Tag Archives: sufi

MATI DALAM KEADAAN SYIRIK NAMUN JAHIL IANYA SYIRIK: FATWA IBN BAZ RH.

3 Okt

SOALAN:

ما حكم من مات على الشرك وهو لا يعلم أنه من الشرك؟

Maksudnya: “Apakah hukum orang yang mati dalam keadaan syirik sedangkan dia tidak bahawa perbuatannya itu syirik?”

JAWAPAN:

من مات على الشرك فهو على خطر عظيم لقول الله سبحانه: {وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ}

Maksudnya: “Barangsiapa yang mati di atas Syirik maka dia berada dalam bahaya yang besar kerana firman ALLAH subhanah (maksudnya): “dan jikalau mereka melakukan Syirik akan gugurlah daripada mereka segala apa yang mereka kerjakan (daripada amalan soleh)”. [al-An’am: 88]

وقال تعالى: {مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ}

Maksudnya: “Dan firman ALLAH Ta’ala: “Tidak patut bagi kaum Musyrikin itu untuk mengimarahkan Masjid-masjid ALLAH sedangkan mereka menyaksikan diri mereka berada atas kekufuran mereka itulah orang-orang yang terhapus amalan mereka dan kekal di dalam neraka”. [al-Taubah: 17].

وقال تعالى: {وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا}

Maksudnya: “dan Firman ALLAH Ta’ala: “dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikannya terbuang sebagai debu yang berterbangan.” [al-Furqan: 23].

وقال سبحانه: {إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ}

Maksudnya: “dan firmanNya subhanah: “Sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan dosa Syirik terhadapNya namun Dia mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki”. [al-Nisaa: 48]

فهذا وعيدهم ومصيرهم كسائر الكفرة الكفر الأكبر، وحكمهم في الدنيا أنهم لا يغسلون ولا يصلى عليهم ولا يدفنون في مقابر المسلمين

Maksudnya: “Maka ini adalah ancaman terhadap mereka dan tempat kembali mereka adalah seperti kaum kafir yang lain yang melakukan Kufur Akbar, sedangkan hukum mereka di dunia bahawa mereka tidak dimandikan, tidak disolatkan, tidak ditanam di perkuburan kaum muslimin”.

أما إن كان أحد منهم لم تبلغه الدعوة- أعني القرآن والسنة- فهذا أمره إلى الله سبحانه يوم القيامة كسائر أهل الفترة، والأرجح عند أهل العلم في ذلك في حكمهم أنهم يمتحنون يوم القيامة، فمن أجاب دخل الجنة ومن عصى دخل النار.

Maksudnya: “Adapun jika ada antara mereka itu tidak sampai kepadanya Dakwah yakni tidak sampai kepadanya al-Quran dan al-Sunnah maka urusannya diserahkan kepada ALLAH subhanah pada hari kiamat seperti Ahli Fatrah yang lain, dan yang terkuat di sisi Ahli Ilmu bahawa hukum mereka bahawa mereka itu akan diuji pada hari kiamat, barangsiapa yang menyahut ujian itu akan masuk ke syurga sedangkan sesiapa yang ingkar akan masuk neraka”.

وقد بسط الكلام في ذلك العلامة ابن القيم رحمه الله في آخر كتابه ” في طريق الهجرتين “. حيث قال: ” (المذهب الثامن) أنهم يمتحنون في عرصات القيامة ويرسل إليهم هناك رسول الله وإلى كل من لم تبلغه الدعوه فمن أطاع الرسول دخل الجنة ومن عصاه أدخله النار، وعلى هذا فيكون بعضهم في الجنة وبعضهم في النار، وبهذا يتألف شمل الأدلة كلها “.

Maksudnya: “dan al-‘Allamah Ibn al-Qayyim r.h telah membahaskan secara panjang lebar berkenaannya di akhir kitab beliau “Tariq al-Hijratain” di mana kata beliau: “Mazhab yang ke-8: bahawa mereka itu diuji di hari kiamat dan diutuskan di sana kepada mereka Rasulullah dan kepada semua yang tidak sampai kepadanya dakwah maka barangsiapa yang mentaati Rasul akan masuk ke syurga adapun yang ingkar akan dimasukkan ke neraka, maka atas pendapat ini sebahagian mereka (Ahli Fatrah) akan masuk ke syurga dan sebahagian yang lain masuk ke neraka, dengan ini terhimpunlah semua dalil”.

أما إن كان أحد منهم عنده جهل فيما وقع فيه من الشرك فأمره إلى الله جل وعلا، والحكم على الظاهر، فمن كان ظاهره الشرك حكمه حكم المشركين وأمره إلى الله جل وعلا الذي يعلم كل شيء سبحانه وتعالى.

Maksudnya: “Adapun jika seseorang daripada mereka itu terdapat padanya kejahilan dalam apa yang dia terjebak melakukannya daripada Syirik maka urusannya diserahkan kepada ALLAH jalla wa ‘ala, namun hukum (di dunia) berdasarkan zahir, maka barangsiapa yang zahirnya Syirik maka hukumnya hukum Musyrikin sedangkan urusannya (di akhirat) diserahkan kepada ALLAH jalla wa ‘ala yang mengetahui semua perkara subhanahu wa ta’ala”.

FATWA SAMAHAH AL-SYEIKH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ, MANTAN MUFTI ‘AM KERAJAAN ARAB SAUDI, jil 9, hal. 40 & 41

TIDAK ADA UZUR KERANA JAHIL DALAM MASALAH USUL IMAN

2 Okt

SOALAN:

هنا شخص عبد غير الله أو دعا غير الله أو ذبح لشيخ كما يحدث في مصر، فهل يعذر بجهله أم لا يعذر بجهل؟ وإذا كان لا عذر بجهل فما الرد على قصة ذات أنواط؟ أفتونا مأجورين.

Maksudnya: “di sini adalah individu yang menyembah selain ALLAH atau menyeru selain ALLAH atau menyembelih kerana Syaikh seperti yang berlaku di Mesir, maka adakah diberi uzur kerana jahil atau pun tidak diberi uzur kerana jahil? Jika tidak diberi uzur kerana jahil apakah jawapan balas atas Kisah Zat al-Anwat? Fatwakan kepada kami semoga kamu diberi ganjaran oleh ALLAH”.

JAWAPAN:

لا يعذر المكلف بعبادته غير الله أو تقربه بالذبائح لغير الله أو نذره لغير الله ونحو ذلك من العبادات التي هي من اختصاص الله إلا إذا كان في بلاد غير إسلامية ولم تبلغه الدعوة؛ فيعذر لعدم البلاغ لا لمجرد الجهل

Maksudnya: “Tidak diberi keuzuran kepada Mukallaf dalam perbuatannya menyembah selain ALLAH atau dengan taqarrubnya menyembelih sembelihan untuk selain ALLAH atau nazarnya kepada selain ALLAH dan seumapama perkara ini daripada ibadat-ibadat yang menjadi kekhususan untuk ALLAH melainkan jika dia berada di negeri bukan Islam sedangkan tidak sampai padanya dakwah; maka dia diberi uzur kerana tidak sampai dakwah bukan kerana semata-mata jahil”.

لما رواه مسلم عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: «والذي نفس محمد بيده لا يسمع بي أحد من هذه الأمة يهودي ولا نصراني ثم يموت ولم يؤمن بالذي أرسلت به إلا كان من أصحاب النار »

Maksudnya: “Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: “Demi Dia yang jiwa Muhammad berada pada tanganNya tidaklah ada seorang pun daripada umat ini sama ada Yahudi atau Nasrani yang mendengar berkenaanku (berkenaan perutusan baginda sebagai Rasul) kemudian dia mati dalam keadaan tidak beriman dengan apa yang aku diutuskan dengannya melainkan dia termasuk Ahli Neraka”.

فلم يعذر النبي صلى الله عليه وسلم من سمع به، ومن يعيش في بلاد إسلامية قد سمع بالرسول صلى الله عليه وسلم فلا يعذر في أصول الإيمان بجهله.

Maksudnya: “Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak member uzur bagi sesiapa yang mendengar berkenaan baginda, sedangkan orang yang tinggal di negeri Islam itu sudah pasti mendengar berkenaan Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam maka tidak diberi uzur dalam masalah usul-usul Iman kerana kejahilannya”.

أما من طلبوا من النبي صلى الله عليه وسلم أن يجعل لهم ذات أنواط يعلقون بها أسلحتهم، فهؤلاء كانوا حديثي عهد بكفر، وقد طلبوا فقط ولم يفعلوا؛ فكان ما حصل منهم مخالفا للشرع، وقد أنكره عليهم النبي صلى الله عليه وسلم فلم يفعلوه.

Maksudnya: “Adapun mereka yang memohon Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membuat untuk mereka Zat al-Anwat supaya mereka boleh menggantung padanya senjata mereka (dengan tujuan ambil berkat) maka mereka ini adalah orang-orang yang masih baharu meninggalkan kekufuran (baharu memeluk Islam pada Fathu Makkah) dan mereka sekadar meminta sahaja dan mereka tidak melakukannya; maka apa yang berlaku daripada mereka itu menyalahi syarak dan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengingkari permintaan mereka lalu mereka tidak melakukannya”.

وبالله التوفيق. وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم.

Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi

Ketua: Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Timbalan Ketua: Abdul Razzaq ‘Afifi

Anggota: Abdullah bin Ghudyan, Abdullah bin Qu’ud

FATWA NO. 4144

JAMAAH TABLIGH

21 Okt

SOALAN:

Saya ada membaca beberapa fatwa oleh pihak Samahah Tuan (Mufti) di mana anda menggalakkan para penuntut ilmu untuk keluar bersama Jamaah Tabligh, segala puji bagi ALLAH kami telah keluar bersama mereka dan kami mendapat banyak faedah akan tetapi wahai Syaikh ku yang utama, saya mendapati terdapat amalan-amalan (yang dilakukan oleh mereka) tidak terdapat dalam Kitab ALLAH dan Sunnah Rasul sallallahu ‘alai wa sallam seperti:

1- Membuat halaqah dalam masjid yang terdiri dari dua orang atau lebih kemudian saling mengingati 10 surah terakhir daripada al-Quran dan berterusan melakukannya dengan cara ini setiap kali kami keluar padanya.

2- Iktikaf pada hari Khamis secara berterusan.

3- Menghadkan hari-hari tertentu untuk keluar iaitu: 3 hari dalam sebulan, 40 hari dalam setahun, dan 4 bulan dalam seumur hidup.

4- Membaca Doa beramai-ramai secara berterusan setiap kali selepas Bayan.

Maka bagaimanakah wahai Syaikh ku yang utama, jika saya keluar bersama Jamaah ini saya perlu melakukan amalan-amalan ini sedangkan ianya tidak warid dalam Kitab ALLAH dan tidak pula dalam Sunnah Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam? Dalam keadaan diketahui wahai Syaikh ku yang utama bahawa sukar untuk mengubah manhaj (mereka) ini dan ini adalah cara mereka maka kami berharap diberi penjelasan.

JAWAPAN:

Apa yang anda sebutkan berkenaan amalan-amalan Jamaah ini semuanya adalah BIDAAH maka TIDAK BOLEH menyertai mereka sehinggalah mereka melazimi Manhaj al-Kitab dan al-Sunnah dan meninggalkan bidaah-bidaah dalam perkataan-perkataan mereka, amalan-amalan mereka, dan akidah mereka.

وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.

Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi.

Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz – Ketua

Abdullah bin Ghudian – Ahli

Soleh al-Fauzan – Ahli

Abdul Aziz Al Syeikh – Ahli

Bakr Abu Zaid – Ahli

[Sumber: Fatwa Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi, Majmu’ah (Himpunan) Kedua, Jil 2, m.s 45-46, No. Fatwa: 17776].

ARASY-NYA DI ATAS AIR

11 Apr

Firman Allah Azza wa Jalla:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ (7)

Maksudnya: “dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang “ArasyNya, berada di atas air (ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya. dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) berkata: “Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati” tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: “Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)”.[Surah Hud: 7].

Penjelasan:

Ayat yang mulia ini menjelaskan kepada kita berkenaan permulaan penciptaan langit-langit dan bumi yang dicipta oleh Allah Azza wa Jalla dalam enam hari sedangkan ketika itu ArasyNya berada di atas air.

Allah s.w.t juga menjelaskan bahawa tujuan diciptakan alam ini adalah untuk menguji hamba-hambaNya siapakah di antara mereka yang paling elok amalannya.[1]

Ini menunjukkan bahawa ciptaan Allah itu adalah dengan hikmah kerana huruf ‘Lam’ pada: لِيَبْلُوَكُمْ  adalah huruf taklil menunjukkan kepada ‘illah.[2]

Allah Taala kemudian menjelaskan bahawa kaum kafir itu jika diberitahu kepada mereka bahawa mereka akan dihidupkan semula setelah mati mereka akan mengingkarinya dan menyatakan ianya adalah sihir sahaja.

Namun, keingkaran mereka ini merupakan cermin kebodohan diri mereka sendiri kerana mereka mengingkari Allah akan menghidupkan semula mereka namun dalam masa yang sama mereka mengakui bahawa Allah s.w.t adalah satu-satunya Tuhan yang mencipta alam ini daripada ‘adam mahd’ (ketiadaan mutlak) sebagaimana firman Allah s.w.t:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ

Maksudnya: “dan Sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”..”[al-Ankabut: 61].

Sedangkan memulakan ciptaan jika dibandingkan dengan mengulang ciptaan, maka mengulang ciptaan itu lebih mudah pada qudrah.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Rum ayat ke-27:

وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ

Maksudnya: ”dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah baginya…”[3]

Imam al-Tabari rahimahullah menyatakan ayat ini membawa makna istifham menempelak kaum kafir, yakni adakah setelah jelas Allah Taala yang mencipta langit-langit dan bumi kamu masih lagi menyatakan Dia lemah untuk menghidupkan semula makhklukNya yang telah Dia matikan?[4]

Oleh itu, dalil kewujudan dan kekuasaan Allah Taala atas alam ini amat jelas dan nyata sehingga tidak diberi keuzuran orang yang mengingkarinya kerana jahil. Bahkan mereka yang ragu-ragu terhadap kekuasaan Allah Taala menghidupkan  semula alam ini setelah musnah merupakan kekufuran yang jelas sebagaimana firman Allah:

وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً وَلَئِنْ رُدِدْتُ إِلَى رَبِّي لَأَجِدَنَّ خَيْرًا مِنْهَا مُنْقَلَبًا (36) قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلًا (37)

Maksudnya: “dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini. berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: “Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?”[al-Kahfi: 36 & 37].

Maka lebih pantas orang yang lansung mengingkari kewujudan hidup setelah mati dihukum kafir.

Persoalan:

Pertama: Penciptaan Alam dalam Enam Hari

Terdapat lebih kurang tujuh ayat menjelaskan bahawa Allah s.w.t menciptakan langit-langit dan bumi serta isinya dalam masa enam hari.

Antaranya firman Allah s.w.t:

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa…”[al-A’raf: 54].

Dalam surah Fussilat ayat 9 sehingga 12 Allah s.w.t menjelaskan perincian penciptaan tersebut:

قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ (9) وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ (10) ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ (11) فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (12)

Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam, dan ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta ia melimpahkan berkat padanya, dan ia menentukan ada padanya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) Dalam empat masa.kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: “Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!” keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela”lalu ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui.”

Allah s.w.t memperincikan dalam ayat ini penciptaan langit-langit dan bumi sebagai berikut:

“Penciptaan dimulakan dengan bumi dalam masa dua hari iaitu Ahad dan Isnin, kemudian pemakmuran bumi dilakukan dalam masa empat hari yakni bermula pada Ahad sehingga Rabu, kemudian penciptaan langit dalam masa dua hari pula iaitu Khamis dan Jumaat. Demikianlah tempoh enam hari yang dinyatakan oleh Allah s.w.t”.[5]

Telah sabit pula daripada Mujahid dan Ikrimah bahawa permulaan kejadian itu bermula pada hari Ahad dan berakhir pada Jumaat. Juga sabit daripada Ibn Abbas radiallahuanhu dan Mujahid rahimahullah, satu hari tersebut bersamaan seribu tahun pada kiraan manusia.[6]

Namun, terdapat sebuah hadis menjelaskan sebagai berikut:

عن أبي هريرة قال: أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بيدي فقال : خلق الله التربة يوم السبت، وخلق الجبال فيها يوم الأحد، وخلق الشجر فيها يوم الاثنين، وخلق المكروه يوم الثلاثاء، وخلق النور يوم الأربعاء، وبثّ فيها من كل دابة يوم الخميس، وخلق آدم بعد العصر من يوم الجمعة في آخر الخلق في آخر ساعات الجمعة ، فيما بين العصر إلى الليل .

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu katanya: “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam memegang tanganku lalu bersabda: “Allah mencipta tanah pada hari Sabtu, mencipta bukit pada hari Ahad, mencipta pokok pada hari Isnin, mencipta perkara-perkara yang tidak disukai pada hari Selasa, mencipta cahaya pada hari Rabu, menebarkan atasnya haiwan melata pada hari Khamis, dan mencipta Adam pada selepas Asar hari Jumaat pada masa penciptaan terakhir di akhir saat hari Jumaat antara Asar hingga malam”. [Muslim (7231), Ahmad (8323)].

Hadis ini adalah sahih dan dikeluarkan dalam Sahih Muslim sebagai ‘Umdatul Bab’ (Hadis Tonggak) dan kesahihannya disetujui oleh al-Albani rahimahullah dan Ahmad Syakir rahimahullah.[7] Namun, al-Bukhari rahimahullah dan beberapa hufaz hadis mempertikaikannya kerana hadis ini menunjukkan penciptaan bermula pada Sabtu dan mengambil masa selama 7 hari.

Al-Bukhari rahimahullah memastikan bahawa hadis ini bukan marfu’ tetapi riwayat Abu Hurairah radiallahuanhu daripada Kaabul Ahbar sahaja. Syeikhul Islam Ibn Taimiah rahimahullah juga menjelaskan bahawa hadis ini sebenarnya adalah perkataan Kaabul Ahbar dan ‘illah yang disebut oleh al-Bukhari, Ali bin al-Madini, dan lainnya adalah benar kerana matan hadis ini sendiri memberi isyarat bahawa terdapat kecacatan pada sanadnya. Nada yang sama turut disuarakan oleh Imam Ibn Kasir rahimahullah dalam tafsir beliau dan pada pendapat kami inilah yang sebenarnya.

Syeikh Syuaib al-Arnauth daripada Mutaakhirin menyokong pandangan kedaifan hadis ini dan kami melihat pandangan ini lah yang benar. Wallahua’lam[8].

Kedua: Arasyh Allah Taala di Atas Air dan Awal Makhluk

Telah jelas dalam ayat di atas Allah s.w.t menyatakan bahawa ketika Dia memulakan penciptaan bumi dan langit-langit, ArasyNya telah wujud dan berada di atas air. Pernyataan ini turut dijelaskan dalam hadis-hadis sahih berikut:

عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ ، رَضيَ اللهُ عَنْهُمَا ، قَالَ: دَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، وَعَقَلْتُ نَاقَتِي بِالْبَابِ ، فَأَتَاهُ نَاسٌ مِنْ بَنِي تَمِيمٍ ، فَقَالَ : اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا بَنِي تَمِيمٍ ، قَالُوا : قَدْ بَشَّرْتَنَا فَأَعْطِنَا ، مَرَّتَيْنِ ، ثُمَّ دَخَلَ عَلَيْهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ ، فَقَالَ : اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا أَهْلَ الْيَمَنِ ، إِذْ لَمْ يَقْبَلْهَا بَنُو تَمِيمٍ ، قَالُوا : قَدْ قَبِلْنَا يَا رَسُولَ اللهِ ، قَالُوا : جِئْنَاكَ نَسْأَلُكَ عَنْ هَذَا الأَمْرِ ، قَالَ : كَانَ اللهُ ، وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ ، وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ ، وَكَتَبَ فِي الذِّكْرِ كُلَّ شَىْءٍ ، وَخَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ.فَنَادَى مُنَادٍ : ذَهَبَتْ نَاقَتُكَ يَا ابْنَ الْحُصَيْنِ ، فَانْطَلَقْتُ ، فَإِذَا هِيَ يَقْطَعُ دُونَهَا السَّرَابُ، فَوَاللهِ ، لَوَدِدْتُ أنَِّي كُنْتُ تَرَكْتُهَا .

Maksudnya: Daripada Imran bin Husain radiallahuanhuma katanya: “Aku masuk menemui Nabi sallallahualaihi wa sallam dan aku ikat untaku di pintu lalu datang sekumpulan manusia daripada Bani Tamim lalu baginda bersabda: “Terimalah khabar gembira wahai Bani Tamim”. Kata mereka: “Engaku telah menggembirakan kami (Wahai Rasulullah) maka berikan kami (khabar gembira itu)”, mereka ucapkannya dua kali. Kemudian datang pula sekumpulan manusia daripada Yaman lalu baginda berkata: “Terimalah khabar gembira wahai Ahli Yaman yang tidak diterima Bani Tamim”. Mereka berkata: “Telah kami terima wahai Rasulullah”. Mereka berkata lagi: “Kami datang ini untuk bertanya berkenaan perkara ini (penciptaan alam)”. Jawab Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam: “Adalah Allah itu wujud dan tiada sesuatu pun selain Dia, dan adalah ArasyNya berada di atas air dan Dia menulis dalam al-Zikr (Lauh Mahfuz) semuanya (daripada takdir makhluk) dan dia mencipta langit-langit dan bumi”. Maka tiba-tiba seseorang menyeru memanggilku (Imran bin Husain): “Untamu terlepas wahai Ibn Husain!”.Maka aku dapati untaku melalui fatamorgana, demi Allah, aku suka jika aku biarkan saja untaku itu”. [al-Bukhari, Ahmad].

Dalam lafaz yang lain menyatakan:

كان الله ولم يكن شيء قبله

Maksudnya: “Adalah Allah wujud dan tiada sesuatu pun (wujud) sebelumNya…”

Lafaz ‘Qabla’ lebih tepat kerana sesuai dengan sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam:

اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَىْءٌ

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah yang Awal maka tiada sesuatupun sebelum-Mu..” [Muslim, Abu Dauda, al-Tarmizi, Ibn Majah, Ahmad].

Adapun lafaz yang pertama, kemungkinan besar perawinya meriwayatkan secara makna sebagaimana yang dinyatakan para ulama hadis.

Hadis Kedua:

عن وكيع بن حدس عن عمه أبي رزين قال قلت : يا رسول الله أين كان ربنا قبل أن يخلق خلقه ؟ قال كان في عماء ما تحته هواء وما فوقه هواء وخلق عرشه على الماء قال أحمد بن منيع قال يزيد بن هارون العماء أي ليس معه شيء

Maksudnya: Daripada Waki’ bun Hudus (Udus) daripada ayah saudaranya Abu Razin radiallahuanhu katanya: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, di mana Tuhan kita berada sebelum Dia mencipta makhlukNya?” Jawab baginda: “Adalah Dia dalam al-Ama’, tiada di bawahnya udara dan tiada di atasnya udara dan Dia mencipta ArasyNya di atas air”. Kata Ahmad bin Mani’ (perawi hadis): Berkata Yazid bin Harun: “al-‘Ama’[9] yakni tiada suatupun bersamaNya”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, Ahmad-hasan-][10]

Hadis Ketiga:

عن العباس بن عبد المطلب قال : كنت بالبطحاء في عصابة . وفيهم رسول الله صلى الله عليه و سلم . فمرت به سحابة . فنظر إليها . فقال ( ما تسمون هذه ؟ ) قالوا السحاب . قال ( المزن ) . قالوا والمزن . قال ( والعنان ) قال أبو بكر قالوا والعنان . قال ( كم ترون بينكم وبين السماء ؟ ) قالوا لاندري . قال ( فإن بينكم وبينها إما واحدا أو اثنين أو ثلاثا وسبعين ستة . والسماء فوقها كذلك ) حتى عد سبع سماوات . ( ثم فوق السماء السابعة بحر . بين أعلاه وأسفله كما بين سماء إلى سماء . ثم فوق ذلك ثمانية أو عال . بين أظلافهم وركبهن كما سماء إلى سماء . ثم على ظهورهم العرش . بين أعلاه وأسفله كما بين سماء إلى سماء . ثم الله فوق ذلك . تبارك وتعالى )

Maksudnya: Daripada al-Abbas bin Abdul Muttalib katanya: “Aku berada di al-Batha’ bersama beberapa orang lagi dan bersama mereka Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam lalu terdapat awan berarak dan baginda memandangnya seraya bersabda: “Apakah yang kamu namakan ini?”Jawab mereka: “al-Sahab” (Awan). Kata baginda: “al-Muzni”. Kata mereka: Ya, juga al-Muzni (Awan). Kata baginda: “al-Anan” kata mereka: Ya, juga al-Anan (awan)”. Kata baginda: “Agak-agak kamu berapakah jaraknya antara kamu dan langit?” Jawab mereka: “Kami tidak tahu”. Sabda baginda: “sesungguhnya antara kamu dan langit sama ada 71,72 atau 73 tahun perjalanan, demikian juga antara langit ke langit”. Baginda menyebut sehingga langit ketujuh lalu berkata: “Kemudian di atas langit ketujuh itu terdapat laut, antara atasnya ke bawahnya seperti jarak antara langit ke langit kemudian di atas laut itu terdapat 8 malaikat dalam bentuk Au’al, jarak antara kuku kakinya ke lututnya seperti jarak antara langit ke langit kemudian di atas belakang mereka terdapat Arasyh, jarak antara atasnya dengan bawahnya sama seperti antara langit ke langit kemudian Allah berada di atas Arasyh itu Tabaraka wa Taala”. [Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah-sahih-].[11]

Hadis ini menunjukkan bahawa Air, Arasyh, Udara, al-Qalam, dan al-Lauh al-Mahfuz telah wujud terlebih dahulu sebelum Allah mencipta langit dan bumi. Maka persoalannya, antara makhluk-makhluk ini, manakah yang terlebih dahulu diciptakan Allah Taala? Yakni apakah makhluk yang paling awal secara mutlak diciptakan Allah Taala?.

Dalam sebuah hadis Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ اكْتُبْ. قَالَ رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ قَالَ اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَىْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

Maksudnya: “Sesungguhnya benda yang paling awal dicipta Allah adalah al-Qalam, lalu Dia berfirman kepadanya: “Tulislah”. Berkata Qalam: “Wahai Tuhanku, apa yang hendak aku tulis?”. Kata Allah: “Tulis takdir-takdir segala sesuatu sehingga hari kiamat”. [Abu Daud, al-Tarmizi, Ahmad].

Namun, jika diteliti hadis-hadis sebelum ini, kita dapati Arasyh telah wujud sebelum al-Qalam demikian juga air dan udara. Terdapat asar daripada Ibn Abbas radiallahuanhuma menyatakan:

عن سعيد بن جبير قال: سئل ابن عباس عن قول الله:(وكان عرشه على الماء) ، قال: على أي شيء كان الماء؟ قال: على متن الريح

Maksudnya: “Daripada Said bin Jubair katanya: Ditanya Ibn Abbas berkenaan firman Allah: (maksudnya) ‘dan adalah ArasyNya di atas air’, air itu berada di atas apa pula? Jawab beliau: “Di atas angin”.

Namun, tidak ada pertentangan antara hadis-hadis ini kerana hadis al-Qalam itu bukanlah menunjukkan permulaan penciptaan secara mutlak.

Berkata Syeikh al-Mubarakfuri rahimahullah:

قال في الأزهار أول ما خلق الله القلم يعني بعد العرش والماء والريح

Maksudnya: “Berkata dalam al-Azhar: Awal yang dicipta Allah adalah al-Qalam maksudnya selepas Arasy, air dan angin”.[12]

Namun, Imam al-Tabari, Ibn al-Jauzi, dan lainnya berpendapat yang awal diciptakan adalah al-Qalam berpegang dengan nas hadis yang lalu kemudian Imam al-Tabari menyatakan juga yang kedua diciptakan adalah al-‘Ama’ di mana beliau fahami al-Ama’ dalam hadis Abu Razin radiallahuanhu yang lalu sebagai awan.

Adapun Jumhur ulama berpandangan sebelum al-Qalam, Allah telah mencipta Arasyh dan air demikian juga udara yang diletakkan air atasnya berdalilkan hadis:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ – قَالَ – وَعَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ.

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Amru bin al-As radiallahuanhuma katanya: “Aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Allah telah menulis takdir makhluk sekaliannya sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak masa 50,000 ribu tahun”. Baginda berkata: “sedangkan ArasyNya ketika itu berada di atas air”. [Muslim].

Jumhur ulama menyatakan bahawa al-Qalam adalah makhluk yang pertama diciptakan daripada alam ini (Permulaan Penciptaan Langit-langit dan Bumi).[13]

 

Faedah Ayat dan Pengajaran

ü  Allah subhanahu wa Taala adalah Pencipta dan Pentadbir alam ini, maka secara otomatis Dia jualah satu-satunya zat yang berhak disembah.

ü  Allah subahanahu wa taala bersemayam di atas ArasyNya dengan sebenarnya tanpa diketahui kaifiatnya.

ü  Arasy adalah makhluk yang mulia dan merupakan bumbung alam ini serta makhluk yang paling besar dalam alam ini.

ü  Udara dan Air merupakan anugerah Allah Taala yang sangat berharga pada makhlukNya yang lain, oleh itu wajib atas manusia menjaga air dan udara daripada pencemaran.

ü  Allah Taala mencipata makhlukNya kerana hikmah yang diketahuiNya tetapi Dia sama sekali tidak berhajat kepada makhlukNya sama ada Arasy atau lainnya.

ü  Semua yang berlaku dalam alam ini adalah dengan takdir dan kehendak Allah Taala dan semuanya makhluk Allah.

ü  Bukti Tauhid Rububiyah, Uluhiyah, dan al-Asma’ wal Sifat bagi Allah sangat jelas dan terang dan mereka yang ingkar akannya adalah kaum yang membodohkan diri sendiri.

 

 

Oleh: Muhammad Asrie bin Sobri al-Mashoori al-salafi.


[1] Al-Syanqiti, Muhammad Amin, Adwa’ al-Bayan, 2/279, Ibn Kasir, 4/307

[2] I’rabul Quran al-Karim, Qasim Humaidan Da’as, 2/47, Darul Munir-Darul Farabi, Damsyiq,1425H.

[3] Ibn Kasir,4/308

[4] Al-Tabari,15/244

[5] Ibn Kasir, 7/166&167, al-Tabari,21/433

[6] Al-Tabari,12/482, al-Durrul Mansur, 4/246

[7] Lihat Takliq Ahmad Syakir pada: Tafsir al-Tabari,15/244, hadis no. 17971. Lihat Silsilah al-Sahihah hadis no.1833.

[8] Lihat Tarikh al-Kabir, 1/413&414, Ibn Kasir, 3/426, Majmuk al-Fatawa,17/235 dan selepasnya, Musnad Ahmad dengan Taklik Al-Arnauth hadis no. 8323.

 

[9] Al-Ama’ dalam bahasa bermaksud awan. Namun, tafsiran Yazid bin Harun lebih utama diikuti.

[10] Imam al-Albani dan al-Arnauth mendaifkannya namun Imam al-Tarmizi menyatakan hadis ini hasan dan ulama salaf berhujjah dengannya demikian juga Ibn Taimiah rahimahullah.

[11] Hadis ini dihukum daif oleh Imam al-Albani rahimahullah namun ini adalah bersalahan dengan sebenarnya kerana hadis ini dikeluarkan al-Baihaqi dalam al-Asma’ wal Sifat dengan sanad yang sahih demikian juga Ibn Khuzaimah dalam al-Tauhid. Imam Ibn Taimiah rahimahullah mempertahankan kesahihan hadis ini demikian juga al-Azim al-Abadi dalam Aunul Makbud.

[12] Tuhfatul Ahwazi, Muhammad Abdul Rahman al-Mubarakfuri, 6/307, Dar al-Kutub al-Ilmiah-Beirut.

[13] Lihat al-Bidayah wan Nihayah, Ibn Kasir, 1/9&10, Dar al-Ihya’ al-Turas al-Arabi.

HUKUM KUBAH HIJAU

17 Dis

Kubah Hijau

PENGENALAN KEPADA KUBAH HIJAU DAN SEJARAHNYA

Dalam sejarah Islam, terdapat dua Kubah Hijau iaitulah pertamanya Kubah Hijau Baghdad yang merupakan bumbung istana Darul Khilafah (Istana Khalifah) Bani Abbasiah yang dibina oleh Khalifah al-Mansur r.h[1].

Kedua adalah Kubah Hijau yang menaungi Kubur Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda Abu Bakar dan Umar r.a. Kubah Hijau inilah yang dimaksudkan dalam tulisan ini dan sebagaimana yang tertera di dalam gambar di atas.

Kubah Hijau ini dibina pada zaman kesultanan Mamalik tahun 678 H. Sultan ketika itu adalah Qalawun al-Alfi al-Solihi. Pada zaman Usmaniah, di era Sultan Abdul Hamid II bersamaan tahun 1228 H kubah ini dicat dengan warna hijau.

Maka, daripada segi sejarah kubah ini, kita dapati ia tidak dibina di zaman Rasulullah s.a.w, tidak juga zaman Khulafa’ al-Rasyidin, tidak juga zaman tabiin, bahkan tidak juga zaman tabi’ tabiin. Maka, pembinaan kubah ini langsung tidak menjadi dalil keharusan membina kubah di atas kubur.

Kedudukan Kubur Nabi s.a.w dan Dua Sahabat Baginda

Kubur Nabi s.a.w, Abu Bakar r.a, dan Umar r.a bukanlah di dalam Masjid Nabawi sebagaimana sangkaan sesetangah manusia tetapi kubur baginda berada di luar daripada kawasan Masjid iaitu berada dalam bilik (rumah) Aisyah r.a sedangkan rumah Aisyah r.a ini melekat dengan masjid yakni dinding rumah Aisyah bercantum dengan dinding masjid. Namun, para ulama telah ijmak bahawa bangunan yang melekat dengan masjid bukanlah sebahagian daripada masjid selama mana ia tidak dimasukkan ke dalam kawasan masjid[2].

Pada tahun 88 Hijrah dalam bulan Rabul Awwal, Khalifah al-Walid bin Abdul Malik al-Umawy memerintahkan gabenornya, Umar bin Abdul Aziz r.h untuk meluaskan Masjid Nabawi dan meruntuhkan rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w untuk dijadikan kawasan masjid. Fuqaha Sepuluh tidak bersetuju kerana mereka tidak mahu rumah-rumah Ummuhatul Mukminin yang menjadi lambang kehidupan zuhud Rasulullah s.a.w  namun Al-Walid bertekad juga untuk melaksanakannya. Rumah Aisyah r.a berada di sebelah timur masjid dan qiblat berada di selatan.

Oleh sebab ini Said bin al-Musayyab r.h tidak bersetuju memasukkan bilik Aisyah dalam masjid kerana takut kawasan kubur Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda dijadikan sebagai kawasan masjid[3].

Namun, para tabiin rahiamahumullah memahami perkara ini lalu mereka memisahkan kubur Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda daripada masjid dengan tiga tembok. Berkata Ibn Qayyim r.h :

ودعا بأن لا يجعل القبر الذي قد ضمه وثنا من الأوثان

فأجاب رب العالمين دعاءه وأحاطه بثلاثة الجدران

Maksudnya : “dan baginda berdoa supaya kuburnya tidak menjadi berhala yang disembah, maka Tuhan sekalian ‘alam memperkenankan doanya dan kuburnya diliputi 3 lapis dinding”[4].

Ini kerana, sebaik ditanam Rasulullah s.a.w dijadikan dinding memisahkan kawasan tempat tinggal Aisyah dengan kawasan kubur. Maka jadilah rumah beliau dua bahagian. Kemudian, setelah dtanam Umar, Aisyah berpindah dan dijadikan dinding yang menutup terus rumah tersebut kecuali tingkapnya sahaja. Kemudian apabila zaman al-Walid, Umar bin Abdul Aziz membina sebuah lagi dinding dan dijadikan dinding bahagian utara (yakni kawasan kubur) berbentuk tiga segi supaya apabila orang bersolat tidak menghadap kubur. Jarak antara dindng Umar dengan dinding sahabat adalah jauh. Maka dinding Umar ini sekaligus mengeluarkan kawasan perkuburan Rasulullah s.a.w dan dua sahabat baginda daripada kawasan masjid. Maka dindng yang menjadi pagar kawasan kubur dengan kawasan masjid inilah yang bercamtum dengan masjid. Selepas itu, dibina pula diding ketiga yang memisahkan dinding Umar dengan masjid. Jadilah dinding yang ketiga inilah yang bercantum dengan masjid. Di atas asas dinding yang ketiga inilah berdirinya Kubah Hijau. Kemudian dibina pula pagar besar selepas dinding ketiga dan jarak antara pagar besi ini daripada dinding ketiga adalah 1 meter setengah sehingga 82 meter. Setiap dinding in tidak mempunyai sebarang pintu atau lubang sehingga sesiapa yang menjenguk melalui pagar ini, yang dlihat hanyalah kawasan dinding ketiga dan kawasan kubur masih jauh ke dalam[5]. Oleh itu, jelas bahawa kubur Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda bukanlah berada dalam kawasan masjid tetapi kekal di dalam bilik Aisyah r.a.

Larangan Rasulullah s.a.w Menjadikan Kubur Sebagai Tempat Ibadat

عن عائشة – رضي الله عنها – « أن أم سلمة ذكرت لرسول الله صلى الله عليه وسلم كنيسة رأتها بأرض الحبشة وما فيها من الصور ، فقال : ” أولئك شرار الخلق عند الله ، أولئك إذا مات فيهم الرجل الصالح أو العبد الصالح بنوا على قبره مسجدا ، وصوروا فيه تلك الصور ، أولئك شرار الخلق عند الله »

Maksudnya : Daripada Aisyah r.a : Bahawa Ummu Salamah r.a menceritakan kepada Rasulullah s.a.w berkenaan sebuah gereja yang dilihatnya d Habsyah dan berkenaan gambar-gambar yang ada di dalamnya, maka sabda Nabi s.a.w : “Itulah sekeji-keji makhluk di sisi Allah, mereka itu (Kristian) apabla mati seorang lelaki soleh dalam kalangan mereka, mereka bina di atas kuburnya masjid (tempat ibadat) dan mereka lukis gambar-gambar itu, merekalah sekeji-keji makhluk di sisi Allah”. [al-Bukhari dan Muslim].

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani :

وَفِيهِ كَرَاهِيَة الصَّلَاة فِي الْمَقَابِر سَوَاء كَانَتْ بِجَنْبِ الْقَبْر أَوْ عَلَيْهِ أَوْ إِلَيْهِ

Maksudnya : “dan pada hadis ini menunjukkan dibenci untuk bersolat di perkuburan sama ada bersebelahan kubur atau di atasnya atau menghadapnya”[6].

Imam al-Nawawi r.h dalam Syarahnya terhadap Sahih Muslim meletakkan hadis di atas dalam bab : “Bab Larangan Membina Masjid di atas Kubur dan Membuat Gambar-gambar di Dalamnya”[7].

Daripada Aisyah r.a juga katanya :

“لما نُزل برسول الله – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- طفق يطرح خميصة له على وجهه، فإذا اغتم بها كشفها، فقال وهو كذلك: “لعنة الله على اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد” يحذِّر ما صنعوا، ولولا ذلك أُبرز قبره، غير أنه خُشي أن يُتخذ مسجداً

Maksudnya : “Apabila Rasulullah s.a.w didatangi kematian (dalam nazak), baginda menutup wajahnya dengan kain, apabila susah untuk bernafas baginda membukanya lalu bersabda dalam keadaan itu : Laknat Allah ke atas Yahudi Nasrani yang menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid. (kata Aisyah) Baginda melarang umatnya berbuat demikian, jika tidak tentulah akan dizahirkan kubur baginda tetapi takut ianya dijadikan kuburan”. [al-Bukhari dan Muslim].

Menurut Imam al-Nawawi, maksud Aisyah r.a dengan tidak dizahirkan kuburan Nabi s.a.w adalah dengan membina tiga dinding yang kami sebutkan. Jadi jelaslah daripada hadis ini, para sahabat berpandangan dengan adanya tiga dinding itu, kuburan Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda tidak termasuk dalam kawasan masjid[8].

Daripada Jundub r.a, Nabi s.a.w bersabda :

وإن من كان قبلكم كانوا يتخذون قبور أنبيائهم وصالحيهم مساجد ألا فلا تتخذوا القبور مساجد إني أنهاكم عن ذلك

Maksudnya : “dan sesungguhnya umat sebelum kamu mereka menjadikan perkuburan Nabi-nabi mereka dan orang-orang soleh mereka sebagai masjid (tempat ibadat), maka janganlah kamu jadikan kuburan sebagai masjid sesungguhnya aku melarang kamu daripada melakukan perkara itu”. [Muslim].

Hadis ini jelas menunjukkan haramnya menjadikan kuburan sebagai tempat ibadat. Perkara ini adalah ijmak ulama Ahli Sunnah wal Jamaah[9].

Dalam riwayat Malik dan Ahmad bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“اللهم لا تجعل قبري وثناً يُعبد. اشتد غضبُ الله على قوم اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد”

Maksudnya : “Ya Allah, Janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah, amat besar kemurkaan Allah atas kaum yang menjadikan kuburan Nabi-nabi sebagai masjid”[10].

Hadis ini menunjukkan larangan berlebih-lebih terhadap kubur sehingga menjadikan berhala yang disembah.

عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: “لعن رسول الله -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- زائرات القبور، والمتخذين عليها المساجد والسُّرج”

Maksudnya : Daripada Ibn Abbas r.a katanya : “Rasulullah s.a.w telah melaknat wanita-wanita yang melazimi ziarah kubur, orang yang menjadikannya (kubur) sebagai masjid, dan yang meletakkan lampu (di kubur)”. [Riwayat Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].

Hadis ini melarang kita berlebih-lebihan menyanjung kuburan kerana akan membawa kepada syirik. Oleh itu, menyanjung kuburan dengan menghiasinya dan sebagainya adalah dosa besar. Nauzubillah min zalik.

Hukum Membuat Binaan Kubur

Hukum membuat binaan kubur adalah dilarang dalam syariat Islam kerana ia termasuk perkara yang membawa kepada pemujaan kubur dan menjadikannya tempat ibadat.

Terdapat beberapa hadis sahih yang melarangnya :

عنْ أبي وَائِلٍ، أَنّ عَليَا قالَ لأَبِي الهَيّاجِ الأسَدِيّ: أبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي به النبيّ صلى الله عليه وسلم: “أنْ لاَ تَدَع قَبْراً مُشْرِفاً إلاّ سَوّيْتَهُ، ولاَ تِمْثَالاً إلاّ طَمَسْتَهُ”

Maksudnya : Daripada Abu Wael bahawa Ali r.a berkata kepada Abul Hiyaj al-Asadi : “Aku menghantarmu (dengan suatu perintah) sebagaimana Rasulullah s.a.w menghantarku (dengan suatu perintah)iaitu janganlah kamu membiarkan kuburan yang ditinggikan melainkan engkau ratakan dan janganlah kau biarkan patung melainkan engkau pecahkan”. [Riwayat al-Jamaah kecuali al-Bukhari dan Ibn Majah].

Dalam hadis ini terdapat larangan keras membina kuburan dan berkata al-Syaukani r.h :

وَمِنْ رَفْعِ الْقُبُورِ الدَّاخِلِ تَحْتَ الْحَدِيثِ دُخُولًا أَوَّلِيَّا الْقُبَبُ وَالْمَشَاهِدُ الْمَعْمُورَةُ عَلَى الْقُبُورِ

Maksudnya : “dan termasuk secara lebih aula larangan meninggikan kuburan yang dilarang dalam hadis adalah kubah-kubah dan mashad-mashad yang dibina di atas kubur”[11].

عن جابر قال : نهى رسول الله صلى الله عليه و سلم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه

Maksudnya : Daripada Jabir r.a kata beliau :”Rasulullah s.a.w telah melarang untuk menyemen kubur dan duduk di atasnya dan membuat binaan atasnya”[12].

Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w melarang kita daripada mengapur kubur atau menyemennya, duduk di atas kubur, dan membuat binaan di atasnya. Maka, jikalau sekadar menyapu semen atau kapur pun dilarang oleh syarak kerana takut membawa kepada syirik dan pemujaan kubur bagaimana pula dengan membina kubah dan bangunan-bangunan mewah di atasnya.

Berkata al-Husoini al-Syafii r.h :

ويكره تجصيصه والكتابة عليه وكذا البناء عليه فلو بني عليه إما قبة أو محوطا ونحوه نظر إن كان في مقبرة مسلبة هدم لأن البناء والحالة هذه حرام

Maksudnya : “dan dimakruhkan menyemen (mengapur) kubur dan menulis di atasnya demikian lagi membuat binaan atasnya, maka jika dibina atasnya sama ada kubah atau pagar dan seumpamanya dilihat; jika ianya perkuburan waqaf (kubur awam) maka dimusnahkan (binaan) kerana membuat binaan  dalam keadaan ini adalah haram”[13].

Berkata pengarang Manarus Sabil[14] :

ويكره تزويقه ، وتجصيصه ، وتبخيره لقول جابر نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر ، وأن يبنى عليه ، وأن يقعد عليه رواه مسلم ، زاد الترمذي وأن يكتب عليها . وتقبيله ، والطواف به والصحيح تحريمه ، لأنه من البدع ، وقد روي أن ابتداء عبادة الأصنام تعظيم الأموات

Maksudnya : “dan dimakruhkan menghiasnya (kubur), menyemennya, dan  memberikannya wangian berdasarkan hadis Jabir Nabi s.a.w melarang disemen kubur dan dibina atasnya dan diduduk atasnya; diriwayatkan Muslim, al-Tarmizi (dalam riwayatnya) menambah : dan (dilarang) menulis di atasnya. Demikian juga menciumnya dan tawaf mengelilinginya. Adapun yang sahih adalah diharamkannya kerana ianya termasuk bidaah dan telah diriwayatkan bahawa permulaan menyembah berhala adalah memuja orang mati”[15].

Berkata Ibn Hajar al-Haitami r.h :

وَتَجِبُ الْمُبَادَرَةُ لِهَدْمِهَا وَهَدْمِ الْقِبَابِ الَّتِي عَلَى الْقُبُورِ

Maksudnya : “dan wajib bersegera memusnahkannya (masjid-masjid di atas kubur) dan kubah-kubah yang berada di atas kuburan”[16].

Daripada kenyataan ulama di atas, kita dapati bahawa para ulama telah bersepakat dilarang membina kubah di atas kubur. Namun, mereka berbeza pendapat apakah hukum larangan itu sama ada makruh atau haram. Ini jika kubah ini tidak dijadikan tempat ibadat dan bukan di perkuburan awam. Adapun jika kubah ini dijadikan sebagai tempat bertabaruk, membayar nazar dan bersolat serta seumpamanya daripada ibadat, maka mereka bersepakat ianya haram dan wajib diruntuhkan.

Kedudukan Kubah Hijau

Hadis-hadis di atas jelas tidak menegcualikan kuburan Nabi s.a.w bahkan kuburan baginda lebih utama untuk dibersihkan daripada perkara-perkara makruh apatah lagi haram. Oleh itu, sekurang-kurang hukum Kubah Hijau hari ini adalah makruh yakni dibenci oleh Allah s.w.t kerana ia tidak lagi menjadi tempat syirik setelah dikawal oleh Kerajaan Arab Saudi. Tetapi kami melihat, pendapat yang rajih adalah haram membina sebarang kubah di atas kubur kerana ia termasuk dalam erti kata ‘Tasyrif’ yang diperintah Rasulullah s.a.w supaya diratakan. Inilah pendapat sekumpulan Hanabilah, Syafiiah, dan dirajihkan al-Syaukani r.h.

Oleh itu, yang afdalnya hendaklah kerajaan Saudi dan sekalian kerajaan-kerajaan Islam[17] berusaha membuang Kubah Hijau ini supaya tidak menjadi fitnah kepada mereka yang jahil dan generasi mendatang. Demikian lagi wujudnya kubah ini adalah penghinaan kepada Rasulullah s.a.w dan menyalahi sunnah baginda. Oleh itu, amat tidak layak untuk dibiarkan kubah ini terus wujud.

Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi menyatakan :

“Tidak sah berhujjah dengan perbuatan manusia membina kubah di atas kubur Nabi s.a.w bahawa harus membina kubah di atas kubur-kubur lainnya sama ada orang soleh atau bukan, kerana pembinaan mereka akan kubah di atas kubur Nabi s.a.w itu adalah haram dan pembuatnya berdosa kerana menyalahi akan apa yang sabit daripada Abul Hiyaj al-Asadi : ‘Berkata kepadaku Ali bin Abu Talib r.a : Aku mengutusmu sebagaimana Rasulullah s.a.w mengutusku supaya tidaklah engkau biarkan kubur yang ditinggikan melainkan engaku ratakan dan sebuah patung melainkan engkau pecahkan’…” [Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi, 9/83]. Wallahua’lam.

 


[1] Tarikh Baghdad, 1/31-32. Kubah ini bertahan selama 180 tahun lebih sehingga ia runtuh di zaman al-Wasiq Billah (329 H).

[2] Sebagai contoh kawasan Sa’i walaupun bercantum dengan bangunan Masjidil Haram namun ia bukan kawsan masjid. Maka wanita yang haid dan orang junub masih boleh memasukinya dan melakukan sa’i.

[3] Al-Bidayah wan Nihayah, 9/89-90

[4] Al-Qasidah al-Nuniah, 252.

[5] Al-Tamhid fi Syarhi Kitab al-Tauhid, 365-368.

[6] Fathul Bari , 2/148

[7] Al-Minhaj, 5/11

[8] Ibid, 5/14.

[9] Lihat Tashniful Asma’ bi Ba’di Masail Ijmak.

[10] Muwatta’ (85), Ahmad, 2/246. Lihat : al-Mulakhas fi Syarhi Kitab al-Tauhid, 1/178.

[11] Nailul Autor, 6/276

[12] Muslim (970)

[13] Kifayatul Akhyar, 1/164

[14] Iaitulah Ibn Dauban, Ibrahim bn Muhammad. Wafat pada tahun 1353 H.

[15] Manarus Sabil, 1/117.

[16]Al-Zawajir,  1/386

[17] Usaha ini mesti datang daripada OIC dan Rabitah Fiqh Sedunia sepertimana usaha meluaskan tempat Saie yang melibatkan fatwa setiap majlis fatwa negara Islam supaya Ahli Bidaah tidak memiliki hujah ke atas Ahli Sunnah untuk memfitnah mereka.