Tag Archives: Gaza

GENDERANG TAKFIR BERBUNYI DI SELA-SELA DENTUMAN BOM ISRAELI

23 Jan

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

 

Sejak bertahun-tahun lamanya gerakan al-Ikhwan al-Muslimun cuba menyembunyikan hakikat bahawa mereka mengkafirkan kaum muslimin dengan kaedah takfir Khawarij.

Bau busuk takfir Ikhwanul Muslimin ini pertama kali dihidu apabila Ikhwan berpakat dengan Gamal Abdul Nasir, Presiden pertama Mesir, menggulingkan al-Malik Faruq, Raja Mesir terakhir.

Kemudian tembelang mereka bocor apabila Syed Qutub rahimahullah menulis Fi Zilalil Qur’an. Syed Qutub dalam tafsirnya, Fi Zilal al-Qur’an menyatakan masyarakat Islam pada masa itu sebagai:

مجتمع جاهلي مشرك

Maksudnya: “Masyarakat Jahiliah Musyrik” [Fi Zilal al-Qur’an, 3/187].

Ucapan Syed Qutub ini menimbulkan fahaman Khawarij moden dan hakikat ini diakui sendiri oleh bekas pengikut setia Ikhwan, Dr. Yusuf al-Qardawi hafizahullah wa hadah.

 [Lihat: http://www.islamonline.net/Arabic/Karadawy/part3/2003/11/article02.shtml ].

Terdapat juga usaha-usaha pihak yang menyokong syed Qutub yang disebut Qutbiah menyatakan bahawa yang bersalah bukanlah Syed Qutub, tetapi mereka yang gagal memahami perkataan Syed yang kononnya mendalam dan sasterawan. Usaha mereka ini sama sahaja dengan pembela al-Hallaj dan Ibn Arabi al-Sufi, walaupun jelas mereka mengucapkan kalimah kufur, pengikut mereka terus membela dengan pelbagai takwil fasid.

Namun, baru-baru ini ketika Gaza sibuk menerima hujan fosforus daripada Saudara-saudara kera dan babi, Yahudi yang dilaknat Allah, Ikhwan al-Muslimun sekali lagi memalu genderang takfir apabila mengkafirkan Presiden Husni Mubarak, Presiden Mesir dengan alasan Presiden Husni berpakat dengan kaum Yahudi memerangi kaum muslimin di Gaza semata-mata kerana tidak membuka sempadan Rafah. Kenyataan yang diberi nama: Kenyataan 100 Ulama Berkenaan Gaza, turut melibatkan Ketuan Pertubuhan Ansar al-Sunnah Mesir, Syeikh Jamal al-Murakini hafizahullah. Namun, beliau dengan serta merta mendedahkan betapa jahatnya pihak yang mengeluarkan kenyataan ini dengan menyatakan beliau sama sekali tidak tahu berkenaan kenyataan itu dan tidak memberi apa-apa tandatangan. Bahkan Syeikh Jamal al-Murakibi menyatakan kenyataan itu menyalahi manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah dan menyatakan bahawa dakwaan sempadan Rafah ditutup dan bantuan dihalang oleh kerajaan Mesir adalah satu pembohongan.

 Selain itu, kenyataan itu juga tidak dapat disahkan penisbatannya kepada nama-nama Ulama yang dinyatakan sekaligus menunjukkan pihak Takfiri sanggup menipu kaum muslimin dalam usaha menghalalkan jenayah mereka.

 

Hakikat Yang Sengaja Dilupakan

Saya telah menyebut dalam artikel sebelum ini, Pengajaran daripada Gaza, terdapat pihak yang sengaja melupakan realiti demi mengambil peluang menjatuhkan kerajaan dan mendapat kuasa. Mereka menuduh kerajaan Mesir berpakat dengan Yahudi kerana tidak membuka sempadan Rafah, sedangkan mereka tahu sama ada sempadan Rafah dibuka atau tidak tentera Yahudi telah bersedia di seberang sana untuk menyekat apa-apa bantuan.

Pihak Yahudi juga dilaporkan membedil sempadan Rafah sehingga mencederakan beberapa rakyat Mesir. Ini menunjukkan kerajaan Mesir bukanlah sengaja tidak membuka sempadan Rafah, tetapi terdapat sesuatu maslahat yang menghalang mereka melakukannya.

Sunnguhpun demikian, kerajaan Mesir tetap berusaha menyampaikan bantuan dan berjaya meloloskan beberapa doktor ke Gaza melalui sempadan Rafah dan Presiden Husni Mubarak selepas tamatnya serangan mendedahkan memang sempadan Rafah telah dibuka tetapi dengan kawalan demi keselamatan Mesir.

 

Antara Semangat dan Syariat

Andaikan sungguh kerajaan Mesir tidak menolong saudara mereka di Gaza, tetapi kerana darurat dan maslahah rakyatnya, tentulah perkara ini diakui syarak. Dinyatakan dalam al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah:

وَمَحَل التَّعَيُّنِ عَلَى مَنْ بِقُرْبِهِمْ إِنْ لَمْ يَخْشَوْا عَلَى نِسَائِهِمْ وَبُيُوتِهِمْ مِنْ عَدُوٍّ بِتَشَاغُلِهِمْ بِمُعَاوَنَةِ مَنْ فَجَأَهُمُ الْعَدُوُّ ، وَإِلاَّ تَرَكُوا إِعَانَتَهُمْ .

Maksudnya: “dan keadaan yang mengubah Jihad menjadi fardu ain ke atas mereka yang berada dekat dengan negeri Islam yang diserang musuh adalah jika mereka tidak takut akan keselamatan wanita-wanita dan rumah-rumah mereka daripada serangan musuh kerana mereka membantu kaum muslimin yang diserang musuh, jika mereka takut akan diserang juga maka bolehlah mereka meninggalkan memberi pertolongan”. [al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, 16/131].

Jelas di sini, pihak Ikhwan dan seangkatannya sengaja membelakangkan hukum syariat dan mempergunakan emosi kaum muslimin terhadap keadaan Gaza untuk meraih sokongan dan menjatuhkan kerajaan Mesir. Mereka tidak berlaku adil dan insaf dalam menghukum kerajaan Mesir walaupun mereka tahu keadaan umat Islam di Mesir sama terancam dengan umat Islam di Palestin.

Kita mengakui kerajaan Mesir bukanlah kerajaan Islam yang sempurna bahkan terdapat penyelewengan yang ketara dalam pemerintahannya namun tidaklah mudah bagi kita untuk melancang lidah mengkafirkan pemerintahnya.

 

Hukum Membantu Orang Kafir Memerangi Kaum Muslimin

Andaikata benarlah kerajaan Mesir bersekongkol dengan Yahudi memerangi Hamas di Gaza, apakah dengan semata-mata perbuatan ini mereka menjadi kerajaan Kafir atau seperti kata Syed Qutub, ‘Masyarakat Jahiliah Musyrik’?

Jawapannya tidak sama sekali, terdapat dua keadaan yang perlu dibezakan:

Pertama: Seorang muslim membantu kafir memerangi muslim yang lain kerana benci kepada akidah tauhid dan ajaran Islam seperti Syiah Rafidah membantu Israeli memerangi pelarian Palestin di Tel al-Zaatar pada 1982 dan di Shabra dan Sahtilla pada 1985. Peperangan ini semata-mata kerana membenci ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah yang merupakan ajaran Tauhid. Maka kondisi sebegini ijmak ulama pelakunya kafir jika dia tahu keharaman perbuatannya ini.

Kedua: Pertolongan yang dilakukan itu adalah atas dasar duniawi semata-mata seperti tujuan politik duniawi semata-mata. Perbuatan ini tidak menjadikan muslim tadi kafir sama sekali. [Tahzib Tashil al-Aqidah, Ibn Jibrin, 149-150]

Dalil daripada kes ini adalah hadis sahih berkanaan Hatib bin Abu Balta’ah r.a yang cuba membocorkan rahsia kemaraan Rasulullah s.w. ke Mekah kepada kaum musyrikin dalam peristiwa Fathu Makkah. Hadis daripada Saidina Ali bin Abi Talib r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w menghantar aku, Zubair dan Miqdad. Baginda s.a.w bersabda: Pergilah kamu ke Raudah Khah. Di sana terdapat seorang perempuan yang menunggang Unta, bersamanya ada sepucuk surat dan kamu hendaklah mengambil surat itu darinya. Kami berangkat dengan kuda dan ketika kami bertemu dengan perempuan itu kami berkata: Berikan surat kepada kami. Perempuan itu berkata: Aku tidak membawa surat. Kami berkata: Keluarkan surat atau kami periksa pakaian kamu. Setelah itu beliau mengeluarkan surat dari sanggul rambutnya dan surat itu kami serahkan kepada Rasulullah s.a.w. Isi kandungan surat berbunyi: Dari Hatib bin Abu Balta’ah kepada Musyrikin Mekah. Beliau memberitahu kepada orang-orang Musyrikin sebahagian dari urusan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w pun bersabda: Wahai Hatib! Apakah ini? Beliau berkata: Wahai Rasulullah! Jangan menuduh aku walaupun aku ada hubungan baik dengan orang-orang Quraisy. Abu Sufian berkata: beliau sememangnya berkawan baik dengan mereka tetapi bukan dari keturunan mereka. Aku tahu bahawa orang-orang Muhajirin yang tinggal bersama kamu mempunyai keluarga yang berada di bawah pengawasan mereka iaitu Quraisy. Sesungguhnya aku lakukan itu supaya mereka melindungi keluargaku dan aku lakukan itu bukanlah kerana aku kafir atau murtad dari agamaku. Aku juga tidak reda dengan kekufuran setelah aku memeluk Islam. Nabi s.a.w bersabda: Beliau benar. Umar berkata: Wahai Rasulullah! Biarkanlah aku membunuh orang munafik ini. Nabi s.a.w bersabda: Tidakkah kamu ketahui bahawa beliau dari tentera Badar? Mudah-mudahan Allah memberi keistimewaan kepada tentera Badar. Baginda bersabda: Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya aku telah memberi kemaafan kepada kamu. Oleh sebab itulah Allah menurunkan ayat:

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّى وَ عَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhku dan musuh kamu menjadi teman rapat“. [al-Bukhari & Muslim, lihat: http://hadith.al-islam.com/bayan/display.asp?Lang=mal&ID=1447 ].

Jelas daripada hadis yang sangat sahih ini, Hatib bin Abu Balta’ah r.a tidak menjadi kafir dengan perbuatannya kerana tujuan dia melakukan perkara itu hanyalah bersifat duniawi semata-mata.

Berkata Imam al-Nawawi r.h :

وفيه أن الجاسوس وغيره من اصحاب الذنوب الكبائر لا يكفرون بذلك

Maksudnya: “pada hadis ini terdapat penjelasan bahawa pengintip (daripada kalangan muslimin bagi pihak kafir) dan selainnya daripada pelaku dosa besar tidak menjadi kafir dengan semata-mata melakukannya”. [al-Minhaj fi Syarah Sahih Muslim, 16/55].

Berkata pula al-Imam Abu Bakar Ibn al-Arabi r.h:

مَنْ كَثُرَ تَطَلُّعُهُ عَلَى عَوْرَاتِ الْمُسْلِمِينَ ، وَيُنَبِّهُ عَلَيْهِمْ ، وَيُعَرِّفُ عَدُوَّهُمْ بِأَخْبَارِهِمْ لَمْ يَكُنْ بِذَلِكَ كَافِرًا إذَا كَانَ فِعْلُهُ لِغَرَضٍ دُنْيَوِيٍّ ، وَاعْتِقَادُهُ عَلَى ذَلِكَ سَلِيمٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang banyak mengetahui rahsia kaum muslimin dan memberitahu kepada musuh tidaklah menjadi kafir jika perbuatannya itu dengan tujuan duniawi sedangkan akidahnya sejahtera”. [Ahkam al-Qur’an, 7/295].

Dihubungkan juga dengan mengintip ini segala bentuk pertolongan seorang muslim kepada kafir memerangi saudarnya yang muslim dan perkara ini merupakan ijmak dalam kalangan Ahli Ilmu daripada Ahli Sunnah wal Jamaah. [Tahzib Tashil al-Aqidah, 149-150].

Oleh itu, jelas kepada kita kelompok al-Ikhwan al-Muslimun dan yang seangkatan dengannya bukanlah benar-benar berdakwah kepada akidah Islam yang murni tetapi mereka sanggup menggunakan pendekatan menyeleweng dalam usaha merebut kekuasaan. Wallahua’lam.

 

Sumber:

Lihat komen Syeikh Abdul Aziz Rais h.f berkenaan hal ini:

http://www.islamancient.com/mod_stand,item,27.html.

Lihat Penafian Ansar al-Sunnah dan ketidak sabitan nisbah kenyataan pada para ulama: http://www.islammemo.cc/hadath-el-saa/aza-fi-wagh-elehtelal/2009/01/16/75355.html ]

Lihat Kenyataan tersebut di:

 http://www.almokhtsar.com/news.php?action=show&id=8357

Lihat pula seruan Ikhwani menggulingkan Husni Mubarak di:

http://maszleemalik.blogspot.com/2009/01/blind-spot.html

BILAKAH DISYARIATKAN ‘HOLY WAR’?

22 Jan

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Istilah ‘Holy War’ sering menggentarkan hati-hati orang kafir apabila mereka mendengar seorang muslim mengucapkannya. Istilah Syarak yang sebenar kepada kalimah ini adalah: Jihad.

Al-Jihad (الجهاد) kalimah arab yang bermksud “Memerangi Musuh” [Lisanul Arab, Bab جهد ], lalu al-Qur’an dan al-Sunnah menggunakan kalimah ini untuk menunjukkan peperangan kaum muslimin melwan kaum kafir dalam rangka menegakkan tauhid. Kalimah Qital (القتال) juga digunakan yang bermaksud perang.

Hukum Jihad

Umat Islam bersepkat hukum berjihad adalah fardu yakni wajib. Kemudian kedudukan fardu itu berubah mengikut keadaan sama ada fardu ‘ain yakni diwajibkan atas setiap individu muslim atau fardu kifayah yakni wajib atas sekelompok kaum muslimin, apabila ada sebahagian mereka melaksanakannya maka kewajipan itu gugur daripada keseluruhan mereka.

Dalilnya adalah firman Allah s.w.t:

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. [al-Taubah: 41]

Dan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 190:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya: “dan berperanglah kamu di jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu serta jangan kamu melampaui batas kerana Allah tidak suka orang yang melampaui batas”.

Zahir daripada ayat-ayat ini, jihad adalah fardu ‘ain tetapi dalam firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 122 Allah menyatakan:

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya: “Tidak patutlah bagi kaum mukminin untuk keluar kesemuanya (berjihad), apabila ada sekelompok mereka keluar berjihad maka hendaklah ada yang menetap (tinggal di Madinah) untuk mempelajari agama dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka pulang nanti mudah-mudahan mereka beringat”.

Ayat ini jelas menunjukkan jihad adalah fardu kifayah dan para ulama telah bersepakat asal hukum jihad itu adalah fardu kifayah.

Terdapat beberapa kondisi yang menukar hukum jihad menjadi fardu ain iaitu [al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, 16/130-132]:

1-     Musuh menyerang ke dalam negeri kaum muslimin maka wajib atas setiap penduduk yang muslim sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda untuk mempertahankan negeri mereka.

2-     Apabila Pemerintah melantik seseorang sebagai askar dan menghantarnya ke medan jihad maka jihad menjadi fardu ain ke atas diri orang tersebut.

3-     Apabila telah berada di medan jihad maka menjadi fardu ain ke atas semua tentera yang hadir dalam medan dan haram mereka berpaling lari kecuali atas maslahah tertentu. Firman Allah s.w.t:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا زَحْفًا فَلَا تُوَلُّوهُمُ الْأَدْبَارَ (15) وَمَنْ يُوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُ إِلَّا مُتَحَرِّفًا لِقِتَالٍ أَوْ مُتَحَيِّزًا إِلَى فِئَةٍ فَقَدْ بَاءَ بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ (16)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu – kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain – maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali”. [al-Anfal: 15&16].

Adakah Jihad hanya Berlaku Apabila Musuh Menyerang?

Ramai dalam kalangan kaum muslimin moden yang jahil termasuk beberapa tokoh pemikir Islam menyangka Jihad hanya berlaku apabila musuh menyerang.

Pendapat ini adalah bidaah dolalah kerana jika kita perhatikan betul-betul hukum jihad di atas, jihad apabila musuh menyerang termasuk dalam kategori fardu ‘ain, maka apakah pula bentuk jihad fardu kifayah?

Dalam memahami hal ini, kita nyatakan bahawa Jihad yang dihukum sebagai fardu kifayah adalah menyerang negara kafir yang tidak mempunyai muhadanah (gencatan senjata) dengan negara Islam walaupun mereka tidak menyerang negara Islam.

Ini kerana para Ulama telah bersepakat Jihad itu difardukan secara berperingkat.[al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, 16/125-126].

 Ketika kaum muslimin di Mekah, mereka masih belum mempunyai negara sendiri maka mereka tidak diwajibkan berjihad. Allah s.w.t berfirman:

فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيل

Maksudnya: “oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu Wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok”. [al-Hijr: 85].

Para Mufassirin (ulama Tafsir) menyatakan ayat ini dan yang seumpamanya adalah mansukh dengan turunnya perintah perang. Ayat ini merupakan ayat Makkiah yakni sebelum berlakunya hijrah. Para ulama juga berdalilkan ayat ini bahawa kaum muslimin yang tidak mempunyai kemampuan tidak diwajibkan perang.

Ibn Jarir al-Tabari r.h menyatakan:

وكان جماعة من أهل التأويل تقول: هذه الآية منسوخة.

Maksudnya: “Adalah kumpulan ahli tafsir menyatakan ayat ini mansukh” [al-Tabari, 17/128]

Kemudian Allah s.w.t menwajibkan perang apabila kaum muslimin diserang dan disakiti melalui firman-Nya:

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

Maksudnya: “diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”. [al-Haj: 39]

Berkata Imam al-Saadi r.h:

كان المسلمون في أول الإسلام ممنوعين من قتال الكفار، ومأمورين بالصبر عليهم، لحكمة إلهية، فلما هاجروا إلى المدينة، وأوذوا، وحصل لهم منعة وقوة، أذن لهم بالقتال

Maksudnya: “Adalah kaum muslimin di awal Islam dilarang berperang dengan kaum kafir dan diperintah bersabar kerana hikmah yang diketahui Allah jua, apabila mereka berhijrah ke Madinah dan disakiti serta mereka pula telah mempunyai kekuatan diizinkan kepada mereka perang” [Tafsir al-Saadi, 1/539]

Kemudian apabila kaum musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah, Allah s.w.t telah memberi izin am untuk memerangi kaum kafir sehingga mereka memeluk Islam:

فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: “kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan ang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.[al-Taubah:5]

Dalam ayat ini Allah s.w.t memerintahkan kaum muslimin memerangi kaum kafir musyrikin apabila tamatnya perjanjian damai dengan mereka walaupun mereka tidak menyerang kaum muslimin sehinggalah mereka memeluk Islam.[Rujuk Tafsir al-Tabari, Ibn Kasir, Aisar al-Tafasir, dan Tafsir al-Saadi].

Atas makna ini juga kita fahami hadis Rasulullah s.a.w :

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan syahadah tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, membayar zakat, apabila mereka melakukannya maka terpelihara darah dan harta mereka daripadaku kecuali dengan hak Islam dan perhitungan mereka kembali pada Allah jua”. [al-Bukhari]

Berdasarkan ayat dan hadis ini, Abu Bakar al-Siddiq radiallahu’anhu wa ardah, dan ijmak para Sahabat memerangi kaum yang enggan membayar zakat walaupun mereka tidak menyerang kaum muslimin, demikian juga dibunuh orang murtad walaupun dia tidak memerangi orang Islamp-nauzubillah min zalik-.

Dalam sebuah hadis lagi Nabi s.a.w bersabda:

بعثت بالسيف حتى يعبد الله لا شريك له وجعل رزقي تحت ظل رمحي

Maksudnya: “Aku diutuskan dengan pedang sehingga Allah disembah tanpa disekutukan bagi-Nya suatupun dan dijadikan rezekiku di bawah tombakku..” [Ahmad,hasan].

Antara dalil disyariatkan memerangi kaum kafir walaupun mereka tidak memerangi kita firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah ayat 29:

قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّى يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَنْ يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ

Maksudnya:  “perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan agama yang benar, Iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar “Jizyah” Dengan keadaan taat dan merendah diri”.

Ayat ini menjelaskan kewajipan memerangi kaum kafir kerana mereka syirik kepada Allah s.w.t dan kufur dengan agama-Nya, bukan kerana mereka memerangi kita.

Para ahli Tafsir menyatakan ayat ini turun berkenaan Ahli Kitab, Yahudi dan Nasrani setelah Fathu Makkah. Sebaik turun ayat ini, Nabi s.a.w terus menyiapkan angkatan tentera untuk memerangi kerajaan Rom di Tabuk.[Tafsir Humad, 1/1265, Ibn Kasir, 4/132].

 Sebagaimana kita lihat, Nabi s.a.w tidak lah menunggu kerajaan Rom menyerang Mekah dan Madinah terlebih dahulu sebelum melancarkan serangan. Demikian juga kita lihat peperangan Khaibar, kaum Yahudi tidak menyerang Madinah tetapi Nabi s.a.w telah memerangi Khaibar sehingga mereka mahu membayar jizyah.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, 5/129-130].

Syeikh As’ad Humad dalam tafsirnya menyatakan:

“dan wajib memerangi Ahli Kitab apabila terdapat empat sifat pada mereka yang menunjukkan mereka benci kepada Islam:

Pertama: Mereka tidak beriman kepada Allah kerana mereka merobohkan dasar tauhid dengan menjadikan paderi mereka pembuat hukum syarak dan ada antara mereka menyembah al-Masih a.s dan Uzair a.s.

Kedua: Tidak beriman dengan hari akhirat kerana mereka menjadikan hari akhirat sebagai kehidupan kerohanian yang mana padanya manusia menjadi seperti Malaikat.

Ketiga: Mereka tidak mengharamkan apa yang Allah dan Rasul-Nya haramkan dan tidak mengikut kewajipan mengharamkan apa yang diharamkan ke atas mereka.

Keempat: Mereka tidak beriman dengan agama yang sebenar (Islam) yang Allah wahyukan kepada para Nabi-Nya tetapi mengikut agama yang direka oleh paderi mereka.” [Tafsir Humad, 1/1265].

Kesimpulan daripada pernyataan syeikh ini, Allah s.w.t memerintahkan kita memerangi mereka bukan kerana mereka memerangi kita sahaja tetapi kerana mereka kufur kepada Allah dan Rasul-Nya dan peperangan dengan mereka hanya berhenti apabila mereka memeluk Islam atau membayar Jizyah kepada Imam (pemerintah) kaum muslimin.

Selain itu, ulama telah bersetuju, Darul Harb  yakni negeri yang wajib diperangi itu adalah:

كُل بُقْعَةٍ تَكُونُ أَحْكَامُ الْكُفْرِ فِيهَا ظَاهِرَةً

Maksudnya: “Setiap ceruk rantau yang padanya hukum hakam kufur jelas nyata” [al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, 20/206].

Maka negeri yang wajib diperangi itu bukan sekadar negeri yang menyerang negara Islam sahaja, bahkan sekadar dia enggan tunduk kepada hukum Islam sama ada memeluk Islam atau membayar jizyah atau tiada gencatan senjata antaranya dan negara Islam dianggap wajib diperangi dan fardu kifayah atas kaum muslimin melaksanakan jihad ini.

Oleh itu, kita dapati Jihad mempunyai dua jenis iaitu:

Pertama: Jihad Difa’ yakni Jihad yang dilancarkan untuk memerangi kaum kafir yang menyerang kaum muslimin.

Kedua: Jihad Tolab yakni jihad yang dilancarkan kepada mereka yang enggan menerima Islam dan enggan pula membayar jizyah. [al-Takliqat al-Asariah ‘ala al-Aqidah al-Tahawiah, 1/46].

Apakah Syarat Jihad?

Syarat untuk mendirikan Jihad ada dua:

Pertama : al-Qudrah

Kedua: al-Imamah

Maksud Qudrah adalah kemampuan berjihad kerana Allah s.w.t tidak mewajibkan jihad ketika kaum muslimin berada di Mekah dalam keadaan mereka lemah. Demikian juga umum firman Allah s.w.t:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..”. [al-Baqarah: 286].

Al-Imamah pula bermaksud adanya pemerintah kaum muslimin yangb mengetuai mereka berjihad. Dalilnya sebelum ijmak ulama firman Allah s.w.t:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلَّا تُقَاتِلُوا قَالُوا وَمَا لَنَا أَلَّا نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِنْ دِيَارِنَا وَأَبْنَائِنَا

Maksudnya: “tidakkah engkau ketahui (Wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?…”. [Al-Baqarah: 246].

Syahid daripada ayat ini pada firman Allah s.w.t berkenaan perkataan Bani Israil:

ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah”

Menunjukkan perlunya ada seorang pemimpin untuk berjihad walaupun jihad itu adalah jihad difa’ kerana firman Allah s.w.t berkenaan ucapan mereka:

وَمَا لَنَا أَلَّا نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِنْ دِيَارِنَا وَأَبْنَائِنَا

Maksudnya: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?…”.

Bahagian ini menunjukkan jihad yang hendak mereka lancarkan dan mereka memerlukan seorang pemimpin untuk itu adalah jihad difa’. Maka, jika jihad difa’ pun memerlukan pemimpin ia lebih aula bagi jihad tolab.

Tidak disyaratkan pemimpin itu mesti seorang yang soleh dan adil bahkan jika fasiq sekalipun kerana kaum muslimin berjihad bersama al-Hajjaj bin Yusuf al-Saqafi yang terkenal dengan kezalimannya, mereka juga berjihad bersama para Khalifah Bani Umayah dan Abbasiah yang kebanyakan mereka itu tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kezaliman. Bahkan kaum muslimin berjihad bersama al-Makmun dan al-Muktasim yang bermazhab Muktazilah.

Tidak disyaratkan pula pemimpin itu khalifah yang disepakati oleh semua kaum muslimin kerana semenjak jatuhnya kerajaan Bani Umayah kaum muslimin tidak lagi mempunyai Khalifah yang satu disepakati kesemua kaum muslimin, bahkan kaum muslimin di Andalus berjihad di bawah kerajaan Bani Umayah Andalus manakala kaum muslimin di Iraq dan kebanyakan kawasan bersama Khalifah Bani Abbasiah dan kaum muslimin di Afrika berjihad bersama Khalifah Murabitun, Muwahhidun, Aghalibah, dan Adarisah. Para Ulama mengiktiraf semua jihad ini sebagai jihad bersama imam.

[Rujuk Perkara ini dalam Syarah Thahawiah, Ibn Abil Izz, dan fatwa Syeikh Abdul Malik Ramadani al-Jazairi H.F di: http://www.islamancient.com/articles,item,392.html?PHPSESSID=e00f046551ff5adfd52507c1cd5e7195 ]

Apakah Islam itu Agama Teroris?

Islam bukan agama teroris atau keganasan kerana Islam berperang bukan kerana hendak mendapatkan kemewahan dunia, tetapi untuk membawa keamanan dan menyebarkan Tauhid. Islam hanya berperang dengan tentera, tidak membunuh mereka yang tidak menyertai peperangan.

Selain itu, Islam sebelum memulakan perang terlebih dahulu mengajak mereka kepada Islam dan memberi pilihan supaya membayar jizyah jika mereka enggan menerima Islam.

Maka Islam berperang bukan kerana dahagakan darah seperti tuduhan para Orientalis atau untuk merosakkan sebuah negeri kerana tentera Mujahidin yang berjihad dilarang merobohkan rumah ibadat, menebang pokok tanpa keperluan dan memusnahkan harta benda yang tidak memberi maslahah kepada jihad.

Selain itu, Islam berperang kerana ingin membanteras jenayah dan jenayah yang paling besar di dalam alam semesta ini adalah syirik kepada Allah s.w.t.

Apakah Jihad Bin Laden itu Jihad Syar’i?

Jihad Bin Laden dan seumpamanya bukanlah jihad syar’i kerana jihad mestilah bersama pemimpin kaum muslimin yang sah bukan pemimpin yang masuk bakul angkat diri sendiri. Demikian juga bukanlah jihad menyerang pelancong-pelancong kafir kerana pelancong itu diberi hukum kafir musta’man (yang diberi jaminan keamanan sementara) bukan kafir harbi.

Demikian juga saya nyatakan jihad Ikhwanul Muslimin dan yang senada dengannya menentang Yahudi di Palestin bukanlah jihad syar’i yang sebenarnya kerana menurut Hasan al-Banna r.h, Jihad menentang Yahudi hanya kerana Yahudi memerangi orang Islam Palestin semata-mata tidak ada sebab lain.[Rujuk al-Ikhwan al-Muslimun, Ahdas Sanaathu al-Tarikh, 1/409, dinakal daripada Aqwal Ruus al-Ikhwan al-Muslimin].

Demikian juga kenyataan Syeikh Ahmad Yasin rahimahullah, pemimpin Hamas yang dibunuh dengan kejam oleh Yahudi Laknatullahi ‘alaihim dalam satu rakaman video menyatakan pertelingkahan Hamas dan Yahudi semata-mata berkenaan tanah, tiada kaitan dengan agama. [Lihat video dalam bahasa arab: http://www.islamancient.com/documents,cat,216.html ].

 Sedangkan sebab utama jihad yang syar’i adalah kerana mereka itu kafir kepada Allah s.w.t sebagaimana yang telah kita jelaskan melalui firman Allah s.w.t yang terdahulu. Dalam sebuah hadis Rasulillah s.a.w dinyatakan:

عَنْ أبِي مُوسَى ، قال: جَاءَ رَجُلٌإِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقال : يَارَسُولَ الله ، مَا الْقِتَالُ فِي الله ؟ فَإِنَّ أحَدَنَا يُقَاتِلُ غَضَبًا ، وُيقَاتِلُ حَمِيَّةً . فَرَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ ، قال : وَمَارَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ إلاَّ أنَّهُ كَانَ قَائِمًا. فَقال : مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ الله هِيَ الْعُلْيَا ، فَهُوَ فِي سَبِيلِ الله عَزَّوَجَلَّ.

Maksudnya: Daripada Abu Musa r.a katanya: ‘Datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah makna berperang di jalan Allah itu? Ada antara kami berperang kerana dia marah, ada yang berperang kerana semangat puak”. Lalu Rasulullah s.a.w mengangkat kepala baginda (melihat lelaki itu). Kata Abu Musa: Ini kerana lelaki itu sedang berdiri (sedang Nabi pula dalam keadaan duduk). Baginda bersabda: “Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah maka itulah berperang di jalan Allah Azza wa Jall”. [al-Bukhari & Muslim].

Oleh itu, kami berharap sangat kepada saudara-saudara kami yang berjihad di Palestin supaya membetulkan niat dan akidah mereka sesuai dengan al-Qur’an dan al-Sunnah supaya mereka diberi pertolongan oleh Allah s.w.t.

Bagaimanakah Jihad Tolab di Zaman Sekarang?

Kaum muslimin semenjak zaman Saidina Usman bin Affan r.a telah diserang secara pemikiran oleh kaum kafir. Serangan yang dikenal dengan al-Ghazwul Fikri ini telah mencapai kemuncaknya apabila berjaya meruntuhkan empayar Usmaniah dan menubuhkan negara-negara bangsa yang dibina atas semangat kepuakan atau Nasionalisme.

Kemudian, pelbagai bentuk pemikiran sesat telah meresap masuk dalam kalangan kaum muslimin. Maka, dalam keadaan sekarang, umat Islam perlu mempertahankan akidah mereka dan akal mereka daripada serangan yang sebegini rupa.

Jihad merupakan perjuangan yang memerlukan pelaksananya bersih akidah dan teguh imannya. Dalam keadaan masyarakat kita dipenuhi dengan khurafat dan bidaah, tidak mungkin kita boleh melawan musuh kerana kita lemah sedangkan syarat jihad memerlukan qudrah atau quwwah yakni kekuatan dan kemampuan.

Kita perlu mengikut sistem yang Allah s.w.t jalankan terhadap kaum salaf iaitu bermula dengan pemurnian dan pengukuhan akidah kemudian barulah mendapat kekuatan jasmani. Rasulullah s.a.w mengambil masa 13 tahun membina kekautan rohani dan akidah terhadap para sahabat sebelum mereka berjaya melaksanakan jihad dan menegakkan negara Islam yang begitu hebat. Maka atas jejak baginda dan para Sahabatnya lah kita akan berjalan dan menyusun strategi insyaAllah.

PENGAJARAN DARIPADA GAZA

20 Jan

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Peperangan al-Furqan yang berlangsung selama  22 hari menyaksikan keganasan Bani Israil yang sangat dahsyat. Pihak media sekadar menamakan peperangan itu sebagai Perang Gaza atau Gaza War tetapi pihak Hamas menamakannya sebagai ‘Peperangan al-Furqan’ yang membawa maksud peperangan yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

Penamaan pihak Hamas terhadap perang ini sangat tepat kerana dalam peperangan ini kita dapat melihat hakikat sebenar banyak pihak. Kita dapat melihat apakah sebenarnya kelemahan yang dihadapi kaum muslimin dan apakah punca mereka menjadi terlalu lemah.

Antara Senario menarik yang dapat kita lihat adalah :

Kejahilan Kaum Muslimin

Jahil adalah penyakit yang paling merbahaya dalam diri seorang insan dan lebih bahaya lagi bagi seorang yang bergelar muslim dan muslimah. Jahil adalah punca utama seseorang manusia menjadi syirik dan kufur kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf ayat 138-139:

 وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْا عَلَى قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَى أَصْنَامٍ لَهُمْ قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَلْ لَنَا إِلَهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ (138) إِنَّ هَؤُلَاءِ مُتَبَّرٌ مَا هُمْ فِيهِ وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (139)

Maksudnya: “dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: “Wahai Musa buatlah untuk kami suatu Tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan”. Nabi Musa menjawab: “Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil. “Sesungguhnya mereka (penyembah-penyembah berhala itu), akan dihancurkan apa yang mereka berada di dalamnya (dari perbuatan syirik), dan tetaplah salahnya apa Yang mereka kerjakan itu”.

Ayat ini menjelaskan bahawa punca Bani Israil melakukan syirik dan tergerak nafsu untuk melakukan syirik mempunyai dua sebab:

Pertama: Jahil

Kedua: Meniru Gaya Hidup Orang Kafir.

Inilah punca kenapa kaum Yahudi menjadi kaum kafir sedangkan dahulu mereka beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya Musa a.s. Yahudi berubah menjadi kaum yang ganas, membunuh Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah serta mengubah ajaran agama Tauhid menjadi agama wasni (penyembah berhala).

Amat menyedihkan apabila kita melihat kaum muslimin hari ini juga sebahagian mereka ditimpa penyakit yang serupa. Mereka Jahil akan agama mereka lalu meniru budaya agama kufur.

Saya amat geli hati melihat telatah para pemberita wanita yang begitu bersemangat mengecam dan mengutuk kekejaman rejim zionis tetapi mereka sendiri mengambil pakaian Yahudi untuk membalut badan mereka, memakai fesyen agama Yahudi dengan mendedahkan aurat dan melanggar arahan Allah s.w.t.

Pakar-pakar Sains Politik yang dijemput untuk memberikan analisis pula bercakap mengutuk Yahudi tetapi malang sekali lidah yang mereka guna adalah lidah Yahudi, bahasa mereka bahasa Yahudi, idea mereka idea Yahudi, dan mata mereka dalam menilai kejadian di Gaza juga mata Yahudi.

Bukanlah bermakna mereka menganalis untuk menyokong Yahudi, tidak, mereka mengutuk dan mengecam Yahudi, tetapi mereka gagal mengaitkan kejadian Gaza dengan akidah Islam yang sahih dan hukum hakam syarak yang mulia.

Misalnya, kebanyakan mereka selalu memberi kredit kepada Iran dan Syria, mereka jahil bahawa Syria dan Iran adalah negara yang berfahaman Syiah yang telah disepakati para ulama Islam mereka itu terkeluar daripada Islam. Bahkan mereka seolah-olah melupakan sejarah kekejaman Syiah yang disokong oleh Syria dan Iran pada tahun 1985 terhadap pelarian Palestin yang berfahaman Sunnah di Shabra dan Shatilla serta terdahulu daripada itu peristiwa Tel al-Zaatar yang menyaksikan kerajaan Syria di bawah Hafiz al-Asad, bapa presiden sekarang Bashar al-Asad, membunuh pelarian Palestin di Tel al-Zaatar.

Mereka jahil bahawa ajaran Syiah yang dianut oleh Syria dan Iran pada hari ini adalah pemikiran yang dibawa masuk oleh Abdullah bin Saba’, lelaki Yahudi daripada Yemen lalu mereka tertipu dengan muslihat Iran dan Syria dalam usaha jahat mereka mensyiahkan penduduk Sunnah Palestin khasnya dan kaum muslimin lain amnya.

Saya juga tertarik melihat seorang doktor rakyat Palestin yang berkhidmat di kawsan Israeli yang sering menjadi jemputan media untuk membuat kenyataan, Anak-anaknya turut terkorban dalam serangan ganas Yahudi itu. Malangnya, dia juga termasuk kaum jahiliah yang tidak sedar bahawa permusuhan antara Islam dan Yahudi asasnya adalah perbezaan akidah. Dia menyeru supaya Yahudi dan Arab hidup damai sedangkan dia lupa firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 120:

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

Maksudnya: “dan tidak akan reda kepada kamu kaum Yahudi dan Nasarani selagi kamu tidak mengikut agama mereka…”

Terdapat juga kita melihat ada antara rakyat Palestin yang meratap kematian sanak saudara mereka dan anak-anak mereka. Kita tidak menafikan mereka ditimpa musibah yang sangat berat tetapi Allah s.w.t tidak akan menguji suatu kaum melainkan dengan ujian yang mereka mampu hadapi. Adakah mereka lupa bahawa Rasulullah s.a.w melarang perbuatan meratap mayat? Apakah beza mereka dengan kaum Yahudi yang turut meratap kematian pihak mereka? Sabda Rasulullah s.a.w:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُودَ ، وَشَقَّ الْجُيُوبَ ، وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ

Maksudnya: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, merobek baju, dan menyeru dengan seruan Jahiliah (ratapan orang mati)” [al-Bukhari, al-Tarmizi, al-Nasai, Ibn Majah, Ahmad].

Mereka jahil bahawa antara punca yang menyebabkan turunnya bala daripada Allah s.w.t adalah berlakunya maksiat dan antara maksiat yang besar adalah bidaah dalam urusan agama.

Tembelang Kaum Munafiqin dan Ahli Bidaah

Ma’rakah al-Furqan juga menzahirkan sifat nifaq yang disembunyikan kaum munafiqin selama ini terutama kaum Syiah. Hizbullah selaku sayap kanan Syiah di Lubnan menzahirkan sikap sebenarnya terhadap Palestin dan membuktikan apa yang diucapkan selama ini hanyalah omong kosong semata-mata. Allah s.w.t menyatakan sikap kaum munafiqin apabila mereka diseru untuk berjihad menentang musuh yang menceroboh negara Islam:

وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ نَافَقُوا وَقِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا قَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوِ ادْفَعُوا قَالُوا لَوْ نَعْلَمُ قِتَالًا لَاتَّبَعْنَاكُمْ هُمْ لِلْكُفْرِ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنْهُمْ لِلْإِيمَانِ يَقُولُونَ بِأَفْوَاهِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ

Maksudnya: “dan juga dengan tujuan ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: “Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)”. mereka menjawab: “Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)”. mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.” [Ali Imran: 167]

Ayat ini diturunkan menceritakan sikap kaum munafiqin yang menolak untuk berperang dalam Ghazwah Uhud lalu beralasan pula kononnya mereka tidak menyangka peperangan akan benar-benar berlaku. Inilah sikap Syiah apabila diajak berperang dengan peperangan yang sebenar mereka menolak.

Satu pihak yang lain pula, tembelang golongan bidaah berjaya dibongkar terutama mereka yang selama ini menyatakan mereka bermanhaj salafi dan Ahli Sunnah wal Jamaah, namun ternyata mereka mempunyai fahaman Khawarij tersembunyi seperti golongan al-Ikhwan al-Muslimun.

Mereka menyeru kaum muslimin bangun menentang pemerintah mereka sedangkan Nabi s.a.w bersabda:

خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ ، وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ ، وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ ، قِيلَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أَفَلاَ نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ ، فَقَالَ : لاَ ، مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلاَةَ ، وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلاَتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ ، وَلاَ تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ

Maksudnya: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu cinta akan mereka dan mereka cinta kepada kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, sejahat-jahat pemimpin kamu pula adalah yang kamu benci mereka itu dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”; Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?” Jawab baginda: Tidak boleh selagi mereka mendirikan solat dalam kalangan kamu (menegakkan Syiar Solat Jemaah) , apabila kamu melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang kamu benci maka bencilah perbuatannya tetapi janganlah kamu keluar dari ketaatan (memberontak)”. [Muslim, Ahmad, al-Darimi]

Dalam sebuah hadis lagi Nabi s.a.w bersabda:

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِسُلْطَانٍ بِأَمْرٍ ، فَلاَ يُبْدِ لَهُ عَلاَنِيَةً ، وَلَكِنْ لِيَأْخُذْ بِيَدِهِ فَيَخْلُوَ بِهِ ، فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ ، وَإِلاَّ كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ لَهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi hendaklah dia memegang tangannya lalu bersendirian dengannya, jika dia menerima nasihatnya itu maka terlaksanalah seperti yang dikehendaki, jika dia menolak maka dia (si penasihat) telah melaksanakan tugasnya” [Ahmad].

Ini adalah cara yang diajar Rasulullah s.a.w dalam berurusan dengan pemerintah, bukan dengan cara berdemonstrasi dan melakukan protes jalanan, meniru gaya kaum kafir.

Kita begitu kesal sekali melihat kelompok al-Ikhwan al-Muslimun mengambil kesempatan dalam protes yang dilakukan terhadap kekejaman Zionis untuk mengutuk dan memprotes terhadap kerajaan Mesir yang pada syaraknya adalah kerajaan Islam. Kita tidak mengatakan Mesir adalah sebuah kerajaan Islam yang adil tetapi Islam mempunyai cara tersendiri dalam berurusan dengan pemerintah yang zalim atau tersasar daripada keadilan bukan dengan meniru cara kaum kafir Nasrani yang sering meruntuhkan kerajaan mereka dengan protes jalanan semenjak revolusi Perancis  dan Rusia.

Kita begitu sedih dengan sikap kaum muslimin yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam tetapi Islam yang mereka perjuangkan itu ditafsirkan menurut cara mereka, bukan dengan ajaran yang difahami Rasulullah s.a.w dan para Sahabat baginda.

Pihak Iran yang muinafiq itu turut menyeru supaya umat Islam bangun memproites kerajaan-kerajaan Arab yang pada pandangannya pengkhianat tetapi apabila rakyatnya sendiri bangun melakukan protes dalam beberapa perkara yang mereka tidak puasa hati terhadap kerajaan, pihak kerajaan Iran menangkap mereka dan menghalang protes tersebut.

Saya amat tertarik dengan kenyataan Jamaah Islamiah Mesir yang suatu ketika dahulu terkenal dengan aksi keganasan namun telah mengisytiharkan taubat dan kembali mengikut manhaj al-Salaf al-Soleh. Pihak Jamaah menyatakan walaupun benar pihak Mesir ada kekurangan dalam mebantu Palestin, namun Mesir tidak pernah sama sekali mengepung dan menyembelih pelarian Palestin seperti yang dilakukan Syiah pada tahun 1982 dan 1985 dahulu.

Puak Syiah dan Ikhwan menuduh Mesir bersubahat dengan Yahudi semata-mata kerana Mesir tidak membuka 24 jam sempadan Rafah. Sebenarnya sama ada Mesir buka atau tidak sempadan Rafah, keadaan tetap sama kerana di seberang sana pihak Yahudi telah menunggu untuk menghalang apa-apa bantuan. Bukankah Yahudi membedil sempadan Rafah sehingga mencederakan beberapa penduduk Mesir?Apakah mereka yang selama ini terkenal dengan Fiqh Waqi’ (Fiqh Realiti) telah hilang kesedaran waqi’ mereka? Di  manakah akal yang mereka agung-agungkan selama ini?Kenapa mereka tidak mengukur kejadian Gaza dan Rafah ini dengan kesedaran akal yang waras? Semua ini semata-mata kerana mereka ingin menggunakan peluang untuk merebut kuasa. Hanya itulah matlamat mereka, adapun Islam yang menjadi slogan hanyalah alat semata-mata.

Jihad : Antara Semangat dan Syarak

Melihat pula keadaan mereka yang berjihad dan penyokong-penyokong mereka kita hampir keliru jihad jenis apakah yang mereka hendak lancarkan? Jihad Syar’i atau Jihad Watani? Jihad Syar’i perlu mengikut syarat dan peraturan tertentu adapun Jihad Watani (Nasionalisme) hanya memerlukan semangat dan nafsu.

Ada pihak yang mengecam Mesir dan beberapa negara Arab yang berusaha supaya diadakan gencatan senjata bagi tempoh yang lama seperti Cadangan Mesir yang meletakkan tempoh 15 tahun gencatan senjata. Mereka menyeru Jihad dan menolak perdamaian. Apakah mereka sudah tidak mampu memahami firman Allah s.w.t:

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. [al-Anfal: 61].

Apakah mereka sudah lupa bahawa Nabi s.a.w pernah mengadakan perdamaian dengan kaum musyrikin Mekah selama 10 tahun, dan berdamai dengan Yahudi Quraizah?. Mereka cuba membuktikan mereka kukuh tetapi hakikatnya 1300 lebih rakyat Palestin menjadi korban. Mana-mana manusia yang berakal jika melihat keadaan di Gaza mereka akan berkata pihak muslimin patut berdamai dahulu kerana kita dalam keadaan lemah. Semua ini menunjukkan kaum muslimin perlu memikirkan semula adakah jihad mereka jihad yang dikehendaki Allah s.w.t atau sekadar perang tabii yang akan dilakukan mana-mana makhluk untuk mempertahankan haknya.

Penutup dan Penyelesaian

Inilah antara sebahagian pengajaran yang dapat kita lihat disebalik perang Gaza atau perang al-Furqan. Semua masalah yang terzahir ini memerlukan penyelesaian segera dan penyelesaian itu telah lama dilaung-laungkan oleh Ahli Sunnah wal Jamaah, iaitulah kembali berpegang kepada Manhaj Salafi yang tulen.

Hanya dengan cara itu sahaja kita akan bersatu atas dasar yang diredai Allah s.w.t dan melayakkan semula diri kita mendapat pertolongan-Nya. Ingatlah firman Allah s.w.t:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”. [Muhammad: 7]

Syeikh Muhammad Amin al-Syanqiti r.h dalam mentafsirkan ayat ini menyatakan Allah s.w.t menjelaskan sifat-sifat orang yang menolong agama Allah dan layak mendapat pertolongan-Nya dalam firman-Nya:

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Maksudnya:. “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”. [al-Hajj: 41]

Berkata Syeikh: “Ayat ini menunjukkan mereka yang tidak menunaikan solat, mengeluarkan zakat, tidak mengajak kepada kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran tidak akan mendapat pertolongan Allah s.w.t sama sekali” [Adwaul Bayan, 7/352].

HAMAS TOLAK KEPUTUSAN ALLAH S.W.T?

18 Jan

Bermula pada tengah malam semalam (Sabtu, 17 Januari 2009), pihak Yahudi Laknatullah ‘alaihim mengisytiharkan mereka hendak mengadakan gencatan senjata.

Gencatan senjata ini dilihat banyak pihak sebagai Unilateral atau sebelah pihak. Oleh itu, pihak Hamas mengisytiharkan akan meneruskan peperangan walaupun angka mangsa kekejaman Yahudi ini mencecah 1200 lebih kematian yang kebanyakannya rakyat awam.

Kita tidak menafikan kesungguhan Hamas mempertahankan tanah air Umat Islam dan kita berterima kasih kepada mereka. Kita tidak boleh kata yang Palestin adalah tanah air orang Arab atau orang Palestin kerana Palestin adalah tanah wakaf bagi seluruh umat Islam.

Saya tidak menghalang jika ada pihak yang hendak menghadiahkan bunga kepada Hamas atas kejayaan mereka mempertahankan Gaza dan usaha yang mereka lakukan dan saya juga ingin mengingatkan supaya kita jangan juga lupa kepada pasukan lain yang menolong Hamas seperti Briged Syuhada al-Aqsa iaitu sayap tentera Fatah yang berjuang bersama-sama mempertahankan Gaza walaupun Hamas sering bahkan terus menuduh Fatah bekerjasama dengan Yahudi.

Namun, sebagaimana yang kita tahu, Hamas mendakwa peperangan yang dilakukan terhadap Yahudi adalah Jihad Islam yang disebut Rasulullah s.a.w :

ذروة سنام الاسلام الجهاد

Maksudnya: “Puncak Islam yang paling tinggi adalah Jihad” [Ahmad, Tabrani]

Jadi kita memahami daripada perkataan Hamas, peperangan yang mereka hendak laksanakan itu adalah Jihad Syar’i yang merupakan ibadat dalam Islam.

Semua kita telah maklum, setiap ibadat mempunyai syarat, rukun, dan aturan yang perlu diikuti. Maka demikian juga Jihad fi Sabilillah, mempunyai aturan yang perlu dipatuhi oleh setiap muslim yang berjihad. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 190:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya: “dan berperanglah di jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan jangalah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka golongan yang melampaui batas”.

Maksud ‘melampaui batas’ adalah melanggar aturan Jihad seperti membunuh wanita yang tidak mengangkat senjata, kanak-kanak, orang tua, mencacatkan mayat dan seumpamanya. [Tafsir al-Muyassar, 1/204].

Antara aturan Jihad juga adalah firman Allah s.w.t:

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. [al-Anfal: 61].

Imam al-Tabari r.h dalam menyatakan tafsir ayat ini berkata:

وإن مالوا إلى مسالمتك ومتاركتك الحربَ، إما بالدخول في الإسلام، وإما بإعطاء الجزية، وإما بموادعة، ونحو ذلك من أسباب السلم والصلح فمل إليها، وابذل لهم ما مالوا إليه من ذلك وسألوكه

Maksudnya: “dan jika mereka cenderung untuk berdamai dan menghentikan perang sama ada dengan memeluk Islam atau membayar jizyah atau mengadakan perjanjian damai (gencatan senjata) dan seumpamanya daripada sebab-sebab perdamaian maka terimalah dan berusahalah melaksanakan permintaan mereka” [al-Tabari, 14/40]

Imam Ibn Kasir r.h menyatakan ayat ini adalah muhkamat bukan ayat mansukh sebagaimana pendapat sebahagian mufassirin. [4/83].

Berkata pula Imam al-Tabari r.h :

فأما ما قاله قتادة ومن قال مثل قوله، من أن هذه الآية منسوخة، فقولٌ لا دلالة عليه من كتاب ولا سنة ولا فطرة عقل.

Maksudnya: “Adapun pendapat Qatadah dan yang sependapat dengannya bahawa ayat ini mansukh maka ianya pendapat yang tidak berdalilkan sama sekali daripada al-Qur’an, al-Sunnah, dan fitrah akal”. [al-Tabari, 14/42].

Ulama yang mengatakan ayat ini mansukh kerana pada pandangan mereka ia bertentangan dengan ayat Qital (ayat yang memerintahkan memerangi kaum kafir secara keseluruhan) dalam surah al-Taubah. Namun, syarat ayat nasikh adalah tidak dapat sama sekali dipadankan dengan hukum ayat mansukh. Adapun ayat ini masih dapat dipadankan dengan ayat Qital kerana Allah s.w.t menyatakan perintah ini dalam keadaan yang memerlukan maslahah damai. Selain itu, amalan Salaf Soleh mengadakan perjanjian damai dengan beberapa buah negara kafir juga menjadi dalil ayat ini Muhkam.

Oleh itu, jelas Allah s.w.t memerintahkan supaya apabila kaum kafir meminta perdamaian sama ada yang memulakan peperangan itu pihak mereka atau pihak kita, hendaklah kita menerimanya demi maslahah. Jika kita melihat keadaan Gaza sekarang, maslahah yang paling utama adalah berdamai kerana memberi laluan penduduk Gaza yang cedera menerima rawatan, memberi ruang pasukan bantuan ubatan dan makanan membawa bantuan mereka dan menjaga nyawa yang masih berbaki. Imam Abu Bakar Ibn al-‘Arabi r.h berkata:

وَإِنْ كَانَ لِلْمُسْلِمِينَ مَصْلَحَةٌ فِي الصُّلْحِ لِانْتِفَاعٍ يُجْلَبُ بِهِ ، أَوْ ضُرٍّ يَنْدَفِعُ بِسَبَبِهِ فَلَا بَأْسَ أَنْ يَبْتَدِئَ الْمُسْلِمُونَ بِهِ إذَا احْتَاجُوا إلَيْهِ ، وَأَنْ يُجِيبُوا إذَا دُعُوا إلَيْهِ وَقَدْ صَالَحَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَهْلَ خَيْبَرَ عَلَى شُرُوطٍ نَقَضُوهَا ، فَنَقَضَ صُلْحَهُمْ ، وَقَدْ وَادَعَ الضَّمْرِيُّ ، وَقَدْ صَالَحَ أُكَيْدِرَ دَوْمَةَ ، وَأَهْلَ نَجْرَانَ وَقَدْ هَادَنَ قُرَيْشًا لِعَشَرَةِ أَعْوَامٍ حَتَّى نَقَضُوا عَهْدَهُ ، وَمَا زَالَتْ الْخُلَفَاءُ وَالصَّحَابَةُ عَلَى هَذِهِ السَّبِيلِ الَّتِي شَرَعْنَاهَا سَالِكَةً ، وَبِالْوُجُوهِ الَّتِي شَرَحْنَاهَا عَامِلَةً

Maksudnya: “dan jika bagi kaum muslimin maslahah dalam berdamai kerana ada manfaat yang diperoleh atau dapat menolak mudarat yang besar maka tidak ada salahnya mereka memulakan perjanjian damai (kaum muslimin memohon damai) dan tidak salah juga untuk kaum muslimin menerima pelawaan damai kaum kafir dan Nabi s.a.w telah berdamai dengan Ahli Khaibar (kaum Yahudi) atas syarat-syarat yang mereka mungkiri kemudiannya dan baginda melakukan gencatan senjata dengan al-Damari, Ukaidar Daumah, Ahli Najran (Nasrani) dan berdamai dengan kaum musyrikin Quraish selama sepuluh tahun sehingga mereka (musyrikin) memungkiri janji mereka dan sentiasa pula selepas itu para Khalifah dan Sahabat melakukan hal yang sama (dalam Jihad mereka) yang kita disuruh mengikut mereka pula. Atas pemahaman beginilah pada pandangan kami perlu dilaksanakan”. [Ahkam al-Qur’an, 4/161 dan 162].

Adapun firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 35:

فَلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ

Maksudnya: “(apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (Wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya…”

Berkata al-Jassas r.h :

فَنَهَى عَنْ الْمُسَالَمَةِ عِنْدَ الْقُوَّةِ عَلَى قَهْرِ الْعَدُوِّ وَقَتْلِهِمْ ؛ وَكَذَلِكَ قَالَ أَصْحَابُنَا : إذَا قَدَرَ بَعْضُ أَهْلِ الثُّغُورِ عَلَى قِتَالِ الْعَدُوِّ وَمُقَاوَمَتِهِمْ لَمْ تَجُزْ لَهُمْ مُسَالَمَتُهُمْ وَلَا يَجُوزُ لَهُمْ إقْرَارُهُمْ عَلَى الْكُفْرِ إلَّا بِالْجِزْيَةِ ، وَإِنْ ضَعُفُوا عَنْ قِتَالِهِمْ جَازَ لَهُمْ مُسَالَمَتُهُمْ كَمَا سَالَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَثِيرًا مِنْ أَصْنَافِ الْكُفَّارِ وَهَادَنَهُمْ عَلَى وَضْعِ الْحَرْبِ بَيْنَهُمْ مِنْ غَيْرِ جِزْيَةٍ أَخَذَهَا مِنْهُمْ

Ertinya: “Maka Allah s.w.t melarang mereka (yakni kaum muslimin) daripada menyerah (berdamai) dalam keadaan mereka kuat untuk mengalahkan musuh dan membunuh mereka; demikianlah pendapat para Ashab kami : Jika mampu bagi Ahli Sugur (tentera sempadan) memerangi musuh tidak boleh mereka meminta damai dan membiarkan kaum musyrikin dalam kekufuran mereka kecuali dengan jizyah, dan jika mereka lemah harus bagi mereka berdamai sepertimana Nabi s.a.w berdamai dengan berbagai-bagai kaum kuffar dan mengadakan gencatan senjata tanpa mengambil jizyah..” [Ahkam al-Qur’an li al-Jassas, 6/419]

Jika kita meniliti keadaan Gaza sekarang, semua orang yang berakal akan berkata kaum muslimin berada dalam keadaan lemah dan mereka perlu berehat mengumpul kekuatan. Jumlah kematian 1200 lebih, jumlah tercedera 4000 menghampiri 5000 orang, inilah hakikat yang perlu disedari oleh Hamas dan pergerakan Jihad Palestin.

Mereka jangan tertipu dengan jolokan Syria dan Iran yang munafiq itu, mereka memang suka jika melihat kaum muslimin menerima musibah yang teruk begini. Bahkan ketika Iran dan Syria bersekongkol dengan Parti Amal Syiah menyerang khemah pelarian Palestin di Lubnan pada tahun 1985, jumlah rakyat Palestin yang mereka bunuh dicatatkan 3100 orang. Lihatlah pada tahun 2006, Iran sendiri apabila mendapati rakyat Syiah Lubnan banyak terkorban dalam peperangan Hizbullah-Yahudi pada tahun itu, mengarahkan Hizbullah berdamai dengan Yahudi.

Hamas sepatutnya peka membaca sejarah dan politik kaum Syiah yang sentiasa berharap supaya kaum muslimin ditimpa musibah.

Jangalah kerana hendak mentaati Iran dan Syria, Hamas menderhaka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w. Ingatlah, Rasulullah s.a.w dan para Khalifah baginda yang lebih mulia dan lebih hebat daripada Hamas sendiri pernah berdamai dengan kaum kafir dalam usaha mencapai maslahah kaum muslimin.

Mungkin ada antara kita bertanya, bagaimana pula jika permintaan damai itu hanya tipu muslihat kaum musyrikin? Saya enggan menjawab solan ini kerana Allah s.w.t telah pun menjawabnya dalam ayat ke-62 surah al-Anfal:

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman”.

Ayat ini adalah sambungan daripada ayat ke-61 surah al-Anfal yang memerintahkah kita berdamai jika kaum kafir meminta perdamaian yang kita sebutkan tadi.

Tafsir ayat ini adalah:

وإن أراد الذين عاهدوك المكر بك فإن الله سيكفيك خداعهم; إنه هو الذي أنزل عليك نصره وقوَّاك بالمؤمنين من المهاجرين والأنصار

Maksudnya: “dan jika mereka yang berdamai dengan kamu (Muhammad s.a.w) ini cuba mengkhianati kamu maka Allah akan mencukupkan bagimu penipuan mereka itu (Allah akan membantu) sesunggunhnya Dialah yang telah menguatkan kamu dengan kaum mukminin daripada al-Muhajirin dan al-Ansar” [Tafsir al-Muyassar, 3/230]

Berkata Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Hafizahullah, Tokoh Ma’al Hijrah Malaysia tahun 1430H/2009M:

ودلت آية : وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ على حكم من أحكام الصلح ، وهو أنهم إن صالحوا على سبيل المخادعة ، وجب قبول ذلك الصلح لأن الحكم يبنى على الظاهر ، كما يبنى الإيمان على الظاهر.

 “Ayat ini (ayat 62 surah al-Anfal) satu hukum daripada hukum-hukum perdamaian iaitulah jika kaum kafir itu berniat untuk menipu kamu sekalipun dalam permintaan mereka untuk berdamai maka tetap wajib bagi kamu untuk menerima perdamaian mereka kerana hukum di bina atas zahir seperti Iman dibina (hukumnya) atas zahir keadaan”. [Tafsir al-Munir, 10/61]

Jelas daripada penjelasan para Ulama ini, wajib hukumnya menerima perdamaian jika kaum kafir meminta damai walaupun ada kemungkinan mereka hanya hendak menipu. Ini kerana, menurut kaedah Fiqah Ahli Sunnah wal Jamaah; setiap perintah itu membawa hukum wajib sehingga ada dalil lain yang mengubahnya.

Oleh itu,saya menyeru pihak rapat dengan Hamas dan para pejuang di Gaza di Malaysia seperti ISMA dan JIM untuk menasihati mereka supaya menerima perdamaian yang dinyatakan oleh musuh Allah yang paling ketat, Yahudi Laknatullah ‘alaihim. Ingatlah, jika anda menerimanya, tiada kehinaan sedikit pun bagi pihak anda bahkan Allah s.w.t berjanji akan membantu anda. Taatilah perintah Allah s.w.t dan ikutilah Sunnah Rasul-Nya s.a.w serta ikutlah jejak langkah para al-Salaf al-Soleh dalam usaha mereka berjihad di jalan Allah. Wallahua’lam.

 

DITULIS OLEH;

MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI,

KULIAH USULUDIN & DAKWAH,

AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITI, SHAH ALAM.

DEMONSTRASI MEMBELA PALESTIN: SEJAUH MANA MEREKA TERBELA?

15 Jan

Oleh : Muhammad Asrie bin Sobri

Demonstrasi menjadi pilihan utama rata-rata Umat Islam dalam usaha yang mereka namakan “Membela Palestin dan Gaza”. Kita selaku Umat Islam terikat dengan Manhaj al-Salaf al-Soleh dalam melakukan setiap perkara dalam hidup ini. Hal ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w :

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي ، فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا ، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي ، وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ ، تَمَسَّكُوا بِهَا ، وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang hidup selepas ku akan melihat banyak pertelingkahan pendapat maka hendaklah kamu mengikut sunnahku dan sunnah para khalifah yang memberi petunjuk dan diberi petunjuk (para Sahabat), peganglah ia dengan teguh dan gigitlah dengan gerahammu dan hati-hatilah dengan perkara baharu (dalam agama) kerana perkara baharu dalam agama itui bidaah dan setiap bidaah itu menyesatkan”. [Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah, Ahmad].

Oleh itu, dalam menghadapi isu Gaza ini, kita perlu sama ada mahu atau tidak, mengikuti sunnah Nabi s.a.w dan para Sahabat baginda dalam menghadapi Nazilah atau Musibah Am yang menimpa kaum muslimin.

Pergelutan Bersejarah

Pertarungan antara Islam dan Yahudi bukanlah perkara baru, bukanlah baru sebulan dua ini kita berperang dan bertempur dengan Yahudi, sepanjang sejarah daripada kebangkitan Rasulullah s.a.w membawa risalah Ilahi telah bermula pelbagai pertarungan antara baginda dengan Yahudi sama ada berbentuk ketenteraan atau pemikiran atau yang disebut sekarang sebagai al-Ghazwul Fikri.

Oleh itu, kita seharusnya mengambil contoih teladan daripada Rasulullah s.a.w dalam memerangi Yahudi dan membantu saudara-saudara kita di Gaza. Firman Allah s.w.t :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Maksudnya : ” Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. [al-Ahzab: 21]

Dalam ayat yang mulia ini, Allah s.w.t menyeru kaum mukminin supaya mengikut jejak langkah Rasul mereka Muhammad s.a.w serta difahami juga daripada perintah ini menjauhi segala bentuk perbuatan yang bertentangan dengan cara Rasulullah s.a.w.

Jihad dan Sunnah Nabi s.a.w

Ulama Islam telah bersepakat semua amal ibadah hanya akan diterima oleh Allah jika mencakupi dua syarat iaitu:

1- Ikhlas kepada Allah s.w.t lahir dan batin. Yakni bebas daripada Syirik Akbar dan Syirik Asghar. Dalilnya firman Allah s.w.t :

فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Maksudnya : “Maka sesiapa yang berharap untuk bertemu Tuhannya maka hendaklah dia beramal dengan amalan soleh (amalan yang dicintai Allah) dan janganlah dia menyekutukan Tuhannya dalam ibadahnya itu dengan suatupun” [al-Kahfi: 110]

2- Mengikuti petunjuk dan cara (kaifiat) yang sesuai dengan Sunnah Nabi s.a.w berdalilkan hadis Nabi s.a.w:

مَنْ احْدَثَ فِي امْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya : “Sesiapa yang mereka-reka perkara baharu dalam urusan kami ini (agama Islam) yang tidak berasal daripadany maka ia tertolak” [al-Bukhari dan Muslim].

Maka, setiap ibadah yang dilakukan jika ianya ikhlas tetapi tidak mencontoihi Rasulullah s.a.w misalnya orang yang sengaja solat subuh 4 rakaat dengan niat mendapat pahala lebih, maka ibadatnya batal dan berdosa, demikian juga mereka yang beribadat cukup syarat, rukun, dan sunat-sunatnya tetapi hatinya riya’ dan ujub tidak diterima Allah s.w.t.

Demikianlah jihad, yang merupakan salah satu ibadah yang terpenting dalam Islam, ia tidak terlepas daripada keterikatan dengan dua syarat di atas. Orang yang berjihad cukup syaratnya, tidak membunuh wanita dan kanak-kanak, tidak menebang pokok tanpa keperluan, tidak merobohkan rumah Ibadat, dan sebagainya daripada pantang larang jihad tetapi tidak ikhlas, dia memohon pertolongan daripada jin, memakai tangkal dan ilmu kebal, maka ini syirik akbar, dia mati sebagai musyrik seperti Abu Lahab dan Abu Jahal atau dia riya’ yang merupakan syirik kecil maka tiada dia memperoleh pahala syahid.

Orang yang ikhlas berjihad tetapi melanggar pantang larang jihad, membunuh orang yang tidak bersalah, mengkafirkan orang yang tidak kafir dan sebagainya, jihadnya juga ditolak oleh syarak.

Maka, kita jangan cepat melatah jika mendengar seruan jihad yang dilaungkan sebahagian manusia melawan Yahudi, kerana jika jihad itu tidak menurut syarat-syaratnya ia hanya sia-sia sahaja.

Menjauhi Yang Sia-sia

Selain itu, orang muslim juga terikat dengan hadis Nabi s.a.w :

 مِنْ حَسَن إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ

Maksudnya : “Antara tanda keelokan Islam seseorang adalah dia meninggalkan perkara yang tidak memberi faedah kepadanya” [Ahmad]

Oleh itu, antara maqasid syariah Islam yang utama adalah menjaga kemaslahatan manusia dan menolak kemudaratan. Islam melarang umatnya melakukan perkara yang sia-sia apatah lagi perkara yang mendatangkan mudarat padanya.

Allah s.w.t dalam surah al-Mukminun ayat ketiga menjelaskan ciri-ciri orang beriman antaranya :

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

Maksudnya : “dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia”

Para Ulama Tafsir menyatakan maksud al-Laghwi yang dieprintahkan kaum muslimin menjauhinya adalah : “Perkara yang tidak ada faedah padanya sama ada perkataan atau perbuatan”.[Ibn Kasir, 5/462]

Kaum muslimin apabila hendak melakukan sesuatu perkara mereka akan menilai dahulu apakah ianya memberi faedah atau tidak. Khalifah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah, mengarahkan supaya tentera Islam yang telah mengepung Kostantinopel selama bertahun-tahun bermula zaman al-Walid bin Abdul Malik supaya berundur setelah kepungan itu mendatangkan mudarat kepada tentera Islam.

Semenjak itu kaum muslimin menghentikan kepungan terhadap Kostantinopel kerana mereka tahu walaupun penting untuk menawan kota yang menjadi markas Nasrani ketika itu tetapi kemaslahatan umat perlu diutamakan. Perlu menilai apakah yang lebih berfaedah.

Terdahulu daripada itu, Khalifah Usman bin Affan r.a menarik semula hasratnya untuk membukukan al-Sunnah setelah melihat adanya mafsadah bercampur al-Qur’an dan al-Sunnah walaupun penting untuk membukukan al-Sunnah namun pada zaman beliau, maslahah tadwin sunnah bukanlah masalahah rajihah.

Lebih awal daripada itu, Nabi s.a.w membuat perjanjian Hudaibiah dengan pihak Musyrikin yang membawa gencatan senjata selama sepuluh tahun dan dilihat memberi beberapa kelebihan kepada kaum musyrikin namun Nabi s.a.w menerimanya kerana adanya maslahah yang lebih besar daripada itu iaitu penyeruan Islam kepada kaum bukan Arab dan Arab di luar Jazirah.

Larangan Tasyabbuh

Sikap ini menjadi kayu ukur kepada kaum muslimin untuk menerima apa-apa budaya atau pemikiran daripada musuh mereka di Barat yang tidak nyata larangannya oleh al-Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w. Kita lihat kaum muslimin dahulu berjaya membawa banyak ilmu daripada barat namun tidak hilang identiti mereka sebagai muslim.

Ini berbeza dengan muslim moden yang mengambil apa sahaja daripada barat tanpa penapisan. Rasulullah s.a.w telah bersabda :

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ.

Maksudnya : “Sesiapa yang meniru suatu kaum maka dia termasuk daripada mereka” [Abu Daud, Ahmad]

Hadis ini menjadi asas larangan apa-apa bentuk peniruan gaya hidup yang tidak Islamik serta apa-apa pemikiran yang bertentangan dengan akidah Islam. Apa-apa ilmu yang diperoleh daripada Barat hendaklah dinilai dengan kayu ukur maslahah dan mafsadah yang dibawa ilmu itu kerana tidak semua ilmu berfaedah berdalilkan sabda Nabi s.a.w :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ

Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat…” [Ahmad, al-Nasai]

Umat Islam menjadi goyah apabila mereka meninggalkan asas yang penting ini ketika mereka menterjemah kitab-kitab falsafah Yunani sehingga mempernagruhi akal sebahagian kaum muslimin yang lemah lalu muncul lah aliran-aliran sesat seperti al-Hallajiah yang mengaku dia bersatu dengan Tuhan, aliran Wihdatul Wujud yang berpunca dari teori al-Faidh Ibn Sina yang diambil daripada Falsafah Yunani dan sebagainya.

Jadi jika sesuatu perkara itu datang daripada Barat atau kaum kafir lainnya, hendaklah kaum muslimin menilai dengan akal yang sihat dan akidah yang jelas mana yang patut diambil dan mana yang patut ditolak.

Menilai Demonstrasi

Setelah kita memahami kaedah-kaedah penting di atas, kita sudah boleh menilai sekarang apakah hukum demonstrasi yang kita lakukan untuk membela Gaza. Adakah benar ianya membela Gaza?

Persoalan pertama kita perlu bertanya adakah cara berdemo dan protes jalanan sesuai dengan cara Rasulullah s.a.w dan para Sahabat baginda? Jawapnnya; tidak pernah ada riwayat pun sama ada sahih, hasan hatta daif dan mauduk sekalipun menyatakan Nabi s.a.w dan para Sahabat baginda mengadakan protes jalanan membantah kekejaman yang dilakukan terhadap kaum muslimin. Apa yang ada dilakukan adalah baginda berdoa qunut yang dikenali sebagai qunut nazilah. Hal ini sabit dalam hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik r.a katanya :

إِنَّمَا قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَعْدَ الرُّكُوعِ شَهْرًا ، أُرَاهُ كَانَ بَعَثَ قَوْمًا ، يُقَالُ لَهُمْ : الْقُرَّاءُ ، زُهَاءَ سَبْعِينَ رَجُلاً ، إِلَى قَوْمٍ مِنْ الْمُشْرِكِينَ دُونَ أُولَئِكَ ، وَكَانَ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَهْدٌ ، فَقَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم شَهْرًا يَدْعُو عَلَيْهِمْ

Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berqunut selama sebulan selepas rukuk kerana baginda menghantar satu kaum (daripada sahabat) yang digelar al-Qurra’ seramai 70 orang kepada kaum musyrikin (untuk mengajar al-Qur’an kepada mereka dan berdakwah) dan antara mereka (kaum musrikin) dan Rasulullah s.a.w mempunyai perjanjian maka Nabi s.a.w berqunut mendoakan kecelakaan mereka selama sebulan”.

Dalam riwayat yang lain:

أَنَّهُ قَنَتَ شَهْرًا بَعْدَ الرُّكُوعِ ، يَدْعُو عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ ، قَالَ : بَعَثَ أَرْبَعِينَ ، أَوْ سَبْعِينَ ، يَشُكُّ فِيهِ ، مِنَ الْقُرَّاءِ ، إِلَى أُنَاسٍ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ، فَعَرَضَ لَهُمْ هَؤُلاَءِ فَقَتَلُوهُمْ ، وَكَانَ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَهْدٌ ، فَمَا رَأَيْتُهُ وَجَدَ عَلَى أَحَدٍ مَا وَجَدَ عَلَيْهِمْ.

Maksudnya : “Adalah baginda s.a.w berqunut selama sebulan selepas rukuk mendoakan kecelakaan atas penduduk Bani Sulaim yang mana baginda menghantar kepada mereka 40 atau 70 qari’ (untuk mengajarkan Islam) kepada kaum musyrikin lalu mereka membunuh para qari ini sedangkan mereka mempunyai perjanjian dengan Rasulullah s.a.w maka aku tidak melihat sesiapun yang dilaknat seperti yang dikenakan ke atas mereka”.

Pensyariatan qunut nazilah telah disepakati para ulama walaupun terdapat khilaf dalam masalah kaifiatnya sama ada ia dibaca dalam solat jemaah sahaja atau termasuk solat berseorangan, dibaca oleh pemerintah sahaja atau rakyat juga dan seumpamanya.

Maka jika kita lihat, mereka yang berdemo dan memprotes Bani Israil ini, mereka meninggalkan sunnah Nabi s.a.w. Mereka tidak berqunut nazilah sebagai yang dicontohkan Nabi s.a.w.

Ini kayu ukur pertama, kayu ukur kedua pula, adakah demo dan priotes jalanan ini meberi kesan yang hakiki atau ia memudaratkan? Jika kita lihat, pada awal proses demo mereka mengutuk Israeli dan Yahudi, namun sejak akhir-akhir ini, demo mereka bertukar menjadi demo yang mengutuk kerajaan Islam dan pemimpinnya. Ini bukanlah caranya yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk berinteraksi dengan pemerintah. Nabi s.a.w bersabda:

خِيَارُكُمْ وَخِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ ، الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ ، وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ ، وَشِرَارُكُمْ وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ ، الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ ، وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُوكُمْ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، أَفَلاَ نُقَاتِلُهُمْ ؟ قَالَ : لاَ ، مَا صَلَّوْا لَكُمُ الْخَمْسَ، أَلاَ وَمَنْ عَلَيْهِ وَالٍ ، فَرَآهُ يَأْتِي شَيْئًا مِنْ مَعَاصِي اللهِ ، فَلْيَكْرَهْ مَا أَتَى ، وَلاَ تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ

Maksudnya : “Sebaik-baik kamu dan sebaik-baik pemerintah kamu adalah yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu dan sejahat-jahat kamu dan pemerintah kamu adalah yang kamu benci dan dia membenci kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Maka sahabat berkata: “Apakah tidak boleh kami memerangi mereka (melawan dengan kekerasan)?” Jawab baginda s.a.w : “Tidak boleh selagi dia mendirikan bagi kamu solat lima waktu, sesungguhnya jika ada seseorang pemerintah kamu melakukan maksiat kepada Allah maka bencilah maksiatnya itu dan jangan cabut tangannya daripada mentaatinya (dalam makruf)”.[Ahmad dan al-Darimi].

Kita lihat pula dalam demo itu berlaku percampuran lelaki dan wanita ajnabi, mengangkat suara dalam masjid dan membazir harta dengan membeli bendera kemudian membakarnya, ada pula yang membawa patung kanak-kanak berdarah sedangkan patung itu dilarang dalam Islam. Lebih dari itu, ada yang membawa gambar-gambar pemimpin untuk diagung-agungkan dan dipuja sedangkan ini bertentangan dengan akidah Islam yang sudah dimaklumi.

Tindakan yang sepatutnya diambil adalah menderma untuk jihad di Palestin, memberi bantuan kepada saudara-saudara kita yang tercedera dan membantu mereka dengan cara yang berkesan bukan dengan emosi semata-mata.

Maka, demonstrasi masih gagal menepati kriteria dalam kayu ukur yang kedua. Kita lihat pula kayu ukur yang ketiga, demonstrasi sebagai budaya yang dibawa daripada barat dan kaum kafir. Islam tidak pernah kenal budaya menunjuk perasaan ini tetapi ia bermula dengan revolusi Perancis yang kufur kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika kita memahami bahawa demonstrasi tidak membawa faedah dalam membantu Palestin dan ia pula budaya luar Islam maka tentulah ia termasuk dalam budaya yang ditolak Islam.

Kaum Yahudi sama sekali tidak terasa dengan demo dan protes yang kita lakukan bahkan mereka rasa bangga kerana akhirnya kita menurut jejak langkah mereka dan jejak langkah orang yang kafir kepada Allah s.w.t.

Hakikatnya

Setelah kita memahami perkara ini dan menilainya dengan prinsip-prinsip Islam kita dapati bahawa demonstrasi adalah :

1-     Bukan Sunnah Nabi s.a.w dan para Sahabat baginda dalam menentang musuh.

2-     Tidak memberi faedah yang rajih kepada kaum muslimin bahkan menjadi jalan kepada berlakunya kejahatan.

3-     Budaya Luar Islam yang tidak membawa faedah.

Maka, hukum demonstrasi jelas dilarang dalam Islam dan ianya haram kerana mengandungi perkara-perkara yang haram.

Mereka yang menghalalkan demonstrasi tidak seharusnya cukup berpegang kepada kaedah : “Wasilah itu mengambil hukum matlamat” bahkan mereka juga perlu mengambil kira kaedah : “Matlamat tidak menghalalkan cara”.

Hakikatnya demonstrasi membela Palestin yang diadakan akhirnya telah digunakan sesetengah pihak menyeludup masuk pemikiran salah ke dalam otak kaum muslimin, mereka berjaya mengherat kaum muslimin menunaikan agenda jahat mereka menentang pemerintah dan memecah belahkan saf  kaum muslimin.

Kita lihat di Arab Saudi, walaupun rakyatnya tidak berdemo di jalanan tetapi mereka adalah yang paling banyak menyumbang dan membantu rakyat Palestin. Kita di Malaysia walaupun banyak demo yang dilakukan tetapi masih jauh ketinggalan dalam memabntu rakyat Palestin. Wallahua’lam.

Bentuk pemikiran, pemahaman sesat Yahudi wajar dihindari

13 Jan

SAYA percaya ramai di kalangan kita terpegun dan terpesona dengan tindakan Presiden Hugo Chavez yang menghalau Duta Israel dari Venezuela. Mungkin ada juga yang tersasul mengatakan kenapa Malaysia tidak mengambil tindakan yang sama, terlupa bahawa Malaysia tiada langsung hubungan diplomatik dengan Israel kerana terlalu kagum dengan tindakan Chavez.

Namun, saya ingin mengajak pembaca memikir sejenak dengan lebih dalam dan kritis, adakah tindakan Chavez itu benar-benar terpuji atau tidak lebih tindakan dipengaruhi emosi semata-mata?

Chavez mungkin menghalau Duta Yahudi daripada negaranya, tetapi adakah pada masa sama segala pemikiran dan sistem yang berakar umbi daripada akidah Yahudi dibuangnya?

Sistem Sosialis yang diamalkan Chavez jelas daripada pemikiran Yahudi bagi mereka yang mahu meneliti. Kita juga dapat melihat Chavez tidak menolak pujuk rayu kaum Yahudi yang sentiasa ingin melihat manusia sesat dan syirik kepada Allah SWT.

Bahkan, agama Kristian yang wujud pada hari ini dimaklumi berasal daripada pemikiran Pauls, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk ajaran Islam yang dibawa Nabi Isa lalu menukar dan mengubahnya menjadi agama syirik.

Maka kita lihat Chavez bersama majoriti rakyatnya tetap menerima ajaran syirik ciptaan Yahudi ini.

Ingatlah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120 (maksudnya): “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu).

Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”.

Dalam ayat yang mulia ini, Allah SWT mengingatkan kita bahawa matlamat Yahudi dan Nasrani adalah menjadikan kita pengikut hawa nafsu mereka, tunduk pada kemahuan jahat mereka. Allah SWT juga berikrar bahawa jika kita mengikut telunjuk mereka, maka Dia sama sekali tidak akan menolong kita.

Oleh itu, saya ingin menyeru kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang sedang bergiat menjalankan kempen memboikot produk Yahudi dan Amerika Syarikat supaya janganlah kita menjadi seperti Chavez, boikot sebahagian, ambil sebahagian besar yang lain.

Jika kita tulus ikhlas dalam perjuangan kita, marilah kita bersama-sama memboikot bukan sekadar barang jualan, malah segala macam bentuk pemikiran dan pemahaman sesat yang bersumber daripada Yahudi dan Nasrani.

Kita perlu memboikot budaya hiburan yang melampau, budaya pendedahan aurat, budaya pergaulan bebas, pemikiran liberal dan sosialis, sekularisme, nasionalisme melampau, dan sebagainya.

Apalah gunanya jika kita memboikot mata wang AS, tetapi dalam usaha kita menggunakan Ringgit Malaysia atau dinar dan sebagainya kita mengamalkan riba, gharar dan segala macam bentuk muamalat yang bertentangan dengan Islam.

Saya menyeru supaya rakyat Malaysia, terutama beragama Islam untuk memboikot semua sistem kewangan kapitalis dan sosialis terutama sistem riba yang makin berleluasa. Saya menyeru supaya kita memboikot semua bentuk pemakaian yang mendedahkan aurat dan memboikot semua bentuk hiburan yang tidak selari dengan garis panduan syariat.

Kita janganlah menjadi seperti Chavez dan janganlah terlalu cepat kita memuji orang kafir sebelum merujuk kepada timbangan al-Quran dan al-Sunnah.

MUHAMMAD ASRIE SOBRI,
Penuntut Jurusan Usuludin dan Dakwah,
Universiti Antarabangsa al-Madinah,
Shah Alam, Selangor.

[Artikel ini adalah e-mel blogger kepada Berita Harian dan disiarkan pada Isnin, 12 Januari 2009]

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Surat/20090111234609/Article/index_html

KENYATAAN RASMI RASULULLAH S.A.W BERKENAAN ISU GAZA & SEUMPAMANYA

12 Jan

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ:

إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ وَتَرَكْتُمُ الْجِهَادَ سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلاًّ لاَ يَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ.

MAKSUDNYA : DARIPADA IBN UMAR R.A KATANYA: ‘AKU MENDENGAR RASULULLAH S.A.W BERSABDA: “APABILA KAMU MULA BERJUAL BELI SECARA ‘INAH (RIBA) DAN KAMU MEMEGANG EKOR LEMBU DAN MENCINTAI CUCUK TANAM SERTA MENINGGALKAN JIHAD, ALLAH AKAN MENIMPAKAN KEPADA KAMU KEHINAAN YANG DIA TIDAK AKAN HILANGKAN SEHINGGA KAMU KEMBALI KEPADA AGAMA KAMU” –[ RIWAYAT ABU DAUD, SAHIH].

 

PENJELASAN :

“Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa apabila umat Islam mula mengamalkan sistem muamalat riba iaitulah sistem kapitalis dan sosialis kemudian mereka lebih senang dengan kehidupan dunia serta takut mati, meninggalkan berjihad di jalan Allah s.w.t, maka mereka akan dihinakan Allah sehinggalah mereka meninggalkan semua penyelewengan yang mereka lakukan dan mereka kembali berjihad di jalan Allah”.

KENYATAAN MAKKAH AL-MUKARRAMAH BERKENAAN GAZA

12 Jan

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Izzuddin al-Qassam

Para Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah di Makkah al-Mukarramah mengeluarkan kenyataan khas berkenaan isu Gaza sebagai berikut :

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد:

Sesungguhnya jenayah yang dilakukan oleh Rejim Zionis Yahudi yang ganas terhadap saudara-saudara kita di Gaza, Palestin dan siri-siri keganasan Yahudi yang berterusan semenjak mereka menjajah bumi Palestin diikuti pula dengan sekatan yang zalim menghampiri dua tahun diadakan yang menyekat semua  bentuk bantuan makanan, ubat-ubatan, elektrik, dan semua keperluan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin yang menyebabkan kematian banyak nyawa yang tidak bersalah menampakkan kepada hakikat tabiat sebenar Yahudi yang bersifat pembenci dan penjenayah serta membenarkan firman Allah s.w.t :

كيف وإن يظهروا عليكم لا يرقبوا فيكم إلاًّ ولا ذمة

Maksudnya: “Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya..” [al-Taubah : 8].

Oleh itu, melihat kepada adanya tarikan kuat kepada khutbah-khutbah dan perasaan tanggungjawab selaku Ulama Negeri al-Haram, Makkah al-Mukarramah, dalam kewajipan syar’i mereka terhadap saudara-saudara kita di Gaza serta menjalankan kewajipan yang diperintahkan Allah kepada para Ulama untuk menyampaikan ilmu, kami ingin menjelaskan hakikat-hakikat berikut :

Pertama : Tindakan Pasukan Pertahanan Islam yang gagah berani yang terdiri daripada Kerjaan Palestin yang sah yang dipilih rakyat, Harakat Perjuangan HAMAS, dan pergerakan-pergerakan pertahanan Islam yang ada di bumi Palestin yang dijarah melawan Yahudi adalah Jihad Syar’i yang tidak dragui lagi dan membantu mereka sama ada dengan memberi senjata, wang, doa dan semacamnya adalah wajib menurut kemampuan setiap individu. Kewajipan yang besar dalam membentu mereka terletak di atas bahu kerajaan-kerajaan Islam dan segala penghinaan dan komplot untuk membinasakan pejuang-pejuang ini adalah kerugian yang amat besar.

Kedua : Wajib atas setiap kerajaan Islam dan Arab bersegera membantu kerajaan Palestin yang sah yang dipilih rakyat di bumi Gaza dan seluruh pergerakan pejuang Islam yang ada sama ada secara Politik, Ekonomi, dan Ketenteraan. Demikian juga wajib untuk berusaha menghilangkan segala kekejaman yang berlaku serta terutama pula tanggungjawab ini terhadap kerajaan Mesir untuk bertanggungjawab kepada saudara-saudara kita di Gaza dan membuka sempadan Rafah apabila diperlukan dengan cara berterusan (tanpa sekatan imigresen dan sebagainya).

Ketiga : Hendaklah kerajaan-kerajaan Arab dan Islam bersegera membatalkan semua perjanjian damai dengan kerajaan Yahudi Israeli kerana semua perjanjian ini tidak memberikan sebarang hasil. Kerajaan-kerajaan Islam juga perlu sedar bahawa perjanjian damai adalah fatamorgana sahaja yang tidak mampu membebaskan bumi Palestin dan yang hanya mampu membebaskan bumi Palestin adalah Jihad di Jalan Allah melalui membantu pergerakan perjuangan Islam Palestin terutama HAMAS.

Keempat : Kami berpesan kepada saudara-saudara seperjuangan daripada para Ulama dan Pendakwah untuk menegakkan kalimah haq dalam masalah saudara-saudara kita di Gaza dan sentiasa berqunut (qunut nazilah) sehingga Allah menghilangkan kesusahan mereka serta menjelaskan kepada kaum muslimin sekaliannya pendirian syarak dalam isu-isu musibah seperti ini dan amat baik untuk dikhusukan tajuk ini dalam khutbah Jumaat yang mendatang.

Kelima : Wajib ke atas sekalian kaum muslimin menolong saudara-saudara mereka di Gaza secara kewangan dan doa. Selain itu, mereka juga hendaklah memelihara maruah saudara mereka dan tidak menyebarkan medium-medium yang memburukkan mereka yang disebarkan oleh media-media yang diragui. Telah sahih sebuah hadis Nabi s.a.w :

ما من امرئٍ يخذل مسلمًا في موطن يُنتقص فيه من عرضه وينتهك فيه من حرمته إلا خذله الله في موطنٍ يحب فيه نصرته، وما من امرئٍ ينصر مسلمًا في موطن ينتقص فيه من عرضه وينتهك فيه من حرمته إلا نصره الله في موطنٍ يحب فيه نصرته

Maksudnya : “Tidaklah seorang muslim menghina saudaranya yang muslim ketika saudaranya itu dihina dan dicemar kehormatannya (oleh musuh) melainkan Allah akan menghinakannya ketika dia pula memerlukan pertolongan, dan tidak menolong seorang muslim saudaranya ketika saudaranya dihina dan dicemar kehormatannya melainkan Allah akan membantunya ketika dia memerlukan pertolongan”.

Keenam : Kami berpendapat hendaklah saudara-saudara kami di Gaza bersabar dan tetap dalam perjuangan dan kami berpesan kepada mereka supaya memohon pertolongan kepada Allah dan bertawakkal kepada-Nya kerana firman Allah s.w.t :

إن الله مع الذين اتقوا والذين هم محسنون

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan berbuat ihsan”.

Kami memohon kepada Allah supaya Dia menghilangkan kesusahan dan keresahan yang menimpa saudara-saudara kami di Gaza dan semoga Allah memenangkan mereka atas musuh Allah dan musuh mereka, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

 

(Kenyataan ini telah ditandatangai 24 orang Ulama Makkah antaranya Dr. Sulaiman al-Tuwaijiri, Dr. Muhammad bin Samil al-Salami, Ahmad bin Abdullah al-Zahrani yang kesemua ini bekas dekan Universiti Ummul Qura, juga turut serta Syeikh Muhammad bin Saad al-Qahtani, Ahmad al-Ghamidi, dan Khalid al-Syamrani yang kesemuanya bekas pensyarah Universiti Ummul Qura.)

 

Sumber : http://www.dd-sunnah.net/records/view/id/1632/

PEMBETULAN TERHADAP PANDANGAN TUN MAHATHIR

11 Jan

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Pada pukul 10.30 p.m, Jumaat, 9 Januari 2009, Y.Bhg Tun Dr. Maharthir Mohamad telah dijemput dalam rancangan Blog @1 kelolaan TV1 RTM. Saya amat tertarik dalam perbincagan yang menumpukan isu Palestin dan Gaza yang turut menjadi tajuk utama di Blog Tun Mahathir.

Namun, saya berasa bertanggungjawab untuk membetulkan pandangan Tun bahawa Isu Israeli bukanlah satu ‘Isu Agama’. Pandangan Tun ini sangat bertentangan sekali dengan akidah Islam yang murni. Saya amat menghargai pandagan Tun berkenaan Isu Gaza dan Palestin dan anggaplah pembetulan terbuka ini sebagai tanda penghargaan saya terhadap buah fikiran Tun.

Punca permusuhan sebenar antara Islam dan Yahudi adalah perbezaan akidah yang dinauti. Islam mengajar umatnya supaya berlepas diri dan mengambil sikap benci dan bermusuhan terhadap segala bentuk syirik dan kekufuran terhadap Allah s.w.t. Bahkan jika kita lihat makna Islam itu sendiri sudah jelas sebagaimana dinyatakan para ulama al-Salaf al-Soleh sebagai :

الاستسلام لله بالتوحيد ، والانقياد له بالطاعة ، والبراءة من الشرك وأهله

Maksudnya : “(Islam itu) menyerah diri kepada Allah dengan mentauhidkan-Nya, mengikut perintah-Nya dengan ketaatan kepada-Nya, dan berlepas diri daripada syirik dan ahlinya” [al-Usul al-Salasah, Syeikh Muhammad al-Tamimi].

Oleh itu, dalam akidah Islamiah, perkara puncak akidah adalah akidah al-Wala’ dan al-Bara’ yakni memberikan kesetiaan kepada kaum mukminin dan berlepas diri daripada ahli syirik dan kufur.

Kewajipan memberikan kesetiaan kepada kaum mukminin ini jelas dalam firman Allah s.w.t :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara..” [al-Hujurat : 10]

Sabda Nabi s.a.w pula :

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya : “Tidak beriman seseorang kamu (dengan iman yang sempurna) sehinggalah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri” [al-Bukhari].

Maksud saudara dalam hadis ini adalah sesuai dengan firman Allah s.w.t dalam ayat di atas iaitu saudara seagama dan seiman.

Kemudian Allah s.w.t juga melarang kita menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, teman setia, dan sahabat karib :

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnya : “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya”. [al-Mujadilah : 22]

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah s.w.t melarang kita mencintai dan memberi kesetiaan kepada kaum kafir walaupun mereka itu kaum kerabat kita sendiri. Kita tidak boleh membela mereka mahupun membantu mereka dalam melakukan kekufuran dan syirik kepada Allah s.w.t.

Sabda Nabi s.a.w :

أوثق عرى الإِيمان الحب في الله والبغض في الله

Maksudnya : “Akar Iman yang paling teguh adalah mencintai kerana Allah dan memusuhi kerana Allah” [Ibn Abi Syaibah, al-Tayalisi].

Namun, perlu difahami Islam tidak melarang umatnya untuk menjalankan perniagaan dengan kaum kafir yang tidak menzahirkan permusuhan dengan Islam, berbuat baik dan berkhidmat kepada ibu bapa yang bukan Islam, menegakkan keadilan terhadap kaum kafir yang tertindas dan seumpamanya tetapi Islam melarang kita meredai perbuatan syirik mereka dan hendaklah kita terus berdakwah kepada mereka kepada Islam. Allah menjelaskan perkara ini dalam firman-Nya :

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya : “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” [al-Mumtahanah : 8]

Dalam sebuah hadis sahih bahwa ibu Asma’ binti Abu Bakar r.a datang menziarahinya di Madinah semasa perjanjian Hudaibiah dan menghadiahkannya hadiah. Lalu dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan perkara ini lalu Allah s.w.t menurunkan firman-Nya ini. [Tafsir Ibn Kasir, 8/90].

Maka perlu difahami di sini Islam melarang kita ‘bermawaddah’ terhadap orang kafir tetapi Islam tidak melarang kita melakukan ‘Ihsan’ dan ‘Birr’ kepada mereka. Mawaddah bermaksud cinta dan kasih sayang, adapun Ihsan dan Birr adalah berbuat kebaikan walaupun kita membenci seseorang.

Seorang muslim yang melakukan maksiat, kita membenci perbuatan maksiatnya, tetapi kita mencintainya sebagai saudara kita, kita mendoakannya, kita menasihatinya, kita tidak melaknatnya tetapi orang kafir yang berbuat baik kepada kita, kita tidak boleh mencintainya dan mendoakan kebaikan buatnya kecuali kita berdoa supaya Allah memberinya hidayah kepada Islam. Adapun orang kafir yang memerangi kita, kita membencinya dan kita tidak berbuat ihsan kepadanya, kita tidak membantunya bahkan kita memeranginya semula.

Oleh itu, kita perlu jelas dalam masalah kita dengan Yahudi berdasarkan kaedah akidah al-wala dan al-bara ini. Kita memushui Yahudi kerana mereka syirik dan kufur kepada Allah s.w.t tetapi kita memerangi mereka kerana mereka memerangi kita dan menyekat dakwah kita dan mencerca agama kita. Allah s.w.t berfirman :

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya : “dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampui batas.” [al-Baqarah : 190]

Dalam ayat ini, Allah s.w.t memerintahkan kita memerangi kaum kafir yang memerangi kita dan peperangan itu hendaklah berdasarkan menuntut keredaan Allah. Jelas daripada suruhan berperang dalam menuntut keredaan Allah, mempertahankan bumi Palestin termasuk suruhan agama. Apabila ia daripada suruhan agama, ia termasuk urusan agama. Hendaklah Tun fahami agama Islam ini bukanlah sempit dan terpencil dalam urusan kerohanian solat, puasa, dan zikir sahaja. Bahkan Jihad termasuk perkara kerohanian terbesar dalam Islam.

Nabi s.a.w bersabda :

 ذُِرْوَةُ سَنَامِ الإِسْلاَمِ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ

Maksudnya : “Kemuncak Islam adalah Jihad di Jalan Allah” [Ahmad]

Oleh kerana mempertahankan bumi Palestin adalah Jihad fi Sabilillah, dan Jihad fi Sabilillah adalah urusan agama, maka natijah yang kita dapat adalah Palestin adalah urusan agama. Lebih-lebih lagi kita maklum Palestin adalah tempat letaknya Masjid al-Aqsa dan tempat Isra’ Rasulullah s.a.w dan bermulanya Mikraj baginda di Palestin. Hakikat ini perlu disedari Umat Islam sehingga mereka tidak lagi mengharapkan kaum kafir untuk menyelesaikan masalah mereka.

Kita amat sedih dengan tindakan bekas Presiden Palestin, Abu Mazin Mahmud Abbas yang sentiasa mengharap pihak barat yang kafir itu menyelesaikan masalah Umat Islam Palestin. Apabila Raja Abdullah Al Saud mengadakan perjanjian di antara Fatah dan Hamas di hadapan Kaabah untuk meleraikan pertikaian dua pihak, pihak Fatah sanggup mencabuli perjanjian itu lalu bertadah ke Amerika Syarikat untuk meminta penyelesaian.

Semua ini berpunca kerana melihat isu Palestin hanyalah isu orang Arab atau lebih sempit dan lebih teruk isu dalaman Negara Palestin. Jika benar Palestin adalah isu Arab atau bukan isu agama, kenapakah OIC ditubuhkan, khas untuk memelihara Palestin? Penubuhan OIC jelas memberi isyarat Isu Palestin adalah isu Umat Islam dan apabila ianya isu umat Islam, ia menjadi urusan agama.

Demikianlah saya nyatakan hujah dan dalil yang jelas insyaAllah bahawa isu Palestin sama ada dari sudut naqli (nas-nas wahyu) mahupun aqli (akal dan logik) adalah isu agama bukan isu biasa. Saya berharap pihak Tun dan yang sealiran mengubah perspektif ini dan memberi tumpuan menyatukan Umat Islam di bawah Panji Tauhid untuk berjihad membebaskan Palestin dan seluruh negara Islam daripada penjajahan kafir sama ada dalam bentuk hissi mahupun maknawi. Wallahua’lam.

BOIKOT : ANTARA YANG UTAMA DAN TIDAK

10 Jan

Oleh : Muhammad Asrie bin Sobri

Perang Saraf

Kita menyaksikan pada hari Jumaat, 9 Januari 2009 bersamaan 13 Muharram 1430 Hijrah Nabawiah, demontrasi nesar-besaran di serta ceruk dunia Islam menentang pencerobohan dan penjarahan Bani Israel ke atas Gaza.

Sebenarnya, sebelum serangan atas Gaza ini dilancarkan, setiap hari dan detik rakyat Palestin keseluruhannya sentiasa diserang oleh tentera-tentera Yahudi bahkan Yahudi juga setiap detik dan masa menyerang setiap urat saraf yang berada di otak kaum muslimin.

Bagi yang mengkaji sejarah, mereka tentu tahu bahawa serangan Yahudi yang pertama dilancarkan setelah kewafatan Rasulullah s.a.w adalah pada akhir pemerintahan Saidina Usman bin Affan r.a, Khalifah ketiga umat Islam. Yahudi telah menghantar ejen perisik pertamanya, Abdullah bin Saba’ al-Yamani, seorang Yahudi Yemen ke Madinah al-Munawwarah kemudian merantau ke Syam dan Mesir menyebarkan dakyah palsu sehingga berjaya mempengaruhi umat Islam yang masih baharu dengan agama ini lalu membawa peristiwa pembunuhan Saidina Usman bin Affan r.a.

Selepas itu Yahudi berjaya membuahkan hasil serangan pertamanya berupa perpecahan Umat Islam dan pembentukan pemikiran Tasyayyu’ (Syiah) yang melampau dalam memuja Ahli Bait Ali r.a. Virus Yahudi yang disemai dalam Islam ini berjaya membawa kejatuhan Palestin di tangan kaum Nasrani semasa peperangan Salib apabila Kerajaan Syiah Fatimiah Mesir membenarkan Nasrani menakluk Palestin demi menjatuhkan lawannya Khilafah Abbasiah di Iraq.

Pada kurun ke-7 Hijrah, Syiah sekali lagi berjaya diperalatkan Yahudi apabila mereke membantu tentera Mongol menjatuhkan Khilafah Abbasiah di Baghdad. Semenjak itu, Syiah menjari saluran utama Yahudi membawa masuk segala macam pemikiran dan sistem yang sangat bertentangan dengan inti pati akidah Islam tetapi berjaya dibawa masuk dengan berselindung di bawah nama Islam.

Pada kurun ke-19 Masehi di penghujung Kerajaan Usmaniah, Yahudi melalui gerakan Freemansori berjaya mempengaruhi Sultan Mahmud yang menjadi pemerintah Usmaniah menukar sistem Islam kepada sistem sekular. Namun, apabila Sultan Abdul Hamid II selepas itu menolak sistem sekular itu dan menerima pakai semula Syariah Islamiah, Yahudi melancarkan pula roketnya dalam bentuk manusia bernama Mustafa Kamal yang meruntuhkan sama sekali empayar Islam Usmaniah. Di bumi Arab pula, Yahudi memasukkan racun Nasionalisme dalam pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Arab sehingga negara-negara Arab berpecah.

Tidak cukup dengan racun Nasionalisme, dibawa pula racun Liberalisme sehingga terbentuknya ajaran Islam Liberal walaupun namanya belum muncul di tangan beberapa Ulama Universiti al-Azhar al-Syarif seperti Rifaah Tahtawi, Muhammad Abduh, Taha Husein, dan Saad Zaghlul. Para Ulama ini menjaja bahawa bertudung bukan daripada Islam, akidah Islam berpaksi pada akal, segala nas naqli sama ada al-Qur’an atau alp-Sunnah hendaklah merujuk kepada akal. Secara tidak langsung pemikiran Muktazilah yang telah lama terkambus muncul semula. Taha Husein menjaja ke merata tempat bahawa al-Qur’an adalah makhluk bahkan jauh lebih dahsyat daripada Muktazilah, dia mendakwa alp-Qur’an adalah ciptaan Muhammad s.a.w. Kini segala ucapan dan buah fikiran Abu Lahab dan Abu Jahal diterbitkan semula di atas lidah seorang yang bergelar Ulama al-Azhar!!!.

Kemudian, racun demokrasi disuntik ke dalam pemimpin-pemimpin Islam, maka undang-undang Syariah ditukar dengan undang-undang Perancis. Segala peraturan dan undang-undang negara mestilah mendapat persetujuan manusia sebeluim dilaksanakan walaupun telah ada nas yang jelas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah memerintahkannya.

Memboikot Barangan Yahudi dan Nasrani

Maka demikianlah gambaran ringkas bentuk serangan yang dinamakan al-Ghazwul Fikri atau Perang Saraf yang dilancarkan Yahudi sebelum mereka melancarkan serangan bersenjata seperti yang kita lihat pada hari ini.

Daripada gambaran ringkas ini, saya berharap kita sudah boleh meneka apakah kaitannya dengan tajuk boikot.

Ya, ramai daripada kita pada hari ini menyeru untuk memboikot barangan Yahudi dan Amerika Syarikat. Namun, malangnya mereka terlalu dangkal untuk memilih barangan apakah yang paling utama untuk diboikot.

Saya tidak menafikan perlunya kita memboikoit barangan mereka, menjatuhkan ekonomi mereka, menyekat kemajuan mereka dan menghentikan keganasan mereka. Namun, ada perkara utama yang perlu kita lakukan untuk memboikot produk mereka, iaitulah memboikot sistem yang mereka cipta dan pemikiran sesat yang mereka masukkan ke dalam otak-otak kita.

Mari kita fahami firman Allah Taala berikut :

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Maksudnya : “orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”. [al-Baqarah : 120]

Allah s.w.t memberitahu kepada kita bahawa tujuan dan kehendak utama kaum Yahudi dan Nasrani daripada kaum muslimin adalah memesongkan akidah mereka, menjadikan kaum muslimin pengikut cara hidup mereka.

Allah s.w.t pada akhir ayat menjanjikan ancaman bahawa jika kita mengikut juga mereka dalam hawa nafsu mereka, reda dengan maksiat mereka, maka Allah s.w.t berikrar tidak akan menolong kita dan tidak akan menjaga kita.

Dapat difahami daripada ayat ini, Yahudi dan Nasrani bertujuan menjadikan kita pengikut agama mereka, apabila kita mengikut agama mereka kita akan kehilangan pertolongan Allah yang kita peroleh sebelum ini, maka mafhum daripada ayat ini, jika kita hendak mendapatkan pertolongan Allah s.w.t hendaklah kita meninggalkan jejak langkah agama Yahudi dan Nasrani serta kembali berpegang dengan ajaran Islam yang murni.

Oleh itu, memang satu-satunya jalan untuk memenangi pertempuran Gaza dan seterusnya membebaskan seluruh bumi Palestin adalah dengan memboikot Yahudi dan Nasrani itu sendiri, bukan sekadar barangan mereka, tetapi sistem dan akidah mereka.

Apa guna kita memboikot sebiji pisang Israeli kemudian kita membeli sebiji pisang yang dihasilkan kaum muslimin tetapi menggunakan sistem jual beli Yahudi? Apa guna kita memboikot kereta buatan Amerika Syarikat tetapi kita membeli sebuah Proton dengan pinjaman Riba? Apa guna kita memboikot mata wang dolar U.S tetapi meniagakan Ringgit Malaysia dengan sistem Kapitalis atau Sosialis ciptaan Yahudi dan Nasrani?

Adakah kita boleh berbangga apabila kita keluar di jalan-jalan membantah Israeli tetapi ketika proses itu, berlaku percampuran lelaki dan wanita ajnabi (bukan mahram), wanita berteriak-teriak meninggikan suara sedangkan semua itu dilarang dalam Islam dan gaya agama Yahudi dan Nasrani?

Janganlah jadi jahil, apabila kita sakit jantung maka hendaklah makan ubat sakit jantung bukan sekadar menyapu minyak angin di dada…Inilah ibaratnya jika kita hanya memboikot produk tetapi sistemnya kita ambil. Boikotlah sistem dan produknya sekali. Ingatlah Allah s.w.t tidak pernah mengharamkan kita membeli barangan buatan Yahudi dan Nasrani selama ianya tidak diharamkan dalam syariat kita tetapi Allah mengharankan kita mengambil sistem jual beli Yahudi dan Nasrani, Allah tidak melarang kita jika ada kemaslahatan yang jelas kepada Umat Islam untuk mengadakan gencatan senjata atau perjanjian damai dengan Yahudi dan Nasrani tetapi Allah melarang kita mempercayai mereka, menjadikan mereka teman rapat, penasihat dan pemimpin, apatah lagi mengambil sistem pentadbiran mereka.

 

Boikotlah Barangan Ini!!

Oleh itu, saya menyeru semua kaum muslimin untuk memboikot barangan berikuit :

1-     Sistem Demokrasi

2-     Pemikiran Liberal dan Islam Liberal

3-     Ajaran Syiah

4-     Ajaran Tasawuf Falsafah

5-     Pemikiran Feminisme

6-     Sistem Kapitalis

7-     Sistem Sosialis

8-     Common Law of British

9-     Undang-undang Sekular

10- Pemikiran Sekular

11- Pemikiran Aqlaniah (Muktazilah Baharu)

12- Nasionalisme

13- Budaya-budaya Barat keseluruhannya

Jika kita berjaya memboikot barang-barang ini, insya-Allah, jika kita berbelanja sebulan satu billion ringgit pun untuk membeli barangan Amerika dan Yahudi, mereka sama sekali tidak akan untung dan kita sama sekali tidak akan lemah dan rugi.

Selagi kita terus menggunakan sistem mereka ini, walaupun semua barangan dalam dunia ini adalah produk kaum muslimin 100%, sama sekali Yahudi dan Nasrani tidak rugi dan sama sekali kita tidak akan untung. Wallahua’lam.