Arkib | Disember, 2008

SAMBUTAN TAHUN BARU MASEHI HARAM!!!

31 Dis

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Amat malang saudara-saudara kita di Palestin, dalam keadaan mereka dibunuh, disembelih, dicemar kehormatan dek tangan-tangan penjarah dan anjing-anjing neraka, Yahudi Laknatullah ‘alaihim ajma’in, saudara-saudara mereka di Malaysia dan lain-lain lagi sibuk menyambut perayaan yang membesarkan Tuhan selain Allah, membesarkan syariat selain syariat Islam, memuja ajaran kufur yang mengatakan Tuhan itu Tiga tapi satu satu tapi tiga.

Ya, saudara-saudara mereka pada malam ini akan menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan…Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?

Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [  http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan.

Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :

Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it.

[ http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm ]

Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur  (Lihat tempat bergaris)  adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].

Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.

Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :

عن أنس بن مالك قال كان لأهل الجاهلية يومان في كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي صلى الله عليه و سلم المدينة قال كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم الأضحى

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].

Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti  Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.

Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah s.a.w :

إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini  (Eidul adha) adalah perayaan kita”.

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :

وَاسْتُنْبِطَ مِنْهُ كَرَاهَةُ اَلْفَرَحِ فِي أَعْيَادِ اَلْمُشْرِكِينَ وَالتَّشَبُّهِ بِهِمْ

Maksudnya : “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari, 3/371].

Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].

Keempat : Ijmak Ulama

Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :

لايجوز للمسلمين ممالأة المشركين في إظهار شعائرهم

Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].

Lalu dia menyatakan lagi :

وكما أنهم لا يجوز لهم إظهاره فلا يجوز للمسلمين ممالاتهم عليه ولا مساعدتهم ولا الحضور معهم باتفاق أهل العلم الذين هم أهله

Maksudnya : “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka (mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh menghadirinya dengan sepakat ulama”. [Ibid].

Kata beliau lagi :

وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه .

 

Maksudnya: “adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak”(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].

Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.

Berkata Ulama Hanafiah :

ويكفر بخروجه إلى نيروز المجوس والموافقة معهم فيما يفعلونه في ذلك اليوم وبشرائه يوم نيروز شيئا لم يكن يشتريه قبل ذلك تعظيما للنيروز لا للأكل والشرب وبإهدائه ذلك اليوم للمشركين ولو بيضة تعظيما لذلك اليوم

Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak al-Anhar, 2/513]

Ulama Malikiah menyatakan :

أي أن اللعب في يوم النيروز وهو أول يوم من السنة القبطية مانع من قبول الشهادة وهو من فعل الجاهلية والنصارى

Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir, 4/181]

Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan kafir adalah dosa besar.

Berkata Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :

ولا يجوز للمسلمين أن يحضروا أعيادهم لأنهم على منكر وزور

Maksudnya : “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]

Dalam al-Majmuk dinyatakan :

ويمنعون من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم

Maksudnya : “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng, mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]

Ulama Hanabilah menyatakan :

ويحرم شهود عيد اليهود والنصارى وغيرهم من الكفار

Maksudnya : “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada orang kafir”. [Kaysaful Qina’, 3/131]

Daripada kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya, memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka dalam negara Islam.

Kelima : Qaul Sahabat

قال عمر رضي الله عنه: “لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم”.

Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan

Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi.

Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik.

SIKAP YAHUDI TERHADAP ALLAH DAN PARA NABI

31 Dis

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Serangan Yahudi Laknatullahi ‘alaihim terhadap Gaza menyedihkan seluruh Umat Islam yang telah menjadi jasad kaku hanya mampu melihat dan menjerit dari jauh.

Mungkin ada orang hairan, apakah mungkin Yahudi boleh bertindak sebegini kejam? Sejauh manakah mereka akan bertindak?

Dalam menyingkapi hal ini, kita perlu melihat sikap dan pendirian Yahudi  terhadap Allah s.w.t dan para Nabi dan Rasul yang diutus kepada mereka.

Sejahat-jahat Makhluk adalah Yahudi :

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Anfal ayat 55  dan 56 :

إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الَّذِينَ كَفَرُوا فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (55) الَّذِينَ عَاهَدْتَ مِنْهُمْ ثُمَّ يَنْقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّةٍ وَهُمْ لَا يَتَّقُونَ (56)

Maksudnya : “Sesungguhnya Sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (Hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya). sebab itu mereka tidak (mahu) beriman. (Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia Dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu)”.

Ayat ini diturunkan berkenaan Bani Quraizah iaitu salah satu suku Yahudi yang tinggal di Madinah di zaman Rasulullah s.a.w.  Yahudi Quraizah ini mengkhianati Rasulullah s.a.w dengan memberi bantuan senjata kepada musyrikin Quraish dan perbuatan mereka terdedah lalu mereka meminta maaf dan mengikat perjanjian semula. Kemudian dalam peperangan Ahzab, mereka bersekutu pula dengan musyrikin Mekah. [Aisar al-Tafasir, 2/49].

Berdasarkan ayat ini, jelas Allah s.w.t mengikatkan kaum muslimin supaya berhati-hati dengan Yahudi kerana mereka adalah makhluk yang paling khianat. Allah s.w.t mengutuk dan melaknat Yahudi dengan sebesar-besar laknat sebagaimana dalam firman-Nya :

قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَلِكَ مَثُوبَةً عِنْدَ اللَّهِ مَنْ لَعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُولَئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

Maksudnya : “katakanlah: “Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang Yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? ialah orang-orang Yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. mereka Inilah Yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul”. [al-Maidah:60].

Allah s.w.t telah melaknat Yahudi dan menukar sebahagian mereka menjadi kera-kera dan babi-babi lalu mereka dimatikan tanpa meninggalkan keturunan di zaman Nabi Daud a.s kemudian Allah menyesatkan sebahagian yang lain menjadi penyembah taghut iaitulah Yahudi yang wujud pada hari ini. [Aisar al-Tafasir, 1/359].

Apakah Kejahatan Mereka Sehingga Dilaknat dengan sebesar-besar Laknat?

Pertama :  Sikap Yahudi Terhadap Allah Taala

Yahudi mencemuh dan menyifatkan Allah Jalla wa ‘Ala dengan sifat-sifat yang tidak tergambar pada manusia Tuhan memiliki sifat-sifat itu. Antaranya firman Allah s.w.t  :

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ

Maksudnya :  “dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil – kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat dan kurniaNya Luas melimpah-limpah). ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki..” [al-Maidah : 64]

Yahudi juga mempunyai adab yang buruk terhadap Allah s.w.t dan Rasul-Nya sebagaimana dijelaskan Allah dalam surah al-Maidah ayat 24 :

قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

Maksudnya :  “mereka (menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, Sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu”.

Yahudi juga mengatakan Allah s.w.t  mempunyai anak seperti Nasrani :

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

Maksudnya : “dan orang-orang yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (Iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?” [Al-Taubah : 30]

Perkataan bahawa Allah memiliki anak ini adalah perkataan yang menggegarkan bumi dan langit sebagaiman firman Allah Taala :

تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا (90) أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا (91)

Maksudnya : “langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap. kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak”. [Maryam : 90 dan 91]

Lebih teruk dari itu, mereka mendakwa juga mereka semua (semua Yahudi) adalah anak-anak Allah Taala :

وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُمْ بِذُنُوبِكُمْ بَلْ أَنْتُمْ بَشَرٌ مِمَّنْ خَلَقَ

Maksudnya : “orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: “Kami adalah anak-anak Allah dan Yang amat disayangiNya”. Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Kalau betul demikian), maka mengapakah ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya”. [Al-Maidah : 18]

 

Yahudi juga tidak bersyukur apabila Allah menyelamatkan mereka daripada Firaun, mereka menyembah berhala anak lembu sebagaiman firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 92 :

وَلَقَدْ جَاءَكُمْ مُوسَى بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ اتَّخَذْتُمُ الْعِجْلَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَنْتُمْ ظَالِمُونَ

Maksudnya : “dan telah datang kepada kamu Musa dengan bukti-bukti yang jelas nyata (akan Tauhid) tetapi kamu kemudiannya menyembah anak lembu selepas itu dan kamu itu orang-orang yang zalim (musyrik)”. [Al-Baqarah : 92]

Demikianlah Yahudi mensyirikkan Allah s.w.t dan mereka juga menjadikan kubur-kubur sebagai tempat ibadat  sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

لَعَنَ اللهُ الْيَهُودَ ، اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ

Maksudnya : “Allah melaknat kaum Yahudi, mereka menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai tempat ibadat”. [Ahmad]

Antara penderhakaan terbesar Yahudi juga adalah mengubah kitab Allah s.w.t yang diturunkan kepada Musa a.s iaitu Taurat. Firman Allah s.w.t :

مِنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ وَرَاعِنَا لَيًّا بِأَلْسِنَتِهِمْ وَطَعْنًا فِي الدِّينِ وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاسْمَعْ وَانْظُرْنَا لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ وَأَقْوَمَ وَلَكِنْ لَعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا

 Maksudnya : “di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “kami dengar”, (sedang mereka berkata Dalam hati): “kami tidak akan menurut”. (Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”, serta (Mereka mengatakan): “Raaeina”; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka)”. [al-Nisaa:46]

Mereka menderhaka kepada Allah s.,w.t  dan sanggup menukar kitab Allah s.w.t dan membuat tafsiran yang menyeleweng terhadapnya.  Bahkan lebih keji dan laknat dari itu, mereka menjadikan Rabai dan Hakhamat mereka sama seperti Tuhan sehingga Rabai  Munahim berkata :

إن الله تعالى يستشير الحاخامات على الأرض عندما توجد مسألة معضلة لا يمكن حلها في السماء

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah Taala akan meminta pendapat (bermesyuarat) dengan Hakhamat (pendeta Yahudi) di bumi ketika mana terdapat masalah yang payah diselesaikan di langit”. [al-Kanzul Marsud fi Qaid al-Talmud].

Selain itu, mereka juga mendakwa Allah letih dan berehat pada hari Sabtu lalu mereka menjadikan sabtu sebagai hari cuti. Allah s.w.t berfirman :

وَلَقَدْ خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَمَا مَسَّنَا مِنْ لُغُوبٍ

Maksudnya :  “dan Demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta Segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah”. [Qaf :38]

Berkata Qatadah r.h : “Allah s.w.t mendustakan Yahudi dan Ahli Pembohong terhadap Allah, ini kerana mereka berkata : Allah mencipta langit dan bumi dalam enam masa kemudian berehat pada hari ketujuh iaitulah pada mereka hari Sabtu dan mereka namakan Hari Rehat”.[al-Qasimi dan Ibn Kasir].

Bukti kenyataan Yahudi ini terdapat dalam Genesis 2:2 sebagai berikut :

And on the seventh day God finished his work that he had done, and he rested on the seventh day from all his work that he had done. [English Standard Version Bible].

Sifat ini amat mustahil berlaku kepada Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, dan semua akal manusia yang waras mengakui bahawa Tuhan itu ternafi padanya segala sifat lemah dan daif.

Ini merupakan sebahagian kecil daripada banyak lagi jenayah-jenayah Yahudi terhadap akidah Tauhid dan cercaan mereka terhadap Allah Taala. Jika beginilah sikap mereka terhadap Allah Tuhan sekalian Alam adakah anda masih berperasaan mereka ambil peduli sangat berkenaan perjanjian keamanan dan nayawa manusia selain mereka?!

Kedua : Sikap Yahudi Terhadap Para Nabi dan Rasul

Yahudi adalah satu bangsa yang tiada langsung rasa hormat terhadap para Nabi dan Rasul Allah yang di utus kepada mereka. Oleh itu, mereka digelar ‘Pembunuh Para Nabi’. Firman Allah s.w.t :

أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَى أَنْفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ

Maksudnya : “maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?” [al-Baqarah : 87]

Antara Rasul yang mereka bunuh adalah Nabi Zakaria a.s dan Nabi Yahya a.s dan mereka cuba membunuh Nabi Isa a.s tetapi rencana mereka digagalkan oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya :

وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلَّا اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا (157) بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا (158)

Maksudnya : “dan juga (disebabkan) dakwaan mereka Dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. [Al-Nisaa : 157 & 158]

Maka jelas sekali sikap kurang ajar Yahudi terhadap Rasul-rasul dan Nabi-nabi Allah ini menjadikan mereka makhluk yang paling jahat dan paling keji di sisi Allah s.w.t. Bahkan mereka lakukan perkara tersbut dengan megah dan berbangga serta sedar bahawa yang mereka bunuh itu seorang Rasul atau Nabi demikian juga Rasul dan Nabi yang mereka dustakan mereka tahu bahawa dia seorang utusan Allah.

Imam Ibn al-Qayyim R.H menyatakan antara sebab terbesar menghalang kaum Yahudi dan golongan kafir lainnya mengikuti Rasulullah s.a.w adalah hasad yakni dengki. Ini kerana Nabi dan Rasul yang diutus kepada mereka sebelum Rasulullah s.a.w adalah keturunan Nabi Ishaq a.s tetapi Nabi dan Rasul terakhir  yang diutus kepada sekalian alam datang daripada zuriat Nabi Ismail a.s. 

Ibn Ishaq meriwayatkan kisah bersumber daripada Labid bin Mahmud r.a bahawa sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w terdapat seorang Yahudi di Madinah sering memperingati kaum Msuyrikin Arab bahawa selepas mati akan ada Hisab, Mizan, Syurga, dan Neraka namun kaum Arab enggan percaya. Apabila dia ditanya apakah tanda kebenaran kata-katanya itu dia menjawab : ‘Seorang Nabi akan diutuskan daripada sana’ sambil mengisyaratkan ke arah Mekah dan Yaman. Kemudian apabila Rasulullah s.a.w diutuskan dan berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi termasuk lelaki Yahudi tadi enggan beriman kerana hasad dengki. [Hidayatul Hayari, 38 & 39]

Antara bukti menunjukkan mereka mengenal Rasulullah s.a.w adalah pada 8 Rabiul Awal tahun 14 kenabian apabila Nabi s.a.w bersama Abu Bakar r.a sampai di Quba’, orang pertama yang menjerit memberitahu ketibaan Rasulullah s.a.w adalah lelaki Yahudi  apabila dia melihat bayang Rasulullah daripada jauh. [Rahiq al-Makhtum, 161] .

Lihatlah, walaupun dia belum pernah berjumpa Rasulullah s.a.w bahkan kaum Muslimin Madinah sendiri kebanyakannya belum pernah melihat Rasulullah s.a.w  tetapi lelaki Yahudi ini sudah mengenali baginda walaupun jauh dalam fatamorgana kerana terik matahari.  Semua ini kerana sifat-sifat baginda telah disebut dalam Taurat dengan jelas sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 146 :

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya : “orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)”.

Jika beginilah sikap Yahudi, maka adakah lagi manusia yang berakal waras ingin mempercayai janji Yahudi? Adakah lagi manusia yang berakal waras akan berkata : ‘Segala yang berlaku di Gaza hari ini berpunca daripada kesalahan kerajaan Palestin Gaza’..?!

Bolehkah lagi kita hendak mempercayai lagi kata-kata Yahudi : ‘Kami tidak membunuh orang awam’ sedangkan mereka telah membunuh Nabi dan Rasul Allah sebelum ini?!

Pesanan Kepada Kaum Muslimin

Apabila kita faham bahawa Yahudi adalah musuh Allah dan Rasul-Nya, maka segala pergelutan yang berlaku di Palestin hendaklah dilihat sebagai pertarungan antara Islam dan Yahudi, bukan pergelutan satu bangsa melawan bangsa yang lain. Kaum Muslimin perlu sedar bahawa isu Palestin hanya layak ditangani oleh orang-orang yang beriman dan mentauhidkan Allah s.w.t dengan Tauhdi yang benar menurut Manhaj Salaf Soleh.

Kita tidak boleh mengharap kepada negara-negara kafir seperti Amerika, Perancis, atau lainnya. Kita juga tidak boleh mengharap kepada kaum Munafiq, Zindiq seperti Syiah yang sama kufurnya dengan Yahudi untuk membebaskan Palestin. Ingatlah, Yahudi di Asfahan dijaga dan dilayan oleh Iran tetapi mereka tidak memnpedulikan kesengsaraan Iraq atau Palestin.  Mulut mereka membela Palestin tetapi tangann kanan  mereka mencincang jasad kaum Muslimin di sana dan tangan kiri mereka pula membelai Yahudi yang menetap di Iran. Wallahua’lam.

SYEIKH WAHBAH AL-ZUHAILI HAFIZAHULLAH DAN PENDIRIANNYA TERHADAP SYEIKHUL ISLAM MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB RAHIMAHULLAH

29 Dis

Tertarik dengan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1430 Hijrah yang dianugerahkan kepada Syeikh Wahbah al-Zuhaili Hafizahullah wa Hadah, seorang ulama Syria yang terkenal dengan kitab beliau al-Fiqahul Islami wa Adillatuh (Fiqh Islam dan Dalil-dalilnya), penulis ingat menarik perhatian pembaca berkenaan pandangan Tokoh Maal Hijrah ini terhadap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah yang sering dituduh sebagai pengasas ajaran sesat wahabi oleh kebanyakan kaum jahil.

Sedar atau tidak, Syeikh Wahbah mempunyai karya khas berkenaan Syeikh Muhammad yang berjudul Mujaddid al-Din fil Qarn al-Sani ‘Asyar (Mujaddin Islam dalam Kurun ke-12 Hijrah).

Jika mendengar tajuknya pun kita sudah mendapat gambaran jelas apakah pandangan Syeikh Wahbah terhadap Syeikh Muhammad. Gelaran Mujaddid yang diberikan kepada Syeikh Muhammad merupakan pengiktirafan besar terhadap Syeikh dan dakwah beliau.

Sabda Rasulullah s.a.w :

 إِنَّ اللهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِئَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi Umat ini di setiap awal seratus tahun seseorang yang akan mempebaharui urusan agamanya”. [Abu Daud, Sahih].

Maksud memperbaharui agama atau Tajdid adalah ‘Ihya’ al-Sunnah’ yakni menghidupkan kembali sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w yang telah ditinggalkan. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Azim Abadi rahimahullah dalam menjelaskan hadis ini :

أي يبين السنة من البدعة ويكثر العلم وينصر أهله ويكسر أهل البدعة ويذلهم

Maksudnya : “Yakni (mujaddid itu) akan menjelaskan Sunnah daripada Bidaah dan menyebarkan ilmu serta membantu ahli ilmu serta mematahkan Ahli Bidaah dan menghinakan mereka”. [Aunul Makbud, 11/260]

Sudah tentu Syeikh Wahbah menyifatkan Syeikh Muhammad sebagai Mujaddid dengan memahami hakikat ini dan jelas menunjukkan bahawa dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah dakwah Sunnah bukan ajaran sesat.

Sekarang kita lihat perkataan Syeikh Wahbah dalam mukaddimah kitabnya tersebut :

  ومما لا شك فيـه، إنصـافاً للحقيقة، لا إرضاء أحد، وعملاً بآي القرآن العظيم: {ولا تبخسوا الناس أشيائهم} كان من أجرأ أصوات الحق، وأكبر دعاة الإصلاح، والبناء والجهاد لإعادة تماسك الشخصية المسلمة وإعادتها لمنهج السلف الصالح: دعــوة الشيخ محمد بن عبدالوهاب في القرن الثاني عشر الهجري (الثامن عشر الميلادي) لتجديد الحياة المسلمة، بعد ما شابها في أوســاط العــامة من خلافات، وأوهــام، وبــدع، وانحرافـات، فكان ابن عبدالوهاب بحق، زعيم النهضة الدينية الإصلاحية المنتظر، الذي أظهر موازين العقيدة الشرعية الناصعة، وأبان حقيقة الوحدانية والوحدة والتوحيد الخالص لله عز وجل، وأن العبادة هي التوحيد،

Maksudnya : “dan tidak syak lagi, atas dasar kesedaran terhadap perkara hak bukan untuk mendapat keredaan sesiapa daripada makhluk serta dalam usaha beramal terhadap firman Allah dalam al-Qur’an al-Azim (maksudnya) : “dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. ia berkata: dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya” [al-A’raf : 85] antara suara yang paling berani menegakkan kebenaran, pendakwah Islah, pembangunan Umat, dan Jihad yang paling besar, dalam usaha mengembalikan identiti muslim serta mengembalikan umat kepada Manhaj al-Salaf al-Soleh adalah dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab semasa kurun ke-12 hijrah (kurun ke-18 Masihi) untuk mengembalikan kehidupan Islami setelah dicemari dalam kalangan awam daripada perkara-perkara menyalahi syarak, sangkaan-sangkaan yang salah, bidaah-bidaah, dan penyelewengan-penyelewengan. Ibn Abdul Wahab sesungguhnya pemimpin kebangkitan pembaharuan yang dinanti-nantikan yang telah menerangkan timbangan syariat yang jelas, menjelaskan hakikat Tauhid yang murni kepada Allah Azza wa Jall..” [al-Mujaddid fil Qarni al-Sani Asyar, Penghujung Mukaddimah Kitab].

Syeikh juga menjelaskan antara sebab-sebab sebahagian kaum jahil menyerang dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah dengan kata beliau : ويلاحظ أن هذه الحروب التي شنت على جماعة هذا المصلح والأوصاف التي أطلقت عليهم، كانت ذات هدف سياسي لا ديني، ومن أجل مصالح اقتصادية ولتحقيق نفوذ وسيطرة العثمانيين، ودفاعاً عن مصالح شخصية سياسية ومادية، وليس عن الإسلام أو المسلمين، ولا غيرة على الدين، ولا نصرة للدين

Maksudnya : “dan perlu diperhatikan bahawa peperangan-peperangan yang dilancarkan ke atas Jemaah pendakwah Islah ini dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka adalah kerana tujuan politik semata-mata bukan agama, kerana menjaga kepentingan-kepentingan ekonomi dan merealisasikan kekuasaan Usmaniah serta mempertahankan kepentingan-kepentingan peribada, polittik, dan material, bukan kerana mempertahan Islam dan umatnya serta bukan juga kerana agama dan mempertahankannya…” [al-Mujaddid fil Qarni al-Sani Asyar, Fasal I].

Oleh itu, penulis melihat amat perlu pihak-pihak yang menyekat perkembangan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di negara ini mempertimbangkan semula tindakan mereka serta bertaubat kepada Allah s.w.t kerana telah menuduh Syeikh Muhammad dengan tuduhan-tuduhan dusta dan tidak berasas.

Mereka yang ingin mendapatkan kitab Syeikh Wahbah ini (dalam bahasa Arab) boleh dimuat turun di :

http://saaid.net/book/open.php?cat=7&book=1436

 

Mulahazah :

Penulis juga disamping menyedari kedudukan besar Syeikh Wahbah dan jasa beliau dalam mempertahankan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, pendapat Syeikh Wahbah bahawa persembahan tarian dan nyanyian yang bercampur lelaki dan wanita semasa sambutan Maal Hijrah adalah baik dan tidak menyalahi syariat,  kurang wajar kerana perkara seperti ini boleh membawa kepada fitnah.

Lebih-lebih lagi perkara ini tidak berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat sedangkan masyarakat di zaman itu lebih maju ketamadunan mereka dan lebih mulia dan kuat keimanan mereka. Wallahua’lam.

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

 

FATWA SYEIKH SOLEH AL-FAUZAN HAFIZAHULLAH BERKENAAN UZUR KERANA JAHIL

28 Dis

SOALAN 13 :

Apakah hukum orang yang berdoa kepada selain Allah sedangkan dia hidup dalam kalangan orang muslimin dan telah sampai kepadanya al-Qur’an, apakah dia ini seorang muslim yang terkeliru dengan syirik atau seorang musyrik yang sebenar?

JAWAPAN :

Sesiapa yang sampai kepadanya al-Qur’an dan al-Sunnah dengan kadar yang dapat difahaminya jika dia berusaha untuk memahaminya kemudian dia tidak beramal dengannya dan tidak menerimanya maka hujah telah pun ditegakkan padanya dan tidak diberi keuzuran padanya kerana jahil kerana telah tegak hujah. Allah s.w.t berfirman :

وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَذَا الْقُرْآنُ لِأُنْذِرَكُمْ بِهِ وَمَنْ بَلَغَ

Maksudnya : “dan diwahyukan kepadaKu Al-Quran ini, supaya Aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa Yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu”. [al-An’am : 19]

Sama ada dia tinggal bersama kaum muslimin atau bukan muslimin . Maka setiap orang yang telah sampai kepadanya al-Qur’an dalam bentuk yang dapat difahaminya jika dia mahu memahaminya (dengan belajar dan seumpamanya) kemudian dia enggan beramal dengannya maka dia bukanlah muslim dan tidak diberi keuzuran kerana kejahilannya.

                                    [Asilah wa Ajwibah fi Masail al-Iman wal Kufr oleh Syeikh al-Fauzan]

SOALAN 14 :

Adakah disyaratkan dalam menegakkan hujah itu memahami hujah dengan fahaman yang jelas dan terang atau cukup sekadar menegak dan menerangkannya? Kami berharap dapat diperjelaskan dengan dalilnya.

JAWAPAN :

Soalan ini telah kami jelaskan dalam soalan sebelumnya (soalan ke-13 di atas) bahawa sesungguhnya apabila sampai kepadanya al-Qur’an atau al-Sunnah dalam bentuk yang dapat difahaminya jika dia kehendaki..yakni sampai hujah itu dalam bahasa yang dapat difahaminya kemudian dia tidak mempedulikannya dan tidak beramal dengannya maka dia tidak diberi uzur akan kejahilannya kerana dia seorang yang cuai.

[Asilah wa Ajwibah fi Masail al-Iman wal Kufr oleh Syeikh al-Fauzan]

189 – Terdapat sebahagian kaum muslimin yang terjebak dalam perkara-perkara syirik atau mengucapkan perkataan-perkataan syirik kerana jahil bahawa perkara ini menyalahi Manhaj Islam, maka adakah mereka diberi keuzuran (kemaafan) kerana kejahilan ini? Serta apakah yang wajib ke atas penuntut ilmu dan para ulama terhadap manusia dalam perkara-perkara aqidah?.

Jawapan : Sesiapa yang melakukan perkara syirik atau mengucapkan ucapan syirik  sedangkan dia hidup dalam kalangan masyarakat muslim dan dia mampu bertanya kepada ulama serta membaca al-Qur’an dan hadis-hadis nabawai dan mendengar perkataan (ceramah) para ahli ilmu maka dia tidak diberi keuzuran dalam perkara (syirik) yang dia lakukan kerana telah sampai kepadanya dakwah dan hujah.

Adapun mereka yang jauh daripada negeri Islam dan hidup dalam negeri Jahiliah atau dalam masyarakat yang tidak mengenal langsung akan Islam walau sedikit  maka dia diberi uzur kerana kejahilannya kerana belum datang hujah padanya. Tetapi apabila sampai dakwah kepadanya dan jelas kesalahannya wajib atasnya bertaubat kepada Allah Taala.

Pada hari ini, perkembangan media dan alat telekomunikasi dan dekatnya negara-negara kerana pengangkutan yang pantas, tiada lagi orang yang tidak sampai kepadanya dakwah kecuali terlalu sedikit sangat. Ini kerana berikutan perkara ini berkembang dan tersebar juga pemahaman di negara-negara membangun dengan kadar yang menyampaikan hujah. Namun, yang menjadi kemusykilan adalah berlakunya syirik besar dalam kalangan mereka yang hidup di tengah-tengah negara-negara Islam dan terdapat padanya ulama namun mereka tidak menerima dakwah kepada tauhid bahkan menjauhkan diri dan orang lain daripada dakwah serta menuduh para pendakwah Tauhid dengan tuduhan yang sangat keji dan ini merupakan musibah yang sangat hebat.

Maka yang wajib atas para ulama adalah dengan berdakwah kepada Tauhid yang dibawa oleh para Rasul alaihim al-solatu was salam dan memberi peringatan akan perkara yang bertentangan dengan Tauhid iaitu syirik dan menjelaskan dan menjelaskan perkara-perkara syirik besar yang dilakukan oleh masyarakat dan menjelaskan sebab-sebab berlakunya sehingga tertegak hujah dan Allah jualah yang memberi hidayah ke jalan yang benar.

Adapun jika para ulama mendiamkan diri dan membiarkan keadaan atau lebih mengutamakan perkara-perkara sampingan dalam dakwah mereka serta meninggalkan perkara asas seperti yang dilakukan kumpulan-kumpulan dakwah hari ini, tindakan mereka tidak membawa kebaikan sedikit pun dan tidak dianggap sebagai dakwah Islam.

                                                [al-Muntaqa min Fatawa Syeikh Soleh al-Fauzan, jil 2]

 

Terjemahan oleh : Muhammad Asrie bin Sobri, Kuliah Usuluddin wad Dakwah, MEDIU.

URUSAN TAUHID…TIADA UZUR PADANYA

28 Dis

OLEH : SAMAHAH SYEIKH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ R.H.

TERJEMAHAN : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

 

SOALAN : Adakah terdapat uzur (kemafaan) kerana jahil dalam masalah Tauhid yang merupakan teras  agama dan apakah hukum mengkafirkan orang tertentu yang melakukan syirik kerana kejahilannya?

JAWAPAN : Perkara Tauhid tidak diberi keuzuran selama mana seseorang tinggal antara kaum muslimin. Adapun mereka yang tinggal jauh daripada kaum muslimin dan jahil akan tauhid maka keadaannya diserahkan kepada Allah dan hukumnya seperti hukum Ahli Fatrah di hari kiamat di mana mereka akan diuji.

Adapun mereka tinggal dengan kaum muslimin dan mendengar : “Berfirman Allah”, “Bersabda Rasulullah” tetapi dia tidak ambil peduli lalu menyembah kubur, meminta pertolongan dengannya, dan mencela agama (Islam) maka dia dihukum kafir pada dirinya seperti dikata : “Fulan kafir”. Atas pemerintah pula kaum muslimin pula wajib untuk menyuruhnya bertaubat, jika dia enggan maka dibunuh sebagai orang kafir (murtad).  Demikian juga hukum orang yang mempersenda agama atau menghalal yang haram seperti dia berkata : “Zina halal” atau “Arak Halal” atau “Berhukum dengan undang-undang manusia itu halal” atau “Berhukum dengan selain yang Allah turunkan halal” atau “Hukum manusia itu lebih utama daripada hukum Allah”, semua perkara ini adalah riddah (murtad) daripada Islam-kita berlindung kepada Allah daripadanya- ;wajib kepada setiap kerajaan Islam untuk berhukum dengan hukum Allah dan menyuruh rakyatnya yang melakukan perkara yang membatalkan ke-Islaman supaya bertaubat dan jika dia enggan hendaklah kerajaan menghukum bunuh ke atasnya kerana sabda Nabi s.a.w :

من بدل دينه فاقتلوه

Maksudnya : “Sesiapa yang menukar agamanya (murtad daripada Islam) maka bunuhlah dia”. (dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam sahih beliau).

Juga dalam dua kitab sahih (Sahih al-Bukhari dan Muslim)  terdapat riwayat daripada Muaz bin Jabar r.a bahawa beliau memerintahkan sebahagian gabenor supaya membunuh orang murtad jika dia enggan bertaubat lalu berkata : “Sesungguhnya ia adalah hukum Allah dan Rasul-Nya”.

Wajib juga melaksanakan hukuman ini melalui pemerintah yang akan melalui Mahkamah-mahkamah Syariah sehingga hukum Allah dilaksanakan dengan ilmu dan dalil melalui pemimpin-pemimpin; semoga Allah memperbaiki keadaan kita semua kerana Dia sesungguhnya Maha Mendengar lagi Maha Dekat.

 

 

FATWA INI ADALAH DARIPADA MAJMUK FATAWA IBN BAZ, JIL.9 M.S 79

FATWA SYEIKH IBN JIBRIN HAFIZAHULLAH BERKENAAN SYIAH IMAMIAH RAFIDAH

25 Dis

Syeikh Ibn Jibrin Hafizahullah

Syeikh Ibn Jibrin Hafizahullah

NAS FATWA :

السؤال:-

ما حكم دفع زكاة أموال أهل السنة لفقراء الرافضة (الشيعة) وهل تبرأ ذمة المسلم الموكل بتفريق الزكاة إذا دفعها للرافضي الفقير أم لا؟

الجواب:-

لقد ذكر العلماء في مؤلفاتهم في باب أهل الزكاة أنها لا تدفع لكافر، ولا لمبتدع، فالرافضة بلا شك كفار لأربعة أدلة.

الأول: طعنهم في القرآن، وادعاؤهم أنه قد حذف منه أكثر من ثلثيه، كما في كتابهم الذي ألفه النوري وسماه فصل الخطاب في إثبات تحريف كتاب رب الأرباب، وكما في كتاب الكافي، وغيره من كتبهم، ومن طعن في القرآن فهو، كافر مكذب لقوله تعالى (وإنا له لحافظون)(الحجر:9).

الثاني: طعنهم في السنة وأحاديث الصحيحين، فلا يعملون بها، لأنها من رواية الصحابة الذين هم كفار في اعتقادهم، حيث يعتقدون أن الصحابة كفروا بعد موت النبي صلى الله عليه وسلم إلا علي وذريته، وسلمان وعمار، ونفر قليل، أما الخلفاء الثلاثة، وجماهير الصحابة الذين بايعوهم فقد ارتدوا، فهم كفار، فلا يقبلون أحاديثهم، كما في كتاب الكافي وغيره من كتبهم.

والثالث: تكفيرهم لأهل السنة، فهم لا يصلون معكم، ومن صلى خلف السنى أعاد صلاته، بل يعتقدون نجاسة الواحد منا، فمتى صافحناهم غسلوا أيديهم بعدنا، ومن كفّر المسلمين فهو أولى بالكفر، فنحن نكفرهم كما كفرونا وأولى.

الرابع: شركهم الصريح بالغلو في علي وذريته، ودعاؤهم مع الله، وذلك صريح في كتبهم، وهكذا غلوهم ووصفهم له بصفات لا تليق إلا برب العالمين، وقد سمعنا ذلك في أشرطتهم. ثم إنهم لا يشتركون في جمعيات أهل السنة، ولا يتصدقون على فقراء أهل السنة، ولو فعلوا فمع البغض الدفين، يفعلون ذلك من باب التقية، فعلى هذا من دفع إليهم الزكاة فليخرج بدلها، حيث أعطاها من يستعين بها على الكفر، وحرب السنة، ومن وكل في تفريق الزكاة حرم عليه أن يعطى منها رافضيا، فإن فعل لم تبرأ ذمته، وعليه أن يغرم بدلها، حيث لم يؤد الأمانة إلى أهلها، ومن شك في ذلك فليقرأ كتب الرد عليهم، ككتاب القفاري في تفنيد مذهبهم، وكتاب الخطوط العريضة للخطيب وكتب إحسان إلاهي ظهير وغيرها، والله الموفق.

(المرجع : فتاوى الشيخ ابن جبرين، ج 18 ص. 45، المكتبة الشاملة)

TERJEMAHAN :

SOALAN : Apakah hukum memberikan zakat Ahli Sunnah kepada golongan fakir al-Rafidah (Syiah)[1] dan adakah terlepas tanggungan orang yang diwakilkan supaya membahagi-bahagi zakat jika dia memberinya kepada orang Rafidah yang fakir?

JAWAPAN : Para Ulama telah menyatakan dalam karangan mereka dalam bab ahli (yang berhak menerima) zakat bahawa zakat tidak diberi kepada kafir dan kepada Ahli Bidaah. Maka Rafidah adalah kafir tanpa ragu-ragu lagi dengan berdalilkan empat perkara :

Pertama : Celaan mereka terhadap al-Qur’an dan dakwaan mereka bahawa sebanyak 2/3 daripadanya telah dibuang sebagaimana yang termaktub dalam kitab mereka yang dikarang oleh al-Nuri dan dinamakan ‘Faslul Khitab fi Isbat Tahrif Kitab Rabbil Arbab’ (Kata Muktamad dalam Menetapkan Bahawa Berlaku Perubahan dalam Kitab Tuhan sekalian Pemilik) dan dalam Kitab al-Kafi[2] serta selainnya daripada kitab mereka. Barangsiapa yang mencela al-Qur’an maka dia kafir mendustakan ayat Allah Taala : وإنا له لحافظون (dan sesungguhnya Kami baginya (al-Qur’an) adalah penjaganya) – Surah al-Hijr ayat 9.

Kedua : Celaan mereka terhadap Sunnah dan hadis-hadis Sahihain (al-Bukhari & Muslim), maka mereka tidak beramal dengannya kerana hadis-hadis itu daripada riwayat para Sahabat yang merupakan golongan kafir pada pandangan mereka di mana mereka percaya bahawa para sahabat menjadi kafir setelah kewafatan Nabi s.a.w kecuali Ali r.a dan keturunannya, Salman r.a, Ammar r.a dan sebilangan kecil daripada mereka. Adapun tiga khalifah (Abu Bakar r.a, Umar r.a, dan Usman r.a) dan majoriti Sahabat yang membaiat mereka (tiga khalifah ini) telah murtad menjadi kafir maka tidak diterima hadis-hadis (riwayat) mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam Kitab al-Kafi dan selainnya daripada kitab-kitab mereka (Rafidah).

Ketiga : Tindakan mereka mengkafirkan Ahli Sunnah, maka mereka tidak bersolat (berimam) di belakang Sunni dan sesiapa yang solat di belakang (berimam) sunni maka dia mengulang solatnya bahkan mereka beriktikad setiap seorang daripada kita adalah najis maka setiap kita mereka bersalam dengan kita mereka membasuh tangan selepas itu dan sesiapa yang mengkafirkan kaum muslimin maka dia lebih utama dikufurkan. Oleh itu, kita mengkafirkan mereka sebagaimana mereka mengkafirkan kita bahkan lebih utama lagi (kita mengkafirkan mereka).

Keempat : Syirik mereka yang nyata dalam berlebih-lebihan terhadap Ali r.a dan zuriatnya serta mereka menyeru (memohon hajat) kepada mereka bersama Allah (syirik dalam doa) dan perkara ini jelas dalam kitab-kitab mereka. Demikian juga mereka mensifatkan mereka (yakni Imam-imam Syiah) dengan sifat-sifat yang hanya layak untuk Allah s.w.t dan kami telah mendengarnya dalam kaset-kaset mereka. Kmeudian, mereka (Rafidah) juga tidak menyertai masyarakat Ahli Sunnah dan tidak memberi sedekah kepada fakir Ahli Sunnah. Jika mereka lakukannya pun disertai dengan kebencian yang terpendam dan secara Taqiah[3] sahaja.

Oleh itu, sesiapa yang membayar zakat kepada mereka hendaklah dia menggantikannya kerana dia telah memberi kepada orang yang membantu kekufuran dan memerangi sunnah.  Sesiapa yang diwakilkan membahagi zakat, haram atasnya memberi kepada Rafidi dan jika dia melakukannya juga tidak lepas tanggungjawabnya dan hendaklah dia membayar ganti atasnya kerana dia tidak menunaikan amanah kepada yang berhak. Sesiapa yang syak dalam masalah ini (kufurnya Syiah Rafidah) maka bacalah buku-buku yang menolak mereka seperti kitab al-Qafari[4] yang membidas mazhab mereka dan kitab Khutut al-Aridah karangan al-Khtaib[5] dan kitab-kitab Ihsan Ilahi Zahir[6] serta kitab-kitab lainnya dan Allah jualah yang memberi Taufiq.

 

 

[SUMBER : FATAWA SYEIKH IBN JIBRIN, 18/45, CET. MAKTABAH SHAMILAH].

 


[1]Syiah Rafidah merujuk kepada Syiah Imamiah yang memerintah Iran dan bertebaran di bumi Iraq dan beberapa tempat lain lagi. Adapun Syiah Zaidiah yang berpusat di Yaman dan banyak diikuti golongan Syed di Yaman tidak termasuk dalam fatwa Syeikh ini kecuali mereka adalah ahli bidaah.

[2] Al-Kafi adalah Kitab Induk akidah Syiah sama seperti Sahih al-Bukhari di sisi ahli Sunnah.

[3] Taqiah bermakna bermuka-muka. Ia termasuk akidah utama Syiah sehingga menurut mereka : Tidak ada agama bagi mereka yang tidak bermuka-muka.

[4] Iaitulah Kitab Masalah al-Taqrib.

[5] Yakni Syeikh Muhibbudin al-Khatib r.h.

[6] Seyikh Ihsan Ilahi Zahir r.h seorang ulama Salaf di Pakistan. Terkenal dengan usahanya menolak Syiah Imamiah sehingga akhirnya mereka membunuhnya dengan meletupkan pentas tempat dia menyampaikan ceramah. Semoga Syeikh termasuk mereka yang mendapat syahid.amin.

KEBATILAN PERAYAAN KELAHIRAN ISA A.S

25 Dis

Pada setiap 25 Disember mengikut Tahun Masihi, para pengikut agama Kristian Katolik dan Protestan akan merayakan perayaan utama dalam agama mereka iaitu “Krismas” atau Perayaan Kelahiran Nabi Isa a.s.

Namun, sebenarnya perayaan ini tidak wujud dalam agama mereka bahkan ianya adalah satu bidaah dan pendustaan ke atas Allah dan para Rasul-Nya yang dilakukan Nasrani.

Allah s.w.t hanya mensyariatkan satu perayaan tahunan kepada Nabi Isa a.s iaitu perayaan memperingati turunnya ‘Hidangan Langit’ sebagaimana yang dinyatakan Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 114 :

قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Maksudnya : “Isa Ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, Iaitu bagi Kami Yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki”.

Tetapi peryaan ini tidak lagi disambut oleh kaum Nasrani hari ini. Kenapa? Mungkin mereka beralasan ianya tidak disebut dalam Bible namun apakah perayaan Krismas disebut dalam Bible? Kita akan melihat persoalan ini sebaiknya.

Pensyariatan Perayaan dalam Agama Nasrani

Perayaan agama Nasrani bukanlah ditentukan oleh Kitab mereka atau apa-apa sandaran yang berbentuk Rabbani berbeza dengan Islam yang hanya merayakan tiga perayaan sahaja sesuai dengan ketetapan Allah s.w.t (Jumaat, Eidul Fitri, dan Eidul Adha). Nasrani hanya berpegang kepada perkataan dan perintah Paderi mereka sahaja bahkan perayaan mereka sebenarnya berunsur pengaruh agama-agama berhala terdahulu seperti Mitra.

Buktinya, bilangan perayaan Nasrani dan tarikh menyambutnya tidak sama antara satu Gereja dengan Geraja yang lain. Sehingga abad ke-3 Masihi, Nasrani hanya ada 3 perayaan iaitu Ester, Pentacost, dan Hari Raya Mingguan (Hari Ahad).  Perayaan Krismas hanya wujud pada kurun ke-4 Masihi bersama perayaan Ephiphany. Dalam Ensiklopedia Katolik menyatakan : in earlier ages every bishop had a right to establish new feasts.” [ http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Allah s.w.t telah menyatakan sikap Nasrani ini dalam firman-Nya :

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Maksudnya : “mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan”. [al-Taubah : 31].

Dalam kenyataan Bishop Sonnatius daripada Reims menyatakan terdapat 11 perayaan manakala kenyataan Bishope Boniface menyatakan terdapat 19 perayaan Katolik. Pada kurun ke-9 di Englan hanya terdapat perayaan Krismas, Ester, Assumption, St.Peter dan St. Gregory, dan peryaan-perayaan santos.

Dikri Gratia pada tahun 1150 menyatakan terdapat 41 perayaan dan Dikri Gregory ke-10 menyatakan terdapat 45 perayaan pada tahun 1233. Pada tahun 1806 di Perancis, hanya 4 hari raya diiktiraf di Gereja Perncis selepas Revolusi dan penstrukturan semula gereja. Pada tahun 1777, Gereja England menetapkan perayaan adalah : Ester dan Pentacost dua hari setiap satu, Krismas, Tahun Baru Masihi atau New Year (ini menunjukkan sambatuna New Year adalah perayaan keagamaan bukan perayaan adat semata-mata), Ephiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter dan Paul, St. George, dan All Saints. Tetapi pada tahun 1850, perayaan Pentacost, Annuciation, St. Peter, dan Isnin selepas Ester digugurkan. Demikian juga gereja Scotland mempunyai perbezaan dengan gereja England, gereja Greek pula terdapat beberapa perayaan yang berbeza pula dengan dua gereja ini. Di Amerika pula, gereja setiap wilayah dan negerinya mempunyai perbezaan jumlah perayaan. [Ensiklopedia Katolik , http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ].

Sebagaimana kita maklum, perayaan adalah syiar dan lambang bagi sesuatu agama, maka penetapan perayaan Nasrani yang hanya bersumber kepada Paderi dan Pendeta mengisyaratkan dengan isyarat jelas agama mereka hanyalah rekaan Paderi dan Pendeta sahaja bukan diturunkan Allah kepada Nabi Isa a.s sebagaimana dakwaan mereka.

Asal-usul Perayaan Krismas

Konsep merayakan kelahiran Nabi Isa a.s terhasil daripada sikap melampau dan ghuluw terhadap Nabi Isa a.s oleh golongan Nasrani. Ini berbeza dengan kaum muslimin yang tidak menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda telah melarangnya dengan sabda baginda :

لاَ تُطْرُونِي كَمَا أُطْرِيَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ ، وَقُولُوا : عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ

Maksudnya : “Janganlah kamu melampau terhadapku sepertimana diperlakukan kepada Isa bin Maryam tetapi sebutlah : Hamba Allah dan Rasul-Nya”. [al-Bukhari dan Muslim].

Bahkan telah sabit bahawa baginda hanya berpuasa pada setiap Isnin sebagai tanda kelahiran baginda. Tidak pernah Umat Islam semenjak zaman Nabi s.a.w sehingga kurun ke-3 hijrah menyambut kelahiran baginda s.a.w. Namun, setelah perang Salib, kaum Nasarani telah berjaya memujuk syahwat sebahagian kaum muslimin untuk meniru mereka. Maka, hal semacam ini tidak boleh menjadi hujah kepada Nasrani untuk mengutuk Islam.

Tarikh lahir Isa a.s tidak pernah diketahui dan tidak disebut dalam Bible dan hal ini dinyatakan dalam Ensiklopedia Katolik : “Concerning the date of Christ’s birth the Gospels give no help; upon their data contradictory arguments are based.” [ http://www.newadvent.org/cathen/03724b.htm ]

 Lalu bagaimanakah mereka mendapat tarikh 25 Dismeber ini? Jawapannya amat mengejutkan apabila menurut sumber Katolik perayaan dan tarikh ini berdasarkan perayaan Natalis Invicti iaitu perayaan kelahiran Matahari yang dirayakan oleh Rom sebelum mereka memeluk Kristian yakni ketika mereka mengikut agama Mitra.

Dalam Ensiklopedia Katolik menyatakan :

“The well-known solar feast, however, of Natalis Invicti, celebrated on 25 December, has a strong claim on the responsibility for our December date. For the history of the solar cult, its position in the Roman Empire, and syncretism with Mithraism”

Maksudnya : “Bagaimanapun, perayaan matahari yang terkenal; Natalis Invicti yang disambut pada 25 Disember mempunyai kaitan yang kuat dalam menetapkan perayaan bulan Disember kita (Krismas) berdasarkan sejarah penyembahan matahari, kedudukannya (yakni kedudukan matahari) di sisi Empayar Rom, dan penyesuaian dengan ajaran Mitra”.

 [ http://www.newadvent.org/cathen/03724b.htm ]

Dalam Wikidpedia dinyatakan berkenaan Sol Invicti ini :

“Sol Invictus (“Unconquered Sun”) was the Roman state-supported sun god created by the emperor Aurelian in 274 and continued, overshadowing other Eastern cults in importance, until the abolition of paganism under Theodosius I.”

Maksudnya : “Sol Invicti (Matahari Yang Tidak Dapat Ditawan) adalah merupakan Tuhan Matahari yang disokong (penyembahannya) oleh kerajaan Rom yang dicipta oleh Maharaja Aurelian pada tahun 274 M dan berterusan berpengaruh dalam  budaya kepercayaan timur sehingga fahaman Pagan (penyembahan berhala) dijapuskan oleh Theodosius I (yakni dengan memeluk Kristian)”.

[ http://en.wikipedia.org/wiki/Sol_Invictus#cite_note-1 ]

Dinyatakan juga bahawa pada 25 Disember, Rom akan mengadakan perayaan kelahiran Tuhan Matahari ini.

Ini adalah bukti jelas, terang lagi bersuluh bahawa ajaran Nasrani meniru agama Pagan Mitra serta menceduk pemikiran para musyrikin sehingga akhirnya mereka turut menjadi musyrikin.

Oleh sebab itu, kali pertama tarikh 25 Disember ini diperkenalkan oleh Maharaja Constantine, tidak semua Kristian bersetuju. Bahkan pada kurun ke-19 Masihi apabila berlaku Gerakan Reformasi, golongan Puritan membantah Krismas ini bahkan semasa Cromwell memerintah England (1647-1660), dia mengharamkan perayaan Krismas sehinggalah Raja Charles II berjaya merebut semula takhtanya pada tahun 1660 M. [ http://en.wikipedia.org/wiki/Christmas#cite_note-Origin-22 ]

Bukti kedua menunjukkan Krismas berasal daripada ajaran Animisme dan Pagan adalah catatan Ensikolpedia Katolik sendiri bahawa perayaan kelahiran Isa a.s pertama kali disambut adalah di Mesir. Ini berdasarkan catatan Clemet of Alexandaria (seorang santos) pada tahun 200 A.D menyatakan ahli teologi Mesir mendapati kelahiran Isa a.s adalah pada 20 Mei tahun 28 Augustus dan sebahagian lagi menyatakan 19 atau 20 April.

Perkara ini tidak hairan kerana perayaan kelahiran adalah perayaan agama Firaun. Bahkan Origens, seorang Paderi Kristian menyatakan bahawa dalam Suhuf-suhuf suci, mereka yang menyambut hari lahir ini adalah mereka yang berdosa sahaja (seperti Firaun) , bukan mereka yang suci (santos). [Ensiklopedia Katolik, http://www.newadvent.org/cathen/03724b.htm ].

Tetapi malang sekali, Nasrani hari ini menyambut banyak sekali perayaan hari lahir antaranya Krismas, kelahiran Maryam, kelahiran santos-santos mereka dan seumpamanya. Bahkan perayaan hari lahir menjadi perayaan meluas dalam masyarakat Nasrani hari ini dan lebih malang melekat sekali dalam segelintir masyarakat Islam.

Lambang-lambang Agama Syirik dalam Perayaan Krismas

Selain itu, dalam menyambut Krismas sendiri kita dapat melihat betapa perayaan ini berasal daripada agama berhala. Antaranya pokok Krismas di mana pokok ini hanya diperkenalkan pada kurun ke-16 Masihi di Jerman dan amat dipercayai berpunca daripada pemujaan pokok fern ini oleh masyarakat Pagan Jerman pada kurun pertengahan dan apabila mereka memeluk Kristian, adat berhala ini dibawa sekali.  [ http://en.wikipedia.org/wiki/Christmas_tree#cite_ref-SIEFSLEIP_0-0 ]

Begitu juga adat memberi kad dan hadiah Krismas berpunca daripada agama Pagan. [  http://www.newadvent.org/cathen/03724b.htm ]. Demikian juga adat menghidang khinzir Krismas atau Christmas Ham merupakan hidangan yang asalnya dipersembahkan orang Jerman kepada tuhan syirik mereka Freyr. [ http://en.wikipedia.org/wiki/Christmas_ham ]. Lebih dahsyat lagi Khinzir ini diharamkan dalam Bible :

And the pig, because it parts the hoof but does not chew the cud, is unclean for you. Their flesh you shall not eat, and their carcasses you shall not touch. [Deu 14:8, English Standard Version Bible].

Dengan jelas menunjukkan bahawa Taurat melarang mereka memakan babi kerana ianya najis dan dilarang sentuh. Babi juga merupakan tempat syaitan menurut Bible :

So he gave them permission. And the unclean spirits came out, and entered the pigs, and the herd, numbering about two thousand, rushed down the steep bank into the sea and were drowned in the sea. [Mar 5:13, English Standard Version Bible].

Jelas dalam Injil Marqus bahawa babi adalah tempat di mana Isa a.s membuang jiwa-jiwa kotor yakni syaitan sebagaimana dalam dinyatakan dalam  Injil Matta (8:31).

Ini mendedahkan satu lagi kekarutan dan kebatilan agama Nasrani di mana mereka mengubah hukum sesuka hati mereka, menghalalkan yang haram dan sebaliknya. Nauzubillah min zalik.

Kesimpulan

Segala bukti-bukti dan pengakuan daripada sumber-sumber Kristian sendiri menunjukkan bahawa perayaan Krismas adalah satu perayaan yang tidak ada asal usulnya daripada ajaran Nabi Isa a.s. yang sebenar. Oleh kerana perayaan adalah lambang dan wajah sebenar sesebuah agama dan akidahnya, maka kita dapati bahawa ajaran Kristian atau Nasrani ini bukanlah ajaran Nabi Isa a.s tetapi ajaran Syirik ciptaan manusia-manusia yang menzalimi diri mereka sendiri lagi berada dalam kesesatan.

* LAWATI JUGA LAMAN WEB : http://www.missionislam.com/knowledge/christmashistory.html

HUKUM MENYERTAI PERAYAAN KAFIR

23 Dis

Sejak beberapa tahun kebelalangan ini setiap kali tiba sahaja musim perayaan maka masalah Kongsi Raya akan sering dipolemikkan. Jadi atas rasa tanggungjawab menjelaskan syubhat yang ditimbulkan oleh beberapa pihak politik yang bertanggungjawab mengadakan amalan ini maka saya menulis makalah ringkas ini yang murni daripada pengaruh-pengaruh selain Al-Quran dan As-Sunnah As-Sahihah dan Fatwa-fatwa Ulama’ Salafus Soleh yang muktabar.

Amalan kongsi raya bukanlah bidaah yang baru namun telah wujud sejak sekitar tahun 600 Hijrah lagi[1]. Jadi amalan ini adalah bidaah kerana tidak pernah ada dalam zaman salaf soleh iaitu dari 1-300 Hijrah. Tetapi Malaysia bukanlah yang pertama mengadakannya dan begitu juga bukanlah Malaysia sahaja yang menghadapi masalah ini, bahkan negara-negara Arab juga seperti Palestin, Syria, Kuwait dan lain-lain lagi. Jadi sebelum Ulama’-ulama’ Malaysia mengeluarkan fatwa lagi telah ramai ulama’-ulama’ Arab mengeluarkan fatwa terhadap masalah ini antaranya Al-Marhum Syeikh Muhammad Ibn Soleh Al-Uthaimin, Syeikh Safar Al-Hawali, Al-Marhum Al-‘Allamah Mujaddidul Muhaddithin Syeikh Al-Albany, Al-Marhum Sohibus Samahah Syeikh Ibn Baz dan Syeikh Soleh Al-Munajjid Rahimahumullah.

Apakah hukumnya?

Jadi apabila kita telah tahu ia telah lama ada maka tidak perlu lagilah kita bersusah payah memerah otak hendak berijtihad mencari hukumnya kerana ulama’-ulama’ dahulu telah pun mengarang beberapa buah kitab yang membahsakan masalah ini Cuma kita sahaja yang tidak sedar. antara yang famous adalah:

  1. Iqtidha’ sirathil Mustaqim fi Mukhalafi Ashabil Jahim oleh Syeikhul Islam Abdul Halim Ibn Taimiah Al-Harrani Rahimahullah.
  2. Tasybihul Khasis bi Ahlil Khamis- Oleh Al-Hafiz Az-Zahabi anak murid kepada Ibn Taimiyyah dan empunya kitab Mizanul I’tidal.
  3. Ahkam Ahliz Zimmah- Oleh Al-‘Allamah Ibn Qayyim Rahimahullah.

 Kitab-kitab ini membicarakan hukum perayaan kuffar dan sama ada khusus berkenaan masalah itu seperti 2 kitab yang di atas atau secara umum seperti Kitab Ahkam Ahli Zimmah.

 Dalil-dalil Haramnya menyertai perayaan Kuffar:

  1. Firman Allah S.W.T:

    وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

    Maksudnya: dan (hamb-hamba Ar-Rahman itu) mereka tidak menghadiri Az-Zur dan apabila mereka melintas dengan perkara yang sia-sia mereka lalu dengan penuh kemuliaan.

    Ini adalah ayat ke-72 surah Al-Furqan yang menceritakan sifat-sifat ‘Ibadur Rahman atau Hamba Ar-Rahman iaitulah orang mukmin sejati. Kalimah Az-Zur asalnya bermakna segala perkara batil dan dusta tetapi diperlihatkan seakan elok. Ulama’ terdapat 2 tafsiran, pertama ia adalah saksi palsu tetapi ini lemah kerana jika persaksian maka mestilah disebut: لا يشهدون بالزور- dengan adanya ba’ ta’diah dan ayat yang dibelakang menolak makna persaksian ini iaitu ‘lalu di majlis sia-sia’ dan ini merupakan tafsiran kepada Az-Zur.Pendapat yang kuat ialah pendapat kedua iaitu majlis-majlis yang terdapat kebatilan kerana majlis yang batil ini memperlihatkan kebatilan itu seakan baik.Contoh: Mengadakan konsert nyanyian dengan tujuan amal. Majlis Nyayian adalah batil namun diperlihatkan seakan ia baik dengan ditambah perkataan amal dibelakangnya. Mujahid meriwayatkan daripada Ibn Abbas makna Az-Zur ialah “Perayaan-perayaan Musyrikin”. Ulama’ lain menyatakan ia adalah “Majlisul Ghina’ wal Ma’azif” (Majlis Nyanyian dan Muzik)[2].Namun kedua-dua tafsiran ini saling lazim-melazimkan kerana Perayaan kuffar itu tidak lepas daripada nyanyian dan muzik kerana itulah sembahyang raya mereka dan perkara ini jelas. Jika terdapat tafsiran yang lain seperti majlis yang melalaikan dan sebagainya ia adalah tafsir bin Nau’-تفسير بالنوع-iaitu tafsir dengan jenis. Ini semisal jika seorang bertanya kepadamu, Apakah makna burung lalu engkau jawab seperti helang dan merpati. Masalah ini amat jelas dalam ilmu mantik dalam bab At-Ta’rif jadi tidak perlu dipanjangkan bicara lagi. Jadi jelas bahwa haram atas mukmin itu menghadiri perayaan kuffar kerana melanggar sifat-sifatnya sebagai mukmin.

    1. Hadis-hadis Rasulullah S.A.W. yang sahih telah menyatakan haramnya:

    عن ‏ ‏ابن عمر ‏ ‏قال ‏
    ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من تشبه بقوم فهو منهم

    Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dalah daripadanya– [Riwayat Abu Daud dalam Kitabul Libas dan Ahmad dan At-Thabrani[3]].

     Hadis ini paling kurang darjatnya adalah Hasan Li Ghairih.Jadi kita tahu ada lagi hadis yang semakna dengan hadis ini.

    Hadis yang kedua diriwayatkan Tarmizi:

    حدثنا قتيبة حدثنا بن لهيعة عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :   ليس منا من تشبه بغيرنا لا تشبهوا باليهود ولا بالنصارى فإن تسليم اليهود الإشارة بالأصابع وتسليم النصارى الإشارة بالأكف

     Maksudnya: Telah memberitakan kepada kami(At-Tarmizi) Ibn Lahi’ah daripada ‘Amru bin Syuaib dari bapanya dari datuknya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: ” Bukanlah daripada kami sesiapa yang meniru dengan selain kami,janganlah meniru Yahudi dan Nasrani dan sesungguhnya salam Yahudi itu dengan isyarat jari dan salam Nasrani itu dengan tapak tangan.

    Hadis ini Hasan li ghairih[4]. Berdasarkan hadis ini ulama’ melarang mengangkat tangan apabila kita berjumpa sebagai isyarat salam[5]. Ibn Taimiyyah mengatakan sekurang-kurang Hadis Ibn Umar di atas menyatakan haram bertasyabbuh walaupun zahir hadis menyatakan murtadnya orang yang bertasyabbuh. Oleh itu tidak hairanlah jika ada ulama’ mazhab Hanafiyyah dan Malikiyyah berfatwa “murtadlah orang yang memberi hadiah lilin pada nasrani di hari krismas”.

     Ibn Umar R.A. berfatwa:

    من بنى بأرض المشركين وصنع نيروزهم ومهرجانهم وتشبه بهم حتى يموت حشر معهم يوم القيامة

     “sesiapa yang tinggal di negeri musyrikin dan memebuat perayaan nairuz dan mahrajan mereka dan meniru gaya hidup mereka hingga mati maka dia akan dibangkitkan di hari kiamat dalam golongan mereka(musyrikin)”.[6]

     Ini adalah hukum yang jelas. Ini juga jawapan kepada mereka yang berkata yang haram hanyalah menyertai ibadat mereka pada perayaan tersebut seperti masuk ke geraja. Mahrajan dan Nairuz adalah perayaan kebangsaan orang Farsi dan dikatakan di Iran sampai sekarang puak-puak syiah yang bodoh itu masih melakukannya. Ia bukan berkaitan solat dan sebagainya, Mahrajan dan Nairuz adalah seperti Tahun Baru Cina di Malaysia iaitu perayaan Kaum. Jadi jika perayaan Kaum sudah diharamkan kerana asalnya ia datang daripada kaum musyrik maka bagaimana pula dengan krismas,Depavali, Thaipusam dan Tahun Baru Masihi yang berkait langsung dengan agama.

     Lebih jelas mari kita lihat hadis yang menjadi awal-awal pensyariatan Hari Raya ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha:

    عن ‏ ‏أنس ‏ ‏قال ‏
    ‏قدم رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏المدينة ‏ ‏ولهم يومان يلعبون فيهما فقال ما هذان اليومان قالوا كنا نلعب فيهما في الجاهلية فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إن الله قد أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الأضحى ويوم الفطر ‏

    Maksudnya: Daripada Anas bin Malik R.A.: Telah tiba Rasulullah S.A.W. di Madinah dan bagi penduduk Madinah itu ada 2 hari yang mereka bermain dan bersuka-suka padanya lalu Baginda bersabda: apakah 2 hari ini? Mereka menjawab: Adalah kami bermain dan bersuka-suka pada keduanya di waktu jahiliah. Maka Bersabda Rasulullah S.A.W.: Sesungguhnya Allah telah gantikan tempat kedua hari ini dengan Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri.- Riwayat Abu Daud,Nasai,Turmizi dan Ahmad. Hadis ini hadis sahih.[7]

    Ulama’ Hadis menyatakan dua hari itu ialah Hari Nairuz dan Mahrajan iaitu awal Tahun orang Farsi dan sejarah telah menyatakan Arab telah lama diperintah oleh Farsi kecuali Hijjaz namun pengaruh Farsi telah meresap melalui perdagangan dengan Farsi ataupun melalui negara Arab di bawah jajahan Farsi seperti Hirah. Titik Hujah di sini ialah perkataan ” bermain dan bersuka-suka” dalam hadis itu. Rasulullah S.A.W. telah melarang para sahabat bermain dan bersuka-suka pada hari Mahrajan dan Nairuz dan ini bukan sekadar larangan menyertai kuffar di gereja pada hari raya mereka bahkan dilarang menzahirkan kesukaan kita sekalipun bersempena hari raya itu dan termasuklah bersuka-suka itu mengucapkan tahniah kepada mereka.

    Hari Nairuz adalah awal tahun Farsi dan di asakan oleh Hamshid iaitu raja di zaman Nabi Hud A.S. Dia telah mengembalikan ajaran agama yang sebenar dan menegakkan keadilan.Oleh itu, diadakan perayaan ini. Kemudian Datang pula Arfadun yang lalu mengadakan perayaan Mahrajan bersempena bertakhtanya beliau dan musim menuai[8]. Jelas dua perayaan yang dilarang Rasulullah S.A.W. ini bukanlah perayaan yang melibatkan unsur ibadat berhala seperti solat di gereja dan tokong tetapi hanyalah hari yang diraikan dengan mainan dan kegembiraan pelbagai rupa sahaja. Jadi haramlah juga mengadakan rumah terbuka kepada mereka  bersempena perayaan mereka walaupun untuk muslim sahaja.

    Memberi ucapan tahniah kepada mereka juga adalah terlarang kerana ini menzahirkan kegembiraan dan keredhaan kepada kekufuran mereka. Ibnul Qayyim Rahimahullah telah meriwayatkan ijma’ ulama’ akan haramnya tahniah kepada kuffar bersempena perayaan mereke:

    وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه .[9]

     Maksudnya: “dan adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: ” ‘Eid Mubarak”(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. dan hukum ini(haram) jika selamat pengucapnya daripada kufur maka ia adalah haram seumpama memberi tahniah kepada kafir atas sujudnya pada salib bahkan itu lebih besar dosanya di sis Allah daripada memberi tahniah kepada peminum arak dan pembunuh dan penzina dan seumpamanya”.– Lihat Ahkam Ahli Zimmah.

     Ketahuilah, pada hari raya mereka itu para nasrani dan hindu akan sujud dan sembahyang di biara dan tokong mereka jadi haramlah memberi tahniah.Perlu dijelaskan di sini, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi Rahimahullah telah mengeluarkan fatwa bahwa harus mengucapkan tahniah sahaja. Beliau berpendapat bahawa boleh mengucapkan tahniah tanpa menghadiri apa-apa upacara perayaan itu walaupun rumah terbuka[10]. Namun pendapat beliau ini lemah sekali dan menyalahi Ijma’. Ibn Qayyim telah meriwayatkan ijma’ terlebih dahulu daripada Al-Qardhawi dan Ibn Qayyim lebih mengetahui tentang ijma’ dan ikhtilaf dari Al-Qardhawi kerana Ibn Qayyim hidup dalam kurun ke-6 Hijrah. Al-Qardhawi menyatakan fatwa beliau tanpa menyebut sebarang fatwa ulama’ lain sebelum beliau akan hal tersebut[11]. Jadi ini menunjukkan memang wujud ijma’ sebelum beliau dan beliau telah menyalahi ijma’. Dalil beliau hanyalah untuk menunjukkan tasamuh terhadap Zimmi dan ini tidak diterima kerana tasamuh perlulah mengikut garis panduan syara’. Dalil seterusnya akan menunjukkan salahnya pendapat Al-Qardhawi tersebut.

    3. Ijma’ Sahabah.

     Para Sahabat telah ijma’ haram menzahirkan perayaan kuffar di negeri Islam. Telah tersebar dalam kitab-kitab Syafi’i,Hanbali,Hanafi dan Maliki bahawa tidak boleh Ahli Zimmah menzahirkan perayaan mereka di dalam negeri Islam.

     (فصل) ويمنعون من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم، لما روى عبد الرحمن بن غنم في كتاب عمر رضى الله عنه على نصارى الشام شرطنا أن لا نبيع الخمور ولا نظهر صلباننا ولا كتبنا في شئ من طرق المسلمين ولا أسواقهم ولا نضرب نواقيسنا الا ضربا خفيا، ولا نرفع أصواتنا بالقراءة في كنائسنا في شئ من حضرة المسلمين، ولا نخرج شعانيننا ولا باعوثنا ولا نرفع أصواتنا على موتانا.

    Maksudnya: “(Fasal) dan mereka (Ahli Zimmah) dilarang menzahirkan arak, khinzir, memukul loceng gereja, mengeraskan bacaan Taurat, menunjukkan salib, menzahirkan perayan-perayaan mereka dan mengangkat suara-suara(ratapan) atas kematian kerana diriwayatkan Abdul Rahman bin Ghanam R.A. dalam tulisan beliau terhadap perjanjian Umar R.A. kepada Nasrani Syam: Syarat Kami(Nasarani Syam) bahawa hendaklah kami tidak menjual arak,dan tidak pula menzahirkan salib-salib kami, kitab-kitab kami di jalan Muslimin dan pasar-pasar mereka, dan tidak akan memukul naqus melainkan pukulan yang ringan(tidak kuat), dan tidak mengautkan bacaan di gereja-gereja kami pada kehadiran orang Islam dan tidak akan mengeluarkan lilin-lilin kami dan bauth kami(pada hari raya) dan tidak akan menguatkan ratapan kematian”.-Al-Majmu’ Syarhul Muhazzab.[12]

     Ini jelas dan mereka yang menolong kuffar melakukan perkara-perkara ini adalah pengkhianat kepada Islam dan Umatnya. Mana mungkin seorang muslim menolong seorang zimmi mengkhianati perjanjian yang telah dimeterai sejak sekian lama antara kerajaan Islam dan orang-orang nasrani. Dalam Tabyinul Haqaiq sebuah kitab Fiqh Mazhab Hanafi menyatakan tidak boleh dalam jual beli meletakkan masa qabadh atau penyerahan salam pada hari Nairuz dan Mahrajan dan Puasa Yahudi kerana hari itu adalah majhul bagi orang muslim. Ini menunjukkan tidak dizahirkan hari-hari ini dalam negara Islam.

     Jadi jelaslah pada kita bahawa hukum kongsi raya bukanlah baru tetapi telah lama wujud tetapi musuh-musuh aqidah dan Islam telah cuba menyembunyikan perkara ini dan menyesatkan ramai golongan muslimin atas nama perpaduan dan nasionalisme.  Semoga risalah kecil ini menjadi panduan untuk memudahkan pemahaman kita terhadap masalah ini.Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah pengacau agama dan semoga Allah tetapkan kita di atas Iman dan Islam yang hakiki sehingga kita menemuiNya nanti..Amin..Wallahu A’la wa A’lam.

     


    [1] .تشبيه الخسيس لأهل الخميس- Al-Imam al-Hafiz Az-Zahabi

    [2] . Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Al-Qurthubi

    [3] Awnul Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud,Kitabul Libas.

    [4] Sunan Tarmizi bi Tahqiqil Albani(Mukhtasar).

    [5] Fatwa Syeikh ‘Atiyyah Saqar,Lajnah Al-Ifta’ Jami’ah Al-Azhar Asy-Syarif

    [6] Awnul Ma’bud Syarhi Sunan Abi Daud,Kitabul Libas.

    [7] . Awnul Ma’bud Syarhi Sunan Abi Daud, Kitabul Libas dan Hasan Ayyub,DR., Fiqhul Ibadat,Bab Solatul ‘Eidain.

    [8] .Al-Huqail, Ibrahim B. Muhammad, أعياد الكفار وحكم المشاركة فيها

    [9] Ahkam Ahli Zimmah oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyyah.

    [10] Fatwa Al-Qardhawi di http://www.qaradawi.net

    [11] .Ibid

    [12] Al-Majmu’ syarhul Muhazzab,Kitab As-Sair

KHOMEINI : AYAT ALLAH ATAU AYAT SYAITAN?

22 Dis

 

 

 PENGENALAN KEPADA KHOMEINI

 
Ruh Iblis Ayat Syaitan al-Khomeini
Ruh Iblis Ayat Syaitan al-Khomeini

 

 

 

Khomeini atau disebut oleh pengikutnya sebagai Ayatullah Ruhullah Khomeini yang membawa maksud Khomeini Ayat dan Ruh Allah.

Khomeini merupakan figur atau tokoh sejarah dunia yang agung dan terkenal kerana dialah pengasas Republik Islam Iran dan berjaya menggulingkan Shah Muhammad Reza Pahlavi pada tahun 1979 M melalui Revolusi Islam Iran.

Khomeini dilahirkan di bandar Khomein yang terletak di arah Barat Daya Tehran, ibu negara Republik Iran pada tahun 1902 M/ 1320 H. Nama sebenarnya Mustafa Ahmad al-Musawi al-Khomeini. Datuknya Ahmad berasal daripada India kemudian berhijrah ke Iran pada tahun 1885 M. Bapanya mati dibunuh setahun setelah kelahirannya dan ketika dia hampir baligh, ibunya meninggal dunia. Dia dibesarkan oleh abangnya dan mendalami ajaran Syiah sehingga menjadi seorang ulama Syiah. Pada  tahun 1965 M, Shah Muhammad Reza Pahlavi telah membuang Khomeini ke Turki kemudian dia meminta izin supaya dibuang ke Iraq lalu mendapat kebenaran Syah dan pemerintah Iraq. Dia tinggal di Iraq selama 15 tahun dan menjadikan Najaf sebagai tempat tinggalnya. Dia tidak melancarkan apa-apa serangan terhadap Syah Iran sehinggalah tahun 1968 M apabila Parti Baath memerintah Iraq. Parti Baath mengalu-alukan para penentang Syah Iran dan Khomeini diberi kedudukan istimewa sehingga dia diberi slot  radio tersendiri untuk mengembangkan idea revolusinya.

Kerajaan Iraq memberikan Khomeini kebebasan dan keistimewaan sehingga permohonannya supaya hukuman mati terhadap Syed Hasan Syirazi ditarik balik turut diperkenan kerajaan Revolusi Iraq. Bahkan Saddam Husein selaku Timbalan Ketua Majlis Revousi Iraq menerima permohonan tersebut.

Kemudian, dia cuba untuk berpindah ke Kuwait setelah kerajaan mengenakan sedikit sekatan ke atasnya tetapi kerajaan Kuwait enggan membenarkan lalu kerajaan Iraq berkenan untuk menerimanya kembali.

Pada tahun 1978 M, Khomeini meninggalkan Iraq lalu pergi ke Paris dan menetap di sana sehinggalah kejatuhan Syah Iran pada tahun 1979 M. Apabila jatuhnya Syah Iran, Muhammad Reza Pahlavi, Khomeini diangkat sebagai pemimpin agung Iran dikenali sebagai (Ruhbar). Pada tahun 1989 M ketika berumur 89 tahun.

AKIDAH KHOMEINI

Khomeini adalah pengikut setia ajaran Syiah Imam Dua Belas atau dikenali juga sebagai Syiah Imamaiah, Syiah Jaafariah, dan al-Rafidah.

Khomeini dalam menjalankan pemerintahan berteraskan bahawa dia adalah wakil kepada Imam al-Hujjah al-Qaim al-Mahdi al-Muntazar, Muhammad bin Hasan al-Askari iaitulah imam Syiah ke-12 yang kononya ghaib dan akan datang semula di akhir zaman. Berikut beberapa pandangan akidah Khomeini :

PERTAMA : WILAYATUL FAQIH

Konsep wilayatul faqih bermaksud, Ruhbar yakni Pemimpin Tertinggi Iran adalah wakil kepada Imam ke-12 yang ghaib dan hendaklah wakil ini daripada kalangan ulama dan maraji’ Syiah.

Konsep ini adalah warisan daripada Dinasti Safawiah iaitulah kerajaan Syiah Iran yang pertama dan sekaligus kerajaan Syiah Imamiah yang pertama di atas muka bumi di mana Syah Ismail al-Safawi mengisytihar dirinya sebagai wakil Imam Ghaib. Akidah ini membolehkan pemerintah yakni al-Faqih tadi berbuat sesuka hati tanpa ditentang kerana menurut Khomeini, al-Faqih ini memiliki Ilmu yang sempurna dan Keadilan yang mutlak. Berkata Khomeini :

لو قام الشخص الحائز لهاتين الخصلتين بتأسيس الحكومة تثبت له نفس الولاية التي كانت ثابتة للرسول الأكرم – صلّى الله عليه وآله وسلّم -، ويجب على جميع النّاس إطاعته

Maksudnya : “jikalau bangun seseorang yang cukup dua perkara ini (ilmu dan adil) dengan mendirikan kerajaan maka sabit baginya kekuasaan yang sama yang sabit bagi Rasul yang paling mulia s.a.w dan wajib atas sekalian manusia mentaatinya”. [al-Hukumah al-Islamiah, 80].

Akidah ini adalah kufur kerana menyamakan ‘kekuasaan’ Faqih dengan ‘kekuasaan’ Rasul sedangkan menurut Islam, pemerintah selepas Rasul itu hanya sama daripada segi tugas bukan kekuasaan kerana Rasul berhak menghalal dan mengharamkan adapun pemerintah hanya memastikan manusia mengikut undang-undang yang telah Allah dan Rasul-Nya tetapkan.

Melalui konsep ini, Khomeini meletakkan dirinya sama dengan Rasul dan Imam-imam Syiah dalam kekuasaan walaupun tidak sama dari segi kedudukan dan martabat. Oleh itu, terdapat beberapa ulama Syiah sendiri menentang konsep ini.

 

KEDUA : IMAM SYIAH DAN KEDUDUKAN MEREKA

Berkata Khomeini :

من ضروريات مذهبنا أنه لا يصل أحد إلى مراتب الأئمة – عليهم السّلام – المعنوية. حتى الملك المقرّب، والنّبي المرسل.

Maksudnya : “termasuk perkara daruri mazhab kita (Syiah) bahawa sesungguhnya tidak ada seorang pun yang boleh mencapai martabat Imam-imam ‘alaihimussalam secara maknawi bahkan Malaikat yang hampir dengan Allah dan Nabi yang diutuskan pun (tidak akan sama dengan Imam Syiah)”. [al-Hukumah al-Islamiah, 84].

Menurut Khomeini, Imam-imam syiah adalah lebih hebat daripada Nabi-nabi dan para Rasul serta Malaikat. Akidah ini merupakan akidah umum Syiah Imamiah sebagaimana yang disebut dalam kitab agung mereka Usul al-Kafi :

قال أبو عبد الله » أن عندنا والله سرا من أسرار الله وعلما من علم الله، والله ما يحتمله ملك مقرب ولا نبي مرسل«

Maksudnya : “Berkata Abu Abdullah (yakni Jaafar al-Sadiq) : Sesungguhnya di sisi kami (yakni para Imam Syiah) rahsia daripada rahsia-rahsia Allah dan ilmu daripada ilmu-ilmu Allah, demi Allah, tidaklah dibawa (yakni rahsia dan ilmu ini) malaikat yang dekat (dengan Allah) dan Nabi yang diutuskan (Rasul)”. [al-Kafi, 1/331, Kitab al-Hujjah].

Akidah ini adalah kufur kerana Ahli Sunnah wal Jamaah telah bersepakat mengkafirkan Ibn Arabi al-Sufi apabila dia mengatakan Wali lebih afdal daripada Nabi sedangkan Ahli Sunnah wal Jamaah telah bersepakat : ‘Seorang Nabi lebih afdal (utama) di sisi Allah daripada sekalian wali’ [Syarh al-Tahawiah, 1/504 dan selepasnya].

KETIGA : RUBUBIAH PARA IMAM

Akidah Syiah Imamiah percaya Imam mempunyai kuasa sebagaimana kuasa Tuhan dalam mentadbir ‘alam ini. Ini merupakan kekufuran yang lebih daripada kekufuran Abu Lahab dan Abu Jahal. Berkata Khomeini :

إذ للإمام مقامات معنوية مستقلة عن وظيفة الحكومة. وهي مقام الخلافة الكلية الإلهية التي ورد ذكرها على لسان الأئمة – عليهم السّلام – أحياناً. والتي تكون بموجبها جميع ذرات الوجود خاضعة أمام “ولي الأمر”.

Maksudnya : “ini kerana bagi imam itu kedudukan-kedudukan maknawi yang tersendiri terpisah daripada tugasan pentadbiran iaitulah keududukan Khilafah yang menyeluruh bersifat ketuhanan yang sabit penyebutannya daripada Imam-imam dan yang dengannya sekalian zarrah yang wujud tunduk kepada Waliyyul Amri (Imam)”. [Al-Hukumah Al-Islamiah, 84].

Perkataan Khomeini ini merujuk kepada akidah Syiah dalam Kitab al-Kafi :

أَ مَا عَلِمَتْ أَنَّ الدُّنْيَا وَ الْآخِرَةَ لِلْإِمَامِ يَضَعُهَا حَيْثُ يَشَاءُ وَ يَدْفَعُهَا إِلَى مَنْ يَشَاءُ جَائِزٌ لَهُ ذَلِكَ مِنَ اللَّهِ

Maksudnya : “tidakkah engkau tahu bahawa dunia dan akhirat itu untuk Imam, dia mengurusnya sekehendaknya dan dia memberinya kepada sesiapa yang dia hendaki harus baginya daripada Allah”. [Kitab al-Kafi bi Tahqiq al-Majlisi wal Bahbudi, 4/350, m.s 409].

Dalam Biharul Anwar dinyatakan :

عن أبي عبد الله قال « والله لقد أعطينا علم الأولين والآخرين. فقيل له: أعندك علم الغيب؟ فقال له: ويحك! إني لأعلم ما في أصلاب الرجال وأرحام النساء»

Maksudnya : Daripada Abu Abdullah (Jaafar al-Sadiq) katanya : “Demi Allah telah diberi kepada kami (yakni para Imam Syiah) ilmu golongan terdahulu dan terkemudian”. Maka ditanya kepadanya : Adakah kamu mempunyai ilmu ghaib? Maka jawabnya : “Cis kamu! Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada dalam sulbi lelaki dan rahim wanita”. [Bihar al-Anwar, 27/26].

Akidah ini jelas kufur kerana menyandarkan hak tasarruf dalam kerajaan Allah kepada makhluk dan mendakwa ilmu ghaib berada pada makhluk.

 Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 26 :

قُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثُوا لَهُ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَبْصِرْ بِهِ وَأَسْمِعْ مَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا يُشْرِكُ فِي حُكْمِهِ أَحَدًا

Maksudnya :“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Dia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya” .

Dan firman-Nya dalam surah Luqman ayat 34 :

إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya : “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya” .

KEEMPAT : KESEMPURNAAN SYARIAT ISLAM

Khomeini berkeyakinan bahawa syariat Islam belum sempurna sehingga datangnya Imam Mahdi yang Ghaib itu. Akidah ini sangat-sangat kufur kerana firman Allah s.w.t :

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya :”pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..”. – [Al-Maidah : 3]

Sedangkan menurut Khomeini :

فكل نبي من الأنبياء إنما جاء لإقامة العدل وكان هدفه هو تطبيقه في العالم، لكنه لم ينجح وحتى خاتم الأنبياء (ص) الذي كان قد جاء لإصلاح البشر وتهذيبهم وتطبيق العدالة فإنه هو أيضا لم يوفق. وإن من سينجح بكل معنى الكلمة ويطبق العدالة في جميع أرجاء العالم هو المهدي المنتظر.

Maksudnya : “Maka setiap Nabi itu datang untuk menegakkan keadilan dan matlamatnya adalah melaksanakannya dalam alam tetapi dia tidak berjaya sehinggakan Penutup sekalian Nabi s.a.w sekalipun yang telah datang untuk memperbaiki keadaan manusia, mendidik mereka, dan menegakkan keadilan tetapi sesungguhnya baginda juga tidak berjaya. Adapun yang akan berjaya dalam usaha ini dan menegakkan keadilan di segenap penjuru alam adalah al-Mahdi al-Muntazar”. [Mukhtarat min Ahadis wa Khutab al-Khomeini, 42].

Ucapan Khomeini amat buruk adabnya dengan Rasulullah s.a.w dan dengan sekalian Nabi dan Rasul serta kufur kepada Allah s.w.t.

KELIMA : KEDUDUKAN SAHABAT DAN SALAF SOLEH

Khomeini memusuhi para sahabat Nabi s.a.w terutama Abu Bakar, Umar, Usman dan Muawiyah radiallahu’anhum. Ini jelas dalam kenyataannya :

بعد رحلة الرّسول الأكرم  صلّى الله عليه وآله وسلّم  لم يسمح المعاندون وبنو أمية لعنهم الله باستقرار الحكومة الإسلامية بولاية علي بن أبي طالب  عليه السلام.لم يسمحوا بتحقق الحكومة التي كانت مرضية عند الله تعالى وعند الرّسول الأكرم  صلّى الله عليه وآله وسلّم  وفي النتيجة بَدَّلوا أساس الحكومة.

Maksudnya : “selepas kewafatan Rasul yang mulia s.a.w para penentang (yakni sahabat) dan Bani Umaiah -semoga mereka dilaknat Allah- tidak membenarkan berdirinya kerajaan Islam di bawah pemerintahan Ali bin Abi Talib a.s. Mereka tidak membenarkan terlaksananya kerjaan yang diredai allah dan Rasul yang mulia s.a.w dan natijahnya mereka mengubah asas kerajaan”. [al-Hukumah al-Islamiah, m.s 60].

Khomeini mencaci Muawiyah r.a dengan katanya :

وهكذا تكون حكومة العدل الإسلامية، فهي ليست كتلك الحكومات التي تسلب الشعب الأمن، وتجعل النّاس يرتجفون في بيوتهم خوفاً من مفاجآتها وأعمالها. كما كان الأمر في حكومة معاوية وأمثالها من الحكومات، حيث سلب النّاس الأمن

Maksudnya : “dan demikianlah kerajaan Islam yang adil, maka ia tidak sama dengan kerajaan-kerajaan yang mencabut keamanan rakyat dan menjadikan mereka takut berada dalam rumah mereka sendiri daripada serangan pegawai-pegawai kerajaan seperti kerajaan Muawiyah dan yang seumpamanya daripada kerajaa-kerajaan yang menghilangkan keamanan rakyat”. [Ibid, m.s 111].

Akidah ini merupakan akidah seluruh orang Syiah Imamiah sebagaimana tertera dalam kitab mereka :

إنَّ أبا بكر وعمر كانا كافرين , الذي يحبهما فهو كافر أيضاً

Maksudnya : “sesungguhnya Abu Bakar dan Umar adalah kafir, orang yang mencintai keduanya adalah kafir juga”. [al-Majlisi, Haqqul Yaqin, m.s 522].

Akidah Syiah Imamiah ini adalah kufur kerana Allah s.w.t telah berfirman :

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya : dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [al-Taubah :100].

Dengan jelas dalam ayat ini Allah s.w.t meredai sahabat, demikian juga dalam ayat-ayat lain yang banyak. Baginda Rasul s.a.w juga bersabda :

لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِى ، فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُ

Maksudnya : “Janganlah kamu mencela sahabat-sahabatku kerana sesungguhnya jika seorang daripada kamu menginfakkan emas sebesar Uhud sekalipun tidak akan sama kedudukannya dengan sedekah para sahabatku sebanyak satu cupak dan tidak juga setengah daripadanya”. [al-Bukhari & Muslim].

Begitu juga Sabda Nabi s.a.w :

أبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ ، وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ ، وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ ، وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ ، وَطَلْحَةُ في الْجَنَّةِ ، وَالزُّبَيْرُ في الْجَنَّةِ ، وعَبْدُ الرَّحْمَانِ بْنُ عَوْفٍ في الْجَنَةِ ، وَسَعْدُ بْنُ أبي وَقَّاصٍ فِي الْجَنَّةِ ، وَسَعِيدُ بْنُ زَيْدٍ بْنِ عَمْرٍ فِي الْجَنَّةِ ، وأبو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ فِيَ الْجَنَّةِ.

Maksudnya : “Abu Bakar dalam syurga, Umar dalam Syurga, Usman dalam syurga, ali dalam syurga, Talhah dalam syurga, al-Zubair dalam syurga, Abdul Rahman bin Auf dalam syurga, Saad bin Abi Waqqas dalam syurga, said bin Zaid dalam syurga, Abu Ubadidah al-Jarah dalam syurga”. [Ahmad, al-Tarmizi, al-Nasai dalam Kubra, dan Abu Daud dengan jalan daripada Said bin Zaid].

Sabda Nabi s.a.w kepada Muawiyah r.a :

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا , وَاهْدِ بِهِ

Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah dia (yakni Muawiyah) sebagai yang memberi pembimbing kepada kebenaran, diberi bimbingan ke arah kebenaran, dan jadikanlah dia sebagai penyebab hidayah”. [Ahmad & al-Tarmizi].

Ayat dan hadis-hadis ini menjadi bukti bahawa Syiah Imamiah dan Khomeini mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Mereka telah mengikuti jejak langkah para Munafik dalam membenci sahabat radiallahu’anhum.

KEENAM : SIAPAKAH TUHAN KHOMEINI?

Ini adalah persoalan terpenting dalam akidah Khomeini iaitu siapakah Tuhan yang disembah Khomeini? Khomeini menjawab :

” إننا لا نعبد إلهاً يقيم بناء شامخا للعبادة والعدالة والتدين ، ثم يقوم بهدمه بنفسه ، ويجلس يزيداً ومعاوية وعثمان وسواهم من العتاة في مواقع الإمارة على الناس ، ولا يقوم بتقرير مصير الأمة بعد وفاة نبيه ”

Maksudnya : “Sesungguhnya kami (Syiah Imamiah) tidak menyembah Tuhan yang mendirikan bangunan yang hebat untuk ibadah, keadilan, dan bergama (yakni Islam) kemudian Dia memusnhakannya dengan sendiri dan mendudukkan Yazid (anak Muawiyah), Muawiyah, Usman, dan selain mereka daripada penzalim di atas kerajaan manusia dan tidak menetapkan hala tuju umat kewafatan Nabi-Nya”. [Kasyful Asrar, m.s 123 & 124].

Maka jelas tuhan Khomeini bukanlah Allah s.w.t tetapi tuhan yang wujud dalam khayalannya sendiri. Realiti telah menyatakan bahawa Usman r.a, Muawiyah r.a dan Yazid r.h telah pun menjadi Khalifah dan memerintah, begitu juga Bani Umayyah dan Abbasiah. Kejadian ini berlaku di bumi kita ini dalam alam ini. Menurut akidah kaum muslimin, semua kejadian dalam alam ini berlaku dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. Maka, jika Khomeini hendak menyembah Tuhan yang tidak melantik Usman r.a, Muawiyah r.a dan lainnya sebagai khalifah, tidak ada jalan lain bagi Khomeini kecuali dengan menyembah selain Allah…!! Demikian juga dengan jelas Khomeini mencela Saidina Usman bin Affan r.a dan Muawiyah r.a sedangkan kedua-duanya adalah sahabat besar Rasulullah s.a.w. Usman adalah menantu Rasulullah dan Muawiyah adalah ipar Rasulullah sehingga digelar Khalul Mukminin (Bapa Saudara Orang-orang Beriman).

KETUJUH : KHOMEINI DAN AL-QUR’AN

Khomeini Laknatullahi ‘alaih telah menuduh para sahabat radiallahu’amhum mengubah al-Qur’an. Katanya :

 

Maksudnya : “Jikalau masalah Imamah telah sabit dalam al-Qur’an maka sesungguhnya mereka ini yang tidak mengambil berat akan Islam dan al-Qur’an kecuali dengan tujuan keduniaan dan kepimpinan adalah mereka ini menjadikan al-Qur’an sebagai jalan untuk melaksanakan tujuan mereka yang mencurigakan dan mereka menghilangkan ayat-ayat dari mushafnya dan menggugurkan al-Qur’an daripada pandangan dunia selama-lamanya dan mengaibkan al-Qur’an dan kaum muslimin selama-lamanya dan dengan itu menisbahkan keaiban yang sama dihukum ke atas kitab-kitab Yahudi dan Nasrani kepada kaum muslimin” [Kasyful Asrar, m.s 132].

Khomeini cuba menyatakan bahawa jikalau Allah s.w.t menyatakan dalam al-Qur’an sekalipun bahawa Ali r.a adalah Khalifah selepas Rasulullah s.a.w tentulah para sahabat akan menghilangkan ayat-ayat tersebut. Tuduhan ini sangat tidak masuk akal. Bagaimana mungkin para sahabat yang menjadi kepercayaan Rasulullah s.a.w sanggup melakukan hal yang terkutuk ini? Dan mana mungkin al-Qur’an yang dipelihara oleh Allah s.w.t sendiri mampu diubah? !! Allah s.w.t berfirman :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” [al-Hijr : 9].

Apakah Allah s.w.t cuai dalam menjaga al-Qur’an sehingga akan ada yang mampu mengubahnya?!

Golongan Syiah cuba menafikan akidah mereka bahawa al-Qur’an diubah tetapi perkataan Khomeini ini sangat jelas bahawa dia mengiktiraf tidak mustahil berklakunya pengubahan al-Qur’an daripada Khulafa’ yang tiga dan Muawiyah radiallahu’anhum. Demikian Khomeini mengiktiraf doa Sonamai Quraish yang dibaca Syiah dalam solat mereka untuk melaknat Abu Bakar dan Umar radiallahu’anhuma dan di dalam doa itu sangat jelas menyatakan Abu Bakar dan Umar mengubah al-Qur’an. [Lihat Kitab Iksir ad-Da’awat].

KELAPAN : SYIRIK MENURUT KHOMEINI

Khomeini dalam kitanbya beranggapan memohon doa kepada mayat dan menyeru roh si mati adalah tidak syirik :

 

Maksudnya : “dan selepas jelas bahawa syirik itu apabila meminta sesuatu kepada selain Tuhan sekalian ‘alam di atas asas benda yang diminta itu adalah sembahan maka jika selain asas ini tidaklah syirik (yakni meminta kepada makhluk tanpa iktikad makhluk itu Tuhan tidaklah syirik) dan tidak ada bezanya (tempat meminta itu) hidup atau mati. Maka meminta hajat kepada batu kecil atau besar bukanlah syirik sekalipun ianya amalan batil. Kemudian jika kita meminta pertolongan daripada ruh-ruh suci daripada kalabgan nabi-nabi dan imam-imam yang mana mereka ini diberi qudrat oleh Allah (maka ini bukanlah syirik)”. [Kasyful Asrar, m.s 49].

Demi Allah, kami bersaksi bahawa kalam ini serupa sekali dengan perkataan orang-orang Tasawuf tertutama Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah . Maka, dengan akidah ini Khomeini menafikan Abu Lahab, Abu Jahal dan seluruh musyrikin Qurasih adalah syirik. Ini kerana musyrikin Quraish bukanlah meminta kepada Lata dan Uzza kerana keduanya Tuhan tetapi sebagai wasilah (perantara) antara mereka dengan Tuhan sahaja.  Firman Allah s.w.t surah al-Zumar ayat ke-3 :

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى

Maksudnya : “dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): “kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”.

Golongan ini menurut Khomeini tidaklah syirik tetapi Allah berkata :

 إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Maksudnya :  “Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)”.

Jelas Allah menghukum mereka sebagai Syirik Akbar (syirik besar) yang meletakkan mereka sebagai golongan Kufur.

Siapakah Khomeini sehingga dia berani memberikan hukum yang berbeza dengan hukum Allah s.w.t?!!  Sedangkan Khomeini berani berkata Abu Bakar r.a dan Umar r.a telah menyalahi al-Qur’an maka sekarang siapa yang sebenarnya menentang al-Qur’an?!! [Lihat Kasyful Asrar, m.s. 131-135]. Laknat Allah ke atas Khomeini dan yang seumpamanya!!Amin.

KESEMBILAN : PANDANGAN KHOMEINI TERHADAP AHLI SUNNAH

Khomeini berdusta apabila kononnya dia menyeru kepada kesatuan Islam kerana dia mengkafirkan  selain Syiah Imamiah :

وأما النواصب والخوارج لعنهم الله تعالى فهما نجسان من غير توقف ذلك على جحودهما الراجع إلى إنكار الرسالة

Maksudnya : “adapun Nawasib dan Khawarij Laknat Allah atas mereka maka keduanya adalah najis tanpa teragak-agak lagi kerana keingkaran mereka (terhadap Imamah Ali) yang membawa kepada keinkaran Risalah (Rasulullah s.a.w)”. [Tahrir al-Wasilah, 118].

Pandangan Khomeini ini berdasarkan akidah Syiah Imamiah bahawa selain Imami adalah kafir :

واتفقت الإمامية على أن أصحاب البدع كلهم كفار

Maksudnya : “dan telah bersepakat Imamiah bahawa semua ahli bidaah adalah kafir”. [Awail al-Maqalat, m.s 49].

Maka, sebodoh-bodoh makhluk adalah mereka yang mengajak kepada mendekatkan mazhab Ahli Sunnah dengan Syiah atau yang disebut sebagai al-Taqrib. Kita boleh mencampurkan air mineral dengan air sirap tetapi kita tidak boleh mencampur air dengan minyak..Fahamilah!.

 

PENUTUP

 

KEDUDUKAN KHOMEINI DALAM SYARIAT :                                                         

Perkataan-perkataan Khomeini adalah zahir kufur dan zindiq dan diketahui Khomeini mati dalam akidahnya ini serta tidak pernah kembali bertaubat walaupun telah ditegakkan hujah. Oleh itu, hukum yang layak kepada Khomeini adalah dia kafir kepada Allah s.w.t kerana mencerca sahabat dan menghina Syariat serta merendah-rendahkan Allah s.w.t dan tidak mengkafirkan mereka yang dinyatakan kafir oleh Allah s.w.t dalam al-Qur’an. [Fatwa ini sama dengan fatwa Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albany r.h bertarikh 26/12/1407 H bersamaan 22 Ogos 1987 M.].

HUKUM KUBAH HIJAU

17 Dis

Kubah Hijau

PENGENALAN KEPADA KUBAH HIJAU DAN SEJARAHNYA

Dalam sejarah Islam, terdapat dua Kubah Hijau iaitulah pertamanya Kubah Hijau Baghdad yang merupakan bumbung istana Darul Khilafah (Istana Khalifah) Bani Abbasiah yang dibina oleh Khalifah al-Mansur r.h[1].

Kedua adalah Kubah Hijau yang menaungi Kubur Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda Abu Bakar dan Umar r.a. Kubah Hijau inilah yang dimaksudkan dalam tulisan ini dan sebagaimana yang tertera di dalam gambar di atas.

Kubah Hijau ini dibina pada zaman kesultanan Mamalik tahun 678 H. Sultan ketika itu adalah Qalawun al-Alfi al-Solihi. Pada zaman Usmaniah, di era Sultan Abdul Hamid II bersamaan tahun 1228 H kubah ini dicat dengan warna hijau.

Maka, daripada segi sejarah kubah ini, kita dapati ia tidak dibina di zaman Rasulullah s.a.w, tidak juga zaman Khulafa’ al-Rasyidin, tidak juga zaman tabiin, bahkan tidak juga zaman tabi’ tabiin. Maka, pembinaan kubah ini langsung tidak menjadi dalil keharusan membina kubah di atas kubur.

Kedudukan Kubur Nabi s.a.w dan Dua Sahabat Baginda

Kubur Nabi s.a.w, Abu Bakar r.a, dan Umar r.a bukanlah di dalam Masjid Nabawi sebagaimana sangkaan sesetangah manusia tetapi kubur baginda berada di luar daripada kawasan Masjid iaitu berada dalam bilik (rumah) Aisyah r.a sedangkan rumah Aisyah r.a ini melekat dengan masjid yakni dinding rumah Aisyah bercantum dengan dinding masjid. Namun, para ulama telah ijmak bahawa bangunan yang melekat dengan masjid bukanlah sebahagian daripada masjid selama mana ia tidak dimasukkan ke dalam kawasan masjid[2].

Pada tahun 88 Hijrah dalam bulan Rabul Awwal, Khalifah al-Walid bin Abdul Malik al-Umawy memerintahkan gabenornya, Umar bin Abdul Aziz r.h untuk meluaskan Masjid Nabawi dan meruntuhkan rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w untuk dijadikan kawasan masjid. Fuqaha Sepuluh tidak bersetuju kerana mereka tidak mahu rumah-rumah Ummuhatul Mukminin yang menjadi lambang kehidupan zuhud Rasulullah s.a.w  namun Al-Walid bertekad juga untuk melaksanakannya. Rumah Aisyah r.a berada di sebelah timur masjid dan qiblat berada di selatan.

Oleh sebab ini Said bin al-Musayyab r.h tidak bersetuju memasukkan bilik Aisyah dalam masjid kerana takut kawasan kubur Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda dijadikan sebagai kawasan masjid[3].

Namun, para tabiin rahiamahumullah memahami perkara ini lalu mereka memisahkan kubur Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda daripada masjid dengan tiga tembok. Berkata Ibn Qayyim r.h :

ودعا بأن لا يجعل القبر الذي قد ضمه وثنا من الأوثان

فأجاب رب العالمين دعاءه وأحاطه بثلاثة الجدران

Maksudnya : “dan baginda berdoa supaya kuburnya tidak menjadi berhala yang disembah, maka Tuhan sekalian ‘alam memperkenankan doanya dan kuburnya diliputi 3 lapis dinding”[4].

Ini kerana, sebaik ditanam Rasulullah s.a.w dijadikan dinding memisahkan kawasan tempat tinggal Aisyah dengan kawasan kubur. Maka jadilah rumah beliau dua bahagian. Kemudian, setelah dtanam Umar, Aisyah berpindah dan dijadikan dinding yang menutup terus rumah tersebut kecuali tingkapnya sahaja. Kemudian apabila zaman al-Walid, Umar bin Abdul Aziz membina sebuah lagi dinding dan dijadikan dinding bahagian utara (yakni kawasan kubur) berbentuk tiga segi supaya apabila orang bersolat tidak menghadap kubur. Jarak antara dindng Umar dengan dinding sahabat adalah jauh. Maka dinding Umar ini sekaligus mengeluarkan kawasan perkuburan Rasulullah s.a.w dan dua sahabat baginda daripada kawasan masjid. Maka dindng yang menjadi pagar kawasan kubur dengan kawasan masjid inilah yang bercamtum dengan masjid. Selepas itu, dibina pula diding ketiga yang memisahkan dinding Umar dengan masjid. Jadilah dinding yang ketiga inilah yang bercantum dengan masjid. Di atas asas dinding yang ketiga inilah berdirinya Kubah Hijau. Kemudian dibina pula pagar besar selepas dinding ketiga dan jarak antara pagar besi ini daripada dinding ketiga adalah 1 meter setengah sehingga 82 meter. Setiap dinding in tidak mempunyai sebarang pintu atau lubang sehingga sesiapa yang menjenguk melalui pagar ini, yang dlihat hanyalah kawasan dinding ketiga dan kawasan kubur masih jauh ke dalam[5]. Oleh itu, jelas bahawa kubur Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda bukanlah berada dalam kawasan masjid tetapi kekal di dalam bilik Aisyah r.a.

Larangan Rasulullah s.a.w Menjadikan Kubur Sebagai Tempat Ibadat

عن عائشة – رضي الله عنها – « أن أم سلمة ذكرت لرسول الله صلى الله عليه وسلم كنيسة رأتها بأرض الحبشة وما فيها من الصور ، فقال : ” أولئك شرار الخلق عند الله ، أولئك إذا مات فيهم الرجل الصالح أو العبد الصالح بنوا على قبره مسجدا ، وصوروا فيه تلك الصور ، أولئك شرار الخلق عند الله »

Maksudnya : Daripada Aisyah r.a : Bahawa Ummu Salamah r.a menceritakan kepada Rasulullah s.a.w berkenaan sebuah gereja yang dilihatnya d Habsyah dan berkenaan gambar-gambar yang ada di dalamnya, maka sabda Nabi s.a.w : “Itulah sekeji-keji makhluk di sisi Allah, mereka itu (Kristian) apabla mati seorang lelaki soleh dalam kalangan mereka, mereka bina di atas kuburnya masjid (tempat ibadat) dan mereka lukis gambar-gambar itu, merekalah sekeji-keji makhluk di sisi Allah”. [al-Bukhari dan Muslim].

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani :

وَفِيهِ كَرَاهِيَة الصَّلَاة فِي الْمَقَابِر سَوَاء كَانَتْ بِجَنْبِ الْقَبْر أَوْ عَلَيْهِ أَوْ إِلَيْهِ

Maksudnya : “dan pada hadis ini menunjukkan dibenci untuk bersolat di perkuburan sama ada bersebelahan kubur atau di atasnya atau menghadapnya”[6].

Imam al-Nawawi r.h dalam Syarahnya terhadap Sahih Muslim meletakkan hadis di atas dalam bab : “Bab Larangan Membina Masjid di atas Kubur dan Membuat Gambar-gambar di Dalamnya”[7].

Daripada Aisyah r.a juga katanya :

“لما نُزل برسول الله – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- طفق يطرح خميصة له على وجهه، فإذا اغتم بها كشفها، فقال وهو كذلك: “لعنة الله على اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد” يحذِّر ما صنعوا، ولولا ذلك أُبرز قبره، غير أنه خُشي أن يُتخذ مسجداً

Maksudnya : “Apabila Rasulullah s.a.w didatangi kematian (dalam nazak), baginda menutup wajahnya dengan kain, apabila susah untuk bernafas baginda membukanya lalu bersabda dalam keadaan itu : Laknat Allah ke atas Yahudi Nasrani yang menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid. (kata Aisyah) Baginda melarang umatnya berbuat demikian, jika tidak tentulah akan dizahirkan kubur baginda tetapi takut ianya dijadikan kuburan”. [al-Bukhari dan Muslim].

Menurut Imam al-Nawawi, maksud Aisyah r.a dengan tidak dizahirkan kuburan Nabi s.a.w adalah dengan membina tiga dinding yang kami sebutkan. Jadi jelaslah daripada hadis ini, para sahabat berpandangan dengan adanya tiga dinding itu, kuburan Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda tidak termasuk dalam kawasan masjid[8].

Daripada Jundub r.a, Nabi s.a.w bersabda :

وإن من كان قبلكم كانوا يتخذون قبور أنبيائهم وصالحيهم مساجد ألا فلا تتخذوا القبور مساجد إني أنهاكم عن ذلك

Maksudnya : “dan sesungguhnya umat sebelum kamu mereka menjadikan perkuburan Nabi-nabi mereka dan orang-orang soleh mereka sebagai masjid (tempat ibadat), maka janganlah kamu jadikan kuburan sebagai masjid sesungguhnya aku melarang kamu daripada melakukan perkara itu”. [Muslim].

Hadis ini jelas menunjukkan haramnya menjadikan kuburan sebagai tempat ibadat. Perkara ini adalah ijmak ulama Ahli Sunnah wal Jamaah[9].

Dalam riwayat Malik dan Ahmad bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“اللهم لا تجعل قبري وثناً يُعبد. اشتد غضبُ الله على قوم اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد”

Maksudnya : “Ya Allah, Janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah, amat besar kemurkaan Allah atas kaum yang menjadikan kuburan Nabi-nabi sebagai masjid”[10].

Hadis ini menunjukkan larangan berlebih-lebih terhadap kubur sehingga menjadikan berhala yang disembah.

عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: “لعن رسول الله -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- زائرات القبور، والمتخذين عليها المساجد والسُّرج”

Maksudnya : Daripada Ibn Abbas r.a katanya : “Rasulullah s.a.w telah melaknat wanita-wanita yang melazimi ziarah kubur, orang yang menjadikannya (kubur) sebagai masjid, dan yang meletakkan lampu (di kubur)”. [Riwayat Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].

Hadis ini melarang kita berlebih-lebihan menyanjung kuburan kerana akan membawa kepada syirik. Oleh itu, menyanjung kuburan dengan menghiasinya dan sebagainya adalah dosa besar. Nauzubillah min zalik.

Hukum Membuat Binaan Kubur

Hukum membuat binaan kubur adalah dilarang dalam syariat Islam kerana ia termasuk perkara yang membawa kepada pemujaan kubur dan menjadikannya tempat ibadat.

Terdapat beberapa hadis sahih yang melarangnya :

عنْ أبي وَائِلٍ، أَنّ عَليَا قالَ لأَبِي الهَيّاجِ الأسَدِيّ: أبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي به النبيّ صلى الله عليه وسلم: “أنْ لاَ تَدَع قَبْراً مُشْرِفاً إلاّ سَوّيْتَهُ، ولاَ تِمْثَالاً إلاّ طَمَسْتَهُ”

Maksudnya : Daripada Abu Wael bahawa Ali r.a berkata kepada Abul Hiyaj al-Asadi : “Aku menghantarmu (dengan suatu perintah) sebagaimana Rasulullah s.a.w menghantarku (dengan suatu perintah)iaitu janganlah kamu membiarkan kuburan yang ditinggikan melainkan engkau ratakan dan janganlah kau biarkan patung melainkan engkau pecahkan”. [Riwayat al-Jamaah kecuali al-Bukhari dan Ibn Majah].

Dalam hadis ini terdapat larangan keras membina kuburan dan berkata al-Syaukani r.h :

وَمِنْ رَفْعِ الْقُبُورِ الدَّاخِلِ تَحْتَ الْحَدِيثِ دُخُولًا أَوَّلِيَّا الْقُبَبُ وَالْمَشَاهِدُ الْمَعْمُورَةُ عَلَى الْقُبُورِ

Maksudnya : “dan termasuk secara lebih aula larangan meninggikan kuburan yang dilarang dalam hadis adalah kubah-kubah dan mashad-mashad yang dibina di atas kubur”[11].

عن جابر قال : نهى رسول الله صلى الله عليه و سلم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه

Maksudnya : Daripada Jabir r.a kata beliau :”Rasulullah s.a.w telah melarang untuk menyemen kubur dan duduk di atasnya dan membuat binaan atasnya”[12].

Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w melarang kita daripada mengapur kubur atau menyemennya, duduk di atas kubur, dan membuat binaan di atasnya. Maka, jikalau sekadar menyapu semen atau kapur pun dilarang oleh syarak kerana takut membawa kepada syirik dan pemujaan kubur bagaimana pula dengan membina kubah dan bangunan-bangunan mewah di atasnya.

Berkata al-Husoini al-Syafii r.h :

ويكره تجصيصه والكتابة عليه وكذا البناء عليه فلو بني عليه إما قبة أو محوطا ونحوه نظر إن كان في مقبرة مسلبة هدم لأن البناء والحالة هذه حرام

Maksudnya : “dan dimakruhkan menyemen (mengapur) kubur dan menulis di atasnya demikian lagi membuat binaan atasnya, maka jika dibina atasnya sama ada kubah atau pagar dan seumpamanya dilihat; jika ianya perkuburan waqaf (kubur awam) maka dimusnahkan (binaan) kerana membuat binaan  dalam keadaan ini adalah haram”[13].

Berkata pengarang Manarus Sabil[14] :

ويكره تزويقه ، وتجصيصه ، وتبخيره لقول جابر نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر ، وأن يبنى عليه ، وأن يقعد عليه رواه مسلم ، زاد الترمذي وأن يكتب عليها . وتقبيله ، والطواف به والصحيح تحريمه ، لأنه من البدع ، وقد روي أن ابتداء عبادة الأصنام تعظيم الأموات

Maksudnya : “dan dimakruhkan menghiasnya (kubur), menyemennya, dan  memberikannya wangian berdasarkan hadis Jabir Nabi s.a.w melarang disemen kubur dan dibina atasnya dan diduduk atasnya; diriwayatkan Muslim, al-Tarmizi (dalam riwayatnya) menambah : dan (dilarang) menulis di atasnya. Demikian juga menciumnya dan tawaf mengelilinginya. Adapun yang sahih adalah diharamkannya kerana ianya termasuk bidaah dan telah diriwayatkan bahawa permulaan menyembah berhala adalah memuja orang mati”[15].

Berkata Ibn Hajar al-Haitami r.h :

وَتَجِبُ الْمُبَادَرَةُ لِهَدْمِهَا وَهَدْمِ الْقِبَابِ الَّتِي عَلَى الْقُبُورِ

Maksudnya : “dan wajib bersegera memusnahkannya (masjid-masjid di atas kubur) dan kubah-kubah yang berada di atas kuburan”[16].

Daripada kenyataan ulama di atas, kita dapati bahawa para ulama telah bersepakat dilarang membina kubah di atas kubur. Namun, mereka berbeza pendapat apakah hukum larangan itu sama ada makruh atau haram. Ini jika kubah ini tidak dijadikan tempat ibadat dan bukan di perkuburan awam. Adapun jika kubah ini dijadikan sebagai tempat bertabaruk, membayar nazar dan bersolat serta seumpamanya daripada ibadat, maka mereka bersepakat ianya haram dan wajib diruntuhkan.

Kedudukan Kubah Hijau

Hadis-hadis di atas jelas tidak menegcualikan kuburan Nabi s.a.w bahkan kuburan baginda lebih utama untuk dibersihkan daripada perkara-perkara makruh apatah lagi haram. Oleh itu, sekurang-kurang hukum Kubah Hijau hari ini adalah makruh yakni dibenci oleh Allah s.w.t kerana ia tidak lagi menjadi tempat syirik setelah dikawal oleh Kerajaan Arab Saudi. Tetapi kami melihat, pendapat yang rajih adalah haram membina sebarang kubah di atas kubur kerana ia termasuk dalam erti kata ‘Tasyrif’ yang diperintah Rasulullah s.a.w supaya diratakan. Inilah pendapat sekumpulan Hanabilah, Syafiiah, dan dirajihkan al-Syaukani r.h.

Oleh itu, yang afdalnya hendaklah kerajaan Saudi dan sekalian kerajaan-kerajaan Islam[17] berusaha membuang Kubah Hijau ini supaya tidak menjadi fitnah kepada mereka yang jahil dan generasi mendatang. Demikian lagi wujudnya kubah ini adalah penghinaan kepada Rasulullah s.a.w dan menyalahi sunnah baginda. Oleh itu, amat tidak layak untuk dibiarkan kubah ini terus wujud.

Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi menyatakan :

“Tidak sah berhujjah dengan perbuatan manusia membina kubah di atas kubur Nabi s.a.w bahawa harus membina kubah di atas kubur-kubur lainnya sama ada orang soleh atau bukan, kerana pembinaan mereka akan kubah di atas kubur Nabi s.a.w itu adalah haram dan pembuatnya berdosa kerana menyalahi akan apa yang sabit daripada Abul Hiyaj al-Asadi : ‘Berkata kepadaku Ali bin Abu Talib r.a : Aku mengutusmu sebagaimana Rasulullah s.a.w mengutusku supaya tidaklah engkau biarkan kubur yang ditinggikan melainkan engaku ratakan dan sebuah patung melainkan engkau pecahkan’…” [Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi, 9/83]. Wallahua’lam.

 


[1] Tarikh Baghdad, 1/31-32. Kubah ini bertahan selama 180 tahun lebih sehingga ia runtuh di zaman al-Wasiq Billah (329 H).

[2] Sebagai contoh kawasan Sa’i walaupun bercantum dengan bangunan Masjidil Haram namun ia bukan kawsan masjid. Maka wanita yang haid dan orang junub masih boleh memasukinya dan melakukan sa’i.

[3] Al-Bidayah wan Nihayah, 9/89-90

[4] Al-Qasidah al-Nuniah, 252.

[5] Al-Tamhid fi Syarhi Kitab al-Tauhid, 365-368.

[6] Fathul Bari , 2/148

[7] Al-Minhaj, 5/11

[8] Ibid, 5/14.

[9] Lihat Tashniful Asma’ bi Ba’di Masail Ijmak.

[10] Muwatta’ (85), Ahmad, 2/246. Lihat : al-Mulakhas fi Syarhi Kitab al-Tauhid, 1/178.

[11] Nailul Autor, 6/276

[12] Muslim (970)

[13] Kifayatul Akhyar, 1/164

[14] Iaitulah Ibn Dauban, Ibrahim bn Muhammad. Wafat pada tahun 1353 H.

[15] Manarus Sabil, 1/117.

[16]Al-Zawajir,  1/386

[17] Usaha ini mesti datang daripada OIC dan Rabitah Fiqh Sedunia sepertimana usaha meluaskan tempat Saie yang melibatkan fatwa setiap majlis fatwa negara Islam supaya Ahli Bidaah tidak memiliki hujah ke atas Ahli Sunnah untuk memfitnah mereka.