlulah dipastikan dahulu syarat-syarat yang kami sebutkan dalam masalah takfir ini terlaksana pada individu tersebut.

Kegagalan memahami masalah ini selari dengan Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah menjadikan sebahagian mereka yang  menyandarkan diri pada Dakwah berada dalam keadaan kehairanan berhadapan dengan fatwa-fatwa Ulama berkenaan Tabdi’ dan Takfir sehingga mereka takut untuk mengatakan Akidah al-Asyairah yang terang-terang menyalahi akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagai bidaah.

Mudah-mudahan artikel ringkas ini diberikan qabul oleh Allah Taala dan menjadi pembuka minda kepada mereka yang berada dalam kekeliruan. Wallahu Waliyyu al-Taufiq wal Hidayah.


[1] Bandingkan dengan apa yang diucapkan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiah ini dengan keadaan pengekor Hizbiah dan Ikhwaniah di masa kita ini maka engkau akan dapati ianya tepat 100 %-hadanallahu wa iyyahum-.

POLITIK ISLAM vs KHAWARIJ MODEN

28 Ogo

CERAMAH DI INSTITUT AL-QAYYIM