Tag Archives: murjiah

RASULULLAH S.A.W MENJAWAB MURJIAH & KHAWARIJ

28 Jul

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Dewasa ini telah muncul golongan yang menisbahkan diri mereka kepada Manhaj Salafi Ahlus Sunnah wal Jamaah tetapi menyeru kepada seruan Khawarij dan melabelkan Ahlus Sunnah wal Jamaah al-Salafiah yang sebenar sebagai Murjiah.

Namun, tidak guna jika kita saling berbantah-bantah dengan akal pemikiran masing-masing, maka amat wajar kita menyahut seruan Allah Taala:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ

Maksudnya: “Maka jika kamu bertelagah dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul..” [al-Nisaa: 59].

Maka di sini kami datangkan seberapa banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang memerintahkan kita mentaati pemerintah dalam makruf dan perintah-perintah baginda untuk bersabar terhadap kezaliman mereka.

Jawapan Rasulullah s.a.w kepada Murjiah:

Khalifah al-Makmun pernah bertanya kepada al-Nadhr bin Syamil r.h berkenaan Murjiah lalu al-Nadhr menjawab: “Agama yang mengikut pemerintah, mereka membetulkan dengannya dunia mereka dan mengurangkan dengannya agama mereka”. [al-Bidayah wan Nihayah, 10/303].

Murjiah beranggapan bahawa maksiat tidak akan memudaratkan Iman bahkan sebahagian mereka melampau batas dengan mengatakan Iman tidak akan batal jika seseorang melakukan amalan syirik dan kufur akbar selama dia tidak menghalalkannya di dalam hati,- nauzubillahi minal jahli wad dolal-, atas dasar ini mereka akan mengikut sahaja semua perintah pemerintah walaupun ianya maksiat.

Ini berbeza dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang hanya akan taat pada perintah yang makruf dan mencegah daripada maksiat walaupun yang melakukannya seorang raja dan Khalifah.

Berikut kami datangkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang memerintahkan kita supaya berpaling daripada perintah yang membawa kepada  maksiat:

أنس بن مالك – رضي الله عنه – :أنَّ رسولَ الله -صلى الله عليه وسلم- قال : «اسْمَعوا وأطِيعوا وإِن استُعمِلَ عليكم عبدٌ حَبشيٌّ ، كأنَّ رأسَهُ زَبيبَةٌ ، مَا أقَامَ فيكُم كِتَابَ الله».وفي رواية : أنَّ رسولَ الله -صلى الله عليه وسلم- قال لأبي ذَرٍّ : «اسْمَعْ ، وأَطِعْ ، ولو  لِحَبَشيٍّ ، كأنَّ رَأْسَهُ زَبِيبَةٌ»

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Dengar dan Taatlah jika dilantik ke atas kamu (sebagai pemerintah) hamba habsyah yang kepalanya seakan-akan buah anggur selama mana dia menegakkan Kitab Allah’. Dan dalam riwayat yang lain: ‘Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Zarr r.a: ‘Dengar dan Taatlah walaupun kepada seorang Habsyi yang kepalanya seperti anggur’. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad].

أم الحصين الأحمسية – رضي الله عنها – قالت : حَجَجْتُ مَعَ رسولِ الله -صلى الله عليه وسلم- حَجَّةَ الودَاعِ ، فَرأيتُهُ حِينَ رَمَى جَمْرَةَ العَقَبَةِ وانصَرَفَ ، وهو على راحِلَتِهِ ، ومعه بلالٌ وأُسَامَةُ : أَحَدُهُما يقودُ بِهِ رَاحِلَتَهُ ، والآخرُ رافعٌ ثَوبَهُ على رأسِ رسولِ الله -صلى الله عليه وسلم- يُظِلُّهُ من الشمس، قالت: فقال رسولُ الله -صلى الله عليه وسلم- قَولا كثيرا لم أفْهمهُ ، ثُمَّ سَمِعتُهُ يقولُ : «إِنْ أُمِّرَ عليكم عَبْدٌ مُجَدَّعٌ – حَسِبْتها قالت : أسودُ – يَقُودُكمْ بِكِتابِ اللهِ فَاسمعوا [لَهُ] وَأَطِيعوا».

Maksudnya: Daripada Ummul Husin al-Ahmasiah r.ha kata beliau: ‘Aku berhaji bersama dengan Rasulullah s.a.w pada Haji Wada’, maka aku lihat baginda sedang melontar Jamrah al-‘Aqabah lalu beredar sedang dia menunggang tunggangannya bersama dengan baginda Bilal dan Usamah: Salah seorang mereka sedang memacu tunggangan baginda dan seorang lagi melindungi baginda dengan kain daripada matahari. Kata beliau (Ummul Husin): Maka Rasulullah s.a.w bersabda dengan perkataan yang banyak yang aku tidak faham kemudian aku mendengar baginda berkata: “Jika dijadikan pemerintah ke atas kamu seorang hamba yang terpotong hidungnya –Aku (rawi) merasakan dia berkata-: berkulit hitam memimpin kamu dengan Kitab Allah maka dengar padanya dan taatlah”. [Hadis dikeluarkan: Muslim, al-Tarmizi, dan al-Nasai. Lafaz bagi Muslim].

عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – : أنَّ رسولَ الله -صلى الله عليه وسلم- قال: «على المرء المسلم السَّمعُ والطاعَةُ فيما أحَبَّ أو كَرِهَ ، إِلا أَنْ يُؤمَرَ بِمَعْصِيَةٍ ، فَإِن أُمِرَ بِمعصيةٍ، فلا سَمْعَ ، ولا طَاعَةَ

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar r.hma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Wajib atas setiap muslim dengar dan taat (kepada pemerintah) dalam urusan yang dia suka atau benci melainkan dia disuruh melakukan maksiat maka jika dia disuruh melakukan maksiat maka tidak wajib dengar dan tidak wajib taat”. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai, dan Ahmad].

Daripada Saidina Ali r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya: “Sesungguhnya Taat itu dalam perkara makruf sahaja”. [al-Bukhari & Muslim].

طارق بن شهاب – رضي الله عنه – أن رجلاً سأل النبي – صلى الله عليه وسلم – ، وقد وضَعَ رِجْلَهُ في الغَرْزِ : أيُّ الجهادِ أفضلُ ؟ قال : «كلمةُ حقٍ عند سلطان جائر»

Maksudnya: Daripada Tariq bin Syihab r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w sedang baginda telah meletakkan kaki baginda di atas tempat tunggangan: ‘Apakah Jihad yang utama?’ Jawab baginda: “Perkataan yang benar di sisi pemerintah yang zalim”. [Hadis dikeluarkan: al-Nasai, darjatnya hasan].

Hadis-hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa ketaatan kepada pemerintah dan sesiapa sahaja yang daripada makhluk hanya berlaku dalam urusan yang sesuai dengan syariat sahaja, apabila urusan itu tidak sesuai dengan syariat maka haram untuk kita mentaati perintah itu.

Bahkan wajib kita berkata benar dan mencegah kezaliman pemerintah walaupun akan menggadai nyawa kita dan teladan ini amat banyak dalam tokoh-tokoh Ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah antaranya al-Imam Malik bin Anas r.h, al-Imam al-Syafii r.h, dan al-Imam Ahmad r.h.

Imam Malik bin Anas r.h telah disiksa sehingga tercabut tulang bahunya kerana beliau mempertahankan bahawa baiah rakyat kepada pemerintah mereka akan taat untuk menceraikan isteri mereka jika disuruh adalah bidaah dan tidak sah sebagaimana yang telah sahih dalam Sunnah. [Siyar A’lam al-Nubala’, 8/79-80].

Imam Ahmad bin Hanbal r.h amat terkenal dengan ketegasan beliau mempertahankan Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah bahawa al-Quran adalah Kalamullah bukan Makhluk sehingga beliau disiksa dan dipenjarakan dengan begitu lama sekali. [Lihat kisah beliau dalam Siyar juz 11].

Jawapan Rasulullah s.a.w kepada Khawarij

Apabila Ahlus Sunnah wal Jamaah menyatakan bahawa haram mentaati pemerintah apabila dia menyuruh melakukan maksiat, segolongan kaum pula melampau sehingga mereka berpandangan wajib memerangi pemerintah yang melakukan maksiat atau berlaku zalim itu.

Adapun Ahlus Sunnah wal Jamaah berada di pertengahan antara kecuaian Murjiah dan sikap melampau Khawarij, di mana Ahlus Sunnah wal Jamaah menyatakan haram mentaati perintah yang maksiat namun tidak boleh (haram) memerangi pemerintah selagi mana dia tidak menjadi kafir dan menjaga penegakkan solat.

Berikut adalah jawapan Rasulullah s.a.w kepada Khawarij:

عن ابن أبي أوفى قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: الخوارج كلاب أهل النار

Maksudnya: Daripada Ibn Abi Aufa r.a kata beliau: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “al-Khawarij adalah anjing-anjing ahli neraka”. [al-Sunnah Ibn Abi Asim,Sahih-Zilal al-Jannah-]

عن عبادة بن الصامت عن النبي صلى الله عليه وسلم قال اسمع وأطع في عسرك ويسرك ومنشطك ومكرهك وأثره عليك وإن أكلوا مالك وضربوا ظهرك

Maksudnya: Daripada Ubadah bin al-Somit r.a daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: “Dengar dan Taatlah ketika susah dan senang, rela dan terpaksa, dan ketika keadaan yang merugikan kamu walaupun mereka (pemerintah) merampas hartamu dan memukul belakangmu”. [al-Sunnah Ibn Abi Asim –Zilal al-Jannah- Sahih].

عبد الله بن عباس – رضي الله عنهما – : أنَّ رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال : «مَنْ كَرِهَ مِنْ أمِيرِهِ شَيْئا فَلْيَصبِرْ ، فَإِنَّهُ مَنْ خَرَجَ مِن السُّلطانِ شِبرا مَاتَ مِيتَة جَاهِليَّة». وفي رواية : «فَليَصبِرْ عليه ، فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الجَمَاعَةَ شِبرا فَمَاتَ فَمِيتَتُهُ جَاهِليَّةٌ»

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Abbas r.hma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang membenci akan pemerintahnya kerana sesuatu maka bersabarlah kerana sesiapa yang keluar daripada pemerintah sekadar sejengkal dia mati dalam keadaan jahiliah”. Dalam riwayat yang lain: “maka hendaklah dia bersabar, kerana sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada al-Jamaah sekadar sejengkal maka dia mati dalam keadaan jahiliah”. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari & Muslim].

أم سلمة – رضي الله عنها – أنَّ رَسولَ الله -صلى الله عليه وسلم- قال : «إِنَّهُ يُسْتَعْمَلُ عليكُمْ أُمَرَاءُ ، فَتعرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ ، فَمَنْ كَرِهَ فَقد بَرِئ ، وَمَن أَنْكَرَ فقد سَلِمَ، ولكن مَنْ رَضي وتَابَعَ» ، قالوا : أفَلا نُقَاتِلُهمْ ؟ قال : «لا ، مَا صَلُّوا».

Maksudnya: Daripada Ummu Salamah r.ha bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya akan memerintah kamu nanti pemerintah-pemerintah, maka (ada perbuatan mereka) yang kamu setujui dan ada yang kamu ingkar, maka sesiapa yang membenci (maksiat yang mereka lakukan) dia telah terlepas (daripada azab), sesiapa yang mengingkarinya dia selamat, tetapi sesiapa yang reda dan mengikut (maka dia termasuk orang yang bersubahat)”. Mereka (Sahabat) berkata: ‘Apa tidak patutkah kami memerangi mereka (pemerintah)?’ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi mereka bersolat”. [Hadis dikeluarkan: Muslim, Abu Daud, dan al-Tarmizi dan lafaz pada Muslim].

عوف بن مالك – رضي الله عنه – : قال : سمعتُ رسولَ الله -صلى الله عليه وسلم- يقول:«خِيَارُ أَئِمَّتِكُمْ : الذين تُحبُّونَهُمْ ويُحبونَكُمْ ، وَتُصَلُّونَ عليهم ، ويُصَلُّونَ عليكم ، وَشِرارُ أَئِمَّتِكُمُ : الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ ، وَيُبْغِضُونَكمْ ، وتَلْعَنُونَهُم ، وَيلْعَنُونَكم» قال : قُلنا : يا رسول الله ، أفَلا نُنابِذُهم [ عند ذلك ؟] ، قال : «لا ، ما أقاموا فيكم الصلاةَ ، لا ، ما أقاموا فيكم الصلاةَ ، ألا مَنْ وَلِيَ عليهِ وَالٍ ، فرآهُ يَأْتي شَيئا مِنْ مَعصيةِ اللهِ ، فليكره ما يأتي من معصية الله، ولا يَنْزِعَنَّ يَدا من طَاعَةٍ»

Maksudnya: Daripada Auf bin Malik r.a: Kata beliau: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu sukai mereka itu dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci mereka itu dan mereka membenci kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”. Berkata beliau (Auf): Kami berkata: ‘Wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka ketika itu?’ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan dalam kalangan kamu solat, tidak boleh selagi dia menegakkan dalam kalangan kamu solat, sesungguhnya sesiapa memerintah atasnya seorang pemerintah lalu dia melihatnya (pemerintah tersebut) melakukan sesuatu yang maksiat kepada Allah maka bencilah dia atas apa yang dia lakukan daripada maksiat kepada Allah namun jangan dia mencabut tangan daripada ketaatan”. [Hadis dikeluarkan: Muslim dan Ahmad].

عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – : قال : قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: «إِنَّها ستكُونُ بعدي أَثَرَةٌ ، وَأُمُورٌ تُنكِرُونَها» قالوا : يا رسولَ الله ، كيفَ تَأْمُرُ مَنْ أَدْرَكَ ذلك مِنّا؟ قال : «تُؤدُّونَ الحَقَّ الذي عليكم ، وتَسألُونَ اللهَ الذي لكم»

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Masud r.a kata beliau: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya akan berlaku selepasku nanti perkara yang sukar dan perkara-perkara yang kamu ingkari”. Kata mereka (Sahabat): ‘Apakah yang kamu perintahkan kepada sesiapa antara kami yang menjumpainya?’ Kata baginda: “Kamu tunaikan hak yang ada atas kamu (mentaati pemerintah dalam makruf) dan kamu mintalah hak kepunyaan kamu kepada Allah”. [Hadis dikeluarkan: Al-Bukhari, Muslim, dan al-Tarmizi].

Maksud أَثَرَةٌ   dalam hadis ini adalah kaum pemerintah yang akan melebihkan diri mereka dalam urusan harta dan sebagainya (memakan harta secara zalim). [Jami’ul Usul, Ibn al-Athir].

وائل بن حُجر – رضي الله عنه – :قال : سَألَ سَلَمَةُ بْنُ يَزِيدٍ الجُعفيُّ رسولَ الله -صلى الله عليه وسلم- قال : يا نَبيَّ اللهِ ، أرَأيتَ إنْ قَامَتْ علينا أُمرَاءُ يَسألُونَا حَقَّهم ، ويَمنعونَا حَقَّنا، فما تَأْمُرنا ؟ فأعْرَضَ عنه ، ثم سأله ، فَأعرَضَ عَنْه ، ثم سأله في الثانية – أو في الثَّالِثَةِ – فَجَذَبَهُ الأشعَثُ بنُ قَيسٍ ، فقال : «اسْمعوا وأطِيعُوا ، فإنَّما عليهم مَا حُمِّلُوا ، وعليكم ما حُمِّلْتُم»

Maksudnya: Daripada Wail bin Hujr r.a kata beliau: Telah bertanya Salamah bin Yazid al-Ju’fi r.a Rasulullah s.a.w kata beliau: ‘Wahai Nabi Allah, apakah pandanganmu jika nanti berdiri pada kami pemerintah-pemerintah yang meminta hak mereka (ketaatan dan baiah) dan menghalang hak kami (daripada keadilan dan bermuamalah dengan baik) maka apakah perintahmu?’ lalu baginda berpaling daripadanya kemudian dia bertanya lagi, maka baginda berpaling daripadanya, kemudian dia bertanya lagi pada kali yang kedua atau ketiga lalu ditarik oleh al-Asy’as bin Qais r.a lalu baginda Rasulullah s.a.w berkata: “Dengarlah dan taatlah kerana sesungguhnya atas mereka apa yang mereka dipertanggungjawabkan dan atas kamu apa yang kamu dipertanggungjawabkan”. [Hadis dikeluarkan: Muslim dan al-Tarmizi].

عن جنادة بن أبي أمية قال : دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض قلنا أصلحك الله حدث بحديث ينفعك الله به سمعته من النبي صلى الله عليه و سلم قال دعانا النبي صلى الله عليه و سلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Maksudnya: Daripada Junadah bin Abi Umayyah kata beliau: Kami masuk menemui Ubadah bin al-Somit r.a ketika beliau jatuh sakit, kami berkata: Semoga Allah memperelokkan keadaan kamu, sampaikan kepada kami hadis yang mudah-mudahan Allah manfaatkan untuk mu dengannya yang kamu dengar daripada Nabi s.a.w. Kata beliau (Ubadah): ‘Telah memanggil kami akan Nabi s.a.w maka kami membaiat baginda lalu berkata lagi: Antara apa yang baginda ambil baiat atas kami: Kami berbaiat untuk dengar dan taat (pada pemimpin) dalam keadaan rela dan paksa, susah dan senang, dan keadaan yang merugikan kami dan jangan kami mencabut urusan daripada empunyanya melainkan kamu melihat kufur yang jelas yang ada pada kamu daripada Allah bukti’. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari dan Muslim].

Semua hadis ini menunjukkan walaupun kita dilarang mengikut pemerintan dalam urusan maksiat namun hendaklah kita bersabar akan kezaliman mereka dan terus menasihati mereka serta tidak mengangkat pedang kepada mereka (yakni memberontak tidak kira apa bentuknya sekalipun).

عَنْ تَميمٍ الدَّاريِّ – رضي الله عنه – : أنَّ النَّبيَّ – صلى الله عليه وسلم – قال : (( الدِّينُ النَّصيحَةُ ثلاثاً )) ، قُلْنا : لِمَنْ يا رَسُولَ اللهِ ؟ قالَ : (( للهِ ولِكتابِهِ ولِرَسولِهِ ولأئمَّةِ المُسلِمِينَ وعامَّتِهم ))

Maksudnya: Daripada Tamim al-Dari r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Agama itu nasihat (sebanyak tiga kali)”,kami berkata: ‘Kepada siapa wahai Rasulullah ?’ Jawab baginda: “Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin, dan Umum mereka”. [Hadis dikeluarkan: Muslim].

Para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim ajma’in telah bersetuju untuk taat kepada pemerintah muslim selama mereka tidak melakukan kekufuran dan menjadi kufur kerana perlakuannya itu bahkan mereka menasihati pemimpin mereka dengan baik walaupun akan menyebabkan mereka terbunuh.

عن الزبير بن عدي قال : أتينا أنس بن مالك فشكونا إليه ما يلقون من الحجاج فقال اصبروا فإنه لا يأتي عليكم زمان إلا الذي بعده شر منه حتى تلقوا ربكم سمعته من نبيكم صلى الله عليه و سلم

Maksudnya: Daripada al-Zubair bin ‘Adi kata beliau: Kami datang berjumpa Anas bin Malik r.a maka kami mengadu kepada beliau berkenaan apa yang menimpa kami daripada al-Hajjaj lalu beliau berkata: “Bersabarlah, kerana sesungguhnya tidak akan datang atas kamu zaman kecuali selepasnya lebih buruk daripada sebelumnya sehingga kamu berjumpa Tuhan kamu, aku telah mendengar ini daripada Nabi kamu s.a.w”. [al-Bukhari].

عن سويد بن غفلة قال : قال لي عمر بن الخطاب رضي الله عنه : « لا أدري لعلك أن تخلف بعدي فأطع الإمام ، وإن أمر عليك عبد حبشي مجدع  ، وإن ظلمك فاصبر ، وإن حرمك فاصبر ، وإن دعاك إلى أمر ينقصك في دنياك فقل : سمعا وطاعة ، دمي دون ديني »

Maksudnya: Daripada Suwaid bin Ghaflah kata beliau: Berkata kepadaku Umar bin al-Khattab r.a: “Aku tidak tahu mudah-mudahan engkau akan hidup lagi selepasku, maka taatlah kepada pemerintah walaupun seorang hamba habsyi yang terpotong hidungnya dan jika dia menzalimi kamu sabarlah, jika dia menghalang hakmu maka sabarlah, jika dia memerintah kamu sesuatu yang merosakkan duniamu maka katakanlah: “Aku dengar dan taat, ambil lah darahku bukan agamaku”. [al-Syariah, al-Ajurri  1/82].

Imam al-Ajurri r.h menjelaskan maksud hadis ini adalah apabila pemerintah kamu tidak kira siapa dia asalkan seorang muslim melakukan kezaliman maka sabarlah, jangan kamu memberontak kepadanya dan jika dia menyuruh melakukan maksiat maka jangan kamu ikuti bahkan jika dia mengugut untuk membunuh kamu sekalipun maka mati itu lebih baik. [Ibid].

Maka di sini jelaslah bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah merupakan kaum pertengahan antara dua bidaah bagaikan susu yang mengalir antara darah dan tinja, pertengahan antara Murjiah yang taat membabi buta dan Khawarij yang memberontak tanpa mengira keadaan.

Ahlus Sunnah wal Jamaah berkeyakinan penuh bahawa pemerintah itu selagi dia muslim dan menegakkan syiar Islam yang utama seperti solat maka dia tidak boleh digulingkan dengan kekerasan. Jika dia menyuruh kepada maksiat hendaklah diinkari dan dinashati secara baik bukan dihunuskan pedang memberontak kepadanya.

Oleh itu, insaflah wahai kaum muslimin dan kembalilah kepada Sunnah Rasululullah s.a.w dan berhukumlah kamu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Taala kepada kamu. Janganlah kerana kamu ghairah untuk mendapatkan kuasa kamu sanggup memperkudakan Syariat Islam yang mulia ini.

Saya menyeru kepada mereka yang telah terlajak lisan menuduh Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagai Murjiah untuk segera bertaubat dan kembali lah kepada pangkuan kebenaran, janganlah mencari-cari kesalahan ‘alim untuk menolak kebenaran seorang Rasul Allah, al-Sodiq al-Masduq. Wallahua’lam.

 

Rujukan:

Jamiul Usul fi Ahadis al-Rasul, Ibn al-Athir

Zilalul Jannah fi Takrij al-Sunnah, Muhammad Nasir al-Din al-Albani

Al-Syariah, Abul Husain al-Ajurri.

AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH BUKAN MURJIAH

23 Jul

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah al-Firqah al-Najiah yang telah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabda baginda akan terus zahir di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat dan tiada sesiapa pun daripada kaum yang menyelisihi mereka dapat memudaratkan mereka:

عن المغيرة بن شعبة : عن النبي صلى الله عليه و سلم قال ( لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين حتى يأتيهم أمر الله وهم ظاهرون )

Maksudnya: “Daripada al-Mughirah bin Syu’bah daripada Nabi s.a.w sabda baginda: ‘Tidak akan lekang sekumpulan daripada Umat ini sehingga datang kepada mereka perintah Allah (yakni angin yang akan mematikan semua kaum mukmin sebelum kiamat) dan mereka masih lagi menegakkan kebenaran”. [al-Bukhari & Muslim].

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa antara 73 kumpulan Umat Islam, hanya Ahlus Sunnah wal Jamaah sahaja yang menuju ke syurga adapun baki 72 golongan lagi adalah puak sesat yang berada di atas jalan neraka:

معاوية بن أبي سفيان – رضي الله عنه – قال : قام فينا رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فقال: «ألا إنَّ مَن كان قبلكم من أهل الكتاب افترقوا على ثنتينِ وسبعينَ مِلَّة، وإن هذه الأمة ستفترق على ثلاث وسبعين، ثِنْتان وسبعون في النار، وواحدة في الجنة، وهي الجماعة»

Maksudnya: “Daripada Muawiyah bin Abi Sufiah r.hma kata beliau: ‘Rasulullah s.a.w berdiri dalam kalangan kamu seraya berkata: Sesungguhnya umat sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada 72 golongan dan Umat ini akan berpecah kepada 73 golongan, 72 golongan berada di neraka dan satu berada di syurga iaitulah al-Jamaah”. [Abu Daud, Ahmad, al-Darimi].

Hadis-hadis ini jelas menunjukkan kewajipan kita untuk mengikuti jalan Ahlus Sunnah wal Jamaah dan haram kita menyelisihi manhaj mereka dalam memahami nas-nas agama Islam yang suci ini. Maksud Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah para Sahabat Rasulullah s.a.w dan al-Salaf al-Soleh yang mengikuti jejak langkah Sahabat baginda dengan baik:

عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – : أَنَّ رسولَ الله -صلى الله عليه وسلم- قال : «خيرُ الناسِ قرني، ثم الذين يَلونهم ، ثم الذين يَلونهم ، ثم يجيء قوم تَسْبِقُ شهادةُ أحدهم يمينَهُ ، ويمينُهُ شهادتَه»

Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Masud r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik manusia adalah yang berada di zamanku kemudian yang datang selepas mereka kemudian yang datang selepas mereka kemudian akan datang kaum yang kesaksian mereka mendahului sumpah mereka dan sumpah mereka mendahului kesaksian mereka”. [al-Bukhari & Muslim].

Maksud mereka yang berada di zaman Nabi s.a.w adalah para Sahabat baginda dan yang mengikuti mereka adalah anak-anak murid Sahabat yang digelar al-Tabiin dan selepas itu adalah anak-anak murid Tabiin yang digelar Tabi’ Tabiin seperti Imam kita al-Syafii r.h.

Oleh itu, antara Usul Akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah yang perlu diikuti oleh semua Umat Islam dan menyalahinya merupakan penyalahan terhadap al-Quran dan al-Sunnah, Iman itu berlaku dengan perkataan dan amalan yakni perkataan hati dan lidah serta amalan hati dan anggota badan seluruhnya. [Syarah al-Aqidah al-Wasitiah, Khalil al-Harras, m.s 231].

Ahlus Sunnah wal Jamaah meyakini dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Iman itu adalah membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan lidah, dan beramal dengan aggota, bertambah dengan amalan ketaatan dan berkurang dengan melakukan maksiat. [Ibid].

Maksud Iman itu berlaku dengan perkataan hati adalah membenarkan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w daripada segala perkhabaran dan menerimanya dengan yakin tanpa syak dan ragu-ragu berdalilkan firman Allah Taala:

وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِ أُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

Maksudnya: “dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” [al-Zumar: 33].

Dan firman Allah Taala:

إنما المؤمنون الذين آمنوا بالله ورسوله ثم لم يرتابوا

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi…” [al-Hujurat: 15].

Maksud Iman itu perkataan lisan adalah mengucapkan dua kalimah Syahadah sebagaimana dalam firman Allah Taala:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” [al-Ahqaf: 13].

Adapun maksud Iman itu adalah amalan hati iaitulah seperti takut dan harap kepada Allah, cinta kepada Allah dan RasulNya sebagaimana dalam firman Allah Taala:

وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

Maksudnya: “sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah…” [al-Baqarah: 165].

Dan sabda Nabi s.a.w:

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين

Maksudnya: “Tidak beriman (secara sempurna) salah seorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dicintainya melebihi anaknya, ayahnya, dan manusia lain seluruhnya”. [al-Bukhari & Muslim].

Demikian juga Ahlis Sunnah wal Jamaah telah Ijmak bahawa amalan anggota badan adalah termasuk dalam nama Iman secara mutlak bukan sesuatu yang terpisah daripadanya berdalilkan beberapa banyak ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w antaranya firman Allah Taala:

الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (4)

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. merekalah orang-orang yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).” [al-Anfal: 3-4].

Dan sabda Nabi s.a.w:

الإيمانُ بِضْعٌ وسِتُّونَ ، أوْ بِضْعٌ وسبعون شُعْبَةً أفضلُها لا إله إلا الله ، وأدْناها إماطةُ الأذى عن الطريق ، والحياءُ شُعبةٌ من الإيمان

Maksudnya: “Iman itu mempunyai 60 lebih atau 70 lebih cabang yang paling tinggi cabangnya adalah ‘Lailahaillallah’ (Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah) dan yang paling rendah adalah membuang benda yang menyakitkan daripada jalanan dan malu itu satu cabang daripada Iman”. [al-Bukhari, Muslim, al-Tarmizi, al-Nasai, dan Ahmad].

Ahlis Sunnah wal Jamaah juga berkeyakinan penuh bahawa Iman itu boleh bertambah dan berkurang sesuai dengan amalan seseorang sebagaimana firman Allah Taala:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” [al-Anfal: 2].

Dan firman Allah Taala:

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ

Maksudnya: “(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada…” [al-Fath: 4].

Dan sabda Nabi s.a.w menunjukkan berlakunya kekurangan Iman:

لا يزني الزَاني حين يزني وهو مؤمن. ولا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن ، ولا يشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن

Maksudnya: “Tidak berzina seorang penzina dalam keadaan sempurna imannya, tidak mencuri si pencuri dalam keadaan dia beriman (secara sempurna),dan tidak minum arak si peminum arak dalam keadaan dia beriman (secara sempurna)”. [al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai].

Maka tidak sama antara iman orang yang soleh dengan iman orang yang fasiq, dan tidak sama iman orang yang berlumba-lumba beribadat dengan golongan mukmin yang beribadat sederhana.

Lafaz Iman ini jika tidak disertakan sekali dengan Islam maka ia menunjukkan kepada Agama Islam ini secara keseluruhannya namun apabila dibezakan seperti disebut “Iman dan Islam” maka Iman menunjukkan kepada amalan soleh yang berkaitan dengan hati dan Islam menunjukkan kepada amalan anggota dan lisan.

Apabila Ahlus Sunnah wal Jamaah menetapkan Iman itu adalah Iqrar dengan hati (Iktiqad), Ucapan lidah, dan Amalan anggota, maka Ahlus Sunnah wal Jamaah menetapkan Kufur yang berlawanan dengan Iman juga berlaku dengan Iktiqad, Ucapan Lisan, dan Amalan Anggota.

Apabila seseorang melakukan amalan atau mengucapkan ucapan yang mengandungi makna kufur dengan sengaja, tiada syubhat, tahu akan hukumnya, dan tanpa paksaan maka dihukumlah dia sebagai kafir misalnya seorang sujud pada kubur dengan sengaja maka dihukum kufur walaupun dia mengatakan dia tidak beriktiqad halal perbuatannya bahkan dia yakin perbuatan itu haram tetapi dilakukannya kerana main-main, lakonan, atau mengikut syahwat maka tetap dihukum kafir setelah pasti tiada halangan-halangan takfir yang disebutkan.

Dalil bagi perkara ini adalah Ijmak Ulama dan Syeikh ‘Alwi bin Abdul Qadir al-Saqqaf al-Salafi telah mendatangkan fatwa-fatwa Ulama Umat yang banyak sekali yang menyatakan mereka ijmak bahawa kufur itu berlaku dengan iktiqad, ucapan, dan amalan. [Lihat: al-Tawassut wal Iqtisad fi Annal Kufra Yakunu bil Qaul Awil ‘Amal Awil Iktiqad].

Adapun jika dosa yang dilakukannya itu selain Syirik dan Kufur maka dia dinamakan mukmin muslim yang derhaka, tidak dihukum kafir selama dia tidak menghalalkan perbuatannya seperti seorang meminum arak atau berzina maka dia tidak menjadi kafir selagi mana dia tidak beriktiqad perbuatannya itu halal, jika dia mengatakan perbuatannya itu halal maka dihukum dia kafir setelah pasti tiada padanya halangan takfir. [Syarah al-Aqidah al-Wasitiah, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Usaimin, Majmuk Fatawa wa Rasail Ibn al-Usaimin].

Dalil bahawa seorang mukmin tidaklah menjadi kafir dengan semata-mata melakukan dosa selain Syirik firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya…” [al-Baqarah: 178]

Allah Taala dalam ayat ini menyatakan bahawa si Pembunuh adalah saudara kepada yang dibunuhnya yakni saudara se-Islam dan se-Iman menunjukkan bahawa perbuatannya membunuh itu tidaklah mengeluarkannya langsung dari daerah Islam.

Demikian juga dalam hadis:

لا يزني الزَاني حين يزني وهو مؤمن. ولا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن ، ولا يشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن

Maksudnya: “Tidak berzina seorang penzina dalam keadaan sempurna imannya, tidak mencuri si pencuri dalam keadaan dia beriman (secara sempurna),dan tidak minum arak si peminum arak dalam keadaan dia beriman (secara sempurna)”. [al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai].

Rasulullah s.a.w tidak menafikan Iman secara keseluruhan pada pelaku maksiat itu tetapi hanya sewaktu dia melakukan dosa itu sahaja, maka ini menunjukkan bahawa dia masih dalam daerah Iman dan Islam tetapi yang dinafikan adalah kesempurnaan Iman.

Firman Allah Taala:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” [al-Nisaa: 48].

Jelas dalam ayat ini Allah Taala akan mengampunkan dosa-dosa selain syirik yakni kufur menunjukkan bahawa dosa-dosa selain Syirik tidak mengeluarkan seseorang daripada Iman dan Islam secara total. Antara dalil yang jelas juga dalam masalah ini adalah Syafaat Rasulullah s.a.w kepada pelaku dosa besar di mana mereka dikeluarkan daripada neraka.

Berdasarkan Usul ini, Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah berbeza dengan kaum Murjiah yang menyakan bahawa Iman adalah Iqrar di dalam hati sahaja dan ini adalah zahir fasad kerana Firaun berikrar dalam hati kewujudan dan keesaan Allah Taala sepertimana firman Allah Taala:

وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya: “dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. oleh itu, lihatlah Bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.” [al-Naml: 14]

Ayat ini menjelaskan bahawa Firaun dan kaumnya apabila melihat Mukjizat Nabi Musa a.s dan dakwah baginda mereka yakin dalam hati ianya benar daripada Allah Taala dan Musa a.s dan Harun a.s adalah Rasul Allah namun mereka ingkar untuk tunduk dan patuh dengan lidah dan anggota badan mereka lalu mereka menjadi kaum yang sangat kafir. [Rujuk Tafsir Ibn Kasir, Tafsir al-Tabari, dll].

Demikian juga Ahlus Sunnah wal Jamaah bukanlah Murjiah Jahmiah yang menyatakan bahawa Iman itu adalah mengenal Allah Taala semata-mata kerana Iblis Laknatullahi ‘Alaih amat kenal akan Tuhannya sepertimana firman Allah menceritakan perkataan Iblis:

قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Maksudnya: “Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) “. [Sod: 79].

Demikian juga Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak menerima perkataan Murjiah al-Fuqaha’ bahawa Iman itu adalah Iqrar dalam hati dan mengucapkan dengan lidah dan di sisi sebahagian mereka mengucapkan dengan lidah ini adalah syarat untuk dilaksanakan hukum zahir atasnya sahaja. Mereka tidak memasukkan Amalan Anggota dan lisan ke dalam nama iman dan ini menjadikan seseorang itu tidak akan menjadi kufur kecuali dengan iktiqad, jika dia menyembah berhala sekalipun jika hatinya tidak menghalalkan perbuatannya maka tidak menjadi kafir di sisi kelompok ini.

Ini adalah bertentangan dengan Ijmak Ahlus Sunnah wal Jamaah dan berlawanan dengan nas-nas yang sahih bahawa Iman itu termasuk amalan dan bertambah serta berkurang sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.

Berkata Sahl bin al-Mutawakkil r.h:

أدركت ألف أستاذ أو أكثر ، كلهم يقول : الإيمان قول وعمل ، يزيد وينقص

Maksudnya: “Aku menjumpai 1000 ustaz (Ulama) atau lebih semuanya mengatakan Iman itu perkataan dan amalan, bertambah dan berkurang”. [Syarah Usul Iktiqad, al-Lalikaie, 4/348].

Antara perkataan Sahabat yang menunjukkan Iman itu termasuk amalan adalah:

عن الأسود بن هلال ، قال : كان معاذ بن جبل يقول لرجل : « اجلس بنا نؤمن نذكر الله »

Maksudnya: Daripada al-Aswad bin Hilal katanya: Adalah Muaz bin Jabal r.a berkata kepada seorang lelaki: “Duduklah dengan kami kita beriman dengan mengingati Allah”. [Ibid, 4/301].

عن أبي الدرداء ، قال : « الإيمان يزيد وينقص »

Maksudnya: “Daripada Abul Darda’ kata beliau: ‘Iman itu bertambah dan berkurang’.” [Ibid, 4/306].

Namun, perlu diketahui bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah apabila memasukkan amal ke dalam penamaan Iman maka amalan itu adalah cabang daripada Iman, bukan asal iman oleh kerana itu mereka tidak mengkafirkan pelaku dosa-dosa besar apatah lagi dosa-dosa kecil selagi tidak melakukan amalan syirik atau menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal.

Berkata al-Imam Ibn Mandah r.h:

وقال أهل الجماعة: الإيمان هو الطاعات كلها بالقلب واللسان وسائر الجوارح غير أن له أصلا وفرعا . فأصله المعرفة بالله والتصديق له وبه وبما جاء من عنده بالقلب واللسان مع الخضوع له والحب له والخوف منه والتعظيم له ,مع ترك التكبر والاستنكاف والمعاندة ,فإذا أتى بهذا الأصل فقد دخل في الإيمان ولزمه اسمه وأحكامه ,ولا يكون مستكملا له حتى يأتي بفرعه وفرعه المفترض عليه أو الفرائض واجتناب المحارم ,وقد جاء الخبر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: ( الإيمان بضع وسبعون أو ستون شعبة أفضلها شهادة أن لا إله إلا الله وأدناها إماطة الأذى عن الطريق والحياء شعبة من الإيمان ). فجعل الإيمان شعبا بعضها باللسان والشفتين ,وبعضها بالقلب ,وبعضها بسائر الجوارح “

Maksudnya: “dan berkata Ahlul Jamaah (Ahlussunnah wal Jamaah): Iman itu adalah ketaatan keseluruhannya sama ada dengan hati, lidah, dan anggota seluruhnya tetapi ia mempunyai asal dan cabang. Maka asalnya adalah mengenali Allah dan membenarkanNya dan apa yang datang daripadaNya dengan hati dan lidah beserta merendah diri kepadaNya, cinta kepadaNya, takut kepadaNya, dan membesarkanNya beserta meninggalkan sikap Takabbur dan melawan. Apabila seseorang melakukan perkara ini maka dia telah masuk ke dalam Iman dan lazim baginya nama Iman (Mukmin) dan hukum-hakamnya dan tidak akan sempurna sehingga dia melaksanakan cabangnya dan cabangnya itu adalah kewajipan yang diperintahkan atasnya atau amalan-amalan fardu dan menjauhi perkara-perkara haram dan telah datang khabar daripada Nabi s.a.w bahawa baginda bersabda: “Iman itu 70 atau 60 lebih cabang, yang paling tinggi adalah Syahadah Lailahaillallah dan yang paling rendah membuang benda yang menyakitkan di jalan dan malu itu satu cabang Iman”. Maka baginda menjadikan Iman itu mempunyai bahagian-bahagian sebahagiannya berlaku dengan lidah dan dua bibir, sebahagian lagi dengan hati, dan sebahagian lagi dengan seluruh anggota”. [al-Iman li Ibn Mandah, Bab Pada Menayatakn Perbezaan Mazhab Manusia dalam Menaytakan Iman Apakah Ia?].

Berkata Syeikh Rabee bin  Hadi al-Madkhali hafizahullah:

بيَّن الإمام ابن منده عقيدة أهل السنة والجماعة في الإيمان وأنه أصل وفرع وبيَّن أن أصل الإيمان محله القلب وأنه يكون بأمور منها:

المعرفة بالله والتصديق لله و به وبما جاء من عنده بالقلب واللسان مع الخضوع والحب والخوف والتعظيم الخ . وذكر أنه لا يستكمله العبد إلا إذا أتى بفروعه المفروضة عليه مع اجتناب المحارم واستدل على ذلك بحديث شعب الإيمان .

Maksudnya: “al-Imam Ibn Mandah menjelaskan bahawa Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam bab Iman bahawa ia mempunyai asal dan cabang dan menjelaskan bahawa asal Iman adalah tempatnya di hati dan ia berlaku dengan beberapa perkara: (pertama) Mengenal Allah dan membenarkan Allah dan denganNya dan dengan apa yang datang daripadaNya dengan hati dan lidah beserta merendah diri, cinta, takut, membesarkan dan seterusnya. Beliau menyatakan bahawa tidak sempurna Iman hamba kecuali dia melakukan cabang-cabangnya yang diwajibkan ke atasnya beserta meninggalkan perkara haram dan beliau berdalilkan dengan hadis Syu’abul Iman”. [Hal Yajuz an Yurma bil Irja’, Muallafat Syeikh Rabee, Maktabah Syamilah].

Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h:

والدين القائم بالقلب من الإيمان علمًا وحالًا هو الأصل، والأعمال الظاهرة هي الفروع، وهي كمال الإيمان .

Maksudnya: “Dan agama (Iman) yang tertegak dengan hati secara ilmu dan hal adalah asal manakala amalan-amalan zahir adalah cabang-cabang dan ia adalah kesempurnaan Iman”.[Majmuk al-Fatawa, 10/355].

Dalam riwayat yang sahih menyatakan:

وَكَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى الْأَمْصَارِ: أَمَّا بَعْدُ, فَإِنَّ الْإِيمَانَ فَرَائِضُ وَشَرَائِعُ, فَمَنِ اسْتَكْمَلَهَا اسْتَكْمَلَ الْإِيمَانَ, وَمَنْ لَمْ يَسْتَكْمِلْهَا لَمْ يَسْتَكْمِلِ الْإِيمَانَ

Maksudnya: “Dan telah menulis Umar bin Abdul Aziz kepada Amsar (Bandar-bandar besar Islam): ‘Adapun selepas itu, maka sesungguhnya Iman itu adalah perkara-perkara fardu dan syariat-syariat, maka sesiapa yang menyempurnakannya maka telah sempurna imannya dan sesiapa yang tidak menyempurnakannya tidaklah sempurna Iman”. [al-Bukhari, al-Iman li Ibn Abi Syaibah].

Jelas dalam kenyataan Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.h dan beliau merupakan Kibar al-Tabiin amalan itu merupakan kesempurnaan Iman bukan asal Iman sehingga jika seseorang meninggalkan kewajipan tidak batal Imannya tetapi menjadi cacat dan kurang.

Oleh itu, walaupun Ahlus Sunnah wal Jamaah memasukkan amal ke dalam nama Iman, mereka tidak mengkafirkan pelaku dosa besar selain Syirik dan Kufur Besar, berbeza dengan Khawarij dan Muktazilah yang memasukkan Amal ke dalam Asal Iman bukan kesempurnaan Iman lalu mereka mengkafirkan pelaku dosa besar. [Syarah al-Aqidah al-Wasitiah, al-Usaimin].

Kaum Khawarij yang tidak memahami hal ini menamakan Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagai Murjiah kerana mereka menyangka Ahlus Sunnah apabila tidak mengkafirkan pelaku dosa besar mereka sama seperti Murjiah yang tidak memasukkan Amal ke dalam penamaan Iman.

Ini adalah tuduhan yang palsu dan tidak berasas sama sekali kerana Murjiah tidak memasukkan amal ke dalam penamaan Iman dan tidak juga memasukkan Amal sebagai kesempurnaan Iman bahkan menurut mereka Iman itu cukuplah Iqrar dengan hati dan lisan bahkan sebahagian mereka menyatakan bahawa ucapan lisan itu hanyalah syarat kesempurnaan maka Abu Talib di sisi mereka mukmin sempurna Iman-Nauzubillah min zalik-. [Ini adalah akidah Murjiah al-Asyairah dan al-Maturidiah, lihat: Tabsit al-Aqaid, Hasan Ayyub, m.s 16-17].

Apa yang lebih menghairankan lagi, para pengekor Khawarij Moden menuduh Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagai Murjiah semata-mata kerana mereka tidak mahu memberontak kepada pemerintah yang menurut mereka telah melakukan kezaliman dan kefasiqan kerana dengan itu Ahlus Sunnah wal Jamaah dikatakan tidak memandang dosa memudaratkan Iman!

Subhanallah, Ahlus Sunnah wal Jamaah sentiasa melihat dosa memudaratkan Iman dan menjejaskan kesempurnaan Iman namun semata-mata dosa tidak menjadikan seseorang muslim itu kafir sehingga perlu ditumpahkan darahnya atau dihukum dengan kekerasan, bahkan mengubah kemungkaran itu hendaklah sesuai dengan mungkar itu sendiri dan tidak membawa kepada kemungkaran yang lebih besar.

Ishaq bin Hanbal meriwayatkan: bahawa ketika di zaman al-Wasiq Billah para Fuqaha’ Baghdad telah berkumpul berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal r.h mereka mengadu berkenaan berleluasanya dakyah al-Quran itu Makhluk lalu Imam Ahmad bertanya: ‘Maka apakah yang kamu hendak?’ Jawab mereka: ‘Kami ingin berbincang dengan kamu supaya kita tidak meredainya sebagai pemerintah dan tidak mengiktiraf kekuasaannya’. Jawab Imam Ahmad: ‘Wajib ke atas kamu mengingkarinya dengan hati kamu dan janganlah kamu mencabut tangan daripada taat (baiah) dan janganlah kamu pecah belahkan kesatuan kaum muslimin dan janganlah kamu tumpahkan darah kamu dan darah kaum muslimin bersama kamu, lihatlah apakah kesan daripada tindakan yang akan kamu ambil dan bersabarlah sehingga orang yang baik mendapat kerehatan (daripada kejahatan kaum zalim) atau direhatkan kejahatan itu daripada yang zalim”. [al-Masail wal Rasail al-Marwiah ‘An Imam Ahmad fil Aqidah, 2/4-5].

Imam al-Hasan al-Rib’ie r.h berkata: “Berkata kepadaku Ahmad: “dan hendaklah bersabar di bawah pemerintahan pemimpin daripada apa yang ada sama ada keadilan mahupun kezaliman dan janganlah kamu menentang pemerintah dengan pedang walaupun mereka zalim”. [Ibid, m.s 5].

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal r.h lagi: “maka jika Sultan menyuruh kamu dengan suatu perintah yang mengandungi maksiat kepada Allah Azza wa Jalla maka tidak boleh sama sekali engkau mentaati perintah itu dan tidak boleh juga engkau memberontak kepadanya dan jangan pula engkau halang haknya”. [Ibid, m.s 6].

Jelas daripada perkataan Imam Ahmad bin Hanbal r.h ini Ahlus Sunnah wal Jamaah bukanlah meredai kezaliman atau kefasiqan pemerintah apabila mereka enggan mengangkat senjata memberontak sehingga dituduh Murjiah bahkan Ahlus Sunnah wal Jamaah terkenal sepanjang sejarah mereka berhadapan dengan pemimpin yang zalim dan fasiq.

Imam Malik bin Anas r.h disiksa sehingga tercabut bahunya kerana menentang kezaliman pemerintah dengan bersemuka dan menasihatinya namun Imam Malik r.h yang mempunyai pengikut daripada Afrika sehingga ke Jazirah Arab itu tidak pernah menyeru anak-anak muridnya bahkan penduduk Madinah yang telah menobatkannya sebagai Imam Ahli Madinah untuk memberontak kepada penguasa yang zalim tadi.

Imam Ahmad bin Hanbal r.h berhadapan dengan Khalifah yang bukan sekadar Fasiq bahkan pelaku bidaah dan bidaah yang dilakukan Khalifah ketika itu bukanlah ringan bahkan bidaah yang boleh menyebabkan kufur iaitulah mengatakan Al-Quran Makhluk, namun jelas kita lihat pendirian Imam Ahmad bin Hanbal r.h sebagaimana yang kita telah sebutkan kerana semata-mata terjebak dalam benda kufur tidaklah automatik menjadikan pelakunya kufur.

Bersabar di atas ujian Allah Taala dan cubaanNya sama ada dalam bentuk bencana alam, kematian orang yang disayangi, penyakit, kekayaan, kemiskinan, dan kezaliman pemerintah bukanlah sesuatu yang dicela bahkan ia dipuji syarak dan ini tiada kaitan langsung dengan Irja’ Iktiqad yang dicela Salaf bahkan inilah pendirian yang selamat dalam keadaan fitnah sehingga berapa ramai Sahabat ridwanullahi alaihim menjauhi fitnah yang berlaku antara Saidina Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a antara mereka itu adalah Saidina Abdullah bin Umar r.hma.

Apa yang jelas pada pandangan saya-wallahua’lam- mereka yang menuduh Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagai Murjiah kerana enggan memberontak adalah semata-mata kerana mereka melihat amalan itu sebagai asal iman dan pemerintah yang melakukan maksiat menjadi kafir serta merta dan wajib ditumpahkan darah kerana tanpa melihat akibat buruk yang akan menimpa umum kaum muslimin.

Akhir kata, saya menyeru kepada saudara-saudara saya yang terjebak dalam kesalahan ini terutama yang bergiat di laman web al-Fikrah.Net supaya segera kembali kepada kebenaran dan insaflah, ukurlah sesuatu perkara dengan al-Quran dan al-Sunnah yang sesuai dengan Manhaj al-Salaf al-Soleh ridwanullahi alaihim ajma’in. Wallahu A’la wa A’lam.

 

RUJUKAN:

MA’ARIJUL QABUL FI SYARHI SULLAMIL WUSUL, SEYIKH HAFIZ BIN AHMAD AL-HAKAMI

MUKHTASAR MA’ARIJUL QABUL, HISYAM BIN ABDUL QADIR AL AQDAH

AL-SYARIAH, IMAM ABU BAKR MUHAMMAD BIN AL-HUSAIN AL-AJURRY

AL-IMAN, AL-HAFIZ IBN MANDAH

TA’ZIM QADRI AL-SOLAH, MUHAMMAD BIN NASR AL-MAWARZI

AL-TAWASSUT WAL IQTISAD FI ANNAL KUFRA YAKUNU BIL QAUL AWIL AMALI AWIL I’TIQAD, ALWI ABDUL QADIR AL-SAQQAF

MAJMUK FATAWA IBN TAIMIAH: KITAB AL-IMAN AL-AKBAR, KITAB AL-IMAN AL-AWSAT, FASL AL-AMRU WAN NAHYU MASYRUT BIL MUMKIN MINAL ILMI WAL QUDRAH

SYARAH AL-AQIDAH AL-WASITIAH, MAJMUK FATWA WA RASAIL IBN AL-USAIMIN

SYARAH AL-AQIDAH AL-WASITIAH, SYEIKH KHALIL HARRAS

TAUDIH AL-AQIDAH AL-TAHAWIAH MIN KALAM SYEIKHIL ISLAM IBN TAIMIAH, SAID BIN SYA’I AL MUSA

HAL YAJUZ AN YURMA BIL IRJA’ MAN YAQUL INNAL IMAN ASL WAL AMAL KAMAL?, SYEIKH RABEE BIN HADI BIN UMAIR AL-MADKHALI

AL-MASAIL WAL RASAIL AL-MARWIAH AN IMAM AHMAD FIL AQIDAH JIL. 2, ABDUL ILAH BIN SALMAN AL-AHMADI

AQWALUL TABIIN FI MASAIL AL-TAUHID WAL IMAN, JIL.3, ABDUL AZIZ AL-MUBDIL

SYARAH USUL IKTIQAD AHLIS SUNNAH WAL JAMAAH, IMAM AL-LALIKAIE