Tag Archives: orientalis

NYANYIAN SYAITAN DI TELINGA WANITA MUSLIMAH

15 Mar

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Al-Jibrati, seorang sejarawan moden Mesir dalam kitabnya yang terkenal, Ajaibul Asar, ketika menyentuh peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 1215 Hijrah dalam bulan Zul Hijjah menyatakan bahawa tahun tersebut (1215H) melabuhkan tirainya dengan pelbagai peristiwa yang jelik dan berleluasanya kerosakan.

Antara kerosakan yang disebut oleh al-Jibrati rahimahullah adalah: “dan antaranya berlaku tabarruj dalam kalangan wanita dan kebanyakan mereka meninggalkan maruah dan sifat malu. Hal ini berlaku apabila kedatangan kaum Perancis bersama wanita-wanita mereka, berjalan di khalayak ramai dalam keadaan mereka (wanita-wanita Perancis) tidak menutup wajah, memakai gaun, dan mandil sutera yang berwarna warni serta melabuhkan Tarhah[1] Kashmir di atas bahu-bahu mereka, dan pakaian yang berwarna-warni dan bercelup-celupan serta mereka menunggang kuda dan keladai dan memacunya dengan pantas sambil bergelak ketawa dan bersenda gurau dengan orang-orang awam, maka cenderunglah kepada mereka itu kaum yang mengikut hawa nafsu dalam kalangan wanita-wanita yang rendah moralnya (daripada muslimah) kerana mereka menundukkan para wanita dengan harta-harta. Adalah perbuatan meniru gaya hidup wanita Perancis ini mulanya dilakukan dengan sembunyi kerana takut dicerca masyarakat tetapi setelah berlakunya fitnah terakhir di Mesir dan Perancis menyerang Bulaq[2], menceroboh penduduknya, merampas harta benda mereka, dan menawan wanita-wanita yang mereka sukai lalu jadilah mereka tawanan kepada tentera Perancis, lalu mereka dipakaikan pakaian wanita-wanita Perancis, dididik pula mereka dengan gaya hidup mereka (Perancis) lalu mereka ini (wanita-wanita muslimah) menanggalkan niqab yang menjadi lambing sifat malu mereka dan bergaul dengan mereka wanita-wanita yang rosak akhlaknya (daripada wanita perancis)”. [3]

Peristiwa yang dinyatakan oleh al-Jibrati ini adalah permulaan fenomena pendedahan aurat dalam kalangan wanita Islam sehingga Louis Awad[4] menamakan tahun ini sebagai ‘Tahun Emansipasi Wanita’. Demikianlah betapa bangganya kaum kafir dengan kejayaan mereka merosakkan wanita-wanita Islam[5].

Jelas daripada catatan fakta sejarah ini, permulaan seruan dan pemalu pertama genderang emansipasi (pembebasan) wanita adalah kaum kafir dan gerakan ini bermula di Mesir melalui penjajah Perancis kemudian merebak ke serata pelusuk Negara Islam.

Namun, menjadi satu tanda pertanyaan, bagaimanakah nyanyian syaitan ini terus berlangsung di telinga-telinga wanita muslimah, menghasut dan mengajak mereka membogelkan diri di jalan-jalan raya, mendedahkan tubuh mereka yang selama ini menjadi lambang maruah diri di khalayak ramai?

Bahkan, sepertimana yang dimaklumi kita semua, seruan pembogelan  wanita ini tanpa segan silu menamakan kumpulan mereka dengan nama Islam seperti ‘Sisters in Islam’, Gerakan Musawah, dan sebagainya. Apakah rahsia mereka mengatas namakan gerakan mereka dengan nama Islam tanpa rasa takut?

Jawapannya bagi yang membaca artikel saya sebelum ini ‘Kemaraan Orientalisme di Belakang Tabir Islamisme’ memang sudah dapat diduga, tidak lain tidak kelompok manusia yang bernama muslim tetapi berhati kafir menjadi dalang utama di sebalik semua seruan ini.

Melalui lidah-lidah syaitan inilah lagu-lagu kufur ini dimainkan dan dinyanyikan di telinga-telinga wanita muslimah sehingga fenomena yang disifatkan oleh al-Jibrati sebagai perlakuan sumbang dan amalan wanita murahan menjadi satu adat kebiasaan yang diterima bahkan dianggap biasa.

Kita dapat melihat hari ini bagaimana munculnya fesyen-fesyen pakaian yang mendedahkan aurat, tabarruj, menampakkan susuk tubuh, dan sebagainya tetapi tanpa segan silu dinamakan ‘Busana Muslimah’,’Fesyen Islam’, dan sebagainya lagi.

Kesimpulannya hasil usaha kaum muslim yang diorientaliskan ini berjaya menjadikan fenomena tidak bertudung dan mendedahkan aurat sebagai fenomena biasa yang tidak lagi dianggap sebagai dosa bahkan adat yang diterima.

Fenomena ini telah pun dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا ».

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu kata beliau: Bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: ‘Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang bertutup tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bongol-bongol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian..sekain..” [Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat].

Maka perkhabran Rasulullah s.a.w ini jelas menerangkan kepada kita, fenomena ‘Tabarruj’ dan ‘Sufur’ ini merupakan maksiat dan dosa besar demikian juga Nabi s.a.w mengkhabarkan kepada kita akan adanya kaum yang bertindak ganas memukul manusia sesuka hati yakni perlakuan teroris.

Makna wanita bertutup tetapi telanjang dinyatakan ulama adalah wanita yang pada zahirnya menutup aurat tetapi mempunyai akhlak yang buruk dan ini memang hakikat yang berlaku pada hari ini di mana kita mendengar berita wanita bertudung labuh, menutup aurat tetapi akhirnya mengandungkan anak luar nikah hasil zina-nauzubillah min zalik-, wanita aurat, menjaga auratnya yang zahir tetapi terjebak dengan ajaran sesat dan syirik seperti ajaran kufur Syiah dan Tasawuf-nauzubillah min zalik- dan gejala seperti ini tidak pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w.

Makna kedua yang disebut ulama adalah wanita yang memakai pakaian yang nipis menampakan warna kulit atau pakaian ketat yang menampakkan susuk tubuhnya atau menutup sebahagian aurat tetapi mendedahkan aurat yang lain. Ini juga banyak di zaman kita ini seperti anak-anak remaja dan siswazah university yang bertudung tetapi memakai baju yang ketat atau seluar yang menampakkan susuk bentuk kakinya, demikian juga yang betudung dan menutup aurat tetapi melakukan tabarruj seperti bernyanyi dan menari di hadapn lelaki bukan mahram serta sebagainya yang dapat kita lihat.[6].

Perintah menutup aurat adalah perintah yang sabit daripada nas al-Qur’an yang sarih (jelas) sebagaiman firman Allah Azza wa Jalla:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Makusdnya: “dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”[al-Nur: 31].

Dalam surah al-Ahzab ayat ke-53 Allah Jalla fi ‘Ulah berfirman:

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ

Maksudnya: “dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.”

Ayat ini walaupun ditujukan khitabnya kepada Ummuhatul Mukminin (Ibu-ibu Orang beriman) yakni para isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam namun hukumnya terkena kepada umum kaum mukminin kerana umumnya illah yang diletakkan Allah subhanahu wa taala iaitu: ‘menjaga kesucian hati’, maka setiap manusia perlu menjaga kesucian hati tanpa ada perbezaan. Maka digunakan qiyas aula menunjukkan kewajipan ini lebih utama kepada kaum mukminah biasa kerana mereka tidak terjamin kesucian hati adapun Isteri-isteri Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam adalah wanita pilihan Allah Jalla wa ‘Ala namun mereka tetap diwajibkan hijab[7].

Dalam surah al-Ahzab ayat ke-59 Allah Jalla wa ‘Ala berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Ayat yang mulia ini memerintahkan supaya wanita-wanita muslimah yang merdeheka (bukan hamba sahaya) supaya melabuhkan tudung mereka dan menutup wajah mereka kecuali sebelah mata untuk melihat apabila keluar daripada rumah.[8]

Berkata Saidina Abdullah bin Abbas radiallahuanhu: “Allah memerintahkan wanita-wanita beriman apabila keluar daripada rumah kerana sesuatu keperluan hendaklah mereka menutup wajah mereka daripada atas kepala mereka dengan jilbab (tudung) dan menampakkan sebelah mata (untuk melihat)”.[9]

Tafsiran ini juga diriwayatkan daripada Abidah al-Salmani, Ibn Aun, dan Ibn Sirin rahimahumullah. [10]

Para ulama Islam telah bersepakat (ijmak) disyariatkan (diperintahkan) kepada wanita Islam apabila keluar daripada rumah untuk menutup wajah mereka namun mereka berbeza pendapat apakah jenis perintah yang dikehendaki, sama ada ‘Ijab’ (wajib) atau ‘nadab’ (sunat).

Ulama Mazhab Hanafiah mewajibkan wanita menutup wajahnya sebagai menjaga daripada fitnah, ulama Hanabilah berpendapat wajah wanita adalah aurat dan wajib ditutup, adapun ulama Syafiiah berpendapat wajah wanita adalah aurat nazar yakni haram direnung oleh lelaki ajnabi namun wanita itu hanya sunat sahaja menutupnya.[11]

Namun, ulama sepakat apabila menimbulkan fitnah atau keadaan suasana yang dipenuhi fitnah maka wajib atas wanita menutup wahjahnya kerana zahir sebab nuzul ayat ini memerintahkan wanita yang merdeheka menutup wajah mereka apabila munculnya kaum fasiq di Madinah yang menganggu wanita-wanita sahaya lalu diperintahkan wanita merdeheka menutup wajah bagi membezakan dengan wanita sahaya supaya mereka tidak diganggu.[12]

Oleh itu, difahami daripada ayat ini, menutup wajah wanita adalah amalan syar’I dan sunnah bukan amalan bidaah atau ‘kongkongan’ seperti yang disalakkan oleh anjing-anjing orientalis dalam kalangan ‘pendakwa’ ulama kaum muslimin.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam:

ولا تنتقب المرأة المحرمة ولا تلبس القفازين

Maksudnya: “dan janganlah wanita yang berihram itu memakai niqab dan jangan pula memakai sarung tangan”. [al-Bukhari].

Hadis ini menunjukkan wanita-wanita mukminah di zaman Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam memakai niqab dan memakai sarung tangan yakni menutup seluruh tubuh mereka di luar daripada waktu ihram ketika keluar daripada rumah dan amalan menutup muka dan tapak tangan adalah sunnah semenjak zaman Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, bukan sekadar adat kongkongan seperti yang dinyanyikan oleh syaitan-syaitan berbadan manusia ke telinga-telinga wanita moden pada hari ini.[13]

Sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam:

المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان

Maksudnya: “Wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar (daripada rumahnya) maka syaitan akan menghiasnya”. [al-Tarmizi, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, al-Bazzar, al-Tabrani dalam al-Awsat dan al-Kabir, hadis ini sahih].

Aurat adalah sesuatu yang perlu ditutup dan dilindungi, maka hadis ini menunjukkan kepada wanita supaya mereka menutup tubuh mereka keseluruhannya kerana ‘alif lam’ dalam kalimah ‘al-marah’ adalah istighraq yakni merangkumi seluruh tubuhnya. Inilah makna zahir hadis ini dan menunjukkan perintah menutup wajah dan tapak tangan wanita memang warid dalam hadis-hadis Nabi sallallahu alaihi wa sallam.

Berkata Syeikh Nasir al-Din al-Albani rahimahullah:

والنصوص متضافرة عن أن نساء النبي صلى الله عليه وسلم كن يحتجبن حتى في وجوههن

Maksudnya: “dan nas-nas sangat banyak daripada isteri-isteri Nabi s.a.w bahawa adalah mereka menutup wajah mereka…”[14]

Syeikh Nasir al-Din al-Albani rahimahullah termasuk ulama yang tidak mewajibkan menutup wajah namun beliau dengan tegas menyatakan bahawa menutup wajah bagi wanita itu ‘sunnah’ yang dituntut bukan seperti sebahagian anjing-anjing orientalis atau syaitan-syaitan berbadan manusia yang menyalak dan menyanyikan lagu kebidaahan niqab kepada wanita-wanita Islam dewasa ini.

Anjing Orientalis yang pertama menyalakkan bahawa niqab bukan daripada Islam seorang lelaki yang berjubah dengan jubah ulama tetapi berlidah syaitan, Syeikh Rifaah al-Tahtawi iaitulah seorang Imam lulusan al-Azhar al-Syarif yang diutuskan sebagai pengiring kumpulan cendakiawan Mesir ke Perancis untuk mempelajari teknologi Perancis.

Namun, Rifaah, yang dijulang oleh sesetengah pendakwa ulama di zaman ini sebagai mujaddid[15], tidak sekadar mengiring tetapi dia juga mengambil kurusus bahasa Perancis dan berjaya mencapai tahap yang membanggakan. Hasilnya dia mengarang kitab bernama ‘Talkhis al-Ibriz fi Talkhis al-Baris’ (Mensucikan Emas dalam Menceritakan Keadaan Paris) yang ditulisnya di Perancis dan diperkenan gurunya yang kafir, Jomar.

Dalam kitabnya ini dia menulis:

السفور والاختلاط بين الجنسين ليس داعياً إلى الفساد

Maksudnya: “dan pendedahan aurat (sufur)[16] serta percampuran antara jantina bukanlah sesuatu yang membawa kepada kerosakan”.[17]

Pemerintah Mesir yang memang selama ini menanti peluang membawa masuk pemikiran ‘Syaitan’ ini ke dalam nadi negara Umat Islam dan kedudukan Rifaah al-Tahtawi selaku ulama Mesir yang telah diberi tazkiyah (kepujian) oleh Syeikh Hasan al-Attar rahimahullah, Syeikhul Azhar ketika itu memudahkan niat jahatnya itu.[18]

Dengan segera pemerintah Mesir, Ali Basha mengarahkan buku Syeikh Rifaah ini dicetak dan disebarkan ke serata ceruk pelusuk Mesir serta diperintahkan untuk dibaca dalam  Istananya serta dewan-dewan kerajaan sehingga sampai ke tahap dijadikan teks pengajaran sekolah dan diterjemahkan juga ke dalam bahasa Turki (bahasa rasmi Khilafah Usmaniah).[19]

Kemudian setelah berlalunya zaman Rifaah Tahtawi, muncul pula Syaitan-syaitan manusia yang mendendangkan lagu-lagu pendedahan aurat dan tabaruj di telinga-telinga wanita muslimah Mesir.

Apabila datang pula penjajahan Inggeris ke atas Mesir, seorang Qibti Nasrani, Fahmi Markus menulis pula kitabnya, ‘al-Marah fil Syarqi’ yang mencela Islam dengan menyeru supaya wanita muslimah menanggalkan hijab, menghalalkan pergaulan bebas, menghadkan talak di mana mestilah talak itu berlaku di hadapan hakim sahaja, mengharamkan poligami, dan menghalalkan perkahwinan wanita muslimah dengan lelaki kafir.[20]

Kemudian diikuti pula oleh Darker yang digelar ‘Duke’ menulis kitab ‘al-Misriyun’ yang di dalamnya juga dia mencemuh hijab dan mencela pendirian Islam yang menghadkan tugas wanita di dalam rumah mentarbiah anak-anak-yang merupakan kegerunan utama mereka- lalu menyeru wanita muslimah keluar bekerja bersama kaum lelaki –yang pastinya membawa kepada ikhtilat antara lelaki dan wanita-.

Lalu bangunlah seorang lelaki muslim yang mempunyai semangat membela agamanya tetapi kurang ilmunya, Qasim Amin, mengkritik Darker dan menjawab tuduhan-tuduhan Darker tadi dan mencela wanita Mesir yang mengamalkan gaya hidup barat (yang pada waktu itu hanyalah dilakukan oleh Permaisuri Mesir, Nazili). Namun, Qasim Amin kerana kekurangan ilmu, telah menyamakan Islam dengan ajaran Nasrani dan Injil pada pandangannya.[21]

Kritikan Qasim Amin ini mendapat kemurkaan daripada Permaisuri Nazili yang merupakan wanita tunggal di Mesir yang bergaul bebas dengan bukan mahram dan mengamalkan gaya hidup barat lalu dia meminta Syeikh Muhammad Abduh, Mufti Mesir ketika itu menegur Qasim Amin.

Muhammad Abduh bersama teman-temannya, Saad Zaghlul dan Lutfi Sayyid, segera menegur Qasim Amin untuk membetulkan kesalahannya dan menarik balik kritikannya terhadap Darker sehingga Qasim Amin mengarang kitabnya yang berjudul: “Tahrir al-Marah” (Emansipasi Wanita) maka lahirlah Qur’an Syaitan-syaitan Emansipasi yang pertama.[22]

Kitab Tahrir al-Marah yang diterbitkan pada 1899M ini mendapat bantuan sepenuhnya daripada Muhammad Abduh, Mufti Mesir ketika itu dan dipercayai juga bahawa ianya adalah karangan Muhammad Abduh sendiri.[23]

Maka demikianlah berterusan nyanyian-nyanyian syaitan menyeru kepada pendedahan aurat, pengharaman poligami, penghadan kuasa talak lelaki, dan menyeru wanita supaya menceburkan diri dalam bidang-bidang pekerjaan kaum lelaki.

Antara tokoh-tokoh yang terkenal memperjuangkan emansipasi wanita ini adalah Saad Zaghlul dan isterinya Safiah Zaghlul. Saad Zaghlul adalah manusia yang membelakangi Qasim Amin selepas Muhammad Abduh. Jika Muhammad Abduh membantu Qasim Amin secara ilmu untuk menulis kitabnya Saad Zaghlul pula adalah orang yang memberikan sokongan moral.

Apabila terbitnya kitab Qasim Amin tersebut, kaum muslimin bangkit menentangnya dan dihukum kufur, mereka mencemuhnya di mana-mana sahaja sehingga Istana sendiri terpaksa berlepas diri daripada Qasim Amin (sedangkan kitabnya ditulis atas arahan Permaisuri), namun Saad Zaghlul dan isterinya Safiah membawa Qasim Amin ke rumah mereka dan menjamunya makan tengah hari dan malam dan untuk merealisasikan usaha emansipasi mereka, Safiah bersama Qasim Amin bersiar-siar di pekan Mesir berdua-duaan dalam keretanya (Safiah).[24]

Tindakan Safiah Zaghlul dan Qasim Amin ini dengan sokongan dayus daripada Saad Zaghlul sendiri bertentangan dengan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam:

لا يخلون أحدكم بامرأة فإن الشيطان ثالثهما

Maksudnya: “Tidaklah bersendirian seseorang kamu dengan wanita (yang bukan mahram) kecuali yang ketiganya syaitan”. [Ahmad, sahih].

Sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam:

ثلاثة لا ينظر الله عز و جل إليهم يوم القيامة العاق لوالديه والمرأة المترجلة والديوث وثلاثة لا يدخلون الجنة العاق لوالديه والمدمن على الخمر والمنان بما أعطى

Maksudnya: “Tiga golongan yang Allah Aza wa Jalla tidak akan pandang (dengan pandangan rahmat) kepada mereka di hari kiamat: Penderhaka kepada kedua ibu bapanya, wanita yang berlagak seperti lelaki (tomboy), dan lelaki dayus dan tiga golongan yang tidak akan masuk syurga: Penderhaka kepada kedua ibu bapanya, penagih arak (alcoholic), dan pengungkit atas apa yang diberinya”. [al-Nasai dan Ahmad, sahih].

Dayus bermaksud lelaki yang membiarkan isterinya melakukan maksiat sedangkan dia mampu menghalangnya atau meredai isterinya melakukan maksiat.Dalam bahasa mudahnya adalah lelaki yang tiada perasaan cemburu terhadap isteri dan keluarganya.[25]

Tindakan Saad Zaghlul membiarkan isterinya berdua-duaan dengan Qasim Amin adalah kedayusan yang nyata dan inilah yang dikehendaki barat iaitu supaya umat Islam rosak akhlak dan nilai-nilai murni yang terbina daripada akidah Tauhid mereka kepada Allah Subhanahu wa Taala.

Saad Zaghlul sewaktu pulang daripada buangannya pada tahun 1921M, telah mencabut hijab isterinya kemudian dia jugalah yang mengarahkan wanita yang hadir di cermahnya membuka niqab (penutup muka) kemudian pada tahun 1919M, Huda Sya’rawi, anak didik Saad Zaglul bersama isteri Saad, Safiah Zaghlul mengetuai wanita Mesir dalam demonstrasi yang kononnya membantah penjajahan Inggeris ke atas Mesir tetapi sebaik sahaja perarakan mereka sampai di Dataran al-Ismailiah di Kaherah, mereka membuka hijab mereka dan membakarnya.[26]

Maka demikianlah bermulanya sebuah kegelapan dan kejahilan hasil daripada pengaruh kaum kafir yang berjaya memasukkan racun mereka ke dalam tubuh Umat Islam dan bisanya terus dirasai sampai hari ini.[27]

Syaitan-syaitan Emansipasi terus memainkan genderang kufur mereka dan meniup seruling neraka mereka di telinga-telingan wanita Islam dan ramai yang terpedaya dengan nyanyian merdu mereka ini kecuali mereka yang diberi rahmat oleh Allah subhanahu wa taala.

Bahkan dengan kembali gerakan Hijab melalui dakwah-dakwah ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikhul Islam Ibn Baz rahimahullah, Syeikhul Islam Muhammad bin Soleh al-Usaimin rahimahullah, dan Syeikhul Islam al-Muhaddis li Diyar al-Syamiah Muhammad Nasir al-Din al-Albani rahimahullah, kaum munafiqin ini tidak membiarkan dakwah Islam yang murni ini terlepas dengan mudah.

Terdapat juga syaitan-syaitan emansipasi ini menyarung jubah ‘Salafiah’, kemudian meniup di telinga para wanita Islam seruling emansipasi mereka secara halus. Mereka mengambil pendapat-pendapat ‘pendakwa’ ulama seperti Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qardawi, dan Hasan Turabi lalu diserapkan ke dalam barisan dakwah salafiah sehingga menimbulkan kekaburan dan kekeliruan.

Mereka datang kali ini dalam bentuk manhaj Taisir atau ‘Pemudahan’ fiqah lalu memasukkan pemikiran-pemikiran Emansipasi ini secara halus lagi daripada sebelumnya.

Namun, halus mana sekalipun sebatang jarum, tetap terasa sakitnya di kulit dan isi, maka bangkitlah ulama-ulama Islam yang tulin dan sejati-insya-Allah- seumpama Syeikh Soleh al-Fauzan Hafizahullah, Syeikh Rabi’ al-Madkhali Hafizahullah, Syeikh Ali Hasan al-Halabi Hafizahullah, Syeikh Abdul Aziz Rais Hafizahullah, Syeikh Soleh Alu Syeikh Hafizahullah, Syeikh Muhammad bin Ismail Muqaddam hafizahullah, Syeikh Sulaiman al-Kharasyi hafizahullah, dan ramai lagi membongkar muslihat licik golongan ini dan membuka topeng mereka lalu menampakkan wajah sebenar mereka.

Benarlah sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam yang memang baginda itu seorang benar lagi dibenarkan:

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِى ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِىَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ

Maksudnya: “Tidak lekang daripada umatku ini sekelompok (taifah)[28] yang terus berada di atas kebenaran tidak akan memudaratkan mereka orang yang menghina mereka sehingga datang perintah Allah dan mereka masih begitu (berpegang dengan kebenaran)”. [al-Bukhari dan Muslim, lafaz bagi Muslim].

Wallahua’lam

 

 

 

 

 

 

 

 

 


[1] Tarhah adalah sejenis kain yang diletak di atas kepala dan dilabuhkan ke atas bahu. Seumpama tudung pengantin nasrani yang dipakai dengan gaun pengantin mereka.

[2] Nama tempat di Mesir yang terkenal di sana terdapat pusat percetakan pertama, Matbaah Bulaq.

[3] Ajaibul Asar, 2/63.

[4] Seorang Nasrani Mesir yang menyeru kepada penghidupan semula agama Firaun di Mesir.

[5] Audatul Hijab, Syeikh Ismail al-Muqaddam.

[6] Al-Mufhim li Ma Asykala min Sahih Muslim, Abul Abbas al-Qutubi, 17/122.

[7] Adwaul Bayan fi Tafsir al-Quran bil Quran, al-Allamah Muhammad Amin al-Syanqiti, 6/348

[8] Tafsir al-Tabari, 20/324.

[9] Tafsir Ibn Kasir, 6/481-482.

[10] Tafsir al-Tabari, 20/324-325, Tafsir Ibn Kasir, 6/481-482.

[11] Al-Mausuah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiah, 42/365

[12] Aisar al-Tafasir, Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi, 3/302, Tafsir Ibn Kasir, 6/482.

[13] Syeikh Muhammad Nasir al-Din Rahimahullah mempunyai penjelasan yang baik mendiamkan salakan anjing-anjing Orientalis ini dalam kitab beliau: ‘Jilbab al-Marah al-Muslimah’, muka surat 104-117.

[14] Ibid.

[15] Antara yang menjulang Rifaah Tahtawi sebagai Mujaddid adalah Umar Kamil, Syaitan Sufi di Negeri Tauhid, Arab Saudi.

[16] Asal makna sufur adalah mendedahkan wajah. Lihatlah bagaimana bermula daripada seruan menanggalkan niqab akhirnya membawa kepada pendedahan aurat.

[17] Muka surat 305, diambil daripada Audatul Hijab, Syeikh Ismail al-Muqaddam, m.s 15

[18] Sedangkan kepujian yang diberi oleh Syeikh Hasan Attar ini adalah sebelum Rifaah pergi ke Perancis.

[19] Al-Muamarah ‘alal Marah al-Muslimah, Syed Ahmad Farj, m.s 38, dinukil daripada Audatul Hijab, m.s 16.

[20] Audatul Hijab, m.s 17, Harakah Tahrir al-Marah, Syeikh Sulaiman al-Kharasyi.

[21] Audatul Hijab,20

[22] Ibid, 21.

[23] Audatul Hijab, 27, Harakah Tahrir al-Marah, Syeikh Sulaiman al-Kharasyi.

[24] Audatul Hijab, 29 & 30, Surat Khabar al-Masa’, 4 Ogos 1983, Khamis, artikel berjudul: ‘Adakah Pembebas Wanita Membubuh Diri?’.

[25] Al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, 21/96.

[26] Harakah Tahrir al-Marah, Syeikh Sulaiman al-Kharasyi, Asalib Ilmaniah fi fi Taghrib al-Marah, Harakat Tahrir al-Marah: Tarikh Yuiedu Nafsahu, Musfir bin Ali al-Qahtani.

[27] Sedangkan kita saban hari mendengar kaum kafir di barat ini ada yang sanggup berbunuhan kerana berebut ‘teman wanita’, maka di manakah kebebasan yang mereka salakkan kepada umat Islam itu?.

[28] Lafaz ‘Taifah’ menunjukkan Ahli Sunnah wal Jamaah bukanlah sentiasanya banyak kerana Taifah juga digunakan untuk seorang. Benarlah ucapan Saidina Ibn Masud radiallahuanhu: “Jemaah itu adalah kamu berada di atas kebenaran walaupun kamu berseorangan”.

KEMARAAN ORIENTALISME DI BELAKANG TABIR ISLAMISME

12 Mar

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Selaku pelajar tahun pertama di Universiti Antarabangsa al-Madinah al-Munawwarah dalam kuliah Usuluddin, antara subjek utama bagi kami adalah subjek ‘al-Ghazwul Fikri’ atau sering diterjemah secara mudah sebagai ‘Perang Saraf’.

Perang Saraf atau lebih saya suka terjemah sebagai ‘Serangan Ideologi’ ini merupakan racun berbisa yang masih menjalar dalam tubuh umat Islam dewasa ini yang telah dicuck ke dalam badan mereka bermula dari otak hingga ke hujung kaki oleh musuh-musuh Allah s.w.t sama ada Yahudi ataupun Nasrani bahkan tidak dinafikan kaum Musyrikin seperti Hindunisme.

Jarum yang digunakan untuk menyuntik racun ini ke dalam tubuh Umat Islam mempunyai cabang yang banyak sehingga sekali tusukan bukan sejenis racun yang dimasukkan tetapi pelbagai jenis dan antara yang perlu kita pandang serius adalah racun ‘Orientalisme’.

Orientalisme adalah usaha pihak kafir terutama barat mempelajari ilmu-ilmu Islam  kemudian mereka menjadi ahli dalam ilmu-ilmu ini dengan matlamat mereka dapat menggoncang akidah umat daripada dalam dan tanpa disedari.[1]

Teori menyatakan bermulanya orientalisme ini semasa peperangan salib apabila kaum Nasrani menjajah Negara-negara Islam dan hidup bersama masyarakat Islam dan ada yang meletakkan kepada sekumpulan paderi yang belajar bahasa Arab di Andalusia.[2]

Namun, saya lebih setuju jika kita meletakkan Oreintalis pertama adalah Abdullah bin Saba’ al-Yahudi dikenali juga sebagai Ibn al-Sauda’ (Anak Perempuan Hitam) iaitulah pengasas ajaran Syiah Rafidah yang menjadi anutan rasmi kerajaan Iran hari ini.

Ini berdasarkan fakta sejarah yang jelas dan disepakti bahawa Ibn al-Sauda’ adalah Yahudi pertama yang di zaman Khalifah Saidina Usman bin al-Affan radiallahuanhu yang menyamar sebagai muslim lalu memasukkan racun-racun fitnah ke dalam pemikiran Umat Islam sehingga membawa kepada terbunuhnya Saidina Usman radiallahuanhu yang dikenali sebagai ‘al-Fitnah al-Kubra’. [3]

Tindakan Abdullah bin Saba’ ini tidak ubah seperti Orientalis yang menyilinap dalam Islam, menampakkan diri sebagai ahli dalam ilmu-ilmu Islam kemudian memesongkan akidah umat Islam. Demikianlah pekerjaan Orientalis. Apabila keadaan umat telah lemah, maka datanglah kaum-kaum penjarah menjarah dan meratah bumi-bumi Umat Islam diikuti pula para pendakyah agama kufur untuk mengkafir dan memurtadkan Umat Islam-nauzubillah min zalik-. [4]

Usaha orientalis ini tidak terhenti di zaman Usman radiallahuanhu bahkan berterusan ke zaman kita hari ini dan menjadi rancak semenjak zaman peperangan salib. Bahkan kejayaan kemuncak kaum kafir ini adalah mereka melahirkan anak-anak Islam yang lahir daripada keluarga Islam, hidup di negeri Islam dan berakidah dengan akidah Islam tetapi mempunyai otak dan jiwa orientalis.

Kelahiran kaum munafiqin daripada anak-anak kaum muslimin ini merupakan sesuatu yang sangat menggemparkan penjuru-penjuru dunia Islam dan menggoncang tiang-tiang kerajaannya lebih-lebih lagi mereka ini bertopengkan wajah ulama dan berjubah dengan jubah mufti.

Namun, bagi mereka yang berpegang dengan al-Qur’an dan al-Sunnah sesuai dengan Manhaj Salafi tidaklah begitu terkejut dengan kelahiran kaum ini kerana kedatangan mereka memang telah dihidu dan dinanti dengan persediaan memerangi mereka.

Ini kerana dalam hadis yang dikeluarkan al-Bukhari dan Muslim telah pun menyatakan berkenaan mereka daripada Saidina Huzaifah bin al-Yaman radiallahuanhu kata beliau:

كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه و سلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في جاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير من شر ؟ قال ( نعم ) . قلت وهل بعد ذلك الشر من خير ؟ قال ( نعم وفيه دخن ) . قلت وما دخنه ؟ قال ( قوم يهدون بغير هديي تعرف منهم وتنكر ) . قلت فهل بعد ذلك الخير من شر ؟ قال ( نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها ) . قلت يا رسول الله صفهم لنا قال ( هم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا ) . قلت فما تأمرني إن أدركني ذلك ؟ قال ( تلزم جماعة المسلمين وإمامهم ) . قلت فإن لم يكن لهم جماعة ولا إمام ؟ قال ( فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض بأصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت على ذلك )

Maksudnya: “Adalah manusia bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan kebaikan dan aku pula bertanya tentang keburukan kerana aku takut mengenai ku maka aku berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami dulu berada dalam jahiliyyah dan kejahatan maka kamu datang membawa kebaikan ini maka adakah selepas kebaikan ini kejahatan? Jawab baginda: Ya. Aku berkata: Adakah selepas kejahatan itu ada pula kebaikan? Jawab baginda: Ya, dan padanya ada kekaburan. Aku berkata: Apakah kekaburannya? Jawab baginda: Kaum yang tidak mengikut petunjuk ku, ada perkara yang kamu setuju dengan mereka ada yang kamu ingkar. Aku berkata lagi: Adakah selepas kebaikan ini kejahatan pula? Jawab baginda: Ya, para pendakwah di atas pintu-pintu Jahannam, sesiapa yang mengikut mereka akan dilontar ke dalamnya. Aku berkata: Wahai Rasulullah, sifatkanlah mereka kepada kami. Jawab baginda: Mereka itu daripada kulit kita dan bercakap dengan bahasa kita. Aku berkata: Apakah perintahmu jika aku mendapati keadaan tersebut? Jawab baginda: Hendaklah kamu melazimi jeamaah kaum muslimin dan pemimpin mereka. Aku berkata: Jika mereka tiada jemaah dan tiada Imam? Jawab baginda: Maka tinggalkanlah semua puak-puak yang ada walaupun kamu terpaksa menggigit akar kayu sehingga mati dalam keadaan itu”. [al-Bukhari & Muslim].

Dalam riwayat Muslim dengan jalan daripada Abu Sallam daripada Huzaifah radiallahuanhu menytakan:

قَالَ « يَكُونُ بَعْدِى أَئِمَّةٌ لاَ يَهْتَدُونَ بِهُدَاىَ وَلاَ يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِى وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِى جُثْمَانِ إِنْسٍ ». قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ « تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ »

Maksudnya: “Jawab baginda: Aka nada selepas ku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjuk dan sunnahku dan akan ada dalam kalangan mereka lelaki-lelaki berhati syaitan dalam badan manusia. Aku berkata: Bagaimana aku hendak lakukan jika aku mendapati keadaan itu? Jawab baginda: Engkau dengar dan taatlah kepada pemerintah walaupun dia memukul kamu dan merampas harta kamu, dengar dan taatlah”.

Maka inilah dia kejahatan yang ketiga kita berada dalamnya sekarang di mana ada pendakwah-pendakwah di atas pintu-pintu jahannam, mereka ini dari agama kita dan bercakap dengan bahasa kita yakni mendakwa menyeru kepada Islam dan Nabi s.a.w juga nyatakan mereka ini adalah manusia-manusia yang berhati syaitan-nauzubillah min zalik-.

Sejarah Islam Moden telah menyaksikan beberapa tokoh perosak umat yang berselubung di sebalik nama Islam dan dakwah pembaharuan. Mereka ini tanpa segan silu menamakan diri mereka sebagai ‘Mujaddid’ yakni pembaharu agama sedangkan meraka hanyalah ‘Mukharrib’ yakni perosak akidah umat. Mereka memegang ijazah al-Azhar al-Syarif tetapi ilmu mereka bersumber daripada Oxford University.

Antara tokoh yang terkenal sebagai kaum perosak daripada dalam ini adalah Taha Husein di Mesir iaitu seorang anak didik al-Azhar al-Syarif tetapi ilmu dan akidahnya berkiblat kepada barat, badannya dan lidahnya badan dan lidah arab muslim tetapi hatinya dan perkataan yang keluar daripada lisannya adalah pemikiran dan ucapan Hamilton Gibb seorang Orientalis yang terkenal dengan bukunya ‘al-Mazhab al-Muhammadi’ (Muhammadisme). [5]

Hamilton Gibb selaku seorang kafir telah menyatakan bahawa Islam hanyalah rekayasa Muhammad s.a.w dan segala isi al-Qur’an adalah karangan Muhammad s.a.w hasil pergaulan social baginda yang dikelilingi tamadun Arab lama dan Farsi. Ucapan ini dan ajaran ini diulang semula oleh Taha Husein dalam bukunya ‘al-Syiirul Jahili’ (Syair Jahiliah).[6]

Taha Husein berpendapat apa bangsa Arab Jahiliah adalah bangsa yang bertamaddun dan Syair-syair Jahiliah yang menggambarkan kehidupan arab jahili sebagai gasar, berpuak-puak, dan tiada system politik yang teratur sebagai tidak benar.

Bagaimanapun, al-Qur’an adalah sumber sebenar yang menunjukkan bangsa Arab yang bertamaddun dan mempunyai sistem sosial dan politik yang baik, atas dasar ini pada Taha Husein, al-Qur’an adalah sumber rujukan untuk sejarah arab semata-mata dan agama Islam adalah khusus untuk masyarakat arab bukan agama internasional.[7]

Bahkan Taha Husien melebihi Hamilton Gibb bahawa dakwah baginda Nabi s.a.w bukanlah dakwah agama tetapi untuk reformasi sosial semata-mata tetapi Gibb menyatakan apa yang dibawa Nabi s.a.w adalah agama.

Taha Husein juga dengan beraninya menyatakan bahawa segala kisah di dalam al-Qur’an tidak semstinya benar bahkan ianya adalah seumpama dogeng rakyat sahaja seperti kisah Ibrahim a.s dan kaumnya, kisah Sulaiman a.s dan Balqis, dan sebagainya, kewujudan kisah ini di dalam al-Qur’an dan Taurat tidak cukup untuk menyatakan ianya wujud kerana semunay adalah seumpama ‘kisah dongeng rakyat’ sahaja.[8]

Bahkan menurut khabar yang disampaikan pensyarah kami, al-Fadil Ustaz Shadi hafizahullah, pernah Taha Husien dalam kuliahnya di al-Azhar menyuruh para pelajarnya mengkritik balaghah al-Qur’an!! Subhanallah, adakah patut berlaku syak pada Allah s.w.t?!!

Demikian juga antara tokoh yang menggemparkan dunia Islam, Ali Abdul Razik, seorang qadi di Mahkamah Syariah Mesir mengarang sebuah kitab berjudul: ‘al-Islam wa Usul al-Hukmi’ (Islam dan Asas-asas Perundangan).

Dalam Kitabnya yang penuh dengan ulangan-ulangan akidah barat dan orientalis ini Ali Abdul Raziq menyatakan bahawa Islam adalah agama keruhanian semata-mata, tidak ada hubungkait dengan sosial, politik, dan lain-lain. Bahkan katanya, Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengasaskan Negara ataupun masyarakat.[9]

Kedua-dua tokoh ini terkenal sebagai ‘ulama’ yang dilahirkan daripada rahim al-Azhar al-Syarif, namun di manakah silapnya? Apakah syaitan yang telah merasuk mereka sehingga mereka menjadi duri dalam daging sebegitu rupa?

Jika kita kaji semula latar belakang pendidikan dua tokoh ini, kita dapati terdapat kesamaan yang ketara, yakni kedua-dua tokoh ini pernah menuntut dan belajar di Univerisiti yang diasaskan kaum penjajah dan orientalis.

Taha Husein ketika dia menuntut di al-Azhar, dia juga menuntut di Universiti Tempatan Mesir (al-Jamiah al-Ahliah) yang dasar-dasar pendidikannya berteraskan sistem penjajah dan akidah orientalis. Kemuncaknya, Taha Husein telah melanjutkan pengajian peringkat tinggi di Perancis dan di sana dia terkesan dengan pensyarahnya, Suzan yang tentu sekali menggunakan peluang ini untuk memasukkan virus kufur yang cukup kuat dalam diri Taha Husein.

Hasil pemikiran Taha Husein ini sangat membanggakan barat sehingga dia menerima banyak anugerah doktor kehormat daripada pelbagai Universiti Kufur antaranya Oxford University, Madrid University, dan Cambridge University. [10]

Ali Abdul Raziq pula jika kita lihat pendidikannya, selain belajar di al-Azhar, dia juga turut belajar di Universiti Mesir (al-Jamiah al-Misriah) yang terkenal sebagai university yang berkiblat ke barat dalam sistemnya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Oxford University selama empat tahun dari 1912 M hingga 1915 M kemudian terpaksa berhenti kerana meletusnya peperangan dunia pertama.[11]

Ini adalah dua contoh Orientalis muslim atau Muslim yang diorientaliskan oleh kaum kafir barat laknatullahi alaihim, bahkan banyak lagi contoh seumpama Rifaah al-Tahtawi yang turut mendapat pelajaran di Perancis, Abdul Razaq al-Sanhuri[12] juga mendapat pendidikan di Universiti bermanhaj barat kemudian melanjutkan pelajaran ke Pernacis dan berguru dengan Lamber, seorang ahli perundangan Perancis, Zaki Najib Mahmud[13] juga mendapat pendidikan di King’s College London, dan lainnya boleh kita rujuk dalam karya yang sangat baik dalam bidang ini oleh Syeikh Sulaiman al-Kharasyi Hafizahullah, ‘Nazarat Syar’iyyah fil Fikar al-Munharifah’.

Mereka ini terus disanjung dan dikenang sebagai tokoh pemikir umat sehingga ke hari ini oleh sesetengah kaum jahil bahkan ketika saya menghadiri Perhimpunan Bekas Pelajar al-Azhar yang diadakan di KLCC setahun yang lalu (2008M), seorang tokoh sufi Arab Saudi yang juga bekas penuntut al-Azhar, Umar Kamil, memebentangkan pemikiran Rifaah Tahtawi sebagai pemikiran Mujaddid Agung Islam. [14]

Ini sangat ajaib, manakan tidak, bukankah telah jelas dalam sejarah, Rifaah Tahtawi adalah bapa orientalis muslim yang wujud sehingga ke hari ini dan dialah manusia bernama muslim yang pertama mengesyorkan supaya wanita-wanita muslimah di Mesir menanggalkan hijab kerana mengikut budaya Perancis.[15]

Para pelajar kita yang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) jika ditanya kepada mereka; ‘siapakah Rifaah Tahtawi?’  ‘Siapakah Taha Husein?’ maka jawapan yang kita dapat tentulah mereka akan menjawab mereka ini pemikir agung Islam dan tokoh Sastera Arab Islam Moden-kecuali mereka yang diberi rahmat dan hidayah Allah- , mereka tidak didedahkan dengan personaliti tokoh-tokoh ini di sebalik tabir Islam mereka. [16]

Bahaya virus nifaq atau kaum munafiqin seumpama ini sangat berat sehingga Allah s.w.t meletakkan kaum munafiqin di tempat yang paling bawah sebagaimana firman Allah s.w.t:

 إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu berada di tingkat paling bawah daripada neraka dan tiadalah sama sekali kamu dapati ada penolong bagi mereka”. [al-Nisaa: 145].

Demikianlah keadaan manusia-manusia yang berhati syaitan sebagaimana yang disifatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda. Jika kita telah melihat beberapa tokoh golongan ini daripada Timur Tengah, perlu kita ingat bahawa di negeri kita ini juga tidak kurang manusia seperti ini.

Lihat sahaja gerakan Islam Liberal di Malaysia yang semakin menular bahkan muncul golongan yang berani dengan terang-terangan mengingkari kewajipan hijab terhadap wanita dan akidah azab kubur.

Namun, akhir-akhir ini, penulis dapat menghidu bau-bau tengik racun orientalis ini keluar daripada lidah-lidah mereka yang bukan sekadar mengaku muslim bahkan mengaku juga dirinya sebagai pejuang akidah salafiah (Ahli Sunnah wal Jamaah).

Mereka ini menyeru kepada pemansuhan kemuncak akidah Islam yakni akidah al-Wala’ wal Bara’ (Cinta dan Benci kerana Allah). Mereka menyatakan bahawa tiada permusuhan antara Islam dengan kufur bahkan segala permusuhan yang berlaku antara Islam dan Yahudi misalnya semata-mata kerana pertarungan duniawi seperti masalah perebutan tanah.

Akidah ini sangat bertentangan dengan sarihul Qur’an (ayat al-Qur’an yang jelas) dalam firman Allah s.w.t antaranya surah al-Mujadilah ayat 22:

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Makusdnya: “Tidak akan kamu dapati (wahai Muhammad) suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat mencintai mereka yang memusuhi Allah dan RasulNya walaupun mereka itu adalah bapa-bapa mereka, saudara-saudara mereka, dan kaum kerabat mereka, mereka inilah yang telah ditetapkan dalam hati mereka Iman dan dikuatkan dengan ruh (petnjuk dan hujjah) daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepadaNya itulah dia parti Allah, sesungguhnya parti Allah jua yang akan mencapai kemenangan”.

Demikian juga firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat ke-7:

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Maksudnya: “dan ketahuilah bersama-sama kamu ada Rasulullah yang jika dia mengikut kebanyakan permintaan kamu tentulah kamu akan menjadi susah tetapi Allah telah mencampakkan kecintaan terhadap Iman dan menghiaskannya dalam hati-hati kamu dan mencampakkan rasa benci terhadap kekufuran, kefasiqan, dan maksiat (dalam hati-hati kamu) demikianlah mereka itu orang-orang teguh di atas kebenaran”.

Penulis telah menjelaskan panjang lebar berkenaan kewajipan membenci kekufuran dalam artikel sebelum ini, maka bolehlah merujuk kembali kepada artikel tersebut.

Seruan supaya memansuhkan akidah al-Wala dan al-Bara ini sangat berbahaya kerana akidah ini adalah tali iman yang paling teguh sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

” أوثق عري الإيمان الموالاة في الله و المعاداة في الله و الحب في الله و البغض في الله “

Maksudnya: “Ikatan Iman yang paling teguh adalah berwala’ kerana Allah dan bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah”. [al-Tabrani dan al-Baghawi, disahihkan al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah, 998].

Oleh itu, penulis ingin menyeru kepada semua kaum muslimin dan muslimat dalam mengambil sesuatu ilmu terutama agama hendaklah mereka memastikan ianya sesuai dengan metode Ulama al-Salaf al-Soleh (Manhaj Salafi) dan janganlah taksub kepada pertubuhan tertentu walaupun ianya membawa nama Islam kerana virus Tahazzub (berpartai-partai dan berkelompok-kelompok) termasuk salah satu racun Serangan Pemikiran sebagaimana yang telah kami jelaskan dalam artikel sebelum ini.

Hendaklah kaum muslimin dan muslimat bersatu hati di atas manhaj salafi kerana ini sahajalah jalan yang dijamin oleh Rasulullah s.a.w sebagai ‘al-Jamaah’, adapun selain daripadanya adalah firqah atau kelompok yang terkeluar daripada landasan Islam sejati. Wallahua’lam.


[1] Al-Istiysraq wal Khalfiah al-Fikriah lis Sira’ al-Hadari, Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq.

[2] Teks Pengajian Subjek: al-Ghazwul Fikri, MEDIU, dan Ibid.

[3] Ruus al-Fitnah fi al-Saurah ‘ala al-Khalifah Usman, Khalid Ilal, m.s 5 dan selepasnya dan al-Bidayah wan Nihayah, Ibn Kasir, 7/188.

[4] Teks Pengajian Subjek: al-Ghazwul Fikri, MEDIU. Lihat juga: Ajnihah al-Makru al-Salasah.

[5] Teks Pengajian Subejk: al-Ghazwul Fikri, MEDIU. Lihat juga, Nazarat Syar’iyyah fil Fikar al-Munharif, Syeikh Sulaiman al-Kharasyi, Majmuah al-Rabiah.

[6] Ibid

[7] Ibid

[8] Teks Pengajian Subjek: Al-Ghazwul Fikri dan Nazarat Syar’iyyah fil Fikar al-Munharif, Majmuah al-Rabiah.

[9] Ibid

[10] Nazarat Syar’iyyah fil Fikar al-Munharif, Majmuah al-Rabiah, Syeikh Sulaiman al-Kharasyi.

[11] Ibid.

[12] Dia adalah bapa kepada Qanun Syariah yang wujud di Negara-negara Islam sekular hari ini yang menjadikan undang-undang syariah sebagai pemboleh ubah disesuaikan dengan akal dan nafsu.

[13] Mengingkari perkara-perkara ghaib dalam kitabnya: Khurafat al-Metafiziqa.

[14] Penulis ketika itu hadir sebagai wakil Jabatan Mufti Negeri Perlis.

[15] Lihat kitabnya: Talkhis al-Ibriz fi Talkhis al-Baris.

[16] Rujuk Buku Teks : Tarikh al-Adab al-Arabi bagi matapelajaran STAM.

DEMOKRASI DALAM PANDANGAN ISLAM

12 Feb

Oleh: Muhammad Asrie bin Sobri

Antara bentuk serangan pemikiran yang banyak digunakan oleh Nasrani dan Yahudi adalah pemikiran demokrasi. Bahkan melalui demokrasi mereka berjaya menumpaskan golongan yang bersemangat membela Islam seperti parti-parti politik yang menjenamakan mereka sebagai Islam.

Takrif

Demokrasi adalah kalimah Yunani (Greek) yang terdiri dari 2 perkataan iaitu ‘Demos’ dan ‘Kratos’. Demos bermaksud ‘bangsa’ atau ‘rakyat’ manakala kratos bermaksud ‘kekuasaan’. Takrif demokrasi secara mudahnya adalah kekuasaan rakyat.

Demokrasi ialah sistem pemerintahan yang dijalankan menurut kehendak rakyat, jauh daripada pengaruh orang atau kelompok tertentu yang dikenal sebagai diktator dan autokrat.

Makna demokrasi mengalami sedikit pengembangan sebagai: “Satu falsafah (teori) yang berkeras dengan tuntutan hak dan kapasiti rakyat melalui mereka secara lansung atau melalui wakil-wakil rakyat untuk mengawal perlembagaan mereka untuk tujuan yang dikehendaki mereka (rakyat)”[Columbia Encyclopedia, Yahoo.com].

Sejarah

Demokrasi bermula di zaman Greek kuno. Ia dipraktikkan dalam sistem pemerintahan di Negara Kota di Athens dan Sparta pada ke 5 S.M. Sistem ini diamalkan dengan semua rakyatnya menjadi anggota dewan dan berbincang, melantik ketua dan menetapkan hukuman. Sistem ini hanya sesuai dalam negara yang kecil dan semua rakyatnya terdidik.

Namun, apabila berkembangnya kerajaan Rom dan masuknya agama Kristian ke benua Eropah, sistem ini terhapus namun kekal sebagai sebuah pemikiran yang membawa kepada kejatuhan sistem monarki Rom pada tahun 500 M dan tertubuhnya Republik Rom. Pada masa ini muncul satu bentuk demokrasi yang baru yang bukan dijalankan secara langsung oleh rakyat tetapi melalui wakil-wakil mereka.

Demokrasi dalam Dunia Islam

Pada tahun 1789M, Revolusi Perancis berlaku.  Serentak dengan itu, Perancis menjadi sebuah negara demokrasi. Sebelum itu, Amerika dan Britain telah melalui proses yang sama.

Kemudian, apabila kerajaan Mesir mengambil undang-undang Perancis sebagai Perlembagaannya, maka masuklah demokrasi ini ke dalam negara Islam dan berkembang selari dengan berkembangnya fahaman memisahkan agama dari negara (sekular).

Kemudian, apabila al-Ikhwan al-Muslimin ingin merebut kekuasaan, mereka mula menggunakan pilihanraya sebagai jalan dan membawa kepada pengiktirafan terhadap sistem demokrasi. Lebih buruk apabila al-Ikhwan al-Muslimun bergabung dengan Jamal Abdul Nasir menggulingkan Raja Farouk pada tahun 1952M. Ini membawa kepada masuknya racun demokrasi dalam pemikiran Islamist.

Apa Itu Demokrasi?

Demokrasi terbina atas dasar:

1-Kekuasaan Rakyat.

Maknanya hak menentukan hukum adalah milik rakyat. Demokrasi menekankan kedaulatan rakyat. Maka inilah titik tolak syirik nya demokrasi. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. dia Telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”[Yusuf:40]

Dan juga firman Allah:

وَلَا يُشْرِكُ فِي حُكْمِهِ أَحَدًا

Maksudnya: “Dan tidak ada seorang pun yang boleh menyekutuinya dalam hukum”-[al-Kahf:26].

Dalam demokrasi, rakyat yang menentu dan meluluskan undang-undang. Rakyat dalam takrif demokrasi adalah penduduk sesebuah negara tanpa mengira batas agama. Maka secara signifikannya demokrasi membenarkan orang kafir membuat undang-undang dalam sebuah negara Islam. Maka demokrasi amat bertolak belakang dengan Islam.

2- Pendapat Kebanyakan.

Demokrasi memerlukan pendapat kebanyakan manusia dalam membuat undang-undang. Ini bertentangan dengan firman Allah:

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Maksudnya: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”-[al-An’am:116]

Mereka yang menggunakan demokrasi untuk menegakkan hukum Islam adalah menyalahi Islam kerana hukum Islam tidak boleh mengikut kebanyakan manusia, bukan untuk didebatkan sama ada perlu dilaksanakan atau tidak kerana firman Allah:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

Maksudnya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya Maka sungguhlah dia Telah sesat, sesat yang nyata.”[al-Ahzab:36].

Maka atas dua dasar utama demokrasi ini, sistem ini sangatlah batil. Demokrasi juga terbina dengan dasar persamaan, tolak ansur dan kebebasan.

Pertentangan Demokrasi dengan Islam

Prinsip Persamaan, Tolak Ansur, dan Kebebasan yang difahami oleh Demokrasi adalah berbeza dengan yang difahami oleh Islam. Islam menekankan keadilan bukan kesamaan kerana Allah s.w.t menjadikan setiap makhluk ada kelebihan dan kemampuan masing-masing.

Keadilan sebagaimana yang diketahui bermaksud ‘Meletakkan sesuatu pada tempatnya’; maka misalnya jika seorang muslim membunuh seorang kafir, dalam demokrasi tetap dihukum bunuh tetapi dalam Islam hendaklah dibayar diat sahaja kerana kedudukan lelaki muslim lebih tinggi di sisi Allah s.w.t daripada lelaki kafir yang akan ditempatkan di neraka. Maka membunuh lelaki muslim yang beriman dan memakmurkan bumi ini dengan tauhid kepada Allah s.w.t sebagai hukuman dia membunuh seorang kafir merupakan suatu kezaliman kerana Allah s.w.t mengampunkan semua dosa kecuali syirik.

Prinsip tolak ansur pula Islam menerima beberapa perkara untuk bertolak ansur seperti seorang kafir dibenarkan untuk dia meminum arak dalam kawasan yang tidak dilihat kaum muslimin namun jika dia menzahirkan perlakuannya maka ini tidak boleh dimaafkan kerana negeri Islam adalah tempat untuk mentaati Allah s.w.t bukan menderhaka kepada-Nya. Demikian juga Islam tidak memaksa kafir zimmi untuk memeluk Islam bahkan dia boleh menganut agamanya tetapi dia tidak boleh menzahirkan syiar-syiar agamanya dalam negara Islam kerana negara Islam adalah negeri Tauhid bukan syirik.

Namun, dalam demokrasi semua perkara ini dibolehkan atas nama tolak ansur. Maka kita lihat dalam negara demokrasi seorang kafir bebas menyembah berhalanya secara terbuka tanpa sebarang halangan. Ini amat bertentangan dengan prisnip sebuah negara Islam.

Islam agama yang percaya kepada kebebasan tetapi setiap kebebasan itu perlulah terikat dengan syarak dan hukum Allah s.w.t. Islam membenarkan seorang kafir zimmi untuk terus menganut ajarannya tetapi jika seorang muslim hendak murtad maka hal ini terlarang kerana kebebasan yang menggugat hak Allah adalah dilarang. Demikian juga seseorang bebas memamkai apa sahaja bentuk pakaian selagi dia mengikut syarat-syarat yang diletakkan Islam seperti menutup aurat dan tidak meniru cara kaum kafir. Namun, dalam demokrasi, sama ada hendak menutup aurat atau tidak itu adalah hak peribadi tiada siapa boleh mempertikaikannya. Hal ini amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Perbezaan Demokrasi dengan Islam:

1)      Hak Membuat Undang-undang: Demokrasi memberikan kepada manusia adapun Islam hendaklah undang-undang itu milik Allah dan selari dengan qaedah syara’.

2)      Hak memilih pemimpin: demokrasi memberi hak itu kepada rakyat sepenuhnya sedangkan Islam memberi hak memilih pemimpin kepada al-Quran dan as-Sunnah dan diterjemahkan melalui para ulama’ dan pemuka-pemuka kaum serta cendakiawan umat yang membentuk majlis Syura.

3)      Keanggotaan Majlis Syura: Demokrasi membuka ruang kepada semua rakyat adapun Islam, majlis syura itu dianggotai oleh  ulama dan mukminin yang bertakwa dan amanah. Golongan kafir tidak diberi hak keanggotaan.

4)      Hak melaksanakan Undang-undang: Menurut demokrasi, sesuatu undang-undang dibuat kerana kehendak rakyat. Tetapi menurut Islam undang-undang dibuat kerana menurut perintah Allah dan Rasul dan berdasarkan prinsip Dharuriyat al-Khams (agama,nyawa.aqal,keturunan,harta) iaitu hendaklah undang-undang itu menjamin lima perkara ini menurut prioriti. Maka jika seseorang melaksanakan hudud melalui sistem demokrasi maka tidak dinamakan hudud tetapi undang-undang manusia yang kebetulan sama dengan hudud. Maka tidak layak hukuman itu dinamakan hukuman Islam.

5)      Kebebasan: Demokrasi mempunyai pemikiran Liberal dan memberi kebebasan. Selama tidak mengganggu kebanyakan orang maka tidak mengapa. Oleh itu, Geert wilders tidak bersalah pada demokrasi kerana ‘Kebanyakan’ rakyat Belanda tidak terganggu dengan tindakannya. Tetapi dalam Islam kebebasan bermaksud melaksanakan sepenuhnya tuntutan agama. Jika tidak maka orang itu tidak bebas kerana terbelenggu dengan ‘dosa’ dan ‘neraka’.

6)      Masdar: Demokrasi berasal daripada aqidah Greek Yunani Kuno yang menyembah berhala adapun Islam, undang-undangnya daripada Allah kepada manusia tanpa ada sekutu bagi Allah Taala. Wallahua’lam.