Tag Archives: syirik

MATI DALAM KEADAAN SYIRIK NAMUN JAHIL IANYA SYIRIK: FATWA IBN BAZ RH.

3 Okt

SOALAN:

ما حكم من مات على الشرك وهو لا يعلم أنه من الشرك؟

Maksudnya: “Apakah hukum orang yang mati dalam keadaan syirik sedangkan dia tidak bahawa perbuatannya itu syirik?”

JAWAPAN:

من مات على الشرك فهو على خطر عظيم لقول الله سبحانه: {وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ}

Maksudnya: “Barangsiapa yang mati di atas Syirik maka dia berada dalam bahaya yang besar kerana firman ALLAH subhanah (maksudnya): “dan jikalau mereka melakukan Syirik akan gugurlah daripada mereka segala apa yang mereka kerjakan (daripada amalan soleh)”. [al-An’am: 88]

وقال تعالى: {مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ}

Maksudnya: “Dan firman ALLAH Ta’ala: “Tidak patut bagi kaum Musyrikin itu untuk mengimarahkan Masjid-masjid ALLAH sedangkan mereka menyaksikan diri mereka berada atas kekufuran mereka itulah orang-orang yang terhapus amalan mereka dan kekal di dalam neraka”. [al-Taubah: 17].

وقال تعالى: {وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا}

Maksudnya: “dan Firman ALLAH Ta’ala: “dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikannya terbuang sebagai debu yang berterbangan.” [al-Furqan: 23].

وقال سبحانه: {إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ}

Maksudnya: “dan firmanNya subhanah: “Sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan dosa Syirik terhadapNya namun Dia mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki”. [al-Nisaa: 48]

فهذا وعيدهم ومصيرهم كسائر الكفرة الكفر الأكبر، وحكمهم في الدنيا أنهم لا يغسلون ولا يصلى عليهم ولا يدفنون في مقابر المسلمين

Maksudnya: “Maka ini adalah ancaman terhadap mereka dan tempat kembali mereka adalah seperti kaum kafir yang lain yang melakukan Kufur Akbar, sedangkan hukum mereka di dunia bahawa mereka tidak dimandikan, tidak disolatkan, tidak ditanam di perkuburan kaum muslimin”.

أما إن كان أحد منهم لم تبلغه الدعوة- أعني القرآن والسنة- فهذا أمره إلى الله سبحانه يوم القيامة كسائر أهل الفترة، والأرجح عند أهل العلم في ذلك في حكمهم أنهم يمتحنون يوم القيامة، فمن أجاب دخل الجنة ومن عصى دخل النار.

Maksudnya: “Adapun jika ada antara mereka itu tidak sampai kepadanya Dakwah yakni tidak sampai kepadanya al-Quran dan al-Sunnah maka urusannya diserahkan kepada ALLAH subhanah pada hari kiamat seperti Ahli Fatrah yang lain, dan yang terkuat di sisi Ahli Ilmu bahawa hukum mereka bahawa mereka itu akan diuji pada hari kiamat, barangsiapa yang menyahut ujian itu akan masuk ke syurga sedangkan sesiapa yang ingkar akan masuk neraka”.

وقد بسط الكلام في ذلك العلامة ابن القيم رحمه الله في آخر كتابه ” في طريق الهجرتين “. حيث قال: ” (المذهب الثامن) أنهم يمتحنون في عرصات القيامة ويرسل إليهم هناك رسول الله وإلى كل من لم تبلغه الدعوه فمن أطاع الرسول دخل الجنة ومن عصاه أدخله النار، وعلى هذا فيكون بعضهم في الجنة وبعضهم في النار، وبهذا يتألف شمل الأدلة كلها “.

Maksudnya: “dan al-‘Allamah Ibn al-Qayyim r.h telah membahaskan secara panjang lebar berkenaannya di akhir kitab beliau “Tariq al-Hijratain” di mana kata beliau: “Mazhab yang ke-8: bahawa mereka itu diuji di hari kiamat dan diutuskan di sana kepada mereka Rasulullah dan kepada semua yang tidak sampai kepadanya dakwah maka barangsiapa yang mentaati Rasul akan masuk ke syurga adapun yang ingkar akan dimasukkan ke neraka, maka atas pendapat ini sebahagian mereka (Ahli Fatrah) akan masuk ke syurga dan sebahagian yang lain masuk ke neraka, dengan ini terhimpunlah semua dalil”.

أما إن كان أحد منهم عنده جهل فيما وقع فيه من الشرك فأمره إلى الله جل وعلا، والحكم على الظاهر، فمن كان ظاهره الشرك حكمه حكم المشركين وأمره إلى الله جل وعلا الذي يعلم كل شيء سبحانه وتعالى.

Maksudnya: “Adapun jika seseorang daripada mereka itu terdapat padanya kejahilan dalam apa yang dia terjebak melakukannya daripada Syirik maka urusannya diserahkan kepada ALLAH jalla wa ‘ala, namun hukum (di dunia) berdasarkan zahir, maka barangsiapa yang zahirnya Syirik maka hukumnya hukum Musyrikin sedangkan urusannya (di akhirat) diserahkan kepada ALLAH jalla wa ‘ala yang mengetahui semua perkara subhanahu wa ta’ala”.

FATWA SAMAHAH AL-SYEIKH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ, MANTAN MUFTI ‘AM KERAJAAN ARAB SAUDI, jil 9, hal. 40 & 41

HUKUM MEMINTA DOA KEPADA ORANG MATI DAN YANG GHAIB

17 Nov

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI AL-MADANI

Takrif Doa:

Doa bermaksud memohon dan meminta.

 

Kedudukan Doa di sisi Syariat Islam:

Doa adalah ibadah sebagai mana sabda Nabi s.a.w:

الدعاء هو العبادة

Maksudnya: “Doa adalah Ibadah”. [Ashabus Sunan-sahih-].

 

Allah Ta’ala telah menamakan doa sebagai ibadah dalam firman-Nya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Maksudnya: dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong daripada beribadat (berdoa) kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.” [Ghafir: 40].

 

Maka apabila telah diketahui doa itu adalah ibadah, maka tertentulah ianya semata-mata untuk Allah kerana firman Allah Ta’ala:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا

Maksudnya: “dan sembahlah (beribadatlah) kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun (dalam ibadah kepada-Nya)…” [al-Nisaa: 36].

 

Bahagian Doa dan Jenis-jenisnya:

 

Doa terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Doa Ibadah iaitulah semua bentuk ketaatan kepada Allah Ta’ala; solat, puasa, zakat, puasa, haji, sujud, rukuk, taubat, al-khauf (takut), al-Hubb (cinta), al-Inabah, al-khusyu’, al-khudu’, dan lain-lain lagi. (secara ringkasnya doa ibadah adalah semua ibadah).

 

Kedua: Doa Masalah iaitulah: “Meminta apa yang membawa manfaat kepada si peminta atau menolak kemudaratan daripadanya”. [Taisir al-Aziz al-Hamid, 176].

 

Antara jenis utama Doa Masalah adalah:

Pertama: al-Isti’azah iaitulah memohon perlindungan daripada sesuatu yang menakutkan.

Kedua: al-Istighasah iaitulah memohon pertolongan ketika berada dalam keadaan yang mendesak.

Ketiga: Al-Isti’anah iaitulah memohon pertolongan.

Demikian juga termasuk dalam doa masalah semua jenis permohonan kebaikan seperti memohon rezeki, anak, hujan, dan permohonan menolak sebarang bala.

 

Hubungan Antara Doa Masalah dan Doa Ibadah:

Kedua-dua bahagian doa ini adalah ibadah kepada Allah Ta’ala dan tidak boleh diubah kepada selain-Nya.

Doa Ibadah melazimkan doa masalah dan doa masalah mengandungi padanya doa ibadah. Maka tidak ada beza antara orang yang sujud kepada berhala dengan orang yang meminta rezeki kepada berhala kerana kedua-dua amalan ini adalah syirik.

Kedudukan doa ibadah jika diubah kepada makhluk menjadi syirik adalah amat jelas, namun yang menjadi kesilapan kebanyakan manusia adalah meminta doa masalah kepada makhluk. Ini banyak terjadi dalam kalangan kaum musyrikin Mekah dahulu dan musyrikin zaman kita ini sama ada yang bergelar muslim atau pun tidak.

 

Wajib Mentauhidkan Allah dalam Doa Masalah:

Setiap perkara yang hanya mampu diberi oleh Allah Ta’ala maka wajib mentauhidkan permohonan kepada-Nya, jika seseorang meminta kepada makhluk sesuatu yang diluar kemampuan makhluk pada adatnya maka dia telah melakukan syirik.

Misalnya: meminta syurga kepada makhluk, meminta diselamatkan daripada nereka daripada wali atau nabi, meminta diampunkan dosa kepada makhluk seperti amalan kaum Krsitian, mengharapkan rezeki daripada selain Allah ta’ala dan seumpamanya.

 

Dalil-dalil berkenaan perkara ini adalah:

 

Firman Allah Ta’ala:

وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya: dan sesiapa yang menyeru Tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. [al-Mukminun: 117].

 

Maka Allah menamakan mereka yang menyeru selain-Nya sebagai orang-orang yang kafir.

 

Firman Allah Ta’ala:

وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ

Maksudnya: “dan mintalah kepada Allah daripada kelebihan-kelebihanNya…”.[al-Nisaa: 32]

 

Firman Allah Ta’ala:

 

وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ

Maksudnya: “dan janganlah kamu menyeru bersama Allah sembahan selain-Nya, tiada semabahan yang berhak disembah selain Dia…” [al-Qasas: 88].

 

Firman Allah ta’ala:

إِنَّمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْثَانًا وَتَخْلُقُونَ إِفْكًا إِنَّ الَّذِينَ تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَا يَمْلِكُونَ لَكُمْ رِزْقًا فَابْتَغُوا عِنْدَ اللَّهِ الرِّزْقَ وَاعْبُدُوهُ وَاشْكُرُوا لَهُ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Maksudnya: “Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan Sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.” [al-‘Ankabut: 17].

 

Firman Allah Ta’ala:

وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَنْدَادًا لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِهِ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ

Maksudnya: dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadanya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): “Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, Sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.” [al-Zumar: 8].

 

Dalam ayat di atas ini, Allah mencela perbuatan kaum musyrikin Mekah yang berdoa kepada Allah secara ikhlas dan tidak syirik kepadaNya dalam doa masalah apabila ditimpa kecelakaan dan bala bencana, namun apabila mereka diberi kesenangan mereka syirik kepada Allah dengan menyembah berhala dan berdoa kepada berhala itu pula.

 

Firman Allah Taala dalam hadis qudsi:

يَا عِبَادِى إِنِّى حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِى وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلاَ تَظَالَمُوا يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِى أَهْدِكُمْ يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِى أُطْعِمْكُمْ يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ عَارٍ إِلاَّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِى أَكْسُكُمْ يَا عِبَادِى إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِى أَغْفِرْ لَكُمْ

Maksudnya: “wahai para hamba-Ku sesungguhnya Aku telah mengharamkan zalim ke atas diri-Ku dan Aku jadikannya haram antara kamu maka janganlah kamu berbuat zalim antara satu sama lain, wahai para hamba-Ku, kamu semua sesat kecuali yang Aku beri petunjuk maka mintalah hidayah daripada-Ku maka Aku akan beri kamu petunjuk, wahai para hamba-Ku, semua kamu lapar kecuali yang Aku beri makan maka mohonlah makanan daripadaKu maka Aku akan beri dia makanan, wahai para hamab-Ku, semua kamu bogel kecuali yang Aku beri pakaian maka mintalah pakaian daripadaKu maka aku akan pakaikan dia pakaian, wahai para hamba-Ku, semua kamu bersalah (berdosa) pada malam dan siang sedangkan Aku Maha Mengampunkan dosa semuanya maka mintalah ampun kepada Aku maka Aku ampunkan…” [Muslim].

 

Sabda Nabi s.a.w:

إذا سألت فاسأل الله وإذا استعنت فاستعن بالله

Maksudnya: “Jika kamu meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah dan jika kamu meminta tolong mintalah tolong daripada Allah” [al-Tarmizi, sahih].

 

Ini semua adalah dalil yang jelas dan khusus menunjukkan wajibnya mentauhidkan Allah dalam doa sama ada doa masalah mahupun doa ibadah. Dalil tonggak atas semua ini adalah firman Allah Ta’ala:

 

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا

Maksudnya: “dan sembahlah (beribadatlah) kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun (dalam ibadah kepada-Nya)…” [al-Nisaa: 36].

 

Telah tsabit sebagaimana yang dinyatakan pada permulaan artikel ini bahawa Nabi s.a.w menyatakan: “Doa itu adalah ibadah”, maka semua jenis ibadah tidak boleh diubah kepada selain Allah Ta’ala.

 

Hukum Doa kepada Selain Allah Ta’ala:

 

Hukum berdoa kepada selain Allah Ta’ala adalah Syirik Akbar yakni syirik yang menyebabkan pelakunya terkeluar daripada Islam, nauzubillah min zalik.

Perbuatan berdoa kepada selain Allah adalah ‘ain syirik kaum musyrikin terdahulu di mana mereka meminta kepada berhala-berhala mereka, para Nabi, Malaikat, dan Jin untuk menunaikan hajat mereka yang hanya boleh ditunaikan oleh Allah Ta’ala.

Allah Ta’ala berfirman:

وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَؤُلَاءِ شُفَعَاؤُنَا عِنْدَ اللَّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

Maksudnya: dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: “Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Dia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha suci Allah dan tertinggi keadaannya dari apa yang mereka sekutukan.” [Yunus: 18]

 

Firman Allah Ta’ala:

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Maksudnya: Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala Ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). [al-Zumar: 3].

 

Kaum musyrikin Mekah tidak menyembah berhala dengan iktiqad bahawa berhala-berhala mereka atau malaikat atau nabi atau orang soleh yang mereka sembah itu mempunyai kuasa mudarat dan manfaat tetapi kerana: supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, dan kerana: “Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”.

 

Adapun bila ditanya kepada mereka siapakah yang mencipta langit dan bumi dan pemilik segala isi ‘alam ini maka mereka berkata: Allah:

قُلْ لِمَنِ الْأَرْضُ وَمَنْ فِيهَا إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (84) سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ (85) قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (86) سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ (87) قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (88) سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ (89)

Maksudnya: Tanyakanlah (Wahai Muhammad): “Kepunyaan siapakah bumi ini dan Segala Yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?”

mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah”. katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?”

Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan Yang mempunyai Arasy yang besar?”

mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan Allah”. katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?”

Tanyakanlah lagi: siapakah yang memegang Kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!”

mereka akan menjawab: “(Segala-galanya) dikuasai Allah”. katakanlah: “Jika demikian, Bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?” [al-Mukminun: 84-89].

 

Kata Imam Ibn Katsir r.h berkenaan ayat ini:

يقرر تعالى وحدانيته، واستقلاله بالخلق والتصرف والملك، ليرشد إلى أنه الذي لا إله إلا هو، ولا تنبغي العبادة إلا له وحده لا شريك له؛ ولهذا قال لرسوله محمد صلى الله عليه وسلم أن يقول للمشركين العابدين معه غيره، المعترفين له بالربوبية، وأنه لا شريك له فيها، ومع هذا فقد أشركوا معه في الإلهية، فعبدوا غيره معه، مع اعترافهم أن الذين عبدوهم لا يخلقون شيئًا، ولا يملكون شيئًا، ولا يستبدّون بشيء، بل اعتقدوا أنهم يقربونهم إليه زلفى

Maksudnya: “Allah Ta’ala mentaqrirkan (menegaskan) keesaan-Nya dan bersendirian-Nya dalam penciptaan dan pentadbiran dan pemerintahan/pemilikan untuk menunjukkan bahawa Dia lah yang tiada sembahan yang berhak disembah selain Dia, dan tidak patut ibadat melainkan kepada Dia sahaja tanpa sekutu bagiNya; oleh itu Dia berkata kepada utusan-Nya Muhammad s.a.w supaya dia berkata kepada kaum musyrikin yang menyembah bersamaNya selainNya, yang mana mereka itu mengakui keesaanNya dalam Rububiyah dan tiada sekutu bagiNya padanya (Rububiah) namun mereka mensyirikkanNya dalam Ilahiah maka mereka menyembah selainNya bersama dengan-Nya dalam keadaan mereka mengaku bahawa apa yang mereka sembah itu tidak mencipta sesuatu, tidak memiliki sesuatu, tidak menguasai sesuatu, bahkan mereka beriktiqad semabahan-sembahan mereka itu medekatkan mereka kepadaNya (Allah) sedekat-dekatnya”. [Tafsir al-Qur’an al-Azim, 5/489].

 

Maka mereka yang berdoa dan memohon sesuatu kepada makhluk sedangkan perkara itu hanya mampu diberi oleh Allah sahaja walaupun mereka beriktiqad kuasa manfaat dan mudarat berada di tangan Allah, mereka ini telah pun terjebak ke dalam syirik akbar iaitulah agama Abu Lahab dan Abu Jahal, nauzubillah min zalik.

 

Hukum Meminta Bantuan Makhluk:

 

Harus meminta bantuan makhluk dalam perkara yang memang berada dalam kuasa mereka selama mana hati beriktimad (bersandar) kepada Allah Ta’ala.

Misalnya, jika ada binatang buas maka harus kita meminta bantuan mereka yang ahli dan ada senjata untuk membunuhnya, jika kita diserang musuh maka harus kita meminta tolong orang yang hadir dan mampu untuk membantu kita melawannya.

 

Dalil perkara ini adalah firman Allah:

وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَذَا مِنْ شِيعَتِهِ وَهَذَا مِنْ عَدُوِّهِ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِنْ شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ

Maksudnya: “dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, – seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati...”.[al-Qasas: 15].

 

Kata Syeikh al-Qar’awi –rahimahullah-:

أن الآية تفيد جواز الاستغاثة بالمخلوق فيما يقدر عليه

Maksudnya: “bahawa ayat ini memberi faedah: harus meminta bantuan kepada makhluk dalam perkara yang mereka mampu lakukannya”. [al-Jadid fi Syarhi Kitab al-Tauhid].

 

Adapun orang yang telah mati, mereka tidak mampu melakukan apa-apa jua sekalipun sebagaimana firman Allah Ta’ala:

وَمَا أَنْتَ بِمُسْمِعٍ مَنْ فِي الْقُبُورِ

Maksudnya: dan (engkau Wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya). [Fatir: 22].

 

Sabda Nabi s.a.w:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Jika telah mati seorang manusia, terputuslah daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah Jariah atau Ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakannya”. [Muslim].

 

Demikian juga Allah mencela mereka yang menyeru Jin dengan firmanNya menceritakan perkataan Jin yang beriman berkenaan keadaan mereka semasa Jahiliah:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Maksudnya: `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. [al-Jinn: 6].

 

Difahami daripada ayat ini, perbuatan menyeru Jin adalah syirik dan kufur kepada Allah Ta’ala kerana warid tafsiran daripada salaf makna kalimah: ‘rahaqa’ adalah kufur dan kata Imam al-Qurtubi r.h:

“Tidak tersembunyi lagi bahawa meminta perlindungan dengan jin yakni meminta perlindungan kepada selain Allah adalah syirik dan kufur”. [Tafsir al-Qurtubi,19/10].

Allah Ta’ala telah menafikan segala sembahan-sembahan kaum musyrikin Mekah memiliki apa-apa keupayaan untuk memberi apa yang mereka minta kepadanya daripada menunaikan hajat, memberi rezeki, menolak mudarat, dan membawa manfaat. Firman Allah:

ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِنْ قِطْمِيرٍ (13) إِنْ تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ (14) يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ (15)

Maksudnya: yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah Kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah – yang lain dari Allah – tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma. kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah itu): mereka tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa Yang kamu pohonkan itu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah yang Maha mendalam pengetahuanNya. (oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. [Fatir: 13-15].

 

Allah Ta’ala menafikan sembahan-semabahan kaum musyrikin ini memiliki selaput biji kurma sekalipun dan menyatakan, segala sembahan kaum musyrikin ini sama ada Wali, Nabi, Malaikat, Jin, Berhala, dan lainnya pada hari kiamat akan berlepas diri daripada perbuatan syirik kaum musyrikin ini.

 

Bahkan Iblis –Laknatullahi ‘alaih- sendiri akan berlepas diri daripada pengikut-pengikutnya sebagaimana firman Allah Ta’ala:

 

وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya: dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiKu itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan apa yang kamu sekutukan daku dengannya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. [Ibrahim: 22].

 

Adapun dakwaan mereka yang menyembah Nabi Muhammad s.a.w dan berdoa meminta Syafaat kepada baginda terutama apabila menziarahi maqam baginda, ini juga Allah Ta’ala telah nafikan kerana Syafaat itu di akhirat nanti hanya akan berlaku dengan izin Allah kepada orang yang Allah reda, firmanNya:

 

وَلَا يَشْفَعُونَ إِلَّا لِمَنِ ارْتَضَى

Maksudnya: “dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa Yang diredhai Allah…” [al-Anbiya’: 28].

 

Firman Allah:

 

مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ

Maksudnya: tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. [al-Baqarah: 255].

 

Telah tsabit dalam hadis yang Sahih bahawa Nabi s.a.w di akhirat nanti sebelum memberi Syafaat baginda akan bersujud di hadapan Allah di Mahsyar terlebih dahulu memohon izin kepada Allah dan baginda akan memuji Allah dengan pujian yang belum baginda ketahui lagi melainkan baginda akan diilhamkan Allah akannya pada waktu itu sahaja. Maka tidak sah menuntut Syafaat daripada Nabi s.a.w  kerana Syafaat itu milik Allah, bukan milik Rasulullah s.a.w.

 

Sabda Nabi s.a.w:

وإنما أنا قاسم والله يعطي

Maksudnya: “dan sesungguhnya aku hanyalah tukang bahagi sedangkan Allah jua yang memberi…” [al-Bukhari].

 

Nabi s.a.w menjelaskan tugas baginda hanya menyampaikan dan membahagikan ilmu dan wahyu yang Allah berikan kepada baginda, adapun pemberi sebenar dan pemilik hukum adalah Allah Ta’ala sebagaimana firman Allah Ta’ala:

 

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Maksudnya: Pemilik hari pembalasan [al-Fatihah: 4]

 

Selepas Allah Ta’ala menyatakan Dia lah sebenarnya pemilik alam ini dan hari pembalasan dalam surah al-Fatihah ayat 2-4, Allah berfirman memberi tunjuk ajar kepada manusia untuk mentauhidkan-Nya dalam ibadat dan berdoa:

 

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Maksudnya: “Hanya kepada Engkau sahajalah kami beribadat dan hanya kepada Engakau sahaja kami memohon pertolongan”. [al-Fatihah: 5].

 

Sebagaiman yang telah kita jelaskan, al-Isti’anah adalah salah satu jenis doa dan termasuk dalam Isti’anah adalah Istighasah.

 

Hukum Orang Yang Melakukan Syirik dalam Doa (Orang yang menyembah Kubur dan Wali):

 

Telah jelas bahawa perbuatan memohon doa dan hajat kepada orang mati atau ghaib sama ada manusia, jin, wali, Nabi, atau sebagainya adalah Syirik Akbar yang membawa kepada natijah pelakunya menjadi KAFIR dan MURTAD-nauzubillah min zalik-.

 

Tauhid Ibadah adalah Tauhid yang paling jelas dan menonjol bahkan ini adalah awal seruan para Nabi dan Rasul sebagaimana firman Allah Ta’ala:

 

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

Maksudnya: “dan Kami telah utuskan pada setiap umat itu Rasul supaya menyeru mereka: Hendaklah kamu menyembah Allah dan menjauhi Taghut..” [al-Nahl: 36].

 

Manakala Doa pula adalah Ibadat yang paling afdal dan istimewa sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

 

ليس شيء أكرم على الله تعالى من الدعاء

Maksudnya: “Tiada suatu perkara pun yang lebih mulia pada Allah selain daripada Doa”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad- hadis hasan-].

 

Maka Hujah Allah Ta’ala dalam perkara ini telah pun tegak dengan diutusnya Rasul daripada Nuh a.s sehingga lah Muhammad s.a.w. Tidak dikecualikan dalam hukum syirik dan kufur atas pelaku perbuatan ini kecuali atas mereka yang dipaksa (al-mukrah) dan yang tergelincir lisan seperti mengucapkannya dalam keadaan hilang akal atau mimpi.

 

Adapun mereka yang melakukan perbuatan ini atas dasar jahil maka mereka ini atas beberapa jenis:

 

Pertama: Baharu memeluk Islam. Maka mereka ini diberi uzur kerana baharu memeluk Islam dan diberitahu dan diajar bahawa perbuatan ini syirik, jika mereka terus berdegil juga selepas diberitahu dan dibacakan ayat-ayat Allah yang tersebut berkenaan masalah ini maka dia dihukum murtad.

 

Kedua: Mereka yang jahil namun hidup di negeri kaum muslimin, di mana dakwah Tauhid berkumandang di dalamnya, para Ulama Tauhid menyampaikan dakwah padanya, kitab-kitab dan buku-buku sampai kepada mereka dan mereka mampu memahami makna ayat-ayat al-Qur’an berkenaan masalah ini melalui terjemahan-terjemahan al-Qur’an yang ada maka mereka ini tidak diberi uzur kerana kejahilan mereka, bahkan mereka dihukum kafir serta merta dengan perbuatan mereka dan pemerintah hendaklah meminta mereka mengucap dua kalimah syahadah semula, jika enggan, dilalukan pedang di pundak-pundak mereka.

 

Ketiga: Mereka yang tidak sampai dakwah seperti kaum yang hidup dalam hutan belantara tidak mengenali tamadun, tiada pula sampai kepada mereka al-Qur’an dengan kadar yang mereka boleh faham dalam bahasa mereka atau mereka yang membesar dalam negeri yang tersebar padanya syirik dan sufiah dan tiada langsung pendakwah Tauhid di negeri tersebut sekadar jika dia mencari orang yang hendak mengajarkan dia Tauhid maka dia tidak akan jumpa.

Mereka ini diberi hukum Ahli Fatrah, iaitu di dunia mereka dilakukan seperti kaum musyrik, tidak disolatkan jika mereka mati, tidak ditanam di kubur kaum muslimin dan tidak boleh bersolat dibelakang mereka, namun keadaan mereka di akhirat diserahkan kepada Allah dan qaul yang rajih dalam masalah ini adalah mereka akan diuji oleh Allah, barangsiapa yang berjaya dia selamat, barangsiapa yang gagal dia akan menjadi ahli neraka-nauzubillah min zalik-.

 

Berkata Fadilatus Syaikh al-Muhaddis Abdul Muhsian al-‘Abbad –hafizahullah- :

 

“Adapun menyeru ahlinya (kubur) dan beristighasah dengan mereka, meminta mereka menunaikan hajat dan menghilangkan kesusahan demikian juga berdoa memohon kepada makhluk ghaib (yang tidak hadir) daripada jin, manusia, dan malaikat maka ianya adalah syirik yang mengeluarkan daripada agama, dan barangsiapa yang begini halnya maka tidak boleh kita bersolat di belakangnya (berimamkan dia), dan yang mati antara mereka (yang melakukan syirik ini) demikian juga dia tidak dimandikan, tidak disolatkan, dan tidak ditanam di perkuburan kaum muslimin dan tempat kembalinya adalah neraka dan kekal di dalamnya seprti mana firman Allah Taala:

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang melakukan syirik kepada Allah maka Allah telah haramkan atasnya syurga dan tempat kembalinya adalah nereka dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim (musyrik) itu pembantu”. [al-Maidah: 72].

Ini adalah hukum orang yang telah tegak atasnya hujah, adapun orang yang belum tegak di atasnya hujah dan hidup di negeri yang tidak mengenal Islam melainkan ghuluw kepada orang-orang soleh dan meminta bantuan kepada mereka dan berdoa menyeru mereka kerana tertipu dengan penyamar ulama yang memperelokkan kepada manusia perkara batil ini dan mendiamkan diri daripada amalan syirik mereka dan ibadat mereka kepada selain Allah mak orang sebegini zahirnya adalah kufur dan dilakukan mu’amalah dengannya di dunia seperti orang yang telah tegak padanya hujah maka tidak boleh bersolat dengan berimamkan dia dan tidak disolatkan (jenazahnya) jika dia mati serta tidak didoakan untuknya dan tidak dibuat haji untuknya sedangkan kedudukannya di akhirat terserah kepada Allah kerana keadaannya ini termasuk dalam Ahli Fatrah yang tidak sampai kepada mereka seruan Rasul dan mereka diuji di hari kiamat, selepas ujian itu mereka akan berakhir sama ada di syurga atau nereka…”. [al-Idoh wa at-Tabyin fi Hukmi al-Istighasah bil Amwat wal Ghaibin, m.s 27-28, cet 1, 1431 H].

 

Firman Allah Ta’ala:

 

وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَذَا الْقُرْآنُ لِأُنْذِرَكُمْ بِهِ وَمَنْ بَلَغَ

Maksudnya: “dan diwahyukan kepadakua al-Qur’an ini untuk aku beri peringatan kepada kamu dengannya dan kepada sesiapa yang sampai akannya…” [al-An’am: 19].

Kata al-Imam Ibn Katsir r.h:

 

إن رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال: “بلغوا عن الله، فمن بلغته آية من كتاب الله فقد بَلَغه أمر الله”.

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sampaikan daripada Allah, maka barangsiapa yang sampai kepadanya satu ayat daripada Kitab Allah maka telah sampai kepadanya perintah Allah”. [Tafsir al-Qur’an al-Azim, 3/245].

Kata Syeikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahab r.h:

 

فإن الذي لم تقم عليه الحجة، هو الذي حديث عهد بالإسلام، والذي نشأ ببادية بعيدة، أو يكون ذلك في مسألة خفية، مثل الصرف والعطف، فلا يكفر حتى يعرف. وأما أصول الدين التي أوضحها الله وأحكمها في كتابه، فإن حجة الله هو القرآن، فمن بلغه القرآن فقد بلغته الحجة

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang tidak tegak atasnya hujah adalah mereka yang; baharu memeluk Islam, dan yang membesar dalam kawasan badwi yang jauh, atau dalam perkara-perkara yang tersembunyi (yakni kufur yang berlaku dalam masalah tersembunyi yang memerlukan ijtihad untuk memahaminya-pent-) seperti masalah: Sarf dan al-‘Atf (sihir pengasih dan pemisah –pent-) maka dia tidak dihukum kafir sehingga diberitahu. Adapun masalah Usul agama yang Allah telah jelaskan dan terangkan dalam kitabNya maka hujah Allah adalah al-Quran itu sendiri, maka barangsiapa yang sampai kepadanya Al-Qur’an maka telah sampai kepadanya hujah”. [Al-Durar al-Saniah, 10/93].

 

Kata Imam Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz r.h:

 

أمور التوحيد ليس فيها عذر ما دام موجودا بين المسلمين , أما من كان بعيدا عن المسلمين وجاهلا بذلك فهذا أمره إلى الله , وحكمه حكم أهل الفترات يوم القيامة , حيث يمتحن , أما من كان بين المسلمين ويسمع قال الله وقال رسوله , ولا يبالي ولا يلتفت , ويعبد القبور ويستغيث بها أو يسب الدين فهذا كافر , يكفر بعينه

Maksudnya: “Perkara Tauhid tidak diberi keuzuran selama mana seseorang tinggal antara kaum muslimin. Adapun mereka yang tinggal jauh daripada kaum muslimin dan jahil akan tauhid maka keadaannya diserahkan kepada Allah dan hukumnya seperti hukum Ahli Fatrah di hari kiamat di mana mereka akan diuji.  Adapun mereka tinggal dengan kaum muslimin dan mendengar : “Berfirman Allah”, “Bersabda Rasulullah” tetapi dia tidak ambil peduli lalu menyembah kubur, meminta pertolongan dengannya, dan mencela agama (Islam) maka dia dihukum kafir pada dirinya…” [Majmuk Fatawa Ibn Baz, 9/79].

 

Kesimpulan:

 

Hasil perbincangan dalam masalah ini membuahkan kepada kita bahawa:

 

1-      Doa adalah ibadah bahkan termasuk ibadat yang paling afdal

2-      Berdoa kepada selain Allah s.w.t dalam perkara yang hanya mampu diberikan Allah s.w.t berkaitan dengan ta’tsir (kesan) dan perkara-perkara maknawiah seperti memohon syurga, neraka dan seumpamanya adalah syirik akbar yang menjadikan pelakunya kafir –nauzubillah min zalik- .

3-      Harus meminta pertolongan dan bantuan kepada makhluk dalam sebab-sebab zahir yang pada adatnya mampu dilakukan makhluk dalam perkara hissiah seperti memohon bantuan mereka yang ahli untuk menangkap binatang buas dan seumpamanya.

4-      Mereka yang berdoa kepada selain Allah sama ada dia beriktiqad sembahannya itu mempunyai kuasa rububiyah atau pun tidak tetap menjadi kafir kerana kaum musyrikin tidak beriktiqad semabahan mereka mempunyai kuasa rububiyah namun mereka tetap dihukum kafir oleh Allah dan Rasul-Nya.

5-      Hujah Allah telah pun tegak dalam perkara Usuluddin (Usul-usul Agama dan asas-asasnya) dengan diutusnya para Rasul dan Nabi dan al-Qur’an merupakan hujah Allah yang tertegak atas manusia sehingga hari kiamat.

6-      Mereka yang melakukan syirik akbar dalam perkara ibadat seperti berdoa kepada makhluk ini menjadi kafir serta merta jika melakukannya dalam keadaan tahu dan sedar.

7-      Mereka yang melakukannya kerana Jahil tidak diberi uzur melainkan mereka yang baharu masuk Islam atau yang tinggal jauh daripada dakwah sekira-kira mereka tidak akan menemui dakwah tauhid jika mereka mencarinya di negeri mereka.

8-      Mereka yang tidak sampai dakwah tauhid sama ada kerana diliputi syubhat ulama-ulama sufiah dan rafidah yang keji atau kerana tidak sampai kepadanya al-Qur’an dalam bentuk yang mereka boleh fahami kandungannya dihukum seperti Ahli Fatrah yakni kafir di dunia namun tempat kembali mereka di akhirat terserah kepada Allah.

9-      Istifadah daripada perhasan ini kita dapati: kaum Sufi yang hanya muqallid kepada syeikh mereka dalam perkara syirik ini demikian juga kaum Rafidah yang awam yang mentaqlid syeikh mereka; semua mereka ini juga kafir dan tidak diberi uzur kerana jahil namun keadaan mereka di akhirat diserahkan kepada Allah s.w.t.

10-  Seorang muslim wajib menjadikan Tauhid dan menuntut ilmu berkenaannya sebagai fokus utama hidupnya melebihi segala-galanya kerana Tauhid adalah satu-satunya tujuan dia hadir di dunia yang bakal fana ini dan satu-satunya bekal yang paling berharga dia akan bawa di ‘alam akhirat yang kekal abadi.

 

وصلى الله وسلم على خليل الله محمد وعلى آل بيته وصحبه أجمعين

 

Rujukan:

 

1-      Majmuk Fatawa Ibn Baz

2-      Al-Idoh wa al-Tabyin li Hukmi al-Istighasah bil Amwat wal Gha-ibin, Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abbad.

3-      Taisir al-Aziz al-Hamid fi Syarh Kitab al-Tauhid, Syeikh Sulaiman Al Syeikh

4-      Fathul Majid, Syeikh Abdul Rahman bin Hasan Al Syeikh

5-      Aqidah al-Tauhid, Syeikh Soleh al-Fauzan

6-      Fatawa Lajnah al-Daimah lil Buhus al-‘Ilmiah wal Ifta, Kerajaan Arab Saudi.

7-      Fatwa Syeikh Abdul Aziz al Syeikh, Mufti Arab Saudi: http://www.mufti.af.org.sa/node/1328

8-      http://www.binbaz.org.sa/mat/2064

9-      Al-Durar al-Saniyah fil Ajwibah al-Najdiah. Jil 10.

 

KEWAJIPAN MEMBENCI KEKUFURAN

8 Mac

Firman Allah s.w.t:

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Maksudnya: “dan ketahuilah bersama-sama kamu ada Rasulullah yang jika dia mengikut kebanyakan permintaan kamu tentulah kamu akan menjadi susah tetapi Allah telah mencampakkan kecintaan terhadap Iman dan menghiaskannya dalam hati-hati kamu dan mencampakkan rasa benci terhadap kekufuran, kefasiqan, dan maksiat (dalam hati-hati kamu) demikianlah mereka itu orang-orang teguh di atas kebenaran”. [al-Hujurat: 7].

Tafsir Ayat:

Dalam ayat yang mulia ini, Allah s.w.t memberi peringatan kepada kaum muslimin supaya tidak tergesa-gesa dalam menghukum sesuatu perkara, tetapi hendaklah tunduk kepada hukuman dan pedoman yang diberi oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w dalam memberikan sesuatu keputusan lebih tepat dan benar kerana baginda tidak member keputusan dari dirinya sendiri bahkan Wahyu daripada Allah s.w.t dan baginda Rasul itu dalam hukuman Rasulullah s.a.w itu lebih baik untuk maslahah kaum mukminin berbanding kehendak mereka sendiri yang pada rasa diri mereka adalah yang terbaik.

Allah s.w.t juga menegaskan bahawa Dia telah menjadikan perasaan cinta kepada Iman dan menghiaskan keimanan kepada para Sahabat Rasulullah s.a.w dan demikianlah juga kepada setiap mukmin yang bertakwa serta menjadikan perasaan benci terhadap kekufuran, kefasiqan, dan maksiat sehingga mereka tidak berani sama sekali melanggar perintah Allah dan RasulNya.

Mereka yang mempunyai sifat cinta kepada Iman dan membenci perkara yang berlawanan dengan Iman adalah golongan yang ditetapkan Allah s.w.t di atas kebenaran dan mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.[1]

Isntinbat Hukum daripada Ayat:

Ayat yang mulia ini mengajar kita salah satu Usul Akidah (Teras Akidah) Islam yang sangat penting iaitulah berpegang dengan Sunnah Rasulullah s.a.w dan Memberikan Wala’ (Kesetiaan) kepada Islam dan Ahlinya (penganutnya) serta Bara’ (berlepas diri dan membenci) kekufuran dan ahlinya, kefasiqan dan ahlinya, serta maksiat dan ahlinya.

Cinta kepada kaum mukminin dan membenci kaum kafir termasuk syarat syahadah لا إله إلا الله sebagaimana yang disebutkan Syeikh Hafiz Hakami dalam Manzumah beliau:

وَفي الشَّهادَةِ عِلْمُ القَلْبِ مُشْتَرَطٌ يَقِيْنُهُ اُنْقَدْ قَبُوْلٌ لَيْسَ يُفْتَقَدُ

إِخْلاصُكَ الصِّدْقُ فِيْهَا مَعْ مَحَبَّتِهَ كَذَا الْوَلاَ وَالْبَرا فيها لَهَا عُمُدُ

فيهِ تُوالي أولى التّقْوَى وَتنْصُرُهُمْ وَكُلُّ أَعْدائهِ إِنَّا لَهُمْ لَعَدُو

Maksudnya: “dan pada Syahadah itu disyaratkan ilmu dalam hati, demikian juga yakin, inqiyad (patuh), qabul (menerima) tidak boleh tiada, demikian juga ikhklasmu dan membenarkannya (Sidq) beserta cinta kepadanya, demikian juga wala’ dan bara’ keranya, ia adalah tiang syahadah, dengannya kamu berwala’ (member kecintaan dan kesetiaan) kepada Ahli Takwa dan menolong mereka dan sesungguhnya kita adalah musuh kepada mereka yang memusuhinya (yakni yang memusuhi tauhid)”. [al-Jauhirah al-Faridah fi Tahqiqil Aqidah].

Maka difahami dalam pernyataan Syeikh Hafiz ini, para Ulama Salaf Radiallahu’anhum telah meletakkan Cinta kepada Tauhid dan penganutnya serta memusuhi musuh-musuh Tauhid dan penganutnya adalah sebahagian daripada syarat sahnya Syahadah seorang muslim.

Dalil para ulama adalah firman Allah Taala:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

Maksudnya: “dan ada antara manusia yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan (kepada Allah) dengan mencintainya (yakni berhala-berhala) seperti mereka cinta kepada Allah sedangkan orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah…” [al-Baqarah: 165]

Demikian juga ayat yang kita bincangkan ini menjadi dalil bahawa mencintai Tauhid dan ahlinya termasuk syarat keimanan kepada Allah s.w.t dan membenci syirik dan ahlinya, membenci kufur dan ahlinya, serta nifaq dan ahlinya termasuk kesempurnaan dan kesahihan akidah.

Firman Allah s.w.t:

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Makusdnya: “Tidak akan kamu dapati (wahai Muhammad) suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat mencintai mereka yang memusuhi Allah dan RasulNya walaupun mereka itu adalah bapa-bapa mereka, saudara-saudara mereka, dan kaum kerabat mereka, mereka inilah yang telah ditetapkan dalam hati mereka Iman dan dikuatkan dengan ruh (petnjuk dan hujjah) daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepadaNya itulah dia parti Allah, sesungguhnya parti Allah jua yang akan mencapai kemenangan”. [al-Mujadilah: 22].

Ayat ini adalah antara ayat –ayat al-Wala’ dan al-Bara’ yakni ayat yang memerintahkan kepada kaum muslimin supaya membenci dan memusuhi kaum kafir. Antara ayat yang lain adalah firman Allah s.w.t:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil ‘bitanah’ selain daripada kamu (daripada kaum kafir) kerana mereka itu tidak peduli akan kesusahan kamu bahkan mereka suka jika kamu mendapat kesusahan, telah tampak pada mulut mereka (perkataan merek) akan kebencian mereka (pada kamu) dan apa yang disembunyikan dalam dada-dada mereka lebih besar, telah Kami (Allah) jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu berakal”. [Ali Imran: 118].

Maksud bitanah adalah teman rapat, penasihat, penjaga rahsia, dan sahabat karib seseorang sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

ما استخلف خليفة إلا له بطانتان بطانة تأمره بالخير وتحضه عليه وبطانة تأمره بالشر وتحضه عليه والمعصوم من عصم الله

Maksudnya: “Tidak ada yang menjadi khalifah kecuali dia mempunyai dua bitanah (yakni ahli mesyuarat dan penasihatnya), penasihat yang menyuruhnya melakukan kebaikan dan member semangat ke arah itu dan penasihat yang menyuruhnya melakukan kejahatan dan mendorongnya kea rah itu, yang terpelihara itu mereka yang dipelihara Allah” [al-Bukhari].

Syeikh Mustafa Dib al-Bugha menyatakan: “Bitanah seseorang itu adalah orang-orang khasnya dan ahli mesyuaratnya dalam urusannya.”[2]

Syeikh Abu Bakar al-Jazairi Hafizahullah menyatakan: “Bitanah seseorang adalah mereka yang mengetahui perkara yang dia rahsiakan daripada orang lain kerana sesuatu kepentingan”.[3]

Dalam Tafsir Ibn Abi Hatim, beliau meriwayatkan:

عن ابن أبي الدِّهْقانة قال: قيل لعمر بن الخطاب، رضي الله عنه: إن هاهنا غُلاما من أهل الحِيرة، حافظ كاتب، فلو اتخذته كاتبا؟ فقال: قد اتخذت إذًا بطانة من دون المؤمنين

Maksudnya: Daripada Ibn Abi Dihqanah katanya: Dikatakan kepada Umar bin al-Khattab radiallahuanhu: “Sesungguhnya di sini ada seorang budak daripada Hirah[4] seorang yang cermat dan pandai menulis, elok jika kamu jadikan dia juru tulis”. Maka kata Umar: Jika aku lakukan demikian aku telah menjadikan seorang bitanah selain daripada kaum mukminin”.[5]

Imam Ibn Kasir rahimahullah berkata: “Asar ini menunjukkan tidak boleh (haram) melantik seorang kafir zimmi sebagai juru tulis (kerajaan) yang berkaitan urusan kaum muslimin dan menyebabkan dia mengetahui rahsia-rahsia mereka yang memungkinkan dia menyampaikan kepada kafir harbi”.[6]

Maka, jika demikianlah hukumnya melantik seorang juru tulis daripada orang kafir, maka bagaimanakah akalnya manusia yang mengharuskan melantik menteri dan ahli Parlimen dan seumpamanya daripada kafir yang akan menyebabkan mereka memerintah kaum muslimin?

Sabda Nabi s.a.w:

لاَ تَقُولُوا لِلْمُنَافِقِ سَيِّدٌ فَإِنَّهُ إِنْ يَكُ سَيِّدًا فَقَدْ أَسْخَطْتُمْ رَبَّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ

Maksudnya: “Janganlah kamu memanggil orang munafik sebagai ‘Syed’ (Tuan) kerana jika mereka itu ‘Tuan’ maka kamu telah menyebabkan Tuhan kamu Azza wa Jalla murka”. [Abu Daud dan Ahmad, disahihkan al-Albani, al-Hafiz al-Munziri, dan al-Nawawi serta disokong juga oleh Al-Arnauth].

Munafik adalah orang yang menyembunyikan kufur dan menampakkan dia Islam, seperti Abdullah bin Ubai bin Salul yang menampakkan dia muslim, mengucap dua kalimah syahadah dan bersolat tetapi dalam hatinya dia membenci Rasulullah s.a.w dan para Sahabat baginda.

Jika beginilah sekali hukumnya sekadar memanggil tuan pun dilarang syarak terhadap kaum kafir, maka bagaimana pula dengan melantik mereka sebagai Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, dan sebagainya sehingga mereka digelar ‘Yang Berhormat’ atau ‘Yang Berbahagia’ atau ‘Yang Dimuliakan Tuan Yang di-Pertua Dewan’? Jawapannya bagi mereka yang berakal tiada dua lagi baginya melainkan haram jua.

Daripada penjelasan ini, teranglah kepada kita bahawa haram hukumnya kita berkasih sayang dengan kaum kafir bahkan wajib kita membenci akidah mereka yang kufur, kita membenci Yahudi kerana akidah Yahudinya, membenci Nasrani kerana Akidah Nasraninya, kita membenci Hindunisme kerana Akidah Syiriknya dan seterusnya.

Jika diperhatikan ayat 22 surah al-Mujadilah di atas kita dapati bahawa sebab seseorang mukmin membenci bapa-bapanya, saudara-saudaranya, dan kaum kerabatnya adalah kerana mereka memusuhi Allah dan Rasulullah s.a.w. Memusuhi Allah dan RasulNya telah berlaku apabila seseorang menolak untuk mengucapkan dua kalimah Syahadah dan mentauhdikan Allah s.w.t.

Larangan berkasih sayang dengan orang kafir dan larangan melantik kafir zimmi[7] sebagai pemimpin dan teman rapat seseorang muslim jelas menunjukkan permusuhan antara muslim dan kafir itu berpunca daripada perbezaan akidah mereka, bukan kerana si kafir menzalimi atau melakukan jenayah terhadap muslim.

Manusia yang enggan beriman kepada Allah dan RasulNya telah melakukan sebesar-besar jenayah di dalam alam serwajagat ini kerana tiadalah dosa yang lebih besar daripada syirik dan kufur. Firman Allah s.w.t:

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang sangat besar” [Luqman: 13].

Secara logik akal yang waras, tidak ada makhluk dalam alam ini suka kepada kezaliman demikian juga tidak ada makhluk yang suka kepada mereka yang berbuat zalim. Maka bagaimana pula dengan kaum musyrik yang disifatkan Allah s.w.t sebagai ‘Kezaliman Terbesar’? Maka tidak ada jawapan yang lebih waras selain daripada: Wajib kita membenci mereka kerana kesyirikan mereka itu.

Firman Allah s.w.t:

قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi kamu pada diri Ibrahim dan pengikut-pengikutnya mempunyai teladan yang amat baik ketika mereka berkata kepada kaum mereka: ‘Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang kamu sembah selain daripada Allah, kami ingkar (akan perbuatan) kamu dan telah jelaslah permusuhan dan kebencian antara kami dan kamu sehinggalah kamu beriman kepada Allah dengan mentauhidkanNya…” [al-Mumtahanah: 4]

Maka jelas dalam ayat ini, Allah s.w.t memerintahkan kita mengikut jejak langkah Nabi Ibrahim a.s dan para pengikut baginda yang memusuhi dan membenci kekufuran serta penganut ajaran kufur itu kerana kekufuran itu sendiri yang berlawanan dengan Tauhid bukan semata-mata kaum kafir tadi menzalimi mereka.

Namun, perlu diingatkan, kebencian kita kepada kaum kafir tidaklah menyebabkan kita tidak berlaku adil kepada mereka dan berbuat baik kepada mereka dalam rangka menarik minat mereka kepada Islam. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

Maksudnya: “dann janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka, berlaku adillah kerana itu lebih dekat dengan takwa…” [al-Maidah: 8].

Maka di sini berbeza dengan akidah Yahudi yang menurut mereka boleh mencuri harta selain Yahudi, membunuh selain Yahudi, berzina dengan selain Yahudi, dan segala macam maksiat atas dasar kebencian mereka terhadap selain Yahudi.[8]

 Islam tetap mengharamkan perbuatan curi walaupun harta seorang kafir, berzina tetap haram walaupun dengan kafir, memakan riba tetap haram walaupun dengan orang kafir dan seterusnya daripada segala macam maksiat.

Demikian juga Islam tidak melarang seorang anak yang ibu bapanya kafir untuk member nafkah kepada mereka dan menjaga kebajikan mereka berdasarkan firman Allah s.w.t:

وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Maksudnya: “dan jika mereka berdua (ibu bapa kamu) memaksa kamu untuk kamu mensyirikkan Aku yang kamu sendiri tidak ada ilmu berkenaannya maka janganlah kamu taat kepada keduanya tetapi berkawanlah dengan baik dengan keduanya di dunia serta ikutlah jalan orang-orang yang bertaubat kepadaKu kemudian kepadaKu lah tempat kembali kamu maka Aku akan beritakan kepada kamu apa yang kamu telah lakukan”. [Luqman: 15].

Demikian juga Islam tidak melarang untuk kita berbuat baik dengan orang kafir yang ada perjanjian damai dengan kaum muslimin sama ada kafir zimmi, mu’ahid[9], atau musta’man[10] selama mereka mengikut perjanjian tersebut sebagaimana firman Allah s.w.t:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama dan mengeluarkan kamu daripada negeri kamu untuk kamu berbuat baik kepada mereka dan berlaku adil kepada mereka sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang adil”. [al-Mumtahanah: 8].

Ayat ini menurut riwayat yang sahih dalam al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad diturunkan berkenaan Asma’ Binti Abu Bakar al-Siddiq r.a apabila ibunya[11] yang musyrik dating ke Madinah pada tahun Hudaibiah (yakni ketika berlakunya perjanjian Hudaibiah) membawa hadiah untuk diberi kepada anaknya. Asma’ r.a enggan menerima kerana ibunya seorang musyrik lalu Allah s.w.t menurunkan ayat ini menjelaskan tidak ada salahnya Asma’ berbuat baik kepada ibunya kerana dia seorang kafir mu’ahad.

Syeikh Jamal al-Qasimi rahimahullah berkata:

وهذه الآية على جواز البرّ بين المشركين والمسلمين ، وإن كانت الموالاة منقطعة

Maksudnya: “dan ayat ini menunjukkan harusnya berbuat baik antara kaum musyrikin dan kaum muslimin walaupun wala’ (kasih sayang dan kesetiaan) telah terputus antara mereka”.[12]

Oleh itu, kebencian seorang muslim kepada kekufuran kaum kafir dan syirik kaum musyrik tidak menyebabkan mereka lansung tidak boleh bermuamalat dengan kaum kafir dan musyrik tadi seperti jual beli dengan cara yang dihalalkan Islam, memberi dan menerima hadiah, menziarah yang sakit, dan membantu yang dalam kesempitan.

Adapun kafir harbi iaitulah kafir yang tidak ada sebarang perjanjian dengan kaum muslimin sama ada akad zimmah, muahad, atau musta’man maka tidak hubungan antara mereka kecuali pedang sehinggalah mereka memeluk Islam atau membayar jizyah[13] atau mengikat perjanjian gencatan senjata[14].

Firman Allah s.w.t:

قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّى يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَنْ يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ

Maksudnya: “Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan tidak pula dengan hari akhirat dan tidak mengharamkan apa yang Allah dan RasulNya haramkan dan tidak beragama dengan agama yang benar daripada orang-orang yang diberi kitab sehinggalah mereka mahu membayar jizyah secara terpaksa  dalam keadaan mereka itu hina”. [al-Taubah: 29]

Berkata Imam Ibn Kasir rahimahullah:

فلهذا لا يجوز إعزاز أهل الذمة ولا رفعهم على المسلمين، بل هم أذلاء صَغَرة أشقياء

Maksudnya: “oleh sebab ini (perintah kafir zimmi member jizyah dalam keadaan mereka itu hina) tidak boleh memuliakan Ahli Zimmah (Kafir Zimmi) dan mengangkat kedudukan mereka atas daripada kaum muslimin bahkan mereka itu kaum yang hina dan celaka”. [15]

Sabda Rasulullah s.a.w:

لا تبدءوا اليهود والنصارى بالسلام وإذا لقيتم أحدهم في الطريق فا ضطروهم إلى أضيقه

Maksudnya: “Janganlah kamu mula memberikan salam kepada Yahudi dan Nasrani dan jika kamu menjumpai mereka di jalanan maka himpitlah mereka di tepian”. [al-Tarmizi & Ahmad, saih].

Imam al-Tarmizi memasukkan hadis ini di bawah bab Memberi Salam kepada Ahli Kitab dan Bab Memberi Salam kepada Ahli Zimmah (Kafir Zimmi).

Maksud himpit mereka ke tepian jalan hendaklah kafir zimmi itu member laluan kepada orang Islam dan membenarkan orang Islam menggunakan bahagian yang luas dan jika perlu hendaklah dia (kafir zimmi) berhenti dahulu di bahu jalan kerana member laluan kepada seorang muslim.

Ini bukanlah bermakna seorang muslim boleh menolak dan menghimpit seorang kafir zimmi secara sembrono dan menyebabkan mudarat kepadanya.

Syahid daripada hadis ini, Islam mensyariatkan supaya kaum muslimin menghinakan kaum kafir zimmi yang tentu sahaja mereka ini bukanlah penjenayah atau yang boleh memudaratkan kaum muslimin secara jelas maka penghinaan yang mereka terima ini adalah lambang kebencian kaum muslimin terhadap akidah kufur yang berada di hati para kafir zimmi ini[16].

Demikianlah perbahasan berkenaan kewajipan seorang muslim membenci kekufuran  dan penganutnya sesuai dengan jenis-jenis orang kafir yang telah ditetapkan syarak.

Insya-Allah, kita akan sambung perbincangan kita berkenaan kewajipan membenci maksiat dan pelakunya pula nanti.Wallahua’lam.

 

Kesimpulan:

1-Wajib seorang muslim itu membenci kekufuran dan mencintai Iman dan Tauhid.

2-Permusuhan antara muslim dan kafir itu adalah kerana perbezaan akidah mereka bukan kerana tanah atau harta atau kerana kezaliman kaum kafir terhadap kaum muslimin.

3-Kebencian seorang muslim kepada kafir tidak menghalang mereka berlaku adil dan ihsan kepada kafir zimmi, muahad, dan musta’man.

4- Kecintaan terhadap orang kafir yang dilarang adalah cinta ikhtiari yang syari’, adapun cinta yang tabii yang memang telah dijadikan Allah s.w.t dalam hati setiap manusia seperti kasih kepada ibu dan bapa, kasih kepada anak dan sebagainya tidaklah menjadi kesalahan tetapi hendaklah mereka (kaum muslimin) menjadikan cinta dan kasih mereka kepada agama Allah s.w.t lebih daripada cinta tabii mereka dan menanamkan kebencian terhadap kaum kafir walaupun ibu bapa mereka.

 

DITULIS OLEH:

AL-FAQIR ILALLAH, MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI AL-MASHOORI AL-SALAFI

 


 

[1] Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, Abdul Rahman al-Saadi, m.s 800, cet. Muassasah al-Risalah, 1420H dan Aisar al-Tafasir, Abu Bakar Jabir al-Jazairi, jil 4, m/s 120-121, Maktabah al-Syamilah 3.23

[2] Sahih al-Bukhari Tahkik Syeikh Mustafa Dib al-Bugha, Dar Ibn Kasir-Beirut, 1407H.

[3] Lihat: Aisar al-Tafasir oleh Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi.

[4] Hirah berada di bawah kekuasaan Islam tetapi budak ini adalah seorang kafir yakni kafir zimmi.[lihat nota kaki seterusnya untuk maksud kafir zimmi.

[5] Tafsir Ibn Abi Hatim hadis no. 4087

[6] Tafsir al-Quran al-Azim, Ibn Kasir, Dar al-Tibah, 1420H, 2/107.

[7] Kafir Zimmi maksudnya orang yang kafir yang menetap dalam Negara Islam dan tunduk serta patuh kepada undang-undang Islam. Larangan berkasih sayang dengan kafir zimmi menunjukkan kita membenci semua jenis orang kafir kerana agama mereka.

[8] Lihat: al-Kanzul Marsud fi Qawaid al-Talmud, Mausuah Yahudiah wa Sahyuniah, dan Mausuah Muyassarah lil Adyan wal Firaq wal Ahzab al-Muasarah.

[9] Kafir Muahad adalah kafir yang hidup di negeri kafir di mana negerinya itu mempunyai gencatan senjata dengan negeri Islam.

[10] Kafir Musta’man adalah kafir yang diberi jaminan keselamtan dirinya oleh seorang muslim atau muslimah seperti para pelancong asing di negeri Islam dan duta-duta Negara kafir ke negara Islam.

[11] Ibunya bernama Qatilah.

[12] Mahasin al-Takwil, Muhammad Jamaluddin al-Qasimi, Maktabah Syamilah 3.23

[13] Jizyah adalah cukai yang dibayar oleh kafir zimmi kepada pemerintah Islam.

[14] Harus pemerintah membuat gencatan senjata dengan kafir harbi dan sepanjang berlansungnya gencatan senjata kafir harbi tadi bertukar statusnya kepada kafir muahad.

[15] Tafsir al-Quran al-Azim, Ibn Kasir, 4/133

[16] Saidina Umar bin al-Khattab radiallahuanhu telah meletakkan syarat yang ketat kepada kafir zimmi antaranya mereka tidak boleh menzahirkan perayaan mereka dalam negeri Islam, tidak boleh meletakkan salib di luar gereja, tidak boleh meminum dan menjual arak secara terbuka dan sebagainya. Syarat-syarat ini telah diterima para ulama fiqah dan terkenal sebagai Syarat-syarat Umar.